Jumaat, 22 Jun 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Berhijrah demi masa depan negara - Dayangku Intan | :: cina islam <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2012 07:37 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Dayangku Intan (gambar) menyeru rakan artis terutama yang semakin meminati perjuangan Islam, membuat penghijrahan terbuka dengan tidak perlu bersembunyi di belakang lagi.

Katanya, zaman kini bukan lagi teguran atau kritikan yang perlu dibuat, sebaliknya 'penghijrahan' secara terbuka rakan artis demi untuk masa depan negara.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui di sebuah restoran sempena program ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Jelawat, malam ini.

Beliau yang hadir bersama suami Rosman Tahil dan anggota keluarganya berkata sesuatu perubahan akan berlaku apabila berada di dalam perjuangan ini.

Katanya, perjuangan ini bukan hanya untuk dunia sahaja, sebaliknya akhirat sehinggakan akan merasai ketenangannya.

"Kalau sebagai artis kita hanya memperjuangkan diri kita, keluarga kita, namun dalam pentas politik kita memperjuangkan hak semua orang dan yang pasti ianya bukan hanya akan dihitung di dunia sahaja, sebaliknya akhirat juga.

"Apa lagi sebelum ini saya begitu mengagumi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, terutama sekali anak Intan yang keempat, minat sangat dengan tok guru sebab dia idola kami," ujarnya.

Beliau yang pertama kali menyampaikan ceramahnya di Kelantan turut melahirkan berhasrat untuk berceramah dengan artis Wan Aishah Wan Ariffin, yang telah lama berhijrah dalam PAS.

Katanya, beliau begitu rindu untuk bersama Aishah untuk bersama-sama menggegarkan pentas politik demi untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Dayang turut menambah, beliau semakin sibuk dengan jemputan ceramah sehingga hampir bulan Ramadan.

Selepas ini, beliau akan ke Terengganu, Perak, Johor, Melaka dan kemudiannya ke Negeri Sembilan.

Dayangku Intan yang membahasakan dirinya Intan menyampaikan ceramah bersama Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed, Adun Jelawat, Abdul Aziz Kader, Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi.

Harakah Daily


03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


headbomb: <b>di pasir puteh</b>.. hassan ali vs mat sabu...

Posted: 14 May 2012 02:50 AM PDT


gambar-gambar edit di atas semasa ceramah datuk hassan ali pada 12 mei 2012 yang lepas..memang ternyata kalau nak di bandingkan gambar sebenar semasa ceramah mat sabu di pasir putih.. memang jauh berbeza tu.. hehe.. mat sabu mesti senyum sebab.. dia dah berjaya membawa croud seramai yang boleh dari apa yang datuk hassan ali lakukan.. hehe.. so anda silalah ke bawah untuk melihat buktinya... tahniah mat sabu.. hehe..

hurm.. sendiri pikir lah ye.. adakah pas masih releven? kalau orang di kelantan pun suam-suam kuku dah.. apatah lagi di seluruh malaysia.. kan.. ceramah mat sabu pada 29 mac 2012 yang lalu.. so kita boleh berfikir.. siapa yang nak death sekarang.. hehe.. 

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Bersama Mazidul: RINTIHAN HATI WANITA DARI <b>KUALA KRAI</b> <b>...</b>

Posted: 31 May 2012 06:42 AM PDT

Pelbagai kisah kita baca berhubung kualiti air di Kelantan.
Berikut antara komen dihantar oleh rakan Facebook saya kini menetap di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
"Di Kuala Krai ini, setiap hari kami menghadapi masalah bekalan air berwarna kuning, sampai baju sekolah anak-anak kami pun berwarna kuning. Saya setiap tahun kena menukar penapis air, seminggu sekali harus dibersihkan jika tidak air tidak keluar akibat keladak'



Tersentuh hati saya membaca kedaifan dan kesukaran hidup dilalui rakan wanita dan keluarganya itu.
Apabila dibangkitkan soal ini, barangkali segelintir pembaca akan berkata ...
"Kenapa sibuk sangat tentang air di Kelantan?"
Bukan menyibuk tetapi menyatakan simpati dan kebenaran. 
Bolehkah kerajaan Barisan Nasional membantu membekalkan air bersih sekiranya rakyat Kelantan membuat keputusan menukar kerajaan pemerintah?

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


MAJLIS AKADNIKAH, ROSLIZA & AMIR ASYRAF, <b>RANTAU PANJANG</b>

Posted: 19 Jun 2012 06:38 AM PDT

.

Lain-lain gambar menarik, sila rujuk galeri
http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets atau di http://www.facebook.com/fazrien
.

Jom kita lihat gambar-gambar majlis perkahwinan Rosliza & Amir Asyraf. Disebabkan saya buntu nak pilih gambar mana yang hendak di upload, jadi saya bahagikan 2 posts… 1 gambar-gambar sesi akadnikah dan 1 lagi gambar-gambar sesi sanding+outdoor. Mudah sket kan… lagipun Liza ada 2 set wedding dress :)

Sesi akadnikah pula dilangsungkan di Masjid China di Rantau Panjang. Ada banyak nama sebenarnya, ada yang panggil Masjid Beijing atau Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra. Tapi yang pasti ada satu persamaan iaitu masjidnya memang cukup unik & menarik :)

TEMPAHAN
Yang merancang nak kahwin atau nak tempah servis Fazrien Pictures, kena plan cepat-cepat ya kerana senarai tempahan untuk tahun 2012 ni dah nak hampir penuh. Maybe saya akan terima dalam 5-6 tempahan sahaja lagi. Taknak padatkan sangat kerana yang penting saya ada cukup ruang berehat & siapkan album dengan pantas untuk anda. Walaupun penyiapan sekarang dah cukup pantas (4-6 minggu selepas majlis)… tapi saya tetap berazam nak siapkan lagi cepat.. maybe 3-4 minggu selepas majlis :)

.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PICTURES (TR0080056-W)
017 944 1344

Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

Shamsul Fazrien | Promote Your Page Too

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


N45 <b>Galas</b>: 1800 Anak Rantau <b>Kelantan</b> Bakal Pulang Mengundi <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2010 10:53 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PETALING JAYA: 28 Okt – Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) menjangkakan kira-kira 10 peratus daripada 18000 ahlinya akan pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri ...

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Drs. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris, Tokoh - Taman Ulama

Posted: 23 May 2012 05:15 AM PDT

Seorang tokoh yang sederhana hidupnya dan amat meminati bidang ilmu hadith dan sanggup berbakti demi penyebaran hadith Baginda s.a.w. hingga ke akhir hayatnya.

Drs. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris dilahirkan pada 30 Januari 1933 di Kampung Gaal, Pasir Puteh, Kelantan.

Pendidikan

Setelah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gaal, Pasir Puteh seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Beliau kemudiannya telah melanjutkan pengajian agama pondok Wakaf Bunut, Pasir Puteh Kelantan. Manakala di peringkat sekolah menengah pula beliau telah melanjutkan pelajaran di Kota Bharu di Jami' Merbau al-Ismaili dari tahun 1949 hingga tahun 1945. Semasa di Jamie' Merbau al-Ismaili beliau merupakan salah seorang murid yang pintar dengan mendapat Syahadah Ibtida'iyyah (Mumtaz) dengan pencapaian keseluruhan sebanyak 81.2.18.

Setelah menamatkan pengajian peringkat Thanawi di Jami' Merbau, beliau telah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Perguruan Tinggi Agama Islam Negeri (P.T.A.I.N) Jogjakarta, Indonesia pada tahun 1955 dengan mengikuti kursus pra perguruan selama 2 tahun hingga 1957. Setelah itu beliau menyambung pengajian lagi di Fakulti Syariah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) al-Jami'ah al-Islamiyah, Jogjakarta Indonesia pada tahun 1957. Semasa di IAIN itu, beliau telah mengikuti kursus Quda' selama beberapa tahun. Akhirnya beliau berjaya meraih gelar Sarjana Agama dari Fakulti Syariah setelah tamat pengajian.

Semasa menuntut di IAIN, minat beliau dalam bidang ilmu hadith mula membara apabila beliau amat terpengaruh dengan guru-gurunya seperti Prof Dr. T.M. Hasbi as-Siddiqi yang juga banyak memberi sumbangandalam bidang penulisan buku-buku hadith. Selain dari Prof Dr. T.M. Hasbi as-Siddiqi beliau juga banyak berguru dengan tokoh-tokoh besar seperti Prof Dr Hamka, Profesor Qahar Muzakkir, Prof Mokhtar Ali, Dan Pro Dr Abmad Shalabi dari Mesir

Keperibadian

Beliau merupakan seorang bapa yang penyayang terhadap anak-anak dan keluarga.

Seorang kenalan rapat beliau, En. Nik Mohd Yusoff menyatakan, "Drs. Abdul Ghani Azmi adalah seorang yang tekun dan tetap pendirian dalam sesuatu perkara yang dilakukannya." Malah beliau amat komited dengan tugas dan minat yang mendalam terhadap ilmu hadith sehinggakan beliauakan memperuntukan masa pada setiap hari untuk menulis khususnya dalam bidang hadith.

Tidak Fanatik Mazhab

Drs Abdul Ghani sempat mempertahankan tesisnya yang bertajuk "Masalah Pidana Mati Kerana Riddah Dalam Hukum Islam" pada 20 September 1963 di hadapan suatu kumpulan yang terdiri dari tiga orang pemeriksa iaitu Prof T.M. Hasbi as-Siddiqi, A. Hanafi (M.A.) dan Wasith Aulawiy (M.A.), tepat pada saat beliau dan rakan-rakanya dipanggil pulang justeru konfrantasi yang tengah mengamuk.

Selepas merangkul gelar 'Drs.' Abdul Ghani dikenal sebagai seorang anak muda yang tidak fanatic mazhab. Sangat jelas betapa semasa di Indonesia beliau telah terpengaruh banyak oleh guru-gurunya, di samping terbawa-bawa arus pemikiran pemurnian Islam gaya Muhammadiyah yang pada waktu itu sangat dominan di Jogjakarta.

Ketegasannya Terhadap Hadith-Hadith Dhaif dan Maudhu'

Ciri menarik daripada personaliti beliau ialah ketegasannya atau katakanlah keterbukaannya dalam menentang amalan-amalan khurafat dan bid'ah dalam masyarakat umat Islam. Beliau pernah menyatakan kekesalannya tentang banyaknya penggunaan hadith-hadith dhaif dan malahan maudhu' dalam kehidupan keagamaan umat Islam, yang akibatnya tidak lain ialah: berlakunya penyimpangan amalan dari ajaran atau sunnah Rasulullah saw.

"Saya sangat menyayangkan apabila institusi agama yang sepatutnya berperanan meluruskan amalan umat, tiba-tiba menjadi penyebar hadith dhaif atau maudhu' pula." Kata-kata yang pernah diluahkannya.

Menurut beliau, hadis-hadis seperti ini banyak ditemui dalam khutbah-khutbah Jumaat dan khutbah nikah terbitan Majlis-Majlis Agama Islam negeri.

Seperti inilah biasanya nada ucapan beliau dan di atas keyakinannya yang seperti ini, selepas bersara, beliau berusaha mengumpul, mengkaji dan menyemak hadith-hadith yang kemudiannya diterbitkan dalm bentuk buku dan sesetengahnya menjadi siri rencana bersambung dalam majalahPengasuh.

Beliau berpendapat bahawa memang terdapat banyak amalan dan kepercayaan bi'dah dan khurafat dalam masyarakat umat Islam di Malaysia hari ini. Sebahagiannya tidak lain, menurutnya, adalah kerana meluasnya penggunaan 'hadith-hadith' yang sebenarnya bukan hadith. Malangnya, kata beliau, "Hampir tidak pernah ada usaha lagi membanteras keadaan seperti ini oleh institusi-institusi yang berkaitan atau individi-individu berwewenang."

Masih menurut beliau lagi ialah: Turut berperanan dalam penyebaran ini ialah pengajian kitab-kitab jawi yang banyak mengandungi hadith-hadith yang dipertikaikan kesahihannyaa. Juga pengajian kitab-kitab klasik, termasuk tafsir yang memuat unsur-unsur dongeng dan Israiliyyat. "Sayangnya, kitab-kitab inilah yang banyak dipelajari dan dibaca di masjid-masjid dan madrasah-madrasah," katanya.

Memberi Tumpuan Pada Menulis

Selepas bersara dari menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Kota Bharu dan Ketua ABIM Negeri Kelantan pada Disember 1988, beliau mengunci diri di rumah, memberi perhatian sepenuhnya kepada bidang yang menjadi minatnya selama ini iaitu menulis, tetapi tidak sempat dilaksanakan kerana sibuk dengan tugas jawatan. "Inilah masanya beliau tidak diganggu," kata isterinya.

Difahamkan, pada waktu ini, beliau bekerja sepanjang hari di kamarnya, berhabis masa dengan membaca, menulis, menyalin, menyemak dan menterjemah. Selama tempoh ini dia tidak kemana-mana, tidak ada kegiatan kemasyarakat, tidak ada seminar, tidak ada politik dan tidak ada segala-galanya. "Beliah hanya keluar rumah sekali-sekala, itu pun lebih banyak atas urusan keluarga," cerita isterinya.

Menurut isterinya lagi, masa kerja beliau cukup padat, iaitu mulai jam 7.30 pagi hingga 12.00 malam. Tidak ada masa rehat, kecuali untuk makan, mandi dan solat. Jadual ini berlangsung tetap untuk selama lima tahun pertama, ertinya sehingga 1993. Mulai 1994 jadual ini berkurang sedikit, tetapi tetap tidak ada hari yang sunyi dari bunyi ketikan mesin taip di rumahnya (beliau masih menggunakan cara lama dalam menulis).

"Malah, sehinnga pada waktu beliau ditimpa sakit pada 1996 pun, beliau masih lagi aktif menulis dan menyemak pruf untuk buku-bukunya," lanjut isterinya.

Karya-karyanya

Drs Abdul Ghani telah menghasilkan sejumlah lebih 20 buah tajuk buku, antaranya 13 judul yang telah terbit (tidak termasuk siri tulisan dalam Pengasuh yang terbit hamper setiap keluaran). Buku-buku yang telah terbit antaranya ialah:

1. Himpunan Hadith-Hadith Sahih (3 Jilid)

2. Himpunan Hadith Maudhu' dan Yang Sangat Dhaif (Jilid 1)

3. Amalan Bi'dah Bulan Muharam, Rejan, Sya'ban dan Ramadhan (al-Hidayah Publishing)

4. Panduan Solat Sunat Rasulullah s.a.w.(Darul Numan)

5. Persoalan Aqidah Islam (terjemahan daripada risalah Syeikh Abdul Aziz Baz)

6. Kewajipan Wanita Islam (Pustaka Aman Press)

7. Kedudukan al-Sunnah Dalam Syariat Islam (terbit sendiri)

8. Dan lain-lain.

Manakala buku-buku yang belum terbit (sesetengahnya dalam pruf akhir):

1. Asas Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith

2. Kutukan dari Langit dan Bumi

3. Himpunan Hadith-Hadith Dhaif (Jilid 1, 2)

4. Solat-Solat Sunat yang bukan Berasal dari Sunnah

5. Dan lain-lain

Pulang Ke Rahmatullah

Setelah mengalami dan menderita sakit barah selama hampir 2 tahun, akhirnya pada hari Sabtu, 4 April 1998 jam 7.30 pagi, beliau menghembuskan nafas yang terakhir di sisi keluarga di rumahnya berhampiran Masjid Telipot, Kota Bharu, Kelantan. Ramai keluarga dan sahabat kenalan mengiringi jenazah beliau ke tempat peristirehatannya yang terakhir.

Beliau meninggalkan seorang balu, Hajah Rashidah binti Haji Wan Ismail, bekas sisiwi Univerisiti Muhammadiyah, Surakarta pada tahun 1961 dan lapan orang anak (empat lelaki dan empat perempuan).

Harapan beliau dalam usahanya untuk mempertahankan kesucian agama Islam melalui pemutihan hadith-hadith Baginda s.a.w. amatlah terpuji dan perlu dilangsungkan. Ternyata usaha murni beliau telah diteruskan oleh anak perempuan beliau Cik Ismah yang kini giat menyempurnakan kajian dan penulisan buku yang pernah diusahakan oleh Drs Abdul Ghani Azmi.

Walaupun terdapat beberapa pandangan yang berbeza antara beliau dengan beberapa orang tokoh penulis Pengasuh dalam menentukan hadith-hadith yang diklasifikasikan sebagai daif namun apa yang boleh diambil pengajaran ialah semangat dan gaya penulisannya yang dapat diterima oleh pembacaPengasuh. Beliau amat mengharapkan agar dengan terbitnya buku "Himpunan Hadith Da'if Dan Maudu'", "Himpunan Hadith-Hadith Sahih" sebanyak 3 jilid dan banyak lagi dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam dan membantu mereka dalam menjaga kesucian agama.

Disusun oleh:

Muhammad Abdulloh Suradi,

11 Jun 2011.

Rujukan:

1. Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (Jilid 2) diselenggara oleh Ismail Che Daud

2. Kertas Kerja Drs. Abdul Ghani Azmi bin Idris: Tinjauan Terhadap Sumbangan dan Penulisan Beliau dalam Majalah Pengasuh Mengenai Ilmu Hadith oleh Ahmad Faisal bin Abdul Hamid

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Explorasi Gua,Air terjun Jelawang & Mt. Stong,<b>Dabong</b> Kelantan

Posted: 07 May 2008 05:53 PM PDT

Tarikh: 30-4hb.Mei 08
Lokasi: Kelantan Selatan-Dabong,Kuala Krai
Jumlah peserta: Ramai gilerr..Pelopor Adventure Team(17 org),Libur(12 org),DBKL(44org).

Aku rasa kebanyakan dari pendaki pernah membuat explorasi ke Jelawang Jungle ni kan.Melihat selerakkan fajar dan keindahan pancaran suria dari Baha's Camp adalah satu pengalaman indah yg takkan dapat dilupakan oleh sesiapapun.Aku baru 3 x menjejakkan kaki ke sini.Lain-lain otai dah berpuluh2 kali gamaknya.Tidak pernah membosankan.Tidak pernah puas.Kenapa yer?
Bila hati dan diri bersatu dengan alam,terbit satu ketenangan dan kebahagiaan.
SubhanAllah,Maha suci Tuhan yang menjadikan setiap kejadian yg ada di langit dan di bumi.

Yang pasti Hutan Jelawang tidak pernah sunyi dari menerima kunjungan para pencinta alam.Bukannya pencinta wanita sahaja..hehehe

Day1
19.00-berkumpul di KL Sentral.Perasmian & pembahagian ration dll.Terima kasih kepada TC.Boy kerana menaja makanan dalam tin utk kami.
20.45-berlepas ke Dabong dengan menaiki Keretapi(Ekspress Wau)

Day2
09.15-tiba di Dabong.Lewat dari sepatutnya.

Tukar baju trekking.Bersarapan.Kita akan meng-explorasi gua-gua yg ada di sini.Antaranya Gua Gelap,Gua Keris,Gua angin dan Gua Ikan.

14.00-bergerak ke Stong Resort
15.00-pendakian bermula
18.00-sampai di Baha's Camp

Prepare untuk makan malam.Hujan yg mulanya renyai semakin lebat menyirami bumi Jelawang.Sejukkk.....best.Menu malam ni berlaukkan sardin,ikan masin,kacang buncis goreng dan telur dadar.

Day3
06.30-bangun,solat subuh.Kelihatan mega-mega merah di langit dari tepian sungai.
07.00-beramai-ramai menunggu kehadiran sang mentari pagi.Kabus naik berselerakkan seolah-olah satu hamparan permaidani yg indah.
08.00-bersiap2 memulakan pendakian ke Gunung Stong.

Kali ni aku mengambil keputusan melepak kat Baha's Camp jer.Turut bersama ialah Ipah,Najib,Syam,Leong de Transformer,Tiong,Leong kecik,abg Ramlee,abg kamal dan Chik.

Semua org dah takder..apa lagi jom kita mandi puas-puas!
Kesejukkan yg menggigil.Namun terasa diri kembali segar dan bertenaga.

Bersihkan fly..kemas2 mana yg berserabut.Aku lepak ngan Ipah kat sini.Sambil makan kuaci dan minum kopi panas.Suasana yg agak sunyi dari suara2 sumbang manusia.Bersembang,bercerita ditemani bunyian unggas rimba dan deruan air terjun Jelawang.Syoknyerrr........

16.30-prepare utk minum petang dan makan malam.Masak untuk kesemua peserta..

Hujan telah turun dengan lebatnya.Air masuk khemahlah plak.Kat bawah fly pon ada air mengalir.Makan dalam kebasahan.Hahaha..Menu malam ni ialah Nasi lemak.Ajak abg2 guide makan skali ngan kami.

Day4
06.20-bangun,solat subuh.
07.00-menunggu matahari muncul namun tak muncul2 jugak.
07.30-prepare sarapan pagi.Makan roti dan tuna,sosej.
08.30-mendaki batu-batu dlm menjejaki air terjun tertinggi di Asia ni.Air terjun 7 tingkat.Mandi-manda dan bergambar.

Lunch pada hari ni ialah ayam masak kari,arca dan papedom.
Bersiap-siap.Ice-breaking session sebentar sebelum bergerak turun meninggalkan tempat perkhemahan.

14.00-bergerak meninggalkan baha's camp.
15.30-tiba di Stong Resort.Hujan lebat.membersihkan diri di sini.
Yang mana telah siap bergerak ke stesen Keretapi Dabong dulu,kita berkumpul kat sana.Menikmati makan malam di gerai2 di sini.

Keretapi tiba agak lewat disebabkan kemalangan yang berlaku di Gemas melibatkan tren dari Butterworth ke Singapore.Mengorbankan nyawa pemandu tren berkenaan.Innalillahi wainna ilaihiraji'un.

Tren yg kami naiki terpaksa berhenti menurunkan kesemua penumpang di stesen Kuala Lipis.Waktu menunjukkan jam 1.00 pagi.KTMB menyediakan beberapa buah bas ke destinasi seperti Kl Sentral,Seremban dll.Namun ianya tidak mencukupi.Kami menunggu sehingga jam 10 pagi keesokkannya sehingga bas datang membawa kami pulang ke Kolumpo.

Pengalaman pertama aku sejak mengaktifkan diri dalam dunia outdoor ni.Bermalam di kaki lima jerr.Tido berlapikkan suratkhabar.Perut berkeroncong kelaparan namun terpaksa tahan sebab takder kedai pon yang dibuka.Al-maklumlah,pekan kecil sebegini.Kami akur.

Day5
Jam 6.00 pagi-ke masjid berhampiran utk menunaikan kewajipan pada yang Maha Kuasa.
07.00-keluar ke pekan Lipis carik kedai makan.Sedapnya nasik lemak bungkus siap ni..!2 bungkus aku tibai,ambik kau.hahaha...abg kamal lagiklah 4 bungkus..Ipah malu2 makan 1 jerr..Najib order 5 bijik telur separuh masak,giler ker apa mamat tu!hik hik hik.Terkejut aku...

Jam 10.00-kelihatan 2 buah bas masuk ke perkarangan stesen.
Jam 10.30-bergerak meninggalkan pekan Kuala Lips menuju ke destinasi.
Alamakk!bas ni 2x plak berhenti..kat Raub dan Hentian Genting Sempah tu.Lama plak tu.Aku dah tak sabar nak balik rumah ni.Nak mandi..nak rehat.nak baring kat tilam yg empuk.Dah semalaman bertilamkan tar berlapikkan suratkhabar dan berbumbungkan langit,bermandi embun dan berbantalkan khemah..hehe..

walau apa pon,aku anggap ia satu pengalaman manis yg takkan sama sekali dapat dilupakan.Semua ni juga mengajar kita erti sebuah kesabaran.
Kemaafan diminta jika ada yg terkasar bahasa dan bicara,tersalah laku..key.
Tahniah buat semua.Adioss.

Dari aku yg melaporkan.
Berakit ke langit.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


wujuhun yau ma izin nadhirah: Makan <b>di Pengkalan Chepa</b>

Posted: 13 Jun 2012 09:02 PM PDT


Bismillah...


Fuhh...kenyang gilo ni baru lepas makan mee udang..hikhik.Esok dah nak gerak balik,tu yg sedih tu..Buat la mee udang untuk ma abah makan..Hari ni nak cerita pasal malam tadi..kitorang gi makan makan. So, bila kak ayu aku balik..ape lagi..mesti nak mintak belanja makan..hihi.wajib! So, we decided nak makan kat Satay Malaysia,boleh singgah amik maksu dan nenek aku sekali. :)
SATAY MALAYSIA
PT 1645, Batu 3 3/4,
Jalan Pengkalan Chepa,
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
aku, nenek & maksu yg gengster..kikiki
yang pakai mcm black metal tu kak ayu aku...sebelah tu my lovely mom...muka kakak aku yang mula bengang bila pelayan restoran tu buat muka hampeh (xnak senyum) lepas tu bawak menu 1 je untuk 1 family.kikiki..Lagi die bengang bila lamb chop yang die nak makan xdek...Bertambah bengang tahap gaban bila dia try order beef steak pun tak hado...wakakaka...
At last, untuk nenek,su and kak ayu (terpaksa join makan..hihi)..sup tulang,paprik,sotong kunyit,kailan ikan masin,telur dadar..Katanya,sotong and kailan sedap gilo...sup pun boleh tahan cuma macam kurang masin...paprik ok2 je...:)
dan..untuk abah and aku...chicken chop jela jd pilihan...bantai jela bah...dah mmg niat nak makan western kan...
ni my babah...asik je tanya...dik ain kenapa chicken chop ni ade roti?knp xdek mashed potato mcm kita makan dekat bangi village view tu..bla..bla..bla..kenapa sos die tak bg asing..bla..bla..haha! Terus abah mintak sos tambahan...:)...aku jawab je...biasalah bah,lain padang lain belalang...kira tak teror sgt kot restoran ni buat...waakaka! tapi boleh la stakat nk makan tu....abes licin je pun...cuma coleslaw die ciput and manis ..:p
ni untuk my mommy...satay...dulu aku pernah makan satay kat sini..memang sedap..tapi semalam xtau kenapa kureng...sebab satay daging die ade bau la..bau lembu.paham tak maksud aku..hihi...pastu abah tambah 6 cucuk daging rusa..Owhh..baru aku tau mcm mana rase dging rusa..sedapp gok...:)
ni mommy yg mintak suh amek gambar..kihkih..mommy kau hado?anak beranak suka posing kau tauu...kelass makcik Ramlah...ma dan carrot susu. :)
i like to put a smile on ur face everyday...:)


Kak ayu and aku yg semakin menggemok. (ade aku kesah? memang aku kesah la broo!)


Dua org gengster sedang mengeluarkan fulus..hihi..comel gila muka kak ayu mcm tu...wakaka...maksu aku maintain gengster kan..kihkih...








p/s : Balik dari makan, singgah wakaf che yeh.Tapi tak amek gambar sebab mengantuk pluss kekenyangan ..x larat...bla..bla....:)  
TATA!





03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Unit AMAL & Nisa DUN <b>Demit</b> Turut Serta Membantu Mangsa Banjir <b>Di</b>

Posted: 18 Dec 2007 05:49 PM PST

Kenangan ketika menghantar Misi Kemanusian Unit Amal DUN Demit ketika banjir besar di Johor pada tahun 2006

KOTA BHARU, 18 Dis. Biar pun langit kelihatan cerah, namun kampung-kampung yang terletak tidak jauh dari Sungai Golok semakin banyak ditenggelami air bah.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri jumlah mangsa banjir di Pasir Mas setakat jam 10 pagi tadi meningkat kepada 7,906 orang, manakala di Tanah Merah berkurangan kepada 738 orang dan Kuala Krai (72 orang).

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan pagi tadi seramai 10,756 orang. Paras air di Tangga Krai, Kuala Krai 24.9 meter, Jambatan Guillemard di Tanah Merah 16.61 meter dan Tambatan Diraja 5.10 meter iaitu melepasi paras bahaya, katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya jumlah mangsa banjir semakin meningkat di Rantau Panjang disebabkan limpahan daripada air Sungai Golok ekoran pelepasan air di sebuah empangan di Selatan Thailand.

Manakala jalan-jalan yang masih ditutup kepada lalu lintas iaitu di Km 55 jalan Kuala Krai Gua Musang akibat tanah runtuh.

Oleh itu kata jurucakap tersebut laluan alternatif bagi pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu boleh melalui jalan raya Gua Musang – Jeli melalui Jelawang.

Bagaimanapun di Km 30 jalan raya Gua Musang Jeli berlaku runtuhan tanah berhampiran Sekolah Kebangsaan Jelawang petang semalam. Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan sekarang, katanya.

Namun menurut sumber jalan itu masih boleh dilalui kepada semua jenis kenderaan.

Jalan ke Pantai Cahaya Bulan yang ditutup sebelum ini sudah boleh dilalui sepenuhnya.

ImageDi RANTAU PANJANG, kawasang yang paling terjejas teruk akibat dilanda banjir. Pasukan Unit Amal Kelantan dan Nisa kini bekerja keras membantu mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi sejak Sabtu lalu. Unit Amal & Nisa DUN Demit juga turut menghantar wakil bagi membantu mangsa-mangsa disana.

Di kawasan itu terdapat 1,800 penduduk yang dipindahkan dari beberapa kampung yang terjejas teruk akibat paras air Sungai Golok melimpah.

Bendahari Unit Amal Kelantan, Rosli Abdul Samad berkata, terdapat sembilan keluarga yang tinggal di pusat pemindahan tersebut sejak seminggu lalu.

Anggota Nisa seramai 40 orang juga membantu mangsa-mangsa banjir di Gual Periuk dan Kubang Kual, Rantau Panjang sejak beberapa hari lalu. Unit Amal mulai turun padang membantu mangsa banjir di Tanah Merah sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun kawasan itu kini air sudah surut dan anggota Nisa juga membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah-rumah mereka, katanya.

Baru-baru ini, seramai 90 keluarga berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Suria, Tanah Merah. Mereka dibantu 10 anggota Unit Amal dan Nisa terutamanya aspek penyediaan makanan.

Rosli juga berkata, Unit Amal dari kawasan-kawasan yang tidak dilanda banjir turut tampil membantu mangsa-mangsa banjir di Tumpat dan Rantau Panjang.

Kita juga akan mengerahkan semut merah (Unit Amal) bagi membantu mangsa-mangsa banjir seperti dilakukan di Johor tahun lepas untuk membersihkan rumah-rumah mereka, ujarnya.

Unit Amal Kelantan & Demit mempunyai pengalaman luas dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Johor tahun lepas, termasuk kawasan yang terjejas teruk. Boleh rujuk kepada artikel lepas di link ini: Misi Kemanusian Unit Amal DUN Demit ketika banjir besar di Johor pada tahun 2006

Selain itu, Dewan Muslimat PAS dan Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) turut turun padang bagi membantu mangsa-mangsa banjir. –SyGz

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


~Perjalanan Masih Panjang~: Sembilan Kedai <b>di Wakaf Che Yeh</b> <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 05:41 AM PST

Sembilan buah rumah kedai sederet, hangus dalam satu kebakaran di Wakaf Che Yeh, di sini pada Khamis. Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 5.45 petang itu, disedari oleh orang ramai yang melihat api menjulang dari sebuah kedai yang dipercayai menjual barangan runcit.
Kedai lain yang musnah antaranya kedai tayar dan kedai kopi.
Pemilik kedai tayar, Tan Choong Siang, 40, berkata dia hanya menyedari mengenai kejadian tersebut selepas mendengar jeritan orang ramai selepas api semakin marak.
"Saya sedang berada di dalam kedai bersama seorang anak, Tan Lee Lian, 5, dan ayah, Tan Cheng Li, 80, serta empat orang pekerja yang ketika itu sedang menutup kedai.
"Sejurus mendengar jeritan tersebut, saya keluar dan melihat api di kedai sebelah dan terus mencapai alat pemadam api bagi memadam kebakaran tersebut, namun gagal berikutan api yang marak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.
Choong Siang berkata, dia kerugian kira-kira RM300,000 apabila 500 biji tayar dalam kedainya hangus.
Katanya, 300 biji dari tayar itu baru dihantar ke kedainya tengah hari tadi, namun bersyukur kerana semua anggota keluarga serta pekerjanya terselamat.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Bomba Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, operasi memadam kebakaran itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Azmi Osman.
"Kita menerima panggilan 6.05 petang dan berjaya mengawal api kira-kira 35 minit kemudian.
"Seramai 30 anggota dari Balai Bomba Kota Darulnaim, Balai Bomba Kota Baharu, Balai Bomba Pengkalan Chepa dan Bomba Sukarela Pengkalan Chepa dengan enam jentera, datang untuk memadam kebakaran itu," katanya.
Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian belum dapat dipastikan.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


JoranPancing: Kayak Casting Kelantan bergema <b>di Pulau Melaka</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2012 07:02 AM PDT

Sila klik banner diatas untuk melihat paparan berskala besar

ads