Rabu, 8 Jun 2011

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


mape side: CETAK BAJU <b>DI CHIKU</b> 3

Posted: 03 Mar 2011 12:32 AM PST

وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ: ::smk bandar <b>chiku</b> dalam <b>...</b>

Posted: 23 May 2011 10:12 PM PDT

kesihatan semakin pulih..

sejak pulang daripada program

 di smk bandar Chiku, Gua Musang

terasa diri ini sangat lemah..

demam selsema

Alhamdulillah dengan izin Allah

moga2 sakit ini tidak berpanjangan

selama berprogram di sana

Alhamdulillah tiada masalah 

kami di hidangkan dengan pelbagai jenis makanan

makan 6 kali sehari

sampai tak larat nak isi perut

menunya pelbagai,

gulai kawah, nasi ayam, nasi lemak burung puyuh, dll

disamping itu, tidak lupa juga kepada pengisian rohani

program ini banyak menghitung pencapaian diri

dan muhasabah diri

sampai peserta tanya,

k.mie nanti nangis lagi ke?

mmmm.... nangis itu tanda kita hamba Allah yang lemah

abe li, gelaran buat master trainer

yang memandu program ini

pandai mentarbiyah hati para peserta dan memujuk

kadang-kadang mutiara ku juga gugur...

memang tak rugi la join program ini...

tak pernah aku lihat remaja lelaki tunduk menangis..

kini, benar2 di depan mata ku, aku melihat air mata lelaki gugur..

di hujung program, ada yang datang kepada ku dan membuat pengakuan

sungguh aku xpercaya

"program ini telah berjaya membuat air mata saya gugur.

telah banyak program saya join, lau babak sedih2, xpernah saya nangis"

Alhamdulillah Allah telah membuka piuntu hatinya

part paling aku xboleh lupa..

saat para peserta berpelukkan bersama ibu bapa masing2

ada seorang peserta duduk memangku diluar dewan

"dik, bakpo tak duduk dalam dewan? ma ayah mai x?"

tanya ku, jawapnya..

"ma sakit. ayah xde dah"

Allah...tibe2 aku plop yang terasa lemah..

pantang lau sentuh sal ma ayah da xde..

"sabar ok, tenang...."

pantas air mata gugur laju..

Alhamdulillah ada fasi lain datang tolong aku selamat kan situasi nie

Alhamdulillah..

program berlangsung selama dua hari satu malam

teruskan perjuangan mu..

doakan k.mie disini juga berjaya dunia akhirat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Dimensi Kehidupan: Perkelahan <b>di</b> Jeram Linang, <b>Pasir Puteh</b>

Posted: 06 Jun 2011 11:54 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Perkelahan di Jeram Linang, Pasir Puteh. Cuti baru2 baru ni sempatlah aku pergi bercuti - cuti sambil mandi manda bersama keluarga isteriku di Air Terjun Jeram Linang, Pasir Puteh, kelantan... memang ramai pengunjung. ...

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Pantai <b>Bachok</b> - Jom Ngularr cara aku | dnoBiz

Posted: 20 May 2011 07:44 AM PDT

Pantai Bachok – Jom Ngularr cara aku

Hari ni Kebetulan aku ada Program untuk salah seorang pengedar aku di Bachok Kelantan…. erkkk… hari cuti pun kerja gak ke… :D

Ni la kelebihan kerja sendiri, orang kerja kau kerja orang cuti pun kau kerja, MC pun kerja gak… hahaha :D

Sebenarnya dah hampir 4 tahun aku tak jejak kaki kat Pantai Bachok ni, dan aku pun dah lupa macam mana rupa permandangannya, Tapi petang tadi kebetulan aku ada program berhampiran dengan kawasan Pantai Bachok ni, jadi apa lagi, ambil kesempatan la sambil kerja sambil riadah hahah…

Apa lagi, bagitau je kat anak buah aku nak pergi pantai, semua nak ikut….. tapi dengan syarat tak boleh mandi… kalau nak mandi kena datang lain kali. Yang jadi mangsa sebagai pengasuh ialah adik aku yang sedang bercuti sementara menunggu untuk Praktikal Di HUSM Kubang kerian Tak lama lagi, dan kemudiannya menyiapkan Thesis untuk melengkapkan Master Saikologi Kaunseling, tu pun kalau dia tak jadi gila dalam tempoh tu… (buku dia yang selalu jadi mangsa rujukan aku :D )

Sampai kat Pantai aku tinggalkan mereka dan  dan aku terus dengan program asal aku… 

Pantai Bachok

pantai bachok

pantai bachok

pantai bachok

pantai bachok

Ps : Kalau nak mandi pantai kena datang lain kali sebab hari ni aku tak boleh nak pantau mereka :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


MALAYSIAKINI: Tawan Putrajaya

Posted: 08 Jun 2011 12:02 AM PDT

MalaysiaKini : Pemuda PAS Kelantan kini mempergiatkan usaha mendaftar anak-anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih bagi mencapai matlamat melangkah ke Putrajaya.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar)  berkata, tanpa ada usaha secara serius sasaran menguasai Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan.

Oleh itu katanya golongan muda perlu diberi kesedaran bagi membolehkan mereka menggunakan peluang yang berbaki sekarang mendaftar sebagai pemilih.

"Peluang yang ada sekarang perlu direbut anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih. Tanpa disenarai sebagai pemilih mereka tidak mampu melaksanakan tanggungjawab besar menafikan kuasa politik Barisan Nasional (BN) sekarang.

"Saya berharap jentera pemuda di seluruh jajahan mengesan anak-anak muda yang belum mendaftar sebagai pengundi," ujarnya di sini.

Menurutnya pendaftaran perlu dibuat segera bagi membolehkan anak muda melaksanakan tanggungjawab demi masa depan mereka.

"Anak muda yang mencecah umur 21 tahun hendaklah beramai-ramai mendaftar sebagai pemilih. Mereka menjadi penentu masa depan negara," katanya.

Kata beliau sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan hujung tahun ini, pengundi baru masih berpeluang mengundi memandangkan proses pendaftaran sebagai pemilih dijangka selesai dalam tempoh enam bulan.

Beliau yang juga Adun Mengkebang berharap jentera Pemuda di setiap kawasan memikul tanggungjawab bagi menyedarkan anak muda yang belum berdaftar.

Abdul Latiff juga bimbang usaha pihak tertentu menggunakan jentera kerajaan bagi mendaftar warga asing sebagai pemilih seperti yang dibongkar di Selangor baru-baru ini.


Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Mega Guest House <b>di Kok Lanas</b> Kelantan | Holiday Rentals <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2011 07:00 AM PST

Lokasi di Taman Puspa Jaya B,Kok Lanas.
Berhampiran jalan utama Kota Bharu-Machang-Kuala Krai-Gua Musang.

** 15-20 minit Pusat Bandar Kota Bharu

Kemudahan yang berdekatan:
Pasar Kok Lanas,Politeknik Kota Bharu,Kolej Komuniti,Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman,Pasaraya,7 Eleven,Bank BSN,Bank Muamalat,Kedai Makanan,dll.

Tingkat atas : 5 bilik dan 4 bilik air
Tingkat bawah : 4 bilik dan 4 bilik air

**Selesa untuk ahli keluarga yang ramai**

Kemudahan yang disediakan:
-Mesin Basuh
-Peti sejuk
-Meja Makan
-Tv
-Bilik Berhawa Dingin dan Berkipas
-Set Sofa
-Papan gosok & seterika
-Kemudahan memasak
-Kemudahan tilam dan bantal tambahan
-Persekitaran rumah yang luas
-Kemudahan parking kereta yang selesa

Sewa Harian : RM 150.00 untuk 1 tingkat.
***Harga istimewa untuk penginapan melebihi 2 malam @ penginapan untuk 2 tingkat.

**Hubungi dengan segera jika berminat.

Nota : Tempahan awal adalah digalakkan kerana penginapan adalah sangat terhad terutama di musim perayaan dan juga cuti sekolah.

Hubungi:
Cikgu / Kak Yam :09-7889419 @ 019-9109535

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Tasya Amir: Last week Kenduri <b>di Jelawat</b>, Esok kat Taman Ria.

Posted: 18 Mar 2011 06:45 PM PDT

Malam ni, kami baru je balik dari majlis Marhaban.
Esok kenduri lah. Majlis ni kat Taman Ria.
Photo pengantin kat bawah ni, selepas majlis
akad nikah last week, yang berlansung di Masjid
Taman Ria. Tiga kali makan kenduri lah. Kenduri
makan masa hari akad nikah, lepas tu makan-makan
di Majlis Doa selamat dan Marhaban, esok pulak
Kenduri Kahwin. Ahad nanti berarak ke Majlis
Kenduri belah Pengantin Lelaki pulak.
 
Lokasi: Taman Ria, Sungai Petani
Rumah: Pak Ndak Shid
Pengantin: Nurul Amira
Kakak Kak Laila dan Kak Nadia

Minggu lepas punya kenduri di Jelawat Kelantan,
tak sempat nak ambik photo banyak-banyak.

Jadual berarak dari Pasir Tumbuh ke Jelawat
sepatutnya pukul 12 tgh hari. Tapi tertangguh tiga
jam pasal hujan lebat. Tiba di Pekan Jelawat pukul
3.30 petang. Rombongan Ayah Nik dari Tanah
Merah tersangkut kat jam dua jam. Banyak
kemalangan di Ketereh katanya.

Kat bawah ni la... photo kami semasa makan
kenduri di Jelawat. Cuaca hujan tak berenti,
jadi photo nye tak berapa elok. Tak sempat
nak ambik banyak-banyak kerana Abang
Amir asyik sakit perut. Cirit dari pagi sampai
malam. Cari tandas merata tempat. Kat Jeli, Tanah
Merah, Kota Bharu dan Jelawat.

Lokasi: Pekan Jelawat, Bachuk
Rumah: Pengantin Lelaki
Besan kepada Ngah Usop, Banggul Besi

Lepas ni pun ada lagi Pesta Kenduri Kahwin.
Meriah sungguh, maklum lah musim cuti. Masing
masing berebut nak buat majlis kenduri.
Tasya tumpang gembira dan seronok. Lagi pun
dapat ramai kawan baru.
See you....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


PILIHANRAYA KINI: Pilihan Raya Kecil <b>Di Kuala Krai</b>

Posted: 16 Mar 2011 08:25 PM PDT

Malang sungguh nasib PAS dan juga penjilat penjilat tegar parti ini yang menyundalkan agama islam semata mata mahu merasai nikmat memegang tampuk kuasa kerajaan…

PAS sudah semakin meyimpang jauh dari asas penubuhan parti itu berbanding dengan zaman perjuangan mereka beberapa dekad yang lalu. Setelah berlangsungnya PRK 12 tahun 2008 dan sebaik sahaja BN mengalami kekalahan yang teruk hilang 5 kerajaan negeri, diwaktu yang sama tidak lagi memiliki 2/3 majoriti, PAS yang tumpang sekaki kejayaan Pakatan dibawah telunjuk Anwar dan Lim Kit Siang sudah semakin meroyan dan hilang nilai perjuangan parti tersebut.

Dinegeri seperti Perak dan Selangor peranan dan watak pimpinan PAS tak ubah seperti pencacai tukang basuh berak DAP dan PKR..! Manakala dalam peringkat Dewan Rakyat yang menyaksikan PAS mempunyai lebih 20 orang wakil rakyat, ramai diantara mereka yang menempatkan diri menyertai kumpulan ERDOGAN menjilat jilat lubang dubur Anwar dan pimpinan DAP…

Semalam dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kuala Krai PAS Dr Hatta Ramli telah menyamakan Anwar Ibrahim dengan Nabi Yusuf a.s….!!! Hatta Ramli dah gila….!!! Dah biol bebal rupa rupanya tahap taksub pimpinan PAS terhadap Anwar…

Hatta yang bengong itu dalam hujah dangkalnya itu cuba mengaitkan kisah Siti Zulaikha dengan Nabi Yusuf dalam kes liwat Anwar terhadap Saiful Bukhari Azlan..! Inilah tahap minda pemikiran pimpinan PAS yang telah diliwat enak oleh fahaman Anwarisme!


Anwar Ibrahim yang meliwat itu Hatta sanjunginya ke tahap seorang nabi..? Hatta Ramli tergamak mahu umpamakan Anwar Ibrahim itu seperti Nabi Yusuf..?? Astaghfirullaaaahhh…!! Memang sah Hatta Ramli sudah nazak, iya.., sudah nazak cara pemikirannya..., memang sudah rosak dan tidak berfungsi dengan baik lagi otaknya tak ubah seperti seorang pesakit terlantar dalam ICU..

Secara logik akal kita faham sifat sifat Nabi Yusuf itu seorang yang memiliki paras rupa yang boleh mencairkan hati wanita sehinggakan Siti Zulaikha wanita paling cantik dan anggun di Mesir terpaksa mencari helah agar dapat "memaksa" Nabi Yusuf menghampirinya….

Anwar Ibrahim pula sangat berbeza! Hawa nafsu yang pelik, boleh berselera rakus membontoti kaum sejenisnya…! Konsep sama rata sama rasa.., depan belakang sama saja...! Wanita dia rembat, lelaki dia sebat..! Dimana ciri ciri Nabi Yusuf pada si Anwar Ibrahim...? Belum pernah kita dengar mana mana wanita dalam negara ini tergila gilakan dan memuja muja Anwar itu seorang handsome sehingga membuatkan wanita dan gadis gadis tidak tidur malam….

Dalam kisah kisah nabi yang kita pelajari, Nabi Yusuf mengelak dan tidak mahu melakukan maksiat..! Walaupun digoda cuba digomol oleh Zulaikha namun Nabi Yusuf berkeras tidak mahu melibatkan diri dengan dosa maksiat, terpaksa lari mahu meninggalkan kamar Zulaikha…

Berbeza dengan Anwar Ibrahim..!! Dengarlah dengan hati yang terbuka pengakuan dari mulut Saiful Bukhari Azlan yang menceritakan dalam kenyataan bersumpah dikandang saksi perbicaraan Mahkamah bagaimana Anwar berkata "Can I Fuck You Today..?"

Jangan kita sewenang wenangnya juga mahu ketepikan secara terperinci cerita Ummi Hafilda bagaimana hubungan sulit Anwar-Shamsidar. Walaupun juak juak murahan penjilat penjilat tegar Anwar mencerca caci Ummi tetapi kita wajib bertanya kepada diri sendiri, sekiranya Ummi berbohong kenapa Anwar tidak mahu saman Ummi sedangkan Anwar bertindak mengambil tindakan undang undang terhadap Tun Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Muhyiddin apabila membuat kenyataan negatif terhadapnya…

Tontonilah video klip dibawah ini dengan berlapang dada dan minda yang terbuka luas. Berfikiranlah secara terbuka tanpa sebarang idealisme politik..!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


RM33 ribu bantu pembuatan seramik <b>di</b> kg Mambong - DUN <b>Bunut Payong</b> <b>...</b>

Posted: 04 May 2011 08:35 PM PDT

Oleh Hasnan Yahya

Datuk Takiyuddin mencuba membuat pasu dari tanah liat.

KG MAMBONG, KUALA KRAI, 5.Mei - Kesungguhan kerajaan Kelantan untuk melihat industri pelancongan sebagai punca pendapatan negeri diteruskan lagi dengan menjadikan produk berasaskan tanah liat atau lebih dikenali pembuatan seramik ditingkatkan pengeluarannya.

Kecaknaan ini dibuktikan dengan mengadakan siri lawatan ke Kampung Mambong, yang terletak di pinggir sungai Kelantan dalam jajahan Kuala Krai dengan memakan masa hampir 2 jam pergi dan balik, sebahagian Exco negeri terdiri dari Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Abdul Fattah Mahmood, Che Abdullah Mat Nawi, Dr.Muhammad Fadzli Hassan dan Hajjah Wan Ubaidah Omar telah sempat mengunjungi kampung tersebut yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan.

Lawatan ini juga turut dihadiri oleh Adun Guchil Tuan Zamri Tuan Zakaria, Adun Mengkebang Abdul Latiff Abd.Rahman, Adun Manek Urai Mohd Fauzi Abdullah. Hadir sama Penolong Ketua Jajahan ( Pembangunan Fizikal) Mohd Zulkarnain Baharuddin, Penggawa Daerah Olak Jeram Mamat Salleh dan Penggawa Dabong Abdul Rahim Abdul Rahman.

Sebahagian produk yang dihasilkan oleh Penduduk kg Mambong

Sementara itu Datuk Takiyuddin dalam lawatan tersebut turut meluluskan sejumlah RM33 ribu bagi meningkatkan usaha pembuatan seramik dengan memberi peruntukkan pembaikian rumah rakit yang dijadikan tempat pengkalan motor sungai serta pembinaan sebuah bangsal bagi penyimpanan produk yang telah siap.

" saya berharap dengan kemudahan yang diadakan ini, industri seramik di kampung ini dapat ditingkatkan dan lebih teratur serta tidak disimpankan produk dibawah rumah seperti sekarang ini lagi"ujar beliau.

Takiyuddin juga berkata dengan kemudahan rumah rakit tersebut ia boleh menarik lebih ramai pelancong datang ke kampung Mambong bagi melihat sendiri keunikan pembuatan seramik secara tradisional ini.

Menyentuh usaha kerajaan menarik pelancong ke Kelantan, Takiyuddin berkata usaha pembuatan seramik ini boleh dibawa ke peringkat yang lebih jauh seperti menyertai pameran di peringkat nasional .

" Kerajaan bersetuju untuk membawa pengusaha seramik dari kampung Mambong ini menyertai Karnival Seni Budaya Kelantan yang akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV pada awal Julai ini"katanya lagi.

Exco Negeri bersama pembuat produk seramik

Bagi Puan Zainab Hussain,64 ketika ditemui berkata kunjungan sebahagian exco negeri ke Kampung Mambong ini amat dihargai dan tidak pernah berlaku kunjungan seperti ini dengan melibatkan ramai pembesar negeri.

" Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan negeri yang hadir hari ini dan telah meluluskan dua perkara utama iaitu penambahbaikan rumah rakit serta meluluskan pembinaan sebuah tempat penyimpanan barangan yang telah siap"ujar beliau.

Beliau yang menceburi bidang pembuatan seramik bermula semenjak usia 16 tahun lagi berkata setakat ini pihak keluarganya telah mendapat sokongan penuh dari Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai.

" Kebelakangan ini, telah ramai orang luar datang, ada juga pelajar universiti datang tengok makcik buat benda ni dan mereka amat kagum melihat hasil tangan kami di kampung Mambong ini"kata beliau lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Interaktif <b>Bunut Payong</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 05 May 2011 07:03 AM PDT

KOTA BHARU, 27 April: Sejak lebih setahun lalu Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dan Persatuan Arked Uda mendakwa saiz lot niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal.

Sedangkan mereka lupa saiz lot tersebut diputus berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.

Buktinya terkandung dalam minit mesyuarat pada 20 Januari 2010. Ketika itu persatuan diwakili Abdul Salim Ahmad dan Wan Lokman Wan Salleh.

Keluasan asal setiap lot di tingkat bawah 12 x 10 kaki persegi dan jumlah lot sebanyak 107 unit. Namun persatuan tetap mahu 415 peniaga berniaga di tingkat bawah.

Ekoran desakan itu menyebabkan kerajaan negeri mengarahkan pemaju menambah jumlah lot di tingkat bawah bagi memenuhi kehendak peniaga.

Lot tersebut akhirnya dikecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi dan memuatkan 368 lot.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keluasan setiap lot di tingkat bawah sudah dipersetujui wakil-wakil peniaga pada mesyuarat yang diadakan pada 20 Januari 2010.

"Sebelum itu jumlah lot di tingkat bawah memang luas iaitu 12 x 10 kaki persegi iaitu sebanyak 107 unit.

"Tetapi apabila semua peniaga mahu berniaga di tingkat bawah, jadi kita kecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi sehingga memuatkan 368 unit.

"Inilah punca yang menyebabkan saiz lot menjadi kecil kerana kesemua peniaga mahu tingkat bawah. Dan keluasan itu sama dengan saiz lot di Pasar Lama MPKB," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Hadir sama dua anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Nazran Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Turut dijemput hadir pada mesyuarat terseebut Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad, Pengerusi Persatuan Peniaga Arked Uda, Borhan Mohd Nor dan dua lagi peniaga.

Sebelum ini Salim dilaporkan berkali-kali mendakwa saiz lot di Bazar Tok Guru sempit.

Persatuan itu juga membawa isu tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustafa Mohamed, namun kehendak peniaga terperap begitu sahaja, hanya sekadar mengisi ruang di halaman akhbar.

Timbalan Menteri Besar menegaskan lagi wakil peniaga terbabit bersetuju dengan keluasan 6 x 8 kaki persegi.

"Pengerusi persatuan bersetuju saiz 6 x 8 kaki persegi, dia boleh terima dan cuma beritahu mahu keselesaan.

"Dia juga ada kata tak selesa hendak hisap rokok pun tak sedap dan barang yang dijual melimpah ke luar, sedangkan kita sediakan setor di tingkat bawah," ujar Takiyuddin.

Ahmad berkata, hari ini kerajaan negeri telah putuskan untuk memberi tawaran terakhir kepada peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked Uda untuk berpindah ke Bazar Tok Guru melalui PMBK.

Menurutnya kerajaan negeri bersetuju dan melayani hasrat peniaga-peniaga dengan tawaran harga sangat kompetitif iaitu RM63,000 di tingkat bawah dan satu Bazar Tok Guru.

Pembeli di tingkat bawah hanya perlu membayar mulai tahun kedua. Mereka dibenar berniaga secara percuma selama setahun.

Manakala pembeli di tingkat satu hanya perlu membayar pada tahun ketiga.

"Tawaran itu hanya sah sehingga 31 Mei ini dan kalau ada yang belum sempat mendaftar sehingga tarik tersebut kita beri tawaran sehingga akhir Jun depan dengan harga RM70,000.

"Selepas 31 Mei segala urusan pinjaman bank peniaga perlu mengurus sendiri," katanya.

Beliau juga berkata, mulai 1 Julai depan tiada lagi harga diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


shameel iskandar: Masjid Beijing <b>di Rantau Panjang</b> Kelantan

Posted: 28 Mar 2011 07:47 AM PDT



Rasanya ini adalah bicara kedua saya tentang Kelantan. Sebelum ini saya berbicara tentang WAT SIAM DI KELANTAN dan kali ini, saya ingin berbicara tentang masjid pula. Masjid yang unik lambang kesyumulan islam yang merentasi sempadan bangsa dan budaya. Jika ke kompleks bebas cukai Rantau Panjang, pasti sahaja anda akan terlihat sebuah masjid yang reka bentuk-bentuknya seolah-olah rumah ibadat penganut Budha. Itulah MASJID BEIJING , bukti islam adalah agama untuk semua kerana ciri-cirinya yang bersifat sejagat atau universal.





Sungguh mengagumkan dan Tahniah kepada Kerajaan Kelantan. Percayalah usaha yang sebegini amat berperanan untuk mengikis dan menghakis salah faham masyarakat bukan islam terhadap agama islam. Selama ini, rata-rata masyarakat bukan islam di Malaysia menganggap islam adalah agama untuk orang Melayu dan Arab sahaja









Di Malaysia, terdapat 6.5 juta penduduk berbangsa Cina. Tapi sayang, hanya satu peratus (1%) sahaja yang beragama islam. Iaitu, sekitar 60 ribu orang sahaja daripada 6.5 juta masyarakat Cina di Malaysia yang memeluk islam. Namun, yang anehnya agak ramai pula antara mereka yang memeluk agama Kristian. Mengapa ini terjadi, sedangkan islam dan Cina amat rapat dan akrab dari sudut sejarah. Di negara China yang merupakan tempat asal masyarakat cina di Malaysia, umat islam amat mudah untuk diketemui dan restoran makanan halal juga senang dijumpai. Malah jumlah UMAT ISLAM DI CHINA juga di anggarkan lebih kurang 200 juta dari pelbagai etnik seperti Uyghur, Tajik, Uzbek,Salar, Dongxiang, Khirgiz, Kazakh, Hui. Mengapakah jarak antara islam dan orang Cina di Malaysia begitu jauh. Ada beberapa faktor sebenarnya yang akan saya perincikan dalam entry yang akan datang.





Saya percaya pembinaan masjid bereka bentuk pagoda ini mampu 'menjual' islam dengan lebih luas dan global. Masjid berseni bina Cina ini juga dapat merungkaikan salah faham yang membelit masyarakat Cina di Malaysia selama ini. Apatah lagi ia turut melibatkan imam berbangsa Cina yang dibawa khas dari China terutamanya untuk mengimamkan solat Tarawih. Moga-moga dengan ini, jarak antara masyarakat Cina dengan islam dapat didekatkan. Sedikit sebanyak masjid ini, juga masjid Cina lain yang bakal didirikan oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). akan menyerlahkan islam sebagai agama yang merentasi bangsa dan budaya. DAN inilah yang ingin kita laungkan ke seluruh dunia. Sesungguhnya Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek hidup manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat.






Di sini saya paparkan maklumat ringkas tentang Masjid Beijing yang terletak di Rantau Panjang Kelantan ini. Masjid ini yang juga dikenali sebagai Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra ( tapi lebih dikenali sebagai Masjid Beijing) mula dibina pada 12 September, 2005 dan akan dirasmikan bulan Ogos 2009. Namun sejak 2007 lagi, ia sudah mula digunakan untuk bersolat tarawih dengan seorang imam yang didatangkan dari Republik Rakyat China. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing China. Lebih hebat, cerita tentang masjid ini turut diperkatakan di dalam Berita Indonesia. (Silalah ke laman yang saya maksudkan itu untuk maklumat lanjut ,tapi dalam bahasa Indonesia)



Moga-moga Pembinaan Masjid Berseni bina Cina ini dapat dipertingkatkan lagi terutamanya di kawasan yang mempunyai ramai penduduk berbangsa Cina seperti di Ipoh dan Kuala Lumpur. Sebenarnya, idea pembinaan masjid berseni bina Cina telah dikemukakan sejak tahun 1984 lagi , iaitu serentak dengan penubuhan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Tapi sayang ia terhalang kerana salah faham masyarakat. Ada yang berpendirian islam di Malaysia mestilah 'berwajah' Melayu. Ada juga yang berpendapat jika diwujudkan masjid Cina, perpecahan akan berlaku di kalangan umat islam. Ada juga yang mempersoalkan bahasa Mandarin (atau lain-lain dialek Cina) yang akan digunakan di masjid untuk kuliah dan khutbah Jumaat nanti. Fakta-fakta tentang bantahan ini saya perolehi dari rakaman kuliah agama (VCD) oleh Dr Asri Zainul Abidin. Dan Dr Ridhuan Tee Abdullah juga ada menyatakan tentang salah faham masyarakat terhadap pembinaan masjid berseni bina Cina ini dalam media cetak









p/s = ada pihak tertentu yang mendakwa pembinaan Masjid Beijing yang berseni bina Cina sekali gus menyalahi tradisi Melayu ini melambangkan kekacauan minda MB Kelantan (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat). Bagi mereka, islam mestilah berwajah Melayu dan bercirikan kemelayuan. Tapi, bagi saya, orang yang mempertikaikan pembinaannya merupakan orang yang mengalami kekacauan minda. Sebab Masjid berseni bina Cina ini dibina bagi membuktikan kepada semua sesungguhnya islam merentasi sempadan bangsa dan budaya. Bagi, saya orang Cina Islam seperti Ustaz Hussin Yee dan India Muslim seperti Ustaz Farid Ravi, jauh lebih berguna berbanding 3 orang anak Melayu yang suka menonton filem lucah secara berjamaah (maaf, ini bukanlah entry tentang politik)


www.tips-fb.com Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Sambungan : Gemas gie <b>Dabong</b> : Thousand Step Forward

Posted: 30 Nov 2010 01:37 PM PST

Posted on November 30, 2010

UDE_6689

Selepas 1 jam kami terkandas di stesen Gemas, keretapi mula bergerak menuju kearah laluan ke pantai timur, melalui Bahau, Negeri sembilan. Disebabkan tersalah membeli tiket, kami terpaksa bersengkang mata sambil layan adik kecik didepan seat kami yang seronok menyanyikan lagu Maher zain, pandai betul budak-budak sekarang nie, menghafal lagu-lagu maher zain dalam english. Bagi yang berniat untuk bawa family, aku cadangan korang memilih gerabak yang ade tempat tido dan jangan ambik tempat duduk macam kitorang, nak pulak bagi yang bawak barang banyak-banyak, laluan memang agak sempit sikit.

Disebabkan mata susah untuk lelap, so ke hulu hilir la aku dengan kamera ditangan, kalau perut terasa lapar, berjalan la kami ke cafe yang ade dalam train tu. Waktu perjalanan kami tak semeriah pada musim cuti-cuti, kalau musim cuti rasenya ramai yang sanggup berdiri. Bagi yang berminat dalam photography rasanya memang sesuai untuk korang semua rekodkan apa yang berlaku sepanjang perjalanan, walaupun malam, ini tidak menghalang kita untuk mengambil gambar didalam train.

Pukul 3.00 pagi, keretapi yang kami naiki berhenti untuk turunkan penumpang dan mengambil penumpang di mentakab, walaupun waktu 3.00 pagi, masih ramai penumpang di mentakab  yang menaiki keretapi ke kelantan. Masa untuk keretapi berhenti bagi setiap stesen yang dijadualkan pada time table adalah lebih kurang didalam 10-20 minit. Mata mula mengantuk, so kalau dah mengantuk ubatnya adalah tido, walaupun kurang selesa, bagi menyimpan tenaga untuk hari esok, aku terpaksa berehat untuk seketika waktu. Selepas stesen mentakab, keretapi akan berhenti di jerantut, kuala lipis, merapuh.

Pukul 7.00 pagi celik mata daripada tido, kami telah pon sampai di Jajahan gua musang,kelantan dan selepas itu, keretapi akan berhenti di Dabong. Untuk pengetahuan am pada semua, Dabong terletak di jajahan kuala krai dan pekan dabong terletak 155 km daripada kota bharu,Dabong terkenal di kalangan pelawat sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Kelantan. Disebabkan kami leka mengambil gambar dalam keretapi, kami terlepas station, sepatutnya kami akan turun di dabong. Ikut pada pelan seterusnya kami terpaksa turun di Kuala Krai dan alhamdulillah kami tak terlepas stesen lagi.

UDE_6257

Kenapa kami kena turun di dabong dan Kuala krai ?, Daripada dabong atau kuala krai, kami akan mengambil "shuttle train" ataupun keretapi lompat yang mana keretapi tu akan berhenti di kesemua stesen-stesen kecik, kalau kita lihatkan stesen yang terdapat disepanjang perjalanan, stesen kecik itu merupai tempat menunggu teksi atau bas. Untuk membeli tiket "shuttle train" kami boleh membeli melalui kaunter yang terdapat distesen atau diatas keretapi. Mengikut info "shuttle train ni baru dirasmikan pada 3 mei 2010, mengantikan keretapi lama sebelum nie, rasenya kalau dapat naik keretapi lama sebelum shuttle train yang berair cond, aku rase perjalanan lebih menarik lagi.

Apa yang best sangat shuttle train ?, kami memilih untuk menaik shuttle train nie, bagi merasai kehidupan sebenar rakyat kelantan yang menggunakan shuttle train nie sebagai pengangkutan utama. Didalam shuttle train nie, kita boleh tengok macam-macam karenah orang, boleh tengok mak cik-mak cik yang nak berniaga, diorang terpaksa usung semua barang-barang masuk ke dalam keretapi. Bagi pelajar-pelajar sekolah, ade sesetengah daripadanya, diorang ke sekolah terpaksa menggunakan keretapi, ada daripadanya terpaksa tinggal di asrama, bila ditanya adik-adik kita yang belajar dikawasan tu, diorang terpaksa bangun awal pagi untuk mendapatkan pengangkutan keretapi shuttle train, pukul 4.00 pagi lagi dah kena tunggu keretapi datang. Suasana memang meriah didalam train, meriah dengan suara orang-orang tua dan kanak-kanak dan orang kelantan jugak agak peramah.

UDE_6476

Shuttle train beroperasi 2 kali sehari, dari arah tumpat ke dabong dan dari Kuala lipis ke Tumpat. Kami tidak dapat meneruskan perjalanan ke tumpat atas sebab perlukan rehat secukupnya dan terpaksa turun di Stesen wakaf baru yang berdekatan dengan kota bharu. Ketibaan kami disambut oleh 2 orang rakan daripada kelantan, iaitu Pok cik dan Ayie. Diikutkan plan sebenar kami akan berehat di bag packer hostel yang berdekatan, tapi atas pelawaan rakan, kami menetap di gegey studio milik pok cik. Terima kasih kerana sudi tumpangkan kami di gegey studio.

UDE_6647

Plan perancangan kami belum berakhir, kami menyambungkan perjalanan kami dengan berpatah balik ke Dabong daripada wakaf baru, seawal pukul 3.30 pagi, kami bersiap sedia untuk menyambungkan perjalanan kami ke dabong dengan menaiki keretapi yang paling awal, keretapi yang bertolak daripada tumpang. Seawal pagi distesen keretapi wakaf baru, kami boleh lihat orang ramai mula sibuk dengan mengangkut barang-barang dan ada daripadanya adalah peniaga.Pukul 4.00 pagi keretapi betul-betul datang tepat pada waktu yang ditetapkan. Sepanjang keretapi berhenti di setiap perhentian kami boleh tengok adik-adik yang nak ke sekolah dan untuk makluman, keretapi akan berhenti pada setiap perhentian, walaupun perhentian tersebut tidak ada orang.

UDE_6814

UDE_6759

UDE_6770

UDE_6822

UDE_6414

Didalam train macam-macam gambar yang dapat kami ambik, ade diantaranya terpaksa menuaikan solat subuh di atas keretapi, ade yang sempat lelapkan mata sebelum sampai ke destinasi. Pengalaman ini, boleh dikatakan pengalaman yang berharga, yang kami susah untuk dilihat dimana-mana tempat, walaupun tidak sehebat di india atau di pakistan, kami patut berbangga dengan setiap apa yang ada di tanah air kita sendiri, rasa syukur dengan setiap kemudahan yang kita anda, kalau dibandingkan dengan di india, orang terpaksa berebut-rebut untuk menaiki keretapi, ade sesetengahnya terpaksa duduk di kelas paling hujung, iaitu seat atas bumbung keretapi. Aku menyimpan niat, satu hari nanti aku akan ke moscow untuk menaiki pengalaman perjalanan dengan trans siberian atau trans mongolia yang akan menuju ke beijing dan aku banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan travelogue penulis-penulis yang merasai pengalaman penjelajahan daripada moscow ke beijing yang memakan masa yang agak lama untuk sampai.

UDE_6405

UDE_6379

UDE_6330

Bagi yang berminat untuk merasai pengalaman sebegini, aku sarankan korang buat la persediaan yang rapi, walaupun kita berada di negara sendiri. Kami menamatkan perjalanan kami sampai ke Dabong dan berpatah balik ke Wakaf baru semula. Perjalanan kami adalah singkat, kami pulang semula ke wakaf baru untuk bersiap sedia untuk pulang semula ke kuala lumpur dengan menggunakan keretapi express. Walaupun tidak sehebat mana cerita ni, sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi dengan semua pembaca dan insyallah, nantikan travelogue yang akan datang, mungkin dengan cerita-cerita yang lepas yang akan aku kongsikan semula tentang kisah perjalanan aku selama berada di tanah air sendiri mahupun negara orang, apapun ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua rakan-rakan di kelantan, terutama sekali pada Pok cik, ayie & muin, kerana sudi membantu kami selama kami berada dikelantan, jumpa lagi jika ada masa yang diizinkan, terima kasih juga kepada KTMB malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


LINK BLOGGERS MALAYSIA: AWAS PAS:JIKA LEKA KAMU TERCICIR

Posted: 25 May 2011 10:40 PM PDT

Kickdefella (7 Mei 2011)

Muktamar PAS pertengahan tahun ini akan menyaksikan ke arah manakah para perwakilan PAS ingin membawa komitmen Parti Islam Se Malaysia bagi berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang.

Tiga keputusan yang bakal menyusur. Pertama, mengekalkan tekad PAS memperjuangkan Islam sepenuhnya dan mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu. Kedua, melebarkan arus tsunami 2008 dengan meneruskan usaha meraih sokongan pemilih-pemilih bukan Melayu dan bertapak di kerusi-kerusi campuran di bandar. Atau ketiga, mengekalkan momentum 2008 disamping mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu.

Pilihan yang pertama dan ke tiga boleh mencalari komitmennya terhadap Pakatan Rakyat. Pilihan yang kedua pula boleh mengakibatkan keciciran sokongan terhadap PAS di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu.

Perwakilan PAS harus sedar, walaupun hari ini mereka menikmati jentera Pakatan Rakyat tetapi di dalam berhadapan dengan PRU13 kelak, mereka tidak lagi menikmati kekuatan maya seperti PRU12.



Hari ini kekuatan media dan media maya PAS kembali kendur seperti asalnya sewaktu PRU1999 dan PRU2004. Kekuatan media dan media maya PAS hanya tertumpu kepada pejuang-pejuang dan aktivis-aktivis parti yang dalam kata ringkas hanya mampu berhujah dengan cara totok, penuh kekerasan dan caci-maki menjurus kepada meraih sokongan dari pembaca yang sudah menyokong mereka.

Di Kelantan arus perubahan sudah mula menjadi gelombang. Penduduk di kawasan bandar dan pesisir bandar sudah mula jemu dengan kemelut yang mereka hadapi akibat kegagalan Kerajaan Negeri Pimpinan PAS menyelesaikan isu-isu asas seperti kemudahan air bersih dan sistem saliran yang baik dan kebersihan persekitaran. UMNO pula kembali menikmati sokongan yang meningkat di kerusi-kerusi tradisi mereka termasuk di kawasan-kawasan tanah rancangan yang terlepas dalam 2008.

Keputusan kajian peti-peti undi oleh PAS Kelantan sendiri menyaksikan satu pattern yang membimbangkan. PAS Kelantan sedar mereka berhadapan dengan kekalahan di Kelantan.

Nik Aziz yang putih bersih sudah tercemar dan menjadi orang biasa. Pengganti pilihan Nik Aziz, YB. Dato' Husam Musa pula tidak mungkin dapat diletakkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kerana tidak digemari oleh pihak Istana Kelantan yang baru.

Calon popular untuk mengganti MB Kelantan itu pula, seperti YB. Dato' Ahmad Yacob dan YB. Dato' Mohammad Amar dirasai oleh Nik Aziz sebagai tidak memiliki kemampuan yang sewajarnya. Maka, di dalam keadaan begini, Nik Aziz tiada pilihan tetapi memilih untuk terus kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan.

UMNO Kelantan mahu dua dari tiga pilihan yang ada pada PAS iaitu, sama ada Nik Aziz kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan atau, sama ada Ahmad Yakob atau Nik Amar dipilih sebagai penyambung tradisi kepimpinan ulama' di Kelantan. Salah satu daripada 2 pilihan ini, UMNO akan senyum lega.

Tetapi, jika Husam Musa yang dipilih sebagai pengganti Nik Aziz, UMNO akan merasa kelatnya. Apa tidaknya, kebanyakan pimpinan UMNO Kelantan sendiri mengakui kelebihan Husam. Penyokong-penyokong UMNO sendiri akan menyokong Husam.

Husam sendiri berusaha keras untuk memperbaiki hubungannya dengan Istana Kelantan bagaimanapun, pihaknya mendakwa penasihat kepada Al-Sultan Kelantan sebagai penghalangnya.

Kedudukan semasa di Kelantan menyaksikan UMNO berada di dalam kedudukan selesa untuk memenangi 16 buah kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan. Ia di tambah dengan 5 kerusi yang dimenanginya pada 2004 tetapi tewas pada 2008 serta 3 kerusi yang mereka tewas kurang daripada 5% undi dalam tsunami 2008. Keseluruhannya, UMNO dilihat berpotensi memenangi minimum 24 daripada 45 kerusi DUN Kelantan. Kerusi-kerusi tersebut adalah seperti berikut:

A) Kumpulan pertama
1. N01 Pengkalan Kubor
2. N04 Wakaf Bharu
3. N15 Gual Periok
4. N16 Bukit Tuku
5. N22 Jelawat
6. N25 Kok Lanas
7. N29 Selising
8. N31 Semerak
9. N36 Bukit Bunga
10. N37 Air Lanas
11. N38 Kuala Balah
12. N40 Guchil
13. N42 Dabong
14. N43 Nenggiri
15. N44 Paloh
16. N 45 Galas

B) Kumpunan kedua
1. N11 Tendong
2. N23 Melor
3. N27 Gual Ipoh
4. N39 Mengkebang
5. N41 Manek Urai

C) Kumpulan ketiga
1. N21 Perupok
2. N34 Temangan
3. N35 Kemuning

Sementara itu, jika arus pemilih Melayu yang dilihat mula kembali kepada UMNO di dalam beberapa siri pilihanraya kecil semenjak YAB Dato' Seri Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia, PAS turut berkemungkinan besar akan tercicir kerusi-kerusi berikut.

D) Kumpulan keempat
1. N11 Chetok
2. N12 Pengkalan Pasir
3. N20 Tawang
4. N24 Kadok
5. N30 Limbongan
6. N32 Gaal
7. N33 Pulai Chondong

Kewibaan UMNO Kelantan di bawah pimpinan Dato' Sri Mustapa Mohamed juga dapat diukur dengan kemampuan ia mengembeling jenteranya menyakinkan pemilih bahawa Kelantan dibawahnya akan mampu memperbaiki kualiti hidup masyarakat. Jika pemilih yakin dengannya, kerusi-kerusi berikut juga boleh terus tercicir dari genggaman rapi PAS di Kelantan.

E) Kumpulan kelima
1. N02 Kelaboran
2. N05 Kijang
3. N08 Tanjong Mas
4. N09 Kota Lama
5. N10 Bunut Payong
6. N17 Salor
7. N19 Demit

Ada eloknya, perwakilan ke Muktamar PAS sempat bertenang seketika dan menghayati kedudukan semasa dari perspektif yang lebih terbuka sebelum mereka membuang undi untuk menentukan arah tuju parti. Namun begitu, saya suka memetik kata-kata seorang sahabat baik dan bekas ADUN PAS Kelantan, kepada saya di dalam pertemuan baru-baru ini.

"Alo Pok Sheih, tak dok nak rusingnya kalau PAS kalah di Kelantan. Bukan kita tak biasa kalah. Bahkan ana masih yakin, PAS dan pimpinan kita lebih kuat dan lebih banyak benda yang kita buat semasa zaman kita kalah banding dengan zaman kita ada kuasa. PAS ni parti Islam, matlamat kita untuk perjuangkan Islam. Biar kalah asal kita jangan ubah matlamat kita…."

Saya hanya mampu tersenyum kagum dengan sema

ngat tersebut. Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NEGERI KELATE NEGERI KITO: Royalti Minyak <b>Kelantan</b>: Ulasan Datuk <b>...</b>

Posted: 18 May 2011 01:03 AM PDT

Tokoh-tokoh Ulamak Kelantan

Marilah sama-sama kita mengenangkan kembali sejarah hidup para alim ulamak dari Kelantan. Seramai dua belas orang tokoh telah dipilih. Kita mulakan dengan kisah dari seorang demi seorang.

TOK KENALI (1870 - 1933) Tokoh ulama Kelantan paling masyhur, malah termasuk antara ulama besar Semenanjung Melayu. Sezaman dengan Tuan Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), Haji Abu Bakar Alim (Muar), Haji Mat Shafie Losong (Terengganu) dll. Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd. Yusoff Ahmad. Menuntut di Makkah selama 22 tahun (1305H – 1327H). Sangat alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu/soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (sebelum ini, tertumpu pada usuluddin, fiqh dan tasawuf sahaja). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tok Wan Ali Kutan, namun beliau berjaya melahirkan satu angkatan ulama pelapis paling berwibawa – bukan sahaja di negeri Kelantan, tetapi juga di luar Kelantan. Antara murid-murid jempolannya termasuklah : Hj. Mat Jebeng (kemanakannya), Hj. Che Mat Padang Mengkali, Lebai Deraman Pasir Mas, Hj. Seman Sering (Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani), Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Abdul Kadir Melor, Hj. Abdullah Tahir Bunut Payong, Hj. Yusoff Padang Bemban, Hj. Awang Lambor, Dato' Hj. Ahmad Maher al-Azhari, Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Abdul Majid Kayu Rendang, Hj. Mat Pauh, Hj. Awang Serendah, Hj. Daud Bukit Abal, Hj. Awang Beta, Hj. Hamzah Padang Bemban, Hj. Ismail Perol, Dato' Hj. Ismail Yusoff, Hj. Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Hasbullah Bot dan Hj. Nor Bot. Manakala dari luar Kelantan pula tersenarai pula nama-nama seperti Hj. Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Zainal Abidin Dungun, Dato' Hj. Hasan Yunus al-Azhari (Menteri Besar Johor), Dato' Hj. Abdul Rahim Yunus (Mufti Kerajaan Johor), Hj. Abdul Wahid Osman Sungai Udang, Hj. Ibrahim Bongek Rembau, Syeikh Mohd. Idris al-Marbawi al-Azhari Kuala Kangsar, Hj. Osman Bukit Besar, Hj. Abdullah Abbas Nasution Jitra, Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri, Hj. Hasan Lampung, Hj. Yaakub Legor dan Tok Lata (Patani). Di samping itu, dua orang putera Tok Kenali sendiri – Tuan Guru Hj. Ahmad dan Syeikh Mohd. Saleh Kenali (menetap di Makkah) – juga tergolong ulama dan pendakwah yang berjasa besar. Nyatalah rumusan yang menyebut Kelantan sebagai "Serambi Mekah" itu sangat terkait dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kenali. Tok Kenali kembali ke rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi Ahad 2 Syaaban 1352 bertepatan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian.

HAJI YAAKUB LORONG GAJAH MATI (1895 – 1956) Salah seorang guru agama paling terkemuka di Kota Bharu pada suku kedua abad ke-20 Masihi. Murid kanan Tok Kenali yang sebarisan dengan Haji Saad Kangkong, Haji Ali Pulau Pisang, Haji Abdullah Tahir Bunut Payong, Haji Mat Jebeng, Haji Ahmad Batu Tiga Repek dll. Nama lengkap tokoh ulama yang berkediaman di Lorong Gajah Mati, Kota Bharu ini ialah Haji Yaakub bin Haji Ahmad. Kerjaya awalnya bermula sebagai kerani di Mahkamah Syariah Kota Bharu dan pernah ditugaskan mengambil peringatan mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Mulai 1 April 1922, dilantik sebagai guru di Madrasah Muhammadiah (Sekolah Melayu Majlis) dengan gaji permulaan $20 sebulan. Selepas 15 tahun (mulai 1 Julai 1938), bertukar menjadi guru kitab di Masjid Muhammadi (nama rasmi Masjid Besar Kota Bharu) yang berperanan sebagai pusat pengajian pondok terpenting di Kelantan ketika itu. Gajinya meningkat ke $28 sebulan. Seterusnya mulai 1 Januari 1940, bertukar ke Jami' Merbau al-Ismaili (nama awal Maahad Muhammadi) apabila pengajian kitab di Masjid Muhammadi berpindah ke situ. Gaji bulanannya sejak awal 1940 ialah $34 dan beliau kekal berkhidmat di situ sehingga 1945. Antara murid-murid harapannya tersenarailah nama-nama seperti Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz (Menteri Besar Kelantan sekarang), Dato' Hj. Ismail Yusoff (bekas Mufti Kerajaan Kelantan), Tuan Guru Engku Hj. Syed Hasan Lemal, Tuan Guru Hj. Awang Nuh Beris Kubor Besar, Ustaz Wan Mohd. Saghir Kg. Baru, Pasir Pekan, Tuan Guru Hj. Abdul Wahid Sungai Udang (Melaka) dan Tuan Guru Hj. Ahmad Osman, Hutan Palas, Bukit Keplu, Kodiang (Kedah). Kewibawaan dan pengalaman luasnya sedemikian melayakkan beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama MAIK (seawal 1932) beberapa penggal. Pada mulanya beliau termasuk pengikut Sidi Muhammad al-Azhari (pengembang tarekat Ahmadiyah di negeri Kelantan), tetapi kemudian mengubah sikap, iaitu setelah beliau berdamping dengan Maulana Tok Khurasan, guru perintis ilmu hadith di Kelantan. Tuan Guru Haji Yaakub meninggal dunia di Kota Bharu pada waktu fajar hari Sabtu 6 Jamadilawal 1376 bersamaan 8 Disember 1956 dengan meninggalkan, antara lain, tiga orang putera yang dikenali ramai :- • Dato' Haji Che Husain (ahli perniagaan) – pewakaf Masjid al-Muttaqin di Lundang dan Masjid al-Ihsan di Dusun Muda, Kota Bharu; • Hj. Hasan (pengasas Pustaka Aman Press, Kota Bharu); • Ustaz Yusoff Zaky @ Dato' Sri Setia Raja (pengarang terkemuka, pengasas Pustaka Dian, Kota Bharu).

HAJI ABDUL MALEK SUNGAI PINANG (1834 – 1934) Tokoh guru pondok akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang seangkatan dengan Tok Mesir, Tok Ayah Kerasak, Haji Nik Mat Dagu dan Haji Ismail Pengkalan Paung. Rakan akrab Haji Abdul Latif Jalaluddin (Bilal Masjid Kayu Kota Bharu). Nama penuhnya ialah Haji Abdul Malek bin Hasan. Lahir di Kg. Sungai Pinang, Tumpat sekitar 1834 dari kalangan keluarga yang sangat miskin. Menuntut ilmu di Patani dan kota suci Makkah selama 14 tahun. Beliau masyhur alim Quran dan kitab Jawi. Selain mengajar al-Quran dan kitab Jawi beliau banyak terlibat dalam usaha membanteras amalan khurafat dan syirik, termasuk memuja kubur serta amalan ilmu sihir. Di peringkat negeri pula, beliau turut tersenarai dalam panel ulama yang dijadikan pakar rujuk oleh Sultan Mansor Ibn Sultan Ahmad (dekad 1890-an) dalam menguatkuasakan undang-undang Islam seperti hukuman hudud kepada pencuri dan pembunuh (diarak keliling pekan), hukuman ta'zir kepada orang yang tidak berpuasa dan tidak menutup aurat (dilumur belaking). Kebanyakan murid-murid Tuan Guru Haji Abdul Malek diberkati Allah dengan ilmu mereka serta berjaya melahirkan barisan pendidik pelapis pada zaman masing-masing. Antara murid-murid kenamaannya : Tok Jerulong @ Haji Mohd. Said Muhammad, Haji Samat Hasan Padang Chenok, Haji Che Mat Taib Pasir Pekan Hilir, Haji Ismail Musa Temangan, Haji Wan Abdullah Kg. Chap/Sungai Pinang, Wak Haji Khatib Ahmad Bemban/Binjai, Tok Kedah @ Haji Idris Penggawa Kangkong, Haji Mahmud Ali (Imam Kangkong), Haji Daud Saamah (bapa kepada Tuan Guru Haji Saad Kangkong), Haji Mohd. Akib Ismail Kg. Kelar, Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang, Tuan Guru Haji Abdullah Senik (pengasas Pondok Padang di Pasir Mas), Tuan Guru Haji Wan Ahmad Abdul Halim (pengasas Pondok Padang Jelapang), Tuan Guru Haji Abdul Rahman Osman (pengasas Pondok Selehong), Tuan Guru Haji Yusoff Abdul Rahman (pengasas Pondok Pulau Ubi), Haji Ibrahim Tok Raja (Mufti Kerajaan Kelantan) dan Haji Seman Sering (kemudian lebih terkenal dengan nama Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani). Datuk kepada Dato' Dr. Nik Safiah Karim (Profesor Adjung di Universiti Malaya) ini kembali ke rahmatullah di Sungai Pinang pada malam Rabu 11/12 Ramadhan 1353 bersamaan 18 Disember 1934.

HAJI ISMAIL PONTIANAK (1882 – 1950) Tokoh ulama' perantau. 'Khatib Masjib Muhammadi dekad 1940-an yang paling popular. Lahir sezaman dengan Mufti Haji Idris , Dato' Perdana Haji Nik Mahmud, Tok Seridik dan Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani. Nama penuhnya ialah Haji Ismail bin Abdul Majid, tetapi lebih dikenali dengan panggilan Haji Ismail Pontianak kerana lamanya beliau berkelana dan bermastautin di Pontianak (Kalimantan Barat), bahkan pernah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Pontianak – berkhidmat selama suku abad (1910 – 1935). Meskipun demikian, Haji Ismail akhirnya kembali menetap di Kelantan. Kerjaya awal tokoh lepasan Makkah ini dalam perkhidmatan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) bermula pada 1 Januari 1940 apabila beliau dilantik menjadi guru kitab di Jami' Merbau al-Ismaili dengan gaji permulaan $47.50 sebulan. Selanjutnya, beliau dipilih menganggotai Jemaah Ulama' MAIK (10 April 1940 hingga 8 Februari 1947). Selain daripada itu, dilantik sebagai Penterjemah Arab (semenjak 1 Julai 1941). Zaman gemilang perkhidmatannya bermula pada 1 Mei 1943 apabila beliau dilantik menjadi Khatib di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Berbeza dengan tok-tok khatib sebelumnya yang masih terikat dengan nota atau teks Arab sepenuhnya, Haji Ismail memperkenalkan khutbah tanpa teks di tangan. Kepetahan beliau menyampaikan khutbahnya secara spontan, dalam bahasa ibunda pula, terbukti sangat berkesan. Walaupun khutbahnya agak panjang, tetapi ahli jemaah tidak bosan. Ini kerana beliau bijak menyusun kata, pandai menyelit ungkapan bahasa "segar", bersesuaian dengan suasana yang mampu membuat sidang hadirin tidak jemu atau mengantuk. Beliau bukan sahaja popular di kalangan ahli jemaah dan anak-anak muridnya, malah sangat disenangi oleh Sultan Ibrahim sehinggalah dilantik menjadi guru agama merangkap Imam di Istana baginda. Khatib panutan ini meninggal di rumahnya, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada tengah malam Isnin 18 Muharram 1370 bersamaan 19 Oktober 1950 dan dikebumikan di Kg. Labok, Machang – kampung asalnya. Satu-satunya pusaka penulisan beliau yang diketahui sempat dicetak edar ialah Kitab Pedoman Kemuliaan Manusia (cetakan pertama 1938), setebal 320 muka iaitu sebuah karya "bunga rampai". - Ismail Che Daud

HAJI ALI PULAU PISANG (1899 – 1968) Salah seorang guru pondok pertengahan abad ke-20 yang paling ternama di Kelantan. Murid harapan Tok Kenali terkanan yang mewarisi ilmu tatabahasa Arabnya. Seangkatan dengan Haji Abdullah Tahir Bunut Payong, Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Haji Saad Kangkong, Haji Awang Lambor dan Haji Awang Serendah. Rakan akrab Ayah Chik @ Lebai Omar Kubang Tuman. Nama penuh tokoh ulama' kelahiran mukim Pulai Pisang, daerah Badang, Kota Bharu ini ialah Haji Mohd. Ali Solahuddin bin Awang. Ibunya bernama Wan Kalsom. Beliau adalah anak ketiga daripada 9 beradik. Selain Tok Kenali, guru-guru tempatan lainnya termasuk juga Haji Abdul Malek Sungai Pinang, Haji Yusoff Sungai Pinang (kemudian lebih dikenali dengan nama Tok Pulai Ubi), Tok Kemuning (di Pulau Kundor), Haji Omar Sungai Keladi, Pak Chik Musa, Haji Yaakub Legor dan Haji Ahmad Hafiz. Namanya "timbul" kerana kealimannya dengan ilmu soraf (cabang tatabahasa Arab) sehingga digelar "Tok Sibaweh". Tidak hairanlah jika Madrasah al-Falah (nama rasmi Pondok Pulau Pisang) yang dibangunkan beliau di Telok Chekering, Pulau Pisang senang menjadi tarikan para pelajar pondok. Sementelahan pula seawal 1932 lagi, Haji Ali dipilih menganggotai Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang dipengerusikan oleh Dato' Haji Ahmad Maher al-Azhari (Mufti Kerajaan Kelantan). Berikutan dengan kematian Haji Saad Kangkong (1943), beliau dipinjam sebagai guru agama Kelas Khas di Jami' Merbau al-Ismaili (pusat pengajian ilmu-ilmu Islam berbentuk sekolah pertama di Kelantan) yang menampung ramai pelajar elit dari dalam dan luar Kelantan pada awal dekad 1940-an; berkhidmat sehingga 1 Mac 1946. Selepas itu kembali semula ke kampus Masjid Muhammadi. Antara murid-murid jempolannya Dato' Haji Ismail Yusoff (Mufti Kerajaan Kelantan), Ustaz Dato' Yusoff Zaki Yaakub (pengarang terkemuka dan penterjemah Tafsir fi Zilal al-Quran, Ustaz Ismail Yusoff (Imam Waktu Masjid Muhammadi), Ustaz Wan Mohd. Saghir Wan Konok Pasir Pekan, Ustaz Azhari Abdul Rahman Melor, Hj. Abdul Aziz dan Hj. Mustafa Pasir Tumboh, Hj. Zakaria Selising, Hj. Daud Geting, Hj. Daud Perakap, Hj. Nik Daud Tanah Merah, Hj. Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Abdul Wahid Sungai Udang (Melaka), Hj. Abdul Rashid Bagan Datok Perak dan Hj. Abdullah Abbas Nasution Tanjung Pauh (Kedah). Ulama' kesayangan Dato' Mufti Haji Ahmad Maher ini kembali ke rahmatullah di kediamannya di Kg. Limau Putenge, Pulau Pisang pada pukul 7.05 pagi Khamis 11 Rejab 1388 bersamaan 3 Oktober 1968 dengan meninggalkan dua buah karya bercetak yang mengupas tentang ilmu soraf dan terjemahan Surah Yasin. -Ismail Che Daud

TOK SELEHONG (1872 – 1935) Tokoh Guru Pondok paling terkemuka di Jajahan Tumpat selepas zaman Haji Abdul Malek Sungai Pinang. Seangkatan dengan Tok Kenali, Tok Padang Jelapang, Tok Bachok, Tok Seridik dan Tok Kemuning. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Osman. Kadang-kadang dipanggil juga dengan nama Haji Abdul Rahman Syair atau Tok Syair kerana kepandaiannya mengarang syair. Seorang daripada guru awalnya tentulah Haji Abdul Malek Sungai Pinang yang berdekatan dengan kampungnya. Kemudian menyambung belajar di Pondok Cha-ok, Patani berguru dengan Tok Cha-ok @ Haji Abdullah bin Mohd. Akib. Akhir sekali pergi mendalami pengajian di kota Makkah – berguru dengan Pak Chik Wan Daud Patani, Tuan Mukhtar Bogor, Tok Shafie Kedah dan ramai lagi. Selepas 18 tahun bermukim di tanah suci Makkah, pulang ke tanah air (1921) lalu mengasas pusat pengajian pondok sendiri di pinggir Sungai Selehong. Di pondok inilah beliau mengajar dan mengembangkan pondoknya yang sangat dikenali ramai pada zaman itu. Bidang ilmu yang sangat ditumpukannya ialah ihsanuddin atau tasawuf dengan Syarh Hikam Ibn Ata'Allah sebagai teks utama. Tok Guru Selehong masyhur sebagai ahli sufi yang zahid. Bagi tujuan supaya hatinya tidak tertambat kepada dunia, beliau menggali sebuah lubang khas dalam kawasan tanah perkuburan Islam berhampiran Pondok Selehong yang dijadikannya semacam kamar khusus tempat beliau beribadat dan bersuluk. Hobi tok guru yang pandai bersilat ini pun agak aneh. Beliau bukan sahaja sering keluar memikat ikan dan berburu rusa, malahan meminati haiwan yang cantik-cantik seperti kuda, biri-biri jantan, ayam jantan laklung persis orang pilihara ayam serama zaman kini. Bapa mertua kepada Tuan-tuan Guru Haji Ahmad Bat Tiga Repek dan Haji Awang Beta ini kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 malam Khamis 18 Zulkaedah 1353 bersamaan 20 Februari 1935 dan dikebumikan di Kubor Selehong, Tumpat. Kegiatan dakwah Islamiahnya diteruskan oleh murid-muridnya hingga ke hari ini. Antara yang masyhur termasuklah Pak Chu Che Abbas Kelong, Haji Yaakub Kelong, Haji Pak Man Berangan, Haji Che Mamat Kok Keli., Haji Awang Lambor, Haji Yaakub Wakaf Bharu, Haji Abdul Rahman Dalam Pator, Haji Abdul Rahman Tendong, Hj. Abdul Rahman Pohon Tanjung, Hj. Abdullah Tal Tujoh, Hj. Che Mat Padang Upeh, Hj. Abdul Aziz Kg. Tujoh, Hj. Mat Bola Geting, Hj. Saleh Pedada Bunohan, Pak Su Wil Kg. Dangar, Hj. Abdul Kadir Gaal, YB Hj. Muhammad Batu Hitam dan Hj. Wan Abdul Latif Jerteh (Terengganu).-ISMAIL CHE DAUD

HAJI ABDULLAH TAHIR BUNUT PAYONG (1897 – 1961) Salah seorang ulama besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh. Pendiri Pondok Bunut Payong yang terkenal ke seluruh Semenanjung itu. Seangkatan dengan Haji Ali Pulau Pisang, Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Haji Saad Kangkong, Haji Ahmad Batu Tiga Repek, Haji Saleh Pedada dll. Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897, Bapanya, Haji Ahmad bin Mohd. Zain yang berasal dari Kg. Chepa, Kedai Lalat pernah berkhidmat sebagai Imam Tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920). Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mukhtar Bogor, Syeikh Said al-Yamani, Syeikh Mohd. Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi. Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan kegiatan keguruannya sendiri di Bunut Payong yang diberi nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok Semenanjung Melayu sebagai pusat pengajian pondok yang berprestasi tinggi di Kelantan. Di Pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Haji Abdullah Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang keras lagi tegas. Kerana kegigihannya yang sedemikian maka tidak peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid berilmu tinggi seperti Hj. Husain Rahimi, Hj. Nik Man Sungai Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumboh, Hj. Ismail Padang Lepai, Hj. Abdullah Kok Lanas, Hj. Omar Kubang Bemban, Hj. Abdul Rahman Slow Machang, Hj. Wook Lubok Chekok, Hj. Noor Teliar, Hj. Saulaiman Siram, Hj. Daud Bukit Bunga, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Ghazali Pulai Chondong, Hj. Zakaria Selising, Hj. Osman Perlis, Hj. Ahmad Kodiang, Hj. Yahya Joned Gurun, Hj. Ibrahim Bongek, Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Hj. Husain Umbai, Hj. Ahmad Relai, Hj. Hasanuddin Berhala Gantang, Hj. Ismail Phuket, Hj. Ghazali Mundok. Kerana ketokohannya juga beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan beberapa penggal (seawal 1932). Kematian Fuqaha' ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan 15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang tokoh ilmuan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya. -ISMAIL CHE DAUD

HAJI DAUD BUKIT ABAL (1906 – 1976) Syeikh tarekat Ahmadiyah terpenting di rantau ini selepas generasi Mufti Haji Wan Musa/Sidi Muhammad al-Azhari/Syeikh Mohd. Said Linggi. Adik kandung Tuan Guru Haji Mat Limbat/Gong Kemudu. Nama penuh ahli sufi ini ialah haji Daud Shamsuddin bin Haji Omar al-Libadi. Lahir di Kg. Kerasak, Limbat, Kota Bharu sekitar 1903. Ibunya, Wan Halimah bt. Hj. Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Haji Ismail (lebih terkenal dengan panggilan Haji Awang Limbat). Manakala bapanya, Haji Omar bin Haji Taib berasal dari Kg. Mentera, Bukit Marak. Antara guru-guru awalnya : Haji Ahmad Limbat, Haji Sulaiman Kubang Kachang, Tok Kenali, Tok Seridik, Haji Omar Sungai Keladi, Haji Nik Abdullah Khatib, Yaakub Legor dan Maulana Tok Khurasan. Di kota Makkah pula, antara lain beliau mendalami pengajiannya dengan Syeikh Omar Hamdan, Syeikh Mohd. Ali al-Maliki, Syeikh Hasan al-Masyat, Syeikh Hasan al-Yamani, Syeikh Muhammad al-Azhari dan Syeikh Mohd. Shafie Kedah (Tok Shafie). Kedua-dua penama akhir inilah yang banyak mencurahkan amalan tarekat Ahmadiyah (termasuk ilmu ihsanuddin) kepadanya. Setelah kembali dari Makkah pada awal 1941, beliau berkebun sambil mengajar agama dibeberapa tempat. Akhir sekali pulang menetap di Bukit Abal, Pasir Puteh lalu berusaha menghidupkan semula sekolah pondok peninggalan bapa mertuanya, Haji Awang Limbat. Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan – mungkin kerana namanya belum terserlah. Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya mula mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu usuluddin, furu'uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin yang menjurus kepada pengalaman zikir tarekat kemudiannya terbukti sangat popular. Untuk kemudahan murid-muridnya beliau mengulang cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid wa al-Fawaid (cetakan pertama 1956); dan pada awal 1970-an diedarkan pula stensilan Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat 8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya. Tuan Guru Haji Daud meninggal dunia di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang maju, iaitu pada pukul 2 petang Ahad 1 Safar 1396 bersamaan 1 Februari 1976. Warisan ilmunya kini disebarkan pula oleh tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Haji Ghazali Tunjong, Pak Da Awang Kampung Pek, Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi (pengarang buku Mengenal Diri dan Wali Allah yang sangat popular itu). Ustaz Wan Hasan Muhammad Bukit Tanah (ahli Jemaah Ulama MAIK), Drs. Abdul Rahman Haji Ahmad (Timbalan Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan) dan Prof Dr. Hamdan Hassan (Universiti Brunei Darussalam). - ISMAIL CHE DAUD

HAJI AWANG LAMBOR (1900 – 1963) Salah seorang guru pondok yang paling berpengaruh di Jajahan Tumpat pada pertengahan abad ke-20 Masihi. Seangkatan dengan Haji Mohd. Saleh Pedada, Haji Yaakub Kelong, Haji Daud Geting dan Haji Pak Man Berangan. Nama sebenar tokoh ulama' yang dilahirkan di Kg. Padang Merbau, Lambor, Wakaf Bharu sekitar 1900 ini ialah Haji Abdullah bin Haji Omar. Bapanya Haji Omar bin Haji Abdul Rahman – lepasan pondok di Patani – ialah seorang Khatib di surau mukim Jal Kecik, juga adik kepada Haji Yusoff bin Haji Abdul Rahman, Imam Tua mukim Meranti di Jajahan Pasir Mas. Datuknya, Haji Abdul Rahman yang berasal dari Kota Bharu Reman adalah Imam perintis di surau mukim Jal Kecik. Beliau sendiri bersepupu dengan Hajjah Zainab bt. Hj. Yusoff yang kemudiannya menjadi isteri kepada Tuan Guru Haji Mohd. Zain Meranti, guru awalnya. Seorang sepupunya lagi ialah Haji Ahmad bin Haji Yusoff, Imam mukim Meranti yang meninggal dunia pada 21 Ogos 1961. Juga bertalian dua pupu dengan Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ali, Kg. Jalah, Bunut Susu (meninggal 2 Ogos 1931). Manakala Pak Chu Haji Mat Saman bin Haji Abu, guru al-Quran ternama di kawasan Lambor/Kubang Batang sebelum Bah Air Merah (1926) itu pula ialah abang iparnya. Kerana latar belakang keluarga yang sedemikian maka tidak hairanlah jika beliau sudah mula terdedah kepada pengajian asas agama sejak kecil lagi. Selepas menuntut beberapa ketika dengan Tok Kenali dan Tok Selehong beliau pergi menamat di kota Makkah selama 9 tahun lagi. Barisan gurunya termasuk Syeikh Omar Hamdan, Tuan Mukhtar Bogor, Tok Senggora, Tok Shafie Kedah, Pak Cik Wan Daud Patani, Haji Sulong Patani, Pak Da Ail Patani dan Syeikh Muhammad bin Syeikh Nik Dir Patani. Pada 1934, pulang ke Kelantan iaitu mendirikan Pondok Lambor yang telah melahirkan tokoh-tokoh seperti Haji Mat Nor Rushdi Haji Awang Gagah (pengasas Pondok Tasat di Legor, Thailand). Haji Wan Mat Wan Saleh (pendiri Pondok Paya Ular di Bunut Susu), Haji Mohd. Nor Haji Abdullah (guru Pondok Teliar), Pak Su Che Wil Haji Abdul Rahman (Imam Tua mukim Delima), Pak Su Loman (Imam Bunut Susu), Haji Yaakub Awang, Kg. Jelutong, Gunong, Bachok dan Haji Che Wil Abdul Latif, Kg. Meranti Besar. Tuan Guru Haji Awang Lambor berpulang ke rahmatullah pada pukul 3 petang Sabtu 27 Zulkaedah 1382 bertepatan 20 April 1963 dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pondok Lambor, Wakaf Bharu. - Ismail Che Daud

MUFTI HAJI WAN MUSA (1875 – 1939) Ahli tasawuf berpendirian tegas. Bergiat sezaman dengan Tok Selehong, Haji Che Leh Kg. Laut, Tengku Mahmud Zuhdi (Syeikhul Islam Selangor). Putera kedua Tuan Tabal dan adik kandung Mufti Haji Wan Muhammad, juga abang kepada Haji Nik Abdullah Khatib. Nama penuhnya ialah Haji Wan Musa bin Haji Abdul Samad. Bapanya, Haji Abdul Samad bin Mohd. Saleh al-Kalantani (lebih masyhur dengan gelaran Tuan Tabal) ialah penyebar perintis tarekat Ahmadiyah di rantau ini, juga tergolong ulama pengarang yang banyak menulis kitab Jawi – terpentingnya Minhat al-Qarib (1883). Haji Wan Musa adalah seorang rakan seperguruan Tok Kenali, terkenal dengan fikiran-fikiran yang berani tetapi kontroversi. Namun, beliau terpilih dan ditawarkan jawatan Mufti Kerajaan Kelantan selepas pengunduran Mufti Haji Wan Ishak pada awal 1909. Sikapnya yang tegas serta pandangan-pandangannya yang cenderong kepada reformasi telah menyeret beliau ke kanchah pertelagahan pendapat dengan tokoh-tokoh "Kaum Tua" seperti Haji Omar Sungai Keladi, Haji Ibrahim Tok Raja, Haji Ismail Kemuning dan Haji Ahmad Abdul Mannan. Di luar Kelantan pula, beliau pernah berpolemik dengan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani – penulis Tazkiyat al-Anzar (1920) yang menghujah balas pendapat Haji Wan Musa. Antara persoalan kontroversi yang berbangkit sehubungan dengan pendapat beliau ialah isu membina masjid dengan harta zakat fitrah, hal muqaranah sembahyang, talqin, kain telekung sembahyang, talfiq mazhab, pemindahan harta wakaf/pusaka dan perbahasan jilatan anjing. Keyakinannya kepada pendapat-pendapat yang pernah diluahkannya serta pertelingkahannya yang lama dengan tokoh-tokoh "Kaum Tua" menyebabkan beliau melepaskan jawatan Mufti pada pertengahan 1916. Sebagai tokoh berwibawa, halaqat pengajian kitab di suraunya di Jalan Merbau, Kota Bharu berjaya melahirkan ramai pendakwah pelapis yang mampu mengajar baik di sekolah pondok mahupun di sekolah moden. Mereka termasuk Hj. Saad Kangkong, Pak Su Wan Adam Kg. Laut, Hj. Mohd. Zain Meranti, Hj. Nik Mat Alim Pulau Melaka, Hj. Abdul Mannan Sumatera, Hj. Abdul Wahid Melaka, Hj. Ahmad Perak dan Hj. Ayyub Kemboja. Putera-putera beliau sendiri pun tergolong alim ulama' yang disegani. Antara tokoh-tokoh yang dimaksudkan ialah Hj. Nik Abdullah, Hj. Nik Mat Nazir, Hj. Nik Mud, Hj. Nik Leh dan Hj. Nik Mat Din. Pusaka lainnya ialah dua risalah terjemahan yang selesai disusun seawal 1906 lagi. Mufti Haji Wan Musa kembali ke alam baka pada 3.00 petang Sabtu 24 Zulkaedah 1357 bertepatan 14 Januari 1939 dan dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu. - Ismail Che Daud

HAJI SAAD KANGKONG (1893 – 1943) Imam waktu perintis di Masjid Besar Kota Bharu. Guru kitab Arab paling muda di Halaqat Kitab Masjid Muhammadi. Rakan setugas Haji Yaakub Legor dan Haji Yaakub Lorong Gajah Mati. Nama penuhnya ialah Haji As'ad bin Haji Daud, berasal dari Kg. Kangkong, Pasir Mas. Beliau tidak jemu-jemu belajar dan mengajar, semenjak muda sampai tua. Guru-guru utamanya termasuk Tok Kenali, Haji Ahmad Hafiz, Mufti Haji Wan Musa dan anaknya, Haji Nik Abdullah. Juga disebut-sebut pernah menuntut di Makkah selama tujuh tahun. Apabila pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) memperkenalkan jawatan Imam Sembahyang Waktu di Masjid Besar Kota Bharu (sekarang Masjid Muhammadi), beliau terpilih sebagai penyandang pertamanya – berkhidmat mulai 19 Jun 1927 hingga 31 Disember 1930, bergaji $15 sebulan. Sepanjang dasawarsa 1930-an beliau bertugas sepenuh masa sebagai guru kitab Arab di Masjid Muhammadi (nama rasmi Masjid Besar Kota Bharu), bergaji $30 sebulan dan meningkat ke $40 apabila bertukar ke Jami' Merbau al-Ismaili (sejak awal 1941). Haji Saad menggalakkan murid-muridnya supaya membaca akhbar dan majalah bagi menambah ilmu pengetahuan. Antara murid-murid kenamaannya termasuk Dato' Haji Ismail (Mufti Kerajaan Kelantan), Haji Abdul Rahman Lubok Tapah, Haji Nik Man Sungai Budor, Haji Awang Beta, Haji Yusoff Tasek Berangan, Haji Nik Daud Tanah Merah, Haji Osman Padang Siam, Haji Ibrahim Apa-Apa, Haji Ismail Kg. Talak, Haji Che Mat Padang Upeh, Haji Yaakub Wakaf Bharu, Haji Abdullah Kg. Laut, Hj. Abdullah Aur China, Haji Abdullah Gemuk, Hutan Pasir, Hj. Mohd. Amin Tok Bachok (Qadhi), Haji Mustapha Idris (pesara Timbalan Qadhi Besar Kelantan), Ustaz Haji Wan Ahmad Kg. Menuang, Haji Yaakub Kg. Sireh (Pegawai Agama MAIK), Haji Abdul Shukor Kubang Gendang (kemudian menjadi menantunya), Haji Abdul Wahid Sungai Udang (Melaka), Haji Husain Hafiz Umbai (Melaka), Ahmad Zaini Haji Tahir Asahan (Sumatera) dan Haji Shuaib Ahmad Pulau Kerengga, Marang (Terengganu). Sebagaimana rakan-rakan seperjuangannya beliau turut dilantik menjadi Ahli (Mesyuarat) Majlis Agama Islam Kelantan (1940). Tuan Guru Haji Saad Kangkong ditakdirkan meninggalkan dunia secara mengejut di rumahnya sekitar jam 11.00 pagi 22 Jamadilakhir 1362 bersamaan 26 Jun 1943. Bakat beliau dalam kegiatan dakwah kini diwarisi cucunya, Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor (pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). - Ismail Che Daud

SHEIKH OSMAN JALALUDDIN AL-KALANTANI (1880 – 1952) Salah seorang guru pondok dan ulama' pengarang tersohor di Semenanjung Melayu pada suku kedua abad ke-20 Masihi. Seangkatan dengan Tok Seridik, Haji Ismail Pontianak, Haji Omar Banggol Kulim, Dato' Perdana, Haji Mat Jebeng. Beliau bukan sahaja terkenal di Kelantan dan Pulau Pinang, tetapi juga terbilang di Makkah. Nama penuh tokoh ulama kelahiran Kg. Panjang, daerah Sering di sempadan jajahan Kota Bharu/Bachok pada penghujung 1297H/1880M ini ialah Haji Osman bin Muhammad. Lantaran itu pada peringkat awalnya beliau lebih dikenali dengan panggilan Haji Seman Sering. Beliau termasuk dalam kumpulan murid kesayangan Tok Kenali. Juga pernah berguru dengan Haji Jamaluddin Perupok dan Haji Abdul Malek Sungai Pinang. Di Makkah pula, beliau sering mendampingi Tuan Mukhtar Bogor (Syeikh Mohd. Mukhtar bin Atarid) yang ternama itu. Namanya mula "timbul" selepas kejayaan beliau mendirikan Madrasah Manabi' al-Ulum (1932) di Penanti, Bukit Mertajam. Madrasah ini kemudiannya muncul sebagai pusat pengajian pondok yang paling maju di Seberang Perai, khususnya pada dasawarsa 1930-an dan 1940-an. Sebagai pendidik yang dedikasi beliau banyak menghasilkan karya sendiri dan terjemahan. Syeikh Osman bukan sahaja berhati-hati dalam menghasilkan sesuatu karangan, tetapi juga selalu memilih topik yang berkait rapat dengan persoalan yang dihadapi oleh masyarakat. Kitab al-Durrat al-Nafi'ah (Alamat Kiamat) karangannya meletakkan beliau sebagai sasterawan Islam yang berpandangan jauh kerana ia dianggap buku berbahasa Melayu paling terperinci membicarakan perihal tanda-tanda dunia hampir kiamat. Di samping itu Syeikh Osman kerap berulang-alik ke Makkah dan diberi kepercayaan mengajar di Masjid al-Haram. Sebab itu muridnya ramai. Mereka termasuk Hj. Abdul Rahman Sungai Durian, Hj. Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Abdullah Lati, Hj. Abdullah Kg. Laut, Hj. Hassan Ketereh, Hj. Abu Bakar Tiu, Hj. Mohd. Ibrahim Akibi Pulau Pinang, Hj. Ismail Merbok, Hj. Husein Umbai, Hj. Abdul Ghani Kubang Bemban dan antara yang masih ada lagi ialah Ustaz Abdul Kadir Kamaluddin (lahir 1921), Ketapang Tengah, Pekan, Pahang. Tokoh yang amat mementingkan istiqamah dan disiplin diri ini ditakdirkan meninggal di tanah suci Makkah waktu fajar hari Jumaat 30 Zulhijjah 1371 bersamaan 19 September 1952. - Ismail Che Daud Badan Kebajikan Sekolah SEK. MEN. KEB. ISMAIL PETRA Kompleks Sekolah-Sekolah, 15300 Kota Bharu, Kelantan. Tel : 09-7481848 Fax : 09-7479936 Email : smkip@hotmail.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads