Sabtu, 3 September 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Awang Adek Pi Tibai Mustapha Mohamad Pulak dah « Pena Kusisip <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2011 09:49 PM PDT

Awang Adek mabok ketupat ka mabok 'tuak' yang tuuu tak tau lah…

Mungkin overdose lemamg ka apa ka pun tak tau lah..hahaha

short story mori…BAGI la royalti Kelantan tuu…yang mu duk sok sek sok sek wat po…

Royalti Kelantan tuu nak buat BAPAK  punya lebuhraya pun boleh..

Lebuhraya: Awang Adek bertembung Mustapha

Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin bahawa kerajaan Kelantan berkemungkinan besar tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya selama-lamanya sebagai satu kenyataan yang berninat jahat dan dangkal serta bernada sumbang.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kenyatan itu juga membayangkan seolah-olah beliau begitu jahil dengan tanggungjawab kerajaan Pusat dalam menyediakan kemudahan lebuh raya di negeri-negeri di seluruh Malaysia.

"Saya juga ingin melahirkan rasa kesal di atas kenyataan tersebut yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, 3 September 2011 yang antara lain turut menyatakan bahawa kerajaan PAS Kelantan telah diberi peluang selama 21 tahun untuk menyelesaikan masalah kesesakan namun gagal untuk mencari jalan penyelesaian.

"Adakah Awang Adek baru tersedar dari tidur atau sengaja mencari pertembungan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dalam isu ini, wallahualam," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau juga bertanya sedarkah Awang Adek bahawa pada 1 September 2011, Utusan Malaysia selaku lidah rasmi Umno sendiri  di halaman 6 menyiarkan kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang tegas menyatakan bahawa kerajaan Kelantan tidak akan mampu membina lebuhraya kerana pembinaan lebuhraya ialah tanggungjawab kerajaan Pusat.

Katanya, jika Awang Adek terlupa untuk membelek akhbar pada hari tersebut, boleh perturunkan kembali kata-kata Mustapha yang antara lain menyebut, "Ini (membina jalan utama) tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu untuk membina kecuali dengan bantuan pihak swasta. Jumlah RM2 bilion sangat besar, tidak mampu jika dibandingkan dengan pendapatan kerajaan negeri…"

Soal beliau, bukankah kenyataan itu jelas menunjukkan pengakuan Mustapha sendiri bahawa pembinaan lebuhraya ini bukan merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.

Katanya, cuma kerajaan negeri terpaksa mengambil alih apabila pihak yang sepatutnya bertanggungjawab iaitu kerajaan Pusat nampaknya tidak berminat untuk membela nasib rakyat Kelantan yang majoritinya ialah orang Melayu.

Dalam hal itu, beliau mencabar Awang Adek untuk menyebut mana satukah negeri di Malaysia yang membina lebuhraya tanpa apa-apa bantuan dari kerajaan Pusat.

Beliau yang juga Adun Mengkebang sepenuhnya yakin jika Umno yang berkuasa di negeri  Kelantan, bukan setakat membina lebuhraya, untuk menyelaras projek kecil-kecilan di peringkat kampung pun akan berlaku pertembungan kepentingan pelbagai pihak demi mengaut keuntungan mudah.

Justeru, beliau berharap Awang Adek lebih berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana kedangkalan seseorang itu bukanlah diukur melalui tinggi rendahnya pangkat tetapi pada betul tidaknya fakta yang diberikan.

"Jangan Awang Adek sangka keterlanjurannya dalam isu judi bola sepak pada tahun lepas sudah dilupakan oleh rakyat Kelantan. Ditambah pula dengan kenyataan dangkal seperti ini, semakin kuranglah markah untuk menjadi 'bakal Menteri Besar Kelantan' sekali lagi," ujarnya lagi.

Hd

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


NGINAP-SRENGENGE....cawan grup: BIODATA TG HAJI HASHIM <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2011 09:12 PM PDT





Tuan Guru Hj Hasyim Pasir Tumboh dalam kenangan ...


Biodata :
Nama : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir : 1923M
Pendidikan :
  1. Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
  2. Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
  3. Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
  4. Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
  5. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953
6-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.
( Gambar kenangan Ustaz Helmi dan rombongannya bersama pelajar2 pondok TG Haji Salleh,Sik,Kedah semasa ziarahi Allahyarham Tn Guru bulan 3 .2011)

Perkhidmatan :
1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir setelah kematian keduanya sehingga sekarang.
2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995
3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan
4. Menerima anugerah gelaran Dato' Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010

Meninggal dunia
Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang..al-Fatihah

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


SUASANA RIANG RIA MENYERTAI KETIBAAN AIDILFITRI <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 10:13 AM PDT

Kalau kain songket yang dicari ...

WAKAF CHE YEH  -  26 Ramadhan:    Tiap kali tiba musim perayaan,   pusat-pusat perniagaan di Kota Bharu menerima kunjungan ribuan insan yang datang untuk meninjau keistimewaan membeli belah di Bandar Raya Islam ini.  Dan kebanyakan dari mereka datangnya dari segenap ceruk dan rantau negara.  Mereka ingin melihat dan mengalami sendiri suasana yang terdapat di kawasan-kawasan niaga ini.

Yang menjadi tumpuan perhatian,  bukannya komplek-komplek yang moden yang banyak terdapat di bandar ini,  dan bukan juga pekan-pekan di kawasan sempadan Malaysia-Thai seperti Rantau Panjang,  Pengkalan Kubur atau Bukit Bunga,  tetapi satu lokasi dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu … WAKAF CHE YEH.

Pendek kata nama Wakaf Che Yeh adalah sinonim dengan pelbagai jenis barangan yang disediakan untuk para pelanggan.

Pelbagai barangan menjadi pilihan ...

Kawasan ini memang sentiasa penuh sesak dengan pengunjung/pembeli.  Memang sukar kalau kita hendak bergerak di dalamnya.  Pada malam-malam perayaan terutamanya … kesukaran bergerak ini amat nyata.

Kalau kita datang berkereta,  terpaksalah berjalan kaki agak jauh juga dari kawasan letak kereta,  tambahan pula kawasan-kawasan lapang di sekitar 'pasar perayaan' ini sudah dipenuhi oleh pelbagai jenis kenderaan … bas, kereta, motosikal dan lain-lain lagi.

Atau kasut yang diidamkan ...

Ratusan gerai-gerai yang menjual barangan dari kasut,  pakaian, kain batik, kain songket,  seluar jeans,  kemeja tee,  telekung,  kain tudung  kepada barangan-barangan elektronik,  telefon bimbit,  dan tidak ketinggalan buah-buahan tempatan dan yang didatangkan dari negara seberang, dan sayur-sayuran.   Semua ada di sini.  Harga yang ditawarkan adalah munasabah.  Tawar menawar adalah satu perkara biasa.

Sudah banyak juga 'hotel-hotel budget' memulakan operasi di kawasan ini.  Kepada yang tidak mahu berjalan jauh,  maka di sinilah mereka menginap.  Dan ini juga membolehkan mereka meninjau pasar di Wakaf Che Yeh ini sepuas hati.

Ini secebis kisah 'pasar perayaan' Wakaf Che Yeh di Kota Bharu, Kelantan.  Bak kata ramai pengunjung  'Kalau ke Kelantan dan tidak singgah di Wakaf Che Yeh,  maka tidak lengkap dan sempurnalah kunjungan itu'.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Orang Asal luar <b>Kelantan</b> mengundi <b>di Galas</b>

Posted: 10 Nov 2010 01:10 AM PST

KOTA BHARU, 10 Nov: Agak luar biasa apabila peratusan keluar mengundi di Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November lalu meningkat kepada 83 peratus, sedangkan banyak pusat pengundi berada di pedalaman Kelantan.

Malah lebih meragukan lagi apabila enam pusat pengundian membabitkan penduduk Orang Asal meningkat lebih 90 peratus, sedangkan kedudukan mereka jauh di pedalaman.

Lebih menghairankan lagi banyak bas dilihat di pusat-pusat pengundian di pos Orang Asal pada hari mengundi.

Menurut sumber, bas terbabit digunakan bagi mengangkut pengundi Orang Asal yang dipercayai tinggal di luar Kelantan untuk datang mengundi di Galas.

Ini kerana katanya, penduduk Orang Asal yang tinggal di pendalaman Kelantan tidak boleh diangkut menggunakan bas memandangkan ia hanya boleh dihubungi kenderaan pacuan empat roda.

Kehadiran begitu banyak bas di pusat pengundian menimbulkan banyak tanda tanya. Lagi pun kesemua penempatan Orang Asal dikawal Jabatan Hal Ehwal Orang Asal sejak bekas Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sakit tenat.

Mengulas perkembangan tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, peratusan keluar mengundi sehingga 83 peratus merupakan suatu pencapaian yang luar biasa memandangkan kedudukan Galas di kawasan pedalaman.

"Ini jarang berlaku di kawasan orang kurang celik mengenai politik. Kawasan hulu Kelantan di mana kesedaran politik masih lagi rendah.

"Mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan apabila pengundi di kalangan Orang Asal hampir kesemua keluar mengundi.

"Sedangkan di tempat orang yang celik politik pun tidak sampai sehingga 83 peratus keluar mengundi. Ini tentunya meragukan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada pilihan raya kecil tersebut jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus, sedangkan di Batu Sapi yang juga terletak di pedalaman Sandakan hanya 61 peratus.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, lebih menghairankan lagi apabila ada menteri awal-awal lagi sudah memberitahu akan menang banyak.

"Kalau sekadar kata menang sahaja tak apa. Ini seolah-olah menggambarkan mereka sudah tahu apa yang akan berlaku berdasar gerak kerja awal yang dilakukan," katanya.

Pas <b>Kelantan</b> tidak mampu : N9 Kini

Posted: 01 Sep 2011 05:24 PM PDT

JELI 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan dilihat tidak mampu untuk membina lebuh raya sendiri sepanjang 63 kilometer dari Kuala Krai ke Kota Bharu kerana ia memerlukan kos yang tinggi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana pendapatan kerajaan negeri terlalu kecil jika dibandingkan dengan kos pembinaan lebuh raya tersebut sebanyak RM2 bilion.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya menyokong penuh hasrat rakyat negeri ini yang mahu jalan utama dari Kuala Krai ke Kota Bharu dilebarkan bagi menampung jumlah kenderaan yang kian meningkat terutama pada musim perayaan.

"Ini (membina jalan utama) tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu untuk membina kecuali dengan bantuan pihak swasta. Jumlah RM2 bilion sangat besar, tidak mampu jika dibandingkan dengan pendapatan kerajaan negeri.

"Tidak pernah berlaku di mana-mana negeri yang membina jalan utama sendiri, itu kefahaman saya," katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dan majlis kesyukuran sempena perkahwinan dua anaknya di kediamannya, Darul Falah di sini semalam.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer antara Kota Bharu-Kuala Krai yang bakal menyaksikan penduduk negeri ini membayar tol buat pertama kali selepas lebih 20 tahun pentadbiran Pas di sini.

Pembinaan lebuh raya itu dijangka menelan belanja RM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, UMNO Kelantan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melobi kerajaan Persekutuan supaya jalan utama dari Kuala Krai ke Kota Bharu itu dilebarkan menjadi empat lorong.

"Kita sudah berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi untuk pembinaan jalan di negeri ini dan keutamaan adalah Jalan Kuala Krai-Kota Bharu. Kita harap diberi pertimbangan bukan jalan itu sahaja, malah jalan-jalan lain juga seperti Machang-Tanah Merah juga perlu dinaik taraf.

"Ini adalah jalan Persekutuan, jadi cadangan memang banyak kita terima bukan sahaja dari kerajaan negeri, yang penting kita berusaha. Cadangan yang baik kita alu-alukan dan kita sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melobi untuk jalan ini," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Dr Suriani is in the house

Posted: 28 Aug 2011 03:22 PM PDT

Datuk nik Sapeia telah di jemput untuk merasmi dan memberi ceramah di  beberapa Majlis anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru, serta pihak sekolah di sekitar Parlimen Kuala Krai. Disetiap Majlis seramai antara 500 hingga 1000 penduduk sekitar kampong terdiri ibu bapa serta masyarakat setempat telah hadir untuk mendengar ceramah beliau dan memberi sokongan padu kepadanya.Beliau turut memberi sumbangan peribadi dan zakat kepada anak2yatim, ibu ibu tunggal serta penduduk yang daif. 

Setakat ini bermula bulan Mei hingga akhir Ogos beliau telah hadir di SRK Kg Kemubu di Dabong, SRK Manek Urai Baru, SRK Kg Telekong, SRK Brdal, SRK Bandar, SRK Yahya Petra, SMK Sultan Yahya Petra, SMK Keroh, SRJ C Yew Choy, SRK Chuchuh Putri, SRK Sungai Pas, SMK Kuala Krai dan Sekolah Poly Teknik Kuala Krai. Sekolah sekolah ini berada di sekitar Kuala Krai di kawasan Dabong, Manek Urai, Guchil, dan Mengkebang.

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


PAPA GOMO: GAMBAR KOTE 18 SX - Adun <b>Perupok Di</b> Bogelkan

Posted: 17 Feb 2011 03:16 AM PST

Jeng jeng jeng

Gambar adun PAS Prupok yang berada dalam simpanan Nadi Rakyat akan di bongkarkan pada esok iaitu hari Jumaat. Emmm jam berapa? He he hemaybe jam10 pagi @ 3 petang @ 8 malam.

Yang pasti esok segala Gambar gambar nya akan kami dedahkan demi memastikan seluruh rakyat Malaysia khususnya penyokong PAS menilai semula perjuangan mereka yang taksub pada pemimpin ini.

Ingatlah wahai puak puak PAS. Jawaplah dengan tulus pendedahan yang akan di bongkarkan esok hari. Jangan cuba nakmenafikan pendedahan kami ini kerana seharusnya anda bertanyakan sendiri kepada adun Perupok mengapa gambar KOTE Nya berada dalam simpanan wanita yang.bergelar ustazah ini.

INGAT PAS INGAT ZINA

ANWAR AL JUBURI HARUS BERTAUBAT

Psssttt········ nak jolok duit agar gambar tak di.keluarkan? Sorry lain orang boleh beli tapi dengan Gomo tak dapat lah beb.

Published with Blogger-droid v1.6.7

ads