Ahad, 2 Februari 2014

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2013 03:21 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RM20 Juta Baik Pulih Masjid | Detik Perubahan

Posted: 25 Feb 2013 06:39 AM PST

imagePASIR PUTEH – Kerajaan Persekutuan sudah menyalurkan bantuan lebih RM20 juta dalam tempoh lima tahun kebelakangan untuk membaik pulih masjid di seluruh Kelantan.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bantuan itu menunjukkan komitmen tinggi kerajaan dalam meningkatkan syiar Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Kata Mustapa, jumlah tersebut tidak termasuk pembinaan masjid baru di Kelantan ketika kerajaan negeri yang dikatakan lebih islamik tidak memberi perhatian kepada usaha itu.

"Kerajaan Persekutuan tetap menyalurkan bantuan sedemikian demi keselesaan umat Islam untuk menunaikan ibadat walau pun sepatutnya tanggungjawab ini perlu dipikul sama oleh pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas solat Zohor berjemaah di Masjid Mukim Changgai dan menyampaikan cek RM100,000 untuk membaik pulih masjid tersebut dekat sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian, Zawawi Othman; Penyelaras Umno Dun Gaal, Redzuan Stapa; bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Che Min Che Ahmad dan Imam Muda, Mohd Fazli Mohamad.

Masjid itu mengalami kerosakan bahagian atap sejak setahun lalu dengan ruangan yang sempit untuk menampung kira-kira 8,000 anak mukim berjemaah.

Mohd Fazli ketika ditemui berkata, bantuan itu membuktikan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dan sikap cakna kepimpinan Umno Kelantan yang sebelum ini menjelajah masjid untuk meninjau keperluan yang diperlukan.

Katanya, permohonan untuk mendapatkan bantuan bagi menukar atap masjid yang bocor itu dikemukakan menerusi sepucuk surat ketika Mustapa berjemaah di masjid ini pada bulan Ramadan tahun lepas.

"Syukurlah bantuan itu sudah diperoleh hari ini di mana pihak yang membantu memberi kepercayaan kepada jawatankuasa masjid mengurus kerja membaiki semula masjid dalam kadar yang segera.

"Saya menganggap usaha ini sebagai membangunkan syiar Islam dengan memberi bantuan untuk keselesaan anak mukim untuk beribadat," katanya. – Sinar Harian

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Asal Bukan Dali muncul <b>di Pengkalan Chepa</b> - Harakah Daily

Posted: 16 Jan 2013 01:35 AM PST

PENGKALAN CHEPA: Kalau sebelum ini kita sering melihat perkataan ABU (Asal Bukan Umno), namun sekarang muncul pula ABD (Asal Bukan Dali).

Perkataan ABD ada yang dicetak pada baju t-shirt. Selain itu ada juga sepanduk yang ditulis perkataan tersebut.

Segalanya bermula 5 Januari lalu apabila lebih 50 ahli Umno daripada 23 cawangan di bahagian Pengkalan Chepa berhimpun di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra menuntut Ketua Bahagian, Datuk Dali Hussin meletak jawatan.

Turut berhimpun anggota jawatankuasa Umno bahagian berkenaan dan ketua-ketua cawangan.

Ekoran tersebar pergolakan dalaman yang semakin parah itu, Umno Pengkalan Chepa cuba pula "menyerang" PAS dengan mendakwa ada bekas muslimat PAS menyertai Umno kerana kecewa tidak mendapat apa-apa bantuan.

Beberapa nama disiarkan media baru-baru ini kononnya menyertai Umno termasuk Che Semah Che Yah, 57 dan Aminah Mahmood, 57. Mereka dikatakan menyertai Kursus Kepemimpinan dan Pembangunan Insan Wanita Pengkalan Chepa.

Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa, Mohd Azmi Nor (gambar) berkata, tidak ada penyokong PAS yang hadir pada program berkenaan.

Malah katanya, orang yang mengaku sebagai penyokong PAS seperti disiarkan media baru-baru ini didapati bukan ahli atau penyokong PAS.

"PAS cawangan di sini tidak kenal makcik terbabit yang kononnya mendakwa sebagai bekas penyokong PAS.

"Apa yang kami dapati mereka ialah penyokong Umno yang diarah untuk mengakui pernah menyokong PAS bagi mengalih tumpuan pergolakan dalaman Umno Pengkalan Chepa sekarang," katanya di sini.

Sementara itu Setiausaha PAS Pengkalan Chepa, Hassan Mamat berkata, seorang wanita, Zainun Jaafar dari Kampung Pulau Gajah yang mendakwa tidak pernah dibantu kerajaan negeri dan PAS adalah tidak berasas sama sekali.

Katanya, bantuan kepada anak-anaknya diberi setiap tahun bagi meringankan bebanan keluarganya ekoran kematian suami yang juga bekas aktivis PAS di kampung terbabit.

Beliau berkata, keluarga terbabit juga diberi bantuan membaiki rumahnya yang agak besar masih dalam pembinaan sekarang. Malah Maik juga datang meninjau rumah tersebut baru-baru ini.

"Segala dakwaannya tidak berasas sama sekali. Ini seolah-olah dia tidak berterima kasih terhadap segala bantuan diberi kerajaan negeri selama ini," katanya.

Bagaimanapun beliau percaya ibu tunggal terbabit dipengaruhi pihak tertentu dengan membawa Ketua Wanita bahagian, Zarina Md Eusope datang ke rumahnya kelmarin.

03 di pasir mas - Google Blog Search

di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Jumlah Mangsa Banjir <b>Di Pasir Mas</b> Berkurangan - MyNewsHub.My <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2014 03:47 AM PST


KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan jajahan Pasir Mas berkurangan petang ini kepada 2,076 orang berbanding 2,593 orang pagi tadi.

Menurut portal e-Banjir, mangsa banjir daripada 853 keluarga itu ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara di sekitar Rantau Panjang dan Meranti.

Setakat 4 petang ini, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang turun kepada 10.03 meter berbanding 10.17 meter pagi tadi, namun masih di atas paras bahaya 9 meter.

Jalan-jalan yang dinaiki air masih ditutup kepada kenderaan ringan ialah jalan alternatif Rantau Panjang ke Jeli di Panglima Bayu, Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang di Km11, dan Km3 Jalan Pengkalan Rakit. – BERNAMA

Jumlah Mangsa Banjir Di Pasir Mas Berkuranganhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/b7.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/b7-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan jajahan Pasir Mas berkurangan petang ini kepada 2,076 orang berbanding 2,593 orang pagi tadi. Menurut portal e-Banjir, mangsa banjir daripada 853 keluarga itu ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara di sekitar Rantau Panjang dan Meranti. Setakat 4 petang ini, paras...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan jajahan Pasir Mas berkurangan petang ini kepada 2,076 orang berbanding 2,593 orang pagi tadi. Menurut portal e-Banjir, mangsa banjir daripada 853 keluarga itu ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara di sekitar Rantau Panjang dan Meranti. Setakat 4 petang ini, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang turun kepada 10.03 meter berbanding 10.17 meter pagi tadi, namun masih di atas paras bahaya 9 meter. Jalan-jalan yang dinaiki air masih ditutup kepada kenderaan ringan ialah jalan alternatif Rantau Panjang ke Jeli di Panglima Bayu, Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang di Km11, dan Km3 Jalan Pengkalan Rakit. - BERNAMA