Jumaat, 24 Januari 2014

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


CELAH GELEGAR: POLIS: Kematian Pelajar Sekolah <b>di Kok Lanas</b> <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2013 06:41 PM PST

[SH] KOTA BHARU – Hasil bedah siasat lengkap oleh pakar forensik ke atas mayat seorang remaja lelaki ditemui tergantung dalam sebuah bilik air asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas Jumaat lalu, mendapati punca kematian tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya tidak menjumpai sebarang benda atau senjata merbahaya di lokasi kejadian malah tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa yang menunjukkan pelajar tersebut bergelut atau diserang.

Menurutnya, pemeriksaan luaran dan dalaman juga tidak terdapat sebarang kecederaan atau penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

"Setakat ini polis tidak mengesyaki ada elemen atau unsur-unsur jenayah berlaku, namun siasatan masih diteruskan melalui Laporan Mati Mengejut (LLM).

"Pihak polis turut meminta orang ramai atau sesiapa yang mempunyai maklumat untuk dimaklumkan kepada polis dalam kadar segera dan identiti pemberi maklumat akan dirashsiakan," katanya kepada Sinar Harian.

Azham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus dalam laman sosial yang mendakwa mangsa mungkin dibunuh kemudian digantung dalam bilik air ketika kejadian tersebut berlaku.

Dalam pada itu, Azham turut meminta mana-mana pihak agar tidak menimbulkan sebarang isu sensitif yang boleh mengelirukan orang ramai terutamanya keluarga mangsa.

"Jangan buat sebarang spekulasi, serahkan kepada pihak berkuasa (polis) untuk jalankan siasatan," katanya.

Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan misteri bau busuk dalam tandas sebuah sekolah dekat Kok Lanas terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang berkunci. -15/12/13

Sebelum ini tersebar di laman sosial dakwaan yang mengaitkan kematian pelajar ini dengan unsur jenayah. Dakwaan itu termasuklah kesan tikaman pada tubuh arwah yang dikatakan penyebab kematiannya. Kenyataan polis di atas menjawab dakwaan yang tersebar meluas di laman sosial.

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Roti Tempayan Terbaik <b>di Kuala Krai</b> Kelantan - Cuti Kelantan

Posted: 21 Jan 2014 07:57 PM PST

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog CutiKelantan.com. Bulan lepas, iaitu Disember 2013 penulis berkesempatan mencuba roti tempayan di Guchil, Kuala Krai.

Atas cadangan rakan-rakan, kami singgah di warung yang dinamakan 'kedarotippaye' atau Kedai Roti Tempayan. Lokasinya berhampiran simpang tiga lampu isyarat utama di Guchil Kuala Krai yang menghubungkan Kuala Krai, Gua Musang serta Kota Bharu. Iaitu bersebelahan stesen minyak Caltex.

kedai roti tempayan kelantan

Warungnya kecil dan biasa-biasa sahaja. Tetapi, warung sebeginilah sebenarnya yang menjadi tumpuan ramai dari kalangan penduduk setempat mahupun orang kenamaan.

Kami memesan beberapa keping roti tempayan beserta pelbagai jenis kuah seperti kuah kacang, kari daging, ayam dan kambing. Selain itu, kuah istimewa iaitu kari kepala ikan juga turut disajikan.

tempayan

Roti dibakar di dalam tempayan

Roti tempayan di sini memang terbaik dan istimewa. Lembut, gebu serta enak di makan. Doh nya diuli dengan adunan turun temurun serta dibakar pula di dalam tempayan menggunakan arang. Kaedah tradisional pembuatan roti tempayan memang menjadi keutamaan penulis.

Hidangan yang dipesan adalah roti tempayan dengan kuah kambing. Memang terangkat habis. Orang Kelantan cakap 'nyakut molek'.

roti-tempayan-kambing

Hidangan penulis dengan kari kambing

roti-tempayan-kelantan

Lembut dan gebu

Roti tempayan di sini berharga RM1.50 sekeping manakala kuahnya bergantung kepada jenis lauk. Set yang biasa dipesan adalah roti tempayan beserta kuah kari daging serta ayam yang berharga RM3.50, manakala kuah kari kambing pula berharga RM5.00. Selain makan di sini, anda boleh juga bungkus atau buat tempahan.

Bagi anda yg ingin berehat sekejap memandu dari menuju ke Kota Bharu atau ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang, bolehlah singgah mencuba roti tempayan di sini. Sememangnya terbaik.

WAKTU PERNIAGAAN

Setiap hari kecuali Jumaat (7.00 am – 7.00 pm)

TEMPAHAN

Tempahan: Deen Razali (013-959 6393)

ALAMAT

Sebelah Stesen Minyak Caltex, Guchil 2, 18020 Kuala Krai

PETA LOKASI

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Gerbang KBBRI: Peniaga Pasar Borong <b>Wakaf</b> Che Yeh cekik darah <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2014 09:34 PM PST

KOTA BHARU: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan kesal terdapat segelintir peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini, mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, khususnya pelancong.

Timbalan Pengarahnya, Ab Ghani Harun berkata terdapat unsur penipuan di dalam urusan jual beli di pasar borong berkenaan di mana pelanggan yang tidak bertutur dialek Kelantan akan dikenakan harga lebih mahal.

"Kita dapat maklumat yang peniaga di sini mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang datang dari luar, mereka akan kenakan harga tinggi kepada orang luar.

"Oleh itu, kita mengingatkan semua peniaga agar meletakkan tanda harga bagi mengelak berlakunya penipuan harga," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata pihaknya mendapati terdapat lebih 70 peratus peniaga di Wakaf Che Yeh tidak meletakkan tanda harga di setiap barangan yang dijual.

"Kita akan rampas barang yang tidak diletakkan tanda harga dan peniaga juga boleh berdepan hukuman di mahkamah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ab Ghani berkata terdapat lebih 403 kes melibatkan peniaga tidak meletakkan tanda harga telah direkodkan sepanjang tahun lepas.

"Tahun ini, lebih 50 kes direkodkan dan dalam operasi semalam terdapat 11 kes melibatkan nilai rampasan sebanyak RM5,000 dalam operasi di Wakaf Che Yeh," katanya.

Beliau berkata operasi pemantauan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi meyakinkan pengguna bahawa kerajaan serius dalam menangani isu kenaikan harga sejak akhir-akhir ini.

Sumber: BERNAMA | 21 Januari 2014

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Pakat-Pakat Kalih: PANAS! Adun <b>Machang</b> Bubok Akan <b>di</b> Siasat <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2014 05:22 AM PST


Hari ini Pejabat Adun Machang Bubok telah menerima sepucuk surat "Cinta" dari pihak penegak undang-undang negara..

Dalam surat ini meminta Khai Loon untuk menghadirikan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam bagi membantu siasatan..

Aku syak ini bersangkut paut mengenai isu kangkung.. Tapi tak sangka boleh membawa ke pada memfitnah..

Siapa yang buat laporan? Apa yang khai loon fitnah? Sama-sama kita nantikan apa cerita sebenarnya dari laporan memfitnah ini..

Dan hari juga dari pihak NGO SAMM Pulau Pinang turut membuat laporan polis atas tindakan puak pelampau membelasah orang awam di hadapan pejabat adun machang bubok..

Kita tengok apa pulak tindakan penegak undang-undang akan ambik tindakan atas laporan ini..

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


YM Paduka Ayahnda Uda: Berada <b>di perupok</b> Bachok kelantan

Posted: 09 Feb 2010 11:14 PM PST


Menjlis perkahwin Abg Long samurai bergambar ayahanda pak uda, ayahandaPutra,ayahanda Sedi Lipan ,Ayahanda Pak Nik askar,Ayahanda Lee Tanah MerahDan Kanda Udi

reunion sk.<b>perupok</b> - pengemis cint@ il@hi, perindu sy@hid @b@<b>di</b>...

Posted: 11 Nov 2012 09:56 PM PST

Day: Ahad = Hari Raya Haji ke-3
Place: Pantai Irama, Bachok
Xsabar menanti tarikh ini, planning untuk "Reunion" student sekolah rendah dulu...macam xpercaya tapi inilah realitinya. Tercetus idea ni sbb dah lama xjumpa kawan2 sekolah rendah dulu,,tapi akhirnya berkenalan kembali di laman sosial yg sangat famous semestinya ::FACEBOOK::. Nasib baik ada kawan lelaki aku yg sudi nak incharge utk reunion ni...thanks a lot my frenz.
Tibalah hari yg dinanti2kan:
Mula-mula sampai, malu r gak nak tegur (sbb lama xjumpa....huhuhu) tp beberapa seketika baru r berani. First aktiviti: Lelaki <barbeque = bakar daging>, Perempuan <siapkan air + hidangkan makanan>,,sementara menunggu lagi kehadiran kawan2 yg akan datang. Next: buat halaqah (bulatan) utk sesi "ice-breaking" utk m'perkenalkan balik diri sendiri (ada yg xingat nama...huhuhu),,,yang penting nak tahu sekarang belajar lagi @ dah bekerja. Antara kawan2 yang hadir ari tu, sorang baru kerja (NURSE melalui SPA),,sorang laki bakal kerja (dgn SPA gak)...TAHNIAH2X my frenzs!!!
Yang lain semua smbung study ag ke peringkat IJAZAH (br hbs Diploma),,salah sorang drpd kami bakal sambung MASTER dalam bidang yg sama kat UMT...TAHNIAH gak (^_^). Yang mengejutkan,,ada sorang antara kami yg dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak...barakallahulaku =). Dalam sesi ni,,kami akan b'tukar nombor fon masing2 utk kemudahan jika ada nk buat event ag. Sambil2 itu kami menikmati makanan yang ada,,walaupOm simple tapi mengeyangkan (alas perut jer).
Selesai sesi "Ice-Breaking",,so apa lagi sesi "Bergambar"....sesi paling penting dalam setiap event sbg kenangan kami2 utk masa2 depan...he5
Selesai bergambar,,kami bersalam-salaman dan bersurai dengan gembira. Syukran sahabat utk event ni yg penuh dgn "SwEet MemorY". Semasa bersama kalian ari tu,,teringat kenangan2 masa sekolah darjah 1 - 6 kat Sekolah Kebangsaan Perupok,,,byk kenangan Manis & Pahit bersama kalian. Klu diingatkan balik,,pelbagai perasaan yg hadir (GEMBIRA + LUCU + KETAWA + SEDIH + MARAH krn t'lalu byk peristiwa2 yg telah berlaku).
p/s: InsyaALLAH panjang umur "WE ALLs" akan jumpa lagi...semuanya menjadi kenangan kita bersama!!!

 Juadah (Keropok + Ketupat + Colek buah + Kek + Nuget + Daging Bakar + Air Batu Sirap)


::: Berkawan biar berbilion2x :::

ads