KOTA BHARU:
Seorang ayah dihukum penjara
setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala
anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak.
Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2,000 itu.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak.
Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak.
Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3,000. Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguat kuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.
Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur.
Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram).
Berikutan itu, kedua-dua mereka ditangkap kerana melanggar undang-undang Kanun Jenayah Syariah 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan).
Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman, berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji.
Sumber: Berita Harian
Amz CamPro berkata :
Maaflah kalau tajuk entri aku kali ini agak kurang ajar tapi bila aku baca berita berkaitan hal terkutuk ini,hati aku meluap-luap marah,kecewa,sedih dan ingin tahu,bagaimana boleh jadi macam tu dikala kita sekarang ini duk beria-ia ingin membela nasib agama dan bangsa kita sendiri? Apa puncanya? Di mana silapnya? Perkara ini berlaku di negeri yang digelarkan serambi Mekah? Bagaimana pula di negeri-negeri yang lain? atau lebih mudah negara kita Malaysia ini?Apa kita hanya mampu tengok dan bermuhasabah diri?
Tergamak menyumbangkan baka yang terang-terang haram di sisi Allah SWT. 3 insan tidak bersalah lahir ke dunia.Anakku cucuku. Nak pengsan bila dengar perkataan itu.Hukuman di dunia cukup ringan,penjara 1 tahun 6 bulan dan denda hanya RM2500? Itulah hukuman didunia yang mahkamah syariah mampu beri. Di akhirat kelak terlalu pedih dan azabnya seksaan menanti. Haruan makan anak,mungkinkah ada banyak lagi perkara seperti ini berlaku di negara ini? Hanya Allah yang tahu dan kita hanya mampu berdoa semoga kita di lindungi olehNYA dari mara bahaya dan seksaan dariNYA.Amin