Khamis, 28 Mac 2013

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Pemandangan menarik <b>di Kok Lanas</b> | Paksu Pencen

Posted: 17 Mar 2013 03:06 AM PDT

photo2308_001

Pemandangan menarik ini Paksu rakamkan semasa dalam perjalanan ke Kota Bahru baru-baru ini. Mesjid yang sedang dalam kerja-kerja pengubahsuaian ini terletak di Pekan Kok Lanas, Kota Bahru, Kelantan. Menarikkan bentuk kubahnya yang boleh nampak dari jauh lagi samada kita dalam perjalanan dari Machang ke Kota Bahru atau sebaliknya.

Kali ini Paksu hanya sempat merakamkan photonya sahaja tampa singgah bersolat. InsyaaAllah dilain waktu rasanya akan dapat singgah juga untuk menjengah dekorasinya didalam dan mengerjakan solat waktu atau sunnatnya.

JAWATAN KOSONG <b>DI</b> KOLEJ KOMUNITI <b>KOK LANAS</b> ~ Jawatan <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2013 05:04 AM PST

Kolej Komuniti Kok Lanas mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan/sementara.

1.Jawatan: Pensyarah Sambilan Harian (Bahasa Inggeris)

a) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang TESL atau mempunyai kelayakan yang setara dengannya.
Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume dan permohonan tersebut hendaklah sampai ke Kolej Komuniti Kok Lanas; di alamat
Kolej Komuniti Kok Lanas
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
16450 Ketereh, Kelantan.
(UP: Puan Shuhaila binti Ibrahim)
Tel:09-7880400 Fax:09-7880401
Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung Puan Shuhaila Ibrahim ( shuhaila@kkklk.edu.my) di talian 09-7880400.

My Kerjaya Online: Jawatan Kosong <b>di</b> Kolej Komuniti <b>Kok Lanas</b>

Posted: 03 Mar 2013 12:47 AM PST

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


.: Kaji Semula Untuk Letak Junaidi <b>di Kuala Krai</b>

Posted: 06 Mar 2013 07:40 PM PST

PANDANG JUJUR                                                                                                              

Terdengar khabar nama Timbalan Naib Censelor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Junaidi Abu Bakar disebut-sebut sebagai calon parlimen kerusi Kuala Krai. Benarkah ataupun ia satu propaganda semata-mata? Khabarnya nama Junaidi sudah direstui oleh Najib Razak? Beberapa pemimpin Umno juga turut mengiyakan desas desus ini. Manakala Junaidi sendiri juga sudah membuat persiapan terakhir dan konfiden benar yang dia akan menjadi calon. Hari ini berjalan dan berbual dengan orang, Junaidi sudah merasakan dia sebagai calon.

Apakah Umno khasnya Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan yang merekmenkan nama Junaidi itu atau ianya pandai-pandai orang Kuala Lumpur saja? Logiknya tentu nama Junaidi itu disebut dari Kelantan dulu bukan Kuala Lumpur.

Umum tahu sebelum ini Junaidi dibawa turun ke Kuala Krai adalah untuk menguji sejauh mana kekuatan dan penerimaan orang Umno Kuala Krai kepadanya. Memang ada maksud Mustapa Mohamed atau mungkin atas arahan orang Kuala Lumpur untuk melakukan testimoni ke atas Junaidi. Testimoni bukan bererti sudah terjamin akan menjadi calon.

Seperti plan ini dibuat begitu rapi sekali. Junaidi yang sedang berkhidmat di Indoneisa sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Malaysia (JPMI) dibawa balik. Beliau dikurentinkan sementara di UPSI sebagai Timbalan Naib Cencelor Hal Ehawal Pelajar di UPSI. Tujuan kenapa dia diletakkan di UPSI, bagi membolehkan dia bergerak menerusi aktiviti pendidikan.

Junaidi yang mungkin sudah termakan dengan bayangan-bayangan indah sebagai wakil rakyat dan benefit yang bakal diperolehinya terus melaksanakan tugasannya. Malang sedikit beliau turun ke Kuala Krai bukan menerusi pintu depan tetapi menerusi pintu belakang. Beliau tidak bergabung diri dengan Umno bahagian tetapi bergerak secara solo dengan peruntukan disediakan yang dibantu beberapa individu termasuk seorang kuat PAS Kuala Krai yang juga warisnya.

Cara ini menimbulkan masalah dan dipertikaikan. Orang-orang didalam Umno bahagian mulai kurang senang dan merasakan mereka dibelakangkan. Mungkin pempinan Umno bahagian boleh terima apa saja plan untuk kebaikan Umno tetapi cara Junaidi melaksanakan plan itu agak songsang dan menimbulkan kecurigaan. Gara-gara itu program yang beliau jalankan walaupun berjaya tetapi ia tidak menyentuh ke jantung hati Umno. Umno tidak 'membapatiskan' segala programnya.

Mungkin Mustapa atau orang Kuala Lumpur tidak begitu tahu mengenai apa yang bergolak di Kuala Krai hari ini? Mustapa harus meneliti balik cadangan itu kalau ianya benar. Kalau ia dilakukan berdasarkan sesuatu plan tetapi tidak melihat kepada realiti, harapan Umno untuk merampas kerusi Kuala Krai tidak akan kesampaian. Ia akan menjadi 'langguk' panggang dari bara.

Umno telah meletakkan sasaran untuk mendapat sekurang-kurang lima atau lapan kerusi parlimen. Kerusi Kuala Krai adalah termasuk dalam lima kerusi yang menjadi sasaran utama. Kerusi lain ialah Bachok, Ketereh, Tanah Merah dan Machang.

Dengan masalah yang 'berpolot' di Kuala Krai kini mungkin apa yang disasarkan itu tidak akan berlaku. Faktor utama kegagalan Umno itu ialah calon. Kekalahan Umno di Kelantan lazimnya bukan kerana kekuatan PAS tetapi kerana Umno bergaduh dan 'cas keting' semasa sendiri. Nah..kalau Junaidi dicalonkan Umno akan tewas sebelum penamaan calon lagi, kecuali Umno khasnya Mustafa membuat perkiraan semula.

Mustapa sedia maklum mengenai tradisi dan budaya Umno di Kelantan. Umno bukan seperti PAS yang boleh menerima sesiapa calon mereka, termasuk orang luar. Dr Mohd Hatta Ramli ahli parlimen Kuala Krai kini ialah orang luar. Kehadirannya di situ tidak menjadi masalah. Orang PAS boleh bersatu bila tiba hari mengundi, bukan seperti Umno yang akan bergaduh sampai hari kekalahan - pengiraan undi.

Tentangan peringkat akar umbi kepada Junaidi di Kuala Krai khabarnya hebat. Ia bukan saja datang dari ahli-ahli bawahan yang bermulut berus, tetapi pimpinan peringkat bahagian sendiri. Paling bahaya ia bergerak secara senyap. Mereka yang mengidamkan untuk bertanding di kerusi itu pasti akan kecewa dan murih. Tidak dinafikan kalangan pegawai kerajaan atau orang atas pagar berlatar belakangkan pendidikan senang dan setuju kalau Junaidi dicalonkan. Tetapi tidak dengan akar umbi yang lebih melihat sentimen-sentimen tertentu dan ekstrem dalam pegangan politiknya.

Kalau ada pimpinan dan orang bawahan marah dan geram ada logiknya. Mereka sudah lama berkerja untuk parti, menyusun jentera dan strategi untuk menang. Bukan setahun dua tetapi lebih lima tahun. Bila tiba-tiba orang luar yang diangkat menjadi calon, pastilah mereka kecewa dan merasakan apa yang mereka lakukan tidak dihargai. Apa lagi orang luar masuk tanpa dikhabarkan kemasukan menerusi mereka.

Seperti dikatakan tadi 'pengimportan' orang-orang seperti Junaidi yang memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang, baik dan merupakan perubahan positif didalam Umno. Tetapi apa yang silapnya bila Junaidi dibawa masuk seperti pencuri, mengumpil pintu belakang. Mustapa didalam hal ini harus berterus terang dengan pimpinan Umno di Kuala Krai. Beliau tidak patut merestui kemasukan Junaidi secara dalam gelap.

Sewajarnya awal-awal lagi sebagai ketua Umno Mustapa berterus terang menyatakan perancangannya untuk membawa Junaidi itu. Beliau perlu memberi tahu kalau bukan kepada semua barisan kepimpinan tetapi cukup kepada ketuanya sahaja, Ramzi Abdul Rahaman. Bagi tahu dan maklum kepada Ramzi mengenai tujuan dan matlamatnya. Bincang dengan Ramzi bagaimana untuk memastikan kemenangan. Itulah dikatakan cara beradat. Rasanya Ramzi tidak ada masalah demi kemenangan partinya.

Mungkin Mustapa kurang 'jelira' dengan Ramzi kerana dia tidak pernah bekerja di luar negara atau memiliki Doktorat. Tetapi jangan perkecilkan jasa dan peranan Ramzi serta hubungan beliau dengan akar umbi di bawah. Ramzi pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik perdana menteri. Beliau juga bekas Adun Dabong (2004 - 2008). Beliau kini juga masih Pengerusi Kesedar di mana pengaruh Kesedar dalam menentukan kalah menang di Kualai Krai dan Gua Musang adalah besar.

'Sedebek-debek' Ramzi pun kalau dia tidak menguasai 100 peratus pengundi Kesedar tetapi separuh tentu berada di dalam tangannya. Begitu juga dengan pimpinan peringkat cawangan. Bagi saya plan membawa masuk Junaidi dengan membelakangkan Ketua Bahagian satu penghinaan yang tidak patut berlaku.

Implikasinya bila tidak diberitahu tiba-tiba Junaidi masuk 'meranya' di dalam Kuala Krai ia menimbulkan persoalan dan rasa marah serta pelik di kalangan pimpinan Umno Kuala Krai. Tidak salah kalau Umno Kuala Krai menganggap kemasukan Junaidi itu hatta untuk membantu Umno tetapi dia sebenarnya sebagai pengecau.

Ada baiknya kalau ura-ura untuk meletakkan Junaidi di kerusi Kuala Krai difikir kembali semasak-masaknya. Mustapa dan pengkaji politik Umno Kelantan harus membuat servey mendalam mengenai hal ini. Beliau tidak boleh mendengar setengah pihak sahaja, apa lagi pihak yang sudah menelan joran yang disangkut umpan oleh Junaidi. Dalam hal ini konsensus Umno bahagian diperlukan. Lakukan secara jujur dan telus, panggil pimpinan bahagian dan nyatakan sikap dan pendirian. Mustapa jangan mencemarkan integritinya sebagai pemimpin berjurus dan 'mudah basa', 'sene berkira'  itu.

Sekiranya Umno hanya menggunakan kuasa veto di Kuala Lumpur yang inginkan kepada Junaidi ia tidak akan memberi apa-apa erti, kerana kekalahan sudah tergenggam ditangan kalau Junaidi dicalonkan. Dr Hatta Ramli boleh goyang kaki. Kalah bukan kerana PAS Kuala Krai kuat tetapi kerana Umno akan berpecah.

Sekiranya Mustapa benar-benar ingin membawa Junaidi menerjun ke lembah politik kemudian diharap menjadi salah seorang pemimpin dimasakan depan, - sebagai penggantinya, beliau boleh lakukan kaedah lain. Misalnya apa yang dilalui sendiri oleh beliau boleh dijadikan sumber atau pun formula. Mustapa diawal penglibatannya dalam politik, dibawa masuk bukan terus diletakkan bertanding di Jeli. Beliau terlebih dahulu diasuh dengan menjadi Setiausaha Politik, dilantik menjadi Senator dan timbalan menteri dan sebagainya. Ertinya beliau dilatih secukupnya secara insentif.

Nah, kaedah dan formula itu juga boleh dilakukan ke atas Junaidi. Lantik beliau menjadi senator kemudian menjadi timbalan menteri sebagai training. Dengan jawatan politik itu beliau boleh membina rangkaian dan kekuatan. Sesudah susuh di kaki sudah mulai tumbuh dan jambul sudah meleret di kepala, barulah dia diletak bertanding baik dalam pilihan raya atau pun di dalam Umno.

Yang penting juga serapkan Junaidi ke dalam Umno bahagian dulu, lantikan sebagai pemeriksa kira-kira atau biro pendidikan sudah memadai. Ini dengan tangan kosong, tanpa track record di Kuala Krai tiba-tiba hendak atau dicadang dia bertanding di Kuala Krai. Cara itu tidak ubah seperti sengaja mahu melemparkan Junaidi ke dalam sungai Krai.

Sejarah dilalui oleh beberapa tokoh profesional yang dibawa bertanding di Kelantan kononnya untuk menunjukkan fleksibleliti Umno di mana semuanya tenggelam dan hanyut patut dijadikan iktibar dan bahan renungan dan perbandingan. Usah beriya-iya untuk mencalonkan Junaidi di kerusi Kuala Krai kalau Umno sayangkan dia. Kekalahan, iya memang memberi pengalaman, tetapi kekalahan akan disebut sebagai kegagalan.

Sebenarnya juga rakyat Kuala Krai merasa bertuah dengan orang seperti Junaidi berada di dalam politik, jadi hormati dan sayangnya 'tuah' ini.  Jangan bunuh beliau sebelum dia 'megawas'.

Masa bagi Junaidi masih banyak dan perjuangan masih panjang lagi. Kenaikan pangkat dalam politik bukan kerana atas dasar baik dan tahu membodek bos, tetapi perkara wajibnya disukai dan diterima rakyat. [wm.kl.11:11 am 07/03/13]

2 Penjenayah Ditembak Mati <b>Di Kuala Krai</b> | MyNewsHub

Posted: 03 Feb 2013 05:14 PM PST


KOTA BHARU – Polis menembak mati dua anggota kumpulan samun bersenjata selepas mereka "menculik" seorang kerani syarikat kewangan yang membawa wang tunai RM50,000, di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam kejadian berbalas tembak itu, dua lagi rakan penjenayah tersebut berjaya meloloskan diri ke kawasan hutan berhampiran tempat kejadian.

Beliau berkata kejadian tersebut berlaku antara pukul 12 dan 1 tengah hari selepas kerani lelaki berusia 23 tahun itu baru mengeluarkan wang tunai RM50,000 dari sebuah bank di bandar Kuala Krai.

"Kumpulan penjenayah itu yang menaiki kereta Perodua Myvi mengekori kereta mangsa sebelum menahan dan melarikan mangsa bersama wang tunai berkenaan sejauh 50 kilometer," katanya kepada pemberita selepas merasmikan OPS Selamat II Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Kubang Kerian. – BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Pecah Berita! 240 Ribu Rakyat Kelantan Sambut Najib Razak <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2013 04:47 AM PDT

Pecah Berita! 240 Ribu Rakyat Kelantan Sambut Najib Razak di Kuala Krai Hari Ini!!

Posted by Abas® - tiewnama® Friday, March 15, 2013
Kuala Lumpur - by @tiewnama
sambutan  maha hebat Perdana Menteri malaysia, Najib Razak hari ini di kuala krai kelantan
telah mengejutkan pelbagai pihak, dengan kehadiran sekitar 45 ribu anak muda dan rakyat
malaysia di sana, seperti yang di perkatakan oleh utusan dan tv3,

ajensi berita fakap EP telah menilai sendiri kehadiran lautan manusia untuk menyambut
Najib, berdasarkan kepada kiraan tahap PHD oleh Pakar kami iaitu Dr @tiewnama,
jumlah pengiraan utusan dan tv3 adalah sangat salah dan tidak releven,

berdasarkan kajian kami yang sangat bertauliah ini, kehadiran semasa sambutan untuk Najib
Razak semalam di hadiri hampir 450 ribu orang, iaitu 10 kali ganda dari apa yang di kira
dan di jangka oleh utusan dan tv3.

Najib Razak adalah PM Barisan Nasional yang paling hebat kerana berjaya menarik anak
muda untuk menyertai dan menyokong mereka, dan kelantan bakal terlepas tangan dari 
PAS ke Barisan Nasional jika strategi ini di teruskan oleh parti pemerintah kerajaan pusat,

ketika di tanya kepada salah seorang peserta sambutan najib di kuala krai hari ini, beliau
berkata '' sambutan ini petanda bahawa Barisan Nasional akan memang BESAR 
di kelantan, menang BESAR sebagai Pembangkang di dewan negeri''

VIDEO POGRAM NAJIB KENE RIBUT SILA KE SINI LINK [LINK]
by @tiewnama - Dengan Sambutan Begini Di Kelantan, 
PAS bakal Gulung Tikar! kah3
COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


HIKMAH IV <b>di</b> Kandis, <b>Bachok</b> - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2013 10:41 AM PDT

Setelah berapa lama berehat untuk makan tengah hari dan solat Zuhur acara pun disambung kembali dengan sesi pembentangan petang.

Ikut jadual ia sepatutnya dimulakan jam 2.30. Tapi biasa le. Bila dah layan berbual dan macam-macam ia terlewat bermula setengah jam.

Pada saya ini tidak menjadi masalah kerana aturan Qada' dan Qadar Allah sudah pun mengubah keadaan dan memberikan masa terluang. Pertama, pembentang pertama sesi petang iaitu Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas tidak dapat datang kerana muncul hal tertentu. Namun beliau telah menghantar kertas kerja bertajuk "Pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathoni" lebih 50 muka surat A4 lalu saya meminta MC memberitahu bahawa kertas kerja itu insyaallah akan dikongsikan nanti di blogspot. Maka itu biar diumumkan pembentang seterusnya, pembentang yang memang dijadualkan mula bercakap jam 3.

Beliau adalah Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City, memandu dari Pulau Pinang untuk HIKMAH IV. Kertas kerja bertajuk "Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja" mahu dibentangkan bersama sahabat lama saya Amirul Haji Mohamad yang telah membentang kertas kerja tentang dinar dirham pada HIKMAH I, II dan III. Tetapi Amirul yang telah bergerak dari Lembah Klang menghala ke Kelantan petang Jumaat terpaksa berpatah balik apabila menerima berita kehilangan ahli keluarga.
Adalah menarik apabila Ustaz Hassan membuka kertas kerja dengan menyatakan bahawa matawang dinar dan dirham telah ditempa oleh bapa seluruh manusia, Nabi Adam AS sendiri menggunakan teknologi yang dibawa dari syurga. Sambil mengenengahkan nas-nas bernas dari kitab-kitab kajian ulamak tersohor beliau yang nampaknya mendapat didikan utama di Timur Tengah menyatakan bagaimana matawang dinar dirham akan membawa kembali kekuatan Islam sebagai persediaan untuk kekhalifahan Imam Mahdi nanti.
Kelihatan pengarah Akademi Nik Rashiddin merangkap tuan rumah, Puan Rosnawati mengambil gambar.

Ikut atur cara asal, selepas kertas kerja Hassan sampailah masa untuk aktivis silat dan busana, Tun Muhammad Farul membaca sajak tentang perjuangan Melayu, sajak yang diperkenalkannya pada HIKMAH III di Lumut 27 Januari 2013. Tetapi beliau juga tidak dapat muncul apabila mengadu sakit akibat kemalangan seminggu sebelum acara datang kembali. Rujuk cerita pada HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Pembukaan yang mendebarkan.

Ikut atur cara tersebut ada ruang 15 minit untuk sajak. Ruang tersebut pun diberikan kepada satu kumpulan lain yang turut mempejuangkan penggunaan matawang dinar dan dirham. Kumpulan ini terkait dengan satu badan peringkat dunia bernama World Islamic Mint lalu bertanggungjawab mencetak sejumlah mata wang tersebut untuk beberapa kesultanan di Asia Tenggara. Pada awal HIKMAH IV mereka telah meminta kepada saya ruang untuk bercakap. Saya berjanji akan memberikan apabila nampak ada masa terluang yang sesuai.

Melihat bagaimana ruang boleh diberikan untuk apa-apa persembahan bila ada masa terluang Puan Rosnawati meminta agar dapat ditunjukkan satu rakaman video mengenangi perjuangan arwah suaminya merangkap pengasas ANR, Nik Rashiddin dalam dunia senia ukiran kayu. 
Video "Tribute to Nik Rashiddin" itu kemudian diberikan kepada saya untuk dimuatnaik ke Youtube. Saksikanlah ia di sini...
Kemudian baru dimulakan sesi berkumpulan menurut minat, jadi  lebih setengah jam lewat dari jadual asal bermula 3.45 petang.






Tetapi ini tidak menjadi masalah.



Sesi berkumpulan boleh diteruskan walaupun ikut jadual asal 4.30 petang harus bermula rehat untuk solat Asar. Pengalaman pada HIKMAH I, II dan III menunjukkan pada awalnya peserta yang tidak pernah ke acara HIKMAH sebelumnya ada terasa sedikit pelik apabila diminta duduk dalam kumpulan menurut minat. Tetapi lama kelamaan mereka akan seronok berbual dan berbincang sehingga terlupa bila sesi harus tamat.


Oh. Untuk sesi kali ini saya meminta setiap kumpulan agar memberikan maklum balas tentang cara-cara untuk menzahirkan penggunaan dinar dan dirham pada peringkat lebih besar. Tentang solat Asar saya lihat ramai pun sudah menjamakkannya kerana datang dari jauh. Mereka yang datang dari dekat pula bila-bila masa boleh meninggalkan kumpulan sebentar untuk bersolat atau melaksanakannya kemudian.



Keadaan peserta seronok dengan kumpulan menyebabkan acara penutup yang dijadualkan bermula 5 petang dibiarkan bermula lewat lebih 20 minit.
Ucapan penutup bertajuk "Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Demi kedaulatan Melayu dan Islam" dibuat oleh saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH.

Nasib baik ada orang mengambil gambar ini dan meletakkannya di Facebook. Saya sendiri tiada mengambil gambar, kalau rakaman video yang orang ambilkan ada le. Walaupun tajuk ada menyebut perkataan Langkasuka saya hampir tidak menyebut langsungnya. Sebaliknya saya menyebut sedikit tentang kerajaan Melayu Patani yang merupakan antara tinggalan warisan Langkasuka (selain Kedah), tentang Perjanjian Bangkok 1909 yang menyebabkan Patani kini berada di dalam negara Thailand dan kenapa apa-apa usaha untuk membatalkannya harus disertai pembatalan terhadap satu perjanjian lebih awal bernama Perjanjian Burney 1826. Kemudian saya menyebut agak panjang lebar visi peribadi saya tentang perjuangan panji-panji hitam dan langkah membina daulah dari Timur.
Upacara penutup ini disertai pembacaan Doa Nasiri oleh kumpulan penggiat dinar dirham yang terkait dengan World Islamic Mint. Kebetulan mereka juga adalah pengamal Tariqat Darqawi-Shadzili-Qadiri.

Doa Nasiri merupakan satu kumpulan doa yang pernah diamalkan oleh pengikut Tariqat Shadzili dan cabang-cabang berkaitan di Afrika Utara untuk menolak kezaliman terutama oleh penjajah Barat terhadap umat Islam.

Kumpulan ini turut menghadiahkan 100 naskah buku kecil doa pada peserta.

Ini pula adalah sesi bergambar beramai-ramai. Ketika gambar diambil sudah jam 6.

Ketika itu sudah ramai meninggalkan majlis. Selepas upacara penutup saya sibuk mengemas barang sambil melayan orang berbual. Sekitar 15 minit kemudian baru terfikir untuk memanggil peserta bergambar.

Selepas acara tamat juga baru saya tahu ada tetamu dari jauh dapat muncul tetapi mereka sampai selepas Asar. Tetamu tersebut adalah Dr. Saiful Haq dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (dua dari kiri) dan Profesor Nurhayati dari Makassar, Sulawesi Selatan tetapi sering menghabiskan masa di APM untuk kajian. Yang mengambil gambar ini pula seorang pensyarah dari Kalimantan. Jadi fikirlah sendiri sampai ke tahap mana HIKMAH sudah diiktiraf orang.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


QUDWAH HASANAH: SKBTK & SK <b>BUNUT PAYONG</b>

Posted: 09 Oct 2012 08:50 AM PDT


Selepas ke SK Zainab (2), kami menyusul pula ke SK Bunut Payong. Nak melawat Pra Sekolah bertaraf 5 bintang.
Alaaa...siannya rombongan kami terpaksa berjalan kaki masuk ke SK Bunut Payong. Macam rombongan ke rumah pengantin. Tema pakaiannya hitam merah. Tapi tak nampak la pulak dulang-dulang hantaran. Ketua rombongan kami (bapa pengantin) yang depan sekali tu, En Mustaffa Kamal bin Haji Jamlus. Hik-hik-hik...

Tuan rumah pula pakaiannya bertema hitam putih. Yang berbaju batik hitam putih tu la tuan rumah yang sedia menyambut kedatangan rombongan kami.  Kami disambut dengan penuh mesra. Ramah tamah gitu. Tersenyum senang En Mustaffa Kamal selaku ketua bila rombongannya disambut baik. Ramah mesra orang Kelantan ni. Terima kasih warga SK Bunut Payong kerana sudi menerima dan menyambut baik kedatangan kami.


Selepas jauh berjalan, kami dipelawa masuk ke bilik jQAF. Alhamdulillah...tersenyum lebar cikgu-cikgi SKBTK bila ternampak gelas-gelas yang siap berisi air oren. Masuk-masuk je semua menuju ke meja air. Semua menarik nafas lega selepas dapat minum air. Mana taknya, kami didera pemandu bas berjalan di bawah terik panas matahari. Berapa kilometer agaknya ya? Habis juga air sebalang tu. Tuan rumah pun macam tau-tau kami kering tekak. Dihidangnya air kat situ. Terima kasih sekali lagi...


Guru Besar SK Bunut Payong, Puan Sharifah Rahayah bt Syed Ahmad memberi ucapan aluan dan taklimat tentang Pra Sekolah yang mencapai 5 bintang. Keramahan dann kemesraan yang ditunjukkan oleh kak Pah menjadi bualan dan disebut-sebut oleh warga SKBTK. 



Ucapan balas dari Guru Besar kami En Mustaffa Kamal. Tidak kurang hebatnya. Balik Kajang lepas ni mesti banyak perubahan yang bakal dibuat. Ya la, nak mencapai taraf 5 bintang bukan senang. Selepas ucapan taklimat tuan rumah dan ucapan balas ketua rombongan (tak ubah majlis meminang), kami dibawa melawat kedua-dua kelas Pra dan kelas pemulihan. Memang hebat kelasnya. Ceria, padat dengan bahan. Tak ada langsung ruang kosong. 


Ni la dia taiko-taiko pra. Yang sebelah kanan tu cikgu Azizah salah seorang guru Pra di Sk Bunut Payong. Yang sebelah kiri berbaju merah tu pula taiko Pra SK Bandar Teknologi Kajang cikgu Zainab. Selamat berkenalan la ya. Dan selamat bertukar-tukar idea. Jangan lupa ambil nombor telefon sekali ya!...


Selepas selesai sesi lawatan, kami dihidangkan dengan hidangan makan tengah hari yang cukup istimewa. Nasi yang tersohor di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Nasi kerabu dengan lauk pauknya sekali. Lengkap. Terima kasih sekali lagi warga SK Bunut Payong.

Memang sedap nasi kerabunya. Tengok tu...semua cikgu dan cikgi Bandar Teknologi Kajang tunduk khusyuk menikmati keenakan dan kelazatan nasi kerabu kuning. Kata orang mak mertua lalu ikut belakang pun tak nampak. Memang la dah namanya pun lalu ikut belakang. Kalau nak suruh nampak lalu sebelah depan la.  


Selesai menikmati hidangan makan tengah hari, kini tibalah acara kemuncak. Acara menyerahkan cenderamata (buah tangan) sebagai tanda perkenalan. GB menyampaikan cenderamata yang kami bawa jauh khas untuk SK Bunut Payong. Istimewa dari kami sebagai tanda ucapan terima kasih kerana sudi menerima lamaran kami beberapa bulan yang lepas. Dan kini tiba masanya menerima kunjungan kami. Takder apa sebenarnya, cuma frame gambar cikgu-cikgi SKBTK. Kalau rindu kami renung-renunglah gambar tu ya!...


Ni pula sesi penyampaian cenderamata dari pihak SKBTK kepada En Alim dan En Rostan wakil JPN Kelantan yang sudi mengiringi rombongan kami selama dua hari ke Kelantan. Terima kasih daun keladi kepada encik berdua.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Kes bayi berdarah <b>di</b> Hospital <b>Kota Bharu</b> | Anamarzablog.com

Posted: 13 Mar 2013 06:17 AM PDT

update terkini (15hb mac 2013) : Dah terbukti bukan salah nurse tu, even mak bapak baby ni pun tak tahu gambar baby dia tersebarkan luas di FB. Mungkin sedari awal lg terdapat salah faham, start dari yang mengambil gambar, yang mengupload dan meletak caption gambar sebegitu sehingga menyebabkan yang melihat gambar juga turut sama tersalah tafsir. Sama-sama la kita muhasabah diri dan ambil pengajaran dari isu ini ya...
~~~~~~~~~~~~~~*~~~~~~~~~~~~~~

Dari siang tadi dah terbaca tentang kes bayi berdarah yang dikhabarkan berlaku di Hospital Kota Bharu.
Sesiapa pun  bila terpandang gambar disebelah ni pasti akan beristighfar dan rasa kesian kat bayi ni kan?
Tambah pulak bila terbaca caption gambar (Petikan seperti dibawah) pasti sedikit sebanyak akan terbit rasa geram juga kan kat nurse yang di maksudkan tu?
"Kerja Nurse hospital kota bharu, bile ditanya..nurse salahkan baby kerana bergerak gerak dlm babycase..bila ditanya lg, klau xsuka benda mcm ini, jangan masuk hospital kerajaan katanya.."
Kalau ditengok pada feedback dari warga FB , ramai yang memberikan komen bernada menghentam nurse tersebut, tidak kurang juga yang menyalahkan kementerian kesihatan kerana masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ni. Korang pun pasti ada respond tersendiri berkaitan kes ni kan?
Memang kita sebagai seorang ibu pasti akan terjentik dengan kes sebegini. Jika diberi pilihan sebolehnya kita tak nak perkara ni terjadi kat kita. Seandainya ia berlaku juga pastinya kita akan menuntut penjelasan yang sewajarnya dari nurse yang bertugas bukan? Mungkin juga hentaman dan kata-kata kurang sopan bakal terkeluar dari mulut kita.
Tapi sebelum terus menghentam seolah-olah hampir semua nurse hospital kerajaan bersikap sebegitu, apa kata kita cuba faham situasi di kebanyakan hospital besar khususnya hospital kerajaan. Mungkin:
  • Waktu tersebut merupakan waktu busy bagi nurse (nak siapkan segala macam tugas sebelum doktor mula bertugas). Bayi yang ada di situ mungkin banyak, setiap satu perlukan perhatian 
  • Dalam kesibukan tu, mereka terlepas pandang. Bukan abaikan, mungkin juga belum sempat mereka bersihkan, si ibu dah sampai.
Kita sendiri tidak berada pada situasi dan waktu kejadian tersebut berlaku, kita boleh faham ada waktunya nurse sibuk sampai tak cukup tangan, dan mungkin betul kejadian seumpama ini biasa terjadi 
Dalam situasi sebegitu, jika nada dan jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati kita, pasti terbit rasa geram dan marah bukan?

Rasanya yang menjadikan kes ni lebih sensasi adalah gambaran sikap nurse tersebut, dimana dia digambarkan memberi jawapan yang bernada sedikit kurang sopan dengan memberi alasan baby lasak ( bergerak-gerak) serta nurse tersebut seolah-olah menempelak ibu bayi yang cuba mendapatkan penjelasan.
Sepatutnya jawapan dari nurse tersebut haruslah menggambarkan yang dia ada rasa tanggungjawab bukan sekadar memberi alasan " bayi bergerak-gerak" semata.
Diharap jangan la kerana nurse/ kes tersebut kita terus menjatuh hukum pada nurse kerajaan yang lain. Lagipun kes ni belum ada sebarang pengesahan dari pihak hospital lagi, kita sendiri tak tahu cerita sebenarnya bagaimana, so jangan la kita senang-senang je menghukum nurse tersebut yang bersalah.
Walau bagaimanapun, diharap sangat kesemua doktor, nurse dan staf hospital lebih pandai berkomunikasi dengan pesakit atau waris pesakit agar tidak berlaku sebarang salah faham disebabkan sikap atau nada dan tutur bicara mereka.
Nota Jejari : Kalau saya pun akan melenting juga jika respond dan jawapan yang diterima agak kurang ajar dan seolah-olah menggambarkan sikap kurang bertanggung jawab sebegitu.

USTAZ AZHAR DAN USTAZ BOLLYWOOD <b>DI KOTA BHARU</b>

Posted: 21 Mar 2013 02:15 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]USTAZ AZHAR DAN USTAZ BOLLYWOOD DI KOTA BHARU · Peguam : Mereka yang menipu tentang Anwar akan dis... Kenapa Natang ni Haram Dimakan · Johor tidak lagi simpanan tetap BN · Pandangan Raja Dr. Nazrin ...

Aku Peduli Apa @ APA: Hari Ahad seminggu sudah <b>di Kota Bharu</b>..

Posted: 27 Mar 2013 11:10 AM PDT


Hari Ahad seminggu sudah aku berada di Kota Bharu atau lebih tepat lagi di Pasar Siti Khadijah dan persekitarannya lebih 6 jam sebelum memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur.Dalam artikel awal aku sebelum ini tentang perkara yang sama,aku cuma memaparkan gambar gambar yang sempat aku rakam tentang warna warni kehidupan dan kebersihan pasar itu dan persekitarannya.

Hari ini aku ingin mengulas sedikit tentang respon yang aku perolehi dari ramai warga Kota Bharu yang sempat aku tanyakan secara rambang tentang politik semasa,isu semasa,prospek PRU13 dan paling penting tentang TUJUH JANJI JANJI @NajibRazak dalam kunjungan beliau ke Kelantan baru baru ini.Bila aku kata secara rambang bererti aku mentafsirkan "respondan respondan" ini mengikut pemerhatian fizikal aku secara peribadi dengan cara pemakaian mereka dan percakapan mereka dan aku kelaskan mereka sebagai..

1. Penyokong taksub Pas

2. Penyokong Umno

3. Orang atas pagar

4. Para peniaga kecil dan besar sekitar pasar.

5. Anak Kelantan yang pulang bercuti,

6. Orang luar yang melawat pasar.

Aku menemubual lebihkurang 80 respondan saperti kategori diatas dan diakhir sesi terjah itu ada rakaman video yang aku dan Amrayy rakamkan menemu-bual 2 respondan yang "berkecuali" yang akan aku siarkankan disini nanti bila kerja kerja edit selesai dilakukan Amrayy.

Cuma hari ini aku ingin mengulas respon majoriti yang aku temubual terhadap 7 JANJI @NajibRazak...Aku catitkan dibawah ini tentang 7 JANJI itu kalau ada yang dah terlupa atau memang tidak tahu.

Berikut adalah Tujuh (7) janji Najib untuk Rakyat Kelantan kalau BN menang :

1.Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu,
2. Membina Stadium Baru,
3. Mengatasi Masalah Air,
4. Membina 3,000 Rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA),
5. Membina UiTM Bandar Kota Bharu,
6. Membina Masjid Negeri
7. Menyediakan Perkhidmatan Bas Rapid Kota Bharu.


* TUJUH JANJI DIATAS AKAN HANYA DITEPATI KALAU BN MENANG DAN AKAN JADI CAPATI KALAU BN GAGAL TAWAN SEMULA KELANTAN.

Rata rata mereka yang aku tanya menganggap 7 JANJI @NajibRazak itu sebagai...LAWAK! dan ada juga yang menganggapnya satu PENGHINAAN terhadap rakyat Kelantan.

Sama ada "lawak" @NajibRazak itu setaraf lawak Jojan atau Boboy Raja Lawak aku tak pasti tapi ianya tidak lebih dari hanya LAWAK MENGHINA kepada majoroti respondan yang aku temubual ketika itu.Walaupun terjah aku ini lebih merupakan ad-hoc dan tidak boleh digunapakai sebagai ukuran sentimen majoriti rakyat Kelantan secara khusus tetapi mengambil kira Pasar Siti Khadijah adalah pusat tumpuan semua golongan rakyat Kelantan permastautin atau perantau dan respondan respondan yang aku pilih,aku rasa sentimennya tidak banyak berbeza  jika satu kajiselidik menyeluruh dilakukan melibatkan keseluruhan rakyat Kelantan disemua Daerah.Tapi janganlah tanya rakyat Kelantan Tanah Merah atau 6 kerusi yang dimenangi BN masa PRU12 lalu sebab jawapan mereka sudah pasti kita ketahui.

Bercakap pasal LAWAK yang rata rata disebutkan oleh respondan ini ingin aku petik beberapa komen yang aku anggap bernas dari beberapa respondan.Mereka rata rata mengatakan 7 JANJI NAJIB itu hanya layak dijanjikan oleh Anwar Ibrahim sebagai pembangkang dan bukan @NajibRazak sebagai seorang Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia tidak kira yang menyokong atau menentang dia.Itu TANGGUNGJAWAP dan AMANAH yang terpikul dibahunya sebagai Perdana Menteri....PERIOD!.

Jadi kalau nak gunapakai bahasa haramja "APA Gangnam Style" apa yang dijanjikan @NajibRazak di Kelantan baru baru ini bukanlah JANJI tapi lebih bersifat UGUTAN dan ACAMAN!

Setuju ???

....atau

Tidak setuju ????

Terpulang dari sudut mana anda melihat dan dari kumpulan mana anda memandang...

WaAllahu'alam.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di manek urai</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 09:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO SELAMAT DITALKINKAN <b>DI MANEK URAI</b> - MANDOR <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2009 12:07 PM PDT

Oleh: Mandor.blogspot.com
ALFATIHAH. Maka, secara sahnya Umno berjaya juga ditalkinkan di Manek Urai walaupun mengalami `kecederaan ringan' hasil pertarungan dengan Pas, namun sudah cukup untuk membuatkan Umno bersemadi di kawasan majoriti Melayu Islam itu. Kecederaan parah atau tidak tidak lagi penting, yang penting Umno berjaya ditamatkan riwayatnya sepertimana yang dijanjikan oleh Pas dan PR di Manek Urai. Maka, lengkaplah jaringan kemenangan 6 - 0 buat Pas memalukan Umno di Semenanjung termasuk di Penanti yang mana Umno langsung tidak `berketik' untuk melawan. Kemenangan dengan hanya majoriti 65 undi sudah cukup untuk Pas mencacakkan batu nisan Umno di Manek Urai.

Kemenangan Pas di Manek Urai lebih bergaya kerana ramai yang terfikir mana mungkin Pas boleh mempertahankan kerusi Dun Manek Urai kerana hampir 100 % pengundi di sana adalah Melayu yang Umno dakwa semakin menyokong parti tersebut. Bertambah lagi Pas sebenarnya bukan sahaja berdepan dengan Umno tetapi turut berdepan dengan jentera kerajaan. Saban hari siang dan malam media kerajaan digunakan berkempen untuk Umno dan memburukkan Pas di Kelantan sehinggakan RTM terpaksa mengadakan satu siri atau slot khas tentang Pakatan Rakyat yang dikatakan semakin retak itu. Akhir sekali, Umno terpaksa memainkan air liur mereka untuk berjanji bermacam janji kepada penduduk-penduduk di Manek Urai sehinggakan terpaksa menyogok sebuah jambatan bernilai 7 ke 10 juta jika Umno menang. Itulah yang dihadapi oleh Pas dan PR di Manek Urai.

Dari segi lojik mustahil Pas boleh menewaskan Umno dengan keadaan sedemikian, apatah lagi Umno mengemukakan calon mereka yang bertaraf profesional dan bijak pandai itu. Manakala Pas mengambil risiko dengan menampilkan calon rakyat biasa yang hanya berpengalaman di dalam perniagaan sebagai Peraih Ikan. Maka, pada awal kempen Umno di Manek Urai calon Pas ini telah diperlekehkan. Tidak cukup dengan itu, sehinggakan MB Kelantan juga turut diperlekehkan oleh mereka serta dibantu juga oleh raja katak dari Pasir Mas yang tidak mengenang budi itu. Tidak lupa kita bagaimana Shahrizat Jalil memperlekehkan Kelantan dengan menyatakan Kelantan adalah negeri termiskin di negara ini sedangkan semua mengetahui bahawa Kelantan bukan berada di tangga pertama, kedua atau ketiga termiskin.

Atas semua tekanan ini, Pas masih mampu bertahan dengan mengharapkan bantuan dari Allah SWT di samping mengharapkan sokongan rakyat yang masih mempunyai harga diri dan maruah mereka untuk menyokong Pas di dalam pilihanraya kecil ini. Ternyata usaha Pas berbaloi kerana majoriti rakyat di Manek Urai tidak `lapar' kepada bayang-bayang `jambatan emas' tersebut. Jika Pas menang walau hanya kelebihan 1 undi sekali pun sudah cukup untuk membuat Umno derita sepanjang hayat. Umno sudah tidak mampu hidup tanpa talian hayat mereka iaitu `3 M' (Material, Machinery, Media). Tetapi di Manek Urai kali ini, talian hayat mereka hanya sekadar cukup untuk meringankan luka yang dialaminya daripada cedera yang lebih parah. Apabila ajal sudah sampai, ianya tidak kira samada luka itu parah atau ringan.

Esok, pastinya media mereka akan heboh memperkatakan Umno sudah semakin kuat kerana berjaya mengurangkan majoriti Pas di Manek Urai. Ibarat orang bertinju di dalam gelanggang, jika dahulu Umno tumbang di pusingan pertama, kali ini Umno hanya tumbang di pusingan kedua setelah dibantu dengan senjata-senjata dari luar yang dibenarkan pula oleh pengadil perlawanan untuk dibawa masuk ke gelanggang. Itukah yang dikatakan Umno semakin kuat? Jika Umno yakin sememangnya parti tersebut sudah betul-betul hebat dan kuat, ayuh, bubarkan Dun Perak pula selepas ini. Adakah Umno berani berbuat demikian? Jawapannya, kirim salam kalau Umno berani.

HERO KECIK: Jambatan Baru <b>Manek Urai</b>... Kalah pun Janji tetap <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2013 10:47 PM PST

Pembinaan jambatan bagi menghubungkan Kampung Manek Urai Lama dan Baru di sini akan siap sepenuhnya pada April ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkembangan itu sekali gus membuktikan kesungguhan Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan janji yang dibuat.
Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan jambatan yang melibatkan kos RM15 juta itu berjalan dengan lancar walaupun mengalami beberapa masalah teknikal yang perlu diselesaikan.
"Tiga bulan lagi penduduk di kawasan ini akan dapat mengunakan jabatan itu sekali gus menyangkal tuduhan pemimpin Pas sebelum ini yang mendakwa projek itu hanya janji palsu BN ketika kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
"BN tetap melaksanakan janji biarpun kita tewas pada pilihan raya kecil itu. BN terus komited membantu rakyat di kawasan itu setelah sekian lama diabaikan oleh Pas," katanya selepas Majlis Jamuan Rakyat di Kampung Manek Urai Lama, di sini semalam.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan Ketua Pemuda Bahagian, Tuan Aziz Tuan Mat.Dalam majlis itu, Mustapa turut meluangkan masa beramah mesra dengan kira-kira 2,000 penduduk setempat yang hadir.
Ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai pada 2009, BN menjanjikan pembinaan jambatan baru bagi menghubungkan Kampung Manek Urai Baru dan Lama, pengubahsuaian Masjid Temalir dengan kos RM600,000 dan pembinaan pusat sukan dan rekreasi di Manjor sebanyak RM300,000.
Kesemua janji itu dilaksanakan walaupun calon BN, Tuan Aziz tewas dalam pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi, biarpun sebelum ini kawasan DUN itu merupakan kubu kuat Pas.
Sementara itu, Ramzi berkata, segala janji yang dibuat BN di kawasan itu dilaksanakan, sekali gus menutup mulut mereka yang sering menabur fitnah mengatakan BN membuat janji palsu.
Katanya, Pas sepatutnya berasa malu kerana tidak dapat membantu penduduk di kawasan itu biarpun diberi mandat untuk memerintah selama 22 tahun.
"Semua janji yang dibuat ditunaikan, ini membuktikan kita tidak bercakap kosong untuk membantu rakyat di sini," katanya. Utusan

Janji <b>di Manek Urai</b> belum selesai | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 18 Oct 2010 07:15 AM PDT

11 Zulkaedah 1431 H
Oleh : M Faqih

PENDUDUK di kampung Manek Urai hairan tiba-tiba dua papan iklan projek Barisan Nasional (BN) didirikan berhampiran jambatan menuju ke Kampung Manek Urai Lama.
Pada awalnya hanya di sebelah kampung baru dipasang papan tanda projek tertera gambar dacing. Tidak lama kemudian dipasang pula papan projek BN di Kampung Manek Urai Lama.

Namun papan tanda yang didirikan di Kampung Manek Urai Lama tidak tertera nama kontraktor, sedangkan di kampung baru ada nama kontraktor iaitu Salabumi (M) Sdn Bhd.

Kata orang kampung mengapa seperti tergesa-gesa sangat sehingga ada kepincangan di sana-sini. Lebih mengelikan lagi apabila rumah kontena pula diangkut ke tanah milik penduduk tidak jauh dari jambatan sedia ada Sabtu lepas.

Kemungkinan besar pemilik tanah tersebut pun belum dimaklumkan mengenai penggunaan tanahnya dijadikan tapak pejabat kontraktor.

Lebih menghairankan segala permohonan ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai bagi pengambilan tanah belum dibuat sehingga sekarang.

Malah difahamkan cadangan projek berkenaan juga tidak dibawa ke pejabat JKR Kuala Krai.

Menurut sumber mesyuarat mengenai cadangan membina jambatan baru yang dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Julai 2009 dibincang pada mesyuarat di JKR Kesedar di Tanah Merah, semalam.

Perbincangan itu katanya hanya melibatkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan JKR Kesedar.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, jelas kelihatan projek jambatan baru di Manek Urai dibuat dalam keadaan tergesa-gesa sehingga kelihatan banyak kecacatan.

"Orang kampung sedar pada awalnya papan tanda projek pembinaan jambatan tidak dilekatkan nama kontraktor, tetapi beberapa hari kemudian baru ditampal.

"Penduduk yang tinggal berdekatan dengan projek pun belum diberitahu pengambilan tanah yang akan dibuat. Ini betul-betul projek mee segera kerana pilihan raya kecil di Galas," katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau sekiranya projek itu benar-benar menjadi kenyataan, ia dapat memberi keselesaan kepada penduduk kerana jalan di atas jambatan menjadi dua lorong.

Namun hairannya mengapa baru ketika kehangatan kempen pilihan raya di Galas JPP tergesa-gesa mahu memberitahu penduduk janji membina jambatan baru tetap ditunaikan.

Agak melucukan juga cadangan pembinaan kompleks sukan di Manjor yang disebut menteri sudah siap 20 peratus, rupa-rupa baru diratakan tanah.

Kerja-kerja menyodok pula baru dilakukan seminggu dua ini. Jauh sekali untuk sampai 5 peratus.

Bahan-bahan binaan seperti kayu atau besi pun tidak kelihatan. Ini keanehan yang dipamerkan Umno dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil Galas.

Belum sempat segala janji di Manek Urai menjadi kenyataan tiba-tiba dinukil pula janji baru di Gua Musang.

Projek perumahan rakyat bernilai RM300 juta ditabur pula di Gua Musang. Projek itu dijangka akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri pada 24 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti, Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, sebelum menabur janji-janji baru lebih baik kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan jambatan Sultan Yahya kedua yang sudah melewati tempoh.

Isu yang cuba digimikkan di Gua Musang hanya terbeban di bahu pengarah pilihan raya BN di Galas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Banyak pihak hairan dengan kemunculan Ku Li secara tiba-tiba.

"Mengapa tiba-tiba baru sekarang pemimpin tertinggi Umno mahu cari Tengku Razaleigh Hamzah," tulis veteran Umno, Tan Sri Abdullah Ahmad dalam sebuah akhbar baru-baru ini.

Abdullah juga menulis seorang pegawai tadbir memberitahunya, dahulu Umno berpeluang baik tetapi perkembangan muktahir dalam situasi Kelantan nampaknya tidak memihak kepada Ku Li dan Umno.

Ku Li galas beban Umno

Nampaknya percaturan Umno menghadapi pilihan raya kecil diletak sepenuhnya di bahu anggota parlimen Gua Musang.

Ada pihak berhujah taktik tersebut menjadi penyambung hayat kepada Ku Li dalam karier politik.

"Menang Ku Li di Galas bermakna masa depan politik masih ada, tetapi kalau sebaliknya, 'hayat' politiknya berakhir di situ," kata seorang penduduk dari Kampung Batu Papan.

Kampung tersebut merupakan kubu kuat Umno di Gua Musang. Namun pada pilihan raya umum Mac 2008, PAS mendapat kedudukan agak selesa dengan sokongan 54.03 peratus.

PAS mendapat kelebihan 92 undi di ketiga-tiga saluran mengundi di kubu tradisi Umno di Batu Papan.

Sedangkan sebelum itu PAS sukar menembusi kubu tersebut. Malah tenaga pengkuliah agama kerajaan negeri juga tidak mendapat ruang untuk mengajar di masjid dan madrasah kampung berkenaan.

Penempatan terbabit mempunyai kira-kira 500 rumah.

Seorang pendakwah, Mohd Zaki Mat Zin, 38 berkata, guru agama dari Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan belum mendapat ruang mengajar di kampung tersebut.

"Sehingga sekarang Unit Dakwah Halaqat tidak diberi peluang biar pun di tempat-tempat lain masalah seperti itu tidak timbul," katanya ketika ditemui sini.

Seorang warga emas Harun Majib, 67 mengakui Batu Papan menjadi kubu tradisi Umno sejak zaman berzaman.

Katanya, kawasan itu sukar ditembusi PAS kecuali pada pilihan raya umum lalu apabila Chek Hashim Sulaima menang.

"Itu merupakan satu sejarah. Pakcik melihat itu kelebihan yang ada pada Chek Hashim sehingga mudah diterima penyokong Umno," katanya.

Bagaimanapun di tujuh peti undi lain terutamanya membabitkan pengundi di kalangan Orang Asal, kekuatan PAS di bawah 40 peratus, kecuali di Unit Peti Undi (UPU) Hau.

Kekuatan PAS juga agak seimbang berbanding Umno/Barisan Nasional (BN) di UPU Kampung Pulai iaitu 47 peratus.

PAS juga mempunyai kedudukan agak selesa di kawasan pengundi bercampur Melayu dan Cina.

Umno benar-benar mengharapkan sentuhan Ku Li bagi mendapat kekuatan baru di Galas, selepas tercicir ke tangan PAS pada Mac 2008.

Malah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Ku Li.

Sebaik sahaja Chek Hashim meninggal dunia, Muhyiddin membuat kenyataan melantik Ku Li sebagai pengarah pilihan raya BN di Galas.

Biar pun kenyataan itu melukakan perasaan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, namun dalam situasi Gua Musang, pemimpin Umno di Kuala Lumpur belajar 'melutut' semula kepada Ku Li.

Mustapa perlu menerima hakikat Gua Musang bukannya Jeli yang menjadi kubunya sejak dua penggal lalu.

Namun dalam konteks Gua Musang Mustapa perlu membisu dan hanya akur segala arahan Ku Li sebagai pengarah pilihan raya BN.

Bagaimanapun mengapa pula tiba-tiba Ku Li menafikan mempunyai hubungan dingin dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbabit.

Ku Li vs Mustapa

"Saya tidak ada masalah bekerja dengan Mustapa bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Galas," kata Ku Li sekembali dari bercuti di London.

Penafian Ku Li itu mengundang rasa pelik. Kata orang kalau tidak ada angin masakan pokok boleh bergoyang.

Inilah realiti yang berlaku di Kelantan sekarang. Ku Li pernah dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ketika menghadapi pilihan raya umum 1999.

Namun tidak lama selepas Ku Li gagal mengulangi kejayaan merampas Kelantan pada 1978, Mustapa pula menggantikan Ku Li di Perhubungan Umno.

Peristiwa lama Mustapa 'merebut' tempat Ku Li menyebabkan luka lama berdarah kembali. Maka tidak hairanlah tiba-tiba Ku Li menyebut hubungan dengan Mustapa elok.

Kecamuknya dapat juga dilihat apabila Ku Li Isnin lalu memberitahu pucuk pimpinan Umno belum lagi membincangkan soal siapakah calon BN pada pilihan raya kecil Galas.

"Belum ada sebarang keputusan dibuat, tiada perbincangan mengenainya," kata Ku Li selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di parlimen.

Malah katanya calon yang bakal mewakili BN akan diumumkan selepas Perhimpunan Agung Umno yang akan berakhir 23 Oktober nanti.

"Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri," ujar Ku Li kepada media.

Konflik menentukan calon BN di Galas lebih ketara berbanding pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai tahun lepas.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussien memberitahu pucuk pimpinan parti menyerah kepada Ku Li untuk memutuskan sama ada bersedia menjadi calon atau sebaliknya.

Penglibatan langsung Ku Li di Galas juga memberi ruang isu royalti minyak geger semula. Namun, kata Ku Li tiada siapa berhutang dengan sesiapa pun dalam isu royalti.

"Saya ke depan dalam isu itu kerana Allahyarham Tun Abdul Razak mahu rakyat di Pantai Timur memperoleh manfaat dari pendapatan minyak," katanya.

Pusingan awal ini menampakkan isu calon menjadi stigma agak kronik bagi Umno.

Ku Li juga sedia mempertaruhkan anak didiknya iaitu setiausaha bahagian, Abdul Aziz Yusof atau Naib Ketua Pemuda Gua Musang, Zamzani Harun boleh menjadi galang ganti dirinya di Galas.

Apa yang seakan pasti Ketua Pemuda, Bazlan Baharudin atau Ketua Wanita, Datuk Hazani Mohd Nor bukan pilihan Ku Li.

Sebaliknya situasi berlainan berlaku dalam PAS. Tidak kedengaran ribut kecuali sekadar kocakan air dalam cawan.

PAS Gua Musang tidak ketandusan tokoh muda. Pemangku Yang Dipertua (YDP) kawasan, Dr Zulkifli Muhamad, 44, (kiri) Naib YDP, Husin Embong, 45, (tengah) dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Abdullah Husien, 38 boleh menjadi pilihan terbaik.

Kesemua mereka lulusan universiti dalam dan luar negara. Dr Zulkifli lulusan perubatan Universiti Malaya. Pernah berkhidmat di Hospital Kota Bharu dan terakhirnya di Pusat Kesihatan Ciku 3. Sekarang mengendali klinik sendiri di Cikuu 3.

Hussin pula lepasan bidang kejuruteraan di England. Kini seorang ahli perniagaan yang berjaya di Gua Musang.

Ustaz Abdullah pula lepasan Universiti Al Azhar, Mesir. Selama lima tahun beliau belajar agama di Mesir. Pernah menekuni ilmu di Pondok Kandis Bachok.

Sekarang berkhidmat tenaga pengajar di Unit Dakwah Halaqat. Isterinya, Ramlah Abu Samah juga lepasan Al Azhar.

Biar apa pun calon PAS dijangka diketahui pada malam 21 Oktober ini. Ceramah perdana pengisytiharan calon tersebut turut menampil Penasihat Keadilan, Datuk seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Apa yang pasti pusingan awal memperlihatkan Umno tenggelam dengan masalah dalaman. Silap percaturan misi Umno gagal lagi di bawah Ku Li.

Harakahdaily/-


03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Perigi Timur: Serangan Terkini Skuad Tukar <b>Di Rantau Panjang</b> <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2013 02:19 AM PDT

Semalam 23 Mac 2013 Skuad Kembara Tukar Rantau panjang (SKKTRP2013) telah mencatat sejarah apabila  2,000 buah motosikal yang disertai oleh lebih kurang 3,000 anak muda Rantau Panjang dan Kelab Penyokong The Red Warrior Rantau Panjang.
Pelepasan SKKTRP2013 dilalukan oleh YBhg. Dato Abdullah Mat Yasim (Pengerusi UMNO Bahagian Rantau Panjang) jam 2.30 petang.
Sebelum itu sedikit taklimat keselamatan disampaikan oleh AJK UMNO Bahagian dan kata-kata semangat yang berapi-api oleh Pengerusi TUKAR Kamaruddin Kasim. 
Perarakan ini juga disertai oleh 7 buah kereta dan 2 lori.Turut menarik perhatian SKKTRP2013 disertai oleh ahli Puteri UMNO Bahagian Rantau Panjang. SKKTRP2013 melalui Bukit Tuku-Jeram Perdah dan berkumpul di gelanggang futsal (TR Futsal) di Banggol Kulim untuk menunggu ketibaan YB Dato' Seri Mustapa Mohamed Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan bagi Merasmikan Pertandingan Futsal Antara DUN Rantau Panjang dan Majlis Penutup SKTRP2013 yang turut diiringi oleh Vateren-vateren UMNO dan ahli Ulama.
Tok Pa merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada anak muda di Rantau Panjang yang bersemangat untuk menentang rejim PAS. Tok Pa berharap Gerakan TUKAR akan terus membuat program seperti ini di peringkat DUN di seluruh Negeri Kelantan.
Bagi mempastikan kerajaan pas yang memerintah selama 23 tahun akan tergolek dan terserban di longkang kekalahan pada PRU13 nanti. Sesungguhnya Pas sudah berada di ambang kekalahan dan hanya menunggu masa untuk mengucapkan selamat tinggal atas pemerintahan mereka. 
Apa yang penting semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno Kelantan sejak akhir-akhir ini memberi jalan selesa untuk Umno/BN Kelantan mengambil alih tampuk pemerintahan dari rejim Pas.
Jadikan PRU13 nanti sebagai peristiwa yang terbaik untuk menukar kerajaan Kelantan sekarang kepada kerajaan pimpinan Umno/BN. Kuasa memilih pemerintah berada di tangan rakyat Kelantan, pastikan PRU13 tidak berlalu sia-sia, tidak kira bila ia menjelma. Bijak memilih, negeri Kelantan akan maju setanding negeri-negeri pantai barat negara.

Pengedar Shaklee <b>di Rantau Panjang</b>, Selangor ~ Princess Fisya

Posted: 07 Mar 2013 06:39 AM PST

Pengedar Shaklee di Rantau Panjang, Selangor
Nama : Noran Amizah Mohd Yusof 
Alamat :NO 58 Jalan Genting 5/KU4, Taman Kembara 2, Rantau Panjang, 41300 Klang Selangor 
Area pick up : Klang, Shah Alam, Pahang (mana-mana yang berhampiran mengikut permintaan)

ahmadmaslan.com: Melawat mangsa banjir <b>di Rantau Panjang</b>

Posted: 01 Mar 2013 07:48 AM PST

ads