Khamis, 20 September 2012

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


:::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::: Ingat kisah wanita ini ditetak peragut <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 04:14 PM PDT


Suspek ragut, tetak pembantu klinik dicekup

[kosmo] KOTA BHARU - Polis yakin dapat menyelesaikan kejadian seorang wanita yang diragut dan tangankirinya ditetak oleh dua penyamun pada 29 Ogos lalu apabila menahan dua lelaki di dua buah rumah di kawasan Pintu Geng dan Bunut Payong, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, suspek berusia 32 dan 25 tahun itu ditahan dalam operasi selama enam jam bermula pukul 7.50 pagi oleh sepasukan polis di sini.

"Selain tangkapan, kita turut merampas sebilah pisau, pedang, sehelai jaket dan dua topeng. Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg mengandungi rantai tangan dan lima bentuk cincin.

"Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dicuri di Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar semalam.

Pada 30 Ogos lalu Kosmo! melaporkan, seorang pembantu klinik, Rohairani Abdullah (gambar kecil), 36, cedera parah selepas diragut dan ditetak ketika berjalan menuju ke sebuah kedai tudung di Jalan Sultanah Zainab, dekat sini.

Mangsa mengalami kecederaan parah di tangan kiri selepas ditetak tujuh kali dengan parang oleh suspek.

Menurut Ismail, kedua-dua suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah selain dipercayai terlibat dalam tiga lagi kes ragut di sekitar daerah ini.

Tambahnya, perancangan rapi Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman membolehkan anak buahnya menangkap suspek dalam tempoh dua minggu dan ia harus diberi pujian. Suspek kini direman selama tujuh hari.

Sementara itu, Rohairani ketika ditemui di rumahnya di Pintu Geng di sini berharap suspek dijatuhi hukuman setimpal jika terbukti bersalah.

"Saya masih trauma dengan kejadian itu walaupun saya sudah boleh menggerakkan jari-jari," luahnya.

Tambahnya, dia kini berteman jika hendak ke mana-mana dan tangannya mengambil masa beberapa bulan lagi untuk sembuh.

|

This entry was posted on Khamis, September 13, 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


AKADEMIK2U - Info e-Latihan No. 1 Warga Pendidik Jabatan <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2012 03:15 AM PDT

LATIHAN PENGGUNAAN FROG VLE GURU SEKOLAH - Akademik2u

Posted: 20 Sep 2012 02:24 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]1 Warga Pendidik Jabatan Pelajaran Kelantan ..... Add caption Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia... MODUL PECUTAN ...

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Sampah Burukkan Imej <b>Dabong</b> | Detik Perubahan

Posted: 15 Sep 2012 09:14 PM PDT

KUALA KRAI – Usaha Kerajaan Negeri menjadikan daerah ini sebagai destinasi tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) dikhuatiri terjejas berikutan sikap tidak peka pihak tertentu terhadap kebersihan.

Pemandangan tepi jalan di Kilometer 7, Jalan Sungai Sam-Dabong, dekat sini, dipenuhi longgokan sampah sarap antara bukti ada pihak tidak sepakat menjayakan usaha proaktif Kerajaan Negeri.

Seorang pengguna tetap jalan itu, Ahmad Sanusi Abdul Majid, 46, berkata, dia kecewa dengan masalah sampah itu sedangkan Dabongada pelbagai daya tarikan dan produk pelancongan termasuk bertaraf dunia.

Katanya, antara tarikan utama pelancong di Dabong ialah Taman Negeri Gunung Stong merangkumi air terjun yang pernah diiktiraf tertinggi di Asia Tenggara iaitu Air Terjun Jelawang dan Gunung Stong.

"Jika longgokan sampah sarap ini menyakitkan mata memandang bagi masyarakat setempat, apa pula pandangan orang luar dan pelancong asing bila tengok keadaan ini.

"Memang ramai pelancong datang ke sini (Dabong) dengan kereta api tetapi ada juga datang ikut jalan raya dan longgokan sampah ini akan beri gambaran buruk kepada mereka tentang Dabong," katanya.

Awal bulan ini, Kuala Krai dipilih Kerajaan Negeri sebagai lokasi Festival Makanan dan Buah-buahan Kelantan sempena TMK@12, antara tujuannya, agar pelancong datang ke Kelantan tidak tertumpu di ibu negeri, Kota Bharu sahaja.

Melihat jumlah dan keadaan longgokan sampah sarap itu, Ahmad Sanusi berkata, dia percaya ianya diangkut menggunakan lori sampah walaupun mungkin ada segelintir penduduk turut buang sampah di kawasan berkenaan.

Katanya, biar pun jauh dari kawasan penempatan dan rumah penduduk, kawasan itu tidak sesuai dijadikan tempat pembuangan sampah kerana terletak di tepi jalan perhubungan utama.

"Seluas-luas Dabong, takkan tidak ada satu pun kawasan sesuai dijadikan tempat pembuangan sampah dan bukannya di tepi jalan seperti berlaku sekarang," katanya.

Menurutnya, selain bau busuk dan dipenuhi lalat, sisa makanan dalam longgokan sampah juga mengundang kehadiran babi liar dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan ini terutama bila malam.

Justeru, Ahmad Sanusi merayu pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit agar mencari kawasan lebih sesuai bagi menggantikan tempat pembuangan sampah sekarang.

"Jika dibiarkan, masalah sampah ini boleh jatuhkan imej Dabong di mata orang luar kerana selain masyarakat setempat, jalan ini juga jadi laluan alternatif orang ramai bila berlaku kesesakan di jalan besar terutama musim perayaan," katanya. – Sinar Harian

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Kelantan</b> - Sep 2012

Posted: 04 Sep 2012 11:24 AM PDT

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN
2. PENOLONG PEGAWAI TANAH
3. RENJER HUTAN
4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/ SETIAUSAHA PEJABAT
5. PELUKIS PELAN
6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
7. PENGAWAS HUTAN

IKLAN JAWATAN:
http://www.spn.kelantan.gov.my/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=136:iklah-jawatan-kosong&catid=7:berita
atau
http://www.spn.kelantan.gov.my/v5/iklanjaw/ogos12

BORANG PERMOHONAN:
Borang SPN KN. 1 boleh didapati di pejabat SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI
KELANTAN dengan harga RM1.00. Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:-

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI
KELANTAN
TINGKAT BAWAH, BLOK 6 KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU.

TARIKH TUTUP: 09 September 2012

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


All About Me - Suasana Hari Mengundi <b>di Pengkalan Chepa</b>

Posted: 10 Mar 2008 12:33 PM PDT

Pondok panas PAS yang sentiasa dikerumuni orang ramai dan petugas. Sila singgah ambil nasi ya selepas mengundi. Kerusi roda disediakan untuk yang sakit, warga emas dan OKU agar semuanya boleh menunaikan hak mereka sebagai pengundi yang sah.

Pondok panas UMNO yang lengang di SMK Pengkalan Chepa. Yang ada kelihatan sedang makan tengahari. Barangkali yang lain-lain telah pergi makan, balik rumah atau bersedia untuk solat Zohor.

Semuanya keletihan selepas waktu mengundi tamat. Kini giliran menunggu keputusan pengiraan undi pun bermula. Semoga kemenanganlah yang diperolehi.

Macam-macam gaya untuk menyatakan sokongan kepada sesuatu parti. Ini fesyen terkini seluar untuk lelaki. Ada yang berkenan nak tiru ke? Fesyen lain dari yang lain. Tapi mesti sentiasa menutup aurat.

Petugas di pondok panas dekat SK Panji. PAS telah menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi ICT dalam hampir segenap gerakerja parti. Kemudahan ICT ini telah banyak membantu petugas PAS melancarkan kerja-kerja sepanjang kempen pilihan raya kali ini.

"Comey doh 18 tahun" untuk lawan kempen "Pade doh" UMNO. Ini pondok panas di hadapan Sek. Keb. Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa.

Pondok panas PAS dekat SK Dato' Hashim 1 yang penuh dikerumun orang ramai. Sepanjang melawat pusat-pusat mengundi, di sinilah orang paling ramai. Gambar dirakam hampir jam 1 petang.

Semuanya nak memeriksa nama mereka wujud atau tidak di dalam daftar SPR. Insya-Allah ada... Diharap bersabar ya. Biarkan petugas menolong anda dengan cepat dan selesa.

Kelihatan perayu-perayu undi UMNO yang lengkap berselindang dan berpayung biru-putih. Nampak garang saja, manalah orang berani nak dekat kalau muka dari pagi sampai petang asyik 'centum' saja dan cara bercakap pun asyik menyindir dan garang-garang saja. Belajarlah berlembut dan apalah salah kalau membalas senyuman yang kami hulurkan. Kita sebangsa dan seagama malah sekampung, cuma berbeza parti saja.

Orang ramai yang telah selesai mengundi dan yang baru ingin menunaikan hak mereka di SMK Raja Sakti. Sekitar jam 11 pagi ini orang masih lagi ramai.

Ini pula suasana perayu undi dan pondok panas PAS berdekatan pusat mengundi Sek. Keb. Panji. Gambar diambil sekitar jam 12 tengahari.

Dua orang pemuda yang sanggup berpanas sambil mempromosikan calon DUN Panchor kepada orang ramai dan kenderaan yang lalu lalang di hadapan Kompleks Jubli Perak, Panji.

Orang ramai sedang memeriksa daftar pemilih dan mencetak slip mengundi mereka di pondok panas PAS di hadapan Sek. Men. Keb. Raja Sakti, Kota Jembal.

Calon bagi DUN N07 Panchor iaitu Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah turut menziarahi pondok panas di SMK Raja Sakti. Kelihatan beliau sedang berbincang sesuatu dengan petugas PR PAS dari UPU Pulau Melaka, Abe Pa.

Pondok panas PAS yang sentiasa 'hangat' dengan orang ramai dan petugas-petugas parti yang menjalankan tugasan merayu undi dan membantu urusan memeriksa daftar SPR dan mencetak slip.

Pengarah PR Muslimat DMPPC, Kak Ji sedang mengiringi seorang pengundi masuk ke tempat mengundi. Kak Ji bertugas sebagai PACA (Polling Agent, Counting Agent) pada hari tersebut. (Serius nampak!)

Seluruh ahli keluarga menunjukkan sokongan mereka kepada PAS sementara menunggu ahli keluarga yang belum siap mengundi.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


CINTA ITU MENGASYIKKAN 1: JENAYAH NI MULA2 KECIL TAPI <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2012 09:38 AM PDT

Pencuri komputer Tengku Amalin dijel


KOTA BHARU – Tindakan berani seorang pengawal istana mencuri komputer riba milik puteri raja Kelantan, Tengku Amalin A'ishah Putri di ruang tamu Istana Mahkota Kubang Kerian di sini bulan lalu mengundang padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Tengku Amalin, 29, merupakan adinda kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mahadi Mahamad, 35, setelah lelaki itu mengaku bersalah mencuri komputer riba jenama Apple Macbook bernilai RM7,500.
"Mahkamah melihat bukan sahaja kepada barang yang kamu curi tetapi keberanian kamu menceroboh kawasan larangan untuk mencuri barang tersebut. Kamu sepatutnya menerima hukuman yang berat," kata Mohd. Fazaly Ali.
Mohd. Fazaly Ali mengarahkan Mahadi menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 15 September lalu.
Mahadi dari Jalan Telipot di sini didakwa mencuri komputer riba berwarna putih itu dan satu alat pengecas milik Tengku Amalin yang berada dalam jagaan sepupunya, Tengku Noremilina Tengku Iskandar, 27, di istana tersebut. Kejadian itu berlaku antara pukul 12 tengah hari 29 Ogos lalu hingga pukul 2 pagi 30 Ogos lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Menurut fakta kes, pada 13 September lalu, Tengku Noremilina membuat laporan polis selepas mendapati komputer riba milik Tengku Amalin yang diamanahkan kepadanya untuk dijaga dan diletakkan di bilik ruang tamu istana hilang.
Pada pukul 6 petang 15 September lalu, polis menangkap empat suspek termasuk tertuduh yang kemudian mengaku mencuri barangan tersebut.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tengku Amalin pernah menjawat jawatan majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu antara tahun 2006 hingga 2009.
Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan itu kerana melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Melbourne, Australia dalam jurusan undang-undang.

Doktor pakar disamun


AZHAM memperkatakan sesuatu kepada Ida Zarina yang cedera disamun ketika ditemui di HUSM semalam.


KOTA BHARU – Seorang doktor pakar mengalami detik cemas apabila bukan sahaja kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Grand Livina miliknya lesap malah, dia cedera di beberapa anggota badan akibat disamun di Kampung Demit di sini kelmarin.
Kejadian pukul 7 pagi itu berlaku ketika Dr. Ida Zarina Zaini, 38, yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berada dalam kenderaan tersebut di depan rumah sementara menunggu tiga anaknya masuk untuk dihantar ke sekolah.
Mengimbau semula kejadian itu, Ida Zarina memberitahu, tanpa disangka, seorang lelaki berwajah bengis tiba-tiba membuka pintu pemandu menyebabkan dia tersentak dan menjerit.
"Saya kemudian tergesa-gesa ke kerusi penumpang depan sebelum suspek terus mengundurkan kenderaan dengan laju. Tanpa berfikir panjang, saya terus membuka pintu dan terjun sebelum tercampak menyebabkan saya cedera di kepala, lengan dan kaki.
"Suspek kemudian terus memecut kereta," ceritanya ketika ditemui di HUSM di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya telah mengambil langkah awal dengan melakukan Ops Tutup sebaik menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.
"Kita sedang mengesan penjenayah berusia lingkungan 30-an tersebut berdasarkan beberapa maklumat yang kita peroleh daripada saksi kejadian.
"Suspek dipercayai datang dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira hitam bersama seorang rakan sejenayahnya," katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Ekoran kejadian itu, mangsa dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM80,000 dan tiada barangan berharga lain berada di dalam kenderaan tersebut.

'Tugas terakhir saya untuk Hui Yee'


SYARIFAH Noraida (empat dari kanan) menatap wajah Hui Yee bersama petugas-petugas IJN di Batu Pahat, semalam.


BATU PAHAT - Koordinator Transplan Institut Jantung Negara (IJN), Syarifah Noraida Syed Dom melaksanakan tugas terakhirnya menjaga penerima organ jantung, Tee Hui Yee dengan melawat jenazah mendiang di Bangunan Persatuan Koon Yew di Jalan Fatimah di sini semalam.
Berita kematian Hui Yee, 19, meninggalkan kesan mendalam kepada Sharifah Noraida kerana beliau adalah antara staf terawal IJN yang diberi tanggungjawab menjaga mendiang sewaktu dirawat di institut itu.
"Saya sudah menjaga mendiang Hui Yee sejak tahun 2006. Pemergiannya amat menyedihkan kami di IJN. Ini adalah tugas terakhir saya untuk dia," katanya ketika ditemui semalam.
Syarifah Noraida berkata, buat masa ini, terdapat kira-kira lapan pesakit yang masih menunggu untuk melakukan pemindahan jantung di IJN.
Hui Yee meninggal dunia secara mengejut di rumah keluarganya di Kampung Parit Besar di sini pukul 10.02 pagi kelmarin.
Kesengsaraan hidup mendiang yang sebelum ini menggunakan jantung mekanikal selama setahun disangka berakhir apabila Hui Yee berjaya menempuh pembedahan pemindahan organ jantung milik seorang penderma yang telah meninggal dunia, Chin Yoon Kiong pada tahun 2007.
Dalam pada itu, Mong Soon Peng yang juga ibu Yoon Kiong berkata, mereka sekeluarga bersedih sebab jantung anak mereka itu hanya dapat memberikan kehidupan normal selama lima tahun sahaja kepada Hui Yee.
"Memang saya sangat sedih sebab jantung itu anak saya punya, tak sangka dapat bertahan lima tahun sahaja," katanya ketika ditemui sewaktu menziarah mendiang Hui Yee bersama suaminya, Chin Pak Siong.
Pak Siong turut memohon agar pihak berkuasa dapat menerangkan dengan jelas punca kematian Hui Yee.
Mereka terkejut kerana gadis itu sebelum ini sihat, malah mendiang juga baru sahaja menjalani rawatan susulan rutin di IJN.
"Walaupun kami jarang bertemu, saya dan Hui Yee sering menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk bertanya khabar.
"Kali terakhir dia (Hui Yee) menghantar SMS ialah pada bulan lalu dengan memberitahu dia dalam keadaan sihat," katanya.
Jenazah mendiang akan dibakar di Pagoh hari ini.

Rogol, samun gadis terdesak


KHAIRI menunjukkan gambar fotofit suspek kes rogol (belakang) pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak licik apabila menjadikan sebuah bilik hotel bajet di Taman Segar, Cheras di sini kononnya sebagai tempat temu duga namun sebaliknya merogol dan menyamun seorang gadis yang merupakan siswazah sebuah kolej swasta Khamis lalu.
Mangsa berusia 22 tahun tersebut dikatakan terpedaya dengan helah suspek selepas terpengaruh dengan tawaran gaji lumayan sebagai jurujual yang dikatakan mampu memperoleh pendapatan RM400 sehari selepas melayari sebuah laman web.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa diarahkan datang ke bilik hotel bernombor 207 oleh suspek bergelar Faye, 30-an, selepas berhubung melalui e-mel. Suspek mengaku sebagai orang yang akan menemu duga mangsa.
Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian pergi ke bilik itu pada pukul 7.03 petang bersendirian dengan membawa dokumen berkaitan.
"Sebaik sahaja mangsa masuk ke bilik itu, suspek terus menarik tangannya dan merogol mangsa. Bukan itu sahaja, suspek turut menyamun telefon bimbit dan jam tangan mangsa.
"Identiti suspek masih belum diperolehi kerana dia tidak mendaftar di situ. Ogos lalu, terdapat kes serupa berlaku ke atas wanita berusia 23 tahun melibatkan modus operandi dan suspek yang sama," katanya pada sidang akhbar di sini.
Bagaimanapun tambahnya, wanita itu mendapat maklumat daripada laman web berlainan dan pekerjaan sebagai jurujual ditawarkan dengan gaji RM200 sehari.
Sehubungan itu, Khairi semalam mengedarkan fotofit suspek tersebut berdasarkan maklumat yang diberi oleh dua mangsa bagi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya tampil kepada polis.
"Graduan, terutamanya gadis yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar, dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran yang tidak masuk akal bagi mengelakkan kejadian sama berulang," katanya.

Banduan tendang muka polis


JASMANI (kanan) menziarahi Filyx yang dirawat di HTAA yang cedera selepas kereta dipandunya terbabas selepas dia ditendang oleh banduan kelmarin.


KUANTAN - "Banduan yang saya bawa tiba-tiba menendang muka saya dua kali menyebabkan saya gagal mengawal kereta sebelum kenderaan tersebut terbabas melanggar lori di tepi jalan.
"Dalam keadaan separuh sedar, saya nampak dua rakan saya bergelut dengan banduan itu."
Demikian cerita Konstabel Filyx Lansaver a/l Jinol, 25, yang patah paha kanan selepas kereta polis dipandunya merempuh belakang sebuah lori di bahu jalan di Jalan Kuantan-By Pass dekat sini pada pukul 11.45 pagi kelmarin.
Selepas kemalangan itu, Filyx memberitahu, dia pengsan dan tidak mengetahui apa yang berlaku ke atas rakannya, Koperal Abd. Rashid Ahmad, 51, (penumpang hadapan) serta Koperal Zulhairi Ramli, 24, serta seorang banduan yang dibawanya.
Filyx yang bujang dan berasal dari Sarawak memberitahu, dia tidak menyangka banduan itu sanggup bertindak agresif kerana mahu melarikan diri dan ini merupakan pengalaman pertama dia ditendang penjenayah sejak berkhidmat dalam polis tiga tahun lalu.
"Tendangan pertama mengenai pipi dan diikuti tendangan penuh ke muka saya sebaik saya menoleh ke belakang untuk melihat banduan terbabit," kata anggota polis itu ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan di sini semalam.
Sementara itu, Norliyati Abdul Rahman, 43, isteri kepada Abd. Rashid berkata, dia terkejut selepas dimaklumkan suaminya terlibat dengan kemalangan.
"Bila saya sampai ke hospital saya bersyukur kerana suami hanya cedera di muka, tangan dan pinggul sahaja," kata wanita itu.
Zulhairi pula cedera di leher dan masih dirawat di HTAA.
Filyx, Abd. Rashid dan Zulhairi merupakan tiga anggota polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu,
Semasa kejadian, ketiga-tiga anggota polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas kesalahan mengikut Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953 dari IPD Kuala Berang, menuju ke Penjara Penor.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, banduan itu, Roslan Ismail, 32, sudah ditangkap semula pada pukul 11 malam hari yang sama di Taman Dato Rashid.
"Banduan itu ditangkap di kawasan perumahan untuk meminta air dan makanan selain merayu supaya gari di tangannya dibuka oleh penduduk di situ," kata beliau ketika melawat tiga anggota polis yang dirawat di HTAA.
Menurut beliau, banduan terbabit sudah dihantar ke Penjara Penor petang semalam atas kesalahan dadah manakala dakwaan menyerang anggota polis akan dilakukan dalam tempoh terdekat mengikut Seksyen 224/333 Kanun Keseksaan.

Islam bolehkan pemindahan rahim wanita


HARUSSANI (tengah) menjawab soalan peserta pada Forum Pendermaan Organ di Ipoh semalam. Turut kelihatan, Fadzilah Zowiyah Lela (kiri) dan Mohamed Anis.


IPOH - Pemindahan rahim seorang wanita kepada wanita lain menerusi pendermaan organ dibolehkan dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, walaupun ketiadaan organ peranakan itu tidak menjejaskan nyawa seseorang, hukum menderma rahim adalah harus.
"Bagaimanapun, dengan syarat rahim tersebut adalah daripada wanita yang sudah meninggal dunia dan penerima organ pula merupakan wanita mandul.
"Pemindahan rahim juga bertujuan untuk mendapat zuriat sesuai dengan perintah Allah di dalam al-Quran," katanya sewaktu menjawab soalan seorang peserta pada Forum Pendermaan Organ di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.
Selain Harussani, turut menjadi panel pada program anjuran Unit Pendermaan Organ HRPB ialah Ketua Pengurus Perolehan Transplan Kebangsaan, Datin Dr. Fadzilah Zowiyah Lela Yasmin Mansor dan Pengurus Klinikal Transplan Kebangsan, Dr. Mohamed Anis Abd. Wahab.
Pembedahan pemindahan rahim pertama berjaya dilakukan Dr. Omer Ozkan di Hospital Universiti Akdeniz di Antalya, Turki pada 9 Ogos tahun lalu melibatkan seorang isteri muda, Derya Sert, 22, yang dilahirkan tanpa organ peranakan.
Dalam perkembangan sama, Harussani memberitahu, tiga syarat lain menderma organ dalam Islam adalah penderma mesti disahkan telah meninggal dunia, mendapat kebenaran keluarga penderma dan tidak melibatkan urusan jual beli.
Beliau berkata, kebenaran ahli keluarga amat penting kerana dari segi syarak, mereka berhak terhadap jenazah bakal penderma biarpun individu terbabit telah menandatangani akujanji pemindahan organ semasa hayatnya.
Fadzilah Zowiyah pula memberitahu, berdasarkan pengalamannya, kes halangan daripada ahli keluarga dalam isu pendermaan organ berlaku kerana mereka tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara itu sewaktu hayat bakal penderma.
"Jarang ahli keluarga membantah sekiranya mengetahui lebih awal hasrat si mati untuk menderma organ.
"Oleh itu, saya sarankan individu yang berhasrat untuk terlibat dalam program tersebut agar menghebahkannya terutama kepada ahli keluarga terdekat," katanya.

Majalah Perancis siar karikatur hina nabi


KETUA editor Charlie Hebdo, Charb menunjukkan muka
depan majalah satira berkenaan di Paris semalam.


PARIS - Sebuah majalah Perancis menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad semalam sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem Innocence of Muslims yang memperlekehkan agama Islam.
Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu.
Karikatur biadap itu disiarkan majalah mingguan tempatan, Charlie Hebdo, beberapa hari selepas bantahan ganas tercetus dari Benua Asia hingga ke Afrika kerana memprotes filem Innocence of Muslims.
Setakat ini, lokasi pemerintah Amerika Syarikat (AS) terutama kedutaan negara kuasa besar itu menjadi sasaran penunjuk perasaan.
Keganasan berkaitan filem amatur tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di tujuh buah negara termasuk Duta AS yang maut di Libya.
AS turut menutup sementara konsulatnya di Jakarta ekoran demonstrasi serupa, manakala beratus-ratus penunjuk perasaan membakar patung Presiden Barack Obama di ibu negara Sri Lanka, Colombo.
Kementerian Luar Perancis mengeluarkan amaran perjalanan semalam dengan menggesa rakyatnya yang berada di dunia Islam supaya berwaspada dan mengelakkan perhimpunan awam dan mengunjungi "bangunan sensitif" seperti bangunan keagamaan dan kedutaan Barat.
Mengulas berhubung tindakan majalah Charlie Hebdo, Perdana Menteri Jean-Marc Ayrault berkata, kebebasan bersuara adalah terjamin di Perancis tetapi menegaskan kebebasan tersebut perlu disertakan dengan rasa tanggungjawab dan hormat kepada bangsa dan agama lain.
Menteri Luar, Laurent Fabius pula mengeluarkan komen lebih keras apabila menyifatkan tindakan Charlie Hebdo menyiarkan karikatur tersebut umpama mencurahkan minyak ke dalam api.
Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis pencegah rusuhan berkawal di luar beberapa pejabat majalah berkenaan.
Tahun lalu, pejabat majalah itu dibaling dengan bom api selepas ia menerbitkan edisi memperlekehkan gerakan radikal Islam.
Ketua Editor Charlie Hebdo yang dikenali sebagai Charb diletakkan di bawah perlindungan polis selama setahun selepas insiden tersebut.
Ditanya berhubung kontroversi terbaharu majalah berkenaan, Charb mempertahankan keputusan untuk menyiarkan karikatur biadap tersebut.
"Nabi Muhammad bukan suci buat saya," katanya dalam satu temu bual di sebuah pejabat majalah berkenaan di sini.
"Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran," tambahnya.
Menurut ketua editor berkenaan, dia tidak menyesal dan tidak berasa bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran penerbitan tersebut.
"Saya bukan orang yang keluar ke jalan-jalan raya sambil membawa batu dan raifal automatik Kalashnikov," ujarnya. - AP

Korea Selatan haramkan novel lucah Perancis


SEOUL - Korea Selatan mengharamkan penjualan sebuah novel lucah hasil nukilan penulis dan bangsawan Perancis abad ke-18, Marquis de Sade (gambar) kerana mengandungi kelucahan keterlaluan, kata seorang pegawai semalam.
Pegawai Kanan Suruhanjaya Etika Penerbitan Korea, Jang Tag-Hwan berkata, pihaknya meminta penerbit novel The 120 Days of Sodom menarik balik bahan bacaan itu daripada pasaran.
Beliau juga mengarahkan semua salinan novel tersebut dimusnahkan.
Novel itu mengisahkan tentang pesta seks liar oleh empat individu kaki perempuan kaya yang merogol, menyiksa dan membunuh kebanyakan mangsa remaja.
Bahan bacaan tersebut mula dijual di sini bulan lalu.
"Sebahagian besar kandungan novel itu amat lucah dan kejam. Ia melibatkan penderaan seksual, sumbang mahram, perbuatan kebinatangan dan tarikan seksual terhadap mayat.
"Paparan secara meluas tentang aksi seksual melibatkan individu bawah umur membuktikan ia sebahagian daripada penerbitan berbahaya," kata Tag-Hwan.
Tambah Tag-Hwan, ini merupakan tindakan pertama pihaknya mengharamkan sebuah novel yang tidak termasuk dalam bahan bacaan kartun sejak tahun 2008.
Bagaimanapun, pihak penerbit berikrar untuk merayu dan merancang membawa kes itu ke mahkamah jika rayuan ditolak.
"Novel ini bukan mempromosikan bahan lucah dan keganasan. Ia mempersenda dan mengkritik sisi gelap sifat manusia di sebalik perbuatan seperti itu," kata Editor Kanan Dongsuh Press, Lee Yoong.
Jelasnya, novel berkenaan boleh didapati secara meluas di kebanyakan negara termasuklah Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jepun.
"Banyak novel lucah boleh didapati di mana-mana sahaja. Saya tidak faham kenapa novel ini yang sesuai untuk penyelidikan akademik oleh pakar psikiatri atau pakar sastera harus menerima layanan berbeza," kata Yoong.
Novel The 120 Days of Sodom berada di pasaran ketika pengharamannya masih dalam peringkat rayuan. - AFP

Pembedahan pertama pemindahan rahim ibu kepada anak di dunia


AP
TIGA daripada lebih sepuluh pakar bedah yang melakukan
transplan rahim ibu kepada anak perempuan di Sweden. Dari kiri: Andreas G Tzakis, Pernilla Dahm-Kähler dan Mats Brannstrom.


STOCKHOLM - Sepasukan doktor di Sweden berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim daripada ibu kepada anak perempuan yang pertama di dunia, kata satu pasukan perubatan kelmarin.
Universiti Gothenburg menyatakan, dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 30-an menerima rahim daripada ibu mereka dalam pembedahan di Hospital Sahlgrenska, barat Sweden pada hujung minggu lalu.
Identiti mereka tidak didedahkan.
"Lebih sepuluh orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar ini," kata ketua pasukan pakar bedah berkenaan, Mats Brannstrom.
Beliau merupakan seorang profesor Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg.
Menurutnya, rahim seorang wanita itu telah dibuang bertahun-tahun lalu akibat kanser servik. Sementara wanita kedua pula dilahirkan tanpa rahim.
" Kedua-dua pesakit yang menerima rahim baharu berada dalam keadaan baik tetapi penat selepas menjalani pembedahan. Ibu mereka sudah boleh berjalan dan akan dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari lagi," jelas Brannstrom.
Pihak universiti berkenaan memberitahu, dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 wanita di Sweden tidak dapat mengandung kerana ketiadaan rahim.
Pasukan perubatan tersebut memberitahu, kualiti rahim dikawal oleh ovari dan hormon di dalam badan manusia. Berdasarkan teori tersebut, mereka menjelaskan, rahim wanita yang sudah mengalami menopaus boleh menampung kehamilan.
Seorang penerima rahim tersebut yang dikenali sebagai Anna berkata, dia memilih untuk menjalani pembedahan tersebut bagi memulihkan semula fungsi badannya seperti wanita lain.
"Satu perasaan hebat kerana dapat merasai pengalaman ini (mempunyai rahim)," katanya dalam komen yang disiarkan di laman web Hospital Sahlgrenska.
Menurutnya, tiada jaminan dia dan teman lelakinya akan dapat menimang cahaya mata selepas prosedur tersebut.
"Namun, kami ada peluang yang baik. Jika saya hamil, ia adalah bonus buat kami," katanya.
- Reuters

Jerman larang penggunaan Internet Explorer

FRANKFURT - Pihak berkuasa Jerman kelmarin menggesa orang ramai supaya berhenti melayari internet menggunakan pelayar web Internet Explorer milik Microsoft Corp.
Gesaan itu dibuat berikutan penemuan satu lagi virus dalam pelayar web tersebut yang menyebabkan komputer peribadi terdedah kepada serangan penggodam.
Masalah yang menjejaskan beratus-ratus juta pengguna Internet Explorer di seluruh dunia itu dikatakan timbul pada pada hujung minggu lalu.
Menurut Microsoft, penggodam boleh mengeksploitasi virus untuk menggodam komputer seseorang yang melayari satu laman web yang mengandungi virus, sebelum mengambil alih komputer mangsanya.
Pejabat Persekutuan Keselamatan Maklumat Jerman (BSI) menyatakan bahawa pihaknya sedar mengenai sasaran serangan tersebut.
"Virus yang tersebar dengan pantas itu amat membimbangkan," kata pihak berkuasa Jerman dalam satu kenyataan.
BSI menasihati semua pengguna Internet Explorer supaya menggunakan pelayar web alternatif sehingga Microsoft Corp. mengeluarkan satu perkembangan mengenai keselamatannya. - Reuters

Parlimen Australia tolak perkahwinan sejenis

SYDNEY - Parlimen Australia semalam mengundi sebulat suara menolak perkahwinan gay, selepas beberapa hari berlangsungnya perdebatan hangat yang menyaksikan seorang senator meletak jawatan selepas mengaitkan kesatuan seks sejenis dengan sifat kebinatangan.
Dewan Rakyat membatalkan rang undang-undang bagi menghalalkan perkahwinan pasangan sejenis apabila memperoleh 98 undi menentang dan 42 undi menyokong. Perdana Menteri, Julia Gillard dan pemimpin pembangkang konservatif, Tony Abbott kedua-duanya mengundi untuk menentang rang undang-undang terbabit.
Gillard telah membenarkan kesemua ahli Parlimen Parti Buruh mengundi mengikut suara hati terhadap isu itu dan bukan berdasarkan kepada polisi parti.
Anggota utama Parlimen Parti Buruh, Anthony Albanese yang mengundi untuk pembaharuan berkata, walaupun rang undang-undang itu gagal, namun angka undian menggalakkan.
"Angka itu menunjukkan bahawa terdapat sokongan majoriti masyarakat mengenai isu ini. Saya fikir pada masa akan datang, Parlimen akan seiring dengan pendapat komuniti," kata Albanese.
- AFP

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Adun <b>Kelaboran</b> Nafi Nikahi Abby, Beri Amaran Tindakan

Posted: 02 Aug 2012 04:53 PM PDT

Adun Kelaboran Nafi Nikahi Abby, Beri Amaran Tindakan : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau bernikah dengan Abby Abadi dan beri amaran untuk ambil tindakan kepada orang yang memfitnah beliau.

Abby yang menyertai PAS pada bulan lalu dengan keanggotaan seumur hidup telah digosipkan bernikah dengan seorang Adun parti PAS.

Adun Kelaboran Nafi Nikahi Abby, Beri Amaran Tindakan

Bagaimanapun, wakil rakyat Pas itu menegaskan segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.

Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.

"Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana  isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.

"Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

"Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil  langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya," kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Abby yang telah menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan laman sosial twitter menafikan beliau mempunyai sebarang hubungan dengan  Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.

Adun Kelaboran Nafi Nikahi Abby, Beri Amaran Tindakan | Politik @ Forblogger

Connect Facebook

5.0

ads