Rabu, 27 Julai 2011

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Lagi ahli PAS <b>di Pasir Puteh</b> sertai UMNO

Posted: 25 Jul 2011 10:09 AM PDT

PASIR PUTEH 25 Julai – Kecewa dengan prinsip perjuangan dan perubahan dalam pucuk pimpinan, 20 anggota Pas termasuk seorang bekas penghulu di sini bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.
Bekas penghulu mukim Gong Nangka, Zakaria Mat Husin berkata, Pas sekarang sudah berubah dan seolah-olah tidak lagi yakin dengan perjuangannya.
"Pas sekarang lebih pentingkan kroni daripada kehendak agama," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis "Selamat Tinggal Pas, Kami Kecewa Pas Sokong Ambiga", di Kampung Alor Pasir, di sini.
Zakaria juga berazam untuk menarik kira-kira 1,400 pengundi Pas di kawasannya menyokong UMNO pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas Ketua Pemuda Pas cawangan Alor Pasir, Mohd Jizi Omar pula berkata, beliau memutuskan keluar parti selepas kecewa dengan kegagalan Pas menunaikan janji pilihan raya umum lepas. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 09:02 AM PDT


j-QAF SK <b>CHIKU</b> 03: Asal Usul Sek. Keb. <b>Chiku</b> 03

Posted: 31 May 2011 11:59 PM PDT

Bermulanya pembukaan tanah baru di kawasan hulu negeri Kelantan, telah banyak memberi peluang-peluang pekerjaan dan penempatan baru. Ini termasuklah di kawasan Gugusan Felda Chiku. Dari situlah lahirnya kepentingan memberi pendidikan kepada anak-anak peneroka..

Sekolah ini mula dibuka pada 1.1.1987. Pada awalnya ia merupakan sekolah cawangan di bawah kelolaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chiku 02. Guru besar yang pertama ialah En. Jaafar B. Yussof. Sekolah ini bermula dengan 10 bilik darjah yang di tempatkan sementara di bangunan lama Pejabat Felda Chiku 03.

Sekolah ini dimerdekakan pada 1.4.1988. Masih berada di lokasi lama tetapi sudah mendapat bangunan tambahan untuk menampung bilangan murid yang bertambah dengan pesat. Tuan Haji Mat Hussain b. Awang Hamat telah dilantik menjadi Guru besar yang pertama selepas dimerdekakan. Beliau bersara secara pilihan pada 31.12.1993.

Satu lokasi baru telah dikenalpasti untuk membina bangunan baru. Sebidang tapak seluas 13.22 ekar di Bandar Baru Chiku dikenal pasti. Bermula dengan detik inilah sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Chiku 03 pada 1.12.1991. Nama ini diberi bertepatan sekali dengan lokasi sekolah ini yang terletak di kawasan Felda Chiku 03.Tambahan pula pada suatu waktu kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok ciku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Pemuda Guchil: Stadium: PAS Belum Tumbang, Stadium Sudah Tumbang

Posted: 03 Jul 2011 02:10 AM PDT

Dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai, Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menjanjikan sebuah Jambatan 2 Lorong di Manek Urai yang kosnya pada ketika itu dikatakan mencecah antara 10 hingga 15 juta Ringgit Malaysia.

Jambatan Manek Urai sebelum Pilihanraya Kecil dan Selepas Pilihanraya Kecil Manek Urai masih kelihatan begini...


Sewaktu Pilihanraya Kecil Galas pula, Pimpinan UMNO/BN telah menjanjikan Pembinaan Rumah Mesra Rakyat di 1 lokasi yang telah ditetapkan oleh KERAjaan Pusat.

Sampai ke hari ni, lokasi yang telah ditetapkan itu masih begini...


Semalam dalam Lawatan Kerja sehari Perdana Menteri Malaysia ke Kelantan, Najib telah mengumumkan seperti berikut:
PM: Stadium baru untuk Kelantan jika PAS tumbang

Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.

Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

"Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang 'rukas' (panjat) untuk tukar 'scoreboard'. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurang kemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan...jadilah stadium 'rukas'.

"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.

Beberapa bulan sebelum ini, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tok Guru Menteri Besar telah mengumumkan seperti berikut:
Kelantan Bakal Dapat Stadium Baru

Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Jangan lupa sejarah pembinaan Stadium di bawah KERAjaan Pusat...

Semalam juga Najib telah mengelentong para Pemandu dan Rakyat Pasir putih seperti yang dilaporkan di
sini.

Jadi kita ada soalan kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang berkaitan dengan janji.

  1. Janji untuk bina Jambatan di Manek Urai bagaimana..?
  2. Janji untuk bina perumahan Mesra Rakyat di Galas bagaimana..?
  3. Janji nak bina Stadium kalau PAS tumbang, atau janji nak bina Stadium yang senang "tumbang"..?
  4. Janji Kerajaan Kelantan atau janji KERAjaan Pusat yang kita nak percaya & harapkan..?
Rasanya 2 soalan pun dah terkulat-kulat untuk Najib jawab, jadi Najib akan serahkan pada PenChaChai untuk jawab dalam ruangan komen dibawah dan rasanya PenChaChai tak kan jawab, PenChaChai akan spin pada isu lain macam biasa... apa-apa lahhh...

PAS belum tahu lagi akan tumbang atau tidak di Kelantan dalam Pilihanraya Umum akan datang, yang pastinya Stadium Gong Badak yang nilainya beratus-ratus juta Ringgit Malaysia dah lama tumbang sebelum sempat digunakan.

Yang ni PenChaChai UMphorNO kena jawab dengan Mat Said sebab dia sedang "Kesal".Ahmad Said kesal siasatan Stadium Gong Badak masih lagi tertangguh

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, semalam secara terbuka melahirkan kekesalan kerana kajian struktur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta di Kompleks Sukan Gong Badak, yang sebahagian bumbungnya runtuh lebih dua tahun lalu masih belum siap.

Kerja-kerja pembersihan runtuhan stadium dilaporkan sudah selesai
Beliau berkata, sepatutnya Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengemukakan keputusan laporan kajian mengenai struktur stadium itu yang dibuat syarikat perunding awal bulan ini, tetapi sehingga kini belum siap.

Katanya, lebih mengecewakan perkembangan terbaru yang dimaklumkan oleh JKR negeri bahawa laporan kajian perunding itu dijangka siap pada September pula.

"Saya sebenarnya rasa dukacita dan kecewa sebab dulu JKR beritahu kita bahawa menjelang Jun (bulan ini) kajian perunding akan siap.

"Tetapi, bila mesyuarat rasmi, saya dimaklumkan oleh JKR sendiri jadi September pula," katanya kepada pemberita selepas melawat Stadium Negeri dan Terengganu Ekuestrian Resort (TER) di sini yang akan digunakan untuk program sukan tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (SERIKANDI) selama lima hari mulai 5 Julai ini. -Perisik Rakyat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


&#39;Tolak kotor, ambil Bersih&#39; | Free Malaysia Today

Posted: 26 Jul 2011 09:38 PM PDT

"Sekiranya sistem biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak," kata Mursyidul Am PAS.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan bahawa beliau hanya akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui.

"Sekiranya sistem biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Tolak kotor, ambil Bersih," katanya kepada media ketika diminta mengulas berhubung sistem biometrik di Kota Bharu.

Semalam, sebuah akhbar tempatan mendedahkan di muka depannya bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik", sekaligus menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai mengenai pendirian sebenar PAS yang menolak penggunaan sistem itu dalam pilihan raya umum nanti.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sistem biometrik terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

"Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat. Saya menyokong pendirian PAS Pusat yang menolak kaedah biometrik yang ingin diperkenalkan oleh SPR," tegas Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam sidang media bersama pimpinan PAS yang lain menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.

Penolakan PAS terhadap sistem biometrik kerana diyakini sistem tersebut tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang masalah yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita sejak sekian lama.

Beliau menjelaskan, sebaliknya PAS tetap bertegas untuk menggunakan dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam pilihanraya di negara kita.

Menurutnya, keputusan menolak penggunaan sistem biometrik dibuat oleh PAS hasil perbincangan yang diadakan oleh para pemimpin PAS pada mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur yang diadakan semalam.

Tag: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Komunis resapi BERSIH « One Malaysia Community

Posted: 21 Jul 2011 10:40 PM PDT


Utusan Malaysia menjerit dengan tajuk akhbar semalam "Komunis resapi Bersih" dengan dakyah ciptaannya: "Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan".


UMNO rakan seperjuangan Parti Komunis China

"Pada tahap membimbangkan" kerana ada orang pakai t-shirt merah imej gambar Che Guevara?
Andaian palsu oleh lidah rasmi UMNO itu dibuat berdasarkan tangkapan polis terhadap 30 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dalam perjalanan untuk menyertai ceramah politik yang tidak ada kena-mengena dengan Bersih 2.0.
Polis pula, selain menahan anggota PSM bersama Ahli Parlimennya Dr Michael Jeyakumar, turut merampas t-shirt berwarna merah dan risalah-risalah parti; dan kemudian menuduh mereka yang ditahan dengan dakwaan cuba "memerangi Yang di-Pertuan Agong" dan "menghidupkan semula fahaman komunis".
Sikap hipokrit yang berselindung di sebalik amalan kuku besi ini lah yang memperlihatkan kerajaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebagai pemerintah komunis zalim sebagaimana yang biasa dilakukan oleh regim-regim komunis pada era Perang Dingin dahulu.
Pemerintahan zalim ala Joseph Stalin, Mao Zedong dan Fidel Castro itu kini menjadi amalan UMNO-BN, terutamanya sejak pengumuman dibuat untuk rakyat Malaysia berhimpun secara aman melalui Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan di seluruh negara, kebanyakannya kerana memakai t-shirt kuning yang mempunyai tulisan Bersih 2.0.
Mungkinkah amalan zalim dan kejam ini dipelajari oleh UMNO melalui hubungan akrabnya dengan Parti Komunis China yang dikatakan kagum dengan corak pemerintahan UMNO?
Dalam laporan UMNO Online pada 20 Oktober 2010, Ketua delegasi Parti Komunis China (PKC), Huang Xiangyao, yang berkunjung ke Malaysia telah melahirkan keyakinan kepada UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.
Ketua delegasi komunis itu berminat untuk belajar bagaimana UMNO mentadbir negara. Kenyataan ini disambut baik oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang gembira dengan hubungan erat kedua-dua parti.
Dalam pertemuan itu juga, UMNO berkongsi maklumat dengan PKC tentang organisasi UMNO dan persiapan UMNO pada waktu itu untuk menghadapi dua pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Laporan laman web UMNO itu tidak pula mendedahkan butir-butir penerangan tentang isu-isu politik Malaysia yang diceritakan kepada PKC.
Sepanjang pemberontakan komunis di negara ini pada 1948-60, dan kemudiannya serangan gerila diteruskan sehingga perjanjian damai 1989, PKC memberi sokongan penuh kepada Parti Komunis Malaya (PKM).
Mungkin Tengku Adnan lupa tentang hal itu apabila dengan bangganya mengumumkan bahawa PKC dan UMNO telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, 5 Ogos 2010.
"Sewaktu mengadakan perbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud," kata Tengku Adnan.
Malaysia juga mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara lain, terutamanya dalam hal-ehwal perdagangan dan pelaburan, tetapi jarang kedengaran UMNO mengadakan MoU antara parti di negara-negara berkenaan.
Walau pun akrab dengan hubungan dagang dengan negara-negara Barat, tidak pernah kedengaran UMNO mengadakan MoU dengan Parti Demokrat atau Republikan di Amerika Syarikat, atau dengan Parti Konservatif, Buruh atau Liberal Demokrat di Britian; mengapa MoU diadakan dengan rejim komunis di China?
Malah, Tengku Adnan dipetik sebagai berkata UMNO berminat menghantar Pemuda dan Puteri UMNO untuk mempelajari cara-cara PKC melaksanakan program mereka.
Regim komunis China tangkap pejuang hak asasi
Apa yang mereka pelajari? Rejim komunis China hanya membenarkan satu parti sahaja memerintah, iaitu PKC, dan sebarang bentuk penentangan adalah dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan dalam negara.
Menurut laporan Amnesty International 2010, kebebasan media, hak berhimpun secara aman dan hak menubuhkan persatuan dikekang di China. Pejuang-pejuang hak asasi dipenjarakan, didakwa di mahkamah, ditahan di rumah dan ada juga laporan tentang aktivis-aktivis hak yang "hilang".
Rejim komunis juga cuba mengawal internet dengan menggubal undang-undang sekatan serta menutup laman-laman web yang dituduh memburukkan sistem politik negara, memutarbelitkan sejarah PKC dan memecahbelahkan perpaduan kaum.
Pada Disember tahun lalu, rombongan ibu pejabat UMNO yang disertai beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta ahli Exco Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO telah melawat China untuk berkongsi pengalaman demi mengekalkan persefahaman dan kerjasama dengan PKC.
Mereka mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PKC yang memberi banyak maklumat jelas tentang parti dan regim komunis di China.
Komunis Vietnam kongsi pengalaman dengan UMNO
Selain PKC, Parti Komunis Vietnam juga gembira dengan hubungan mesra bersama UMNO dan mahu berkongsi pengalaman dengan UMNO sebagai parti dominan dalam kerajaan BN.
Laporan laman web UMNO menyebut bahawa delegasi Akademi Parti Komunis Vietnam yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya Dr. Nguyen Minh Tuan ke ibu pejabat UMNO pada Januari 2010 teruja dengan pemerintahan UMNO-BN di Malaysia.
Dr. Nguyen dipetik sebagai berkata komunis Vietnam ingin berkongsi pengalaman, khususnya tentang bagaimana UMNO menjaga masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
Dalam pertemuan pada awal tahun lalu itu, delegasi komunis Vietnam diberi penerangan tentang perjuangan UMNO oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang tokoh UMNO yang dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah kerana kesalahan menyebarkan video lucah baru-baru ini.
Apakah yang UMNO pelajari dari regim-regim komunis itu? Apakah UMNO telah diresapi komunis dan ejen-ejen asing?
Dan jika yang dipelajari itu baik, apakah ia sudah membuka hati UMNO dan kerajaan BN untuk menghormati hak asasi rakyat, hak bersuara, hak berhimpun secara aman, hak menuntut pilihan raya diadakan secara bebas, adil dan bersih?
Perang Dingin global sudah lama berakhir. Komunisme telah ditolak oleh warga dunia. Yang ada pun hanya cebisan sejarah lampau.
Momok komunisme hanya propaganda basi UMNO. Yang pemimpinnya amat bimbang sekarang ialah suara rakyat Malaysia yang sudah bosan dan tidak tahan lagi dengan politik kotor, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan api perkauman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Perwakilan DMP <b>Pengkalan Chepa di</b> Muktamar Muslimat ke-51

Posted: 02 Jun 2011 02:10 AM PDT

Alhamdulillah, tahun ini kita bermuktamar di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, Selangor dan DMP Pengkalan Chepa turut menghantar wakil ke sana. Penyertaan aktif para perwakilan kita, amatlah dibanggakan. Tahniah! Semoga kita sama-sama mendapat manfaat berkali ganda dari penyertaan ini.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


PAPISMA <b>Kelantan</b>: Khidmat Kesihatan <b>di</b> Pasir Tumboh

Posted: 22 Jun 2011 10:53 AM PDT

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 18 Jun 2011, PAPISMA Kelantan telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program Cakna Rakyat 2011 Pasir Tumboh. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Usta Baihaqi, ADUN  Pasir Tumboh.
PAPISMA Kelantan diwakili oleh Dr. Arif Fahmi, Dr. Mahirah, Dr. Anuar Ramadhan dan Dr. Faiz berkesempatan untuk  turun ke padanag bagi memberi khidmat nasihat dan kesihatan kepada masyarakat yang telah mengunjungi program Cakna Rakyat 2011 Pasir Tumboh.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan tekanan darah, kandungan  gula dalam darah, dan khidmat nasihat mengenai cara hidup sihat. Para pengunjung juga berpeluang mendapatkan ubatan yang terpilih secara percuma.
Ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan yang sudi hadir menjayakan program tersebut. Semoga Allah s.w.t  membalas jasa dan pengorbanan kalian.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


JuAngHinggaTiTisaN: Ribuan rakyat Kelantan berhimpun <b>di TUMPAT</b>

Posted: 21 Jul 2011 11:41 PM PDT

TUMPAT, 22 Julai: Ribuan rakyat Kelantan mulai memenuhi pantai Geting, menyaksikan pasca Bersih merebak ke Pantai Timur. Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan diadakan bermula pagi ini menghimpunkan petugas PAS dari seluruh Kelantan.

Ribuan memenuhi perkarangan pantai Geting, tempat rehlah tidak jauh Pekan Tumpat. Program tersebut diadakan sebagai persiapan awal menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

(Presiden Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan (Merak) Azaizuree Ahmad menyampaikan ikrar anak muda di hadapan pemimpinan PAS negeri Kelantan.)

Program dimulakan dengan bacaan al Quran johan tilawah al Quran peringkat Asean 2010, Mohd Najib Nasuruddin. Pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas merupakan anak kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud.

Pantai Geting yang terletak tidak jauh dari pusat perkelahan terkenal, Pantai Sri Tujuh menjadi tumpuan sejak awal pagi lagi.

Malah petugas ijtimak bertungkus lumus sejak malam tadi. Sebanyak 13 lembu dikorbankan sebagai jamuan peserta ijtimak. Dijangka kira-kira 20,000 petugas pilihan raya dari seluruh Kelantan berhimpun pada program sehari ini.

Ketua Penerangan PAS Negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan mengalu-alukan kedatangan peserta pada perhimpunan, sebagai kesungguhan membuat persiapan awal menghadapi pilihan raya umum ke-13 dijangka diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, Datuk Ahmad Yakob berkata, banyak isu yang dibangkitkan pihak lawan sebelum ini termasuk berkaitan Ladang Rakyat kini mulai reda.

(Nik Aziz bersama sebahagian saf pimpinan PAS Kelantan selepas majlis perasmian ijtima PAS Kelantan)

"Usaha pihak lawan membangkitkan pelbagai isu bagi menghodohkan wajah kerajaan negeri ternyata gagal apabila rakyat mulai faham isu sebenar yang berlaku," ujarnya.

Perasmian ijtimak sedang berlangsung sekarang disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama seluruh pimpinan PAS Negeri dan wakil-wakil rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Empat remaja maut ketika lumba haram <b>di Pasir Mas</b> – Berita Harian <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2011 08:50 PM PDT

2011/07/07

PASIR MAS: Empat remaja yang berlumba haram maut apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh satu sama lain dalam kejadian di Kampung Banggol Chicha, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mereka ialah Mohd Amirul Afiq Baharom, 17, Raja Ahmad Muzamil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19, dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21.

"Mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan semuanya maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya, Mohd Fikri adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, manakala Abdul Muhaimin pula pelajar sebuah polikteknik di sini.

Mengulas kejadian 6.40 petang itu, Haliludin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggang Mohd Fikri meletup dan terbakar ketika sedang berlumba.

"Tiga lagi yang menunggang motosikal masing-masing tidak sempat mengelak mengakibatkan mereka saling merempuh.

"Siasatan mendapati hanya Abdul Muhaimin yang mempunyai lesen memandu manakala tiga lagi tidak mempunyai lesen, sementara dua daripada mereka tidak memakai topi keledar," katanya.
Beliau berkata, laluan yang digunakan empat remaja terbabit juga belum dibuka kepada umum namun sering digunakan sebagai lokasi lumba haram oleh golongan remaja.

Haliludin turut meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Sementara itu, di Bilik Mayat Hospital Pasir Mas, hampir 200 sanak saudara dan rakan mangsa memenuhi kawasan terbabit.

Ibu Mohd Amirul Afiq, Noraini Yaacob, ketika ditemui berkata, arwah anaknya itu sentiasa keluar menunggang motosikal pada sebelah petang.

"Pada petang semalam katanya hendak ke rumah sepupu dan tidak tahu pula begini jadinya," katanya. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Pinky Momma: * <b>Wakaf Che Yeh</b> Kelantan..keseronokan bershopping <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2011 06:32 PM PDT

selamat pagiiiii semua :)

sebelum ku meneruskan upacara mengemas umah dan sebagainya..
sedikit ingin ku kongsikan dengan kawan kawan..
alkisah bershopping di malam ari dekat Wakaf Che Yeh..
malam tu hujan lebat..aihh dalam hati terbantut sudah nak berjalan..

tapi alhamdulillah..dalam kul 8 lebih tu hujan dah berenti..
so apa lagi..sebelum anak anakku membuat air liur basi..
hangkut kedua duanya berjalan bersama..
yang adik rifqy memang dah jadi tugas papa untuk mendukungnya..
abg long pulak..bawah jagaan mama dan cik su nya..

macam yg ku cakap sebelum ni..
kawasan Wakaf Che Yeh ni terlalu besar..dan banyak simpang!
tu yang boleh tersesat tu huhu..
kebanyakannya banyak menjual tudung bling bling dan kain pasang..
yang lain...ermmm biasa je macam uptown..

tapi tudung bling bling di sini agak mahal..RM20 sehelai..
di ganu cuma RM15 utk corak yg simple dan RM17 utk corak yg banyak skit..
so me prefer kalau tudung..baik beli di ganu je hehehe..
tapi ku beli jugak la utk mak mertua tersayang..
sebab tak tau nak belikan apa untuk mak..tudung ada bau kelantan skit ngeee~


sebenarnya abg long yang paling suka skali..
sebab barang mainan murah! ingatkan tak nak belikan lagi..
kami dah plan nak beli kat tempat lain esoknya..
tapi mama kan..mana sampai hati..terbeli juga atomen utk abg long..


barang barang yang lain..seperti di bawah..
sama kan macam uptown..ku tak banyak shopping pun kat sini..
cuma membeli baju sehelai dan buah mata kucing..



nasib baik sandle batu batu ni tak de size..RM15 sahaja
kalau tak..kompem terbeli juga hahaha..
itu pun terjeling kat wedges..murahhhh weii cuma RM18..
tapiiii nasib baik keinsafan tu datang awal..
terngiang ngiang kata kata encit papa..
kasut kat umah pun banyak ma..nak letak kat muzium ke?
gullllppp..
tak jadii!!!..terus letak balik huhu..next time ye kasut ^_^


nak dijadikan citer..adik rifqy dah nak tido..
senyap melepek je dia atas bahu papanya..
jadi papa amik keputusan utk balik hotel dulu..
cuma tinggal diriku, adik ipar dan abg long je yg masih gigih berjalan..
dalam pada ku menelek baju..tiba tiba adik iparku tanya..
kak nadia..abg long mana?

zapppppppppppppp...berderau darah!
ku cari di celah celah baju..sebab kadang kadang dia suka sembunyi belakang baju..
ternyata tak de! Ya Allah masa ni dah rasa nak nangis!
ku hanya jerit nama abg long sekuat hati kat situ..
melaung dengan adik ipar..abg long..abg long..
aaaa dah tak kira dah..nak malu ke haper ke..
korang leh bayangkan tak perasaan ku ketika itu..

*

*

*

*

*

*

tiba tiba ku nampak kelibat abg long berlari lari ke arah suaraku..
terkedek kedek membawa atomen di tangan..
ya Allah...abg longgggg..abg long pegi mana ni..mama risau tau tak?
memang rasa nak nangis time ni..rasa bersyukur dapat jumpa abg long balik..
sambil menangis nangis..abg long menjawab..
sory la mama..sory..abg long kejar papa tadi..tapi papa jalan laju..
lepas tu abg long dengar suara mama panggil abg long..
ku peluk abg long sekuat mungkin..alahai anak..

diriku dan adik ipar terus mencari jalan pulang ke hotel..
nasib baik mamanya tak de darah tinggi..phewww~
balik terus mandikan abang long..dan tak berenti di situ je..
turun lagi lepas tu..kali ni hanya utk membeli sandal raya anak anak..
almaklum..kedai tu tepi hotel je..senang kan..


pilih pilih mana yang berkenan dan rembat 2 utk hero hero kecik..
bila pijak kuar lampu..hurmm suka sangat la boboi ku smua..
selepas di tawar dapat la 2 pasang utk RM50..owh murahhh!

Wakaf Che Yeh dah murah dah..tapi ada tempat yg lagi murah :)
stay tune hehe..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

**kisah keluarga kecik kami dr bandar ke kampung**


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads