Jumaat, 15 Jun 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


PELIK!!KEJADIAN <b>DI</b> TANAH FELDA <b>CHIKU</b>, PISANG BERBUAH <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 12:30 AM PDT

No of View :290
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Husin (kiri) dan anaknya menunjuk keanehan pokok pisangnya.

GUA MUSANG – Pelik tetapi benar, itulah yang berlaku ke atas sepohon pisang ditanam seorang peneroka di Rancangan Tanah Felda Chiku, 6, dekat sini, yang mengeluarkan setandan buah di tengah batang.

Husin Yaacob, 52, berkata, pisang jenis kebatu yang ditanam dicelah pokok salak berhampiran rumahnya sejak tiga tahun lalu tidak sangka mengeluarkan buah di tengah batang yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Katanya, beliau menyedari keanehan pohon pisang itu akhir bulan lalu ketika sedang mencuci kawasan tanaman salah dan pisang tersebut bersama isteri dan anak-anak.

"Apabila saya ternampak sepohon pisang kebatu itu berbuah di tengah batang, lalu memberitahu jiran-jiran mengenai keanehan kejadian Tuhan hingga ramai yang datang melihatnya," katanya.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Menurut Husin, walaupun buah pisang yang keluar itu masih kecil, tetapi dianggap ganjil yang perlu dibiarkan begitu sahaja untuk tontonan orang ramai.

Beliau berkata, dia juga tidak berniat untuk menebang pisang tersebut walaupun buahnya tua kerana tidak tergamak untuk makan berikutan kejadian aneh itu yang tidak pernah dilihat selama ini.

Incoming search terms:

Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 09:24 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2012 09:39 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki ...

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jan 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jan 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jan 2012 12:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search. Posted: 28 Jan 2012 12:00 AM PST. Xpdc ke Felda Chiku Gua Musang bahagian 1. Kali ini penceritaan agak panjang dan saya terpaksa bahagikan kepada 2 bahagian. Part 1 and part 2.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Amsyarbaker: Cupcake <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 10 Apr 2012 01:46 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Cupcake di Kota Bharu. Diilhamkan dari Linda Faizal at 1:46 PM · Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook. Labels: cupcakes, cupcakes di kota bharu. pendapat anda: 0 comments: Post a Comment. Newer Post ...

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Strategi 6+23 BN <b>di Kelantan</b>

Posted: 15 Jun 2012 01:41 AM PDT

Sekali lagi, Kelantan sebagai negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, bakal menjadi tumpuan negara menjelang Pilihan Raya Umum 13.  Bagaimanapun, jikalau dibandingkan dengan negeri PR yang lain, kesukaran PAS untuk memerintah Kelantan buat penggal keenam selepas tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 - adalah lebih rendah.

Negeri Kelantan mempunyai 14 kerusi parlimen dan 45 kerusi DUN.  PAS menawan 38 kerusi DUN dan PKR memenangi 1 kerusi semasa PRU 12.  BN memenangi 6 kerusi DUN (dengan satu kerusi tambahan DUN Galas dalam PRK kemudiannya).  Untuk kerusi parlimen pula, PAS merampas 9 kerusi, dengan PKR menawan 3 kerusi dan BN 2 kerusi.

Kelantan adalah kubu PAS yang kukuh.  Ketika PRU 12 pada Mac 2008, PAS meletakkan pimpinan tinggi partinya di Kelantan untuk memastikan suara mereka dibawa ke parlimen.  Antaranya Timbalan Presiden ketika itu Nasharudin Mat Isa di Bachok, Bendahari Agung Hatta Ramli di Kuala Krai dan Ketua Dewan Pemuda ketika itu, Salahuddin Ayub di Kubang Kerian.

Dalam PRU akan datang, PAS telah mengumumkan bahawa 30% daripada calonnya adalah muka baru.  Sesetengah pimpinan yang menang dalam PRU 12 mungkin tidak lagi menyarung jersi kali ini lantaran tersungkur dalam pemilihan parti.  Pemimpin seperti Salahuddin Ayub misalnya, bakal bertanding di negeri asalnya, Johor, malah dikatakan seandainya PR berjaya menawan Johor, maka beliaulah calon Menteri Besar.

Dalam 30% muka baru yang dikatakan, anak Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Nik Abduh Nik Abdul Aziz, antara yang paling menarik perhatian.  Beliau adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS.  Beliau dikhabarkan akan bertanding di Kubang Kerian yang ditinggalkan Salahuddin Ayub, ataupun Pasir Mas yang dimenangi Ibrahim Ali atas tiket PAS.  Ibrahim Ali dijangka gugur dari senarai PAS, lantaran kecenderungannya menjadi ahli parlimen pro-BN selepas menang dan kenyataan berbau rasis yang dikeluarkan sejak beberapa tahun kebelakangan.

Perang tiga penjuru di Kota bahru

UMNO hanya menang dua kerusi parlimen daripada 14 yang ditandinginya melalui Tengku Razaleigh di Gua Musang (dengan rekod 10 kemenangan tanpa kekalahan); dan Mustapa Mohamed (Menteri Pengajian Tinggi ketika itu) di Jeli.  BN menerima tamparan hebat, sehingga hampir dicabut akarnya dari tanah Kelantan.

Tengku Razaleigh Hamzah, atau lebih dikenali dengan nama Kuli, berbeza pandangan dengan kerajaan persekutuan dalam isu royalti minyak di Kelantan.  Ketika menyandang jawatan Menteri Kewangan, Kuli terlibat dengan rundingan Petronas dan negeri yang mempunyai sumber petroluem, malah merangka Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Justeru itu, persoalan sama ada Kuli bakal bertanding atas tiket UMNO masih sarat dengan pelbagai kemungkinan.

Daripada 14 kerusi parlimen, Kota Bharu akan menjadi tumpuan.  Ia dijangka bakal mempertembungkan Setiausaha Politik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Mohamad Fatmi Che Salleh dengan Zaid Ibrahim (daripada parti KITA, gambar kanan) dan calon PAS.  PAS dijangka meletakkan EXCO Kelantan, Takiyuddin Hassan, dan ahli parlimen sekarang, Wan Abdul Rahim, dijangka bakal digugurkan.

BN mula menjana jentera kempennya di kawasan ini, malah mengajak Presiden MCA Chua Soi Lek untuk berkempen di situ, dengan semangat yang berkobar-kobar untuk merampas kembali kerusi yang ditawan PAS.  BN menganggap wujudnya petanda-petanda bahawa undi mula kembali ke pangkuannya.  Lebih-lebih lagi sesetengah wakil rakyat PR "hilang begitu sahaja" selepas PRU.  Rakyat mula merungut kerana tiada perkhidmatan di tempatan.  Kebanyakan ini adalah kawasan yang mana akar umbi PAS adalah lemah, atau kawasan PKR.

Mustapa MB yang direstui BN

Dari segi DUN, BN menggunakan strategi 6+23, iaitu mengekalkan 6 kerusi yang dimenangi dalam PRU 12, ditambah dengan 12 kerusi yang mana undi majoriti PAS tidak melebihi 500 undi; dan 11 kerusi yang mana undi majoriti tidak melebihi 1000 undi.  BN melihat kawasan ini sebagai kawasan "kelabu", yang mungkin berpeluang untuk ditembusi, dan menawan kerajaan negeri Kelantan seterusnya.  BN Kelantan bertunjangkan UMNO yang bertanding di 44 kerusi, dan satu lagi kerusi Kota Lama ditandingi calon MCA.

BN Kelantan kini diketuai Mustapha Mohamad, (gambar kiri) Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.  Seandainya berjaya menawan kerajaan negeri Kelantan, maka beliau adalah calon Menteri Besar yang direstui.  Sebelum ini, Mustapha tidak menafikan bahawa beliau mungkin akan bertanding kedua-dua kerusi parlimen dan DUN, dan strategi ini dilihat untuk mengangkatnya  sebagai MB.

Kali ini, UMNO menunjukkan perpaduan yang utuh, berbanding dengan keadaan berselerak, dengan puak-puak masing-masing pada zaman dahulu.  PAS tidak boleh memperlekehkan musuhnya kali ini, lebih-lebih lagi pengganti untuk Nik Aziz yang umurnya telah lanjut, belum lagi kelihatan.  Oleh itu, PAS perlu mengambil kesempatan untuk menonjolkan calon pengganti Nik Aziz dalam pilihan raya ini.  Ia untuk menstabilkan keadaan, dan mengelakkan pembaziran tenaga ekoran daripada pergelutan kuasa dalaman.

Kelantan adalah negeri yang mana majoritinya pengundi Melayu.  Pengundi biasanya mempertimbangkan parti politik dan bukan calonnya.  Semangat "kepartian" generasi tua amat menebal.  Hasrat undinya telah ditetapkan sejak awal lagi - dengan pendirian yang jelas untuk menyebelahi sama ada hijau atau biru.  Apa yang direbut BN dan PR adalah pengundi baru yang berdaftar selepas 308 - yang biasanya sukar diketahui hasrat yang terpendam dalam hati mereka.

Retorik "pembangunan" oleh BN kurang mujarab di Kelantan, dan gagal memikat hati pengundi.  Walaupun ramai pemuda bekerja di kota raya, tetapi mereka berharap kampung mereka tidak mengalami urbanisasi, sehingga mengundang masalah sosial.  Mereka berharap kejatian sedia ada dikekalkan.  Dari segi ini, PAS bertunjangkan semangat agama, mengutamakan ajaran agama, di samping pembangunan tempatan.

Baru-baru ini, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan pembinaan lebuhraya antara Kota Bharu dengan Kuala Krai dengan RM1.8 bilion, malah menyeru derma dari masyarakat.  Jelas, kerajaan negeri cuba meraih simpati dalam isu ini.  Kerajaan negeri membina sendiri lebuh raya ini untuk kepentingan rakyatnya, jikalau kerajaan persekutuan enggan berbuat demikian.  Ini kerana projek ini telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia kelima hingga kesembilan, dan dikeluarkan dalam Rancangan Malaysia ke-10.  Kini, tiada apa-apa kelihatan.

Perang bermula.  Namun, kesudahannya hanya akan diketahui pada saat-saat akhir.

*Huang Jian adalah penulis khas MerdekaReview.  Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 11 Jun 2012.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Pegawai polis, dua lagi maut nahas <b>di Machang</b> | Malaysian Daily <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2012 01:28 AM PDT

Posted by 1gxqke7 on June 15th, 2012

MACHANG: Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Abdul Wahab Yaacob, dan dua lagi terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di KM35, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai di sini awal hari ini.

Continue reading here:
Pegawai polis, dua lagi maut nahas di Machang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


Rakaman Video Ceramah Anwar Ibrahim <b>Di Ketereh</b>: Hanya lembu <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2012 05:11 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rakaman Video Ceramah Anwar Ibrahim Di Ketereh: Hanya lembu umno flip flop boleh rampas, Kelantan kekal dengan PR… Share this: StumbleUpon · Reddit. Like this: Like. Be the first to like this. This entry was posted on ...

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


::Pink Merah Jambu::: SKOOL HOLIDAY!

Posted: 14 Jun 2012 10:23 PM PDT

Arini baru berkesempatan menulis blog. Busy sgt2 lately. Next week exam...
Last week masa skool holiday kami berempat kelik kampung hubby di Pulau Melaka, Kelantan. Kampung hubby ni dekat area rumah Nik Aziz. Tetibe nak gak bgtau. Sbb kalo sebut Pulau Melaka mesti sume org kata "Oooo, dekat rumah Nik Aziz tu ye?". Ha'ah dekat situ la rumah dia...
Last time kami kelik kg masa Raya Haji tahun lepas. Lama gak tak kelik Kelantan. This time kids were so excited nak kelik kg sbb lama x jumpa cousin2 depa yg kt kg tu. 
First day, kami bertolak from Bangi around 9 pagi. Singgah beli nasik lemak tepi jalan n tapau makan dlm kete. Hubby ni jenis x akan berhenti makan di mana2 kecuali untuk shee2 di stesen minyak sahaja. So, kami dah faham perangai dia n tapau air n makanan siap2. Perjalanan ambil masa dalam 8 jam. Tu sebab jalan smooth je n tak jem. Kalo balik kg time raya mmg lebih dr 8 jam baru sampai Kltn. Around jam 5 lebih kami sampai di Bachok. Singgah gerai makan MIL. Dia niaga di situ. Niaga nasi kerabu, laksam, laksa kelantan, nasi dagang, etc. Masa kami sampai, pelanggan ramai giler. Sian tgk MIL x henti2 layan pelanggan. Laku makanan mak mertua jual. Dia masak mmg x leh lawan; sedap giler! Kami mkn skit pastu bertolak balik ke Pulau Melaka. Malam tu ada dikir barat kt rumah kg. Bising sgt sbb ramai yg dtg untuk berdikir. Hubby n kids suka la. I x suka sangat suasana bising sbb dah biasa membesar dalam suasana sunyi. Huhu... I rest dalam bilik je since masih letih sebab baru sampai frm Bangi petang tu...
Second day, kami pergi Pengkalan Kubor. Shopping barang2 rumah skit spt tikar, alas meja, towel kids, pinggan melamine, tray, toys, etc. Kami bawak adik ipar n anak2 sedara sekali. Since kami pinjam kete Exora my mom, maka penuh la satu kereta dengan adik2 ipar n anak2 sedara. Meriah skit. Haikal n Alysha seronok la sbb ramai. Hehe... Otw balik from Pengkalan Kubor, kami singgah main basikal air di Pantai Sri Tujuh. Seronok!
Third day, kami ramai2 pergi berkelah di air terjun Linang. Seronok gak sbb lama x mandi air terjun. Air sejuk. Cuaca pun redup je. Org ramai berkelah di sana. Kanak2 paling seronok. Yg bestnye kat tepi sungai tu ada dibina beberapa slide yg masuk terus ke dalam sunyai untuk kanak2 main. Haikal la paling kuat main. Macam xmo balik! Huhu...


 Alysha ready to terjun di dalam air terjun!

Malam tu ada dikir barat lagi. Hubby & kids seronok la. Me? Sembang2 dengan SIL dalam bilik. My SIL sorang nak kawen bulan 2 tahun depan. Dia minta pendapat pasal brg2 hantaran, etc. Yg sorang lg baru masuk lower form six after SPM. Dia minta advice pasal further study. What are suitable courses for her to choose kalo masuk U nnt. Seronok sembang2 dengan depa. Dengan sorang lg SIL duk sembang pasal online biz. My hubby ada 10 adik beradik. SIL je ada 4 orang. Apa lagi, seronok la bersembang n gossip2. Haha... :p

Forth day, kami just strolling around dlm KB Mall. Lokasi wajib kami setiap kali balik Kelantan. Haikal tambah games dalam PSP dia. Happy semacam dia. Sengih je manjang sebab tambah games baru. Me seperti biasa suka masuk ke children's department. Kalo nak tau, dalam Pacific tu kat children's dept dia ada banyakkkkk sgt2 pilihan baju2. Dah macam SOGO plak aku tgk. Slalu je ada "Offer". Rembat sehelai baju for Haikal & Alysha. For myself, I bought under garments la. Murah & cantik. Yg penting still brand Wacoal tau. Good quality at affordable price. Byk choice as well... :p
Senyum sampai ke telinga sebab papa dia tambah games dalam PSP...
Fifth day, malam tu kami wat barbeque (bakar ayam kata org kg) di Pantai Tok Bali. Semua adik beradik hubby ada kecuali abg no 2 sbb x balik. Family mertua my SIL pun join sekali. Ptg tu kids mandi laut la apa lagi. Pastu yg lain2 bakar ayam, sotong n udang. Acara berlansung sampai malam. Hubby n adik2 dia siap berdikir tepi pantai tu. MIL n pak sedara pun menyumbangkan beberapa buah lagi. Amboi! :))


Sixth day, pagi bertolak balik KL dalam kul 10am. Singgah tempat niaga MIL sat. Pastu beli losong yg dikirim my sister. Sampai Bangi kul 5 lebih. Hantar bag kt rumah, mandikan kids pastu keluar semula. Sebab my fmly wat makan2 di Taipan USJ, area rumah my brother. Bincang2 pasal biz skit pastu balik. Sampai rumah jam 12am. Pengsan!
*Kesimpulan: Seronok! Penat but enjoy...

But mission untuk makan meggi ketam x kesampaian sebab x sempat pi Pantai Cinta Berahi aka Pantai Cahaya Bulan. Sedih sgt! Merajuk dengan ketam! Tetibe... Ketam ke yg bersalah?? :((

Bicara Mentari: BIOKOT PETRONAS <b>PULAU MELAKA</b>

Posted: 19 May 2012 04:50 AM PDT


Kempen boikot PETRONAS satu tindakan berniat jahat terhadap, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Ini kerana keluarga Nik Aziz memiliki stesen minyak PETRONAS di Pulau Melaka

Tentu sekali Nik Aziz tidak menyokong tindakan penyokong Pas ini.  Tindakan itu secara langsung akan memberi kesan buruk kepada stesen minyak PETRONAS milik keluarga Nik Aziz juga.  Lainlah jika kempen itu menyebut, BOIKOT PETRONAS, KECUALI STESEN MINYAK PETRONAS PULAU MELAKA.

Adakah Nik Aziz akan menyeru agar penyokong Pas menarik balik boikot PETRONAS ini?
Jika Nik Aziz setuju boikot ini diteruskan, elok Nik Aziz tutup stesen minyak PETRONAS milik keluarganya.  Jangan pentingkan diri saja.  Ikutlah kehendak penyokong Pas  dalam perkara boikot ini. 

Sekiranya Nik Aziz tutup stesen minyak PETRONAS milik keluarganya, ini tidak menjejaskan ekonomi atau pendapatan Nik Aziz yang sepanjang menjadi menteri besar Kelantan telah memperoleh pendapatan sekitar RM10 juta.  

  

ads