Jumaat, 23 November 2012

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Azie Kitchen: Hari Raya Aidil Adha <b>di Bachok</b>

Posted: 06 Nov 2012 02:24 PM PST




Rasanya dah beberapa tahun juga, saya tidak balik berhari raya Aidil Adha di kampung kelahiran saya di Bachok Kelantan. Tapi pada tahun ni, seminggu sebelum raya Nana dan Nelly banyak kali bertanya samada balik kampung atau tidak pada hari raya Aidil Adha menyebabkan saya membuat keputusan untuk balik. Jadi saya mengerjakan ibadah korban pun tahun ini. Seperti biasa, kakak saya akan membuat korban di rumahnya bersama sama adik beradik dan anak anak saudara saya.
Perjalanan balik melalui Lebuhraya Timur Barat berjalan agak lancar dan hubby menjangkakan kami akan tiba lebih awal. Kebetulan hari itu kami semua berpuasa sempena hari wukuf dan bercadang untuk berbuka puasa di Restoran Ayam Percik Yatie di Kota Bharu. Namun sesampai sahaja di Jeli, jalanraya mulai sesak dek adanya beberapa trafik light yang patut dikaji semula oleh pihak berwajib. Akibatnya bukan sampai awal seperti yang dijangkakan tetapi terpaksa berbuka puasa dengan lemang yang dibeli di dalam kereta. Aduhaaai. Setiba pula di Restoran Yatie, kelihatan orang sangat ramai yang saya jangkakan adalah anak Kelantan di perantauan yang balik beraya. Hmmm semua lauk pauk sudah kehabisan. Jadi dengan sedihnya kami ke bandar pulak untuk mencari kedai yang menjual nasi kerabu kerana Nana inginkan nasi kerabu. Akhirnya jumpa nasi kerabu di food court berhampiran Pasar Besar Siti Khadijah.
Pagi pagi selepas menunaikan solat sunat hari raya, kami terus ke rumah kakak menyaksikan penyembelihan lembu. Seperti biasa kami akan memasak sementara lembu disiangkan supaya semua boleh makan selepas selesai semua urusan membahagikan daging korban. 




Lauk pauk yang mesti ada kalau di pagi hari raya korban adalah daging goreng garam kunyit yang sangat sedap kerana dagingnya yang segar. 


Selain itu, perut muda lembu juga yang dicicah dengan air asam. Sedap dan kolesterol pun bergembira dengan sesiapa yang memakannya. Hmm meleleh air liur bila melihat gambar gambar di bawah ini.



Selain itu ada juga gulai singgang tulang yang juga disediakan. Tapi yang ada hanya gambar bahan bahan yang disediakan untuk membuat singgang tulang. Punya seronok makan, sampai terlupa nak ambil gambar singgang yang siap dimasak. Aduhh bila menggunakan daging segar, memang sedap. Saya juga membawa balik daging korban yang disedekahkan oleh bonda, adik beradik dan anak anak saudara yang membuat korban. Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan.
Saya juga nak kongsikan di sini, perjalanan balik ke KL pada hari raya yang ketiga menempuh kesesakan lalu lintas yang dasyat. Bertolak pukul 10 pagi dan sampai di rumah dalam pukul 10 malam. Semasa berhenti solat di RnR Tapah sempat berkenalan dengan Cik gu Zamia yang kebetulan sedang bertanyakan Zafaran di kiosk di situ. Bila hubby mendengar, dia terus approach. Difahamkan kawan beliau yang mengamalkan memakan 7 urat zafaran setiap hari telah mengatasi masalah rabun mata. Alhamdulillah, sempat buat bisness di hentian RnR pun. Begitulah hebatnya Za'faran sehingga dikatakan "Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Za'faran, Pasti Mereka Sanggup Tukarkannya Dengan Ketulan Emas"


Hebat kan? Itulah kelebihan makanan sunnah. Jika berminat untuk mendapatkan Za'faran, boleh email di azieshoppe@hotmail.com atau PM di facebook Azie Kitchen. Haaa sempat buat promosi sikit ni. Hubungi sekarang, jangan malu malu, apalagi untuk berkedekut dengan diri sendiri untuk membelanjakan makanan yang memberi manafaat kesihatan yang terlalu hebat sehingga digelar King of Spices....

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


7 lot Banglo <b>di Kok Lanas</b> | Azmiral.com

Posted: 23 Sep 2012 03:38 AM PDT

Harga mengikut keluasan rumah

  1. 1000kp – RM181,000
  2. 1200kp – RM203,000
  3. 1400kp – RM225,000
  4. 1600kp – RM247,000

Luas Tanah : 5400kp+++

lokasi

-Lebih krg 700m ke jln besar
-3 km ke pasar Kok lanas
-Lebih kurang 5km ke Polikteknik Kota Bharu
-lebih krg 3km ke Kolej Komuniti
-lebih krg 4km ke Kem Desa Pahlawan

Design dan plan rumah mengikut citarasa dan pilihan pembeli. KLIK DI SINI untuk melihat contoh pelan dan rekabentuk.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


PERANG SARAF <b>di</b> McDonald&#39;s <b>Wakaf</b> Che Yeh, Kota <b>Bharu</b> <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 09:40 PM PST

PERANG SARAF di McDonald's Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, KELANTAN

Kelantan: Sebuah group Facebook tempatan, Punk Rock Klate telah menyerang McDonald's di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan dalam usaha menyedarkan umat Islam dari mengambil Muffin percuma atau dari membeli McDonald's

Sementara itu di kawasan lain...

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJAWAB SOALAN DARI ALLAH TENTANG SUMBANGAN KITA DALAM MEMBANTU SAUDARA MARA ISLAM KITA DI PADANG MASHAR NANTI - IN SHA ALLAH

Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu?

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara"
(Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

KHILAFAH JANJI ALLAH! BERSABARLAH SAUDARAKU!

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Apa Kata Nik Aziz Bila Wakil Rakyat PAS <b>Kelantan</b> Sindir Suruh <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 07:02 PM PDT

October 18, 2012   ·   33 Comments

nik mazian

Nampaknya salah seorang wakil rakyat PAS di Kelantan bakal berhadapan dengan jutaan caci maki dan kutukan pedas apabila dia dilaporkan menyindir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, untuk melepaskan "baton" yang dipegangnya sejak sekian lama.

ADUN Gaal, Dr. Nik Mazian Mohamed dalam kenyataan halusnya ketika sidang DUN membahaskan bajet negeri itu menasihatkan supaya mana-mana pemimpin yang sudah tua dan uzur supaya melepaskan jawatan kepada mereka yang lebih muda dan kuat.

Paling pedas, Nik Mazian menegaskan bahawa adalah sangat tidak sesuai bagi seseorang pemimpin yang sudah tua itu melepaskan "baton" ketika dia sedang berhenti untuk melegakan rasa lenguh di tengah jalan!

Kenyataan yang dalam dan pedas maksudnya itu dipercayai ditujukan kepada Nik Aziz apabila dia menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kesihatan Menteri Besar Kelantan itu yang sering uzur dan khuatir jika "baton" yang dipegangnya tidak sempat diserahkan kepada penggantinya…

Saya tertanya-tanya, apakah Nik Aziz akan terasa hati dengan sindiran yang tepat terkena di batang hidungnya itu?

Atau Nik Aziz hanya buat tak tahu sahaja, seolah-olah tidak faham dengan kiasan yang disampaikan oleh salah seorang pemimpin PAS Kelantan itu?

Pada saya, gesaan Dr. Nik Mazian yang meminta agar Nik Aziz meletak jawatan dan tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan Kelantan atau PAS itu membuktikan tentang sikap akar umbi PAS yang mahu Mursyidul Am PAS itu bersara secepat mungkin.

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang rungutan dan gesaan beberapa rakan yang rapat dengan kepimpinan PAS yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan.

Namun ketika itu, puak-puak PAS begitu marah dan seolah-olah cuba menyembunyikan fakta yang ketika itu sedang hangat diperkatakan di kalangan akar umbi, khususnya golongan pro-ulama PAS yang sudah bosan dengan "fatwa sesat" Nik Aziz.

Hakikatnya, sememangnya betul dakwaan bahawa ramai puak-puak PAS, khususnya di Kelantan sedang tertunggu-tunggu persaraan Nik Aziz dalam masa terdekat disebabkan ketidakupayaan Menteri Besar Kelantan itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua sebuah negeri.

Mereka tahu tentang jadual ketat Nik Aziz yang terpaksa mengunjungi hospital untuk mendapatkan rawatan dan mereka juga tahu tentang keadaan Menteri Besar itu yang lebih banyak menghabiskan masa untuk tidur di pejabatnya.

Mereka juga sudah bosan melihat Mursyidul Am itu keluar masuk hospital dan gagal melaksanakan pentadbiran negeri itu dengan baik akibat kekangan kesihatan yang buruk dan usianya yang lanjut menyebabkan dia tidak faham banyak isu-isu moden yang berbangkit.

Malah ada di antara mereka yang mengaku malu dengan Nik Aziz yang tidak mampu memahami Bahasa Inggeris dengan baik, apatah lagi untuk bertutur dalam bahasa dunia tersebut.

Selain itu, dengan ekonomi Kelantan yang masih berada di takuk lama dan prestasi yang tidak stabil turut menyebabkan mereka merasa tidak puas hati terhadap "orang tua" itu.

Persoalannya, mahukah Nik Aziz mengikut dan menuruti gesaan nasihat ADUN Gaal serta golongan akar umbi PAS di Kelantan itu?

Pada pandangan saya, Nik Aziz tetap Nik Aziz dan saya menjangkakan dia akan "buat-buat bodoh" serta akan terus bertanding pada PRU ke-13 nanti sekaligus akan mempertahankan jawatan Menteri Besar Kelantan sekiranya dia menang di DUN yang ditandinginya.

Sebagaimana maklum, Nik Aziz memang degil, ego dan gilakan jawatan. Dan disebabkan sifat-sifat itulah dia akan terus memegang jawatan di dalam Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS sehingga ajal menjemputnya.

Cuma, saya mengharapkan agar ADUN Gaal tidak akan kecewa dan kecil hati selepas ini sekiranya "tiket ke syurga" miliknya ditarik balik dan dia bakal dihujani oleh pelbagai kutukan dari para penyokong "Nabi PAS" itu.

Harapan saya, usahlah pecat Dr. Nik Mazian. Bukan apa…nanti payah pula PAS nak menang bila ramai sangat pemimpin yang dipecat PAS..kan?

By


03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Gempar Penjenayah Di Tembak Mati <b>Di Machang</b> MrJocko <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2012 02:00 AM PDT

MrJocko baru dapat gambar-gambar ni dari facebook Mr Issey Tourist Guide, member kawe di Kelantan. Katanya gambar ini dirakam oleh kawan dia di Machang.
Kejadian tembak menembak ini berlaku diantara polis dan penjenayah yang dipercayai terbabit dalam kes curi kereta sekitar Kelantan. Penjenayah ini juga katanya kumpulan sama yang menembak polis ketika sekatan di Gua Musang tempohari.
Penjenayah tersebut mati ditempat kejadian hasil dari kecekapan pihak Polis PDRM.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


BUNDLE <b>KELANTAN</b>(Kedai <b>di DEMIT</b>,Kubang Kerian): BARABG2 <b>...</b>

Posted: 27 Oct 2008 06:27 AM PDT


KASUT SUKAN/PEJABAT/KASUT Dari KOREA /KEMBOJA

SELIMUT TOTO, CADAR,-KOREA-SINGAPORE-JEPUN
01 -SELIMUT TOTO (QBLK ) Selimut Toto ( Tanglong )Selimut Toto (Phai Chai A)
02- SELIMUT TUALA
03 -SELIMUT WOOL
04 -TUALA CAMPUR
05-TUALA MUKA
06-TUALA MUKA
07-TUALA MANDI
08-CADAR (BED SHEET)
09-HAMPARAN
10-SAMPUL BANTAL

SELUAR JEAN Jenis-Jenis BUNDLE -JEPUN-USA-KOREA

01-Seluar Jean BERJENAMA Lelaki
02-Seluar Jean Levis 501 Butang Campur
03-Seluar Jean Lelaki Super (COWBOY)
04-Seluar Jean Koyak BERJENAMA (Topi)
05-Seluar Jean Koyak BERJENAMA (Topi)
06-Seluar Jean Koyak (ABR)
07-Seluar Jean Biru (COWBOY)
08-Seluar Jean Biru (ANGGUR)
09-Seluar Jean (Lelaki Orang Dayak) RED INDIAN
10-Seluar Jean (TANGLONG)
11-Seluar Jean (MAHKOTA A)
12-Seluar Jean (MAHKOTA)
13-Seluar Jean Kain Lama
14-Seluar Jean Hitam 10 A
15-Seluar Jean Hitam 9 A
16-Seluar Jean Bell Bottom Mix 10 A
17-Seluar Jean Bell Bottom Mix 9 A
18-Seluar Jean Bell Bottom Mix 8 A
19-Seluar Jean Warna Lelaki 10 A
20-Seluar Jean Warna Lelaki 8 A
21-Seluar Jean Warna Lelaki 7 A
22-Seluar Jean Warna Lelaki
23-Seluar Jean Size Besar (38" – 60")
24-NO. 2 SELUAR JEAN (BERJENAMA + TAK BERJENAMA)
25-Seluar Jean Levis BERZIP
26-Seluar Jean Fesyen (Special Koyak Bertali Di Depan)
27-Seluar Jean KEPALA KAIN Campur
28-Seluar Jean KEPALA KAIN LEVIS (Big E)
29-Seluar Jean Kanak-Kanak 10 A
30-Seluar Jean Kanak-Kanak 9 A
31-Seluar Jean Kanak-Kanak 8 A
32-Seluar Jean Kanak-Kanak 7 A
33-Seluar Jean Perempuan BERJENAMA
34-Seluar Jean Perempuan 10 A /9A/8A/7A/6A
35-Seluar Jean Perempuan NO. 1 Lee, Levis, Wrangler, Lain-Lain JENAMA
36-Seluar Jean Warna Perempuan 8 A /7A
37-Seluar Jean

PAKAIAN JEAN Jenis-Jenis BUNDLE -JEPUN-USA-KOREA

1-JEAN OVERALL 10 A /8A/9A
2-JEAN SKIRT
3-JEAN KANAK-KANAK
4-JEAN JACKET 10 A -9A/8A/7A

T.SHIRT Jenis-Jenis BUNDLE -JEPUN-USA-KOREA

1-RN-T.Shirt Leher Bulat Lengan Pendek 12A TMG 608
2-TSS-Berkolar Lengan Pendek 10A/9A/8A/7A TMG 608
3-TSA-T.shirt Lelaki Leher Bulat + Kolar (Lengan Pendek) 10A
4-Man RNLS-T.Shirt Lelaki Leher Bulat Lengan Panjang 10A TMG
5-T.Shirt Perempuan Special Lengan Panjang+Pendek 10A TMG 608
6-T.Shirt Sukan Special 10A/9A/8A/7A TMG
7-T.Shirt Budak
8-Ladies T.Shirt Special

SELUAR Jenis-Jenis BUNDLE -JEPUN-USA-KOREA

1-Seluar Panjang Budak
2-110/28J Seluar Panjang Kanak-kanak Campur
3-Seluar Treck Dewasa
4-Kain Payung Dewasa 8A (Jacket + Seluar)
5- 067-AJW Adult Jogging Wear Special
6-Seluar Aerobic Wanita 8A
7-TWA-Trek Suit Dewasa
8-062-ATW Trek Suit Dewasa
9-CTW-Trek Sut Kanak-kanak 8A
10-CTW-Trek Sut Kanak-kanak
11-Adult Sweat Pant 8A (Seluar Ts kain tebal)
12-062 H ATWPH –Sweat Pant
13-Seluar Pendek Kain Cotton 8A
14-Seluar Cotton Wanita ¾ 8A
15-060-1 ¾ Ladies Pant
16-Seluar Pendek Campur

PAKAIAN KANAK-KANAK

01-Children Dress Nipis 8A
02-Children Spring Wear 9A
03-Pakaian Kanak-Kanak SPECIAL Grade 9A (Cantik-Cantik Sahaja)

JACKET (PAKAIAN MUSIM HUJAN)

1-Jacket Berzip Kanak-Kanak 8A
2-111 CZJ-Children Zipper Jacket
3-Jacket Hujan (Nipis)8A
4-Adult Sweat Shirt Dewasa 8A (T.Shirt Tebal leher bulat lengan panjang
5-Jacket Trek (TW Jacket) 8A
6-Jacket Kulit Lelaki
7-Jacket Berzip Dewasa 9A
8-Adult Ski Jacket 8A
9-Adult Winter Jacket 8A
10-Jacket Kerja Lelaki 10A (TMG)
11-Jacket Poket Banyak (untuk memancing ikan) 10A

COAT
1-Vest Coat / Anak Coat 8A
2-Coat Dewasa (Warna Gelap) 8A

PAKAIAN WANITA
1-Blazer (Coat Wanita) 8A
2-Ladies Corduroy Pant
3-Ladies Rayon Shirt 8A
4-Ladies Dress 8A
5-Ladies Dress
6- Ladies Skirt Nipis 8A
7- Ladies Jean Skirt 8A
8- Ladies Blouse Nipis 8A
9--Girdle
10-Brassiere 8A
11-084-Brassiere
12-Panties (Panties Perempuan)
13-Seluar Cotton Wanita ¾ 8A
14-060-1V ¾ Ladies Pant
15-Bikini 8A (Swimming Wear)
16-Slip
17-Baju Pengantin 8A
18-Kain Tudung Rambut Wanita /Scalf 8A

PAKAIAN BERPASANG

1- Pakaian Wanita Nipis (Berpasang) 8A
2- Pakaian Sukan (Berpasang) 8A
3- Pakaian Kanak-Kanak Nipis (Berpasang) 8A
4- Pakaian Bayi Nipis (Berpasang) 8A
5- Pakaian Tidur Nipis (Berpasang) 8A
6- Pakaian Jacket (Berpasang) 8A
7- Pakaian Wanita Tebal (Berpasang) 8A
8- Pakaian Kanak-Kanak (Berpasang) 8A
9-Pakaian Tidur Tebal (Berpasang) 8A


ANAK PATUNG

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Sembilan Kedai <b>di Wakaf Che Yeh</b> Terbakar | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 01 Mar 2012 07:30 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BAHARU: Sembilan buah rumah kedai sederet, hangus dalam satu kebakaran di Wakaf Che Yeh, di sini pada Khamis. Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 5.45 petang itu, disedari oleh orang ramai yang melihat api menjulang dari sebuah kedai yang dipercayai menjual barangan runcit.

Kedai lain yang musnah antaranya kedai tayar dan kedai kopi.

Pemilik kedai tayar, Tan Choong Siang, 40, berkata dia hanya menyedari mengenai kejadian tersebut selepas mendengar jeritan orang ramai selepas api semakin marak.

"Saya sedang berada di dalam kedai bersama seorang anak, Tan Lee Lian, 5, dan ayah, Tan Cheng Li, 80, serta empat orang pekerja yang ketika itu sedang menutup kedai.

"Sejurus mendengar jeritan tersebut, saya keluar dan melihat api di kedai sebelah dan terus mencapai alat pemadam api bagi memadam kebakaran tersebut, namun gagal berikutan api yang marak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Choong Siang berkata, dia kerugian kira-kira RM300,000 apabila 500 biji tayar dalam kedainya hangus.

Katanya, 300 biji dari tayar itu baru dihantar ke kedainya tengah hari tadi, namun bersyukur kerana semua anggota keluarga serta pekerjanya terselamat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Bomba Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, operasi memadam kebakaran itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Azmi Osman.

"Kita menerima panggilan 6.05 petang dan berjaya mengawal api kira-kira 35 minit kemudian.

"Seramai 30 anggota dari Balai Bomba Kota Darulnaim, Balai Bomba Kota Baharu, Balai Bomba Pengkalan Chepa dan Bomba Sukarela Pengkalan Chepa dengan enam jentera, datang untuk memadam kebakaran itu," katanya.

Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian belum dapat dipastikan. - BERNAMA


ads