Jumaat, 16 November 2012

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


POLITIK HARIAN: Tuntutan Bina Loji Petrokimia <b>Di Bachok</b>, Ancam <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 12:01 AM PDT


Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh pakatan pembangkang, kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia. Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang, Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam, Selangor.

Ironinya, dalam isu petrokimia di Pengerang, para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan.

Dalam perhimpunan di Shah Alam itu, kira-kira 2000 orang penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan.

Program tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan.

Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia, mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok, Kelantan.

Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003, sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok, Bachok.

Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira, terutama dalam soal projek petrokimia RAPID konon membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah, timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan?

Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya, ROYALTI juga sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai Senok Kelantan.

Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang sama ada PAS, PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat sebenar, tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun alam sekitar.

Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata rakyat sahaja.

Logiknya, jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja mahu membahayakan nyawa penduduknya. Bukankah begitu?

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Istana Balai Besar Insider: <b>Dabong</b> menerajui perubahan <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 10:37 PM PDT


KUALA KRAI: Bukan sekadar mengingatkan rakyat terhadap tuntutan agama, sebaliknya ulama juga berjaya membawa Kelantan ke era baru dengan kemunculan bandar-bandar baru yang semakin bertambah.

Hampir semua jajahan di Kelantan memiliki kawasan pertumbuhan baru dengan pembangunan yang lebih terancangan dan tersusun.

Bermula dari Tumpat sehingga ke Gua Musang bandar-bandar baru boleh dilihat di merata tempat.

Tidak ketinggalan juga Dabong yang suatu ketika dahulu tempat buangan bagi guru-guru yang menyokong pembangkang, sekarang sudah jauh berubah.

Tidak lama lagi lanskap Dabong juga bakal berubah dengan pembangunan bandar baru yang terletak di Kampung Stong.

Kawasan seluas 45.6 hektar bakal dibangunkan taman perumahan yang lengkap dengan bangunan pejabat, rumah kedai, masjid, tadika, dewan orang ramai, taman permainan, pasar raya dan stesen minyak.


Kedudukannya di hadapan kilang papan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), di tengah-tengah perjalanan Jeli-Gua Musang. Berlatarbelakangkan banjaran Gunung Stong yang menempatkan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Suasana persekitarannya begitu nyaman, awam yang kedudukan agak rendah seumpama berada di Tanah Tinggi Lojing.

Bandar Baru Dabong bakal menjadi kenyataan apabila majlis perletakan batu asas disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Bandar baru itu akan menempatkan 48 unit rumah teres kos sederhana rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106 (banglow) dan 20 unit (rumah kedai).

Fasa pertama melibatkan pembinaan 12 unit rumah teres kos sederhana rendah, 29 unit (kos sederhana) dan seunit rumah banglow akan dibangunkan tidak lama lagi.

Projek tersebut dilaksanakan KPK dengan kerjasama DPS Group of Companies dibangunkan tiga fasa. Projek berkenaan membabitkan pelaburan lebih RM40 juta.

DPS sebuah syarikat yang berpangkalan di Melaka juga akan membina sebuah kilang perabot dengan pelaburan sebanyak RM15 juta, bakal menyediakan 100 peluang pekerjaan.

Pengerusi KPK, Zulkifli Mamat berkata, Bandar Baru Dabong dibangunkan mengambil masa kira-kira lima tahun.

"Bandar Baru Dabong di Stong akan menjadi bandar berkembar dengan pekan Dabong yang sedia ada. Dabong lama yang menempat stesen kereta api tidak lagi dapat menampung pembangunan baru memandangkan kawasannya agak terhad.

"Pekan lama mempunyai keistimewaan tersendiri dengan stesen kereta api yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengunjungi Taman Negeri Stong," katanya selepas majlis perletakan batu asas dan perasmian pejabat baru KPK.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, janji kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah Bandar baru di Dabong akhirnya menjadi kenyataan.

Kata beliau perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PAS Kelantan 2008.

"Saya antara orang yang paling gembira kerana janji-janji kita kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu kini semakin menjadi kenyataan.

"Inilah yang dinamakan sebagai janji yang ditetapi. Kita juga mampu menepati janji-janji yang dibuat bagi manfaat rakyat," katanya.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Jawatan kosong 2012 <b>di</b> Pejabat Pengarah Tanah dan Galian <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2012 10:25 PM PDT

jawatan kosong 2012 Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan

Jawatan kosong 2012 :P ejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1913. Ia pada mulanya dikenali sebagai Pejabat Superitendent of Lands Kelantan. Pada mulanya pejabat ini berkongsi dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu di Jalan Hospital.Mulai pada tahun 1945, pejabat ini dikenali sebagai Pejabat Advisor of Land and Mines sehingga 1959. Seterusnya pada tahun 1970, pejabat ini dikenali sebagai Pejabat Commissioner of Lands and Mines sehingga tahun 1970. Mulai 1971 pejabat ini mula dikenali sebagai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian sehinggalah hari ini.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :

1. Penolong Pegawai Tanah NT27

CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP :

1. Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut :

YBRS. PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN BLOK 2, ARAS 2, KOMPLEKS KOTA DARULNAIM 15503 KOTA BHARU.

Sebelum atau pada : 05 November 2012

UMUR :
1. Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

AM :
1. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan surat permohonan jawatan, keterangan diri (resume), sekeping gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan, Surat Beranak, Ijazah, Diploma dan Sijil-Sijil Persekolahan atau dokumen/testimonial yang berkaitan.
2. Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas tidak akan dilayan.
3. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
4. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

from your own site.

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


.: Pas Masih Boleh Masuk Kubu Umno <b>di Jeli</b>

Posted: 11 Nov 2012 04:33 AM PST

LAPORAN LEWAT                                                                                                                  

Umno bahagian Jeli dibawah pimpinan Mustapa Mohamed merupakan bahagian yang paling kemas dan mantap di Kelantan. Dengan kedudukannya sebagai menteri - MITI Mustapa telah memungah seberapa banyak projek untuk Jeli. Jika dicatat dalam buku Guiness book of the record, mungkin Jeli merupakan bahagian Umno paling maju dan moden dengan memiliki pelbagai projek.

Jeli memang bernasib baik. Mustapa bukan saja sebagai menteri, tetapi beliau juga adalah Pengerusi Umno Kelantan. Di mana dengan kedudukan itu Jeli merasa ia adalah bahagian Umno paling berprestaj.

Bagaimana pun kelebihan dan kemajuan yang ada di Jeli hari ini bukan bermakna Mustapa boleh duduk senang. Majoriti yang diperolehinya dengan mengalahkan Apandi Mohamad dalam pilihan raya lalu sebanyak 4,436 bukan merupakan lesen atau bantal lembek untuk dijadikan pengalas tidur yang enak. Dan Mustapa nampaknya tidak pernah merasakan 'agah' dengan situasi ini.

Beliau sendiri masih terkenang bagaimana perit dan pedihnya menerima kekalahan dalam tahun 1999 ditangan Apandi Mohamad. Kekalahan itulah menjadikan Mustapa senantiasa bangkit dan menjaga seluruh pengundi Jeli macam menatang minyak yang penuh. Kemenangannya selepas itu (2004 dengan majoriti 7,353) dan dicatat sekali lagi 2008 dengan mengalahkan Apandi dua kali tidak bermakna beliau senang.

Ada kebenarannya kalau Mustapa tetap merasa gelisah dan cemas dan tidak berapa 'arap' dengan apa yang berlaku dan ada di Jeli hari ini. Pembangunan, pelbagai projek, bantuan untuk rakyat tidak menjamin undi akan mengalir ke dalam bakulnya. Pada zahirnya begitu tetapi tribulasi politik sangat difahamnya. Sebab itu Mustapa sanggup pulang setiap minggu ke Jeli kecuali kalau beliau berada diluar negara.

Hakikat hari ini ternyata, bahawa Jeli bukan kawasan selesa benar buat Mustapa. Malam Jumaat lalu Pas telah mengadakan ceramah bertempat di Kelewek, dalam kawasan Bukit Bunga. Kawasan itu katanya kubu kuat Umno. Pas Jeli mengundang Tamrin Ghaffar sebagai penceramah khas. Ikut sama berceramah ahlijawatankuasa Pas Idris Ahmad. Tamrin berceramah di bawah tajuk ; Mengapa saya tinggalkan Umno.

Walaupun malam itu hujan renyai-renyai dan kawasan ceramah agak jauh ke dalam, namun jumlah yang hadir boleh tahan juga. Sekitar 250 orang dan dipercayai semua orang tempatan. Kehadiran itu cukup untuk membuktikan bahawa kubu Umno masih boleh ditembusi di Jeli. Turut sama hadir malam itu ialah Yang Dipertua Pas Jeli Apandi Mohamad, timbalannya Abdullah Yaacob yang juga Adun Air Lanas, penyelia Dun Bukit Bunga, Mohd Suply Abdul Razak yang juga merupakan bakal calon Pas untuk kerusi Bukit Bunga dan lain-lain pemimpin Pas kawasan Jeli.

Pada malam itu juga bertembung dengan program Umno yang diadakan berjarak tidak samapi 3 km. Difahamkan program Umno malam itu ialah majlis menyampaikan bantuan wang. Ternyata program ceramah Pas itu kurang disenangi oleh Umno bila mana tiga banner yang dipasang menguar-uarkan kedatangan Tamrin dihilang. Pas mengsyaki ianya perbuatan Umno.

Pas begitu berang dengan kejadian itu. Abdullah Yaacob yang bertindak sebagai pengerusi memberi amaran dan mencabar Umno dengan berkata; "Apakah Umno hendak main secara jahat atau secara molek, kalau nak cara jahat, kita juga boleh bermain cara jahat."

Seharusnya kejadian-kejadian begitu tidak berlaku lagi. Walaupun Jeli merupakan kawasan pedalaman, tetapi sejak Mustapa mewakilinya di mana sudah banyak kemajuan dan berbagai maklumat terdedah sepatutnya politik diluar batas undang-undang demokrasi itu dihentikan. Elok kalau Mustapa memberi nasihat atas apa yang berlaku sekiranya benar kehilangan banner Pas itu disebabkan perbuatan ahli Umno. Pembuangan banner itu sedikit sebanyak akan merosakkan reputasi Mustapa sebagai pemimpin yang berjurus.

Malam itu Tamrin yang kini telah menyertai Pas, menyeru rakyat supaya tidak mudah tertipu dengan hipokrasi pemimpin Umno yang kononnya hendak membela Melayu dan Islam. Katanya agenda itu hanyalah bohong semata-mata dan ia hanya alat dan retorik untuk menipu rakyat. Apa yang berlaku pemimpin Umno lebih menjaga kepentingan diri dari kepentingan agama dan bangsa.

Beliau memberi contoh, pemimpin Umno diam membisu tanpa membuat apa-apa kecaman ke atas presiden MCA Chua Soi Lek yang menghina Hudud. Tetapi pemimpin Umno menjadi kalut dan berani mengecam Nurul Izzah yang memberi pandangan secara umum berhubung maksud ayat Quran berhubung tiada paksaan didalam agama.

"Kalau pemimpin Umno jujur mereka akan kecam dan marahkan Chua Soi Lek terlebih dahulu sebelum mengecam Nurul Izzah, tetapi kenapa diam membisu?" kata Tamrin. Malam itu juga Tamrin membuat apologetik kepada hadirin kerana bersubahat dengan Umno membuat beberapa kejahatan sebelum ini.

"Saya sudah bertaubat dan berharap penyertaan saya dalam Pas akan dapat mengurangkan dosa saya sebelum ini. Biarlah sisa-sisa usia yang ada ini dapat dimanfaatkan untuk perjuangan Islam," katanya dengan nada sayu dan pamrih. [wm.kl. 7:52 pm 11/12/12]

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


aduan rakyat - masalah nelayan parit <b>perupok di</b> dun maharani

Posted: 13 Mar 2010 09:15 AM PST

Parit Perupuk Laut, Rabu 3 Mac 2010


YB Dr. Mohammad  Taslim bersama AJK DUN Maharani telah  menemui nelayan-nelayan di Parit Perupok Laut, Jalan Jonid, Muar. Nelayan-nelayan tersebut melalui Persatuan Nelayan  telah mengadu di   Pusat Khidmat ADUN Maharani, Parit Bakar,Muar berkaitan peparitan di Jeti mereka. Parit laluan mereka ke laut terlalu sempit, cetek dan di kiri kanan parit  ditumbuhi pokok-pokok. Masalah ini telah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab beberapa tahun yang lalu tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan. Sekiranya mereka ini berlarutan ini akan menjejaskan pendapatan para nelayan.YB Dr Mohammad telah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Muar untuk tindakan lanjut.

Pada hari Rabu 3 Mac 2010 jam 10.45 pagi YB Dr Mohammad telah turun padang bersama rakyat untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh nelayan tersebut.Turut hadir wakil Juruterta JPS Daerah Muar dan wartawan akhbar Cina (Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, China Press dan Oriental  Daily News). Mereka mendengar permasalah nelayan serta keluhan mereka. 

YB Dr Mohammad, para tetamu  dan wartawan  telah  dibawa menaiki bot nelayan untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh para nelayan di situ. Pihak JPS berjanji akan membawa masalah  kepada pihak yang berkenaan  kerana kawasan ini juga di bawah  kelolaan Majlis Perbandaran Muar.Masalah di jangka dan diharap dapat diselesaikan dalam tahun ini juga.

 Di antara permohonan nelayan tersebut ialah:
1. Mendalam dan melebarkan parit laluan mereka ke Selat Melaka,
2. Menebang pokok-pokok yang menutupi tebing parit,
3. Mendirikan pondok yang berlampu di jeti,
4. Menaiktaraf jalan di tepi parit menghala ke laut,
5. Memasang lampu jalan dan lampu isyarat supaya mudah mereka kembali ke jeti ketika keluar waktu malam atau awal pagi.

 Perahu tersadai di atas lumpur menunggu air pasang

baru nelayan dapat turun ke laut.Ini merugikan masa mereka.

Cetek...sempit...semak....inilah laluan nelayan ke laut.

Nak ke laut? Perahu pu tak boleh lalu....

Perhatikan betapa ceteknya  parit semasa air surut. 
Perahu/bot nelayan  terpaksa menunggu air penuh baru boleh ke laut. 
Ini merugikan masa dan menjejaskan tangkapan mereka.

YB Dr Mohammad bersama AJK DUN Maharani,

En.Adam Ketua Persatuan Nelayan

dan wakil Jurutera JPS Muar 

 YB Dr Mohammad dan Wakil Jurutera JPS di temuramah wartawan

YB menyerahkan salinan surat aduan  kepada  JPS .

diperhatikan oleh (kiri) En. Mohamad Husein,Ketua Kampong Sri Jong

dan (kanan) Sdr Abd Razak. 

En Adam menerima salinan surat aduan dpd YB Dr Mohammad

Serius nampaknya YB berbincang dengan wakil JPS

 Wartawan menemuramah para nelayan

Wartawan turut turun ke laut untuk membuat tinjauan

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan,ke laut bersama nelayan

YB dan AJKnya bergambar bersama Ketua  nelayan.

Dari kiri Sdr Lokman,Sdr Abu Bakar,En Adam,YB dan Sdr Rozi

Sedikit  sumbangan kepada En. Adam yang mewakili  nelayan

Berita di atas tersiar dalam semua akhbar perdana berbahasa Cina edisi Johor

keesokan harinya.


 



ads