Isnin, 21 Januari 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Nora Aniza: Beza Makanan <b>di</b> Tanjung Malim dan <b>Pasir Puteh</b>

Posted: 22 Nov 2012 07:11 PM PST

Sebagai orang Kelantan, tambah-tambah orang kampung macam aku ni, makan nasik sebagai sarapan pagi pada pukul 7 pagi adalah kebiasaan dan amalan seharian. Tak lengkap hidup kalau tak makan nasi pagi. X ada pulak mak aku sediakan aku sarapan pagi roti dengan inti tuna atau apa-apa sahaja ala western. Kalau ada tu ada, tetapi nasik akan menjadi keutamaan. Lepas makan nasik kena ada kuih muih, barulah ditambah dengan roti, penkek McD dan sebagainya. Menu sarapan pula seperti nasi minyak, nasik lemak, nasik goreng, nasi beriani, pulut nasik, nasik berlauk dan semuanya yang berasaskan nasik.
Lauknya sangat istimewa, mesti ada ayam pedas, ayam kicap, ayam gulai, ayam bakar, daging bakar, daging goreng, daging black paper, ikan bakar, ikan gulai yang macam-macam pesen dan banyak lagi. X ada istilah "saya tak makan pagi" dalam kamus hidup orang Kelantan.
Kalau mak aku malas nak masak sekalipun, sarapan nasik akan dibeli dari luar. Di sepanjang jalan di negeri Kelantan anda akan mendapati ada orang jual nasik pagi di mana-mana sahaja. Seawal pukul 6.30 pagi orang dah setat meniaga, dan seawal pukul 8 pagi semua nasik akan habis dijual. Jadi, bangun Subuh awal-awal dan terus bersiap untuk mencari nasik.
Dan nasik putih (dalam kuantiti yang banyak) + ayam pedas (1 ketul besar) + acar (pun banyak jugak), anda hanya perlu membayar RM1.50- RM2.00 untuk nasik yang mengeyangkan sampai petang tersebut. 
Tapi kat Tanjung Malim, pukul 10 kedai nasik tak buka lagi. Apelah kan, aku pagi-pagi aku lapar. Kul 10 tu kalau kat kampung aku makan tengahari dah tu. Tapi di Tanjung Malim kul 10 baru aku sarapan. Sangat tidak baik untuk kesihatan dan menjejaskan projek diet aku!
Kenapa orang sini tak serajin orang Kelantan? Pastu nak kaya macam orang Kelantan, tapi kijo malas. Patut aku tengok pakcik tu pelajar UPSI berduyun-duyun ke kedai dia tapi tak kaya-kaya pun, duk pakai je Wira buruk dia tu, itulah. Pagi-pagi tu pintu rezeki terbuka luas. Tapi orang Melayu kita? Pagi-pagi kul 7 mata pun tak terbukak lagi! Tak macam orang Kelantan puok nih! Geram aku!
Kenapa aku geram? Sebab aku takleh sarapan nasik pagi. Kenapa tak masak sendiri? Tak sempat la. Kul 8 dah setat kelas. Kalau ada mak boleh mak masakkan. (alasan yang munasabah kan)
Pastu kat Tanjung Malim nie makanan mahal-mahal. Contohnya nasik lemak bodoh-bodoh, dijual RM1.50. Awak tahu tak apa itu nasik lemak bodoh-bodoh? Yang dijual kat depan kampus tu, macam tu la. Nasik lemaknya mengandungi hanya sedikit nasik, telur 1 bijik yang dibelah 6, sambal bilis yang bawangnya lebih banyak daripada bilis (kadang-kadang bilis sekor pun takde), timun 1 kerat, kacang 4 bijik dan sambalnya berminyak! Macam tu jual RM1.50. 
Aku bukan nak tipu tapi ini kenyataan, dengan serendah RM1.50, di Kelantan anda akan mendapat nasik lemak cerdik bukan nasik lemak bodoh-bodoh macam kat sini. Nasiknya banyak dan sudah tentu berlemak, sambal bilis dengan ikan bilis, telur sebijik dibahagi 2 dan rasanya sangatttttt sedap.
Kalau awak orang Kelantan, awak akan cakap, betul betul betul. Tapi kalau awak orang bukan Kelantan, silalah lawati sendiri negeri Kelantan. Orang Kelantan masak sedap jadi silalah cari calon isteri orang Kelantan. 
Kenapa orang Kelantan ramai di IPTA di Malaysia? Salah satu faktornya ialah kerana mereka mengambil sarapan berasaskan nasik. Dan kajian telah pun membuktikannya. Sarapan nasi membuat tubuh mendapatkan pasukan glukosa yang cukup kerana nasi mengandung karbohidrat yang tinggi. Glukosa ini akan dialirkan ke otak melalui darah sehingga otak dapat bekerja optimal.
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.
Nampak tak? Apa kaitan nasi dengan otak? Jadi, makanlah nasik untuk kebaikan otak.

Comel-comel sokmo :-)

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


QUDWAH HASANAH: SEPAGI <b>DI KOTA BHARU</b>

Posted: 11 Jan 2013 07:16 PM PST


Hujung minggu kedua persekolahan 2013 ni aku kembali sekali lagi ke sini. Demi anak-anak. Tahun ni anak ku yang sulung bakal menduduki PMR. Kena la ambil berat sikit. Pastikan dia hadir ke kelas tution. Kali ni aku berkesempatan berkunjung ke suatu tempat di Kota Bharu. Tepi sungai Kota Bharu. Aku tak tahu apa nama tempat ni. Cuma aku masih ingat lagi, masa usia kanak-kanak aku pernah datang sini. Ikut abang bertandang di rumah kawannya. Masa aku sekolah menengah sekali lagi aku berpeluang masuk ke rumah rakit ni. Rumah yang sama. Hiasan dalamannya cukup menarik. Ini adalah kali ketiga aku ke sini. Sayangnya cuma dapat lihat dari luar saja. Kata penduduk sini, rumah rakit sekarang dipenuhi dan didiami oleh orang asing yang merupakan pekerja binaan di sini.

Kenapa aku ke sini? Tak ada tempat lain lagi yang aku nak pergi. Seorang diri. Tenangkan fikiran. Hilangkan rasa gundah di jiwa.  Aku membesar di kampung. Depan sungai belakang pun sungai. Aku rindu semua tu. Sayangnya aku tak dapat balik ke kampung sendiri. Takut. tapak rumah ku dah jadi hutan belukar. Takut nak masuk sendirian. Di sini, boleh mengingatkan aku kehidupan zaman kanak-kanakku. Aku sendirian di sini tak ada siapa yang nampak. Nak termenung? nak meraung? Nak bercakap sendiri? Nak menangis? Nak meratap? Semua boleh. Tak ada siapa yang tahu. Kecuali aku dan DIA. Ya Allah... Aku redha dengan segalanya.

Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, 
maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu 
dengan SESUATU yang tidak dijangka.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


UMNO Online - Siapa Calon BN <b>Di Manek Urai</b>?

Posted: 26 Jun 2012 12:00 AM PDT

Kategori Berita Pilihan

Siapa Calon BN Di Manek Urai?

KUALA KRAI, 26 Jun – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memaklumkan bahawa Barisan Nasional akan meletakkan calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sememangnya ditunggu-tunggu.

Apa yang pasti debaran semakin terasa apabila ramai pihak termasuklah golongan pembangkang sendiri menimbulkan persoalan berkaitan siapakah calon yang akan diletakkan oleh UMNO selaku ahli komponan dalam BN?

Dalam hal ini, tentunya calon yang akan menjadi wakil kepada BN adalah anak tempatan dan mempunyai nilai kepimpinan dengan latar belakang pendidikan sebagai jaminan untuk menjadi teraju dan suara rakyat dalam mengharungi masa hadapan.

Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob kerana sakit jantung.

Berita Bertarikh Pada 26 June 2009 2:52 PM

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Gambar Ceramah PAS tiada Mendapat Sambutan <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2013 04:30 AM PST

Dulu PAS kalau buat ceramah memang cukup hebat penuh dengan kehadiran orang ramai...sekarang ini sudah nampak perubahan yang amat ketara sekali.PAS dikelantan sudah sedar lama ini berlaku tapi hanya menutup kelemahannya.Orang melayu sudah sedar politik PAS sekarang ini semenjak PAS menjadi rakan sekutu DAP dan PKR.Bermula lah orang melayu mula menjauhi parti politik PAS...Naib Presiden PAS MAt Sabu sudah menjangka kekalahan Partinya pada PRU 13 nanti sehingga berani membuat kenyataan akan adakan DEMO jika pembangkang kalah.Bodohhhh nya Mat Sabu ni...

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Penginapan Budget @ Ekonomi <b>di Tanah Merah</b>, Kelantan <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2012 07:51 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Penginapan Mad Inn Lodge terletak di tingkat atas kedai kami di Bandar Tanah Merah, Kelantan. Jika anda berminat boleh la hubungi kami dengan kadar segera di talian 09-9550434 / 01129452357 ...

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Dun <b>Kelaboran</b>: IHTIFAL PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2011 08:19 PM PST










 





DUN Kelaboran meneruskan tradisi menyemarakkan pendidikan pra persekolahan anak-anak berusia lima dan enam tahun bagi penanaman asas Islam yang kukuh sebelum menapak ke alam persekolahan.  PASTI, selaras dengan kebangkitannya selaku pemangkin pendidikan Islam telah mengadakan Ihtifal di mukim masing-masing bagi penyampaian sijil, hadiah pelajar terbaik dan persembahan menarik dari graduan-graduannya.
Setakat ini kesemua PASTI di dalam DUN Kelaboran telah pun mengadakan Majlis Ihtifal dengan jayanya dan telah disempurnakan penyampaiannya oleh YB ADUN Kelaboran, Saudara Mohd Zaki Hj Ibrahim.


ads