Rabu, 17 Oktober 2012

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Rugi tidak berdakwah <b>di</b> pentas PAS - Aishah - Cananglahnie

Posted: 12 Oct 2012 06:00 PM PDT


KOTA BHARU: Personaliti yang berhijrah, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) meluahkan rasa rugi sekiranya tidak menggunakan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama.

"Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah.

"Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

"Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah," katanya pada ceramah di Dataran Safa Marwah di sini malam tadi.

Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi, Ketua Muslimat Kota Bharu, Rohani Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Azariza Mohd Alawi.

Sebahagian besar yang memenuhi dataran yang menjadi tempar parkir bas pelancong adalah kalangan muslimat. Esok Aishah dijangka hadir pada program tertutup hanya untuk muslimat di Dewan Jubli Perak MPKB BRI.

Sekali sekala kedengaran sorakan anak muda yang asyik menonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia antara ATM dan Lions di kedai berdekatan.

Wan Aishah yang susur galur sebelah nenek lelaki yang berasal dari Bunut Payong Kota Bharu memberitahu sejak terbabit dengan PAS, beliau terus dihalang mencari rezeki seperti dilakukan sebelum ini biar pun ada kelayakan.

"Seolah-olah mereka bertanya sekarang awak sokong pihak mana dan bukannya memberi pertimbangan kepada kelayakan yang ada pada seseorang.

"Saya percaya orang Melayu kekal tidak berubah biar pun negara sudah 55 tahun merdeka selagi masih diberi peluang Umno menerajui negara. Jadi sekarang kita perlu lakukan perubahan segera," katanya.

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang melahirkan rasa bimbang apabila kerajaan Malaysia membenarkan kapal pengangkut ketenteraan Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Klang.

Katanya, kemungkinan boleh berlaku sesuatu yang menjadi rahsia cuba disembunyikan kerajaan Malaysia ketika melihat gelombang kebangkitan rakyat sekarang.
Dicatat oleh ELBI RISALAH

 

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


TEMUI CEO GCP <b>DI TANAH MERAH</b> KELANTAN, 6 OCT 2012, 9 <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2012 10:08 PM PDT

Assalamualaikum…

Khas untuk orang Tanah Merah.... Temui CEO GoldCrest Pavilion Sdn Bhd untuk perkongsian ILMU EMAS & pengalamannya dalam bidang perniagaan emas. Butiran adalah seperti berikut:

TARIKH :6 OKTOBER (SABTU)
TEMPAT :HOTEL E
MAGE PARK INN (BERDEKATAN DENGAN PANTAI TIMUR TANAH MERAH)
MASA :9.00pg - 11.00pg

Pengesahan kehadiran: SMS < bilangan peserta> hantar ke 32828
atau boleh hubungi saya 019-9898965

Anda juga dipelawa untuk menjadi 'FREE MEMBER" yang membolehkan anda untuk membuat pesanan dinar/jongkong/barang kemas 24 jam sehari. Caranya amat mudah hanya daftar di link ini
http://www.gcp.com.my/?id=ad1725

Jangan risau… ianya adalah PERCUMA & anda tidak perlu bayar apa-apa. Jika ada masalah berkaitan dengan simpanan emas bolehlah hubungi saya

ISMAIL BIN JOHARI
AD1725
019-9898965
www.dinar.net

You Might Also Like :

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Abby Abadi Aktif Politik Kerana Sudah Nikah Adun <b>Kelaboran</b> PAS

Posted: 01 Aug 2012 01:26 AM PDT


Sekali lagi selamat datang ke buletin khas Abby Abadi di'mana kami akan sentiasa memaparkan perkembangan kerjaya politik aktress bergelar 'pendakwah bebas' ini.

Kami perhati juga tulisan Abby Abadi di Twitter dua tiga hari ini bukan sekadar meneruskan dakwah juga kempen politik beliau, namun ada satu gossip politik yang beliau hadapi.
Beberapa laman blog politik ada memetik ura ura mengatakan penglibatan Abby Abadi dalam politik kini lebih serius selepas menikahi salah seorang ahli politik PAS.
Ahli politik yang menjadi mangsa gossip politik ini adalah ADUN Kelaboran Mohd Zaki Hj Ibrahim yang khabarnya kerap di'lihat bersama Abby Abadi di beberapa majlis ceramah anjuran PAS sejak kebelakangan ini.
Namun Abby Abadi pantas menjadikan medium Twitter untuk menafikan sebarang hubungan dengan ahli politik tersebut tetapi tetap meminta peminat untuk mendoakan jodoh'nya cepat sampai.
Menurut Abby Abadi, ini bukan pertama kali beliau mendapat 'jodoh' hasil cakap cakap orang ramai dan mula menerima gossip nakal sebegini sebagai lumrah apabila terlibat dalam dunia politik.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Ku Li: Serah Tanam Semula <b>Di</b> Kesedar Kepada Felda | Detik <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2012 01:58 AM PDT

GUA MUSANG – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan program tanam semula ladang peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang banyak tertangguh diserah kepada Felda.

Katanya Felda mempunyai pengurusan yang cekap dan pegawainya berpengalaman luas dalam bidang itu, berbanding Kesedar yang belum mampu menyempurnakan program tanam semula ladang peneroka sehingga kini.

"Kita mahu Felda ambil alih pengurusan tanam semula baki ladang peneroka Kesedar itu kerana kita anggap banyak merugikan peneroka agensi terbabit," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan ketua peneroka dari sembilan RKT Kesedar di kediaman Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, di Bandar Chiku, di sini hari ini.

Pada majlis perjumpaan lebih sejam itu, wakil rombongan ketua peneroka RKT Kesedar  Mohd Napi Nasir menyerahkan memorandum persetujuan kepada Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang, berkata sebelum ini pihaknya sudah beberapa kali menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon persetujuan mengenai perkara itu.

Sementara itu, Mohd Isa dalam ucapannya berkata pihaknya akan berbincang dengan Perdana Menteri sebaik pulang ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata Felda tidak mempunyai halangan untuk mengambil alih pengurusan tanam semula ladang peneroka RKT Kesedar jika Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas pengurusan Felda bersetuju.

"Kita memang bersimpati dengan nasib yang dihadapi peneroka Kesedar itu tetapi tunggulah keputusan hasil perbincangan dengan Perdana Menteri nanti," katanya.- Bernama

ads