Jumaat, 28 Disember 2012

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


500 penduduk kampung <b>di Kuala Krai</b> terputus hubungan | Minda <b>...</b>

Posted: 25 Dec 2012 02:50 AM PST


KUALA KRAI – Kira-kira 500 penduduk di Kampung Karangan dan Kampung Budi di sini terputus hubungan apabila jambatan yang merentas Sungai Kelantan ke kampung mereka ditenggelami air.


Ini berikutan hujan lebat di Hulu Kelantan sejak kebelakangan ini membuatkan jambatan sepanjang 300 meter penghubung kawasan berkenaan dengan Kampung Manjor ditenggelami air lebih lima meter.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Manjor Selatan, Che Mat Taib berkata kemungkinan paras air di kawasan jambatan     mengambil masa panjang untuk surut.


"Berikutan itu, penduduk terpaksa menggunakan khidmat bot tambang untuk menyeberang sungai bagi melakukan segala urusan sama ada di Kuala Krai atau Gua Musang," katanya kepada pemberita.


Seorang penduduk, Ahmad Razi Draman, 39, berkata jambatan itu sememangnya berada pada kedudukan rendah dan ia mudah ditenggelami air sungai jika hujan lebat turun.


Beliau berkata permintaan sudah dibuat oleh penduduk kepada pihak berkenaan supaya jambatan konkrit lebih tinggi dibina namun ia belum berhasil.


Ahmad Razi berkata walaupun belum ada kejadian tidak diingini berlaku, perhatian sewajarnya diberi supaya kampung-kampung terlibat mendapat kemudahan perhubungan yang sempurna dan selamat. – Bernama

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Kerajaan Pusat Baik Pulih 500 Rumah Penduduk Miskin <b>Di Pasir</b> <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 05:51 PM PST

PASIR PUTEH, 17 Dis (Bernama) — Kerajaan Persekutuan melalui agensinya berjaya membaik pulih 500 rumah penduduk miskin di sekitar Pasir Puteh, melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 juta pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata seramai 2,500 anggota keluarga terdiri daripada nelayan dan petani yang mendiami rumah tersebut, kini mendiami rumah yang lebih selesa.

"1Malaysia Development Berhad (1MDB) membaik pulih 100 rumah nelayan miskin dengan peruntukan RM1 juta," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja membaik pulih rumah seorang penduduk miskin Yusuf Mamat, 78, di Kampung Tualang di sini, Isnin.

Zawawi berkata, sebanyak 200 rumah lagi dibaik pulih di bawah kendalian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dengan perbelanjaan RM500,000.

"Baki 200 rumah dibaik pulih melalui peruntukan di bawah projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh.

– BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Demonstrasi Junjung Titah Sultan <b>di Bachok</b> - royalti kelantan.com

Posted: 28 Dec 2012 04:43 AM PST

IMG-20121228-WA000

Lebih 300 org hadir mendengar ucapan Setiausaha R, Syam Ghaz, wakil Pengerusi R Bachok Zahari Sidek, Pengerusi CABAR – Solidariti Rakyat Bachok Tuntut Pendaratan Gas ke Bachok, Ustaz Marzuk Shaari dan Aktivis2 R-CABAR.

Demo aman R di Masjid Mahmudi, Pantai Irama, Bachok.

Laungan:

"Awe Adek PENGKHIANAT"
"Awe Adek Koya Cerdik"
"Daratkan Gas ke BACHOK"
"Awe Adek PENGDERHAKA"
"Jangan Khianati Rakyat Bachok Kali Ke 2″

*** Demontrasi aman ini dibuat kerana:

1. Respon kepada tindakan derhaka Dato Awang Adek yang ingkar pada titah DYMM Sultam Kelantan agar gas didaratkan ke Bachok.

2. Mendesak Kerajaan Malaysia dan PETRONAS DARATKAN GAS KE BACHOK, yang mana Kerajaan dan Petronas sudah istihar akan salurkan gas dlm perairan Kelantan di Blok PM301 ke Kerteh, Terengganu pada tahun hadapan, 2013.

Dengan membuat pelaburan lebih RM16 Billion untuk membina paip baru, loji penapisan baru sejauh 300km daripada blok PM301 (dalam Kelantan) ke Kerteh.

Sedangkan jarak ke pantai Bachok hanya 160km sahaja.

3. Sekiranya gas didaratkan ke Bachok, melalui kajian yang dibuat oleh R ia akan memberikan 11,000 peluang kerja pada penduduk setempat. Dan akan memberikan peluang kepada wujudknya industri hiliran berasaskan minya dan gas seperti di Kerteh sekarang. Ramai pelabur aka melabur disini, industri pelancongan akan meningkat dan perhotelan akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Nilai tanah di Bachok akan naik mendadak dan ia akan memberikan kesenangan kepada rakyat Bachok khususnya dan Kelantan amnya.

R menyeru seluruh rakyat Kelantan bangkit untuk menuntut GAS yang berjumlah 1.7 trillion kaki padu didaratkan ke Kelantan sebelum ia dilarikan ke Terengganu dan rakyat Kelantan akan berputih mata sekali lagi selepas pengkhianatan kali pertama bila gas dilarikan ke Songkhla pada tahun 2004 lalu.

Mohon rakan2 sebar dan share seluasnya, demi menuntut hak kita yang dinafikan.

tq

Kita terokkk rapattt jikkk!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Husna Arissa dan Imran Faiz: Balik Kampung <b>Di Bachok</b>, Kelantan

Posted: 21 Dec 2012 06:00 PM PST

Assalamualaikum...

Husna dan Imran balik ke kampung halaman Mak di Bachok, Kelantan selama 2 minggu. Macam-macam gelagat Husna dan Faiz di Bachok. Memang tak boleh dikawal lagi...
















03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


7 lot Banglo <b>di Kok Lanas</b> | Azmiral.com

Posted: 23 Sep 2012 03:38 AM PDT

Harga mengikut keluasan rumah

  1. 1000kp – RM181,000
  2. 1200kp – RM203,000
  3. 1400kp – RM225,000
  4. 1600kp – RM247,000

Luas Tanah : 5400kp+++

lokasi

-Lebih krg 700m ke jln besar
-3 km ke pasar Kok lanas
-Lebih kurang 5km ke Polikteknik Kota Bharu
-lebih krg 3km ke Kolej Komuniti
-lebih krg 4km ke Kem Desa Pahlawan

Design dan plan rumah mengikut citarasa dan pilihan pembeli. KLIK DI SINI untuk melihat contoh pelan dan rekabentuk.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Anak Seberang: Pelajar ditemui mati tergantung <b>di</b> Kelantan

Posted: 28 Dec 2012 08:16 PM PST

Mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

GUA MUSANG - "Saya dakap seerat-eratnya sebaik melihat dia (arwah) tergantung, dengan harapan dia masih selamat, tetapi meninggal dunia beberapa minit selepas itu." kata Che Mat Daud, 65, bapa kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2, yang mati tergantung, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Tanah Rancangan Felda Chiku 2, ketika pelajar tersebut berada dalam bilik tidur seorang diri.Che Mat berkata, dia menyedari kejadian berkenaan ketika terdengar jeritan kuat daripada abang mangsa, Mohamad, 22, yang terkejut melihat adiknya tergantung dalam bilik tidur.

Katanya, ketika itu dia baru pulang dari bekerja sebagai tukang rumah dan mangsa bersama abangnya sahaja yang berada di rumah."Saya pulang dari kerja, terus menunaikan solat Asar dan keluar semula dari rumah untuk membersihkan kereta sambil memeriksa bateri kerana ingin ke luar lagi.

"Ketika sedang melakukan kerja, saya terdengar suara kuat abang mangsa yang menjerit, lalu saya bergegas naik ke rumah menuju ke bilik," katanya.Menurut Che Mat yang juga peneroka Felda, hanya beberapa minit selepas dia memotong tali yang menjerut leher anaknya, terus meninggal dunia dan gagal diselamatkan.

"Setahu saya, dia (arwah) tidak bercinta dengan mana-mana budak perempuan hingga sanggup bertindak demikian, tetapi yang saya tahu dia berkeadaan muram selepas kemalangan jalan raya sejak lima bulan lalu," katanya.Che Ma berkata, arwah pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya apabila motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta dan kepalanya terhantuk di permukaan jalan.

"Bermula dari situ, dia anak bongsu daripada 13 beradik, tidak lagi ceria dan kerap berkurung dalam bilik, tetapi dia memang bersedia untuk bersekolah semula di tingkatan lima apabila persekolahan dibuka Januari ini," katanya.

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan motifnya dalam siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Rancangan Felda Chiku 2, pagi semalam.

A.S KATA, TAKZIAH DIUCAPKAN DAN SEMOGA AHLI KELUARGA ARWAH BAWA BANYAK-BANYAK BERSABAR.

Published with Blogger-droid v2.0.8

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


PEMENTASAN DRAMA OLEH PELAKON JALALUDIN HASAN <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2009 07:14 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MANEK URAI kini menjadi tumpuan bukan sahaja oleh ahli-ahli politik, tetapi turut mendapat tempat di hati artis tanahair. Diberitakan seorang pelakon sudah agak veteren anak kepada tokoh agama Dato' Haji Hassan Azahari (seorang hakim Tilawah Al-Quran, Guru Al-Quran dan popular dengan siri Muqaddam di TV sewaktu ketika dahulu) dan beradik pula dengan Ketua Polis Negara, dan bekas YB Umno Datuk Fuad Hassan, beliau adalah Jalaluddin Hassan.

Aktor yang sering berlakon membawa watak lelaki romantis dan kadangkala berwatak miang ini di dalam kesibukannya sebagai pelakon sempat hadir ke Manek Urai. Paling menarik, beliau pernah memegang watak `pondan' atau `bapok' dalam sebuah filem. Jangan tanya apakah hukumnya berlagak seperti pondan kerana beliau pasti tahu jawapannya, maklumlah anak seorang guru agama terkenal.

Jalaluddin Hassan dilihat berada di satu majlis ceramah oleh Ibrahim Katak Pasir Mas bertempat di Kg Laloh. Sebagai satu keluarga dengan Datuk Fuad Hassan yang juga penceramah import dari Selangor, Jalaluddin Hassan sudah tentu akan menggunakan `glamour'nya sebagai pelakon untuk menarik undi masyarakat di Manek Urai untuk menyokong Umno. Sayang sekali, beliau salah tempat dan Kelantan bukan tempat untuk artis menonjolkan `glamour'. Kelantan hanya terbuka untuk artis yang sanggup berhijrah dan berlapang dada dengan Islam. Kelantan bukan untuk artis mengampu pemimpin kerajaan. Kehadiran beberapa artis yang lebih terkenal dari aktor veteren tersebut ke bumi Kelantan kesemuanya akur dengan Islam yang dibawa oleh Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz. Penyanyi seperti Amy Search dan juga Siti Nurhaliza jauh popular dari Jalaluddin Hassan dan mereka akur serta hormati kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz.

Di Manek Urai rakyat berkesempatan untuk mengenali atau `berkenalan' dengan ahli keluarga Dato' Hassan Azahari. Kehadiran Datuk Fuad Hassan ahli politik veteren dari Umno Selangor, Jalaluddin Hassan juga pelakon veteren turut hadir. Tidak mustahil nanti rakyat di Manek Urai akan berpeluang melihat Dato' Musa Hassan Ketua Polis Negara berkunjung ke Manek Urai. Ini adalah kerana anak-anak buah Musa Hassan telah pun berkampong di Manek Urai sejak beberapa minggu yang lalu. Betapa hebat persediaan mereka di Manek Urai.

Saya sarankan untuk menarik lebih ramai lagi rakyat di Manek Urai hadir dalam ceramah Umno, apa kata jika diadakan satu pementasan drama di Manek Urai dan dilakonkan oleh Jalaluddin Hassan sebagai pelakon utamanya. Tajuk drama terpulang kepada Umno untuk memikirkannya, jika tajuk drama tersebut adalah `tragedi pembunuhan Al-Tantuya', saya rasa mungkin akan dapat sambutan hebat. Jika tidak mahu tajuk berkenaan, Umno mungkin boleh memberi tajuk lain seperti `Hikayat Sang Katak'. Tentu Pak Berahim dari Pasir Mas bersetuju dengan tajuk tersebut. Asal jangan bawa watak `pondan' sudah lah. /wfauzdin.blogspot.com


03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Tuntutan Royalti: Lebih Baik Jadi Kaki Bangku dari Kaki Torak <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2012 11:23 PM PDT

Di hadapan 3,000 penonton di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Husam memberi tahu yang hadir " Mahkamah Dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tetapi status kedaulatan negeri telah wujud".

Mahkamah Dunia mana yang menetapkan status itu? Mana buktinya? Torak kepada yang yang tak tahu memang senang. Tapi itu adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun ketamadunan Kelantan telah dikesan daripada zaman pra-sejarah, tetapi di dalam sejarah moden, Kelantan telah berada di bawah naungan Raja Siam. Ia boleh dikesan sejak 1826 bila termeterai Perjanjian Burnley antara Raja Siam dan United Kingdom. Objektif utamanya ialah menetapkan kedudukan Negeri-Negeri Melayu.  Perjanjian ini mengiktiraf hak Raja Siam ke atas Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.  Manakala Raja Siam mengiktiraf hak Kerajaan British ke atas Penang dan hak British untuk berdagang dengan Kelantan dan Terengganu tanpa sekatan oleh Raja Siam.

Anglo-Siamese Treaty 1909 yang dimeterai oleh Raja Siam  dan Wakil United Kingdom di Bangkok pada 10 Mac 1909 pula menyaksikan negeri-negeri Melayu di bahagi dua. Patani, Narathiwat, Songkhla, Satun dan Yala kekal dibawah Raja Siam. Raja Siam melupuskan hak tuntutannya ke atas Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu kepada United Kingdom untuk menjadi sebahagian daripada Great Britain.

Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu kemudiannya di satukan dengan Johor dan dikenali sebagai The Unfederated Malay States (Negeri Melayu Tidak Bersekutu) dan dibawah pengawasan Penasihat British.

Ini adalah bukti pertama bahawa Kelantan bukan wilayah berdaulat seperti didakwa Husam. Hubungan diplomatik dan antarabangsa Kelantan ditentukan oleh kuasa lain. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ini sekadar memiliki autonomi yang lebih luas berbanding Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pada 8 Disember 1941, Kelantan telah diserang oleh Tentera Maharaja Jepun yang mengakibatkan Tentera British terpaksa berundur dari Kelantan. Sejak itu Kelantan telah diperintah oleh Tentera Jepun sehingga pentadbiran Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Raja Siam oleh Jepun. Sepanjang Perang Dunia Ke 2, Kelantan berada di bawah pentadbiran Raja Siam.

Pentadbiran Raja Siam ke atas Kelantan berakhir bila Jepun menyerah kalah. Kelantan kemudiannya diletakkan di bawah British Military Administration dan ditadbir oleh Tentera British sehinggalah perjanjian penyertaan ke dalam Malayan Union dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu. Pada 1 April 1946, Kelantan bersama Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersetuku, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat telah berada di bawah Malayan Union dan Pemerintah Tertingginya ialah Sir Edward Gent, Governor British pertama.

Ini adalah bukti kedua, Kelantan bukanlah Negeri Berdaulat seperti yang didakwa Husam.

Malayan Union berakhir pada Januari 1948. Pada 21 Januari 1948, Raja-Raja Melayu dan Sir Edward Gent telah menandatangani The Federation of Malaya Agreement di King House, Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1948, Negeri-Negeri Melayu termasuk Penang dan Melaka telah membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Ia diketua oleh Pesuruhjaya British dan Penasihat British di negeri-negeri diganti dengan Ketua Menteri.

Persekutuan Tanah Melayu wujud dari 31 Januari 1948 sehingga 15 September 1963, sehari kemudian Malaysia ditubuhkan. Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka dari jajahan British dan ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agung sebagai Ketua Negara.

Ini adalah bukti ke 3 Kelantan bukanlah negeri berdaulat seperti di dakwa Husam. Ini kerana sekiranya Kelantan tidak membuat keputusan menyertai Persekutuan Tanah Melayu maka Kelantan akan kekal sebagai tanah jajahan British.

Negeri berdaulat adalah ditafsirkan seperti berikut,

"A sovereign state is a political organization with a centralized government that has supreme independent authority over georgraphic area".

Ternyata Negeri Kelantan tidak mempunyai autoriti ke atas wilayahnya dan sejak didokumentasikan dari 1826, nasib wilayah yang bernama Kelantan telah ditentukan oleh kuasa asing.

Husam layak dipanggil penipu. Bukankah begitu?

Oleh yang demikian, argumen Husam bahawa status kedaulatan negeri Kelantan telah wujud sebelum ia menyertai Persetukuan Tanah Melayu atau sebelum ia menyertai Malaysia adalah satu helah untuk mengaburi mata pendengarnya. Oleh yang demikian tidak timbul dakwaan Akta 144, Akta Kemajuan Petroleum 1974 telah mencabar kedaulatan Negeri Kelantan seperti dakwaan Husam di sini.

Berita yang disiarkan oleh Malaysiakini itu bertajuk 'Kelantan Berhak Batal Perjanjian Dengan PETRONAS'. Seperti posting saya semalam, saya minta Kerajaan PAS Kelantan membuat permohonan untuk batalkan perjanjian suratcara 9 Mei 1975. Mengapa setakat bercakap sahaja. Kenapa tidak difailkan permohonan rasmi di Mahkamah?

Sebaliknya hari ini, Kerajaan PAS Kelantan hanya membuat permohonan supaya Mahkamah Persekutuan membenarkannya mengemukakan rayuan terhadap 3 tuntutan yang ditolak sebelum ini termasuk menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah, menolak permohonan PETRONAS untuk membatalkan saman dan memohon dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap PETRONAS sebelum ini, seperti dilaporkan oleh HarakahDaily hari ini. Panel 5 orang Hakim yang bersidang membenarkan permohonan tersebut setelah permohonan Kerajaan PAS Kelantan itu tidak dibantah oleh peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia dan PETRONAS.

Sekiranya peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak membantah, ini bererti Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak mempunyai apa-apa masalah dengan tuntutan permohonan rayuan tersebut.

Dakwaan Husam bahawa ini petanda awal 'pintu gol lawan sudah ditembusi' adalah satu lawak jenaka.

Apa Kata Nik Aziz Bila Wakil Rakyat PAS <b>Kelantan</b> Sindir Suruh <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 07:02 PM PDT

October 18, 2012   ·   33 Comments

nik mazian

Nampaknya salah seorang wakil rakyat PAS di Kelantan bakal berhadapan dengan jutaan caci maki dan kutukan pedas apabila dia dilaporkan menyindir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, untuk melepaskan "baton" yang dipegangnya sejak sekian lama.

ADUN Gaal, Dr. Nik Mazian Mohamed dalam kenyataan halusnya ketika sidang DUN membahaskan bajet negeri itu menasihatkan supaya mana-mana pemimpin yang sudah tua dan uzur supaya melepaskan jawatan kepada mereka yang lebih muda dan kuat.

Paling pedas, Nik Mazian menegaskan bahawa adalah sangat tidak sesuai bagi seseorang pemimpin yang sudah tua itu melepaskan "baton" ketika dia sedang berhenti untuk melegakan rasa lenguh di tengah jalan!

Kenyataan yang dalam dan pedas maksudnya itu dipercayai ditujukan kepada Nik Aziz apabila dia menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kesihatan Menteri Besar Kelantan itu yang sering uzur dan khuatir jika "baton" yang dipegangnya tidak sempat diserahkan kepada penggantinya…

Saya tertanya-tanya, apakah Nik Aziz akan terasa hati dengan sindiran yang tepat terkena di batang hidungnya itu?

Atau Nik Aziz hanya buat tak tahu sahaja, seolah-olah tidak faham dengan kiasan yang disampaikan oleh salah seorang pemimpin PAS Kelantan itu?

Pada saya, gesaan Dr. Nik Mazian yang meminta agar Nik Aziz meletak jawatan dan tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan Kelantan atau PAS itu membuktikan tentang sikap akar umbi PAS yang mahu Mursyidul Am PAS itu bersara secepat mungkin.

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang rungutan dan gesaan beberapa rakan yang rapat dengan kepimpinan PAS yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan.

Namun ketika itu, puak-puak PAS begitu marah dan seolah-olah cuba menyembunyikan fakta yang ketika itu sedang hangat diperkatakan di kalangan akar umbi, khususnya golongan pro-ulama PAS yang sudah bosan dengan "fatwa sesat" Nik Aziz.

Hakikatnya, sememangnya betul dakwaan bahawa ramai puak-puak PAS, khususnya di Kelantan sedang tertunggu-tunggu persaraan Nik Aziz dalam masa terdekat disebabkan ketidakupayaan Menteri Besar Kelantan itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua sebuah negeri.

Mereka tahu tentang jadual ketat Nik Aziz yang terpaksa mengunjungi hospital untuk mendapatkan rawatan dan mereka juga tahu tentang keadaan Menteri Besar itu yang lebih banyak menghabiskan masa untuk tidur di pejabatnya.

Mereka juga sudah bosan melihat Mursyidul Am itu keluar masuk hospital dan gagal melaksanakan pentadbiran negeri itu dengan baik akibat kekangan kesihatan yang buruk dan usianya yang lanjut menyebabkan dia tidak faham banyak isu-isu moden yang berbangkit.

Malah ada di antara mereka yang mengaku malu dengan Nik Aziz yang tidak mampu memahami Bahasa Inggeris dengan baik, apatah lagi untuk bertutur dalam bahasa dunia tersebut.

Selain itu, dengan ekonomi Kelantan yang masih berada di takuk lama dan prestasi yang tidak stabil turut menyebabkan mereka merasa tidak puas hati terhadap "orang tua" itu.

Persoalannya, mahukah Nik Aziz mengikut dan menuruti gesaan nasihat ADUN Gaal serta golongan akar umbi PAS di Kelantan itu?

Pada pandangan saya, Nik Aziz tetap Nik Aziz dan saya menjangkakan dia akan "buat-buat bodoh" serta akan terus bertanding pada PRU ke-13 nanti sekaligus akan mempertahankan jawatan Menteri Besar Kelantan sekiranya dia menang di DUN yang ditandinginya.

Sebagaimana maklum, Nik Aziz memang degil, ego dan gilakan jawatan. Dan disebabkan sifat-sifat itulah dia akan terus memegang jawatan di dalam Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS sehingga ajal menjemputnya.

Cuma, saya mengharapkan agar ADUN Gaal tidak akan kecewa dan kecil hati selepas ini sekiranya "tiket ke syurga" miliknya ditarik balik dan dia bakal dihujani oleh pelbagai kutukan dari para penyokong "Nabi PAS" itu.

Harapan saya, usahlah pecat Dr. Nik Mazian. Bukan apa…nanti payah pula PAS nak menang bila ramai sangat pemimpin yang dipecat PAS..kan?

By


di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN <b>NEGERI</b>, 2011: MELAKA <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2012 11:14 PM PST

Tidak ada negara di dunia ini bertaraf Utopia. Tidak ada negara yang sempurna dan indah seperti syurga yang sering digambarkan kepada kita. Namun ingin saya tegaskan buat sekian kalinya bahawa, pada keseluruhannya, Melaka jauh lebih baik dari Kelantan!

Berdasarkan 32 indikator OECD, YAB Dato' Sri Najib, PM Malaysia telahpun mengisytiharkan Melaka sebagai negeri maju tepat pada 20:10 20/10 2010. Sehingga kini, hanya Melaka, di kalangan negeri-negeri di Malaysia, yang mencapai tahap tersebut.

Kedudukan ekonomi Melaka, yang merangkumi petunjuk seperti kadar pertumbuhan GDP, nilai GDP per kapita, purata pendapatan isi rumah bulanan, kadar pengangguran, kadar kemiskinan dan kadar inflasi, jauh lebih cemerlang dari Kelantan.

Gejala sosial di Kelantan, sekalipun digelarkan sebagai Serambi Mekah, jauh lebih tinggi dan meluas berbanding Melaka.

Baru-baru ini, terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin mengangkat Kelantan dengan membandingkan negeri itu dengan Melaka dari segi kedudukan kewangan kerajaan negeri. Seolah-olah hebat sungguh negeri berkenaan.

Seperti biasa, diakui bahawa memang ada aspek tertentu kewangan kerajaan negeri Kelantan atau negeri-negeri lain yang mengatasi Melaka. Contohnya, hasil kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2011, sebanyak RMRM427.5 juta, melebihi hasil kerajaan negeri Melaka (RM271.8 juta). Namun, berdasarkan beberapa petunjuk kewangan yang kritikal, kedudukan kewangan Melaka, seperti jadual di bawah, jauh lebih baik dari Kelantan.

PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN NEGERI, 2011:
MELAKA MENDEPANI KELANTAN

NO.

BUTIRAN

MELAKA

( RM JUTA )

KELANTAN

( RM JUTA )

1.

AKAUN HASIL DISATUKAN

3.4

- 438.4 (DEFISIT)

2.

BAJET ( MENGURUS DAN PEMBANGUNAN )

- 86.99

 (DEFISIT)

-141.53 (DEFISIT)

3.

HUTANG AWAM

865.9

1,140

4.

TUNGGAKAN BAYARAN HUTANG

126.5

179.8

SUMBER : LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

( NEGERI MELAKA DAN KELANTAN ), 2011

Terbukti di bawah kepimpinan sekarang yang sudah berusia 22 tahun, Kelantan mengalami masalah kewangan yang kronik di mana (a) akaun hasil disatukan mencatakan defisit yang besar (-RM438.4 juta), (b) defisit bajet yang berterusan (-RM141.5 juta), (c) hutang awam yang melebar kepada RM1,140 juta dan (d) tunggakan bayaran hutang yang meningkat kepada RM179.8 juta.

Justeru diserahkan kepada rakyat Kelantan untuk mengatasi masalah kewangan yang kronik ini serta masalah-masalah lain yang juga besar seperti kadar kemiskinan yang sepuluh kali ganda lebih tinggi dari Melaka, gejala sosial yang merebak dan menular serta isu bekalan air bersih yang berpanjangan selama 22 tahun dan pembangunan Lembah Sireh yang merugikan rakyat.

Mengikut perumpamaan orang Cina, ikan busuk dari kepala. Maka tentulah masalah-masalah kronik di atas berpunca dari kepala. Oleh itu, perlulah kepala berkenaan ditukar.

Dari segi kepimpinan, amat jelas rakyat Kelantan tidak ketandusan pemimpin yang berkaliber seperti Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam (DAR). Dato' Seri Mustapa Mohamad atau Tok Pa adalah antara pemimpin Kelantan yang jauh lebih cemerlang dari pemimpin Kelantan sekarang! Sesungguhnya Kelantan berpotensi untuk menjadi negeri maju di bawah Tok Pa, seperti mana Melaka di bawah DAR.

Di bawah konsep 1Malaysia, kita sokong semua negeri di negara tercinta ini maju, bersih dan indah sepertimana Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknoloji Hijau.

‘Bersihnya’ Kelantan Serambi Mekah...!

'Bersihnya' Kelantan Serambi Mekah…!

Indah dan bersihnya Sg Melaka

Indah dan bersihnya Sg Melaka

Indah dan cantiknya Taman Seribu Bunga yang berguguran

Indah dan cantiknya Taman Seribu Bunga yang berguguran

This entry was posted on December 13, 2012, 3:14 pm and is filed under Ekonomi. You can follow any responses to this entry through RSS 2.0. You can leave a response, or trackback from your own site.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Alhamdulilah... Ceramah UMNO <b>Di Pasir Mas</b>,Kelantan <b>...</b> - 1 malaysia

Posted: 04 Dec 2012 06:30 PM PST

Inilah gambaran yang sebenarnya rakyat kelantan sudah bangkit biarlah nampak kecilan tapi penuh dengan kehadiran penduduk sekitarnya.Alhamdulilah rakyat kelantan nampaknya mahu berubah kepada UMNO...dengar cerita dahulu bila ceramah UMNO berapa kerat sangat orang yang datangnya.Sekarang rakyat kelantan sudah berubah....Alhamdulilah.

ads