Sabtu, 8 Disember 2012

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


HPA ZON TIMUR: RAWATAN BEKAM <b>DI KUALA KRAI</b>, KELANTAN

Posted: 12 Nov 2012 07:13 PM PST

Untuk rawatan bekam sila hubungi Khairul 014-8463283. Kami menyediakan rawatan bekam di kawasan Kuala Krai, Kelantan.

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


PSSKJELAWAT2: Pemantauan BTPN <b>Kelantan</b> ke PSS SK <b>Jelawat</b> 2

Posted: 22 Sep 2012 08:32 AM PDT

PSS SK Jelawat 2 telah dipantau oleh Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Kelantan pada 28hb Ogos 2012. Encik Zakaria B. Hassan telah diiringi oleh Encik Muttaqim B. Adaman (Pegawai Teknologi Pendidikan 2) dan Encik Abdul Razzaq B. Mohamed Zin (Juruteknik Komputer) dari PKG Badak.

Penarafan iQ-PSS dan sistem i-NILAM merupakan dua fokus utama pemantauan. Selain itu, pelbagai input berguna merangkumi komen dan cadangan untuk penambaikan telah diberikan oleh pegawai pemantau. Ribuan terima kasih di atas pandangan dan nasihat serta kunjungan Encik Zakaria Bin Hassan dari BTPN Kelantan, juga pegawai dari PKG Badak.

Diharap PSS SK Jelawat 2 dapat melakukan penambaikan sebagaimana yang disarankan. InsyaAllah.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Lembaran Sebuah Kehidupan: Tudung Aidijuma - cetusan IDea <b>...</b>

Posted: 07 Dec 2012 01:52 AM PST


Saya rasa saya tak perlu kenalkan lagi tentang produk ini. It is famous and fabulousity y'all... Di kala zaman shawl belit sana, belit sini sedang meningkat naik, Datin Norjuma bangkit menaikkan semarak semangat bawallers tegar- macam saya. hahaha... Kerana bermuka besar dan masih tak allert dengan pembaharuan dan perubahan fesyen, maka saya masih stick dengan pemakaian tudung bawal saya. Ehem... ada jugak time yang gatal-gatal try pakai shawl juger~~

Kalau tengok website and facebook Tudung Aidijuma, memang boleh  meroyan. Selama ni dok usha-usha je. tengok-tengok, pandang-pandang dari jauh. Tetiba dari kejauhan itu, saya terlihat ini!!!

Macam takde pedoman hidup, saya terus terjah website dia. Nak shopping pun senang. tak payah nak register dulu, terus boleh sumbat semua yang nak di tamak-halobakan dalam shopping cart. click-click aje. tak perlu bakul dan beratur di kaunter. Tengok Norjuma pakai kan semua kan nampak cantik kan? Memang cantik la y'all... 
Dalam tiada pedoman itu, saya berjaya mengawal nafsu serakah saya. Hanya 4 sahaja yang berjaya dirembat. Teringin jugak nak merasa beli polkadot itu, tetapi sewaktu pembelian, tak ada dalam website. jadi saya terjah tudung 2 tone 3 helai, tudung bawal 1 tone biasa 1 helai. SAHAJA. 
Di Subuh hari, berusaha bangun dengan wajah tanpa secalit mekap dan tanpa mandian, terus menggedik feeling-feeling model tudung aidijuma. Hahahaha... Gigih edit picture sebab bilik seorang tailor ini bersepah sangat dan malu la untuk tontonan umum. hihihhihi..




saya ambil 1 putih plain, kerana saya sangat suka warna putih. 
err.. dan juga untuk dieksperimen di kemudian hari. 
boleh la try-try tambah benda-benda lain kat tudung tu kemudian kalau rajin. 
If y'all tengok, model tak bertauliah itu adalah tudungnya berkedut-kedut tidak di iron. Dia memang pemalas sikit. Ampunilah dia. Tetapi lihatlah, tanpa di-iron pun tudung itu mampu bisa berdiri tegak, apatah lagi sekiranya dia di-iron. I love my purchase~~
Customer service dia sangat pantas. Saya email mereka pasal payment and i ada salah tulis alamat. tempat tinggal sendiri pun lupa unit berapa. Choih.. Sekejap petang itu juga dia reply. Bukan sekali, tapi 2 kali. iyelah, tukar address tu i bagi email lain. Email tu pun dia reply. Tunggu punya tunggu, parcel tak sampai jugak. So i check their facebook, dia ada listing parcel number kat situ. So, saya email diorang mintak confirmkan tracking number untuk order i, cakap parcel tak sampai lagi coz surat pun tak sampai ke rumah. Email dia reply, siap bagi print screen information kat Pos Laju lagi. 
Then tak lama lepas tu dia call, suara risau benar sebab parcel tak sampai. Macam risau anak kucing belaan belum pulang-pulang lepas keluar bermain. Dia suruh i call semula kalau parcel tak ada juga. Cari saya ye, sambil mengulang namanya berulang kali. I saspek i cakap dengan Datin Norjuma sebenarnya tapi dia bagi nama lain. Hahahaha... Ini nama dia perasan aje. K bye.
Jadi, lepas check dengan website Pos Laju, maka parcel tersebut ada di pos office dan harus collect di kaunter. Selepas selamat amek parcel, saya email mereka lagi, just to inform parcel dah selamat di tangan. Email itu pun mereka reply. WAH!!! memang terasa dihargai sebagai seorang customer. Padahal beli 4 helai aje. 
Maka itulah yang membuatkan saya teruja untuk up entry ini. Tiada didalangi sebarang sponsored post kerana saya masih bukan blogger siapa-siapa. Kihkihkih... See... make your customer happy, and im happy! Tudung cantek sangat dan sekarang dah confuse baju mana yang sesuai nak pakai ni... Hmmmmm.....
Actually harga biasa mereka tanpa Sale pun, takdelah mahal sangat. Untuk tudung 2/3 tone dalam RM15, i consider murah lagi la. Cuma bila time Sale ni jadi RM10, so i tot, WOW! WOW! WOW!!!!
Sila pergi shopping dengan mereka. Customer service mereka excellent! dan mereka melanjutkan usia SALE mereka sehingga 15 December ini... Happy shopping y'all...

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Senarai Home Stay <b>di</b> Sekitar <b>Kok Lanas</b> - Persatuan Catur Negeri <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 02:17 PM PST


Untuk memastikan kemudahan peserta-peserta dari luar kawasan Kok Lanas yang menyertai Terbuka Kelantan 2012 ini, anda boleh cuba menghubungi Home Stay yang ada untuk penginapan
1. Adam guest house..rumah 3 bilik..2 aircond. .1 biasa.. RM150/night
Tel:    013 9411 451
         019 5414 053
2. City vision inn.. 4 bilik RM130/bilik
Tel: 013 2525 989
         013 9318 442
3. Homestay desa suria.. Rumah 2 tingkat..4 bilik.. 2 aircond 2 biasa.. RM250
Tel: 013 8580 028
         013 8589 012
4. Homestay di pinggiran..rumah 2 tingkat.. 4 bilik.. RM190/night..
Tel: 013 9354 634
         013 2496 751
5. Tatimmi guest house.. Rumah 3 bilik.. RM150/night
   Tel: 013 9140 020
         019 9888 503

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Kejatuhan PAS & PR Bermula Dari Selatan

Posted: 28 Nov 2012 07:54 PM PST

Lebih tiga tahun lalu yakni pada 14 Julai 2009 seluruh negara tertumpu pada satu pertarungan sengit membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara BN dan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan.

Persaingan sengit yang berpusat di Selatan Kelantan itu walaupun berpihak kepada PAS namun kemenangan yang diperolehinya terlampau tipis hanya dengan kelebihan 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi majoriti yang PAS perolehi pada PRU 12 2008.

Bermula dari situ gema kebangkitan Gelombang Merah semakin dirasai sementara di masa yang sama riak resah kerisauan semakin mencengkam kepimpinan PAS di Kelantan.

Kira-kira empat bulan kemudiannya atau lebih tepat lagi pada 4 November 2009, sekali lagi Selatan Kelantan menjadi pentas tumpuan ramai apabila berlaku pertembungan kali kedua membabitkan BN dan PAS, kali ini berlangsung di DUN Galas, Gua Musang.

Semasa PRK Manek Urai PAS hanya sekadar menang nyawa-nyawa ikan, di PRK DUN Galas pula berikutan semarak Gelombang Merah yang dipelopori UMNO semakin mendapat tempat di hati rakyat, akhirnya menyebabkan PAS tewas terduduk dengan majoriti 1,190 undi.

Kebetulannya baik di PRK Manek Urai mahupun Galas yang lokasinya terletak di Selatan Kelantan ini, kedua-duanya menyaksikan undi sokongan untuk PAS semakin merosot sekalipun jentera pilihanrayanya didokong kuat oleh jentera PR dari PKR dan DAP.

Manakala di pihak BN pula jelas menunjukkan peningkatan undi sokongan yang amat ketara berikutan kembalinya sebahagian penyokong UMNO yang sebelumnya berpaling tadah pada PRU 2008 disamping meningkatnya kesedaran rakyat terhadap kelemahan urus tadbir Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Satu perkara yang agak menarik, kejatuhan PAS di Kelantan pada akhir dekad 70-an dulu juga bermula dari Selatan Kelantan berikutan kebangkitan rakyat negeri ini membantah pelbagai penyelewengan konsesi kayu balak yang telah dilakukan oleh pemimpin PAS dan kroni mereka.

Antaranya termasuklah melibatkan tanah seluas 350,000 ekar tanah di yang digadaikan kepada syarikat Timber & Mine dari Singapura untuk tujuan pembalakan.

Selain itu, faktor protes oleh penyokong bekas MB PAS Kelantan, Muhammad Nasir yang di pecat dari PAS kerana sikap mesranya dengan pemimpin UMNO pula kemudiannya menambah parah yang akhirnya menyumbang kepada kembalinya BN menguasai Kerajaan Negeri.

Jika dilihat pada senario di atas, kelihatan coraknya hampir sama. Tidak mustahil kejatuhan PAS di Kelantan akan bermula dari Selatan dengan mengambil semangat kebangkitan rakyat sebagaimana diterjemahkan dalam PRK Manek Urai dan Galas.

Sementelah lagi, sebahagian besar rakyat Kelantan semakin sedar kewujudan utama Ladang Rakyat di Gua Musang dan Kuala Krai yang membabitkan keluasan tanah lebih 80,000 ekar sebenarnya berkait rapat dengan konsesi pembalakan yang hanya menguntungkan syarikat Cina DAP dan Cina Singapura yang mempunya hubungan rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan.

Sementara itu, dalam konteks politik nasional pula, tika ini PR kelihatan begitu memfokuskan tumpuan mereka ke arah selatan tanahair yakni Johor dengan andaian mereka berpeluang memperalatkan masyarakat Cina untuk menyokong PR dalam PRU 13.

Namun melihatkan kesepaduan sokongan yang diterjemahkan oleh rakyat Johor semasa PRK DUN Tenang di mana menyaksikan undi sokongan untuk BN dari majoriti orang Melayu Islam, Cina dan India semakin meningkat naik, jelas sekali PR bakal menghadapi kesukaran untuk mengekalkan 7 kerusi yang mereka miliki apatah lagi menawan kerusi lain.

Di antara Kelantan dan Johor pula, kedua-dua negeri ini menampilkan satu percanggahan pendirian PR yang ketara di mana, mereka sepakat menyokong pembinaan kilang Petrokimia yang disarankan dibina di Bachok Kelantan, sedangkan di Johor pula pakatan pembangkang begitu lantang menentang pembinaan kilang Petrokimia di Pengerang atas nama penjagaan alam sekitar dan tanah rakyat

Kontradiks sebegini menampakkan agenda perjuangan PR lebih banyak menambah keraguan besar dalam fikiran rakyat apatah apabila ia dilakukan oleh kepimpinan PR dan NGO proksinya hasil dari pembiayaan dan hasutan kiasu Singapura.

Johor adalah nadi kekuatan UMNO dan jantung hati BN malah budaya rakyatnya agak berbeza walau berlainan agama dan bangsa, lagi kuat ia diasak lagi rapat kesepaduan rakyat menentang anasir adu domba pembangkang, sebagaimana dibuktikan melalui PRK DUN Tenang.

Baik senario Selatan Kelantan mahupun Selatan tanahair yang membabitkan negeri Johor, kedua-duanya juga berkongsi satu rumusan, kejatuhan PAS di Kelantan dan kemusnahan PR pada PRU 13 tidak syak lagi akan bermula dari Selatan.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


jejalan2je: 7 dan 8 disember...71 tahun lalu.

Posted: 08 Dec 2012 12:49 PM PST

Assalamualaikum...dah beberapa hari aku tak taip di blog ni. Maklumlah sepanjang minggu ni asyik demam selsema dan batuk. Memang dugaan betul,ditambah lagi dengak kerja ofis yang banyak la walaupun tak banyak mana. Tak masuk lagi karenah students, machine x-ray buat hal dan juga laser imager x-ray printer film. Betul betul kasi impact gua punya life...tapi takpe lah sebab dugaan tu ialah dugaan yang Allah memang dah set untuk diberi kat aku je..tak kan diberi pada orang lain sebab dugaan tu je aku mampu tanggung. Kalu orang lain...dah habeh dah...huhuhu

Sedar tak sedar dah pun masuk awal bulan Disember bagi tahun Masihi 2012. Date di lappy aku ni dah menunjukkan 9/12/2012. Bagi masyarakat Kristian,bulan ni bulan heppi yeppi bagi diorang la...all about Christmas and Happy new year. Bagi aku pulak len citer..sebab bulan 12 ni la bulan terakhir keje mengaudit dan mengemas kini data data statistik, indent barang barang x-ray dan re check data entry serta kemas kini data data pesakit dalam software. Tahun depan len punyer story der...

Haha..kenapa aku type 7 dan 8 Disember tu...apa yang ada pada kedua dua date tue? Bagi yang buta atau rabun atau astigmatisme sejarah memang korang tak tahu sangat apa yang berlaku pada kedua dua date tu. 7 dan 8 Disember setiap tahun ialah tarikh berlakunya sejarah dunia iaitu Perang Dunia Kedua secara rasminya berlaku di seluruh dunia. Walaupun banyak fakta mengatakan bila sebenarnya berlaku Perang Dunia Kedua ni atau WW2 (World War 2) seperti pencerobohan Jepun ke China pada tahun 1936 dan penaklukan Nazi Germany terhadap Poland pada 1939. Namun date 7 dan 8 Disember la paling signifikan kerana ia telah melibatkan sekali Amerika Syarikat ke dalam kancah tersebut. Sebelum ini USA memang tak join mana mana konflik global selepas tamat Perand Dunia Pertama di Perancis pada 1918 melainkan beberapa konflik kecil dengan negara jirannya seperti Mexico dan negara jajahannya iaitu Filipina. Penglibatan Uncle Sam ke dalam konflik global itu juga menjadi petanda berakhirnya kekuasaan Empayar British di seluruh dunia yang mana sekarang ni USA lah jadi polis dunia dengan dikuasai golongan yahudi zionis di belakangnya.

Ok lah sekarang ni aku nak cerita sedikit daripada pengalaman beberapa orang saudara dan jiran jiran atok moyang aku yang mereka sendiri pernah ceritakan dulu..ada sesetengah daripada mereka sudahpun kembali ke rahmatullah (Innalillahi wa innalillahi roji'un) dan jika ada yang masih hidup pun dah macam sakit sangat..moga Allah rahmati mereka amin..ni adalah pengalaman mereka secara lisan semasa menghadapi saat awal peperangan dunia kedua di Kelantan dan Terengganu serta Johor.


pesawat tentera laut jepun berlepas untuk menyerang Pearl Harbor pada pagi  7 disember 1941. manakala selang 1 jam pada tarikh 8 disember 1941 armada jepun sedang bersiap menakluk Malaya,Filipina,Borneo dan Indonesia.
Aku mulakan dengan kisah atok dan moyang sebelah abah aku. Mereka orang Kelantan tapi menurut cerita abah aku,mereka pada zaman dulu kala merupakan pedagang dan juga guru agama yang berasal dari India kemudian berhijrah ke Thai sebelum menetap kekal di Kelantan dan beranak pinak di situ. Atok dan moyang aku ni menetap di Pasir Putih Kelantan namun bilangan saudara mara abah di Kelantan ni merata tempat la dari Rantau Panjang di utara Kelantan hingga lah ke Gua Musang dan dari Bachok hingga ke Jeli boleh kata semua ada la tapi yang tu zaman dulu. Sekarang ni dah scattered seluruh Malaysia but most of them are in Kuala Lumpur,Ipoh and Johor Bharu plus few in Terengganu and Pahang.
Menurut cerita atok dan juga moyang aku (yang masih segar dalam minda aku ni lah)..ketika Jepun mula mendarat di Pantai Sabak dekat PC (pengkalan chepa) KB (kota bharu). Masa tu mereka sedang sibuk mengerjakan sawah bendang. Beberapa hari sebelum perang meletus, memang mereka anak beranak kerap nampak pesawat berlambang bulan penuh warna merah (lambang Jepun la) kerap terbang rendah melintasi kawasan pantai di area Tok Bali. Untuk makluman arwah moyang aku ni juga selain menjadi pesawah,dia juga turut buat part time jadi nelayan pantai dan juga sungai dan dibantu oleh atok aku (anak lelaki dia la).
Ki 46 Dinah...pesawat recce tentera Jepun...mungkin ini lah yang arwah moyang dan atok aku pernah nampak dulu
Selain itu juga arwah moyang aku ni juga memang sokmo nampak tentera India British serta tentera British (orang putih) kerap membuat binaan kubu di sepanjang pantai di Kelantan bahkan sampai ke Pantai Bukit Keluang di Besut, Terengganu.
salah satu bunker pillbox machinegun di pantai Kelantan...yang ni rasanya di Pantai Melawi, Bachok. Actually banyak pillbox macam ni di seluruh semenanjung tanah melayu but mostly found in Kelantan,Pahang,Johor timur,Johor Bharu,Kedah,Penang,Perak dan Selangor serta Negeri Sembilan.
                                                                                Pillbox di Alor Setar,Kedah
                                                                        Pillbox di Jitra,Kedah.
                                                                    Pillbox di Tanjung Pengerang, Johor Bharu
                                   Pillbox MG di Pantai Pelindung,Kuantan.(tempat aku sokmo joging di pantai kat Kuantan)

Kedua dua pillboxes ni aku snap semasa melalui jalanraya JB-Kota Tinggi-Mersing. yang besar tu served as Command Post. Pillbox ni dibina untuk last line of defend Johor Timur namun ditinggalkan setelah menerima asakan artileri dan airstrike oleh tentera Imperial Jepun. Bahkan memang ada kesan shell artileri pada bunker pillbox ni.
Ooo...dok melalut dengan pics pillbox MG ni sampai lupa citer yg aku nak sampaikan ni. Ok lah,nak dijadikan sejarah cerita nye...satu malam (mungkin dalam beberapa jam lepas tengah malam) moyang aku ni tak boleh nak tidur sebab diganggu bunyi bising. Dia hairan sebab dengar bunyi kapal terbang sebelah malam yang datang dari arah Gong Kedak. Walaupun rumah moyang aku ni terletak di Gaal, Pasir Puteh tapi jarak dari rumah dia ke airbase Gong Kedak ni ada la dalam 20 km lebih so no wonder la boleh dengar bunyi kapal terbang berlepas. Jumlah yang berlepas tu bukan lah sikit tapi banyak jugak la. Apa yang atok aku pernah beritahu dulu airport tu memang orang putih punye (British la maksud dia) dan ramai askar kat situ (merujuk kepada airmen and technical staffs Royal British Air Force serta pilots). So aku survey dalam internet pesawat apakah yang beroperasi di airbase Gong Kedak pada tahun 1941 itu so inilah finding yang aku dapat. 
Pesawat recce and light bomber Lockheed Hudson berpengkalan di Pengkalan Chepa, Alor Setar, Gong Kedak dan Kuantan serta Tengah (Singapore)\
Pesawat fighter Brewster F2A Buffalo milik RAF. Airbases meliputi utara Semenanjung Malaya (Kedah) dan mengunjur ke Singapore iaitu di Kallang dan Tengah airfield.
Setelah aku baca melalui beberapa bahan bacaan di internet mahupun library, pada tanggal awal pagi 8 Disember 1941 kesemua pesawat Hudson recce and light bomber terbang menuju ke perairan Kelantan di Pantai Kuala Pak Amat dalam misi untuk memusnahkan kapal kapal pengangkut dan perang tentera laut Jepun. Ada pesawat Hudson ini berlepas dari Gong Kedak, Pengkalan Chepa serta Machang. Untuk pengetahuan semasa awal Perang Jepun dulu, British memang ada construct airbase di Machang namun airbase ini musnah pada tarikh 9-10 Disember kerana dibom oleh pesawat pengebom G3M Nell atau G4M Betty Mitsubishi medium bomber.
                                                 di kiri ialah G3M nell manakala di sebelah kanan pula ialah G4M betty.
Malang sekali usaha pilots RAF tu agak sia sia kerana hanya sebuah kapal pengangkut tentera laut Jepun sahaja berjaya ditenggelamkan dan sebuah lagi rosak. Manakala di pihak RAF pula mereka kehilangan sebuah recce airplane PBY Catalina yang ditembak jatuh oleh pesawat biplane boat Tentera Laut Jepun beberapa jam sebelum serangan amfibia tentera Jepun bermula. Pesawat Hudson pula ada yang terhempas kerana menerima tembakan anti aircraft bertubi tubi daripada destroyer IJN semasa serangan dan juga selepas serangan. Kemudian keesokan paginya pula,menurut cerita atok aku lagi..dia melihat banyak kapal terbang di Gong Kedak itu terbang menuju ke selatan. Pada masa ni ramai orang kampung tak berapa tahu apa yang berlaku hingga lah ada beberapa orang ahli keluarga mereka yang tinggal dekat dengan lokasi peperangan memaklumkan hal sebenar. Jadi atok aku kata bila dapat tahu askar askar Jepun sudah mendarat di Kota Bharu ramai jugak la yang mengemas barang untuk lari masuk ke dalam hutan. Namun ada juga yang tak berbuat demikian sebab alasan paling mudah askar Jepun lawan British bukan orang melayu macam kita. Famili moyang aku buat decision untuk stay sahaja di kampung mereka walaupun ramai di kalangan saudara mara moyang aku yang lain sudah pack barang untuk lari ke dalam hutan. Tapi yang paling teruk terima kesan perang ni ialah orang Cina. Even sebelum askar Jepun menyerang pun mereka awal awal lagi lari ke sebelah hulu Kelantan samada ke Bertam,Lojing dan Gua Musang bahkan ada yang sanggup masuk lebih ke dalam lagi iaitu di Pergau dan sebahagian besar mereka join tentera PKM (parti komunis malaya) sebab bimbang jadi mangsa kezaliman bala tentera Jepun. Atok aku cerita lagi...dia ingat selang beberapa hari kemudian mereka dimaklumkan oleh penghulu kampung yang bala tentera Jepun sudah pun memasuki Pasir Puteh dan menuju ke Terengganu. Jadi atok aku sempat juga melihat wajah wajah askar askar Jepun yang bergerak menuju ke Terengganu. Dia kata ada yang berjalan kaki,naik basikal dan juga kereta dan lori dan kesemuanya lengkap bersenjata. Kebanyakkan mereka ni dari segi ketinggian pendek sedikit atau sama saiz dengan orang Melayu dan Cina. Atok aku juga sempat melihat pedang Katana atau pedang samurai yang dibawa oleh pegawai pegawai tentera Jepun.
Pedang samurai askar Jepun. Hanya digunakan oleh pegawai sahaja dan bukan anggota bawahan. Kebiasaannya pegawai berpangkat Kapten dan ke atas.
Selain itu atok aku juga sempat dengar mereka menyanyi beramai ramai dalam bahasa Jepun dengan nada yang penuh semangat walaupun ada antara mereka berbalut kepala,kaki dan tangan kerana pertempuran di Pantai Sabak yang lalu. Manakala di Gong Kedak pula,atok aku sempat melihat puluhan kapal terbang tentera Jepun mendarat di situ. Dia kata macam macam jenis dan corak tapi yang sama ialah lambang bulat merah iaitu bendera Jepun. Dia juga sempat melihat gelagat askar askar Jepun di airport situ (sekali lagi aku rasa ia merujuk kepada pilots,officers,air crewmen). Ada yang bermain bola katok (maksud atok aku ni ialah softball atau baseball),berlari (joging) dan bermain alat muzik mereka.
Semasa zaman pendudukan Jepun di Kelantan lebih lebih lagi di kampung atok aku di Gaal, Pasir Putih. Pada mula nye ok je tak banyak masalah yang timbul kerana memandangkan majoriti orang di sini ialah orang melayu dan sangat sedikit kaum cina dan jika ada pun kebanyakkan mereka lari ke dalam hutan atau jadi agen Kempeitai (polis SB jepun). Yang jadi serba tak kena nya bila dah masuk tahun kedua pemerintahan, atok aku cakap tergamak askar askar Jepun pi rampas guni guni beras dari kampung kampung penduduk berhampiran. Tak cukup dengan tu ada sesetengah anak gadis kampung termasuk kampung atok aku diculik oleh askar askar Jepun tak kira siang atau malam hari untuk dibawa ke Kem tentera Jepun di KB dan PC untuk dijadikan hamba seks. Sebab itulah mungkin jodoh atok aku tiba agak awal (tak silap aku umur atok aku semasa askar Jepun menakluk Malaya ni dalam sekitar 12-13 tahun),jadi jiran moyang aku ni ada seorang anak perempuan yang berusia dalam sekitar 14-16 tahun. Jadi nak selamat maka dinikahkan lah atok aku dengan anak gadis jirannya iaitu nenek aku la dan alhamdulillah kekal sampai sekarang walaupun atok aku sudah tiada (meninggal tahun 2004 3 hari selepas PRU 2004). Paling azab sekali apabila tindakan pemerintah Jepun menyerahkan Kelantan dan Terengganu kepada Thailand sebagai tanda terima kasih memberi laluan kepada tentera Jepun menggunakan wilayah selatan Thai iaitu Nakhon Si Tamarat dan Narathiwat selain Pattani dan Yala sebagai forward bases menyerang British di Malaya. Yang jadi azabnya ialah hasil padi yang dituai itu kena beri kepada pemerintah Siam dan juga Jepun, kalau sebelum tu cuma Jepun sahaja tapi sekarang ni Siam pulok doh...maka boleh kata sepanjang hampir 3 tahun tu famili moyang dan atok aku ni terpaksa ikhtiar pelbagai perkara hanya untuk terus hidup. Ubi kayu tu sudah tentu la jadi tanaman alternatif selain pisang. Kalau nak makan nasi pulak,terpaksa curi curi masak kot dapat dihidu oleh Kempeitai nanti memang nahas la. Cuma nasib baik Jepun tak kenakan sebarang sekatan untuk cari hasil laut dan sungai. Maka setiap hari kalau ada rezeki memang dapat la menjala ikan sungai dan jika rajin mereka akan ke pantai untuk menangkap ikan di pantai. Cuma di pantai ni agak berisiko sedikit kerana ramai patrol askar Jepun berada di sepanjang pantai di Tok Bali hingga lah ke Kuala Besut dan Bukit Kluang. Lagipun pada tahun 1942-1945 pihak British dan Amerika banyak menghantar komando mereka ke sekitar pantai timur semenanjung terutama di sekitar Kelantan dan Terengganu untuk buat kerja sabotaj pelabuhan kapal perang Jepun dan airbase tentera udara Jepun. Bahkan di akhir perang Jepun tu,atok aku pernah menceritakan tentang sebuah kapal selam milik tentera bersekutu mungkin US Navy kot yang tersadai di pantai Kuala Besut tatkala pergi menangkap ikan di pantai situ. Namun bila aku nak trace balik kisah ni agak susah sebab tiada sumber sahih baik library search mahupun internet findings untuk verify kisah ini. Yang aku rasa US Navy tu kerana pada akhir perang dunia kedua di Malaya ni didapati banyak kapal perang dan pengangkut Jepun ditenggelamkan oleh US Navy submarines atau pesawat fighter US Navy atau RAAF (Royal Australian Air Force) untuk sekat delivery barang barang mentah ke Tokyo dari Pulau Jawa atau Sumatera Indonesia. Selain itu,atok aku cerita lagi di pantai tu ada kawasan tertentu tak boleh dilalui kerana ada bom ditanam (merujuk kepada booby trap atau minefields) oleh pihak Jepun. Bahkan memang ada orang kampung atok aku dan juga beberapa orang dari kampung lain yang terpijak minefields hingga meletup berkecai badan. Kemudian bila perang Jepun tamat,pantai di area Kuala Besut dan Bukit Kluang pernah menjadi saksi sejarah kepulangan askar askar Jepun yang menyerah kalah balik ke Jepun dan diangkut oleh kapal kapal Amerika dan British. Aku cuba search untuk verify kisah ni tapi sayang tak banyak sangat info yang aku dapat melainkan di Singapore melalui pelabuhan di Singapore sekitar bulan Oktober-Disember 1945.
Next entry pulak aku nak cerita experience moyang,atok dan nenek sebelah mama aku pula. Mereka ni lagi tragik sebab kampung mereka memang dalam lokasi medan perang..kemudian jadi mangsa kezaliman askar Jepun dan juga PKM.

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2012 03:21 PM PST


AHMAD ZAKI (kiri) bersama dua pesawah lain menunjukkan anak padi yang rosak akibat ditenggelami air di Pendang semalam.


PENDANG – Seramai 20 pesawah di Kampung Perupok, Kubur Panjang di sini kerugian lebih RM20,000 akibat sawah mereka yang luas keseluruhannya 28.35 hektar ditenggelami air sebanyak empat kali mulai awal September lepas.
Ketua Unit Padang Kampung Perupok, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubor Panjang, Ahmad Tarmizi berkata, kejadian terbaharu berlaku empat hari lalu.
Beliau berkata, punca utama sawah ditenggelami air ialah kerana tali air yang sepatutnya menyalurkan air ke Sungai Lampam tersumbat menyebabkan air bertakung hampir seminggu.
"Tali air itu dikatakan tidak diselenggara sejak 20 tahun lepas. Kalau tidak banjir, padi sudah boleh dituai pada hujung bulan depan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


misteri terowong <b>di</b> palekbang <b>tumpat</b> kelantan - ammboi dot com

Posted: 29 Nov 2012 07:00 PM PST

Misteri Terowong Di Palekbang Tumpang Kelantan | Heboh dalam media sosial berkenaan misteri sebuah terowong yang dijumpai di Palekbang, Tumpat, Kelantan. Misteri berkenaan bertambah misteri apabila berita berkenaan terowong tersebut tidak dihebahkan kepada umum malah ianya dikatakan kini sedang dikawal rapi oleh pihak keselamatan. Khabarnya terowong berkenaan merupakan laluan tentera Jepun pada era perang dunia ke-2 dan panjangnya kira-kira 100km sehingga ke Tak Bai, Thailand.

Dibawah ammboi nak kongsikan sedikit info berkenaan penemuan Terowong 100KM di Palekbang, Tumpat, Kelantan. Ianya merupakan sebahagian daripada komen atau status yang diupdate berkenaan terowong ini yang ammboi petik dari blog suffer.frenzyfm.my.

# Pihak tentera dan polis sedang mengepung satu kawasan di dalam hutan dekat Palekbang, Tumpat, Kelantan.

# Kawasan telah dikepung sejak 2 hari lepas.

# Bomba sedang menyedut air.

# Satelit kaji bumi untuk membuat imbasan x-tray ke kawasan terbabit dijangka akan melalui kawasan itu pada hari ini.

# "menurut org2 kt situ, bnda ni kena dirahsiakan dulu wat smentara waktu.
sementara pihak2 berkuasa yg berkenaan sdg menyiasat.
alah.. ala2 pyramid melayu style lah. bukak sikit2 je.
yang pasti, pihak arkeologi, muzeum n antikuiti, sejarah, kerajaan negeri dan tntunya pihak keselamatan sdg berkampung dikawasan tsbt saat ini.
namun tiada pihak media.
kwsan yg telibat sedang dipagar pihak berkuasa bg mengelak pencerobohan. lokasinya bukanlah dlm hutan rimba or pedalaman krn tiada hutan di tumpat. ia terletak di tebing sungai, strategically located close to KB city. Terdapat rangkaian terowong bawah tanah yang kompleks sehingga berKM2 ke….. …
dan ada…..
menunggu keputusan imbasan satellite yg sah."

# "Dgr cerita penemuan emas yamashita kat sana… Admin blog shahpaskal jgk yg buat pengesahan"

# "cerita yg ambo dengar…. katanya la… seorang cina duk tanam cerucuk buat jambatan… tetiba muncul seekor buaya putih,,, then buaya putih ghoyat ko dia…
"cukup2 la duk tanam cerucuk kat sini…. berenti lah… pasal kat bawah ada "kubu" … lama…."
itulah berita yang hamba dengar… dan tidak dapat dipastikan kesahihan cerita tersebut…."

# "merekA TERJUMPA PIRAMId xde laaa harta bilion punnn"

# "Pihak kerajaan telah menjumpai terowong panjang di Palekbang, Tumpat, Kelantan yang berisi emas dan peralatan perang milik Jepun. Ini merupakan tinggalan terbesar selepas Perang Dunia Kedua di Malaysia yang diumum terus kepada awam."

# "Ambo gi kelih ptg td mmg rmai situ..bomba dok sedut air x abih2 lg,polis,jabatan miniral & geosains (betul ko ejo nih) pn ado.x kurang jgk rmai ore kg dok tgk. Terowong tu sbenarnyo menghala ko sempadan thailand.dulu puok2 ni wt seludup brg dll..loni musm boh,hujan xbrenti jd terowong tu penuh dgn air..sebelum ni ore x jupo lg terowong tu sapa la kontraktor jupo..nnti ambo update lg…"

# "so,emangnyer confirmla terowong..so mmg xder la pyramid? xde la peninggalan srivijaya? xde la emas yamashita? cuma terowong seludup beras jew?frust…"

# "so..versi rasminya, itu terowong seludup beras? bila nak kluar teori konspirashit, kerajaan malaysia menyembunyikan fakta sebenar berkenaan penemuan terowong tersebut? bahwa mmg ada dijumpai sesuatu di dalam itu tapi terpaksa di"gelap"kan beritanya demi KESELAMATAN negara?"

# "Ini mungkin penemuan terhebat dalam sejarah tetapi unit propaganda akan cover up. …. mungkin akan declare 'hanya sebuah terowong kosong'sedangkan isinya dah ghaib kena angkut dek. …… (aku tak berani tulis nanti masuk ISA)"

# "sebenarnya sejak last week ada orang tetiba sangat berminat mengenai topik ISTANA PURBA RAJA SIAM DI TUMPAT, KELANTAN. …..kita anggap cuma isu terpencil dan tak ambil berat. …….. sehinggalah kita dapat info bahawa tentera dah sampai ke Palekbang, Tumpat. ……"

# "Bomba sedut air tak habis2 lagi sejak 2 hari lepas. – Boleh bayangkan besar mana tempat bawah tanah itu???

# "lokasi terowong ini ialah di seberang Bandar Kota Bharu sahaja. Facing area between Kg Cina-Hotel River View"

# "kalau betul mungkin terowong zaman jepun dan polis dan tentera yg menutup kawasan tuh utk keselamatan mungkin takut ada bom2 peninggalan zaman jepun……"

# "saya bagi clue:
Jepun hantar spy ke Kelantan sebelum Perang Dunia II.
Jepun dapat tahu bahawa dahulukala di tengah2 Sungai Kelantan ada sebuah pulau yang merupakan pusat pentadbiran.
Kawasan itu juga merupakan kota purba. ………..
Pernah didengar cerita orang mati lemas ditelan pusar air. …… tapi mayat jumpa di tempat lain yang jaraknya 100km. …. seperti ada terowong. ……
Askar Jepun terdesak, mereka sanggup cari kota purba/terowong rahsia tinggalan kerajaan purba untuk dijadikan bunker/markas bawah tanah.
KONTRAKTOR JAMBATAN SULTAN YAHYA PETRA DEPAN TESCO mengadu sukar untuk piling beberapa batang tiang sehingga menyebabkan tiang di seberang Pasir Pekan tidak siappppppp. ……..
Tidak jauh daripadanya, kontraktor mengorek pasir pula menjumpai sesuatu. …."

# "anda takkan percaya bahawa apa yang dijumpai di Kelantan ini akan menyebabkan chapter tambahan Perang Dunia ke 2 akan terbongkar dan mat salleh dari selluruh dunia akan datang ke Kelantan. ….. CNN pon akan ke Kelantan. tapi saya takkan tulis banyak. kalau nak tahu, pergi sendiri ke Kelantan"

# "Ceritanya jadi amat panjang apabila penjajah British tahu berkenaan terowong yang amat panjang dibina oleh tamadun purba, dan tahu pasal Piramid di sempadan Kelantan-Pahang tetapi mereka merahsiakannya. ….. Askar Jepun pula menggunakan terowong ini semasa Perang Dunia II dan menyorok emas dan senjata mereka di dalam terowong ini. ……."

# "abang ipar aku ada pergi td….bukan piramid melayu la….penemuan kubu dan terowong jepun masa diorang serang tanah melayu…..ditutup sebab dah jd tempat arkeologi…..tempat tu dijumpai sebab berdasarkan peta yg dibawa dari jepun…..dan satu lagi penemuan penting adalah lapangan terbang zaman jepun pun dah dijumpai di wilayah gua musang.
peta dari jepun? peta asal? benarkah ini?"

# "dgr cerita diorg ada jumpa terowong rahsia Jepun heading towards Thailand. A very long tunnel. Waiting for satellite imaging confirmation."

# "berita terbaru..unit cawangan khas telah menagkap ejen pihak negara luar kerana cuba mengorek rahsia ini…"

# "palekbang sebahagian kelantan purba..raja masa tu x silap raja kumar.."

# "Setakat loni (7.56pm)..kawase tuh dikawal ketat puok2 tentera & polis..org kg xleh masuk lgsung doh kawase tuh…napok banyok jgk 'sb' dok bkeliarn tgh2 ore ramai..ambo x raso demo nih jupo stakat terowong emas & kota lamo..mungkin jupo benda lain lg slain tu hok lg misteri…sbb tghari td napok tigo empat butir land rover cermin gelap masuk situ siap dgn escort lg..pahtu napok skuad pkaian putih dgn topeng gas (chemical clothing) masuk situ…ambo update smula.."

# "menurut kata saing ambo… kawasan palekbang tu merupakan kwsn kubu tentera jepon mase mula2 dtg tanah melayu dulu selepas mereka mendarat d pantai sabak n then baru pwgi palekbang… masih ade saki baki tinggalan tentera jepon yg ade… antarany perigi lame dan bubu pthanan… yg keadaan menjadi kecohnya sbb ade pihak muzium dtg utk mengkaji tmpt tu… mereka telah menemui terowong didalam perigi yg mane sblom ini tidak dketahui umum.. pnduduk kg pon xtau dalam perigi tu ade trowong… dalam trowong tu mereka mjumpai tinggalan perang seperti senjata dan peluru… mgkn sbb tu la askar n polis dpanggil…"

# "rasanya dah takde ape kot..kalau ada bom ngan peluru pun rasanya askar dan polis dah setelkan..dah takde askar yang jaga tempat tu hari ni..yang ada pun ahli arkeologi yang nak kaji kesan peninggalan sejarah tempat tu..yang kata jumpa emas bagai tu tak kot.."

# "terowong ni panjangnye 100km menghubungkan kg takbai thailand."

# "Terowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai oleh kontraktor ini adalah kawasan "pat dahat"..dimana terowong ini digunakan oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan keseluruhan melalui kawasan "pat dahat" itu..pada masa ini kawasan dan persekitaran terowong seluas "pintu rumah" dan keadaan geografi pada tahun 1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan "pat dahat" daripada sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan."

# "Pihak Bomba telah menyedut air dale terowong itu mendapati air itu mengandungi serbok buat bom..oghe kata belerey..oghe kata kabat..ini bermakna terowong ini bukan sebarangan terowong ia adalah terowong purba.."

# "bermula dengan aduan oleh kontraktor yang membina jambatan baru di depan Tesco KB.
Kenapa tak siap2 jambatan ini?
Ada tiang yang 'bermasalah'…..
Tidak jauh dari situ ada kapal korek yang menyedut pasir di Sungai Kelantan. … mereka menemui sesuatu.
Sesuatu yang pernah diceritakan oleh orang tua tetapi tidak dipedulikan hinggalah 3 hari lalu, tiba2 kawasan itu dikepung oleh tentera. …..
Ada 2 bahagian:
- zaman purba
- zaman moden
telah banyak kali berlaku kejadian di mana mangsa lemas di sungai seoleh2 ghaib dan mayatnya timbul di tempat lain. Jika anda tanya orang Kelantan, mereka mesti pernah mendengar. seolah-oleh ada terowong dalam sungai tersebut. Tetapi orang kampung cuma cakap: antu air kot atau penunggu. Ini bukan jawapan yang kita nak dengar.

1) Palekbang merupakan suatu lokasi di Tumpat tetapi bertentangan dengan Bandar Kota Bharu. Dipisahkan oleh Sungai Kelantan. Di sinilah terletaknya Kg Laut, famous dengan Masjid Kg Laut yang dibina oleh Wali Songo (Wali 9).

2) Telah dijumpai pintu masuk ke 'ruang bawah tanah'yang luas. Lokasi di belakang Balai Polis Palekbang.

3) Cerita orang tua-tua ada menyatakan terowong ini amat panjang. Pihak penjajah British tahu mengenai terowong ini namun tiada apa2 tindakan.

4) Tentera Jepun yang datang sebagai spy telah mendapat tahu mengenai terowong ini. Mereka menggunakannnya sebelum Perang Dunia II.

5) Orang Jepun pada masa itu agak ramai di Tumpat kerana orang Jepun mengusahakan lombong bijih besi di TEMANGAN. Bijih ini dieksport ke JEPUN melalui pelabuhan di PANTAI SRI 7. Sebenarnya ini merupakan sebahagian daripada pengintipan Jepun sebelum Perang Dunia II.

6) Kita dikhabarkan bahawa EMAS dan PERALATAN PERANG telah dijumpai di lokasi tersebut.

7) Apa yang manarik berkenaan EMAS tersebut, ada pihak syak bahawa askar Jepun telah menemui kota purba di hulu Kelantan. Mungkin emas itu merupakan harta karun yang cuba diseludup pulang ke Jepun tetapi gagal.

8) Terdapat lombong emas di anak sungai Kelantan di hulu Kelantan sejak zaman British lagi.

9) Kawasan ini dikenali dengan nama Tanah Merah sejak zaman purba lagi, kerana kaya dengan emas."

# Namun buat masa ini, pihak Bomba Malaysia menyedut keluar air didalam terowong tersebut kerana pihak arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian saja daripada laluan terowong ini ekoran ditenggelami air.

# Terowong ini dikatakan bersambung sehingga ke Tak Bai, Thailand sehingga Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang Luas. Jika dilihat, struktur konkrit yang digunakan di terowong in kemungkinan digunakan oleh tentera Jepun ketika menyerang Tanah Melayu suatu ketika dulu. Kemungkinan besar terowong ini adalah terowong purba, tentera Jepun hanya menggunakan terowong ini. Panjang terowong ini dikatakan hampir 100KM.

# "Kewujudan terowong ini amatlah rahsia hingga tiada bukti yang dapat dinyatakan pada masa kini. Namun, cerita dari mulut ke mulut telah diketahui hingga ke generasi ini dan hari ini, kami telah digegarkan dengan maklumat seperti yang terkandung dalam pautan di atas."

# "Mengikut sumber kami, terowong ini amat panjang dan ianya dikatakan mencecah 100 batu dengan setiap 10 batu akan bepecah 4 (sama seperti di trafic light)."

# "Terowong ini bermula dari arah pantai (Palekbang) hinggalah ke kawasan Nenggiri, terowong ini dibayangkan telah wujud lama sebelum Perang Dunia Kedua dan lebih lama dari itu kerana ia didakwa telah wujud ketika bumi Kelantan ini tinggi dari aras laut."

# "Perkara ini tersebar, ekoran Kontraktor yang sedang menjalankan pembinaan telah menemui satu struktur bawah tanah yang meragukan hingga mereka telah memangil Bomba untuk menyedut air dari satu tempat pembinaan mereka. Dari sini, Bomba telah memaklumkan kepada pihak tentera dan polis kerana apa yang mereka temui adalah diluar bidang kuasa mereka."

# "Sumber kami di Palekbang menyatakan bahawa, struktur dalam tanah tersebut mengandungi bahan letupan (belerang) dalam kuantiti yang banyak dan ianya didakwa adalah tinggalan Perang Dunia ke-2. Sumber kami yang lain pula menyatakan bahawa mereka yang mempunyai "pas keselamatan" sahaja boleh memasuki kawasan ini."

# "Apa yang ditemui dikawasan tersebut memang kami tidak ketahui lagi. Hingga saat ini ianya masih dibawah kawalan pihak ATM."

# "teringat satu cerita yg keluar kat akhbar suatu ketika dulu… kisah pakcik yg duk tepi sungai kelantan yg kerapkali dipanggil oleh pasukan penyelamat kalau ada mangsa lemas… pakcik ini ada kebolehan menyelam berjam2 lamanya tanpa bantuan alat pernafasan…
pakcik ni kata… kat bawah sungai kelantan ada "gua" … so adakah gua yang dimaksudkan ialah terowong2 yg tersebut…."

# "mungkin terowong penyeludupan senjata kot. tue smpi jet melintas takut ada serangan balas dari penyeludup senjata besar-besaran.
nie hipotesis aku jer nie"

# "kawe ore tupat..demo nih jupo kota lamo zame rj thai dulu skali dgn harta mah hok trtimbus..dijangka kn harta brnilai billion ringgit.."

# "Pihak kerajaan telah menjumpai terowong panjang di Palekbang, Tumpat, Kelantan yang berisi emas dan peralatan perang milik Jepun. Ini merupakan tinggalan terbesar selepas Perang Dunia Kedua di Malaysia yang diumum terus kepada awam."

# "rupanya kubu jepun yg ada senjata dgn emas..dulu jepun mendarat dekat kelantan dlu,lepas tu buat kubu,letak supply senjata dan emas2 penduduk kampung,lepas tu terus serang ke arah singapura…dan akhirnya jepun menyerah bila hiroshima dan nagasaki di bom…dan tinggalah kubu2 yg ada emas dan senjata terbiar begitu saja…"

# "Mengikut cakap org kampung sana, geologi dah identified tempat tu mempunyai plutonium dan uranium… sebab tu taknak expose pada public"

# "benda ni memang dirahsiakan ke ape..pelik aku..biasanya apa yang jadi kat kelantan ni cepat je merebak macam virus zombie..aku lepak kedai kopi balik subuh tadi takde pulak orang kampung aku tahu pasal berita ni..aku duk kubang kerian je pun.."

# "Dgr citer kwsn tempat simpanan bom Tentera jepun, kalau meletup boleh hilang kwsn palekbang dlm PETA malaysia"

# "peninggalan
-bangkai kapal jepun
-emas jepun
-bom (berkemungkinan)
* masih mengumpul bukti sahih. benda ni masih menjadi rahsia… org kampung pn masih ramai yg xtau…"

# "xslp ade ak dgr sorg hamba Allah bgtau smlm ade hasil bumi br jumpa kt Palekbang.TGNA da p smbhyg hajat"

# "aku baru gi tempat tu td takleh masuk askar duk jaga org kg di larang bercakp pasal tu"

Memang ramai yang tidak sabar untuk mengetahui perkembangan semasa mengenai terowong ini. Namun berita yang sahih belum ammboi terima. Jengok-jengok dalam akhbar pun masih tidak ada. Mungkin ada kebenarannya cerita berkenaan terowong ini dilarang disiarkan dalam media.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


<b>Wakaf Che Yeh</b> | Rasai kesibukan pasar malam <b>di</b> Kelantan

Posted: 19 Mar 2012 05:26 PM PDT

Sebut sahaja pasar malam Wakaf Che Yeh, pasti terbayang pekikan peniaga menjual barangan dan urusan tawar menawar yang sememangnya menggamit suasana malam hari di sini. Malah ada yang mengatakan kalau datang ke Kelantan tidak sah kalau tidak pergi ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini. Sebenarnya, apa yang menarik dan apa yang ada di pasar ini? Kawasan Wakaf  Che Yeh ini adalah pasar borong pada sebelah siang yang menjual barangan basah dan barangan asas, manakala pada waktu malam adalah berkonsep pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan. Sebagai simbol pelancongan, pihak Kerajaan Negeri telah melakukan banyak pembangunan prasarana di kawasan pasar ini seperti penambahbaikan kawasan pasar, pembukaan hotel-hotel baru, bangunan-bangunan perniagaan dan kedai-kedai makan. Malah Restoran McDonald dan stesen minyak yang berdekatan juga turut diwujudkan.

pasar malam wakaf che yeh

Paling banyak barangan boleh didapati di sini adalah kain pasang, pakaian serta tudung

Pasar malam Wakaf Che Yeh ini adalah sebenarnya sebuah pasar malam biasa. Ya, pasar malam yang boleh dikatakan sangat meriah kerana terlalu ramai yang datang ke sini dan ia dibuka sehingga lewat malam. Pada hujung minggu pasar ini dibuka sehingga jam 2-3 pagi dan pada musim menjelang Hari Raya, ia dibuka sehingga subuh. Pada waktu inilah, ramai penduduk tempatan yang sanggup menunggu harga runtuh yang ditawarkan peniaga yang hendak menghabiskan stok barangan menjelang pagi raya.

pelbagai jenis barangan di wakaf che yeh

Beg duit serta wangian 'berjenama'

Pelbagai jenis barangan yang boleh diperolehi disini seperti pelbagai jenis baju dan pakaian siap, tudung, jersi bola sepak, aksesori rumah, kereta, perfume, kasut bundle,  cd, dvd, jam tangan, beg tangan, tuala, toto dan pelbagai lagi. Dan semua barangan yang dijual pula adalah kebanyakan barang tiruan ataupun replika seperti jam tangan, wangian, dan lain-lain. Jangan tertipu dengan pelbagai jenama yang ada kerana ia hanyalah replika. Walaubagaimanapun, anda boleh belikan jam tangan replika berjenama 'Casio' dengan harga RM10-RM20 sahaja kepada anak anda.

pelbagai jenis jam di wakaf che yeh

Pelbagai jenis jam 'berjenama' yang dijual

Waktu puncak atau pengunjung yang ramai adalah pada waktu malam hujung minggu dan cuti sekolah. Paling sesak teruk adalah pada malam Hari Raya Puasa. Jika masuk melalui pintu gerbang dengan kenderaan, pihak Sensatimur akan mengenakan bayaran RM2 untuk setiap kali masuk. Pada waktu malam, anda dinasihatkan tidak masuk melalui pintu gerbang untuk mengelakkan kesesakan. Seeloknya parking diluar jika jem teruk, ataupun alternatif adalah parking di seberang jalan. Tetapi pastikan kereta dikunci sebaiknya dan mempunyai steering lockkerana banyak juga kes kecurian kenderaan di sini.

Jersi bola, tuala serta pelbagai barangan dari Thailand, China dan Vietnam boleh didapati

Memandangkan pelbagai barangan dijual disini, pastikan anda senaraikan barang yang ingin dibeli, membuat perbandingan harga dan fikir masak-masak sebelum membeli sesuatu barang. Jika tidak, silap-silap satu malam sahaja boleh habis beratus-ratus ringgit untuk barangan yang bukan keperluan dan tidak penting.

pasar malam wakaf che yeh

Wakaf Che Yeh, wajib datang jika berada di Kelantan

pasar malam wakaf che yeh

Suasana jalan pada waktu malam pada cuti sekolah di Wakaf Che Yeh

Tips di Pasar Malam Wakaf Che Yeh

  1. Jika ingin merasai pemandangan pasar malam yang sangat meriah, memang disyorkan ke sini.
  2. Pelbagai ragam penjual dan pembeli boleh dilihat. Barangan yang dibeli biasanya konsep "see and buy" dan tiada barangan spesifik yang boleh didapati di pasar ini memandangkan ia berkonsep pasar malam.
  3. Purata harga di pasar ini tidaklah terlalu murah, malah ada juga barangan yang boleh dikatakan lebih mahal berbanding ditempat lain seperti jersi bola, tudung bawal asli dan toto.
  4. Tetapi anda boleh membeli belah di sini jika tidak ke tempat lain. Contohnya jika anda tidak ke Rantau Panjang atau ke Pengkalan kubor untuk membeli barangan seperti toto, boleh lah dapatkan di sini.
  5. Jika ingin membeli tudung bawal asli atau pelbagai jenis kain, selain di pasar malam ini,  tempat yang terbaik adalah di butik tudung yang beroperasi di lot bangunan di kawasan pasar malam ini serta di Bazar Tok Guru, atau Pasar Siti Khadijah kerana lebih banyak pilihan dan lebih selesa untuk tawar menawar berbanding di pasar malam.

ads