Isnin, 23 Julai 2012

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


jmc kota bharu: Jawatan Kosong <b>Di</b> Kolej Komuniti <b>Kok Lanas</b>

Posted: 23 Jul 2012 12:03 AM PDT

Jawatan Kosong Di Kolej Komuniti Kok Lanas
Kolej Komuniti Kok Lanas mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan/sementara.
1. Pensyarah Sambilan Harian (Terapi Kecantikan dan Spa)
2. Pensyarah Sambilan Harian (Dandanan Rambut)
Calon-calon hendaklah mengemukakan resume dan permohonan tersebut hendaklah sampai ke Kolej Komuniti Kok Lanas pada atau sebelum 24 Julai 2012.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(UP: Puan Shuhaila binti Ibrahim)
Tarikh Tutup Permohonan: 24 Julai 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Warga <b>Kelantan</b> memang bersedia « <b>KELANTAN</b> DARUL NAIM <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2012 10:33 AM PDT

Warga Kelantan memang sudah bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran di hari muka.  Ini dapat dilihat dalam berbagai aspek atau bidang kehidupan mereka.  Semangat juang mereka untuk maju,  rasanya tidak ada tolok bandingnya. Sikap mereka untuk berdikari, berpadu dan bantu membantu antara satu sama lain,  sudah lama berakar umbi dalam kehidupan mereka.

Warga Kelantan tidak syak lagi adalah sinonim dengan semangat juang,  ingin berdikari,  ingin maju  dan  rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.

Ikan kering di Pasar Jelawat

Banyak contoh yang dapat kita lihat.  Tidak perlu kita jalankan projek kajian dan penyelidikan untuk mendapatkan bukti keadaan ini.  Di mana juga kita berada keadaan atau senario ini dapat kita temui.  Di pasar besar,  di warung-warung,  di pasar pagi atau malam,  di kedai-kedai runcit,  di kedai emas,  dan lain-lainnya dapat kita lihat bagaimana suasana ini menyerlah.

Memang diketahui bahawa terdapat empat tugas penting dalam kehidupan tiap anggota masyarakat Kelantan iaitu  bekerja keras untuk mengumpul cukup dana,  dana ini akan digunakan untuk menentukan kejayaan anak-anak di bidang pengajian,  dana ini  akan digunakan untuk mengerjakan ibadah Haji,  dan dana ini juga untuk membina rumah serba moden tempat tinggal keluarga.

Dalam aspek bekerja keras,  ini dapat dilihat dari komitmen mereka dalam perniagaan,  bertani,  menternak dan  menangkap ikan,  iaitu selain dari penglibatan mereka dalam perushaan-perushaan desa, sebagai contoh, menghasilkan makanan ringan atau sampingan seperti serunding,  keropok,  kerepek dan sebagainya.  Kita jangan pula lupa penglibatan mereka dalam bidang-bidang pembuatan – membatik,  mentenun kain songket,  mengeluarkan hasil kraft dari perak, emas, tembaga dan kayu, dan banyak lagi.

Zahar … periang dan peramah. Tok Bali

Banyak tempat yang dapat menggambarkan suasana ini.  Di Wakaf Che Yeh, di Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu,  di Pantai Seri Tujuh Tumpat,  di Kampung Laut,  di sepanjang jalan ke Pantai Cahaya Bulan, di pasar Mundok Pasir Mas, di TokBali,  di Wakaf Aik, di Rantau Panjang dan banyak lagi.  Selain dari itu keadaan ini dapat juga kita lihat di komplek-komplek seperti Bazar Buluh Kubu,  Bazar Tok Guru dan seumpamanya.

Pendek kata,  warga Kelantan adalah kumpulan insan yang sentiasa bergerak cergas dalam menjalani hidup seharian mereka.  Pengurusan waktu adalah penting kepada mereka.

Datanglah ke Kelantan Darul Naim untuk menyaksikan ini semua.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


ZilaKasim Quilt Blog » Aktiviti kelas <b>di Kota bharu</b>

Posted: 22 Jul 2012 09:43 PM PDT

Selamat datang ke laman ZilaKasim Quilt Blog. Semoga ia dapat memberi ilmu serta maklumat yang berguna kepada semua. ZilaKasim Quilt Blog juga ada menyediakan pelbagai produk serta kelas jahitan seni kreatif di seluruh Malaysia. Jika anda ingin mendapatkan mesin jahit, kelas jahitan atau peralatan quilt dan patchwork, semuanya ada di sini.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Angota polis layak mengundi <b>di</b> mana sahaja? - CJMY - Citizen <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2012 05:39 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menjelaskan berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini  di mana pendaftaran bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat berdasarkan kepada alamat anggota itu bertugas dan bukan alamat anggota itu bermastautin, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi yang juga merupakan ADUN Wakaf Bharu.

Beliau turut berkata, SPR sengaja memperlengahkan siasatan bantahan yang dibuat berhubung kes siasatan awam  ke atas 37 pemilih pos dari kalangan anggota PDRM di Parlimen P.019 Tumpat supaya tempoh bantahan tersebut tamat.

Ujarnya lagi, ada penipuan dari SPR supaya mengukuhkan kedudukan UMNO di DUN Wakaf Bharu, dimana angota polis itu sendiri mengaku tidak pernah bermastautin di Wakaf Bharu atau bertugas di lokaliti tersebut.

Beliau berharap SPR dapat melaksanakan apa yang selalu di sebut-sebut tentang ketulusannya sebagai sebuah badan kerajaan.

Wakaf Bahru

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


SPRM serbu lombong emas haram <b>di Gua Musang</b>

Posted: 12 Jul 2012 10:00 PM PDT

Written by admin   
Friday, 13 July 2012 13:00

GUA MUSANG 12 Julai - Dua hari selepas Utusan Malaysia mendedahkan aktiviti perlombongan emas haram di Kelantan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu salah sebuah lombong emas yang beroperasi di kawasan hutan Perasu dekat sini.

Dalam serbuan disertai 20 anggota dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya itu, lima pekerja tempatan dan tiga pekerja warga Indonesia ditahan manakala peralatan melombong yang dianggarkan bernilai RM1 juta turut dirampas.

Sebelum itu, dalam perjalanan masuk ke kawasan hutan tersebut, SPRM sempat menahan dua pekerja yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk membawa keluar sebatian tanah mengandungi emas dari lombong berkenaan. - UTUSANONLINE

MALAYSIA NEWS SPRM LOMBONG EMAS HARAM GUA MUSANG

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


HIJAU BERUBAH WARNA <b>DI PULAU MELAKA</b> - SELALU ADA <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2012 09:23 PM PDT

SAHUT SERUAN NIK AZIZ TIDAK PERLU POSTER UNTUK KAMPEN PILIHANRAYA

PR pembangkang selalu mengitai dan mencari ruang bagi mengentam Umno. Banyak juga perkara yang tidak berlaku, Umno juga dipersalahkan. Tidak kurang juga perkara yang diada2kan semata2 untok melontar kesalahan itu kepada Umno. Seolah2 negara ini diperintah oleh PR bukannya Umno.

Ruang untok penyokong pas kearah ketaksuban kepada parti tersebut dibuka seluas2 oleh pemimpin pas bukti jelas seperti apa yang  berlaku hancurnya rumah tangga warga mas kerana perbezaan fahaman politik. Kenyataan seorang artis masuk pas kerana ingin bertaubat dan ingin kemabli kepada islam yang sebenar. 
Dalam pada itu juga pas bertubi2 dirundung masalah tambahan menjelang PRU yang anehnya bukan masalah itu ciptaan musuh politk tetapi dari kumpulan mereka sendiri dengan kata lain orang dalamnya sendiri. Bermula dari Kickdefella, Hassan Ali dan tidak kurang juga dari kalangan pemimpim mereka yang lain tapi masih berada didalam parti tersebut. Kenapa tamparan berupa cabaran begitu hebat di uji oleh Allah kepada Pas jika ia benar2 mengikut islam disaat umat islam di negara ini perlu kepada penyatuan?...
Corak dan tindak tanduk pas dari dulu lagi bukan untuk penyatuan Ummah banyak kesilapan yang pas seret islam untuk perkuatkan parti nya. Kesan dari kesilapan demi kesilapan menjadikan pas sebuah parti lara dan kita tidak boleh mengharap apa2 lagi dari pas sekaligus kita perlu mempastikan pemimpin tidak perlu lagi kita angkat memberi sokongan dalam pilihan raya akan datang. Jika kita menyokong pas bermakna kita memberi kuasa dan ruang kepada rakan sekutu kuat mereka DAP yang sudah jelas mendominasi PR yang bertanding 89 kerusi.
Rakyat sudah mulai sedar,dengan kebijaksanan kerajaan pada hari ini yang diketuai oleh DS Najib sebagai PM jelas  menambahkan lagi kesedaran pada rakyat. Fatwa2 yang pernah pas keluarkan sebelum ini pas sendiri sudah tidak terima pakai lagi. Umno tidak kafir lagi sekarang sebab pas juga bersama kafir bahkan lebih teruk lagi pas sanggup bersama kafir yang terangan2 tdiak mahu kepada islam.
ADDAKAH INI JUGA SALAH UMNO....?
 KOTA BHARU, 19 Julai - Pulau Melaka kawasan kediaman Menteri Besaer Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mata dikejutkan setelah 160 orang penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom sambil disaksikan oleh Ketua Bahagian UMNO Pangkalan Chepa, Datuk Dali Bin Husin ketika majlis perasmian Gelanggang Silat 1Malaysia yang diadakan pada 18 Julai 2012, jam 3.30 petang di Kampung Babong, Pulau Melaka. 
Majlis berkenaan dihadiri oleh 1,000 orang penduduk dan Jamil Khir turut memberi bantuan sebanyak RM 5,000 untuk pembangunan silat di Kampung Pulau Melaka serta empat buah khemah untuk penduduk. Rata-rata yang hadir dalam majlis ini terdiri daripada pengikut PAS. Majlis yang dianjurkan sendiri oleh penduduk Kampung Babong.
Pulau Melaka yang diketuai oleh Haji Muhammad Din bergotong-royong sesama mereka untuk memanggil Menteri bagi mendengar rintihan rakyat memandangkan wakil rakyat mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik walaupun tinggal berdekatan dengan rumah kediaman Menteri Besar Kelantan.
Borang keahlian UMNO diserahkan oleh empat wakil yang mewakili kampung masing-masing antaranya wakil Kampung Pulau Melaka yang di wakili oleh Azlan Che Pa, Kampung Babong oleh Mohd Fadhil, Kampung Ujong Tanjung oleh Raja Ali dan Kampung Tok Ku oleh Azwa. Mereka ini dahulunya adalah pengikut kuat PAS sebelum ini.
Antara punca mereka memasuki UMNO adalah disebabkan oleh tindakan PAS Pangkalan Chepa yang diketuai oleh MB Nik Aziz dan Nik Amar telah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan kampung Pulau Melaka itu sendiri yang menjadi tempat kediaman MB Kelantan. Malah menurut mereka kepimpinan Nik Aziz tidak mengendahkan kebajikan rakyat dan terus membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal hanya beberapa meter dari rumah Nik Aziz.
Nik Aziz juga dikatakan lebih mengutamakan rakyat dari luar kawasan termasuk dari negeri lain untuk berjumpa dan mendengar masalah berbanding dari rakyat di kawasan sendiri. Malah Nik Aziz juga sanggup memberi bantuan kewangan kepada peserta BERSIH 3.0 daripada bantuan kepada rakyat miskin di kawasan berkenaan. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan menyebabkan penduduk bertindak memasuki UMNO sebagai manifestasi ketidakpuasan hati rakyat.
Sebaliknya penduduk lebih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri yang dilihat ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam membantu rakyat tanpa mengira latar belakang kaum mahupun politik. Kesungguhan PM dalam membantu rakyat telah memikat hati mereka untuk memasuki UMNO dan bersama-sama ingin membantu menjayakan transformasi PM dalam memperkasakan agama, bangsa dan negara.
Salah seorang daripada wakil dari Kampung Pulau Melaka, Azlan Che Pa menyatakan mereka mahu melihat kemajuan dan perubahan di kampung mereka disamping ingin melihat kehidupan rakyat berubah setanding dengan rakyat di negeri lain.
Beliau juga mengharapkan rakyat di seluruh Kelantan bersama-sama berubah untuk kemajuan diri kerana selama 22 tahun PAS memerintah Kelantan mereka masih gagal memajukan rakyat. Tempoh masa yang terlalu lama telah diberikan kepada PAS dan kini sudah tiba masanya untuk rakyat Kelantan membuat perubahan.
Menurut beliau lagi kalau penduduk di Kampung Pulau Melaka sendiri sudah tidak mempercayai kepimpinan PAS apatah lagi penduduk di kawasan lain turut diminta menolak PAS. Beliau yang ditemui tidak mahu berceritakan tentang keburukan Nik Aziz kerana tidak mahu mengaibkan Nik Aziz namun hakikat sebenar yang rakyat perlu ketahui adalah Nik Aziz dan Nik Amar gagal menjalankan tugas dengan baik dan kesannya telah dirasai oleh penduduk Kampung Pulau Melaka sendiri.

ads