Ahad, 22 April 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


SAINS: Kursus Transformational Leadership <b>di</b> bawah JIPS Kohort <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2012 09:50 AM PDT

Hari ini adalah hari terakhir mengikuti Kursus Transformational Leadership Untuk Pegawai Kanan dan Pelapis KPM yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Kursus yang julung kali diadakan dibawah Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) ini bertempat di Selesa Beach Resort, Port Dicksons, Negeri Sembilan.

Kursus yang melibatkan peserta seramai 28 orang ini yang terdiri dari pegawai kanan KPM dari Bahagian dan Jabatan yang terpilih dikendalikan oleh Konsultan lantikan khas KPM. Jumpa ramai sahabat kenalan lama dari Bahagian KPM seperti LP, EPRD, IAB, dari JPN (Negeri Sembilan, Melaka, Perak ) serta pegawai kenalan baru dari MPM, BPI, BTPN dan lainnnya.

Kursus yang dikendalikan oleh Pn. Zuraina ini lebih memfokuskan kepada gaya kepimpinan masa lepas, kini dan masa depan yang menjurus kepada keharmonian organisasi yang melibatkan pelbagai pengurusan strategik untuk menghasilkan output dan outcome yang tinggi manafaat kepada negara bangsa akan datang.

Semalam,  tiba dari KLIA dengan menaiki Teksi Limo dengan tambangnya RM104.80.. terkejut juga kerana sebelum ini hanya sekitar RM80.00. Pemandunya orang Aceh yang dah menetap di negara ini. Check In jam 2.30 petang, masuk ke bilik 222 untuk menukar pakaian formal penjawat awam bagi menghadiri sesi pertama kursus.

Jam 12.30 tengah hari, majlis penutup disempurnakan oleh KPP ( Kompitensi) BPG dimana beliau turut menjelaskan secara ringkas akan BINA UPAYA dalam pengurusan man power di bawah bumbung KPM, yang baru diendoskan oleh kepimpinan tertinggi KPM di Putarjaya paga ini.

Selepas makan, saabat lama, En. Razi dali LP menumpangkan keretanya ke KLIA untuk mendapat penerbangan balik jam 6.25 petang.

Sampai di rumah, jam 8.00 malam...agak penat rasanya.

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


KGMOKKAN YANG BERKAT: ORANG ASLI LUAR KELANTAN JADI <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2012 05:13 AM PDT

KOTA BHARU, 16 April: Pada Febuari lalu sekumpulan Orang Asal dipercayai didalangi Jaringan Orang Asal Semenanjung (JOAS) mengadakan demontrasi dan sekatan jalan raya di Kuala Betis, Gua Musang.Ekoran itu penduduk Orang Asal tempatan, Ajom A/L Alang membuat laporan polis kerana tidak senang dengan tindakan JOAS yang disifatkan menganggu kehidupan mereka.

Ini kerana kumpulan terbabit sebahagian besar bukan penduduk Orang Asal tempatan, sebaliknya didatangkan dari Perak dan Pahang.

Dan semalam pula kumpulan sama yang mahu dikenali sebagai Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan mengadakan demontrasi di hadapan kompleks Kota Darulnaim.

Mereka datang dengan empat bas yang disewa khas dan sebahagian besar dipercayai bukan penduduk tempatan, sebaliknya datang dari Perak dan Pahang.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, kumpulan Orang Asal itu dilihat berada di hadapan Kota Darulnaim sebelum jam 8 pagi, ketika pejabat kerajaan belum beroperasi.

"Sebahagian besar mereka dipercayai bukan penduduk Orang Asal tempatan. Pihak terbabit sengaja mahu menimbulkan persepsi negetif terhadap kerajaan negeri dengan mengungkit-ungkit perkara yang sama.

"Sedangkan kerajaan negeri sudah menjelaskan tidak ada istilah tanah adat Orang Asal di Kelantan seperti sesetengah negeri lain.

"Biar pun begitu kerajaan tetap mewartakan tanah bagi kepentingan masyarakat mereka. Perkara itu sudah difahami penduduk Orang Asal tempatan kecuali mereka yang tinggal di Perak atau Pahang," katanya di sini.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan penduduk Orang Asal demontrasi dan menyerah memorandum mendesak kerajaan Kelantan mewartakan tanah adat mereka.

Sementara itu di Kuala Krai, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan kawasan seluas 100 hektar di Pos Jedip dalam proses untuk diwartakan sebagai penempatan masyarakat Orang Asal.

Selain itu katanya, pada 2010 kerajaan negeri menyerah surat hak milik tanah kepada 89 penduduk Orang Asal di Pos Sendrop, Lojing.

"Kawasan lain termasuk Kuala Betis juga akan diwartakan sebagai kawasan penempatan Orang Asal dan tidak berbangkit kerajaan negeri mengenepikan masyarakat Orang Asal di Kelantan," katanya selepas majlis penyampaian geran tanah dan bantuan sosial di Mengkebang.

Menurutnya juga tidak ada istilah tanah adat Orang Asal di Kelantan seperti didakwa kumpulan terbabit.

Beliau juga menafikan kerajaan negeri melulus aktiviti pembangunan berhampiran penempatan Orang Asal di Gua Musang.-SOURCE

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Sekitar Majlis Haflah Ilmu <b>Di</b> Pondok <b>Bunut Payong</b>

Posted: 22 Apr 2012 09:45 AM PDT

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KHAMIS baru-baru ini, iaitu pada 19 April 2012, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Haflah Ilmu telah menganjurkan majlis ilmu di Madrasah Ahmadiah, Pondok Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan sempena Hari Hol Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Tahir yang juga merupakan pengasas Pondok Bunut Payong. Pada majlis tersebut, Haflah Ilmu telah menganjurkan sessi Kuliah Zohor yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Datuk Bentara Setia, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Penulis telah berpeluang untuk menghadiri majlis tersebut yang bermula pada jam 12.30 tengahari. Namun begitu Penulis hanya tiba di majlis tersebut pada lebih kurang jam 1.15 tengahari. Namun begitu, Penulis masih bernasib baik kerana, Tuan Guru masih belum tiba semasa Penulis sampai. Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya tiba di majlis tersebut lebih kurang 5 minit selepas Penulis.
Selepas mengimamkan solat Zohor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyampaikan kuliah Zohor yang mana intipati kuliah tersebut adalah berkisar tentang usaha dakwah oleh ulama'-ulama' terdahulu termasuklah Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Tahir sendiri dalam usaha untuk mengembangkan Islam dan ilmu terutamanya di Negeri Kelantan yang dikenali 'Negeri Serambi Mekah' dan juga 'Negeri Tadahan Wahyu'.
Hasil pemerhatian Penulis, walaupun telah berusia 82 tahun, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempunyai daya ingatan yang kuat kerana beliau masih lagi mampu untuk mengingati kisah-kisah lampau tentang perkembangan Islam di Kelantan termasuklah ketika masih di alam kanak-kanak dan semasa penjajahan tentera Jepun. Tuan Guru juga masih lagi kuat mengingati ayat-ayat suci Al-Qur'an dan al-Hadis dan ini secara tidak langsung menolak kata-kata jahat golongan sakit hati yang menuduh Tuan Guru sebagai sudah nyanyuk.

Pada sebelah malamnya pula iaitu selepas solat Isya', majlis diteruskan pula dengan program bual bicara oleh penceramah bebas yang tersohor iaitu Ustaz Azhar Idrus yang turut dikenali dengan jolokan 'Ustaz Youtube'.
Satu kejutan berlaku pada malam tersebut, bilamana Ustaz Azhar Idrus tiba di majlis tersebut dengan dibawa menaiki motosikal berkuasa tinggi secara berkonvoi. Ketibaan Ustaz 'glamour' tersebut di majlis tersebut disambut meriah oleh kira-kira lebih dari 15 ribu peminat dengan laungan takbir dan tembakan berdas-das bunga api ke udara.
Kehadiran begitu ramai, para hadirin termasuk muslimah yang ditempatkan di dalam madrasah dan muslimin di tempat terbuka menyebabkan berlakunya sedikit kesesakan jalan raya bilamana ruang di kawasan Pondok Bunut Payong tidak mampu untuk menempatkan semua hadirin sehingga ada hadirin terpaksa duduk di atas pembahagi jalan . Namun begitu keadaan sesak tersebut sedikit sebanyak berjaya dikawal oleh Unit Amal PAS yang bertugas.
Seperti kebiasaan kuliah Ustaz Azhar, beliau diberikan peluang selama lebih kurang sejam untuk menyampaikan tazkirah beliau yang disampaikan secara santai dan bersahaja serta penuh dengan kelucuan. Kuliah beliau yang bermula lebih kurang pada jam 9.15 malam berakhir pada lebih kurang jam 10.15 malam.
Setelah selesai sessi pertama (kuliah/tazkirah) maka tibalah pula sessi kedua iaitu sessi menjawab soalan dari para hadirin. Seperti biasa, hadirin mengutarakan pelbagai bentuk soalan yang kadangkala menimbulkan kelucuan pada hadirin yang lain namun semua soalan yang diajukan tersebut berjaya dijawab secara bersahaja dan penuh kecerian oleh Ustaz Azhar dan sekali sekala Ustaz Azhar turut mengusik pengerusi majlis.
Namun begitu, konsentrasi sebahagian hadirin semasa sessi soal jawab tersebut sedang berlangsung agak terganggu bilamana ada tindakan tidak bijak dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengganggu tumpuan hadirin. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini didapati berkali-kali melakukan tindakan berbentuk provokasi dengan memancarkan sinaran laser ke arah salah satu skrin besar yang dipasang pihak penganjur ditempat terbuka. Tindakan tersebut sikit sebanyak menimbulkan ketidakpuasan hati sebahagian hadirin. Namun begitu, kematangan para hadirin berjaya mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini sehingga program bual bicara tersebut berakhir lebih kurang pada jam 11.45 malam.
Sebelum mengakhiri majlis bual bicara tersebut, Ustaz Azhar sempat menyampaikan hajatnya agar pihak MAIK dapat mempertimbangkan agar beliau diberi kebenaran untuk menyampaikan kuliah-kuliah beliau di masjid-masjid di Kelantan. Ini adalah supaya syiar Islam dapat dikembangkan lagi ke tengah-tengah masyarakat.
Pada pandangan Penulis, program yang dianjurkan oleh pihak Haflah Ilmu ini boleh dikatakan berjaya dan boleh diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Sepanjang mengikuti program tersebut, Penulis rasa amat berpuas hati dan InsyaAllah, Penulis akan sentiasa berusaha untuk menghadiri lagi program-program berbentuk ilmu seperti ini. InsyaAllah..

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Cupcake <b>di Kota Bharu</b> :: Amsyarbaker

Posted: 10 Apr 2012 01:46 PM PDT

Kami Hanya Beroperasi dikota Bharu dan daerah sekitarnya... menyediakan perkhidmatan membuat cupcake / cup cakes / kek cawan / kek coklat / door gift muffin / cake hantaran / coklat / dan bannyak lagi dengan dekorasi anda sendiri.

beroperasi di kelantan.

Untuk Tempahan Sila hubungi kami Di:-

amsyarbaker@gmail.com

017-9066702

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Nasib Baik Ada MAT SABU « PAS Untuk Kesejahteraan Ummah

Posted: 23 Feb 2012 06:48 AM PST

Abang Mat diterima baik, disambut bagai seorang MB di Manek Urai. Ana seronok sangat. Rupanya ada lagi pemimpin PAS di peringkat nasional yang mampu menarik perhatian pengundi di Kelantan. Almaklum, kedatangan seorang pemimpin PAS Pusat ke Manek Urai baru-baru ini gagal. Tak ramai orang. Orang dah tak berapa nak sambut pemimpin kita sendiri. Payah kalau macam ini.

Peristiwa cemas penduduk di Dun Manek Urai pada Julai 2009, diserang umpan kebendaan kini semakin dilupakan.

Sebaliknya hari ini mereka bangkit mengumpulkan semula kekuatan lama, ketika PAS hanya tinggal dua kerusi Dun pada pilihan raya umum 1978 di Kelantan.

Ketika itu PAS hanya bertahan di Dun Manek Urai dan Sering (Panchor).

Longgokan duit dikatakan diangkut menggunakan helikopter ditabur menjelang hari pengundian pada 14 Julai 2009, menambah semangat penduduk bagi mempertahankan PAS.

Semangat lama dibangkit kembali apabila ramai penduduk memenuhi program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di padang Majlis Daerah Dabong di Manek Urai Lama petang semalam.

Semangat berkobar-kobar turut dipamerkan anak muda apabila seramai 100 belia menyambut dan mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke program berkenaan.

Abang Mat masih lagi seorang pemimpin yang disayangi oleh rakyat, terutamanya di Kelantan. Ana nak ingatkan PAS Kelantan, jangan nak ambil mudah dengan Tok Pa yang kerja keras di Kelantan. Bersungguh dia. Kita pun tengok jadi penat. Maklumlah, dia banyak duit rakyat yang boleh pakai. Kita kurang.

Sekarang ini, slogan mereka adalah TUKAR. Kononnya TG Nik Aziz dah tua. Dah nyanyuk. Ramai juga orang muda PAS yang mula rasa benda sama. Ini perlu buat kita fikir elok-elok. Jangan emosi. Apakah cara mereka serang TG ini akan berhasil. Kalau ikut tahun-tahun dulu, kalau serang sangat TG – akan backfire. Kita tengok lah nanti.

Tapi, melihat Abang Mat diterima baik di Manek Urai. Insya'Allah, kita kekal jadi kerajaan.

Cuma kita kena hati-hatilah. Sekarang mereka serang Kelantan sebagai negeri miskin. Hina sangat nampaknya kita.

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Kedudukan ADUN &#39;Kontroversi&#39; Masih Samar | Detik Perubahan

Posted: 18 Apr 2012 12:39 AM PDT

KOTA BHARU – Nasib beberapa wakil rakyat Pas yang mempunyai isu kontorversi untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 masih samar.

Di antara wakil rakyat tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Saiful Bahrin Mohamad; ADUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim; ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh dan ADUN Dabong, Arifabillah Ibrahim.

Kesemua mereka dikatakan mempunyai isu kontroversi yang hampir sama iaitu membabitkan 'wanita' dan rumah tangga.

Hal peribadi wakil rakyat terbabit sebelum ini hangat diperkatakan media kecuali isu Arifabillah yang hanya menjadi perbualan di kedai kopi tetapi impaknya agak besar di Dabong.

Perusuhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas enggan mengulas mengenai kedudukan keempat-empat ADUN ini tetapi menegaskan senarai pendek calon Pas sudah siap.

Ketika diajukan soalan mengenai wakil rakyat bermasalah itu selepas Ijtimak Al-Mala' di Dewan Teraratai, Kota Darulnaim semalam, Nik Abdul Aziz hanya berkata: "Pandailah kita buat."

Untuk rekod, Saiful Bahrin dikaitkan dengan isu tangkap khalwat di sebuah bilik dalam gerabak keretapi, ia hangat diperkatakan di media baru dan arus perdana seketika dahulu.

Masalah melanda Wan Hassan apabila isteri keduanya, menfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Pasir Puteh selepas mendakwa ADUN itu tidak menjalankan tanggungjawabnya. Wan Hassan mempunyai rekod yang amat cemerlang di Semerak sebelum ini malah amat popular dikalangan orang kampung.

Wan Ismail pula mendapat perhatian media arus dalam isu perceraiannya dengan wanita 'cantik' dari Kemboja, Siti Aishah. Wajah Siti Aishah beberapa kali terpampang di muka depan Utusan Malaysia. Ia ditambah apabila Siti Aishah membuat tuntutan harta sepencarian sebanyak RM1 juta.

Arifabillah pula menjadi perbualan banyak pihak terutama di Dabong mengenai 'cerita' disebalik perkahwinan dengan isteri mudanya.

Bagaimanapun sejarah sebelum ini telah membuktikan isu peribadi bukan faktor utama untuk memilih calon dalam Pas. Sebagai contoh, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah tetap dipilih semula sebagai calon dan menang pada pilihan raya biarpun cerita mengenai perkahwinannya dengan seorang gadis bawah umur dari Kemboja hangat diperkatakan.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


BLOG - BLOG WAKIL RAKYAT: Dr. Boo Cheng Hau&#39;s Trilingual Blog <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2012 11:04 PM PDT

Kenyataan akhbar Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor, YB Dr. Boo Cheng Hau pada 21 April 2012 di Batu Pahat semasa sidang kahbar di Jamuan Malam DAP Batu Pahat, Johor terhadap mesyuarat Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah Tetap Dewan Negeri Johor yang akan diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu semasa membuat lawatan sambilan ke Dewan Negeri Terengganu pada 28 April.

Dr. Boo menyifat tindakan  Speaker Dewan selaku pengerusi Jawatankuasa berkenaan  kurang munasabah dan bercanggah dengan Konvensyen Parlimen Kommonwealth bahawa mesyuarat Parlimen atau mana-mana  persidangan Dewan termasuk mesyuarat  Jawatankuasa-jawatankuasa   mesti diadakan dalam presintnya iaitu persempadan Negeri Johor.

Bagi Jawtankuasa Peraturan dan Perintah Tetap Dewan Johor  bermesyuarat di luar Negeri Johor adalah bercanggah dengan konvensyen parlimen. Tindakan Jawatankuasa Dewan Negeri Johor berkenaan  bersidang di Kuala Terenggnu seumpama Parlimen Malaysia atau mana-mana Jawatankuasa Terpilihnya  mengadakan persidangan di luar negara.  

Di samping itu, saya telah dimaklum oleh YB Dr. Mohamad Taslim (PR/PAS, ADUN Maharani) senagai wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatnukuasa Perauran Tetap Dewan Negeri johor, bahawa  pindaan-pindaan peraturan-peraturan tetap yang akan dibangkit semasa mesyuarat di Kual Terengganu.

 Dr. Boo  menyifat pindaan-pindaan terbabit autokrak dengan mengurangkan kebebasan ahli-ahli Dewan dan kalangan awam untuk mendapatkan maklumat berkenaan dasar-dasar dan pentadbiran kerajaan negeri.

Pindaaan peraturan-peraturan tetap adalah berikut ini:

1. Pindaan mengurangkan soalan lisan dan bertulis seseorang ahlio Dewan Negeri semasa persidangan Dewan dari 11 soalan lisan dan  bertulis yang telah dihadkan pada waktu ini;

Dr. Boo menyatakan pindaan ini bermakna bilangan soalan yang boleh dikemukakan oleh seseorang ahli Dewan Negeri akan kurang daripada 11 soalan setiap sesi persidangan Dewan Negeri. Pindaan ini akan membantut kebebasan ahli-ahli Dewan Negeri untuk memeriksa pelaksaaan dasar-dasar Kerajaan Negeri;

2. Pindaan bahawa Soalan-solaan lisan yang tidak dijawab tidak habis dijawab akan dihapus kira dan tidak kan dijawab secara bertuls. 

Dr. Boo mengatakan  pindaan ini yang bercanggah dengan Praktis  Parlimen Komenwealth termasuk Parlimen Malaysia dan mana-mana Dewan Negeri di mana Kerajaan wajib menjawab semua soalan lisan yang tidak habis dijawab semasa persidangan Dewan secara bertulis.    

Dr. Boo membidas pindaan ini menunjukan rejim Barisan Nasional semakin autokratik dan enggan mendengari masalah rakyat; Pindaan ini berniat menyembunyi kelemahan sesetengah Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri menangani isu-isu berhiubung dengan jabatan-jabatan mereka.

Pindaan ini mengancam sistem demokrasi berpalimen di Negeri Johor sebab cuma 10% soalan lisan dapat dijawab semasa persidnagan Dewan Negeir dan 90% soalan lisan yang tidak habis dijawab akan dihapus kira.

Pindaan ini adalah luar biasa kerana Parliemn malaysia dan Dewan-dewan Negeri lain pun tidak menjalankan praktis dengan menghapuskira soalan-solan lisan yang tidak habis dijawab.  

3. Pindaan bahawa ucapan tangguhan hanya semasa Persidangan Perasmian dan Pembentangan Bajet sahaja dan menghadkan 3 orang sahaja berucap dalam Ucapan Tangguhan dari asalnya  5 orang ahli Dewan dibernarkan memberikan ucapan tangguhan.

Walaupun sejak tahun 2010, ahli-ahli Dewan pembangkang ditolak untuk memberikan ucapan tangguhan, tindakan Barisan nasional Negeri Johor ingin menghadkan ahli-ahli Bekbencer Barisan Nasional itu sendiri dari menutarakan masalah rakyat dan masyarakt.  

Ucapan tangguhan merupakan salah satu kaedah untk ahli-ahli Dewan Pembangkang dan bekbencer memeriksa pelaksanaan  dasar kerajaan; pindaan tersebut  menunjukan Kerajaan Negeri BN di bawah pimpinan Abdul Ghani Othman selama 17 tahun semakin autokrak kerana  enggan mendegari masalah rakyat dan cadangan baik dari ahli-ahli Dewan pembangkang atau bekbencer. 

5. Pindaan memperkasakan kuasa Speaker untuk menolak soalan yang difikirkan tidak sesuai dan relevan: 

Pindaan ini memerika kuasa yang mutlak kepada Speaker untuk menolak soalan-soalan ahli-ahli Dewan walaupun sebenarnya Peraturan dan Perintah Tetap asal telah mberikan kuasa yang besar kepada  Speaker  menolak soalan-soalan berasaskan sebab-sebab yang jelas dinyatakan dalam Peraruan tetap Fasal 26(2). 

Pindaan ini akan meberikan kuasa mutlak kepada Speaker untuk menolak sebarang soalan yang dianggap tidak relevan secara suibjektif serta menghidar demokrasi Dewan Negeri.

Walaupun Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan, Dewan Negeri Johor telah mengambil langkah-langkah untuk menggenggam kebebasan ahli-ahlinya untuk berusara dalam persidangan Dewan Negeri. 

Pindaan-pindaan tersebut bersifat autokrak dan Pakatn Rakyat Johor menetang sebarang pindaan Perauran tetap yang akan mengancam demokrasi Negeri Johor sedemikian.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


CITYBLOGGER..PENAFIAN Laman ini tidak bertanggungjawab atas <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2012 03:57 AM PDT

PAS, RASUAH & SALAHGUNA KUASA ... BAGAI AUR DAN TEBING ! Date 02/11/2010 04:43 Author Dialog Dewasa Kritik Berasa Hits 219 Print Pdf RSS Masih ingat lagi dengan kes penerima konsesi balak terbesar di Kelantan, Timbermine Sdn Bhd yang kini menunggu pampasan RM800 Juta dari kerajaan PAS Kelantan? Disember 2009, Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan PAS Kelantan telah melanggar perjanjian yang ditandatangani 45 tahun yang lalu bersama Timbermine Sdn Bhd yang telah dianugerahkan kawasan konsesi balak teramat luas beribu ekar pada tahun 1964 oleh Menteri Besar PAS, Ishak Lotfi. Ini adalah kes klasik dan permulaan bermula salahguna kuasa parti PAS yang bertopengkan Islam bermukakan Iblis dan hawa nafsu. GWM paparkan putarbelit media sensasi alam sesmesta Harakahdaily yang menulis artikel ?RM 800 juta: Kelantan Warisi Kes UMNO BN? (baca dengan teliti penyelewengan fakta dan sejarah). Contoh cemerlang media pemfitnah paling agung dari parti PAShit! Bagaimana Harakahdaily yang dinobatkan oleh juak juak PAS sebagai ?Tepat Dari Sumber? boleh miscalculated sejarah dan matematik? Ini kes berat dan memalukan! Tahun 2009 ditolak 45 tahun, bermakna kejadian dan kes tersebut berlaku pada tahun 1964. Walhal, PAS menyertai BN selepas penubuhan MAGERAN dan bertanding atas tiket BN pada pilihanraya umum pada tahun 1974. Itu suatu perbezaan cukup ketara ... 10 tahun. Pemberian konsesi balak berlaku pada tahun 1964! Bukan tahun 1974! Apa rasional memberi kawasan tanah beribu ekar hanya kepada satu syarikat konsesi balak, Timbermine Sdn Bhd! Mahkamah Tinggi mengatakan isu pemberian konsesi tersebut berlaku tahun 1964! Husam Musa dan Harakahdaily memandai mandai ubah sejarah dan salah kira matematik mengatakan isu tersebut berlaku pada tahun 1974! Siapa yang putar belit isu di sini ... Mahkamah atau PAShit! Menteri Besar PAS BN Kelantan (sewaktu MAGERAN), Muhammad Nasir telah membatalkan perjanjian tersebut kerana cukup yakin pemimpin PAS Kelantan telah menggadaikan cukup luas tanah di Kelantan hanya kepada satu syarikat konsesi balak. Yang peliknya, para pemimpin PAS telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar mereka sendiri kerana mahu menutup bangkai gajah yang sudah cukup busuk dan meloyakan. Sama ada PAS mahu mangaku atai tidak, Menteri Besar pada tahun 1978 Tan Sri Muhammad Yaccob (yang dimalukan dan di?boo? oleh PAS pada Persidangan DUN Kelantan 1989) bertanggungjawab mengadakan rundingan bersama Timbermine Sdn Bhd. Kerajaan negeri Kelantan dibawah pemerintahan Tan Sri Muhammad Yaacob telah berunding dengan Timbermine Sdn Bhd untuk diberikan tanah kepada Kerajaan Persukutuan dan dimajukan oleh KESEDAR. Pihak kerajaan negeri telah membayar sejumlah pampasan kepada Timbermine Sdn Bhd. PAS sehingga kini tidak pernah memberikan satu fakta dan kenyataan rasmi berhubung perkara di atas. Kesemua isu isu tempatan tidak berani dikemukakan kerana rakyat akan mengetahui pembohongan terbesar sejarah PAS Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan kini yang mengalami defisit belanjawan terkumpul sebanyak RM 1 billion, berhadapan pula dengan bayaran pampasan sebanyak RM 800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd. Umum tahu, belanjawan tahunan kerajaan negeri adalah sebanyak RM 400 juta. Bermakna perintah bayaran pampasan RM 800 juta adalah bersamaan dengan 2 tahun belanjawan kerajaan negeri. Bagaimana harus diselesaikan isu bayaran pampasan tersebut? Kocek kerajaan PAS kelantan semakin kering kontang, namun sanggup pula untuk membayar RM 389,250 bagi sejumlah 1,557 pengundi berdaftar di luar untuk balik mengundi di DUN Galas. Apakah rasional di sebalik membelanjakan sejumlah wang tersebut sedangkan kerajaan negeri sedang berhadapan dengan defisit belanjawan dan tuntutan pampasan dari syarikat konsesi balak? Maka tidak hairan mengapa PAS begitu rakus membelasah apa sahaja yang tertulis di dalam Al Quran dan Sunnah. Habis segala ayat ayat suci Al Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. digunapakai sebaik mungkin untuk sokongan dan membeli undi wahid! Sudah memang terpalit di lambang parti sejak 1964 parti ini sudah terbabit dengan salahguna kuasa. Kerakusan hawa nafsu dan tamak haloba pemimpin PAS sebenarnya mengakibatkan tuntutan saman dan pampasan. Bagaimana mahu membayar sejumlah wang ?dosa? pampasan PAS jika kerajaan negeri tidak mempunyai apa apa lagi dana dan simpanan. Tidak hairanlah mengapa parti PAS cukup gemar dan naik syeikh untuk bermain dengan isu royalti minyak di Kelantan. Apalagi dengan berlangsungnya pilihanraya di DUN Galas. Inilah masa untuk menterbalikkan fakta dan minda rakyat supaya percaya dengan parti pembohong ini. Isu royalti minyak kini sedang laris dimainkan oleh PAS di DUN Galas. Isu nasional, isu tempatan ... langsung tidak disentuh. Malu kalau rakyat di Gua Musang dan Kelantan amnya tahu. Wang dan salahguna kuasa! Slogan dan Wahid sebenar perjuangan PAS sejak tahun 1964! ... Bagi aur dan tebing! Sumber rujukan yang sahih: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/31/courts/5393622&sec=courts http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23944:rm800-juta-kelantan-warisi-kes-zaman-umnobn&catid=1:utama&Itemid=50 http://kickdefella.wordpress.com/2010/01/02/kelantan-akan-muflis/ MELAYU ATAS PAGAR Posted by Gelombang Wangsa Maju Source: Dialog Dewasa Kritik Berasa

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Perit Jerih <b>Di</b> Awal Pentadbiran Kerajaan <b>Negeri Kelantan</b> – Tuan <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2012 01:11 AM PDT

Surat terbuka kepada pejuang Melayu April 17, 2012

Ramai kalangan individu dan kumpulan yang mengisytiharkan menjadi pejuang Melayu, secara laungan lisan yang bersuara dan tulisan yang dicatit di dada akhabar, majalah dan sepanduk yang direntang, semuanya penuh bersemangat yang berkobar-kobar, sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Bagi penganut Islam, yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu juga, wajiblah ben […]

webmaster@pas.org.my (Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang)

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Najib tidak didera selepas BN kecundang <b>di</b> Putrajaya

Posted: 31 Mar 2012 04:43 PM PDT

KOTA BHARU, 31 Mac: Datuk Seri Najib Razak usah risau Pakatan Rakyat tidak akan mendera atau membalas dendam terhadapnya sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

"Kita tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan-rakan sekarang.

"Sama seperti saya lakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad biar pun menyebabkan saya dipenjarakan, namun selepas keluar saya tidak mengambil sikap membalas dendam terhadap perbuatannya," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya kita akan tanya Najib dengan berhemah dan bersopan tidak kasar biar pun sekarang mereka melakukan pelbagai perbuatan agresif dan kebudakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Kata beliau semasa berceramah di Johor keretanya dilontar dan ditendang kumpulan yang disyaki diupah Umno, begitu juga ketika Nurul Izah berceramah di tempat lain hampir terkena  tumbukan  samseng.

"Malah ketika saya datang ke sini tadi ada kumpulan budak-budak samseng diupah melontar batu terhadap kereta saya. Di Kelantan pun mereka berani buat begitu. Ini kerja-kerja orang bodoh yang tidak tahu duit mereka dirompak pemimpin Umno.

"Kamu ingat saya takut ke..  Ingat biar pun saya dipenjara sekali pun saya tetap lawan. Lawan tetap lawan," katanya memulakan ucapan membakar emosi puluhan ribu rakyat Kelantan yang berhimpun di Padang Perdana malam tadi.

Ribuan anak-anak muda yang memenuhi setiap ruang padang menyahut cabaran sehingga ada yang menyebut kita akan lanyak mereka.

Difahamkan rombongan Anwar ketika melalui simpang tiga menghala ke Jalan Mahmood didatangi kumpulan pemuda samseng yang dipercayai diupah melontar batu terhdap kenderaannya.

Sebelum itu beliau berceramah di Pengkalan Kubur dan pada sebelah siang mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Paloh, Gua Musang dan Guchil Kuala Krai.

Program ceramah perdana dan solat hajat di Padang Perdana bermula dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa. Kemudian diikuti kuliah Maghrib oleh Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Selepas solat Isya' diadakan solat hajat.

Doa solat hajat yang dibaca Ustaz Mohamad begitu syahdu sehingga ramai yang sebak di dada. Malah orang ramai yang hadir ke pesta buku di Dewan Jubli Perak yang terletak bersebelah turut menadah tangan berdoa.  Ruang padang tempat ceramah begitu padat sehingga melimpah ke jalan raya.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan  Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS berkata, Kelantan menjadi pangkalan kepada kebangkitan rakyat di negara ini bagi menjejaki usaha menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya rakyat Kelantan membuktikan sejak 1959 mereka sudah berani memilih parti yang berlambang bulan bintang  dan menolak parti kapal layar (Perikatan) hanya selepas dua tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Hidangan air kelapa aiskrim dan mee celup <b>di</b> Warung Moksu <b>Pasir</b> <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2012 08:36 AM PDT

warung kurnia ibu atau kedai moksu

Inginkan hidangan 'ringan' yang lazat di suasana yang mendamaikan? jom ke kedai Moksu di Pasir Mas.

Warung Kurnia Ibu atau lebih mesra dipanggil 'kedai Moksu' sangat popular di Pasir Mas. Lokasinya ditepi landasan keretapi.

Warung ini sudah lama beroperasi iaitu sejak tahun 1980an lagi.

Menariknya, warung ini merupakan antara pelopor minuman berasaskan kelapa (coconut shake) di Kelantan. Dahulunya warung ini  kecil dan beratapkan daun nipah sahaja. Kini, ia  lebih selesa dan ruang makan lebih luas.

'Signature dish' di warung ini tentulah minuman coconut shake dan mee celup. Selain  itu, pelbagai jenis masakan panas dan western boleh didapati di sini.

coconut shake

Hilangkan penat berjalan dengan air kelapa susu ais krim

mee celup

Mee celup campur pasti menyelerakan

Apa yang sangat istimewa adalah minuman coconut shake dihidangkan dengan pelbagai jenis rasa aiskrim pilihan seperti vanilla, coklat, keladi, pandan dan pelbagai lagi.

Suasana di sini sangat mendamaikan. Layanan juga sangat memuaskan dengan mempunyai pekerja yang sopan serta memakai pakaian rasmi dan siap berkepiah.

Sangat disyorkan mencuba di warung ini jika singgah di bandar Pasir Mas.

suasana di warung kurnia ibu

Suasana di warung kurnia ibu

di tepi landasan keretapi

Di sebelah kiri gambar adalah jalan keretapi

warung kurnia ibu dalam NST

Disiarkan di dalam NST pada tahun 2010

Menu pilihan: Coconut shake + asirkim, mee dan kuetiaw celup

Tips:

  1. Tidak digalakkan untuk pergi selepas pukul 5 petang kerana kebiasaannya mee celup telah habis pada waktu ini.
  2. Ruang parking agak terhad, waktu puncak adalah tengahari, ramai budak sekolah akan ke warung ini.

Peta Lokasi Warung Kurnia Ibu (Moksu)

ads