Khamis, 12 Julai 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


teganuku: Felda Bina 3000 Unit PWF Termasuk <b>Di</b> Felda <b>Chiku</b> 5

Posted: 12 Jul 2012 12:35 PM PDT

Pembinaan sebanyak 3,579 unit projek Perumahan Warga Felda (PWF) untuk generasi kedua tanah rancangan itu di 10 Felda di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, 10 kawasan terbabit adalah Felda Pasak dan Felda Sungai Sibul di Johor, Felda Jengka 19, Felda Triang 3, Felda Jengka 11 dan Felda Chini 3 di Pahang, Felda Chiku 5 di Kelantan, Felda Nerang 1 di Terengganu, Felda Chuping, Perlis dan Felda Raja Alias di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 2,331 unit merupakan rumah kos sederhana rendah berharga sekitar RM35,000 manakala 1,003 unit rumah kos rendah berharga RM35,000 dan 35 unit kedai berharga RM100,000.

"Tiga daripada 10 PWF iaitu Felda Pasak, Jengka 19 dan Triang 3 sudah mula dilaksanakan manakala tujuh lagi dalam proses kelulusan tapak dan melantik perunding.

"Kita jangkakan keseluruhan projek ini yang bertujuan untuk membantu generasi kedua memiliki rumah yang sempurna dan selesa dapat diduduki pada tahun 2011," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci projek PWF Desa Keratong Indah semalam.

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Senja Petang <b>Di Kuala Krai</b> « keterehsky

Posted: 01 Jul 2012 08:00 AM PDT

Posted on by amimo5095

Senja @ twilight petang selepas hujan dengan pembentukan awan tebal menghasilkan fenomena cahaya merah yang mempesonakan. Pembentukan warna merah ini disebabkan oleh penyerakan cahaya matahari.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Kelantan Terima Piala Liga Super <b>Di Kota Bharu</b> 14 Julai 2012

Posted: 09 Jul 2012 12:00 AM PDT

Piala Liga Super Di Serah Di Kota Bharu - Piala Liga Super yang dimenangi Kelantan untuk musim 2012 bakal diserahkan dihadapan penyokong mereka sendiri di  Stadium Sultan Muhammad ke-IV , Kota Bharu pada 14 Julai 2012. Perkara ini pasti mengembirakan penyokong TRW kerana sambutan kejayaan pasukan mereka bakal diadakan ditempat sendiri. 
Piala Liga Super itu akan diserahkan setelah tamat perlawanan terakhir Kelantan dalam Liga Super dimana mereka bakal bertemu pasukan Sarawak pada 14 Julai nanti. Sebelum ini, FAM mengumumkan akan mengadakan majlis penyampaian piala tersebut di Wisma FAM di Kelana Jaya, Petaling Jaya, pada 20 Julai ini. Namun atas rayuan KAFA penyerahan piala itu bakal dilangsungkan di Kota Bharu.
Tahniah Kelantan sebagai Juara Liga Super 2012.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


DuNia LoVe BieGuRL: Kemalangan <b>di Machang</b> Perut Terburai <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2012 03:41 PM PDT

Darah basahi jalan raya

Kemalangan itu amat dahsyat, tapi dia terkilan kerana tak mampu berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mampu lihat saja mayat seorang dari mangsa terbujur di atas jalan dalam keadaan perut terburai manakala yang lain tersepit dalam kenderaan masing-masing yang remuk."kata Mohd Aliff Farhan Mohd Hatta, 16, antara individu terawal tiba di lokasi kemalangan di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Labok,i, yang mengorbankan tiga nyawa termasuk Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob, 56, awal pagi semalam.

Dua lagi yang terbunuh ialah Sarjan Abd Kadir Kumin, 48, dari Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dan suri rumah, Membunga Mamat, 61, dari Rancangan Kemajuan Tanah Paloh 1, Gua Musang.Kemalangan berlaku ketika Abdul Wahab dan Abd Kadir dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Krai dengan menaiki kereta BMW bertembung sebuah Pajero dari arah bertentangan dinaiki Membunga bersama anaknya, Mohd Saari Asmawi, 36..Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta badan Mohd Saari yang memandu Pajero itu pula dalam keadaan kritikal

SAYU...anak dan ahli keluarga  arwah  Abd Kadir menatap jenazah buat kali terakhir, semalam.

Sumber : metro

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Adnin Naim - Ada apa <b>di Dabong</b>?

Posted: 14 Jul 2008 11:09 AM PDT

Photo Album Jul 14, '08 2:09 PM
for everyone

Kunjungan kali ke-4, kali ni banyak sampai awal dan banyak masa lepas program rasmi =)



jalan kaki...
  

depan Pej Penggawa
  

kedai top up
  

kedai top up
  

DSC05967.jpg
  

DSC05969.jpg
  

hubungi kami...
  

jadual perjalanan
  

keretapi dh maghi...
  

Mok Nik...
  

kedai kopi tepi stesen keretapi
  

rumah tetamu @ Dabong
  

Pejabat Daerah Dabong
  

Pejabat Rela
  

Balai info petani
  

jalan-jalan lagi
  

jalan utama penduduk Dabong
  

iklan...
  

mace teh o ben...
  

@ kaki gunung Stong
  

sekolah agama rakyat @ Kandek
  

DSC06019.jpg
  

DSC06027.jpg
  


50 Free Prints
Add a Comment
For:        
Subject:

 - 
   

Sambutan Raya <b>di</b> Baha&#39;s camp,Jelawang <b>Dabong</b>.

Posted: 26 Nov 2008 02:52 AM PST

Tarikh: 24 - 25hb.Oktober 2008
Trip santai ke Baha's camp.......

....last minit join.Drive alone dari KB 7.20am menuju ke pekan Dabong dgn hanya berbekalkan sepasang sandal Teva & sekeping sleeping bag.Itupon sebab dah memang ada lam keter.Lain2 equipment ada kat KL.Ikut Jalan ke Kuala Krai sebab aku tak tahu cemana utk ke Dabong,just ikut signboard & melalui jalan-jalan berbukit-bukau yang agak sunyi dan pastinya menyeramkan kalo waktu malam..hehehe.

9.40am tiba jugak akhirnya di stesen ketapi dabong.Kelihatan Najib,abg Nazri,Uncle roger,uncle salleh,Aduka,Leong,Eric & his girl, 2-3 org lagi yg aku kenal & yg lelain dari team DBKL.Mekasih buat Najib yg sudi membawakan deuter 42L utk aku,dapatlah aku isik pakaian,sleeping bag,ration & apa2 jerlah yg patut.

Syokk....malam tu kami berbbq kambing.Mekasih buat uncle roger yg sponsored kambing gurun yg best nih.Biasanya aku tak suka sangat kambing nih sbb berbau hanyir..busuk tak mandi!hahaha..tapi kambing yg ni mandi kot...hik hik hik.Ada satay ayam dihidangkan bersama kuah kacang,lemang,ketupat,serunding & kopok.Makanan terlalu banyak,panggil beberapa org kg.naik makan sama.Sungguh meriah dan diberkati.Amin.

25hb.Oktober 2008
Day 2
2.40pm,setelah hujan berhenti kami bergerak turun.Aku tiba bersama Aduka n specky man kira2 jam 3.20pm.Makan-makan dulu kat stesen ketapi dabong.Jam 6.30pm,bergerak balik KL ditemani abg Nazri & Nazah.Mekasih buat makcik kedai yg bagi tumpang keter aku kat umah dia.Mekasih gak kat Amrin guide yg menunjuk arah kluar jalan pintas ke gua musang.Jalan sunyi dan hutan tebal namun permandangan yg indah dikelilingi gunung-ganang ketika remang2 senja di kaki langit.

Singgah solat dan makan kat pekan raub.Hantar dorang ke Damansara & kelana Jaya.Tiba di bdr tun razak jam 1.00 pagi.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Tirai HiduP PelaNgi Sepi: Kemalangan <b>di</b> jalan <b>Pengkalan Chepa</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2012 11:25 AM PDT

Views

image (2) 

Seorang bapa tidak dapat menahan sebak melihat mayat anak lelakinya terbaring kaku di atas jalan setelah terlibat kemalangan..

di jalan Pengkalan Chepa-Kota Bharu,,.Lelaki terbabit, cuba ditenangkan ahli keluarganya yang turut berada di tempat kejadian namun masih menangis tersedu-sedu mengenangkan nasib anaknya itu.
Kejadian kira-kira menyebabkan mangsa, Mohamad Firdaus Ismail, 21, yang menunggang motosikal gagal mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena dari arah jalan bertentangan dan  bertembung antara satu sama lain.
anak bongsu dari tujuh beradik itu dalam perjalanan mengambil ibunya
Allah lebih sayangkannya, .
Sebelum ini, dia berperangai pelik kerana beria-ia meminta ibunya merisik teman wanitanya yang tinggal berhampiran rumah.
namun tidak kesampaian

Sumber : Sinar

Kemalangan <b>di</b> jalan <b>Pengkalan Chepa</b>-Kota Bharu

Posted: 12 Jul 2012 11:25 AM PDT

image (2) 

Seorang bapa tidak dapat menahan sebak melihat mayat anak lelakinya terbaring kaku di atas jalan setelah terlibat kemalangan..

di jalan Pengkalan Chepa-Kota Bharu,,.Lelaki terbabit, cuba ditenangkan ahli keluarganya yang turut berada di tempat kejadian namun masih menangis tersedu-sedu mengenangkan nasib anaknya itu.
Kejadian kira-kira menyebabkan mangsa, Mohamad Firdaus Ismail, 21, yang menunggang motosikal gagal mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena dari arah jalan bertentangan dan  bertembung antara satu sama lain.
anak bongsu dari tujuh beradik itu dalam perjalanan mengambil ibunya
Allah lebih sayangkannya, .
Sebelum ini, dia berperangai pelik kerana beria-ia meminta ibunya merisik teman wanitanya yang tinggal berhampiran rumah.
namun tidak kesampaian

Sumber : Sinar

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Tengku Razaleigh tetap disayangi <b>di Gua Musang</b>

Posted: 01 Apr 2012 06:27 AM PDT

Desakan beberapa orang budak Umno Gua Musang supaya Tengku Razaleigh Hamzah berundur atau tidak dipilih menjadi calon tidak memberi bekas apa-apa kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu. Bahkan beliau tidak pun mahu komen bila ditanya mengenai hal itu.

Beliau sendiri sudah mengtehui ada 'semut-semut gatal' di Gua Musang yang mahu mengigit kakinya. Semut-semut itu tanpa disembor racun atau pun dihalau, ia akan lari dengan sendiri kerana kehebatan dan pengaruh peribadinya di Gua Musang. Budak-budak itu tidak pun berani untuk berhadapan dengan Tengku Razaleigh.

Terbukti desakan itu tidak memberi bekas. Setiap kali pulang ke Gua Musang beliau disambut seperti biasa oleh rakyat Gua Musang. Kewujudan beliau begitu lama di Gua Musang tidak memungkinkan untuk beliau akan diundur atau pun mengundurkan diri. Sebabnya mudah.. beliau berada di Gua Musang bukan untuk dirinya tetapi untuk rakyat jelata. Kenapa beliau memilih Gua Musang bukan Kota Bharu menjelaskan akan pengorbanan dan keprihatinan beliau kepada rakyat.

Semasa bersembahyang Jumaat di masjid Razaleigh (masjid yang dinamakan dengan namanya) di bandar Gua Musang saya dapat merasai akan kasih dan sayang rakyat kepada beliau. Kerendahan diri beliau dalam berhadapan dan melayani kerenah rakyat menyebabkan rakyat merasakan kewujudannya di mana-mana di bumi Gua Musang.

Paling merujakan bagaimana Tengku merendah diri dan tidak merasai yang beliau seorang anak raja atau pun wakil rakyat yang perlu dilayani dengan istimewa. Beliau boleh duduk bersela bersama rakyat di mana-mana saja seperti orang lain juga untuk berbincang dan menyelesaikan apa-apa masalah baik masalah umum atau masalah peribadi.

Pintu rumahnya juga senantiasa terbuka dan menjadi sebagai pejabat kebajikan. Sesiapa pun boleh datang menemuinya dan mengadu sebarang masalah.

Di masjid Gua Musang Jumaat itu saya tengok sendiri bagaimana pembawaan beliau yang tidak hipokrit dan rengkas. Tengku Razaleigh duduk bersela untuk mengadakan mesyuarat mini dengan para jawatankuasa masjid Razaleigh dan juga jemaah membincang cadangannya untuk membesar dan membaiki masjid berkenaan yang sudah berumur lebih 50 tahun.

Saya percaya beliau boleh membuat keputusan sendiri kalau pun tanpa merujuk kepada rakyat. Tetapi beliau membelakngkan kuasa itu sebaliknya mahu kata putus dari jawatankuasa dan jemaah.

"Amba ada cadangan hendak besarkan masjis ini dan memperbaiki memandangkan keadaanya sudah agak uzur dan selalu dilanda banjir. Jadi ambo hendak tanya tuan-tuan apakah yang sebaiknya untuk dilakukan.

"Apakah kita hendak perbaiki masjid ini atau pun kita bina yang baru. Untuk membina masjid baru tapaknya di tengah bandar dan tidak jauh dari sini," begitu kira-kira Tengku mengemukakan cadangannya.

Menurutnya wang untuk tujuan pembinaan itu sudah pun ada. Tidak pula dijelaskan dari mana sumbernya, namun ramai mengira wang itu adalah wangnya sendiri. Sudah menjadi rasmi dan amalannya beliau berbuat kebajikan secara senyap dan tidak menguar-uarkan kalau dia bertelor emas sekali pun.

Beliau duduk selimpuh bersama ahli jawatankuasa masjid dan mendengar pandangan balas. Beliau tidak pun membantah dan menyerah seratus peratus atas pilihan dan kehendak rakyat. Akhirnya qirah masjid bersetuju agar dibina masjid baru sambil mengekalkan masjid sedia ada untuk digunakan oleh qariah berdekatan.

Kehadiran beliau ke masjid itu petang itu tidak diketahui oleh kebanyakan ahli jawatankuasa. Pengumuman atau pun cadangan itu mengejutkan ahli qariah masjid.

Saya sempat bertanya beberapa orang tua yang menjadi jemaah di masjid berkenaan. Semuanya terkejut dan merasa syukur. "Begitulah perangai Tengku Razaleigh sejak dulu hingga sekarang Tengku tidak suka menunjuk-nunjuk apa yang diberikan kepada rakyat," kata salah seorangnya.

Saya bertanya kepada salah seorang yang lain mengenai tindakan budak-budak Umno yang tidak mahu kepada Tengku Razaleigh... jawabnya, biarlah budak-budak itu masuk ke dalam Gua Musang dulu dan tilik muka mereka di dinding gua. Lepas berbuat begitu dia akan kenal dan tahu siapa dia Tengku Razaleigh berbanding dengan dirinya. Saya rasa budak-budak jenis budak cabuk yang makan cacing," katanya.

Saya tak faham apa maksud makan cacing itu.

Tidak diumum berapa peruntukan membina masjid baru itu tetapi ia dipercayai kalau tidak menandingi masjid Kesedar tetapi tentu ia sama taraf dengan masjid berkenaan. Pembinaan katanya akan dimulakan secepat mungkin. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Singgah <b>di Wakaf Che Yeh</b> | HaizamOLEK&#39;s Blog

Posted: 27 Jun 2012 11:09 PM PDT

ads