Jumaat, 10 Jun 2011

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Interaktif <b>Bunut Payong</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 05 May 2011 07:03 AM PDT

KOTA BHARU, 27 April: Sejak lebih setahun lalu Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dan Persatuan Arked Uda mendakwa saiz lot niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal.

Sedangkan mereka lupa saiz lot tersebut diputus berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.

Buktinya terkandung dalam minit mesyuarat pada 20 Januari 2010. Ketika itu persatuan diwakili Abdul Salim Ahmad dan Wan Lokman Wan Salleh.

Keluasan asal setiap lot di tingkat bawah 12 x 10 kaki persegi dan jumlah lot sebanyak 107 unit. Namun persatuan tetap mahu 415 peniaga berniaga di tingkat bawah.

Ekoran desakan itu menyebabkan kerajaan negeri mengarahkan pemaju menambah jumlah lot di tingkat bawah bagi memenuhi kehendak peniaga.

Lot tersebut akhirnya dikecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi dan memuatkan 368 lot.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keluasan setiap lot di tingkat bawah sudah dipersetujui wakil-wakil peniaga pada mesyuarat yang diadakan pada 20 Januari 2010.

"Sebelum itu jumlah lot di tingkat bawah memang luas iaitu 12 x 10 kaki persegi iaitu sebanyak 107 unit.

"Tetapi apabila semua peniaga mahu berniaga di tingkat bawah, jadi kita kecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi sehingga memuatkan 368 unit.

"Inilah punca yang menyebabkan saiz lot menjadi kecil kerana kesemua peniaga mahu tingkat bawah. Dan keluasan itu sama dengan saiz lot di Pasar Lama MPKB," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Hadir sama dua anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Nazran Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Turut dijemput hadir pada mesyuarat terseebut Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad, Pengerusi Persatuan Peniaga Arked Uda, Borhan Mohd Nor dan dua lagi peniaga.

Sebelum ini Salim dilaporkan berkali-kali mendakwa saiz lot di Bazar Tok Guru sempit.

Persatuan itu juga membawa isu tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustafa Mohamed, namun kehendak peniaga terperap begitu sahaja, hanya sekadar mengisi ruang di halaman akhbar.

Timbalan Menteri Besar menegaskan lagi wakil peniaga terbabit bersetuju dengan keluasan 6 x 8 kaki persegi.

"Pengerusi persatuan bersetuju saiz 6 x 8 kaki persegi, dia boleh terima dan cuma beritahu mahu keselesaan.

"Dia juga ada kata tak selesa hendak hisap rokok pun tak sedap dan barang yang dijual melimpah ke luar, sedangkan kita sediakan setor di tingkat bawah," ujar Takiyuddin.

Ahmad berkata, hari ini kerajaan negeri telah putuskan untuk memberi tawaran terakhir kepada peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked Uda untuk berpindah ke Bazar Tok Guru melalui PMBK.

Menurutnya kerajaan negeri bersetuju dan melayani hasrat peniaga-peniaga dengan tawaran harga sangat kompetitif iaitu RM63,000 di tingkat bawah dan satu Bazar Tok Guru.

Pembeli di tingkat bawah hanya perlu membayar mulai tahun kedua. Mereka dibenar berniaga secara percuma selama setahun.

Manakala pembeli di tingkat satu hanya perlu membayar pada tahun ketiga.

"Tawaran itu hanya sah sehingga 31 Mei ini dan kalau ada yang belum sempat mendaftar sehingga tarik tersebut kita beri tawaran sehingga akhir Jun depan dengan harga RM70,000.

"Selepas 31 Mei segala urusan pinjaman bank peniaga perlu mengurus sendiri," katanya.

Beliau juga berkata, mulai 1 Julai depan tiada lagi harga diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


~writing is therapy~: ::Tips berjalan <b>di Rantau Panjang</b>::

Posted: 13 Apr 2011 08:30 PM PDT

Buat yang tak pernah lagi datang ke Rantau Panjang kelantan..cuba-cubalah jejak kan kaki anda ke sana ye..heh! haku pun jarang jugak turun sana...semalam aje menggelupur nak pegi jejalan kat sana..huhu..nasib baik tak salah masuk jalan ke golok...sebab dah lama tak pergi sana, haku pun konfius sama, masa nak balik lepas beli dan blah dari situ, fenim saya tengok jalan keluar! sampaikan akak imigresen tu tanya "nak balik mana dik?" saya jawab nak balik KB..pastu dia tanya balik" asal tadi cam nak masuk jalan sebelah..tu pegi thailand dik!"hehe..malu saya(-__-')... tapi nasib baik semalam boleh berjalan dengan tenang, semua kedai dilawati, semua kedai rasa nak tawar menawar, sampaikan mak cik kedai tu rasa nak pelangkung saya agaknya..mana taknya, tawar menawar bukan main, beli nya tidak!huhu...tidak terniat dihati...hehe...

nak berjalan kat sana lama-lama boleh..tipsnya bukan masa cuti panjang (muahaha, mmg takkanlah!!kalau tak cuti macam mana nak berjalan-jalan jobless macam kau boleh lah... adeii terasa), pasal bersesak nanti kang serabut pulak, haku punya perangai tidak difahami sebabnya tak berapa suka bershopping sesak-sesak sampai nak berjalan pun terhimpit-himpit, jalan himpit-himpit bukan dia ahh, kalau saya wangi takpe...hehe..so bahagia saya beli barang semalam...takde berebut ngan sape-sape...eh??pernah ke??tidak tidak!!tapi certain orang suka camtu, meriah katanya...apa-apa jelah.. lagi satu tips yang berjaya buat saya pusing semua kedai kat R.P semalam..beli air kelapa muda buat bekal...haha=p...tu pasal haku tak mudah naik angin bila tawar-menawar ngan penjual...ehh??=p...itulah dia tipsnya...ngehee

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Santai <b>Di</b> Blog GG (9W2YZI): Lagu <b>Negeri Kelantan</b> - Selamat Sultan

Posted: 17 May 2011 05:49 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Lagu negeri kelantan di nyayikan semasa pembukaan game bola piala fa separuh akhir pusingan 2 antara kelantan vs senlagor... Posted by myGG2u at 8:49 PM. Labels: bola sepak ...

ads