Khamis, 29 September 2011

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Helaian Al Quran salah cetak ditinggalkan dalam bangsal <b>di Bachok</b> |

Posted: 25 Sep 2011 05:34 PM PDT

No of View :223

Penemuan puluhan ribu kertas tertera ayat suci al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal di Kampung Tok Edeng, dekat Beris Kubor Besar, di sini, menggemparkan penduduk kampung berkenaan, semalam.

Difahamkan, helaian al-Quran tersilap cetak yang dibawa dari Kuala Lumpur menggunakan sebuah treler itu akan dilupuskan dengan cara dibakar, tetapi kerja melupuskan itu belum dilakukan.

Penduduk, Mamat Ali, 60, berkata, pada mulanya dia ternampak sebuah treler ditutupi kanvas berhenti di tepi jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya, pada jam 12 tengah hari.

 Katanya, sebaik treler itu berhenti, sebuah jengkaut menghampiri kenderaan itu dan memunggah helaian al-Quran berkenaan ke sebuah lori kecil sebelum diletakkan di sebuah bangsal.

"Sebelum itu, seorang adik angkat saya berusia 40-an di Kuala Lumpur memaklumkan mahu menghantar helaian al-Quran yang tersilap cetak untuk dibakar.

"Saya tidak menyangka jumlahnya terlalu banyak serta tindakannya itu dibimbangi menyalahi undang-undang dan sepatutnya ia dimaklumkan kepada pihak berwajib," katanya ketika ditemui, semalam.

 Menurut Mamat, penemuan helaian al-Quran tersalah cetak itu dimaklumkan kepada penduduk kampung lain sebelum menghubungi polis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk pemeriksaan.

Katanya, adik angkatnya akan berurusan dengan pihak Maik mengenai perkara berkenaan sementara menunggu tindakan lanjut.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Mohamad, ketika dihubungi berkata, berdosa dan haram hukumnya kepada mana-mana individu yang membuang ayat suci al-Quran di merata tempat.

Katanya, Islam menggariskan beberapa peraturan dalam usaha melupuskan naskhah al-Quran sudah rosak, buruk dan tidak boleh digunakan, namun ia perlu mengikut kaedah tertentu termasuk dilakukan syarikat dilantik khas Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bahagian Penerbitan Al-Quran yang mempunyai cawangan di negeri ini.

"Jika ayat suci al-Quran itu dibuang di merata tempat, individu terbabit disifatkan menghina kesucian al-Quran kerana jika hendak dilupus sekalipun perlu menggunakan kaedah tertentu seperti dibakar menggunakan tong khas sebelum abunya dikumpulkan dan dibuang ke laut atau ditanam di kawasan khusus.

"Kaedah ini diperakukan KDN kepada pihak yang diberi tanggungjawab. Oleh itu, saya menyifatkan tindakan pihak berkenaan membuang helaian ayat al-Quran dengan sewenang-wenangnya dosa mengikut hukum syarak," katanya.

Incoming search terms:

from your own site.

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Tanah Suku Ekar <b>Di Mengkebang</b>, Kuala Krai – Land for sale Kelantan <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2010 06:10 PM PDT

Sebidang tanah seluas SUKU EKAR untuk dijual
dengan kadar segera. Urgent nak pakai duit.Harga buka untuk jualan adalah RM40,000. Harga
jualan masih boleh dirunding.Untuk maklumat lanjut sila telefon En Ibrahim di
talian tertera.

Contact Seller Email This Post Email This Post

Pekerja Warga Indonesia Maut Dirempuh Kereta Api | My Berita

Posted: 12 Sep 2011 06:38 AM PDT

KUALA KRAI — Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut dirempuh kereta api ketika traktor yang dipandunya melintasi landasan berdekatan Ladang Mengkebang dekat Sungai Durian, di sini, hari ini.

Mangsa, Mohd. Rizwan Mohd Saiful, 26, yang berasal dari Lombok, Indonesia maut selepas tercampak dari traktor dan mengalami kecederaan parah di bahagian sebelah kanan badannya manakala traktor yang dipandunya terputus tiga akibat perlanggaran itu dalam kejadian 9 pagi.

Ketua Polis Daerah, Supt. Abdul Rahman Jaapar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kejadian itu.

"Sebelum kejadian dipercayai enjin traktor dipandu Mohd Rizwan, yang bekerja di Ladang Mengkebang, Sungai Durian, telah mati secara tiba-tiba di kawasan melintas di atas landasan yang mungkin disebabkan lebihan muatan.

"Mangsa juga kemungkinan tidak menyedari kereta api yang sudah semakin hampir dan gagal menyelamatkan diri sebelum dirempuh," katanya.

Rahman berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan menolak sebarang perbuatan khianat.

Sumber

PAS <b>Mengkebang</b> » Blog Archive » Kerjasama jayakan sambutan Aidilfitri

Posted: 12 Oct 2009 08:42 PM PDT

KUALA KRAI - Kerjasama penghulu mukim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Meng-kebang terserlah apabila masing-masing menyediakan satu hidangan untuk juadah sambutan Aidilfitri Majlis Tin-dakan DUN (MTD) itu, dekat sini, semalam.

Pengarah MTD yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, antara hidangan disediakan 12 penghulu mukim terbabit ialah gulai kawah, sate, lemang, ketupat, roti jalan, kuih raya dan minuman.

Menurutnya, majlis sambutan itu turut mendapat kerjasama peserta Ladang Rakyat DUN Mengkebang yang membuat persiapan tempat dan membantu urusetia penganjur melayan kira-kira 3,000 tetamu yang hadir.

"Majlis sambutan yang men-jadi acara tahunan MTD ini adalah antara peluang terbaik bagi rakyat di daerah ini terutama di Mengkebang untuk hadir, bertemu mata dan mengeratkan lagi hubungan.

"Majlis seumpama ini juga dapat memberi gambaran jelas kerjasama erat dan semangat tinggi yang diberikan semua penghulu mukim dan petugas bagi menjayakan pelbagai aktiviti MTD Mengkebang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada majlis sambutan Aidifltri anjuran MTD Mengkebang di Dataran Sungai Durian, dekat sini, semalam, yang bermula dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

Hadir sama Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai, Alias Abdul Rahman; Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan, Mahadi Mat Zin; Naib Ketua Dewan Muslimah Pas kawasan, Hazimah Khalipah dan Setiausaha MTD Manek Urai, Mohamad Harun.

Abdul Latiff berkata, pihaknya tidak menganjurkan majlis sambutan itu lebih awal kerana bimbang tidak ramai yang dapat hadir kerana masing-masing masih 'sibuk' berhari raya dan memenuhi jemputan banyak rumah terbuka lain.

Katanya, majlis sambutan yang turut dihadiri pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum itu dimeriahkan juga dengan pengagihan kira-kira 100 sampul duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.-sinar harian

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Keunikan Ramadan terserlah <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 31 Jul 2011 03:44 AM PDT

KOTA BHARU, 31 Julai: Di negeri-negeri lain kempen kibar Jalur Gemilang sedang rancak dijalankan, sebaliknya di Kelantan kemeriahan Ramadan pula dirasai sekarang.

Persiapan akhir di Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sedang dijalankan sejak pagi tadi.

Kelainan Ramadan sejak 20 tahun lalu dirasai apabila ada khemah khas tempat solat Tarawih disediakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) di tengah pusat bandar.

Bermula khemah Tarawih di Dataran MPKB kemudian dipindahkan ke lokasi sekarang yang lebih selesa dan strategik.

Solat Tarawih berimamkan qari dari Mesir sejak beberapa tahun lalu begitu mengasyikkan ribuan jemaah yang hadir.

Tambahan pula tempat solat di Qaryah Ramadan disediakan penghawa dingin. Selain itu di beberapa masjid utama di sekitar Kota Bharu juga disedia penghawa dingin termasuk Masjid Muhammadi, Masjid Telipot, Masjid Lundang dan Masjid Kota Darulnaim.

Bagi pemimpin kerajaan negeri dan PAS, Ramadan lebih sibuk berbanding bulan lain memandangkan program tadarus al Quran diadakan di setiap kawasan parlimen.

Selain itu mereka juga perlu menyampaikan tazkirah di Dewan Zulkifli Mohammad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan selepas solat Zohor.

Tazkirah dimulakan pada 1 Ramadan dan dijangka dilancarkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Turut dijadual menyampaikan tazkirah tersebut anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Dua anggota Exco yang bukan lulusan bidang pengajian agama iaitu Abdul Fattah Mahmood (optometrist) dan Che Abdullah Mat Nawi (kewangan) juga dijadual menyampaikan tazkirah selama 20 minit.

Manakala program tadarus al Quran dimulakan pada 2 Ramadan akan diadakan di kawasan parlimen Ketereh bermula solat Asar sehingga waktu iftar.

Program itu akan diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Program serupa diadakan di kesemua 14 kawasan parlimen di Kelantan.

Kemuncaknya program tadarus al Quran akan diadakan pada 17 Ramadan di Bukit Bunga, Jeli. Sempena program itu ceramah Badr al Kubra juga diadakan.

Di Qaryah Ramadan pula pelbagai program disusun khas seperti tahun-tahun sebelumnya. Antaranya iftar dan sahur jama'i, kelas pengijazahan al Quran, tazkirah selepas dua salam Tarawih, relay bacaan al Quran selepas jam 12 malam.

Selain itu tadarus al Quran setengah jam sebelum berbuka, qiamulai mulai jam 4 pagi, program sepetang di ambang iftar, interaktif bersama imam dari Mesir, kelas al Quran selepas solat Zohor dan Asar, pameran Palestin serta cafe mubarak.

Perasmian Qaryah Ramadan dijangka diadakan pada 4 Ramadan selepas solat Tarawih oleh Menteri Besar.

Himpunan Remaja Ramadan

Himpunan Remaja Ramadan pula diadakan pada petang 5 dan 15 Ramadan. Majlis khatam al Quran 30 juzuk dijadualkan pada 13 Ramadan.

Di Qaryah Ramadan juga akan diadakan ceramah Nuzul al Quran pada 17 Ramadan disampaikan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud dan pendakwah bebas, Datuk Zawawi Yusof.

Tahun ini juga diadakan program Sehari Celik IT dan program Skor A bagi pelajar-pelajar bakal menduduki peperiksaan, pagi 20 Ramadan.

Pada malam hari sama diadakan ceramah pengkisahan Badar Kubra akan disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Speaker Dun Kelantan dan wakil Palestin.

Kelainan juga dapat dirasakan apabila pelbagai sepanduk meraikan kedatangan Ramadan boleh dilihat di merata tempat di Kelantan sejak seminggu lalu.

Sementara itu bandar Kota Bharu mengalami kesesakan lalu lintas begitu teruk pada Khamis, Sabtu lalu dan hari ini.

Perjalanan yang hanya mengambil masa 15 minit pada hari biasa bertukar kepada lebih sejam.

Apabila Salleh Yaakob berceramah <b>di Kota Bahru</b>..??? (Video) | Klik <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2011 01:09 AM PDT

Salleh Yaakob sebijik macam Nik Aziz semasa buat ini.

Kerabu Bersuara: Fenomena Awan Pelik <b>Di Kota Bharu</b>

Posted: 27 Aug 2011 01:00 AM PDT

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


UMNO Online - Mana Kebajikan Rakyat?? 400000 Rakyat <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2011 08:15 PM PDT

Kategori Berita Lain

Mana Kebajikan Rakyat?? 400,000 Rakyat Di Kelantan Tak Mampu Beli Rumah

KOTA BAHARU, 15 Sept – Kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kelantan bahawa 400,000 rakyat Kelantan yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan masih tidak mampu membeli rumah dianggap sebagai sesuatu yang serius dan perlu dilakukan sesuatu bagi menanganinya.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata pada masa yang sama, ia membuktikan kegagalan nyata kerajaan Pas Kelantan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat.

"Ini kajian yang semestinya tepat oleh REHDA dan tidak boleh dinafikan kerajaan Kelantan dan ini  esuatu kajian yang serius.

"Ini bukti nyata bagaimana kerajaan Kelantan telah gagal untuk menyediakan rumah mampu milik dan keadaan ini sangat mendukacitakan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Malam Pra Graduan Sesi Mei-Okt 2011 Universiti Teknologi Mara cawangan Kelantan di sini malam tadi.

Sebelum ini, Pengerusi REHDA Kelantan, Datuk Sekarnor Che Omar dilaporkan sebagai berkata perkara itu berlaku berikutan faktor kos pembinaan yang tinggi menyebabkan pemaju di Kelantan tidak dapat menyediakan rumah mampu milik dan hanya membina rumah berharga RM150,000 ke atas.

Sekarnor berkata disebabkan itu rumah berkenaan tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Mengulas lanjut, Mohd Fatmi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu berkata rakyat perlu menilai kembali masalah itu kerana jumlah yang dinyatakan oleh REHDA itu begitu tinggi dan sekiranya ia berterusan sudah tentu sebahagian besar rakyat Kelantan akan terus tidak mampu membeli rumah sendiri pada masa depan.

"Sebab itu kita telah menyatakan keazaman jika Barisan Nasional kembali memerintah, masalah rumah ini akan diatasi dan kita akan dapat lihat ramai rakyat Kelantan akan mampu memiliki rumah," katanya.

Mengenai masalah lebih 100 penduduk di Kampung Lorong Minyak Gas yang diarahkan berpindah, beliau berkata beliau akan menemui semua penduduk itu dalam tempoh terdekat bagi mencari jalan membantu mereka.

"Saya sedih mereka akan kehilangan tempat tinggal. Kalau kerajaan Kelantan menyediakan rumah untuk semua mereka tidak apa tetapi jika tidak, ia sesuatu yang boleh kita katakan sangat tidak wajar," katanya.

Minggu lalu penduduk terbabit berhimpun untuk membantah tindakan kerajaan negeri yang mahu mengambil tanah yang terletak di tebing Sungai Kelantan bagi tujuan projek pembangunan.

Penduduk mendakwa tindakan mengambil tanah berkenaan adalah tidak tepat mengikut undang-undang selain mereka tidak diajak berbincang terlebih dahulu.

Lagi Berita Berkaitan :

Berita Bertarikh 15 September 2011 Pada 11:15 AM

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


BESI WAJA: “Nik Aziz Boleh Ditewaskan”

Posted: 07 Sep 2011 08:22 AM PDT

Dua tiga hari lepas, saya terbaca secebis berita yang dikeluarkan menerusi Utusan Online bertajuk "Nik Aziz Boleh Ditewaskan". Ungkapan berkenaan telah diucapkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu majlis jamuan hari raya. Antara lain, kandungan berita berkenaan berbunyi:

KOTA BHARU 4 Sept. – Ahli UMNO Kelantan perlu yakin dan tidak gentar untuk berhadapan dengan Pas pada pilihan raya umum akan datang kerana sejarah membuktikan parti itu termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah tewas di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat negeri ini mula menunjukkan perubahan dan ia seharusnya disambut dengan gerak kerja yang tersusun oleh keseluruhan jentera parti.

"Hari ini juga hari penting kerana kesemua jentera kita membulatkan tekad untuk berjuang, kita kena ada keyakinan diri, jangan takut. Ingat, Pas pernah tinggal batu nisan di negeri ini, Nik Aziz pernah kalah pada 1986 kepada Mohd. Zin Abdullah dengan majoriti 259 undi," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Jamuan Hari Raya UMNO Kelantan dan Penyampaian Watikah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di Bangunan UMNO Negeri di sini hari ini.

Memang benar, dalam pilihanraya tahun 1978, PAS tewas teruk kepada Barisan Nasional. Waktu itulah PAS hanya memenangi 2 kerusi sahaja daripada 30 kerusi di DUN Kelantan. Kekalahan PAS di Kelantan tidak terhenti setakat tahun 1978 sahaja, bahkan ia telah berterusan dalam pilihanraya umum tahun 1982 dan tahun 1986. Di sini, saya bersetuju dengan rumusan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan iaitu tidak mustahil untuk menewaskan PAS di Kelantan.

Sebenarnya, kalau bercakap mengenai sejarah tewas dalam pilihanraya, bukan sahaja Tuan Guru Haji Nik Aziz yang pernah tewas, Datuk Seri Mustapha sendiri pernah tewas di parlimen Jeli di tangan Mohd Afandi Muhammad dalam pilihanraya umum 1999. Jadi, memang kena dan sesuailah bila orang yang pernah tewas bercakap mengenai sejarah ketewasan dalam pilihanraya.

Sepertimana yang telah saya nyatakan tadi, tidak mustahil untuk UMNO Kelantan menewaskan PAS dan seterusnya membentuk kerajaan negeri Kelantan di bawah payung UMNO/BN. Untuk itu, UMNO Kelantan harus meneliti faktor-faktor tertentu sebelum dapat menggenggam kejayaan dalam misinya merampas tampuk pentadbiran negeri Kelantan.

Antara faktor penting ke arah merealisasikan cita-cita UMNO untuk merampas Kelantan ialah UMNO harus memastikan supaya PAS terutamanya di Kelantan berada dalam keadaan bergolak. Salah satu faktor penting kejayaan BN merampas Kelantan dalam pilihanraya tahun 1978 ialah ketika itu PAS di Kelantan sendiri berada dalam keadaan yang tidak stabil. Oleh itu, UMNO bolehlah buat sesuatu supaya berlaku sekali lagi ketidakstabilan dalam PAS. Kalau tidak dilemparkan batu ke air, manakan tahu kecil besar riak-riak pada air berkenaan!

Faktor kedua ialah UMNO sendiri harus memastikan tiada konflik dalaman parti khususnya di Kelantan yang bakal membantutkan usaha untuk memerintah semula Kelantan. Antara faktor penting terlepasnya Kelantan daripada genggaman UMNO/BN dalam pilihanraya umum 1990 ialah kerana berlakunya konflik dalaman UMNO khususnya di Kelantan. Kemuncak kepada konflik berkenaan pada waktu itu ialah perpecahan yang kemudiannya telah melahirkan Parti Melayu Semangat 46. Sesetengah pemimpin utama Parti Melayu Semangat 46 merupakan antara penggerak kuat UMNO/BN Kelantan sebelumnya. Oleh itu, jika pada hari ini masih berlaku lagi sikap berpuak dalam UMNO/BN Kelantan, maka hasrat untuk merampas semula kekuasaan di Kelantan tak ubah umpama mengejar bayang-bayang sahaja. Walaupun ia nampak dekat, sekuat mana pun kita cuba mengejarnya pasti kita tidak akan mendapatnya. Adakah UMNO Kelantan hari ini sudah benar-benar bebas dan lengang daripada konflik dalaman?

Faktor ketiga yang harus dilakukan oleh UMNO Kelantan ialah mencari seorang pemimpin dalam kalangan ahli UMNO yang sekurang-kurangnya sebanding dengan Tuan Guru Haji Nik Aziz. Antara ciri-ciri yang wajib dimiliki oleh bakal pemimpin yang dicadangkan termasuklah tutur katanya mesti lembut, ada program kuliah mingguan, berkelulusan agama dan kalau boleh biarlah dari India atau Mesir, kewarakannya mestilah diiktiraf sendiri oleh masyarakat, kalau boleh biarlah di pangkal namanya ada kalimah "Tuan Guru", cakapnya sentiasa didengar orang ramai terutamanya oleh rakyat Kelantan dan pastikan tokoh yang bakal dicadangkan itu boleh bertutur sekurang-kurangnya 3 bahasa termasuklah bahasa Arab. Sekiranya UMNO Kelantan berkemampuan memperolehi calon yang lengkap mempunyai ciri-ciri sebagaimana di atas, maka dia (calon berkenaan) bakal berupaya untuk mencabar populariti Tuan Guru Haji Nik Aziz. Maklumlah, bak kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, bukanlah mustahil untuk menewaskan Nik Aziz dan ia pernah berlaku kira-kira 25 tahun yang lalu. Soalnya, sudah adakah calon yang mempunyai ciri-ciri sempurna sebagaimana di atas dalam kalangan ahli UMNO Kelantan? Sekiranya tokoh atau calon sedemikian baru di tahap hendak digilap, maka UMNO/BN Kelantan boleh melupakan sahaja cita-citta untuk merampas kekuasaan pentadbiran Kelantan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Alasanya ialah kerana syarat-syarat yang diperlukan masih gagal dipenuhi. Lagi pun, tokoh yang diperlukan mestilah tokoh tulen dan bukannya tokoh yang bijak berlakon dan bersandiwara semata-mata.

Faktor keempat yang mesti diberi perhatian oleh UMNO Kelantan ialah faktor pengundi. Saya rasa, jika diharapkan pemilih yang sudah sedia ada di Kelantan, ia bukanlah satu langkah bijak. Ini kerana rata-rata orang Kelantan yang sedia menetap di Kelantan buat masa ini akan memberikan sokongan kepada pemimpin dan kerajaan negeri yang sudah sedia ada. Kesilapan strategi lepas ialah apabila pihak yang berkaitan memanggil pulang perantau Kelantan untuk pulang dan mengundi di Kelantan. Bagi saya, strategi yang lebih berkesan ialah jika pihak-pihak yang berkenaan berupaya untuk memastikan perantau dari luar Malaysia sebagai pemilih yang sah di Kelantan. Saya bukan menuduh atau menuding, tidak sama sekali. Saya sekadar mencadangkan sahaja. Menuduh dan mencadang merupakan dua perkara yang jauh berbeza.

Hakikat sebenarnya, jauh dalam hati Datuk Seri Mustapha, beliau mungkin mengakui kejayaan merampas semula Kelantan daripada tangan PAS tak ubah umpama yang dikejar tak mungkin dapat, yang sedang dikendong pula mungkin akan keciciran. Beliau rasanya turut sedar sokongan dan dokongan rakyat Kelantan terhadap PAS setakat ini masih kukuh dan utuh. Kekalahan PAS di Galas pada hujung tahun 2010 sama sekali tidak boleh dijadikan kayu ukuran kepada sokongan rakyat Kelantan secara keseluruhan terhadap UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang. Sebaliknya wakil-wakil UMNO dalam DUN Kelantan yang menang dalam pilihanraya umum 2008 mungkin sedang sibuk mengatur strategi bagaimana untuk memastikan agar kerusi masing-masing supaya tidak terlepas ke tangan PAS dalam pilihanraya yang akan datang.

Walaupun stadium baru telah dijanjikan, jalan-jalan raya di Kelantan semakin sesak terutamanya pada musim cuti, masalah bekalan air masih belum selesai sepenuhnya, dan lahirkanlah apa sahaja isu yang lain, setakat yang saya tahu, sebahagian besar orang Kelantan masih mahu membangun bersama parti siasah yang jelas mendokong Islam. Orang politik yang bijak bestari seperti Datuk Seri Mustapha memang amat menyedari akan hakikat ini.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Kenduri Kahwin Meer al-Rasheed <b>di Rantau Panjang</b> 17/09/2011 <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2011 08:19 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ustaz Baihaqi jadi Menteri Besar Kelantan???? 17 Sep. Kenduri Kahwin Meer al-Rasheed di Rantau Panjang 17/09/2011. Posted 17 September 2011 by towardsmardhatillah in Entertainments. Leave a Comment. Like this: Like. Be the first to ...

GUA - <b>Rantau Panjang</b>, Syurga Beli-Belah <b>di</b> Kelantan

Posted: 20 Aug 2011 09:01 AM PDT

Saat Kementerian Pelancongan rancak dengan kempen melancong di lokasi tempatan, apa kata kamu memilih Pantai Timur sebagai destinasi percutian seterusnya. Seorang teman sentiasa mengikut rombongan ibunya menaiki bas ke Pantai Timur. Katanya bercuti di sana sangat menyeronokkan terutama bab membeli-belah. Selain itu keunikan negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga sangat menakjubkan. Katanya seperti berada di sebuah Negara lain.

Pusat tumpuan kala berkunjung ke Kelantan semestinya Rantau Panjang. Tak sah kalau siapa-siapa tak singgah. Pekan bersempadan Malaysia dan Thailand itu berada 39 kilometer di barat daya Kota Bharu iaitu kira-kira 25 kilometer dari Pasir Mas. Sebelah sahaja dengan Sungai Golok, Thailand. Ia merupakan syurga membeli-belah kerana variasi barangan terdapat di sini disamping harganya boleh tahan murah.

Pekan Rantau Panjang terletak di utara Kelantan iaitu di bahagian barat jajahan Pasir Mas. Tiada masalah bagi kamu hendak ke Rantau Panjang dari Kota Bharu kerana banyak pengangkutan disediakan. Rantau Panjang telah diisytiharkan sebagai zon bebas cukai pada 2002 dan kerap dikunjungi pelancong sepanjang tahun. Rantau Panjang juga merupakan pintu masuk ke selatan Thailand.

Tumpuan utama di sini pastinya untuk membeli keperluan keluaga. Ada peralatan dapur, kain ela, aneka tudung, pakaian dewasa dan kanak-kanak, aksesori, tas tangan, kerepek, buah-buahan dan bermacam lagi. Barangan kering atau basah pendek kata boleh didapati dengan harga berpatutan. Boleh dikatakan lebih murah didapati daripada harga ditempat lain. Barangan jualan pula tampak kelainannya kerana kebanyakan produk dipengaruhi dua budaya dari Kelantan dan Siam.

Bagi peminat baju kurung dan tudung boleh menempah sulaman batu dan manik sebagai penambah seri pakaian. Pelbagai corak boleh dipilih tetapi ada juga pakaian dan tudung sudah siap hanya perlu pilih sahaja. Terutama bagi kamu yang tidak lama bercuti di Kelantan kerana tempahan mengambil masa lama.

Terdapat beberapa kedai boleh ditinjau seperti Pasar Besar Rantau Panjang, Pusat Perkedaian Baru dan Kompleks Bazar Abdul Rahman Auf. Sekiranya anda mengidamkan makanan ringan seperti serunding, dodol, keropok, kerepek, sos botol, buah-buahan dan sebagainya bolehlah singgah di Pasar Besar Rantau Panjang. Gerai makanan pula menjual makanan tempatan seperti bihun atau mi sup hidangan cara Siam. Malah sajian Thailand juga boleh didapati di sini seperti somtham, pulut mangga dan pulut ayam.

Pusat Perkedaian baru pula menempatkan kedai komersial termasuk menjual barangan cenderahati. Pelbagai bank boleh didapati di sini memudahkan kamu mengeluarkan wang.  Di sini juga banyak jualan barangan dari Thailand. Berhampiran pasaraya Mydin pula terletak bangunan Bazaar Abdul Rahman Auf yang dipenuhi dengan butik pakaian, kasut, kedai hasil kraftangan, kedai flora dan keperluan perkahwinan.

Seandainya tidak puas sehari berkunjung, kamu boleh memilih untuk tinggal di hotel berdekatan Rantau Panjang. Kamu boleh memilih beberapa pusat penginapan seperti Zainun Palace, Ani Hotel, Yamy Inn atau Nur Inn. Memang ada rombongan yang datang semata-mata mahu ke Rantau Panjang malah mereka bukan pengunjung kali pertama datang.

Apa yang menarik di sekitar Rantau Panjang ialah Masjid Beijing. Bolehlah singgah di Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra ini yang seni binanya bercirikan masjid di Beijing. Masjid ini terletak 2 kilometer dari pekan Rantau Panjang di antara lebuh raya Pasir Mas dan Rantau Panjang. Masjid ini dirasmikan pada Ogos 2009 mampu memuatkan seramai 1000 orang jemaah.

Kiranya kamu sudah mengetahui di mana tempat mahu dituju sekiranya merancang melancong ke Kelantan. Pastikan kamu mengumpul wang secukupnya kerana banyak kamu akan tergoda dengan barangan di sini. Apa yang pasti, kamu akan merancang untuk kembali ke Rantau Panjang pada lain waktu.

Penginapan di Rantau Panjang

ZAINUN PALACE
175, Jalan Lubok Setol, Rantau Panjang, 17200 Pasir Mas, Kelantan.
Tel : 09 – 795 1113              09 – 795 1113       Fax : 09 – 795 1114
Room : 15
Rates : RM 40 – RM 85

ANI HOTEL
273B, Jln Lubok Stol, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

TeL: 09-795 0725/09-795 0725/019-960 7513/019-960 7513

YAMY  INN,
1st Floor,Lot 2185,Taman Sri Bayu,
17200 Rantau panjang,Kelantan.
Tel: 017-456 3004              017-456 3004

NUR INN,
1023, Kg. Dangar, 17200 Pasir Mas, Kelantan.
Tel : 09 – 795 0411              09 – 795 0411       / 012 – 962 0072              012 – 962 0072       / 012 – 966 0566              012 – 966 0566     
Room : 18
Rates : RM 20 – RM 65

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Digi Broadband <b>di Pengkalan Chepa</b> ialah sangat dem - KBlog

Posted: 23 Jun 2011 05:57 AM PDT

Pengkalan Chepa ialah kawasan yang adanya sekolah, Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB), Universiti Malaysia Kelantan, Penjara dan lain-lain. Tapi signal broadband kat situ punya lah macam hampeh.

Awal minggu ni aku pergi la situ, salah satu jabatan kerajaan juga. Jabatan kerajaan ni pun satu hal.. sekarang ni era Wifi dah, tapi situ tak ada wifi. Jadi terpaksalah aku guna Digi Broadband aku.  Tapi Digi pun kiok hidup segan mati tak mahu.

digi broadband pengkalan chepa

Rugi 2 hari aku dek internet slow tahap gaban.

Di kawasan yang ada institusi pengajian tinggi sepatutnya diberi kemudahan internet percuma dan laju. Itu pendapat aku la. Ni tak, dalam FELDA dan Jeli tu laju gila-gila pulak, padahal budak-budak situ duk guna main game je. Hampes.

Number of View :254

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Bilakah Hukum Hudud Akan DiLaksanakan <b>Di Negeri Kelantan</b>? | Dulu <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 07:47 PM PDT

Hukum Hudud

Gambar Kredit Berita Harian

Semenjak negeri Kelantan diperintah oleh PAS dua puluh tahun lalu, kita sering tertanya-tanya samada hukum hudud ini akan dilaksanakan atau tidak di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.  20 tahun ia menjadi persoalan yang sekejap panas dan sekejap sejuk. Namun, hakikatnya ia tidak pernah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (mahupun digubal?) untuk dijadikan undang-undang di sana. Dan apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat  dan mengumumkan pendirian bahawa negara  Islam dan hukum  hudud bukan lagi agenda utama mereka, maka ramai yang merasakan isu ini telah pun ditutup buat selamanya.

Namun, tiba-tiba Mursyidul-Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba membuat kenyataan mengejut dan membangkitkan kembali isu ini. Menurutnya PAS komited dalam melaksanakan hukum hudud biarpun rakan parti dalam Pakatan Rakyat tidak menyokong mereka:

KOTA BHARU, Sept 22 – Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat said today it did not matter to him if the DAP wanted to quit the Pakatan coalition if PAS were to go ahead with its plans to implement hudud laws and turn Malaysia into a fully Islamic state, should it come into power."I am firm about this, implementing hudud laws has been talked about for some 50 years and is not something new. There has been endless dialogues on it."

"DAP had previously pulled out from the opposition pact Angkatan Perpaduan Ummah (APU) because of this (implementing hudud laws). If now they want to do the same (pull out from the Pakatan coalition because of hudud laws, that is their problem," he told reporters after attending a civic function at Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) here today.

Sumber: Bernama

Agak menarik bila perkataan "implement hudud laws and turn Malaysia into a fully Islamic state, should it come into power" digunakan? Bukankah PAS telah lama berkuasa di negeri Kelantan? Beberapa tahun di Terengganu? dan kini di Kedah juga? Perlukah PAS memerintah Malaysia dahulu (which unlikely kerana tanpa DAP, peluang mereka memenangi banyak kerusi agak menjadi tipis), barulah Hukum Hudud akan dilaksanakan?

Terdapat pelbagai pendapat tentang pelaksanaan Hukum Hudud di negeri-negeri di seluruh Malaysia. Bagi mereka yang rajin membaca jurnal undang-undang, pastinya tahu apakah isu-isu yang dibangkitkan. Namun, persoalan ini cuma akan terjawab apabila ia diletakkan pada ujian yang sebenarnya iaitu membentangkannya di Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menjadikannya sebagai  satu undang-undang negeri tersebut. Pastinya ada pihak yang akan menentang dan kerajaan negeri akan cuba mempertahankan bahawa ianya terletak di bawah kuasa negeri (Lihat  Jadual 9 Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan). Di sini  mahkamah akan diberikan tugas untuk melihat samada perlaksanaan Hukum Hudud itu  "ultra virus" dengan perlembagaan. Sebarang keputusan mahkamah harus dihormati, namun bagi PAS, tanggungjawab sudah terlaksana, usaha sudah dibuat dan bukan sekadar omongan kosong sahaja.

Untuk cendiakawan Islam yang mahu melihat perlaksanaan hukum hakam Islam pasti boleh melihat ujian di atas dengan lebih positif dan idea yang jelas bagaimana untuk melaksanakannya di negara ini. Selagi ianya ditahap cakap-cakap kosong dan penuh dengan retorik politik semata, selagi itu ia akan jadi isu hangit yang semakin hangit dari sehari ke sehari.

- Bilakah Hukum Hudud Akan DiLaksanakan Di Negeri Kelantan?

Related posts:

Sahabat-Gunung: Pas Hanya Berani <b>Di Kelantan</b>, <b>Negeri</b> Lain <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 05:45 PM PDT

Kata Nak Laksana Hudud Sebelum Ayam Berkokok?

Kenapa HUDUD hanya di Kelantan? jika perjuangan mereka sekata, Pas bukan hanya lantang di Kelantan sahaja malah di negeri-negeri yang dikuasai oleh rakan-rakan mereka dari kalangan DAP dan PKR.

Itulah persoalan yang dilontarkan EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO mencabar Pas agar mendesak negeri yang diketuai dari kalangan parti pembangkang untuk melaksanakan hukum hudud sepertimana komitmen Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakannya di negeri tersebut.

Kenapakah di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang perkara itu tidak dibangkitkan atau didesak oleh kepimpinan Pas hari ini yang beriya-iya menuduh dan melemparkan pelbagai cemuhan terhadap Barisan Nasional (BN) berhubung isu berkenaan.

"Paling kurang pun tiga negeri selain Kelantan guballah Kanun Jenayah Syariah untuk membuktikan mereka seiring dengan apa yang kononnya diperjuangkan oleh Pas hari ini.

"Ini lain pula ceritanya..desak orang itu..kutuk pihak ini kononnya merekalah pejuang Islam sebenar. Kenapa mereka tidak pula desak dan cemuh kerajaan negeri seperti Kedah, Selangor dan sebagainya. Bukankah Menteri Besar dan Ketua Menteri dari kalangan mereka," katanya.

Baca seterusnya cabaran dan pandangan Ustaz Afandi di UMNO-Online.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Kembara Iftar dan Sahur Amal <b>Kelantan</b> | Yayasan Amal Malaysia

Posted: 19 Aug 2011 12:22 AM PDT

Posted by yayasanamalmalaysia on August 19th, 2011

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, Yayasan Amal Malaysia cawangan Kelantan mengadakan program Kembara Sahur dan Iftar. Program ini akan dijalankan di rumah-rumah orang miskin. Proram ini dimulai dengan Kembara Iftar di DUN Kelaboran & Demit. Untuk Kembara Sahur pula di Amal Kelantan akan melawati DUN Tendong, Kadok & Kok Lanas.

You can leave a response, or trackback from your own site.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Manplus Foto: Ikatan Setia - Kasih Tercipta <b>di Pulau</b> Sebang <b>Melaka</b>

Posted: 13 Sep 2011 11:34 AM PDT

   Dipetang itu 9 Sept 2011 - 11 Syawala 1432H
Tercipta suatu detik terindah untuk keluarga tersayangku
Putera bongsu kami MOHD ZAIDI telah selamat diijab qabulkan
dengan pilihan hatinya ' ANIZA HJ.JAMALUDDIN'
Doa dan harapan ayah bonda
Semoga anakanda berdua selamat dan sejahtera menempuh alam
dunia " Kekeluargaan " yang damai dan abadi...InsyaAllah.....

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


Masalah longkang dan perparitan <b>di di</b> Kg. Dendang, <b>Ketereh</b> <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 11:18 AM PDT

Sebagai penghuni yang tinggal di Kg. Dendang, Ketereh, saya berasa amat kesal dengan keadaan infrastruktur dan juga sistem perparitan khususnya di Jalan ketereh – Kg. Dendang yang sekian lama mengalami masalah banjir yang seringkali mendatangkan musibah kepada pengguna jalanraya dan penghuni.

Saya tidak faham kenapa dan mengapa perkara ini macam dipandang remeh oleh pihak sepatutnya. Mana semua "orang kuat"? Takkan nak tunggu masa mengundi baru nak buat jalan, nak buat parit? Sampai bila masalah ini harus berlarutan.

Minta pihak berwajib ambil tindakan segera agar keselamatan rakyat didahulukan, bukan setakat pencapaian diutamakan.

Terima Kasih

By: syah

Aduan yang berkaitan:

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


20000 Sokong Umno <b>Di Pasir Puteh</b> Isyarat Rakyat Tolak <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2011 04:57 PM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kebanjiran lebih 20,000 penduduk Pasir Puteh pada majlis perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di sini hari ini memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menyokong UMNO dan menentang perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Perdana Menteri berkata jika kehadiran rakyat yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh PAS begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri kalau sudsah pasti lebih tinggi lagi.

Berdasarkan jumlah hadirin di sini, Najib berkata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga seharusnya sedar bahawa ramai rakyat menyokong perjuangan dan dasar BN dan menentang perhimpunan haram anjuran kumpulan pengacau itu.

"Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita," katanya semasa berucap di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Kampung Tok Nik di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Najib menjelaskan bahawa jika matlamat perhimpunan haram itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya enguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan keadaan demokrasi negara adalah tidak sama seperti di negara Timur Tengah seperti Mesir, iaitu parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Katanya keadaan di Malaysia berbeza daripada itu, di mana parti pemerintah hanya memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya lalu dan pemimpinnya bertukar ganti.

Najib berkata BN tidak akan menghantar penyokongnya di Pasir Puteh untuk bertembung dengan penyokong perhimpunan haram di ibu negara biarpun jumlah penyokong BN ramai.

Beliau berkata ini kerana jika langkah itu diambil ia hanya akan menyebabkan pertembungan dan pergaduhan yang akan membawa huru-hara kepada keamanan negara.

Katanya jika kacau-bilau berlaku, maka keadaan itu juga akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu yang telah berusaha keras membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini.

"Kita bina negara kita sejak sekian lama. Kita mulakan secara aman damai. Ambiga nak rosakkan ini semua," katanya.

Najib berkata angin perubahan kini bertiup kencang di negeri yang di perintah PAS kini berdasarkan jumlah rakyat yang hadir pada majlis itu sebegitu ramai.

"Ambo pelik macam mana perhimpunan begitu ramai datang di bumi yang diperintah PAS di negeri Kelantan. Angin perubahan sedang bertiup kencang di bumi kelantan," katanya.

Beliau berjanji BN akan membawa perubahan dalam aspek pembangunan jika rakyat Kelantan memberi mandat kepada BN dalam pilihan raya umum nanti.

Selepas majlis itu, Najib bertemu dengan veteran UMNO dan menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Pulau Lima di sini sebelum bertolak ke Machang.

– BERNAMA

Diskusi para masyaikh <b>di Pasir Puteh</b>. « Raudhah al-Syifa&#39;

Posted: 16 Sep 2011 05:40 PM PDT

AlhamduliLLAH..

Semalam (16/09) Ambo berkesempatan menumpah berkah para masyaikh yg terdiri dari Sheikhul SN ; Ust Saiful Hazmi, Sheikhul Pedang Ijau, Master Z dan Cikgu R dalam diskusi penuh berkah di rumah Sheikhul SN…walaupun tiada cahaya lampu yang terang benderang tapi insyaALLAH "cahaya Nur" dari masyaikh sekalian lebih terang dari lampu putih panjang yang terpasang. SubhanaLLAH.

Diam seribu bahasa hamba bila bicara dimulai oleh masyaikh. alhamdulillaH.

Sempat juga menenguk teh o panas2 dan kek pisang sebelum diteruskan lagi dengan makan nasi sup. AlhamduliLLAH. rezeki ALLAH.

jam 12.00 malam ambo dan Sheikhul Pedang Ijau mintak izin Sheikhul SN; Ust Saiful untuk bergerak pulang. seronok sungguh ambo dapat menumpang ilmu dalam diskusi tersebut.

ads