Ahad, 30 September 2012

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


3 Keluarga Mangsa Puting Beliung | Detik Perubahan

Posted: 26 Sep 2012 02:55 AM PDT

KUALA KRAI – Sekurang-kurangnya tiga keluarga di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Mengkebang, dekat sini, berdepan cetik cemas selepas kediaman mereka rosak teruk akibat dipukul ribut, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu merosakkan dua rumah di Kampung Keroh dan sebuah rumah di Blok Pasir Puteh, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Mengkebang.

Mangsa dari Blok Pasir Puteh, Che Rogayah Che Mamat, 48, berkata, kejadian ketika azan Asar itu menyebabkan struktur bumbung bahagian hadapan rumahnya diterbangkan angin dipercayai puting beliung.

"Kejadian juga menyebabkan sebahagian besar bumbung rumah saya rosak termasuk akibat ditimpa kayu dan zink bumbung yang tercabut," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Che Rogayah berkata, pusaran angin kencang buat kali kedua menyebabkan sebahagian bumbung yang tercabut diterbangkan ke belakang rumah manakala sebahagian lagi melekat atas bumbung ruang tamu.

"Walaupun tidak diterbangkan angin, ada bahagian bumbung rumah tercabut dan banyak zink perlu diganti baru sebab rosak," katanya yang tinggal di rumah itu bersama lapan ahli keluarga termasuk anak, cucu dan menantu.

Anak Che Rogayah yang ada di rumah ketika kejadian, Norma Mustafa pula berkata, dia melihat bumbung bahagian hadapan rumahnya terangkat-angkat sebelum tercabut dan diterbangkan angin kencang.

"Saya terus dukung anak berusia dua bulan masuk dalam bilik tetapi bumbung dalam bilik pun bergegar dilanda ribut, jadi saya hanya mampu menjerit sebab tak tahu nak buat apa.

"Waktu itu tidak hujan, hanya angin kencang sahaja dan bila angin berhenti, baru hujan," katanya yang bersyukur kerana mereka sekeluarga terselamat dalam kejadian itu.

Dua mangsa ribut di Kampung Keroh, Siti Hawa Jusoh dan Ramli Mahmud turut mengalami nasib sama apabila bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang dalam kejadian itu.

Sementara itu, Penyelaras Dun Mengkebang, Azizzuddin Hussein berkata, ketiga-tiga keluarga terbabit diberikan bantuan segera termasuk zink, kayu dan papan dinding bagi membaiki kerosakan rumah mereka.

"Selain zink dan kayu, kita beri papan dinding untuk Siti Hawa kerana di samping bumbung dan dinding rumah rosak, bilik airnya juga runtuh dalam kejadian sama," katanya.

Menurut Azizzuddin, bantuan segera untuk mangsa bencana alam dapat disalurkan selepas prosedur baru Kerajaan Persekutuan membolehkan Penyelaras Dun sendiri meluluskannya.

"Kalau dulu ambil masa lama kerana perlu ada laporan polis dan kelulusan agensi kerajaan berkenaan terlebih dahulu tetapi sekarang, jika layak, saya sebagai Penyelaras Dun boleh luluskan bantuan 'on the spot'.

"Terima kasih Kerajaan Persekutuan kerana dengan cara ini, kami selaku Penyelaras Dun dapat segera membantu ketika saat rakyat ditimpa kesusahan perlukan bantuan," katanya. – Sinar Harian

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Sambutan Raya <b>di</b> Baha&#39;s camp,Jelawang <b>Dabong</b>.

Posted: 26 Nov 2008 02:52 AM PST

Tarikh: 24 - 25hb.Oktober 2008
Trip santai ke Baha's camp.......

....last minit join.Drive alone dari KB 7.20am menuju ke pekan Dabong dgn hanya berbekalkan sepasang sandal Teva & sekeping sleeping bag.Itupon sebab dah memang ada lam keter.Lain2 equipment ada kat KL.Ikut Jalan ke Kuala Krai sebab aku tak tahu cemana utk ke Dabong,just ikut signboard & melalui jalan-jalan berbukit-bukau yang agak sunyi dan pastinya menyeramkan kalo waktu malam..hehehe.

9.40am tiba jugak akhirnya di stesen ketapi dabong.Kelihatan Najib,abg Nazri,Uncle roger,uncle salleh,Aduka,Leong,Eric & his girl, 2-3 org lagi yg aku kenal & yg lelain dari team DBKL.Mekasih buat Najib yg sudi membawakan deuter 42L utk aku,dapatlah aku isik pakaian,sleeping bag,ration & apa2 jerlah yg patut.

Syokk....malam tu kami berbbq kambing.Mekasih buat uncle roger yg sponsored kambing gurun yg best nih.Biasanya aku tak suka sangat kambing nih sbb berbau hanyir..busuk tak mandi!hahaha..tapi kambing yg ni mandi kot...hik hik hik.Ada satay ayam dihidangkan bersama kuah kacang,lemang,ketupat,serunding & kopok.Makanan terlalu banyak,panggil beberapa org kg.naik makan sama.Sungguh meriah dan diberkati.Amin.

25hb.Oktober 2008
Day 2
2.40pm,setelah hujan berhenti kami bergerak turun.Aku tiba bersama Aduka n specky man kira2 jam 3.20pm.Makan-makan dulu kat stesen ketapi dabong.Jam 6.30pm,bergerak balik KL ditemani abg Nazri & Nazah.Mekasih buat makcik kedai yg bagi tumpang keter aku kat umah dia.Mekasih gak kat Amrin guide yg menunjuk arah kluar jalan pintas ke gua musang.Jalan sunyi dan hutan tebal namun permandangan yg indah dikelilingi gunung-ganang ketika remang2 senja di kaki langit.

Singgah solat dan makan kat pekan raub.Hantar dorang ke Damansara & kelana Jaya.Tiba di bdr tun razak jam 1.00 pagi.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


.: Petronas Pecah Janji Tidak Bayar Royalti

Posted: 23 Sep 2012 10:53 PM PDT

RESPON                                                                                                     
Berikut disiarkan catatan sdr MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF salah seorang dari puluhan ribu rakyat Kelantan yang 'bergalabut' mengenai royalti petroleum yang sepatutnya dibayar. Penulis ini rajin memberi pandangan dan melontarkan kritikan sosial di media massa. Setiap kali beliau mencoret sesuatu akan dikirimkan kepada saya. Syabas atas kerajaan sdr tanpa mengenal penat dan jemu. Ikutilah pandangan dan komenter beliau;
Dengan desakan langsung dari rakyat terhadap kerajaan pusat agar membayar royalty kepada kerajaan Kelantan sebagaimana perjanjian 9 Mei 1975, nyata ia membuka kesedaran pelbagai pihak kepada banyak isu di sebaliknya. Apa yang dilakukan oleh sekumpulan anak muda dalam gerakan yang disebut R terus mendapat sambutan lantas membuka kesedaran yang lebih meluas.
Kini ramai yang menantikan satu prosiding rayuan yang dijadualkan pada 3 Oktober. Dalam pada itu juga, dijangka satu prosiding memohon pengishtiharan mahkamah terhadap ketidakesahan perjanjian tersebut turut akan dikemukakan.
Dalam suasana inilah, saya suka menarik perhatian kepada pemahaman kita kepada satu prinsip asas dalam undang-undang kontrak. Harapan saya dengan pemahaman tersebut seluruh rakyat umumnya dan rakyat Kelantan khususnya akan terus berdiri teguh di belakang keputusan yang akan diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani isu royalty ini.
Undang-undang paling asas dalam sesuatu kontrak menyatakan bilamana salah satu pihak gagal memenuhi tanggungjawab dalam perjanjian, ia dikatakan telah pecah kontrak atau "repudiate". Tindakan ini membangkitkan hak kepada pihak yang satu lagi untuk "rescind the contract" iaitu mengambil tindakan untuk membatalkan terus perjanjian yang dipersetujui.
Dalam hal ini, Petronas yang gagal membayar royalty sebagaimana dipersetujui telah memecah janji "repudiate the contract" dan kerajaan Kelantan dalam hal ini berhak membatalkan dan menamatkan perjanjian tersebut atau "rescind the contract".
Justeru, pihak-pihak iaitu Petronas dan Kelantan dalam hal ini tiada lagi sebarang tanggungjawab sebagaimana ditetapkan dalam perjanjian 1975. Dengan erti kata lain, Petronas tiada lagi hak untuk memasuki kawasan perairan dan daratan Kelantan untuk meneroka minyak di sana.
Kerajaan Kelantan pula berhak untuk memutuskan dengan apa jua cara bagi meneroka dan mencari gali minyak di kawasan daratan dan perairan Kelantan dengan cara mereka sendiri. Tentunya suasana ini amat menguntunkan rakyat Kelantan kerana hasil bumi mereka boleh diuruskan oleh kerajaan yang mereka pilih melalui pilihanraya yang sah.
Semoga prinsip-prinsip asas undang-undang kontrak ini sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada rakyat Kelantan apatah lagi kepada gerakan rakyat dalam R. – 8 Zulkaedah 1433H. [wm.kl.1:53 t/hari 24/09/12]

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Sejarah Hitam <b>Gua Musang</b> | Detik Perubahan

Posted: 02 Sep 2012 10:59 PM PDT

GUA MUSANG – Sebelum negara mencatat sejarah kemerdekaan 31 Ogos 1957, pelbagai rintangan dan cabaran getir dihadapi rakyat ketika itu kerana berdepan dengan keganasan komunis hingga ada yang mati dibunuh dengan kejam.

Kebanyakan mereka juga tidak boleh tinggal setempat dan kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari perlindungan dengan berjalan kaki dalam hutan berikutan tidak tahan dengan serangan komunis.

Sejarah hitam serangan komunis juga pernah berlaku di Gua Musang pada 4 Januari 1943, apabila ramai orang Melayu ketika itu mati dibunuh dan hanya seorang pengawal, Allahyarham Nik Jaafar Nik Soh yang berjaya melepaskan diri dari kepungan komunis.

Beliau lari seorang diri untuk meminta perlindungan di Balai Polis Bertam kerana kebanyakan rumah penduduk termasuk kuarters kereta api dan balai polis di Gua Musang dibakar komunis yang mengganas dan merosakkan semua harta benda penduduk.

Berpandukan perjalanan hidup ditulis penggawa terbabit, yang masih disimpan seorang anaknya, adik perempuannya sendiri yang sarat mengandung lapan bulan adalah antara 26 orang Melayu yang dibunuh dalam serangan komunis itu.

Kubur arwah Nik Mah Nik Soh yang mati dibunuh dengan kejam oleh komunis, masih menjadi kenangan sejarah kerana kini berada di tengah-tengah Masjid Razaleigh di bandar ini dan mungkin ramai yang tidak tahu mengenainya.

Hanya jenazah arwah seorang yang sempat ditanam di kawasan masjid tersebut dalam keadaan darurat berikutan kumpulan komunis terus menyerang kawasan Gua Musang yang mana kebanyakan penduduk sudah lari untuk berlindung di Kampung Batu Papan.

Allahyarham Nik Mah yang tidak sempat melarikan diri kerana sarat mengandung, hanya melindung diri dalam longkang besar jalan menghala ke masjid sebelum sekumpulan komunis ternampak lalu menembak hingga mati.

Pembunuhan kejam itu menyebabkan jenazahnya tidak boleh dibawa keluar dari kawasan Gua Musang untuk dikebumikan kerana sentiasa dikawal komunis dan jenazahnya pada ketika itu sempat ditanam di tepi tangga belakang masjid tersebut.

Oleh kerana masjid itu diubah suai dan dibesarkan, berikutan jemaah bertambah ramai menyebabkan kubur Allahyarham Nik Mah berada di tengah-tengah masjid hadapan mimbar hingga timbul tanya tanda kebanyakan jemaah yang datang dari luar daerah ini.

Walaupun Gua Musang telah lama wujud, tetapi bilangan penduduk Orang Melayu tidak ramai dan tumpuan utama komunis berkampung di Kampung Pulai yang selalu memeras ugut orang Melayu termasuk makanan.

Pendapatan utama penduduk ketika itu, hanya mengharapkan kepada hasil tanaman dan kerap meminta bantuan kerajaan menerusi pejabat daerah yang terletak di Kuala Krai.

Selain itu, berlaku juga pertempuran hendap antara askar 3RAMD dengan komunis di Sungai Semor dekat Kampung Pulai tahun 1948 yang meragut 16 nyawa anggota tentera dan mencederakan seorang pegawai berpangkat Leftenan Muda.

Seramai 29 orang Pasukan Komunis Malaya (PKM) turut maut sebelum keadaan di Sungai Semor kembali reda dan kini kawasan tersebut menjadi tempat kenangan serta kajian sejarah peperangan zaman darurat dahulu.

Bekas Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Gua Musang, Abu Bakar Jusoh berkata, Gua Musang penuh dengan sejarah hitam berikutan berlaku peperangan menentang komunis yang harus bagi generasi baru menghargai perjuangan orang zaman dahulu.

Beliau berkata, mereka harus mengetahui sejarah asal wujudnya Gua Musang supaya tidak mudah menerima hasutan yang boleh berlaku kejadian tidak ingini dan menggadai maruah negara yang sekian lama dalam suasana aman.

"Saya sebagai bekas tentera, tidak pernah lupa peristiwa pahit menentang komunis walaupun ketika zaman itu bertugas di merata tempat sebelum menetap di Gua Musang," katanya.

Mat Zain Hassan, 62, pula berkata, walaupun pejuang kemerdekaan negara menentang komunis semakin ramai dimamah usia dan meninggal dunia, tetapi kenangan pahit harus dipahatkan dalam jiwa generasi sekarang.

Katanya, semangat patriotik menyemarakkan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang perlu disemai di kalangan mereka kerana dengan cara itu dapat mengenang kesusahan walaupun mereka lahir selepas merdeka.

"Sekurang-kurangnya kita dapat mengingati kembali kesusahan tentera pada ketika itu yang menentang komunis dan ramai penduduk yang tidak berdosa menjadi mangsa pembunuhan kejam," katanya. – Sinar Harian

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


Rakaman video ceramah NURUL IZZAH <b>di KETEREH</b>: Kalau bn <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2012 02:39 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rakaman video ceramah NURUL IZZAH di KETEREH: Kalau bn yakin mereka bolah menang, bagilah ruang media untuk kita.. Share this: StumbleUpon · Reddit. Like this: Like. Be the first to like this. This entry was posted on ...

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


SKST2: MURID SKST2 <b>DI</b> MTQ ZON <b>KELABORAN</b>

Posted: 21 Mar 2012 10:23 PM PDT

Pada 20.3.2012 iaitu 2 hari yang lalu sekolah SKST2 telah menyertai majlis tilawah al-quran , bercerita dan nasyid  yang telah diadakan di Sk Berangan 1. Dalam acara ini sekolah menyertai semua acara keculai pertandingan nasyid. Ini kerana masalah teknikal yang tidak dapat diatasi.
SKST2 hanya memenangi naib johan hafazan, manakala acara lain  tidak mendapat apa-apa tempat.Namun kami warga sekolah mengucapkan syabas atas daya usaha mereka yang  melatih dan
kesungguhan peserta menyertai pertandingan ini amat kami hargai.
 Dalam majlis ini, adik Maisarah Shukri tahun 5 NIlam telah mendapat naib Johan dalam acara hafazan Al-Quran Juz Amma.( gambar atas )

                    Adik Roslina ( acara Tilawah) adik Sahirah bercerita  dan Maisarah (Hafazan)
bergambar di pentas sebaik acara berakhir.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


(Gambar) Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz <b>di Pulau Melaka</b>

Posted: 29 Sep 2012 07:14 AM PDT

Rizal Tahir
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.
Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka.
Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar.
Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.
Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.
Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad.
Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua.
Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar.
Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda.
"Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah. Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda.
"Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni," ujarnya ceria.
Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya.

ads