Jumaat, 29 Jun 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Demi Tinta

Posted: 29 Jun 2012 11:19 PM PDT

Oleh: Rossem
Artis masuk PAS! Aneh bunyinya. Tapi itu  20 tahun dulu. Ketika para artis  melihat parti Islam itu dengan mata serong. Bahkan untuk mendampingi   aktivis PAS juga artis terasa takut, mereka khuatir ada mata yang  memerhatikan untuk  menutup periuk nasi.
Ketika PAS Kelantan berjaya merampas Negeri Serambi Mekah  dari tangan UMNO/BN pada  23 Oktober 1990,  kejayaan itu juga  tanpa sumbangan  artis. Tiada seorang pun bergelar artis atau selebriti tampil di pentas PAS membantu kempen ketika itu.
Hanya  awal 2000 muncul seorang penyanyi  tahun  80an  menyertai PAS iaitu Akay Hai. Artis yang bergelar ustaz ini tampil di atas pentas PAS dengan persembahan  yang sedikit berbeza iaitu berceramah sambil mendendangkan lagu, justeru  beliau cepat popular terutama dikalangan anak-anak  muda,   sehingga penganjur mengelar  program beliau sebagai "konsert hiburan alternatif".
Sebelum itu,  di era refomasi  (1998-1999) penyanyi lagu bluse terkenal Ito pernah beraksi di pentas  Keadilan dan PAS bersama Nasir Jani sang direktor filem.
Keberadaan  Akay Hai dalam PAS tak lama, sekitar tahun 2010 penyanyi lagu-lagu berunsur ketuhanan  itu  ditawarkan slot dakwah di  televisyen berbayar, lantas  meninggalkan pentas PAS.  ketika  itu ia berdepan dengan krisis rumahtangga.
Namun sumbangan beliau  kepada perjuangan PAS   terpahat dalam lembaran sejarah parti Islam itu kerana beliau dianggap sebagai pelopor atau pembuka denai  kepada artis-artis sekarang mendekati PAS.
Kini mendekati PAS  tidak lagi takut dan segan silu. Artis sudah berani menghadapi resiko kemungkinan akan kehilangan rezeki kerana menyokong oposisi. Mereka bertindak jauh ke depan dengan   tampil berceramah di pentas-pentas PAS seluruh negara. Membantu Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya yang akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang.
Fenomena penghijrahan artis ke dalam PAS ini bermula dua tahun lalu  (2011) bila artis, pelawak dan penulis lirik terkenal Bob Lokman bergabung dengan PAS.
"PAS akan ku jadikan wadah perjuangan untuk memperkenalkan Allah SWT kepada mereka yang belum kenal kekuasaan-Nya" Masih ingat ujaran Bob Lokman saat ia mula terpaut hati dengan PAS.
Sejak itu artis-artis dari pelbagai profesion, pelakon, penyanyi, pelawak dan gitaris mula menyertai  PAS dan sebahagianya sudah pun  ditampilkan di atas pentas  Pakatan Rakyat sebaris dengan penceramah terkenal dari kalangan politikus, ustaz, bahkan bersama Mursyidul Am PAS sendiri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan  Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gitaris Sam kamikaze, Zuar XPDC, Iwan  dan beberapa artis lain sudah sering kali beraksi di atas pentas PAS terutama di Kelantan. Begitu juga pelakon Mustafa Kamal sering hadir pada majlis PAS. Tapi yang terkenal ialah juara lagu  1990 Wan Aishah Wan Arifin atau nama glamor  Aishah juga sudah  bergabung dengan PAS.
Penyanyi suara lunak yang popular dengan lagu "janji manismu" itu agak  istimewa kerana  pada Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang berlangsung di Alor Setar, Kedah, telah di beri penghormatan untuk berucap di depan ratusan ribu penyokong PAS dari seluruh negara  mewakili kelompok artis. " Bimbinglah kami, jangan pandang serong kepada kami golongan artis" kata Aishah dengan sayu.
Pertama kali saya  hadir mengikuti ceramah panyanyi Dayangku Intan  di kg. Mahligai dalam Dewan Undangan Jelawat, Kelantan, saya teruja dengan kata-katanya yang sangat menyentuh nurani.
Kerajaan yang dipimpin UMNO/BN melayani rakyat seperti seorang kaya  yang sombong  melayani orang  miskin. Mereka berasa bangga bila dapat menghulurkan sedikit wang kepada orang miskin dan diketika yang sama menyuruh si miskin tadi menuruti segala kehendak mereka.
"Benar, walaupun kita orang miskin, tapi  ada maruah. Saya bukan menolak pemberian BR1M (RM500) dan lain-lain bantuan. Ambillah…, kerana itu wang kerajaan, tapi jangan meletakkan taraf rakyat begitu hina, sehingga boleh dibeli dengan wang ringgit". Kata Dayangku dengan penuh kesal.
Menyertai  PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi hero filem epik Melayu Leftenan Adnan, Hairie Othman bahkan beliau mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya yang diceburi selama 20 tahun.

Namun bagi  Hairie, keputusan yang dibuat  adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan  selepas menyertai PAS.

"Mahu  masuk UMNO ramai yang berani.  Mahu  masuk PAS harus berfikir  semasak-masaknya.  Mahu  makan apa? Tapi saya  yakin yang memberikan  rezeki bukan Barisan Nasional  tetapi Allah SWT.  Saya dapat rasa dan saya benar-benar yakin" ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor.
Hairie telah menyerahkan  borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Program Himpunan Hijau dan Ceramah Perdana  yang berlangsung di Taman Dahlia, Johor Bahru (29 Jun 2012).  
Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan kondisi  ini seperti sudah dijangka namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain Hairie turut  menyertai PAS ialah  Leman Raja Lawak dan  pelakon drama Zulkifly Ismail.
Ada yang mencemoh, kemasukan artis dalam PAS diperbesar-besarkan, walhal artis yang menyertai UMNO lebih ramai. Dakwaan itu tak dinafikan. Pelakon  veteranTan Sri Jins Shamsuddin merupakan artis yang mendapat penghormatan dari pemerintah sehingga dilantik senator. Cuma bezanya artis yang bergabung dengan PAS sekaligus merelakan dirinya mengalirkan keringat  untuk perjuangan Islam  dengan turut berkempen memenangkan parti itu tanpa dibayar.
Penghijrahan  tak lain kerana kesedaran berpolitik mereka cukup tinggi, rasa tak puas hati kepada  UMNO/BN sudah tak tertahan lagi. Kezaliman yang dilakukan UMNO/BN kepada rakyat, contohnya menafikan hak rakyat Kelantan ke atas royalti minyak, sehingga tergamak mendaratkan minyak melalui  Thailand (Songhkla) yang jaraknya 270 kilometer  berbanding 150 kilometer daripada pantai Bachok, Kelantan, membuka mata rakyat Malaysia di atas penkhianatan mereka kepada orang Melayu yang majoriti di Kelantan.  
Begitu juga dengan projek lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Menurut perlembagaan tanggungjawab   membina lebuhraya adalah dibahu kerajaan pusat,  tapi tak dilakukan,  sedangkan lebuhraya itu sangat penting. Pusat telah mendiskriminasikan hak  rakyat Kelantan yang 95 peratusnya Melayu. Justeru Kerajaan Kelantan mengambil keputusan membina sendiri lebuhraya tersebut. Anehnya,  inisitif kerajaan PAS Kelantan itu menjadi bahan sindiran UMNO.
Kezaliman yang dilakukan UMNO/BN itu rupanya telah membuka mata golongan professional termasuk artis menyertai perjuangan PAS. Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad : Yang cerdik  masuk PAS!
Artis menjadi ahli politik sebenarnya bukan aneh, di negara luar seperti India, ramai bintang filem Bolywood yang terjun ke gelanggang  politik bahkan ada yang bergelar wakil  rakyat. Di Indonesia Raja Dangdut Oma Irama pernah bergabung dengan Partai PPP sehingga pemerintah Orde Baru (Suharto) melarang Oma Irama tampil di TVRI selama 11 tahun. Pada pilihan raya Indonesia 2004 Oma bergabung dengan  Parti Kesejahteraan Rakyat (PKS), sebuah parti  kolosi dengan partai Demokrat membentuk kerajaan yang sekarang dipimpin SBY.

Pemuda PAS jelas isu Awang Adek ke seluruh <b>Kelantan</b>

Posted: 29 Jun 2012 07:46 PM PDT



Rafizi (tengah) menyerahkan dokumen yang mengandungi keterangan hubungan Awang Adek - Hon Cheong kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary (kanan) dan Ahmad Fadhli Shaari (kiri).

BACHOK: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan akan mengadakan sesi penjelasan ke seluruh negeri Kelantan khususnya di Parlimen Bachok berhubung dakwaan salah laku terhadap Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussain.

Ini ekoran beberapa keraguan di dalam hubungannya dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara.


Ini kerana, bagi mereka, dakwaan tersebut merupakan satu yang serius dan melibatkan seorang yang berjawatan di dalam kabinet Malaysia dan disebut-sebut akan bertanding sekali lagi di Palimen Bachok didalam pilihanraya yang akan datang.

Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, penjelasan ini akan diadakan secara menyeluruh agar rakyat dapat menilai intergriti pemimpin utama UMNO Negeri Kelantan.

Ini kerana hari ini beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk merampas negeri Kelantan daripada PAS.

Marzuk berkata demikian di dalam sidang media yang diadakan selepas satu majlis ceramah umum di Pasar Jelawat, Bachok malam tadi yang turut melibatkan penampilan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Mohd Rafizi Ramli.

Di dalam sidang media tersebut, Rafizi turut menyerahkan beberapa dokumen yang menyenaraikan secara terperinci hubungan di antara Awang Adek dengan Chung Hon Cheong serta beberapa transaksi yang dilakukan semasa Awang Adek menjawat jawatan sebagai Penolong Gabenor Bank Negara.

Turut hadir di dalam sidang media itu ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli bin Shaari.

"Dalam pada Awang Adek hari ini sibuk menyerang kerajaan negeri Kelantan yang didakwanya melakukan penyelewengan dalam penjualan dinar dan dirham, kita minta agar Awang Adek menumpukan perhatian untuk menjawab isu ini terlebih dahulu.

"Tambahan pula, Awang Adek sehingga hari ini masih belum menyahut cabaran ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa untuk berforum secara terbuka dalam isu dinar dan dirham," ujar Ahmad Marzuk.

Dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Awang Adek timbul ekoran pendedahan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kelmarin yang berkata, banyak keraguan timbul ekoran beberapa fakta dan transaksi kewangan yang membabitkan antara Awang Adek dan Hon Cheong.

Menurutnya, Hon Cheong yang juga pemilik serta pengarah syarikat Sun Prestige Sdn Bhd  didakwa memperoleh kontrak mencetak nota RM2 sebanyak 100 juta keping semasa Awang Adek memegang jawatan tersebut.

Menurut Saifuddin, pada tahun 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd yang dimiliki HonCheong pada harga RM550,000 iaitu melebihi harga pasaran.

Manakala Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek keTokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999.

Selain itu, HonCheong turut juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta Honda Civic 1.6 milik isteri Awang Adek sebanyak RM2,122 sebulan.

Ahmad Marzuk juga turut tidak menolak kemungkinan bahawa satu laporan akan dibuat kepada pihak polis dan SPRM memohon agar dilakukan siasatan terhadap Awang Adek berhubung dakwaan ini dalam masayang terdekat.

Che Syaedah: Berita Utama

Posted: 29 Jun 2012 09:31 PM PDT

URL Sumber Asal :-

MB T'ganu: Shabery nafi laporan Harakahdaily

Posted: 29 Jun 2012 08:48 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini memberi respons terhadap laporan Harakahdaily bahawa beliau dikatakan akan dilantik Menteri Besar Terengganu jika Umno BN terus menguasai negeri itu selepas PRU13 nanti.

Beliau yang dilaporkan Bernama hari ini menyatakan ia adalah khabar angin yang dicetuskan oleh pembangkang untuk memecah belahkan Umno negeri itu.

Shabery yang juga ahli Parlimen Kemaman memberitahu tidak berminat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU akan datang.

"Berita itu sama sekali tidak berasas dan hanya khabar angin dari pembangkang untuk memecahkan Umno," katanya kepada pemberita di Kemaman.

Harakahdaily semalam melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan sedang merancang untuk melantik Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum  nanti.

Ini kerana, beliau dianggap faktor pengimbang antara dua kem Umno yang bergaduh di Terengganu sekarang iaitu kem Datuk Seri Idris Jusoh dan kem Datuk Seri Ahmad Said.

Shabery, bekas orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan tidak memihak di dalam kedua-dua kem itu.

Selain Shabery, turut disebut adalah nama anggota Parlimen Hulu Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.

Namun, Harakadaily difahamkan, istana Terengganu masih mahukan Ahmad Said kekal sebagai menteri besar.

Pemuda PAS jelas isu Awang Adek ke seluruh Kelantan

Posted: 29 Jun 2012 04:37 PM PDT

Rafizi (tengah) menyerahkan dokumen yang mengandungi keterangan hubungan Awang Adek - Hon Cheong kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary (kanan) dan Ahmad Fadhli Shaari (kiri).

BACHOK: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan akan mengadakan sesi penjelasan ke seluruh negeri Kelantan khususnya di Parlimen Bachok berhubung dakwaan salah laku terhadap Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussain.


Ini ekoran beberapa keraguan di dalam hubungannya dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara.


Ini kerana, bagi mereka, dakwaan tersebut merupakan satu yang serius dan melibatkan seorang yang berjawatan di dalam kabinet Malaysia dan disebut-sebut akan bertanding sekali lagi di Palimen Bachok didalam pilihanraya yang akan datang.


Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, penjelasan ini akan diadakan secara menyeluruh agar rakyat dapat menilai intergriti pemimpin utama UMNO Negeri Kelantan.


Ini kerana hari ini beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk merampas negeri Kelantan daripada PAS.


Marzuk berkata demikian di dalam sidang media yang diadakan selepas satu majlis ceramah umum di Pasar Jelawat, Bachok malam tadi yang turut melibatkan penampilan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Mohd Rafizi Ramli.


Di dalam sidang media tersebut, Rafizi turut menyerahkan beberapa dokumen yang menyenaraikan secara terperinci hubungan di antara Awang Adek dengan Chung Hon Cheong serta beberapa transaksi yang dilakukan semasa Awang Adek menjawat jawatan sebagai Penolong Gabenor Bank Negara.


Turut hadir di dalam sidang media itu ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli bin Shaari.


"Dalam pada Awang Adek hari ini sibuk menyerang kerajaan negeri Kelantan yang didakwanya melakukan penyelewengan dalam penjualan dinar dan dirham, kita minta agar Awang Adek menumpukan perhatian untuk menjawab isu ini terlebih dahulu.


"Tambahan pula, Awang Adek sehingga hari ini masih belum menyahut cabaran ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa untuk berforum secara terbuka dalam isu dinar dan dirham," ujar Ahmad Marzuk.


Dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Awang Adek timbul ekoran pendedahan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kelmarin yang berkata, banyak keraguan timbul ekoran beberapa fakta dan transaksi kewangan yang membabitkan antara Awang Adek dan Hon Cheong.

Menurutnya, Hon Cheong yang juga pemilik serta pengarah syarikat Sun Prestige Sdn Bhd  didakwa memperoleh kontrak mencetak nota RM2 sebanyak 100 juta keping semasa Awang Adek memegang jawatan tersebut.


Menurut Saifuddin, pada tahun 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd yang dimiliki HonCheong pada harga RM550,000 iaitu melebihi harga pasaran.

Manakala Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek keTokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999.


Selain itu, HonCheong turut juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta Honda Civic 1.6 milik isteri Awang Adek sebanyak RM2,122 sebulan.


Ahmad Marzuk juga turut tidak menolak kemungkinan bahawa satu laporan akan dibuat kepada pihak polis dan SPRM memohon agar dilakukan siasatan terhadap Awang Adek berhubung dakwaan ini dalam masayang terdekat.

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Umno Kuala Krai: CERAMAH PERDANA

Posted: 22 Jun 2011 12:27 AM PDT

Ceramah Perdana di Mengkebang pada 22hb. Jun 2011







Lagi...
Ceramah Politik di Sg. Sam, Kuala Krai pada 15hb. Jun 2011


03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


31 calon Umno rebut kerusi <b>di Pasir Puteh</b>

Posted: 16 May 2012 10:44 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PASIR PUTEH: Belum pun tarikh pilihan raya umum ke-13 diumumkan, sehingga sekarang seramai 31 pemimpin Umno di bahagian ini bertembung sesama mereka melobi dipilih sebagai calon. Pertembungan tersebut bukan lagi menjadi ...

Persembahan Silat Lintau <b>Di Pasir Puteh</b>. - PERSILEK

Posted: 20 Jun 2012 09:01 AM PDT

Kali pertama Silat Lintau dipertontonkan kepada umum adalah pada hari perasmian Pesta Air di Terusan Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan. Hanya dua orang pesilat yang mengambil bahagian dan kami hanya dapat beraksi selama 2 minit di hadapan KDYMM AL-SULTAN KELANTAN, SULTAN MUHAMMAD KE V.
Kali ini, Silat Lintau akan dipersembahkan oleh 30 orang peserta dari SMK SRI AMAN, Pasir Puteh, Kelantan di Perkhemahan Ko Kurikulum sekolah tersebut sebelum Ramadhan. Video dan gambar akan menyusul setelah selesai perkhemahan yang dijangka berlangsung pada 12-14 Julai, 2012.

Sementara itu, di SMK DATO ISMAIL pula, semua ahli yang telah menempah unifom Silat telahpun menerima unifom masing2 dari Guru Utama PERSILEK, Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati. Pelajar Silat Lintau dari SMK Dato Ismail juga akan diundang untuk memeriahkan persembahan Silat Lintau pada Perkhemahan KoKurikulum SMK Sri Aman.

Sekian berita ringkas dari PERSILEK.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


18 – 17 BN Mengatasi PAS <b>Di Kelantan</b> | Kickdefella

Posted: 13 May 2012 10:22 PM PDT

Orang Asli antara pengundi di kubu BN di Kelantan Selatan

Barisan Nasional Kelantan merasakan mereka berpeluang untuk menubuhkan kerajaan baru di Kelantan pada pilihanraya negeri kelak. Berdasarkan pengamatan saya, BN Kelantan kelihatan berpeluang untuk dipilih di 18 kerusi Dewan Undangan Negeri.

18 kerusi tersebut ialah,

  • N1 Pengkalan Kubur
  • N04 Wakaf Bharu
  • N22 Jelawat
  • N23 Melor
  • N25 Kok Lanas
  • N29 Selising
  • N31 Semerak
  • N35 Kemuning
  • N36 Bukit Bunga
  • N37 Ayer Lanas
  • N38 Kuala Balah
  • N39 Mengkebang
  • N40 Guchil
  • N41 Manek Urai
  • N42 Dabong
  • N43 Nenggiri
  • N44 Paloh
  • N45 Galas

10 daripada kerusi ini berada di kawasan Kelantan Selatan dan dibawah Parlimen Gua Musang, Parlimen Kuala Krai dan Parlimen Jeli.

Kesemua 18 kerusi ini melainkan N35 Kemuning dimenangi oleh Barisan Nasional pada PRN 2004. BN kemudiannya tewas 11 daripada kerusi-kerusi DUN tersebut di dalam PRN2008.

Bagi menubuhkan Kerajaan Negeri, BN perlu menang sekurang-kurangya 23 kerusi daripada 45 kerusi dalam DUN Kelantan.

Untuk itu BN perlu memenangi setidak-tidaknya 5 lagi kerusi daripada 10 kerusi yang mampu diusahakan oleh mereka. Kerusi-kerusi tersebut ialah,

  • N11 Tendong
  • N12 Pengkalan Pasir
  • N15 Gual Periok
  • N16 Bukit Tuku
  • N21 Perupok
  • N24 Kadok
  • N27 Gual Ipoh
  • N32 Gaal
  • N33 Pulai Chondong
  • N34 Temangan

Kerusi berikut dari senarai di atas diwakili oleh BN dalam PRN 2004,

  • N11 Tendong
  • N15 Gual Periok
  • N16 Bukit Tuku
  • N27 Gual Ipoh

BN Kelantan juga telah memenangi kerusi N12 Pengkalan Pasir di dalam pilihanraya kecil 2005. Walaupun tewas di dalam PRN 2008 dimana diperingkat nasional tercatat sebagai prestasi terburuk BN dalam semenjak 1974, BN Kelantan sebaliknya mencatat penerimaan undi yang lebih baik di 8 daripada 10 kerusi DUN ini dalam PRN2008.

Calon adalah antara faktor utama untuk menentukan untung nasib BN dalam PRN kali ini.

Oleh yang demikian, jika dibandingkan prestasi terburuk PAS di Kelantan dalam PRN2004 dan prestasi terburuk BN, BN Kelantan tetap mencatat keputusan pungutan undi lebih baik di kerusi-kerusi tersebut berbanding PAS.

PAS Kelantan pula bersandarkan kepada 17 kerusi selamat mereka untuk mempertahankan Kerajaan Negeri yang diwakili mereka. Kerusi-kerusi tersebut ialah,

  • N2 Kelaboran
  • N3 Pasir Pekan
  • N5 Kijang
  • N6 Chempaka
  • N7 Panchor
  • N8 Tanjong Mas
  • N9 Kota Lama
  • N10 Bunut Payong
  • N13 Chetok
  • N14 Meranti
  • N17 Salor
  • N18 Pasir Tumboh
  • N19 Demit
  • N20 Tawang
  • N26 Bukit Panau
  • N28 Kemahang
  • N30 Limbongan

Kebanyakan kerusi ini terletak di 3 Parlimen iaitu Parlimen Kota Bharu, Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pengkalan Chepa. Kerusi-kerusi DUN tersebut sudah menjadi kerusi tradisi bagi PAS sehinggakan sudah hampir mustahil untuk mereka kehilangan kerusi ini, melainkan jika mereka kehilangan tampuk pemerintahan mereka di Negeri Kelantan terlebih dahulu.

Sallehuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian untuk 2 penggal kini akan kembali ke Johor. PAS akan utamakan calon tempatan.

PRN akan datang bakal menyaksikan pertembungan jentera veteran berpengalaman luas PAS dengan jentera muda BN yang diketuai oleh beberapa hulubalang berpengalaman luas.

Jika bersandarkan kepada arus perubahan pada hari ini, BN mempunyai peluang cerah untuk mencatatkan keputusan yang baik berbanding PRN2008. Tetapi apakah mereka mampu mendapatkan keputusan yang lebih baik dari PRN2004 bila mereka memenangi 21 kerusi?

Sebenarnya sejak kebelakangan ini politik Malaysia dipekakkan oleh kebingitan suara pembangkang yang amat kuat sekali. Bagaimanapun kebisingan bukan bermakna ia datang dari kelompok yang ramai. Namun ia tetap boleh membawa kesan negatif terhadap kewarasan dan perhitungan seseorang individu.

Walaupun jentera BN Kelantan kebelakangan ini kelihatan memberangsangkan tetapi juga berpotensi menempa bahaya. Dengan semangat yang kuat, jentera yang kurang berdisiplin akan bertukar menjadi 'aggah' atau angkuh. Bibit-bibit keangkuhan itu sudah mula bercambah di dalam media baru terutamanya Facebook dan Twitter milik individu-individu tertentu yang rapat dengan UMNO Kelantan.

Fitnah dan dakwaan tidak berasas di angkat seperti firman Illahi. Menewaskan PAS di Kelantan seperti satu kewajipan menumpaskan tentera Jahiliyah dalam Perang Badar. Slogan dilaungkan seperti didalam Perang Salib.

UMNO Kelantan sendiri perlu berhati-hati didalam penggunaan perkataan-perkataan untuk mengisi majlis, program dan terbitan bercetak mereka. Mereka harus sedar Negeri Kelantan bukan untuk diperintah atau ditawan. PRN akan datang sekadar menentukan parti mana yang dipilih untuk mentadbir Kerajaan Negeri.

Kalimah perintah dan tadbir, tukar dan ubah, tawan dan dipilih mempunyai perbezaan yang ketara. Melihat tekanan kuat dari BN, PAS Kelantan akan berlembut dan bertanya kepada kepimpinan UMNO dan rakyat, Kelantan ini diperintah oleh kepimpinan Islam, kenapa nak dikacau? Sudah tentu orang-orang muda dalam BN Kelantan mempunyai seribu satu jawapan yang menusuk kalbu, tetapi apakah itu jawapan kepada persoalan PAS?

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


RAJA SEHARI SHAH <b>DI GUA MUSANG</b> - MaSaM MaNiS oH Si <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2012 09:43 AM PDT


Assalamualaikum. saya sihat. kamu sihat? alhamdulillah. jangan pelik. muka saya memang menggambarkan betapa kepochi nya saya nak bercerita. nak bercerita kene excited lebih (bukan selalu memang berlebih lebih ke?). banyak cerita untuk dikongsi. tapi ikut mana larat la ya. sebab ini pun dah tengah malam. kalau kalau nak terlelap tertekan pulak publish tu. faham faham je la ya. hehe.
gua musang. perjalanan kami bermula jam 7 malam (tapi masa ni tak gelap lagi) di stesyen minyak petronas sebelum nak masuk tol gombak. semua berkumpul kt sini. 3 biji kereta akan sama sama bertolak (maksud saya pandu bukan tolak kereta) ke gua musang. kalau ikut pengiraan waktu. kami akan sampai jam 12 tengah malam. 5 jam perjalanan. tapi tak pasti tahap kelajuan dan keadaan jalan yang macam mana akan dilalui sebab first time nak pergi sana. tambahan pula, mengekori kereta yang dipandu oleh lelaki. takut kene tinggal kat belakang je. haha. dan langkah selamatnya adalah meletakkan mak buyung pada kereta paling hadapan sekali (kepala) kemudian kereta kami (badan) dan seterusnya kereta lagi satu di belakang kami (ekor). ko ingat binatang ada kepala badan ekor bagai. haha.
kami yang dimaksudkan dalam "kereta kami" itu hanyalah saya dan kak shima. bunyi macam ramai kan. ya. hanya kami berdua. hihi. sepanjang perjalanan ke gua musang kami berbekalkan oleh harry cd lagu lagu lama yang dikenali sebagai jiwang beb. memang layan melalak lagu lagu lama masa tu. kalau masuk karaoke, boleh rosak sound sistem sebab bantai sampai 5 jam tanpa henti. eh lupa ada berhenti jugak kat perhentian benta, area kuala lipis. berhenti tak lama sangat. dalam 15 minit je. buang air masuk air pastu buang air balik.  dan sambung perjalan kembali. 
satu perjalanan yang agak mencabar. satu. tak pernah lalu jalan tersebut jadi main ikut je kereta depan (selalu nak pergi mana mana google dulu). dua. jalan berliku bukit bukau selekoh tajam tak tajam semua ada (hanya dapat mengagak jarak kereta dihadapan untuk memotong). tiga. jangan tak rata lobang sini sana (maaf mybabyblue tak sempat nak elak). empat. banyak lori sepanjang jalan berliku itu (ini nak memotong pun takut). nasib baik co-pilot membantu. terima kasih kak shima. 
kl - gombak - bentong - benta - lipis - raub - merapoh - gua musang. itu je la tempat yang saya ingat. itu belum nama kampung yang pelik pelik tanah bercangkul, gali, gali tengah lagi. sebab pemandu berhemah tengah fokus pada pemanduan, dapat tengok sikit sikit je la. takut sangat kene tinggal dengan kepala di hadapan. haha. akhirnya sampai di gua musang tepat jam 12 tengah malam. eh eh. memang 5 jam. caya lah semua. kami menginap di kesedar inn, gua musang satu malam. semua dah penat terus tidur tak ingat dunia. lagu selamat malam oleh faizal tahir berkumandang dalam mimpi. hehe.
Keesokan paginya, pengantin bawak sarapan kat warung (ala tak tahu nama tempat tu). yang pasti kt sana memang makan nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk semua yang berat berat je. jadi jangan makan banyak banyak, nanti tak larat nak makan lauk kenduri. kosongkan perut ya. hehe. lepas sarapan balik bilik tidur sekejap. dan bersiap. sampai kat dewan pukul 12.30 tengahari. kami tahan diri tak nak masuk dewan sebab nak tunggu pengantin bawah pokok rendang. inilah hasil karya kami sepanjang menunggu. 




























selepas satu jam menunggu di bawah pokok. ada saudara shah yang panggil duduk dalam dewan. yang penting ada meja untuk kami. tak perlu beratur panjang untuk mengambil makanan. syokkkk! 

dan pengantin pun tiba dengan segak dan berserinya. alahai raja sehari. betul betul macam raja.























































kami bertolak pulang ke kuala lumpur jam 4 petang dan melalui jalan serta persinggahan yang sama. seakan kami berputar melawan arah jam (apa ni?! tak faham). cuma perjalanan berbeza kerana keadaan yang terang menderang pada waktu siang. baru la nampak keadaan sebenar jalan semalam. memang tak sangka langgar lubang yang sebegitu banyak. kalau siang sempat elak. kalau malam wassalamun. cian mybabyblue. maaf.


pemanduan yang terlalu fokus untuk elak lubang gamaknya. muka tu agak agak la norissa. haha. kak shima snap gambar tak bagitahu. kalau tak mesti sempat buat peace!. haha. perjalanan kami bertambah mencabar apabila kami sempat tersesat masuk jalan lama yang menggerunkan sebelum sampai kl. tak tahu kt mana masuk jalan kuala lumpur (signboard biru), janda baik, genting highland bagai. masa tu dah pukul 8 lebih malam tak silap. sampai nak terbuang air kecil masa buat pusingan u yang tak berapa nak u sangat sebab tersekat sekat dalam keadaan gelap gelita tu. lagi gerun bila tengok belakang dengan menggunakan cermin pandang belakang tetiba ada cahaya kilat. real macam dalam filem. cuba bayangkan keadaan gerun kami tu. cuba. cuba. seakan separuh jiwaku pergi. haha. padan muka kami kene tinggal di saat akhir. haha. dan kami selamat sampai kl jam 9 malam. alhamdulillah. amin.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


OPERASI MEMADAM KEBAKARAN KEDAI <b>DI WAKAF CHE YEH</b>

Posted: 07 Mar 2012 06:56 PM PST

Tarikh:     1 Mac 2012 ( Khamis )

Tempat:   Wakaf Che Yeh

KELANTAN, 1 Mac 2012.  Sembilan deretan kedai di Jalan Kuala Krai – Wakaf Che Yeh musnah dalam kebakaran. Sementara itu, PgB Shahrin Yusmar bin  Hj Mat Yusof berkata, jabatan menerima panggilan kebakaran pada jam 6.05 petang. Lima jentera bomba dari Balai Bomba Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Tunjung dan Bomba Sukarela terlibat dalam operasi tersebut. Operasi memadam kebakaran di ketuai oleh YS PPjB Azmi bin Osman.

ads