Jumaat, 12 Oktober 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH: Lencana Sekolah / School <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 05:29 AM PST

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki dan 131 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 239 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2)
Felda Chiku 2
18300, Gua Musang
Kelantan, Malaysia


Telefon = 6099284230
Fax = 6099284231

# Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 2, Gua Musang , Kelantan.

# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 20 Feb 2012.

# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 

# Sumbangan lencana ini adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat <b>di Kota Bharu</b>, Kelantan (1 Sept <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2012 08:40 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Tahun 2005 · Tahun 2006 · Tahun 2007 · Tahun 2008 · Tahun 2009 · Tahun 2010 · Tahun 2011 · Tahun 2012 · Langgan Newsletter. [VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat di Kota Bharu, Kelantan (1 Sept 2012). 1 September 2012. Pendapat ...

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Rugi tidak berdakwah <b>di</b> pentas PAS - Aishah - Cananglahnie

Posted: 12 Oct 2012 06:00 PM PDT


KOTA BHARU: Personaliti yang berhijrah, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) meluahkan rasa rugi sekiranya tidak menggunakan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama.

"Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah.

"Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

"Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah," katanya pada ceramah di Dataran Safa Marwah di sini malam tadi.

Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi, Ketua Muslimat Kota Bharu, Rohani Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Azariza Mohd Alawi.

Sebahagian besar yang memenuhi dataran yang menjadi tempar parkir bas pelancong adalah kalangan muslimat. Esok Aishah dijangka hadir pada program tertutup hanya untuk muslimat di Dewan Jubli Perak MPKB BRI.

Sekali sekala kedengaran sorakan anak muda yang asyik menonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia antara ATM dan Lions di kedai berdekatan.

Wan Aishah yang susur galur sebelah nenek lelaki yang berasal dari Bunut Payong Kota Bharu memberitahu sejak terbabit dengan PAS, beliau terus dihalang mencari rezeki seperti dilakukan sebelum ini biar pun ada kelayakan.

"Seolah-olah mereka bertanya sekarang awak sokong pihak mana dan bukannya memberi pertimbangan kepada kelayakan yang ada pada seseorang.

"Saya percaya orang Melayu kekal tidak berubah biar pun negara sudah 55 tahun merdeka selagi masih diberi peluang Umno menerajui negara. Jadi sekarang kita perlu lakukan perubahan segera," katanya.

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang melahirkan rasa bimbang apabila kerajaan Malaysia membenarkan kapal pengangkut ketenteraan Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Klang.

Katanya, kemungkinan boleh berlaku sesuatu yang menjadi rahsia cuba disembunyikan kerajaan Malaysia ketika melihat gelombang kebangkitan rakyat sekarang.
Dicatat oleh ELBI RISALAH

 

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Janji Bandar Baru <b>Dabong</b> jadi kenyataan

Posted: 10 Sep 2012 12:00 AM PDT

Aslani M | Foto Mijie Yusof,

KUALA KRAI: Bukan sekadar mengingatkan rakyat terhadap tuntutan agama, sebaliknya ulama juga berjaya membawa Kelantan ke era baru dengan kemunculan bandar-bandar baru yang semakin bertambah.

Hampir semua jajahan di Kelantan memiliki kawasan pertumbuhan baru dengan pembangunan yang lebih terancangan dan tersusun.

Bermula dari Tumpat sehingga ke Gua Musang bandar-bandar baru boleh dilihat di merata tempat.

Tidak ketinggalan juga Dabong yang suatu ketika dahulu tempat buangan bagi guru-guru yang menyokong pembangkang, sekarang sudah jauh berubah.

Tidak lama lagi lanskap Dabong juga bakal berubah dengan pembangunan bandar baru yang terletak di Kampung Stong.

Kawasan seluas 45.6 hektar bakal dibangunkan taman perumahan yang lengkap dengan bangunan pejabat, rumah kedai, masjid, tadika, dewan orang ramai, taman permainan, pasar raya dan stesen minyak.

Kedudukannya di hadapan kilang papan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), di tengah-tengah perjalanan Jeli-Gua Musang. Berlatarbelakangkan banjaran Gunung Stong yang menempatkan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Suasana persekitarannya begitu nyaman, awam yang kedudukan agak rendah seumpama berada di Tanah Tinggi Lojing.

Bandar Baru Dabong bakal menjadi kenyataan apabila majlis perletakan batu asas disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Bandar baru itu akan menempatkan 48 unit rumah teres kos sederhana rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106 (banglow) dan 20 unit (rumah kedai).

Fasa pertama melibatkan pembinaan 12 unit rumah teres kos sederhana rendah, 29 unit (kos sederhana) dan seunit rumah banglow akan dibangunkan tidak lama lagi.

Projek tersebut dilaksanakan KPK dengan kerjasama DPS Group of Companies dibangunkan tiga fasa. Projek berkenaan membabitkan pelaburan lebih RM40 juta.

DPS sebuah syarikat yang berpangkalan di Melaka juga akan membina sebuah kilang perabot dengan pelaburan sebanyak RM15 juta, bakal menyediakan 100 peluang pekerjaan.

Pengerusi KPK, Zulkifli Mamat berkata, Bandar Baru Dabong dibangunkan mengambil masa kira-kira lima tahun.

"Bandar Baru Dabong di Stong akan menjadi bandar berkembar dengan pekan Dabong yang sedia ada. Dabong lama yang menempat stesen kereta api tidak lagi dapat menampung pembangunan baru memandangkan kawasannya agak terhad.

"Pekan lama mempunyai keistimewaan tersendiri dengan stesen kereta api yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengunjungi Taman Negeri Stong," katanya selepas majlis perletakan batu asas dan perasmian pejabat baru KPK.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, janji kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah Bandar baru di Dabong akhirnya menjadi kenyataan.

Kata beliau perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PAS Kelantan 2008.

"Saya antara orang yang paling gembira kerana janji-janji kita kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu kini semakin menjadi kenyataan.

"Inilah yang dinamakan sebagai janji yang ditetapi. Kita juga mampu menepati janji-janji yang dibuat bagi manfaat rakyat," katanya.

Adnin Naim - Ada apa <b>di Dabong</b>?

Posted: 14 Jul 2008 11:09 AM PDT

Photo Album Jul 14, '08 2:09 PM
for everyone

Kunjungan kali ke-4, kali ni banyak sampai awal dan banyak masa lepas program rasmi =)



jalan kaki...
  

depan Pej Penggawa
  

kedai top up
  

kedai top up
  

DSC05967.jpg
  

DSC05969.jpg
  

hubungi kami...
  

jadual perjalanan
  

keretapi dh maghi...
  

Mok Nik...
  

kedai kopi tepi stesen keretapi
  

rumah tetamu @ Dabong
  

Pejabat Daerah Dabong
  

Pejabat Rela
  

Balai info petani
  

jalan-jalan lagi
  

jalan utama penduduk Dabong
  

iklan...
  

mace teh o ben...
  

@ kaki gunung Stong
  

sekolah agama rakyat @ Kandek
  

DSC06019.jpg
  

DSC06027.jpg
  


50 Free Prints
Add a Comment
For:        
Subject:

 - 
   

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Double - Y: #SaveKelantan : Krisis Kepimpinan PAS Kelantan <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2012 10:38 PM PDT


Berdasarkan sumber-sumber dalaman parti itu, beberapa 'nama besar' Pas akan digugurkan dan digantikan dengan pemimpin muda biarpun ia mendapat tentangan hebat daripada nama besar tersebut.

Masalah ini turut diakui blogger mesra Pas, Sayuti Omar yang memohon lapan Yang Dipertua Pas kawasan di negeri ini supaya mengundurkan diri secara sukarela sekiranya mahu memastikan Pas terus kekal memerintah.

Sayuti menyenaraikan Nik Mazian Nik Mohamed (Pasir Puteh), Abdul Fatah Haron (Rantau Panjang), Wan Ismail Wan Jusoh (Ketereh), Omar Mohamad (Bachok), Apandi Mohamad (Jeli), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu).

Dua lagi YDP iaitu dari Tanah Merah dan Pasir Mas (Ismail Noh) sememangnya layak untuk mengundurkan diri kerana masalah kesihatan.

Sekiranya kesemua YDP terbabit sanggup untuk mengundurkan diri, Sayuti bimbang masalah kronisme akan berlaku dalam parti itu sehingga menyebabkan keyakinan rakyat akan terus terhakis.

"Lebih afdal lagi mereka perlu memberi laluan kepada muka baru yang dipilih oleh cawangan dan bukannya atas pilihan mereka (kroni).

"Sebaik-baiknya pengganti mereka juga perlulah dibuat berdasarkan permintaan pengundi setempat dengan mengambil citarasa umum," kata Sayuti.

Untuk rekod ada di antara YDP terbabit menjadi wakil rakyat sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih daripada lima penggal seperti Abd Fatah,Omar Mohamad (Perupok) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu).

Begitu juga dengan Apandi yang tewas dua kali berturut-turut kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala Nik Mazian tidak mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli Pas di Pasir Puteh.

Pas Pasir Puteh memang dikenali dengan sifatnya yang agresif malah pejabat Nik Mazian pernah dibakar kebetulan dengan musim pemilihan parti itu biarpun tidak diketahui puncanya namun dari nada ADUN Gaal itu, beliau tidak menolak ia adalah unsur sabotaj.

Perpecahan dikalangan pemimpin Pas negeri bukan perkara baru, malah ia telah menjadi perbualan umum seperti cakap-cakap yang menyatakan pertembungan di antara Husam Musa dengan Mohd. Amar Nik Abdullah dan Takiyuddin Hassan.

Malah katanya, Husam tidak diterima oleh kebanyakkan ahli Pas di Kelantan kerana penampilan dan gayanya yang tidak digemari ramai.

Pun begitu perpecahan itu diimbangi dengan kekuatan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selagi beliau berada di saf tertinggi Pas Kelantan, masalah ini masih dapat dibendung kerana kesemua ahli Pas termasuk panglima-panglima besar ini malu alah dengannya.

Penolakkan Husam juga dilihat amat ketara apabila anak Nik Abdul Aziz, Nik Abduh secara terbuka menulis mengenai penasihat sesat kepada ayahandanya biarpun tidak menyebut nama penasihat terbabit tetapi semua dapat meneka.

Tulisan tersebut juga menyebabkan Setiausaha Politik yang paling berfungsi dalam sejarah pentadbiran Nik Aziz iaitu Annual Bakri meletakkan jawatan (ada desas-desus mengatakan dia diarahkan meletakkan jawatan oleh Nik Aziz).

Apa akan jadi kalau Nik Aziz tidak ada?

Dek kerana terlalu lama memerintah dan dibarisi oleh pemimpin lama, Pas seolah-olah kehilangan barisan pelapis. Malah beberapa Exco yang ada juga dilihat tidak dapat berfungsi dengan baik.

Lihat sahaja bagaimana Exco Pertanian, Che Abdullah peribadinya diserang habis-habisan oleh UMNO di Wakaf Bharu dan ia menjadi buah mulut kepada semua penduduk di kawasan tersebut.

Masalah yang sama juga dilihat pada ADUN Selising, Saiful Bahrin Mohamad yang dituduh ditangkap berkhalwat dengan isteri orang dalam gerabak kereta api dan ADUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim apabila cerita perceraiannya dengan isteri muda didedahkan media.

Wan Ismail juga menghadapi masalah rumah tangga dengan bekas isteri muda dari Kemboja sehingga mendedahkan mengenai wang RM7 juta.

Begitu juga dengan ADUN Dabong, Arifabillah @ Mohd Asri Ibrahim yang dikaitkan dengan

 'tragedi' Lata Kertas bersama gadis berusia 19 tahun.

Malah menurut Sayuti, ADUN Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad yang memangku tugas Yang Dipertua Pas kawasan Pasir Mas juga perlu digugurkan dan diganti dengan muka baru.

Dalam pada itu, rakyat Kelantan melihat kerajaan negeri yang ada hari ini juga tidak sebersih dahulu.

Mereka juga melihat bagaimana perubahan hidup wakil rakyat ini, daripada kereta kecil kepada kereta besar, daripada seorang bini kepada dua, tiga atau empat dan dari rumah kecil ke rumah agama yang hebat, dari tidak berharta kepada seorang hartawan.

Jika dilihat kepada senario ini imej pemimpin Pas sudah tercalar dan daripada senario ini juga bukan lapan yang patut berundur tetapi mungkin lebih separuh patut berundur.

Namun Pas amat bijak berselindung disebalik wajah agama. Perjuangan yang bertopengkan Islam itu telah menutup semua kesilapan biarpun kadang kala sudah terang dan nyata mereka telah melakukan kesalahan yang tidak dapat diterima sama sekali.

Inilah politik syurga neraka yang dibawa oleh Pas. Namun apakah politik ini akan terus diterima oleh rakyat Kelantan? - Detik Perubahan

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


cheklem: LAWATAN KE RUMAH LAMA <b>DI KETEREH</b>

Posted: 24 Aug 2012 05:47 AM PDT

Lawatan ke rumah lama di Ketereh pada 16 Ogos 2012. Rumah lama di Ketereh ni dibina kalau tak silap pada tahun 1975 atau 1976 semasa aku darjah 1 atau 2. Dulu semasa aku berkahwin (1992), kenduri diadakan dirumah ini. Sekarang ibu aku tidak lagi tinggal di sini kerana sudah lama tinggal di Bukit Merbau sejak sebelum ayah meninggal dunia. Rasanya bahagian belakang rumah ini telah disewakan. Di depan rumah ini ada sebuah rumah kedai kecil yang telah dijadiakan kedai jahit pakaian. Ada lagi beberapa buah rumah di belakang atau di kiri rumah ini yang dimiliki/diduduki oleh abang aku, bapa sauadara, sepupu, dan juga bekas rumah lama arwah nenek yang telah disewakan

ads