Khamis, 28 Julai 2011

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


KAUNSELOR ANDA: HARI SUAIKENAL KOLEJ KOMUNITI <b>KOK LANAS</b>

Posted: 05 Jul 2011 01:04 AM PDT

5 Julai 2011.
Majlis Perasmian Hari Suaikenal pelajar-pelajar baru Kolej Komuniti Kok Lanas telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Tuan Hj Zairon Bin Mustapha, Pengarah Kolej Komuniti Kok Lanas di Aked Perdana.
Pelajar-pelajar juga telah melafazkan ikrar dan akujanji untuk menjaga disiplin dan berjanji untuk belajar dengan bersungguh-sungguh di samping akan menjaga tatasusila serta disiplin kolej.
Majlis disusuli pula oleh taklimat Kolej,Taklimat Pengambilan, Peperiksaan dan Taklimat Akademik.
Tn Hj Zairon, Pengarah Kolej Komuniti Kok Lanas 
Firdaus...mengepalai bacaan ikrar
....merancang Program untuk pelajar tersayang.....
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 09:02 AM PDT


j-QAF SK <b>CHIKU</b> 03: Asal Usul Sek. Keb. <b>Chiku</b> 03

Posted: 31 May 2011 11:59 PM PDT

Bermulanya pembukaan tanah baru di kawasan hulu negeri Kelantan, telah banyak memberi peluang-peluang pekerjaan dan penempatan baru. Ini termasuklah di kawasan Gugusan Felda Chiku. Dari situlah lahirnya kepentingan memberi pendidikan kepada anak-anak peneroka..

Sekolah ini mula dibuka pada 1.1.1987. Pada awalnya ia merupakan sekolah cawangan di bawah kelolaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chiku 02. Guru besar yang pertama ialah En. Jaafar B. Yussof. Sekolah ini bermula dengan 10 bilik darjah yang di tempatkan sementara di bangunan lama Pejabat Felda Chiku 03.

Sekolah ini dimerdekakan pada 1.4.1988. Masih berada di lokasi lama tetapi sudah mendapat bangunan tambahan untuk menampung bilangan murid yang bertambah dengan pesat. Tuan Haji Mat Hussain b. Awang Hamat telah dilantik menjadi Guru besar yang pertama selepas dimerdekakan. Beliau bersara secara pilihan pada 31.12.1993.

Satu lokasi baru telah dikenalpasti untuk membina bangunan baru. Sebidang tapak seluas 13.22 ekar di Bandar Baru Chiku dikenal pasti. Bermula dengan detik inilah sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Chiku 03 pada 1.12.1991. Nama ini diberi bertepatan sekali dengan lokasi sekolah ini yang terletak di kawasan Felda Chiku 03.Tambahan pula pada suatu waktu kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok ciku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pembinaan jambatan <b>Manek Urai</b> ikut jadual

Posted: 24 Jul 2011 04:01 PM PDT

KOTA BHARU 24 Julai – Pembinaan jambatan bagi menghubungkan Kampung Manek Urai Lama dan Baru yang dijanjikan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, berjalan mengikut jadual ditetapkan.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tidak ada sebarang masalah yang timbul dalam pembinaan jambatan tersebut biarpun pada awalnya mengalami sedikit kesulitan disebabkan struktur tanah di sungai terbabit.

Beliau berkata, kos jambatan tersebut telah meningkat daripada penilaian awal sebanyak RM8 juta sehingga RM15 juta.

"Untuk makluman projek pembinaan jambatan Manek Urai berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan biarpun pada peringkat awalnya timbul sedikit masalah disebabkan struktur tanah," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) di Jabatan Pembangunan Persekutuan di sini hari ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Imej Berkebajikan Pas <b>Di Kota Bharu</b> | Khabar Kota Bharu

Posted: 15 Jul 2011 08:39 AM PDT

Oleh Ali Salleh

KOTA BHARU – Nik Khairul Zaman Zahari, 16, menjadi imej sebenar konsep negara berkebajikan kepimpinan Pas Kelantan kerana kesusahan hidup keluarganya terbiar di tengah pembangunan bandar Kota Bharu.

Malahan kesusahan dan keperitan hidup yang dialami menyebabkan Nik Khairul terpaksa melupakan hasrat untuk turut bersama rakan-rakanya seusianya menuntut ilmu kerana mencari rezeki halal membantu keluarganya.

Nasib baiklah agensi kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) menghulurkan bantuan kepada keluarga Nik Khairul melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM500 seberbanding tiada bantuan diterima kerajaan Pas Kelantan.

Nik Khairul menghabiskan masa selama lima jam setiap hari untuk mengutip kertas dan botol-botol di sekitar bandar, Kota Bharu mulai pukul 2 petang.

Hasil kerja mencari bahan-bahan terbuang, dia memperolehi RM15 sehari dan pendapatan tersebut diberikan kepada keluarga untuk perbelanjaan harian.

Dia yang tinggal bersama ibu bapanya serta dua lagi adiknya menggunakan basikal roda tiga yang diubahusai sendiri untuk menjalankan tugasnya mencari kotak dan botol-botol kosong di sekitar kawasan bandar ini.

Bapanya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap hanya memperoleh pendapatan sekitar RM400 untuk menanggung seisi keluarga manakala ibunya Nik Suriani Deris, 37 tidak bekerja dan terpaksa adik-adiknya yang salah seorang darinya mengalami penyakit sawan.

. "Saya terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan keluarga. Sebagai anak sulung saya berusaha membantu keluarga saya mencari rezeki hahal dengan mengutip kertas dan barangan terbuang.

"Duit hasil jualan kotak dan barangan terbuang itu akan saya berikan kepada ibu saya untuk membeli beras dan makanan keperluan harian bagi kami sekeluarga," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Cina, dekat sini semalam.

Tambahnya, dia tidak lagi bersemangat untuk bersekolah kerana tekanan hidup termasuk gagal menjelaskan yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sementara itu, ibunya Nik Surina Deris mengakui masalah tekanan hidup menyebabkan anak sulungnya itu terpkasa berhenti sekolah dan pendapatan yang diperoleh anaknya hasil jualan kotak dan barangan plastik sedikit sebanyak membantu keluarga.

"Saya tak tahu nak cakap apa lagi, dia dah tak nak ke sekolah. Lagiupun yuran peperiksaan PMR pun tidak bayar lagi. Jadi slip keputusan peperiksaan tak dapat nak ambil," ujarnya.

Sudah tiba masanya ada pihak datang membantu keluarga malang ini yang sudah bertahun-tahun hidup tanpa sebarang pembelaan daripada kerajaan Pas berkebajikan.

–KHABAR KB

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Pinky Momma: * <b>Rantau Panjang</b> Kelantan..phewww last stop shopping <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2011 09:52 PM PDT

destinasi percutian utk bershopping kami adalah lastnya di Rantau Panjang..
sebab dah dekat sangat ngan Munduk tadi..
dari Munduk just jalan terusssssss dalam 10KM dah sampei..

mood masa ni dah rasa penat nak shopping huhu..
almaklum dah beriya di Munduk kan..
tapi dah alang alang sampai di Kelantan..
kena la singgah Rantau Panjang..owh ya Pengkalan Kubor ku tak pergi..
sebab org sana cakap Pengkalan Kubor harga barang mahal juga..
lebih baik ke Rantau Panjang je..

ni kali kedua ku ke sini..kali pertama masa zaman study dulu..
dapat room mate org kelate..folo dia skali balik kg ari tu..
kali ni bersama keluarga kecik pulak hehehe..

jom kita ronda ronda jom..
bantal kekabu kat sini still tak leh lawan Munduk..
kalau Munduk 3 biji bantal = RM10
di sini 2 biji je = RM10..so korang nak yang maner? hehehe..


kalau di sini..harganya mahal skit..
lebih dalam RM5 camtu la utk barang barang ni..
barang sama jer..cuma harga yang lain..
sebab tu ku cakap..kalau nak shopping barang dengan harga yg murah..
baik la ke Munduk..berpeluh peluh pun berbaloi kan..
cuma kat Rantau Panjang..teduh dan berbumbung..panas tetap panas lalala~




adik ipar dan encit papa tak melepaskan peluang utk membeli makanan kat sini..
dodol..asam..biskut yg manis manis tu..tak ingat nak nyebutnya..hahaha
ada tu 3 barang = RM10
ada tu 5 barang = RM10
tapi yang pasti..harga gajus smua tempat pun sama..mahaiii wei..
satu bag tu dalam RM18..kalau gajus yg bakar mahal lagi..
nak tak nak beli juga 2 peket..sebab abg long suka!



encit papa tersawan tengok selipar selipar ni..
mula mula nak beli utk dia jer..tiba tiba wifey nak juga huhu..
baru la pakai serasi bersama kan kak bedah..hahaha


dan sebelum pulang..abg long sempat menggayakan spec baru pada ari itu..
sebenarnya anak anak yg best skali..
banyak belikan barang diaorg je..papa dan mama cuma selit selit ;p
control macho abg long..walaupun dia dah letih berpeluh peluh!


antara barang yg sempat dibeli sebagai kenangan..
harusla slipar ni..encit papa warna ijo tak hengatttt...nak tapak tebal katanya..
untuk diriku..korang pun leh agak kaler apa kan..pink la uols ;D
tiba tiba terfeeling comel ku memakai sliper pink hakhakhak
statement sangat tak menahan kan..pedulikkk...

dia letak RM25 sepasang..mana mana kedai pun harga ni..
tapi sebab beli 3 pasang..untuk ayah mertua skali..
dia bagi RM50 jer..ok la kan..


dan kudap kudapan yg harus dibeli..
buah gajus dan segala snek tu..2 ari je bertahan..pastu dah habis kat umah ni..
feveret abg long lar katakan..kacang mahai memang sedap la abg long huhu..


yang lain mestila baju dan baju lagi..erkkk ni adik iparku je yg shopping..
diriku serius dah tak bernafsu..cuma pandang dan jeling jer di sini ngehhh~
for me secara peribadinya..wahh macam nak bagi ucapan kan..
untuk tempat shopping yg best..

1. Munduk
2. Rantau Panjang
3. Wakaf Che Yeh

utk entry Cuti Cuti Kelantan yg lepas..leh klik bawah ya..

Part 1: Jalan Jalan Kampung Kraftangan

Part 2: Makan di Nasi Ulam Cikgu

Part 3: Shopping di KB Mall

Part 4: Hotel di Wakaf Che Yeh

Part 5: Shopping di Wakaf Che Yeh

Part 6: Makan Chim Chum di Food Village

Part 7: Shopping di Munduk

pasni last entry utk cuti cuti kelantan..aihh penatt~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

**kisah keluarga kecik kami dr bandar ke kampung**


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Homestay | Rumah Tumpangan | Guest House | <b>Pengkalan Chepa</b> | Kota <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2011 01:39 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Datang dan Terima Kasih kerana memilih Mida Homestay di Pengkalan Chepa. Kami akan melancarkan homestay baru dan membuka tempahan untuk bulan Ogos 2011. Kami akan Menawarkan Penginapan yang Selesa dengan Harga yang Berpatutan.

Penginapan Ideal Untuk Anda Sekeluarga

Jadikan Mida Homestay sebagai destinasi persinggahan pilihan anda sekeluarga.

Kami menawarkan Rumah Semi-D dengan set seperti berikut.

3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu, Dapur & Ruang Makan
Ruang Parkir berpagar.
Fasiliti :
- 2 Katil saiz Queen
- 2 katil saiz Single King
- TV, Peti Sejuk
- 1 Aircond & 4 kipas
- Sterika
- Set Sofa
- Meja Makan
- Cerek Elektrik dan Penapis Air.

RM200.00

*Tambahan : Tilam & Bantal (jika perlu)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


PAPISMA <b>Kelantan</b>: Khidmat Kesihatan <b>di</b> Tendong Bunut Susu dan <b>...</b>

Posted: 30 May 2011 10:07 AM PDT

Alhamdulillah, dua program khidmat kesihatan statik sempena program Cakna Rakyat telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan; di Dun Tendong Bunut Susu pada 21 Mei dan di Dun Bukit Tuku, pada 28 Mei yang lepas.



Sambutan daripada pengungjung, rata-rata orang tempatan untuk menerima rawatan secara percuma adalah memuaskan. Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh PAPISMA Kelantan sempena program Cakna Rakyat tersebut adalah membuat pemeriksaan kesihatan percuma seperti memeriksa tekanan darah serta kandungan gula dalam darah. Para pengungjung berpeluang mendapatkan ubat-ubat secara percuma disamping mendapatkan khidmat nasihat daripada kami.



Ribuan terima kasih khas buat Dr. Shahril, Dr. Hasme Zam, Prof Razak dan En. Rizwan (Farmasi Machang) yang sudi melapangkan masa untuk turun ke Dun Tendong Bunut Susu pada 21 Mei. Juga ucapan terima kasih juga buat team ke-2 yang diketuai oleh Dr. Shahril, Dr. Azaharim, Dr. Rosnani dan Dr. Azura kerana sudi turun ke Dun Bukit Tuku Rantau Panjang pada 28 Mei yang lepas bagi memberikan khidmat kepada masyarakat. Semoga Allah swt memberi keberkatan di atas pengorbanan yang telah dicurahkan.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


JARI JARI BERCERITA: ~ MATAHARI <b>MERAH DI TANAH</b> PULAU ~

Posted: 24 Jul 2011 06:24 AM PDT


SUDAH beberapa kali rancangan untuk menghirup udara segar dan mengintai langit merah di celah debur ombak tersangkut gelincir. Rancangan untuk ke tanah pulau itu tertangguh lagi. Sedang sepatutnya aku berada di sana pada hari ini sehingga Selasa depan. Ermm...

Menggamit. Dan aku sangat mahukan itu untuk ketika serabut panjang membuat damping. Tidak sahaja urus pekerjaan yang berselirat menguji kudrat, tetapi juga tekanan kiri yang menginjak rasa.

Dann.. andai sahabat yang namanya BR yang sudah ke seberang benua itu ada, pasti sahaja dia akan mengerti dan mengumpan langit merah itu.


[Hari ini sempat hanya secawan coffee di-tepi sungai Melaka..]
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads