Ahad, 10 Julai 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


HEBAHAN RANCANGAN TEMPATAN KUALA KRAI JULAI 2011 |

Posted: 10 Jul 2011 07:57 PM PDT

Kajian Rancangan Tempatan Jajahan (RTJ) Kuala Krai disediakan mengikut peruntukan seksyen seksyen 12(1), Akta 172 dimulakan pada September 2010. Kajian ini akan menghasilkan Laporan Rancangan Tempatan yang merupakan dokumen perancangan yang mengandungi pernyataan bertulis dan cadangan pembangunan guna tanah secara terperinci.

Kawasan kajian meliputi keseluruhan Jajahan Kuala Krai terletak di tengah Negeri Kelantan bersempadan dengan Daerah Besut, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Keluasan kawasan kajian ialah 227,670.01 hektar yang meliputi tiga buah daerah iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Kawasan kajian mempunyai dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai (Batu Mengkebang dan Olak Jeram) dan Majlis Daerah Dabong (Dabong)

Prose penyediaan RTJ Kuala Krai  telah dan akan melalui beberapa peringkat dan perlu dihebahkan kepada orang awam untuk mendapatkan input bagi memantapkan lagi Rancangan Tempatan ini. Pencapaian sehingga Julai 2011 RTJ Kuala Krai berada di peringkat Draf RT Cadangan Awal. Hasil penemuan dan strategi pembangunan yang menentukan hala tuju Jajahan Kuala Krai ini dirumuskan seperti berikut:

  • Perletakan dan hubungan wilayah member impak pembangunan kepada jajahan ini.
  • Kawasan tumpuan pembangunan meliputi petempatan utama Kuala Krai, Guchil, Pahi, Manek Urai dan Laloh.
  • Petempatan Dabong dan Kemubu dijangka membangun berasaskan potensinya yang akan melengkapi hierarki dan senario pembangunan bandar.
  • Kawasan industri akan tertumpu di Batu Jong dan aktiviti ternakan burung walit dijangka berkembang pesat di jajahan ini.
  • Tumpuan khas sekitar pertanian pada penanaman buah-buahan, sayur-sayuran, getah serta pengekalan kawasan padi.
  • Sebahagian besar jajahan ini merupakan KSAS meliputi tanah tinggi, hutan, air terjun dan elemen-elemen semula jadi lain yang memberi sumbangan besar kepada sector pelancongan di peringkat tempatan, negara dan antarabangsa.
Posting ini telah diposkan dalam Main dan tag , . Menanda permalink.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


KAUNSELOR ANDA: HARI SUAIKENAL KOLEJ KOMUNITI <b>KOK LANAS</b>

Posted: 05 Jul 2011 01:04 AM PDT

5 Julai 2011.

Majlis Perasmian Hari Suaikenal pelajar-pelajar baru Kolej Komuniti Kok Lanas telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Tuan Hj Zairon Bin Mustapha, Pengarah Kolej Komuniti Kok Lanas di Aked Perdana.

Pelajar-pelajar juga telah melafazkan ikrar dan akujanji untuk menjaga disiplin dan berjanji untuk belajar dengan bersungguh-sungguh di samping akan menjaga tatasusila serta disiplin kolej.

Majlis disusuli pula oleh taklimat Kolej,Taklimat Pengambilan, Peperiksaan dan Taklimat Akademik.

Tn Hj Zairon, Pengarah Kolej Komuniti Kok Lanas 

senyum sokmo....



Firdaus...mengepalai bacaan ikrar

Puan Su...

Pn Za

Pn Bazliza

ceria sokmo...

....merancang Program untuk pelajar tersayang.....

....Bos Pengambilan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Muslimeen United: Stadium: PAS Belum Tumbang, Stadium Sudah Tumbang

Posted: 02 Jul 2011 11:47 PM PDT

Dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai, Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menjanjikan sebuah Jambatan 2 Lorong di Manek Urai yang kosnya pada ketika itu dikatakan mencecah antara 10 hingga 15 juta Ringgit Malaysia.

Jambatan Manek Urai sebelum Pilihanraya Kecil dan Selepas Pilihanraya Kecil Manek Urai masih kelihatan begini...


Sewaktu Pilihanraya Kecil Galas pula, Pimpinan UMNO/BN telah menjanjikan Pembinaan Rumah Mesra Rakyat di 1 lokasi yang telah ditetapkan oleh KERAjaan Pusat.

Sampai ke hari ni, lokasi yang telah ditetapkan itu masih begini...


Semalam dalam Lawatan Kerja sehari Perdana Menteri Malaysia ke Kelantan, Najib telah mengumumkan seperti berikut:
PM: Stadium baru untuk Kelantan jika PAS tumbang

Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.

Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

"Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang 'rukas' (panjat) untuk tukar 'scoreboard'. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurang kemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan...jadilah stadium 'rukas'.

"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.

Beberapa bulan sebelum ini, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tok Guru Menteri Besar telah mengumumkan seperti berikut:
Kelantan Bakal Dapat Stadium Baru

Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Jangan lupa sejarah pembinaan Stadium di bawah KERAjaan Pusat...

Semalam juga Najib telah mengelentong para Pemandu dan Rakyat Pasir putih seperti yang dilaporkan disini.

Jadi kita ada soalan kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang berkaitan dengan janji.

  1. Janji untuk bina Jambatan di Manek Urai bagaimana..?
  2. Janji untuk bina perumahan Mesra Rakyat di Galas bagaimana..?
  3. Janji nak bina Stadium kalau PAS tumbang, atau janji nak bina Stadium yang senang "tumbang"..?
  4. Janji Kerajaan Kelantan atau janji KERAjaan Pusat yang kita nak percaya & harapkan..?
Rasanya 2 soalan pun dah terkulat-kulat untuk Najib jawab, jadi Najib akan serahkan pada PenChaChai untuk jawab dalam ruangan komen dibawah dan rasanya PenChaChai tak kan jawab, PenChaChai akan spin pada isu lain macam biasa... apa-apa lahhh...

PAS belum tahu lagi akan tumbang atau tidak di Kelantan dalam Pilihanraya Umum akan datang, yang pastinya Stadium Gong Badak yang nilainya beratus-ratus juta Ringgit Malaysia dah lama tumbang sebelum sempat digunakan.

Yang ni PenChaChai UMphorNO kena jawab dengan Mat Said sebab dia sedang "Kesal".

Ahmad Said kesal siasatan Stadium Gong Badak masih lagi tertangguh

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, semalam secara terbuka melahirkan kekesalan kerana kajian struktur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta di Kompleks Sukan Gong Badak, yang sebahagian bumbungnya runtuh lebih dua tahun lalu masih belum siap.

Kerja-kerja pembersihan runtuhan stadium dilaporkan sudah selesai
Beliau berkata, sepatutnya Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengemukakan keputusan laporan kajian mengenai struktur stadium itu yang dibuat syarikat perunding awal bulan ini, tetapi sehingga kini belum siap.

Katanya, lebih mengecewakan perkembangan terbaru yang dimaklumkan oleh JKR negeri bahawa laporan kajian perunding itu dijangka siap pada September pula.

"Saya sebenarnya rasa dukacita dan kecewa sebab dulu JKR beritahu kita bahawa menjelang Jun (bulan ini) kajian perunding akan siap.

"Tetapi, bila mesyuarat rasmi, saya dimaklumkan oleh JKR sendiri jadi September pula," katanya kepada pemberita selepas melawat Stadium Negeri dan Terengganu Ekuestrian Resort (TER) di sini yang akan digunakan untuk program sukan tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (SERIKANDI) selama lima hari mulai 5 Julai ini. -Perisik Rakyat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


BLOG MIK - Info Corner: Panaas Pagi Ini..! <b>Di Kota Bharu</b> Ada Kelab <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2011 06:01 PM PDT

KOTA BHARU: Gempar apabila sebuah kelab persendirian di sini menyajikan tarian wanita menjolok mata dalam satu majlis di kelab berkenaan, malam kelmarin.

Bagaimanapun, penganjuran majlis itu mengundang padah apabila diserbu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

Majlis sekitar jam 9.30 hingga 10.30 malam itu dihadiri 350 orang, kebanyakannya wanita, termasuk yang bertudung.


Difahamkan, pengurusan kelab menghentikan majlis itu selepas menyedari kehadiran penguat kuasa MPKB.

Yang Dipertua MPKB, Nazran Muhammad ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan kewujudan tarian seksi wanita itu.

Bagaimanapun, Nazran enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan. [dipetik dari; Harian Metro]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Saya.HIDUP.Awak: Sepetang <b>di Rantau Panjang</b> : Beg PRADA

Posted: 06 Jul 2011 07:39 AM PDT


Assalamualaikum.

Semalam saya balik kampung, dekat Rantau Panjang. Hehehe. Biasalah, kalau dah namanya kacukan siam, Tumpat atau Rantau Panjang tu, memang dah tak boleh dipisahkan la. Kenapa? Sebab kedua-duanya adalah sempadan Malaysia-Thailand.

Sebenarnya, motif adalah untuk beli sabun apa entah. Mak saya yang gigih mencari sabun Thai, aiyo, gigih memcarinya di Rantau Panjang. Mau 40minit perjalanan. Itu pun kalau tak jemm.

Bukan nak cerita tentang sabun, tapi nak bagitau cerita sentap. Hahaha.

Memandangkan Rantau Panjang ni terkenal dengan barangan tiruan, jadi tak pelik la kalau mereka-mereka ni tak hairan kalau anda datang menayang kasut Gucci ke, beg LV ke, apa ke. Sah-sah diorang akan cakap, "Ni mesti barang seberang." Hahaha.

Itulah yang terjadi dekat Mak saya. Kehkehkeh. Kelakar juga, sebab dia sentap dengan penjual tu. Dengan selamba, "Kak, beg Prada ni, original ke tiruan? Cantiklah."

Tersengih sampai ke telinga saya dibuat. Ada juga eh macam tu. Nak tau apa mak saya jawab? Erk, tak apalah. Nanti korang cakap saya berangan pula. Heh!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


razmij Sharing the Beautiful World: <b>Kelantan</b> Hebat: Datuk Solah <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2011 01:52 AM PDT

SEBAGAI pegawai nombor 1 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan amat sibuk dengan tugasan.

Ketika Mingguan MStar berkunjung ke pejabatnya di Putrajaya, beliau sibuk melayan stafnya dan orang luar.

Beliau sesekali dicelah dengan deringan telefon bimbit serta siri khidmat pesanan ringkas (SMS). Lumrah bagi seorang pemimpin.

Dalam keadaan sibuk itu, Solah meminta wartawan ini tunggu sebentar agar dapat membereskan kerja-kerja satu persatu.

Walaupun sibuk, Ketua Pengarah JPJ itu tidak pernah menghampakan wartawan serta sesiapa sahaja yang ingin menemuinya.

Sifat-sifat mesra beliau begitu mendekatkan diri dengan orang ramai termasuk wartawan ini.

Apabila peluang tiba untuk menemuramah Solah, soalan pertama terpacul dari mulut: "Adakah ini merupakan cita-cita Datuk sejak kecil lagi?

Solah menidakkannya. "Saya ingin menjadi askar kerana saya suka berlawan, semangat mahu berlawan dan suka berjuang," katanya secara spontan sehingga wartawan ini tergamam mendengar jawapan itu

Lantas ditanya kenapa beliau tidak merealisasikan cita-citanya itu. Solah terdiam seketika.

Jawapan awalnya amat ringkas iaitu "Amat menyentuh perasaan". Agaknya beliau tengah menyusun butiran penjelasannya.

Bila penjelasan lanjut diberikan, segala misteri di sebalik cita-citanya yang tidak tertunai itu beransur-ansur terungkai satu persatu.

Titik peralihan, jelas Solah, ialah apabila beliau lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred satu. Malah beliau merupakan pelajar terbaik di daerah Pasir Puteh ketika itu.

"Saya cuba masuk ke Universiti Pertanian Malaysia kerana ingin menjadi petani moden. Namun, saya kena sahkan sijil-sijil (peperiksaan) dulu dan hanya Pegawai Daerah (DO) yang boleh lakukan," katanya.

Solah dibesarkan dalam sebuah keluarga petani yang miskin di Kampung Gaal, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau ialah anak kampung sejati yang menanam tembakau, menanam padi serta menjala, menjual ikan dan menjual buah-buahan tempatan.

Beliau bijak orangnya dan menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik sejak sekolah rendah lagi.

Untuk mendapatkan pengesahan sijil-sijil tersebut, Solah berkata, dia menyediakan telur ayam, kelapa yang dibersihkan dengan daun mempelas, beras pulut yang dituai dari bendang sebagai buah tangan kepada pegawai terbabit nanti.

"Selepas solat Maghrib, saya bersama ibu bapa saya menaiki beca roda tiga dari Kampung Gaal ke pusat bandar di Pasir Puteh.

"Perjalanan sehala adalah kira-kira dua batu dan memakan masa sejam. Saya berdiri sepanjang perjalanan sementara ibu bapa duduk kerana ruang terhad," katanya sambil menambah bapa saudaranya yang bekerja sebagai tukang kebun di rumah Pegawai Daerah itu membuat temu janji tersebut.

Pertemuan itu bagaimanapun meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap jiwanya.

Memori lampau itu amat mengusik hati Solah sehingga beliau yang tabah serta bengis bagi mereka yang tidak mengenalinya "tewas" apabila mengimbaunya.

Air mata yang berlinangan turun membasahi pipinya. Tangannya menyeluk poket untuk mendapatkan sapu tangan cepat-cepat bagi menyeka air mata yang berguguran.

"Terdapat dua perkara yang mengganggu emosi saya. Pertama, Pegawai Daerah terbabit tidak menghargai kejayaan saya memperolehi Gred 1 kerana dia langsung tidak mengucapkan tahniah.

"Keduanya, dia tidak usik pun buah tangan tersebut sebaliknya menyuruh saya meletakkannya di anak tangga," ujarnya dengan suara yang terketar-ketar kerana kesedihan yang teramat sangat.

Apa tidak sedihnya, Solah membuat persiapan buah tangan itu sejak seminggu. Perjalanan sejam pergi, dan sejam balik

Tetapi perjumpaan hanya kurang daripada lima minit. Lebih mengaibkan, Pegawai Daerah itu tidak menjemput mereka masuk ke rumah.

Semasa dalam perjalanan pulang, Solah masih ingat ibu bapa dan dirinya diam membatu sepanjang perjalanan kerana terpukul dengan layanan tersebut.

"Dalam benak saya, okey, anda tidak menghormati ibu dan bapa saya kerana saya orang kampung."

Bermula dari detik itu, beliau berjanji tidak akan jadi askar.

"Pertamanya, saya berikrar akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Keduanya, bila saya bekerja, saya akan berada di kerusi pegawai daerah itu atau lebih tinggi dan akan buka pintu kepada sesiapa sahaja," tegas Solah.

Justeru, mulai hari pertama bekerja, Solah mengakui beliau tidak pernah menolak sesiapa yang ingin berjumpa dengannya.

Patutlah pintu pejabatnya di Putrajaya sentiasa terbuka luas kepada pengunjung!

Jika diselak zaman persekolahan menengah lagi, semangat berkobar-kobar untuk melawan situasi sudah terbit.

Solah berkata, beliau tidak dapat memohon biasiswa persekutuan kerana borang permohonan hanya diberikan kepada anak-anak cikgu, polis dan kerani.

Katanya, dia mengetahui perkara itu selepas kawan-kawan serta kenalannya yang berjaya mendapat biasiswa itu merupakan anak-anak inspektor polis, kerani dan guru.

Ini menguatkan lagi azamnya untuk 'menewaskan' mereka dalam bidang pendidikan. Biasiswa tersebut bernilai RM15 sebulan yang dimasukkan dalam buku akaun.

"Kawan yang mendapat biasiswa pernah belanja tengok wayang 25 sen untuk filem kelas ketiga ketika itu," katanya.

Akhirnya, Solah mendapat gred pertama manakala kawan-kawannya mendapat gred dua

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Tun_Telanai: UMNO DIRESAPI KOMUNIS?

Posted: 01 Jul 2011 06:09 AM PDT

Utusan Malaysia menjerit dengan tajuk akhbar semalam "Komunis resapi Bersih" dengan dakyah ciptaannya: "Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan".

"Pada tahap membimbangkan" kerana ada orang pakai t-shirt merah imej gambar Che Guevara?

Andaian palsu oleh lidah rasmi UMNO itu dibuat berdasarkan tangkapan polis terhadap 30 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dalam perjalanan untuk menyertai ceramah politik yang tidak ada kena-mengena dengan Bersih 2.0.

Polis pula, selain menahan anggota PSM bersama Ahli Parlimennya Dr Michael Jeyakumar, turut merampas t-shirt berwarna merah dan risalah-risalah parti; dan kemudian menuduh mereka yang ditahan dengan dakwaan cuba "memerangi Yang di-Pertuan Agong" dan "menghidupkan semula fahaman komunis".

Sikap hipokrit yang berselindung di sebalik amalan kuku besi ini lah yang memperlihatkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah komunis zalim sebagaimana yang biasa dilakukan oleh regim-regim komunis pada era Perang Dingin dahulu.

Pemerintahan zalim ala Joseph Stalin, Mao Zedong dan Fidel Castro itu kini menjadi amalan UMNO-BN, terutamanya sejak pengumuman dibuat untuk rakyat Malaysia berhimpun secara aman melalui Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan di seluruh negara, kebanyakannya kerana memakai t-shirt kuning yang mempunyai tulisan Bersih 2.0.

UMNO rakan seperjuangan Parti Komunis China

Mungkinkah amalan zalim dan kejam ini dipelajari oleh UMNO melalui hubungan akrabnya dengan Parti Komunis China yang dikatakan kagum dengan corak pemerintahan UMNO?

Dalam laporan UMNO Online pada 20 Oktober 2010, Ketua delegasi Parti Komunis China (PKC), Huang Xiangyao, yang berkunjung ke Malaysia telah melahirkan keyakinan kepada UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.

Ketua delegasi komunis itu berminat untuk belajar bagaimana UMNO mentadbir negara. Kenyataan ini disambut baik oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang gembira dengan hubungan erat kedua-dua parti.

Dalam pertemuan itu juga, UMNO berkongsi maklumat dengan PKC tentang organisasi UMNO dan persiapan UMNO pada waktu itu untuk menghadapi dua pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Laporan laman web UMNO itu tidak pula mendedahkan butir-butir penerangan tentang isu-isu politik Malaysia yang diceritakan kepada PKC.

Sepanjang pemberontakan komunis di negara ini pada 1948-60, dan kemudiannya serangan gerila diteruskan sehingga perjanjian damai 1989, PKC memberi sokongan penuh kepada Parti Komunis Malaya (PKM).

Mungkin Tengku Adnan lupa tentang hal itu apabila dengan bangganya mengumumkan bahawa PKC dan UMNO telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, 5 Ogos 2010.

"Sewaktu mengadakan perbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud," kata Tengku Adnan.

Malaysia juga mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara lain, terutamanya dalam hal-ehwal perdagangan dan pelaburan, tetapi jarang kedengaran UMNO mengadakan MoU antara parti di negara-negara berkenaan.

Walau pun akrab dengan hubungan dagang dengan negara-negara Barat, tidak pernah kedengaran UMNO mengadakan MoU dengan Parti Demokrat atau Republikan di Amerika Syarikat, atau dengan Parti Konservatif, Buruh atau Liberal Demokrat di Britian; mengapa MoU diadakan dengan rejim komunis di China?

Malah, Tengku Adnan dipetik sebagai berkata UMNO berminat menghantar Pemuda dan Puteri UMNO untuk mempelajari cara-cara PKC melaksanakan program mereka.

Regim komunis China tangkap pejuang hak asasi

Apa yang mereka pelajari? Rejim komunis China hanya membenarkan satu parti sahaja memerintah, iaitu PKC, dan sebarang bentuk penentangan adalah dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan dalam negara.

Menurut laporan Amnesty International 2010, kebebasan media, hak berhimpun secara aman dan hak menubuhkan persatuan dikekang di China. Pejuang-pejuang hak asasi dipenjarakan, didakwa di mahkamah, ditahan di rumah dan ada juga laporan tentang aktivis-aktivis hak yang "hilang".

Rejim komunis juga cuba mengawal internet dengan menggubal undang-undang sekatan serta menutup laman-laman web yang dituduh memburukkan sistem politik negara, memutarbelitkan sejarah PKC dan memecahbelahkan perpaduan kaum.

Pada Disember tahun lalu, rombongan ibu pejabat UMNO yang disertai beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta ahli Exco Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO telah melawat China untuk berkongsi pengalaman demi mengekalkan persefahaman dan kerjasama dengan PKC.

Mereka mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PKC yang memberi banyak maklumat jelas tentang parti dan regim komunis di China.

Komunis Vietnam kongsi pengalaman dengan UMNO

Selain PKC, Parti Komunis Vietnam juga gembira dengan hubungan mesra bersama UMNO dan mahu berkongsi pengalaman dengan UMNO sebagai parti dominan dalam kerajaan BN.

Laporan laman web UMNO menyebut bahawa delegasi Akademi Parti Komunis Vietnam yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya Dr. Nguyen Minh Tuan ke ibu pejabat UMNO pada Januari 2010 teruja dengan pemerintahan UMNO-BN di Malaysia.

Dr. Nguyen dipetik sebagai berkata komunis Vietnam ingin berkongsi pengalaman, khususnya tentang bagaimana UMNO menjaga masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Dalam pertemuan pada awal tahun lalu itu, delegasi komunis Vietnam diberi penerangan tentang perjuangan UMNO oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang tokoh UMNO yang dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah kerana kesalahan menyebarkan video lucah baru-baru ini.

Apakah yang UMNO pelajari dari regim-regim komunis itu? Apakah UMNO telah diresapi komunis dan ejen-ejen asing?

Dan jika yang dipelajari itu baik, apakah ia sudah membuka hati UMNO dan kerajaan BN untuk menghormati hak asasi rakyat, hak bersuara, hak berhimpun secara aman, hak menuntut pilihan raya diadakan secara bebas, adil dan bersih?

Perang Dingin global sudah lama berakhir. Komunisme telah ditolak oleh warga dunia. Yang ada pun hanya cebisan sejarah lampau.

Momok komunisme hanya propaganda basi UMNO. Yang pemimpinnya amat bimbang sekarang ialah suara rakyat Malaysia yang sudah bosan dan tidak tahan lagi dengan politik kotor, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan api perkauman. – Roketkini.com
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Kisah Alien Yang Famous <b>di Pengkalan Chepa</b>

Posted: 11 Mar 2009 12:00 AM PDT

Jam 10.00 pagi waktu marikh, 2 ekor alien menghampiri planet bumi dengan tujuan untuk melakukan aktiviti spy. Mereka diarahkan untuk melakukan intipan tentang aktiviti harian penduduk bumi, kelemahan serta kekurangan supaya nanti senang diorang nak datang serang. Selain itu, mereka perlu cuba berkomunikasi dengan penduduk bumi supaya dapat memahami bahasa di bumi. Dengan perlahan-lahan dan menggunakan silent mode pesawat mereka menghampiri bumi sambil mengelak pertembungan dengan sebarang pesawat, helikopter atau burung. Jam 11.00 pagi, mereka landing dengan jayanya di sebuah kampung di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Sebelum mereka keluar dari pesawat, mereka perlu menyamar menyerupai penduduk bumi agar dapat menyembunyikan identiti mereka. Jika identiti mereka terbongkar, sudah pasti mereka ditangkap dan dijadikan bahan eksperimen. Alien 1 berkata 'Tuan hamba, saya rasa bagusnya jika kita dapat menyamar seperti makhluk bumi di hujung kampung ini yang sedang makan itu. Alien 2 melihat-lihat kearah hujung kampung seperti yang dikatakan oleh Alien 1 dan berkatalah ia, Hamba sokong cadangan tuan hamba. Makhluk itu kelihatan begitu asyik makan dan hensem plak tu.

Maka bertukarlah mereka kepada makhluk itu dan seterusnya berjalan kearah sebuah warung. Apa khabar orang-orang kampung semua, sapa Alien 1 kepada pengunjung warung tersebut dengan sopan. Maklumlah ramai orang-orang tua kat warung tu. Bagaimanapun semua pengunjung warung itu hanya memandang mereka dengan agak kehairanan dan terkejut. Ada seorang budak yang sedang makan aiskrim tersedak apabila mendengar sapaan dari Alien 1. Maka Alien 2 pula berkata, Tak jawab dosa woi'. Dalam tempoh 11.2 saat, semua pengunjung warung lari meninggalkan alien itu dalam keadaan terpinga-pinga.

Merasakan sesuatu yang tidak kena, mereka juga lari meninggalkan warung itu ke arah pesawat mereka. Bagaimanapun malang menimpa apabila sekumpulan penduduk kampung tiba-tiba datang mengejar kembali mereka. Akibat tidak biasa dengan graviti di bumi, mereka jatuh terjelepok dalam longkang. Penduduk-penduduk kampung segera mengikat mereka. 'Kito panggil TV3. Royat* pado TV3 di kampong kito ni ado biri-biri bulih kecek*. Nanti femes* kampong kito pah ni*. Hahaha..' berkata seorang daripada penduduk tersebut. Barulah mereka sedar, mereka telah menyamar sebagai seekor..... ?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Balesungkawa

Posted: 09 Jul 2011 09:44 PM PDT

Rezeki Baharuddin Syahid Dalam Himpunan Bersih

SAYA lewatkan sedikit untuk posting ulasan kedua mengenai himpunan Bersih semalam yang sudah pun ditulis tetapi tidak sempat disiapkan. Saya terpaksa bergegas ke Lembah Keramat untuk menziahai jenazah Baharudin Ahmad, 58 yang syahid di medan himpunan Bersih di KLCC semalam.

Mulainya janji untuk pergi bersama dua kawan dan seorang Yang Berhormat dari Kelantan. Tetapi masing-masing ketiduran sementara, YB berkenaan tidak pasti sama ada jenazah akan diuruskan pagi atau selepas zohor. Sewaktu saya menghubunginya, dia nampak semacam macam atas katil. Nasib baik Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menghubungi memaklumkan yang jenazah sedang diuruskan, dan akan disembahyangkan dalam tempoh setengah jam. Beliau sudah berada di surau berhampiran rumah Allahyarham.

Kerana bergegas ke rumah Allahyarham saya tinggalkan dulu laptop tanpa ditutup dan tinggalkan catatan kedua Bersih dan akan dipostkan selepas ini.

Sewaktu saya sampai surau kawasan flat di kelompok Camar, di Lembah Keramat itu sudah penuh dengan orang ramai. Lagaknya macamlah satu ketumbukan yang sedang menghimpun anggota di satu lokasi Bersih semalam.

Badrul Amin sedang membaca doa. Di dalam surau penuh sesak. Surau yang boleh memuatkan 100 orang itu melimpah rasuah sampai ke luar. Untuk merakam gambar untuk tonton penjenguk budiman pun susah. Tidak jauh dari muka pintu Nurul Izzah berdiri kaku kesedihan, simpati dan geram dengan apa yang berlaku. Tanpa sempat untuk saya bertanya Izzah minta ulas mengenai peristiwa malang itu.

Kalau anda mahu melihat suasana di surau berkenaan dan upacara pengkebumian silalah ke blog lain atau Fb rakan-rakan lain. Ramai juga bloger dan jurugambar yang merakam gambar. Saya sudah tidak larak untuk berarak panjang menuju ke tanah perkuburan, yang terletak kira-kira 2 km dari rumah arwah.

Orang ramai yang mengetahui berita kematian itu terus tiba seorang demi seorang. Dalam sekejap masa saja, kawasan perumahan dipenuhi orang ramai. Satu demi satu pemimpin Pas dan PKR hadir. Antara pemipin Pas yang terjumpa ialah Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Adun Hulu Klang, Saari Sungip, Ahli Parlimen Jerai, Firdaus.

Dr Mohd Hatta Ramli juga ada dalam keadaan letih lesu. Saat jenazah hendak disembahyangkan, mucul Senator Syed Husin Ali. Saya berjumpa sekali lagi dengan Syed Ali saat mahu balik yang kemudian muncul Mustapa Kamil Ayub yang sudah lama saya tidak beramah mesra dengannya.

Keadaan dan wajah mereka yang hadir berbelah bahagi. Nampak ada yang kesedihan dan ada juga yang marah kepada polis atas apa yang terjadi. Saya mundar mandir diluar untuk meninjau dan merakam suasana. Saat ini tiba-tiba serikandi keadilan S Ambiga muncul.

Begitu melihat Ambiga saya yang sudah berbaris untuk menunaikan solat jenazah keluar dari jemaah dan mendapatkan Ambiga. Sudah lama saya menanti saat untuk merakam wajah serikandi ini.

Rupanya dia sudah ada awal pagi lagi. Semalam lagi Ambiga sudah datang menziarahi dan memberi simpati kepada keluarga Baharudin. Ambiga tentu merasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana Baharudin mendapat syahid semasa mengikuti himpunan Bersih.

Bukan setakat Ambiga saja, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia juga ada sama. Dia kelihatan memberi kenyataan akhbar selepas Ambiga bercakap dengan press. Ambiga mencadangkan akan membuat mendesak Suhakam membuat siasatan berhubung kematian berkenaan yang disalahkan kepada pasukan polis. Pengerusi DAP, Lim Kit Siang juga ada sama. Wakil Rakyat Bukit Antarabangsa yang bersebelah dengan kawasan rumah arwah, Azmin Ali bagaimana pun tidak terserempak.

Baharuddin adalah seorang ahli Pas, manakala isterinya adalah ketua wanita cabang PKR. Allahyarham bernasib baik saya kira kerana dijemput Allah gara-gara Bersih. Kematiannya walaupun tidak diminta tetapi telah memberi sesuatu yang amat bererti dalam perjuangan rakyat menuntut pilihan raya Bersih. Bolehlah disimpulkan perjuangan semalam telah mengorbankan satu nyawa di samping menumpahkan banyak darah. Untuk roh Baharuddin ia sungguh membahagiakan kerana ramai yang bersolat jenazahnya.

Menurut Dr Hatta anak Allahyraham adalah seorang doktor di hospital besar kerajaan. Sebelum Baharuddin hendak menyertai Bersih katanya malam sebelumnya, anaknya itu telah berpesan supaya memasangkan niat turun ke medan sebagai seorang pejuang Islam dan kalau mati, akan mati syahid. Baharuddin juga katanya jarang mengikuti himpunan tetapi ini adalah yang pertama yang mahu sangat diikutinya.

Saat beliau pangsan terkena gas pemedihan mata, beliau tidak bersama isterinya, kerana isterinya sudah berada di perkarangan stadium Merdeka.

Mursyidul Am Pas yang akan tiba dari Makkah tengah hari ini dijangka akan menzirahi keluarga Allahyarahm lewat petang ini. Didoakan semoga roh Baharuddin diterima Allah dan ditempatkan pada makam orang-orang soleh. Kepada pejuang rakyat pula khususnya para peserta Bersih kematian Baharuddin harus dibayar dengan sebuah kemenangan. [wm.kl.12:59 11/07/11]

* Lagi gambar orang ramai yang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharuddin dalam Facebook saya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads