Selasa, 13 Mac 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Tanah <b>di</b> bekelam <b>jelawat</b> bachok - <b>Kelantan</b> - Sheryna.com.my

Posted: 07 Nov 2010 12:03 AM PDT

Malaysia » Kelantan » Bachok » Property > Land » Tanah di bekelam jelawat bachok

PRIVATE AD

Property type: Land For Sale

Price: RM 30,000

Size: 1 acres

Tanah ada simpanan jalan dari jalan
besar ke tanah.
kedudukan berdekatan dengan jalan besar.
keluasan 349depa.
tanah segi empat comel.
dah ada rumah banglo jalan ikut masuk ke tanah tu.
berdekatan dengan pasar jelawat.
harga buka Rm30ribu.blh kurang lagi.
tengok tanah dulu baru blh bincang harga.
tanah saya sendiri.

 
Mazlan
Bachok, Kelantan, Malaysia
Sunday, 7 November 2010, 15:03
112551
0148691606 (Mention Sheryna when calling! Thanks.)

Reply to this Ad


REMEMBER:
- Deal locally and meet in-person with buyer/seller (in a public place and take a friend with you).
- Never pay with Western Union or Moneygram.
- Don't accept cashier checks or money orders.
- Sheryna.com.my is NOT involved in any transaction (payment services, shipping, guarantee transactions, etc), does NOT offer "buyer protection" and does NOT offer "seller certification".

Sheryna.com.my does not accept any responsibility for the above classified. The advertiser bear all the responsibility. For any problems, please use Report abuse button!

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Janji BN <b>Di Manek Urai</b> Telah Ditunai, Janji Pas? «

Posted: 12 Mar 2012 06:00 PM PDT

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengotakan janjinya untuk membaiki masjid Manek Urai Baru, apabila peruntukan sebanyak RM600,000 telah disampaikan kepada Jawatankuasa masjid berkenaan.

Bagaimanapun soalnya, biarpun BN melakukan pelbagai perubahan itu untuk rakyat tetapi tidak terselah sumbangan kerajaan Pas Kelantan untuk rakyat.

Jika dilalui pengguna jalan raya, pastinya mereka terkejut dengan Manek Urai yang masih tiada perubahan. biarpun laluan Manek Urai menjadi tarikan kepada anak Kelantan yang pulang ke negeri mereka melalui Gua Musang.

Seperti sedia maklum BN hanya kalah tipis dengan 65 undi kepada Pas dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 2009, namun tiada sebarang pengajaran yang dapat diambil oleh Pas untuk menaikkan kembali keyakinan rakyat di kawasan itu.

"BN sudah banyak melakukan pembangunan yang dijanjikan pada pilihan raya kecil lepas," kata Hassan Kamal, penduduk di Manek Urai.

Beliau berkata jambatan baru di Manek Urai baru pun turut ditunaikan tetapi Pas hendak transformasikan pekan Laloh pun tidak mampu dengan membina sebuah stesen bas untuk penduduk.

"Pada pilihan raya kecil itu, ramai penduduk di sini yakin BN boleh menang kerana mereka mahukan perubahan di Manek Urai.

"Sebab itu jumlah undi Pas merosot kerana mereka gagal membawa perubahan mengikut kehendak rakyat.

"Sekarang ini rakyat Manek Urai sudah ada peluang pada pilihan raya umum nanti, Pas saksikanlah kemarahan kami," katanya.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


........ CUEPACS BAHAGIAN <b>KELANTAN</b>: YB Aziz <b>Galas</b> Meraikan <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2012 04:15 AM PST





Satu hubungan yang baik CUEPACS Kelantan dengan Pemimpin Masyarakat YB Aziz Galas telah bermurah hati meraikan rombongan CUEPACS Kelantan balik dari PICC pada 8 Mac 2012. Jamuan Makan Malam di Kelab Golf Gua Musang telah diadakan pada jam 9.00 malam.

CUEPACS Bahagian Kelantan merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian YB Aziz Galas meraikan rombongan serta beramah mesra dengan peserta rombongan. Terima kasih sekali lagi semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahan segala urusan YB. terima kasih.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


HHalem: Ku Li Akan <b>Di</b> Tendang Dari <b>Gua Musang</b>. Krisis Lagi.

Posted: 06 Mar 2012 03:35 PM PST


Oleh: HHalem.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dinasihatkan berundur secara terhormat kerana dilihat sebagai barah' dalam Umno kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu.
Nasihat itu disuarakan oleh 16 pemimpin akar umbi Umno Bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tergempar di Bandar Baru, di sini, pagi semalam.
Mesyruarat berkenaan dipengerusikan Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus dan turut dihadiri tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang, enam ketua cawangan, wakil peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda.
Kebanyakan mereka menyuarakan sudah sampai masanya bagi pemimpin paling lama berkhidmat di Parlimen Gua Musang itu bersara daripada parti dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda sebagai usaha mentransformasikan perjuangan parti berkenaan di peringkat bahagian terbabit.
Keputusan itu juga dibuat bagi mengelakkan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li yang telah memimpin Umno Bahagian Gua Musang lebih daripaa 37 tahun itu menanggung malu akibat digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Ab Wahab berkata, Tengku Razaleigh semakin hilang pengaruhnya yang bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi di bahagian itu apabila tidak mempunyai pendirian dalam perjuangan parti Umno serta BN.
Beliau berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran.
"Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar," ujarnya.
"Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia," katanya lagi.
Sementara itu, AJK Umno bahagian, Ab Aziz Mohamad, pula berkata, Tengku Razaleigh juga sejak kebelakangan ini berjuang lebih mementingkan peribadinya yang ingin merebut jawatan pemimpin tertinggi kerajaan dan Umno.
Beliau berkata, pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutang, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan.
"Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa," katanya.
Ketua Umno Cawangan Kampung Panggong Lalat, Ab Karim Mat Diah berkata, mungkin Tengku Razaleigh yang terlalu ghairah kemenangannya selama ini disebabkan rakyat memujanya.
"Sekarang bukan lagi untuk kita memuja atau menyanjung tinggi pemimpin tersebut berikutan dia langsung tidak menghomrmati pemimpin lain di peringkat tertinggi hingga kerap kali menteri yang datang ke kawasan ini tidak menyambut bersama," katanya.
Sekali baca berita nampak jelas yang Ku Li mempunyai masalah dan krisis kepercayaan oleh pemimpin Umno di peringkat akar umbi.
Jika pengaruh pemimpin bawahan ini kuat dan tersebar dengan luas, besar kemungkinan Ku Li akan ditendang dari Gua Musang secara paksaan.
Pembaca andaikan sendiri, samaada mereka-mereka di bawah adalah akar umbi atau tidak. Adakah pengaruh mereka-mereka ini tidak akan merebak keserata pelusuk kampong Gua Musang dan membuat orang-orang kampong membenci Ku Li.
Mesyruarat Tergempar di anggotai:-
a-Pengerusi nya Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus.
b-Tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang,
d-Wakil Peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar)
Sekurang-kurangnya berita panas mereka ini akan berkocak sampai ke Putrajaya dan DS Najib mungkin akan membuat penilain semula mengenai  keputusan kritiria calon-boleh-menang di Gua Musang.
Lebih molek jika diwaktu yang sama Ku Li menghadapi krisis di Istana untuk membantu menjatuhkan beliau terus dari Gua Musang.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

ads