ads

Selasa, 24 Disember 2013

03 di bachok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di bachok - Google Blog Search


lagi kes tembak <b>di bachok</b> kelantan - hambaliabdullah_03 - Blogger

Posted: 14 Nov 2013 08:06 AM PST



Mengikut info dari sahabat ambo...,kejadian berlaku berhadapan Medan Ikan Bakar, Pengkalan Petah, Tawang, Bachok lebih kurang jam 08.30 malam, 14 November 2013 Khamis bersamaan 10 Muharram 1435 .
Mangsa mati di tempat kejadian ekoran terkena 3 das tembakan yang mana 1 tembakan kena di kepala.
Apa-apa hal pun... kita sebagai orang awam jangan cepat buat andaian tentang kes ini dan biarlah PDRM lakukan siasatan secara terperinci.
Salam Takziah Buat keluarga Mangsa...

(UPDATE) BACHOK: Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah, di sini, kira-kira 8.45 malam tadi.
Dalam kejadian itu mangsa, Alias yusof, 58, menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga.
Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) Kota Bharu untuk bedah siasat.
MyMetro

03 di pasir puteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di pasir puteh - Google Blog Search


penduduk kampung <b>di pasir puteh</b> dan jerteh <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 25 Nov 2013 07:11 PM PST

Baru-baru ini heboh menerusi laman sosial mengenai gangguan langsuir di beberapa buah kampung di Pasir Puteh dan Jerteh. Namun begitu, cerita berkenaan belum diketahui kesahihannya. Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh).

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Menerusi laporan Sinar Harian, Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook. Bagaimanapun beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya 'menangkap hantu' namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap. Ahmad Talhah juga berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.

langsuir

"Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan. Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya," katanya.

Dalam pada itu ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya. Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu. Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang. Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang. Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

"Saya 'memasungkannya' di satu tempat khusus dan akan 'menghantarnya balik ke tempat asal' selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir. Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai," katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.

p/s: Harap bukan ada 'benda' lain jer yang ganggu penduduk kampung tu.. kalau tak naya bomoh ni…

Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Peniaga <b>di Pasir Puteh</b> Maut Ditikam | Jenayah - Rakyat News

Posted: 23 Nov 2013 11:30 PM PST

alt

PASIR PUTEH, 24 Nov - Seorang peniaga kuih maut selepas ditikam beberapa kali dengan objek tajam disyaki oleh rakannya dalam satu pergaduhan di Kampung Nara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata, Mohd Azizi Abdul Razak, 48, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh.

"Mangsa ditikam bertalu-talu di rusuk, pinggang dan bahagian kaki dalam pergaduhan pada kira-kira 6 petang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, mangsa sebelum itu ditikam di rusuk kiri ketika bertengkar dengan suspek dalam sebuah kereta setelah beliau enggan keluar dari kereta berkenaan.

Katanya, Azizi rebah ketika berlaku pergelutan sejurus keluar dari kereta dan ditikam bertalu-talu dari pihak suspek.

Sementara itu, isteri mangsa Zailiah Shafie, 39, ketika ditemui di hospital itu berkata kali terakhir beliau menemui suaminya ialah 10 minit sebelum kejadian.

Beliau tidak menyangka pesanan supaya menjaga tiga anak mereka dan menyiapkan rumah yang sedang dibina adalah perbualan terakhirnya dengan suami.

Pihak polis telah mengenalpasti suspek yang berusia 38 tahun dan sedang mengesannya

Last Updated on Sunday, 24 November 2013 15:30

03 di mengkebang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di mengkebang - Google Blog Search


Adiza saidi: BALIK BERAYA <b>DI MENGKEBANG</b>

Posted: 25 Oct 2012 12:00 AM PDT

macam biasa hari raya haji aka hari raya korban aku misti balik beraya di kampong.
tapi tahun ni lain sikit, kebiasaannya aku balik beraya sekeluarga,isteri anak anak dan
cucu. tapi kali ini aku hanya balik bersama anak menantu dan cucu sahaja, isteri  tak
ikut bersama kerana kurang sihat. untuk mengelak dari kesesakan jalan aku telah bertolak
awal pagi sehari sebelum raya.Sedia maalum hari raya HAJI tahun ini  telah jatuh pada 
jumaat,jadi aku pun mengambil keputusan balik pada hari khamis (hari kemuncak bagi rakyat 
malaysia berketurunan anak kelantan balik kampong). aku mula bergerak atau pun bertolak
dari rumah kira kira pukul 4.30 pagi ia itu  lebih kurang sejam setengah sebelum subuh.
alhamdullillah .....perjalanan bergerak lancar.
seperti yang di rancang......singgah sembahyang subuh di masjid abu bakar raub.
solat subuh telah pun selesai.
bergerak menerus kan perjalanan.
alahai.................nak lari  dari jem, kena jugak jem di merapuh
al hamdulillah.........sampai di rumah selepas zohor
melawat kebun salak di belakang rumah
pokok salak yang baru tanam
singgah sembahyang di masjid sungai pas
melintasi depan rumah untuk ke guchil
bandar kuala krai waktu malam
teman auni (cucu ku) makan kenturki
menunggu kenturki.......tak sabar menunggu dah tepuk tepuk meja.
aaaaaaaaaa...... baru ceria.......order dah sampai
alamak.................geram giler kerana tersalah order
dah tak sabar nak makan.......
pekan guchil waktu malam (malam raya)

Pemuda Guchil: Petisyen BN ditolak: Dun <b>Mengkebang</b> dan Manek <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2013 03:59 AM PDT

 

KOTA BHARU: Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk John Louis O'hara hari ini mengekalkan Dun Manek Urai, Dun Mengkebang, Dun Air Lanas, Dun Kok Lanas dan parlimen Ketereh sebagaimana keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

Dun Mengkebang dan Manek Urai kekal ditangan PAS, manakala Dun Air Lanas, Kok Lanas dan Parlimen Ketereh kekal dimenangi BN.

Sebelum itu pada prosiding Dun Air Lanas yang dimenangi Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan 47 undi, hakim tidak menyifatkan rasuah dilakukan agen calon BN memandangkan agen tidak dilantik secara rasmi dan bertulis.

Pada perbicaraan minggu lepas, peguam pempetisyen Dun Air Lanas, Hisham Fauzi menjelaskan segala butiran lengkap mengenai kejadian rasuah disediakan dan sudah cukup untuk di adakan perbicaraan penuh.

Katanya, butiran itu mengandungi tarikh, tempat, masa dan jawatan agen berkenaan dalam politik, yang mana ia sudah dianggap relevan ketika mengemukakan petisyen tersebut.

Kata beliau perlakuan agen berkenaan secara jelas termasuk dalam senarai kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Walau bagaimanapun fakta yang dikemukakan masih belum mencukupi bagi membuktikan perlakuan rasuah dalam kes pilihanraya kerana seksyen 32(c) memerlukan beban bukti yang amat kukuh dan ketat yang mesti dibuktikan oleh Pempetisyen.

Hakim menolak setiap petisyen peringkat dengan kos RM30,000 perlu dibayar pempetisyen kepada responden pertama. Manakala Parlimen Ketereh pula ditolak dengan kos RM40,000.

Pada pilihan raya umum lalu Dun Dun Kok Lanas dimenangi Datuk Mohd Alwi Che Ahmad BN dengan majoriti 169 undi dan parlimen Ketereh dimenangi Tan Sri Annuar Musa (BN) - 974 undi.

Manakala Dun Mengkebang dimenangi Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS) dengan majoriti 1,072 undi) dan Manek Urai – Mohd Fauzi Abdullah (PAS) – 1,633 undi).

Pada petisyen tersebut Hisham turut dibantu peguam Abdul Rashid Yah dan empat lagi peguam daripada Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan. Manakala responden pertama hanya diwakili oleh Ilias Mohd Noor setelah Locus ketua pasukan peguam UMNO yang ketuai oleh Dato' Mohd Hafarizam Harun dan dibantu oleh Abu Bakar Sidek dan Nor Azli Ahmed telah dipersoalkan oleh Peguam Hanipa Maidin kerana gagal mematuhi Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 dan diterima oleh YA Dato' John Louis O'hara.  Bantahan atas alasan yang sama telah dibuat oleh Dato' Mohd Hafarizam terhadap peguam R Sivarasa dan Lateefa Koya daripada mewakili Aziz Kadir dari PKR bagi kerusi parlimen Ketereh ketika perbicaraan bantahan awal di hadapan YA Dato Zamani pada perbicaraan sebelumnya.

Pada peringkat penghujahan Bantahan Awal (Preliminary Objection) yang berlangsung pada 17hb Julai yang lalu bagi Dun Mengkebang dan Manek Urai, peguam Dato' Hafarizam, peguam Abu Bakar Sidek dan Nor Azli telah dihalang daripada mengemukakan hujahan berikutan ketiadaan "Locus" untuk mewakili Responden kerana kecuaian dan kegagalan mereka untuk menfailkan notis penerimaan perlantikan sebagai peguam menurut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya diwakili peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad dan dibantu Najib Zakaria.

Berikutan perkembangan itu petisyen di Kelantan hanya tinggal membabitkan parlimen Bachok, Dun Gaal dan Dun Jelawat. Pada PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu kesemua kerusi tersebut dimenangi PAS.

Pembicaraan petisyen parlimen Bachok dan Dun Jelawat sebelum ini ditetapkan pada 12 hingga 15 dan 18 hingga 22 Ogos hadapan. Manakala bagi Dun Gaal pula pada 1 hingga 5 September.

03 di kota bharu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di kota bharu - Google Blog Search


Berada <b>di</b> Hotel Holiday Villa, <b>Kota Bharu</b> - Sop Nama Saya | SOP <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2013 07:06 PM PST

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Dalam edisi Jelajah Timur EduRiders@KL, kami telah menginap di Hotel Holiday Villa yang terletak di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

Hotel Holiday Villa, Kota Bharu ini baru sahaja dibuka dan hotel masih kelihatan sangat cantik. Semua kelengkapan masih baru.


Hotel Holiday Villa, Kota Bharu ini menyediakan beberapa kemudahan seperti kolam, jug air panas, iron dan lain-lain. Berada di Hotel Holiday Villa, Kota Bharu cukup selesa untuk berehat. Cuma kami mengalami masalah penghawa dingin yang kurang sejuk Bukan bilik Sop sahaja tetapi beberapa bilik rakan.
Hotel Holiday Villa, Kota Bharu ini berada di berhadapan Pasar Wakaf Che Yeh. Pengunjung hanya berjalan kaki sahaja untuk ke pasar tersebut.

Galeri gambar:






03 di wakaf bharu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Berada <b>di</b> Hotel Holiday Villa, Kota <b>Bharu</b> - Sop Nama Saya | SOP <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2013 07:06 PM PST

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Dalam edisi Jelajah Timur EduRiders@KL, kami telah menginap di Hotel Holiday Villa yang terletak di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

Hotel Holiday Villa, Kota Bharu ini baru sahaja dibuka dan hotel masih kelihatan sangat cantik. Semua kelengkapan masih baru.


Hotel Holiday Villa, Kota Bharu ini menyediakan beberapa kemudahan seperti kolam, jug air panas, iron dan lain-lain. Berada di Hotel Holiday Villa, Kota Bharu cukup selesa untuk berehat. Cuma kami mengalami masalah penghawa dingin yang kurang sejuk Bukan bilik Sop sahaja tetapi beberapa bilik rakan.
Hotel Holiday Villa, Kota Bharu ini berada di berhadapan Pasar Wakaf Che Yeh. Pengunjung hanya berjalan kaki sahaja untuk ke pasar tersebut.

Galeri gambar:






 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved