Sabtu, 13 Oktober 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


teganuku: Felda Bina 3,000 Unit PWF Termasuk <b>Di</b> Felda <b>Chiku</b> 5

Posted: 12 Jul 2012 12:35 PM PDT

Pembinaan sebanyak 3,579 unit projek Perumahan Warga Felda (PWF) untuk generasi kedua tanah rancangan itu di 10 Felda di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, 10 kawasan terbabit adalah Felda Pasak dan Felda Sungai Sibul di Johor, Felda Jengka 19, Felda Triang 3, Felda Jengka 11 dan Felda Chini 3 di Pahang, Felda Chiku 5 di Kelantan, Felda Nerang 1 di Terengganu, Felda Chuping, Perlis dan Felda Raja Alias di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 2,331 unit merupakan rumah kos sederhana rendah berharga sekitar RM35,000 manakala 1,003 unit rumah kos rendah berharga RM35,000 dan 35 unit kedai berharga RM100,000.

"Tiga daripada 10 PWF iaitu Felda Pasak, Jengka 19 dan Triang 3 sudah mula dilaksanakan manakala tujuh lagi dalam proses kelulusan tapak dan melantik perunding.

"Kita jangkakan keseluruhan projek ini yang bertujuan untuk membantu generasi kedua memiliki rumah yang sempurna dan selesa dapat diduduki pada tahun 2011," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci projek PWF Desa Keratong Indah semalam.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Selangor tumbang <b>di Kota Bharu</b>. - UtaraNews - The News Portal

Posted: 06 Oct 2012 03:00 PM PDT

JUARA Piala FA dan Liga Super, Kelantan memulakan aksi separuh akhir pertama dalam saingan Piala Malaysia kali ini dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Selangor 1– 0 di Stadium Sultan Muhammad VII, Kota Bharu malam tadi. Dengan kemenangan ini, Kelantan membawa bekalan selesa apabila bakal bertandang ke halaman lawan untuk menghadapi pertemuan kedua minggu depan. Gawang tuan rumah sedikit cemas apabila percubaan pada babak awal perlawanan menerusi hantaran cantik Amri Yahya gagal dilaksanakan dengan baik oleh pemain import Selangor apabila tendangannya melambung tinggi.

Susulan serangan pasukan pelawat, pasukan tuan rumah mengatur strategi dan melakukan serangan balas namun percubaan Nurul Azwan Roya berjaya ditepis oleh Mohd Azlan Razali pada minit ketujuh. Pada minit ke-15, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi, tendangan Mohammad Ghaddar sedikit melencong ke tepi tiang gol. Pasukan tuan rumah tidak berputus asa dan Kelantan bagai dirasuk apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu Selangor. Pun begitu banyak kali percubaan Ghaddar dan Azwan Roya terus ke dalam dakapan penjaga gol Selangor. Memasuki babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun dan pemain importnya, Ghaddar hampir mencemaskan kem pasukan pelawat, namun tendangan lencongnya dari jarak 15 meter berjaya didakap kemas oleh Azlan. Keghairahan tuan rumah dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila gerakan menarik Nor Farhan Muhammad berjaya menewaskan penjaga gol Selangor pada minit ke-63. Selangor terus dihimpit tekanan apabila pemainnya, Snasriq Baharom terpaksa keluar dari padang kerana dilayangkan kad merah pada minit ke-64.

 Umpama mendapat semangat dari gol pertama, anak didik Bojan Hodak melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Mohd Badhri dan Ghaddar serta Indra Putra Mahyuddin pada babak akhir perlawanan, namun berjaya dikekang oleh pertahanan Selangor. Berbaki 12 minit terakhir, Selangor masih terus melancarkan serangan tetapi kekebalan benteng pertahanan tuan rumah menafikan hasrat The Red Giants menyamakan kedudukan sekali gus menggagalkan misi anak buah Irfan untuk menamatkan badi kekalahan ketika beraksi di stadium keramat itu. Dalam aksi timbal balik, Kelantan akan bertandang ke Stadium Shah Alam pada 12 Oktober ini.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Melayu Kekal Tidak Berubah <b>di</b> Bawah UMNo -Aisyah | EkELEH.COM

Posted: 12 Oct 2012 10:24 PM PDT

Personaliti yang berhijrah, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) meluahkan rasa rugi sekiranya tidak menggunakan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama.

"Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah.

"Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

"Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah," katanya pada ceramah di Dataran Safa Marwah di sini malam tadi.

Wan Aishah yang susur galur sebelah nenek lelaki yang berasal dari Bunut Payong Kota Bharu memberitahu sejak terbabit dengan PAS, beliau terus dihalang mencari rezeki seperti dilakukan sebelum ini biar pun ada kelayakan.

"Seolah-olah mereka bertanya sekarang awak sokong pihak mana dan bukannya memberi pertimbangan kepada kelayakan yang ada pada seseorang.

"Saya percaya orang Melayu kekal tidak berubah biar pun negara sudah 55 tahun merdeka selagi masih diberi peluang Umno menerajui negara. Jadi sekarang kita perlu lakukan perubahan segera," katanya.

Baca Juga:

Baca Juga Ek!!!

  1. Aishah Bertanding Atas Tiket PAS?
  2. Aishah Backup Abby!!
  3. Selepas BBC, Al Jazeera Mengesahkan Media Malaysia Tidak Bebas
  4. Kajol, Mak Nyah Tersohor Kelantan Berubah!!
  5. Selalu Berbaju Melayu, Isteri Risau Ibrahim Ali Berbini Lagi!!
  6. "Fitnah! Saya Tidak Berkhalwat" -Wanita Kes Ustaz Badrolamin
  7. Eloklah Kalau Ustaz Azhar Tak Jadi Calon
  8. Saya Tak Nak Jadi Penceramah, Kata Abby
  9. Saya Kekal Sebagai Muslim Sehingga Akhir Hayat Saya -Gay Arif Alfian Rosli
  10. Kerusi Untuk Zaid, Tragedi Ibrahim Ali Boleh Berulang

Muslimeen United: Rugi tidak berdakwah <b>di</b> pentas PAS - Aishah

Posted: 11 Oct 2012 11:09 PM PDT


KOTA BHARU: Personaliti yang berhijrah, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) meluahkan rasa rugi sekiranya tidak menggunakan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama.

"Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah.

"Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan  dengan lebih berkesan.

"Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah," katanya pada ceramah di Dataran Safa Marwah di sini malam tadi.

Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi, Ketua Muslimat Kota Bharu, Rohani Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Azariza Mohd Alawi.

Sebahagian besar yang memenuhi dataran yang menjadi tempar parkir bas pelancong adalah kalangan muslimat. Esok Aishah dijangka hadir pada program tertutup hanya untuk muslimat di Dewan Jubli Perak MPKB BRI.

Sekali sekala kedengaran sorakan anak muda yang asyik menonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia antara ATM dan Lions di kedai berdekatan.

Wan Aishah yang susur galur sebelah nenek lelaki yang berasal dari Bunut Payong Kota Bharu memberitahu sejak terbabit dengan PAS, beliau terus dihalang mencari rezeki seperti dilakukan sebelum ini biar pun ada kelayakan.

"Seolah-olah mereka bertanya sekarang awak sokong pihak mana dan bukannya memberi pertimbangan kepada kelayakan yang ada pada seseorang.

"Saya percaya orang Melayu kekal tidak berubah biar pun negara sudah 55 tahun merdeka selagi masih diberi peluang Umno menerajui negara. Jadi sekarang kita perlu lakukan perubahan segera," katanya.

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang melahirkan rasa bimbang apabila kerajaan Malaysia membenarkan kapal pengangkut ketenteraan Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Klang.

Katanya, kemungkinan boleh berlaku sesuatu yang menjadi rahsia cuba disembunyikan kerajaan Malaysia ketika melihat gelombang kebangkitan rakyat sekarang. -Hrkh

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Orang Asal luar <b>Kelantan</b> mengundi <b>di Galas</b> | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 09 Nov 2010 04:00 PM PST

04 Zulhijjah 1431 H
Oleh : Wartawan Kita

KOTA BHARU, 10 Nov: Agak luar biasa apabila peratusan keluar mengundi di Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November lalu meningkat kepada 83 peratus, sedangkan banyak pusat pengundi berada di pedalaman Kelantan.

Malah lebih meragukan lagi apabila enam pusat pengundian membabitkan penduduk Orang Asal meningkat lebih 90 peratus, sedangkan kedudukan mereka jauh di pedalaman.

Lebih menghairankan lagi banyak bas dilihat di pusat-pusat pengundian di pos Orang Asal pada hari mengundi.

Menurut sumber, bas terbabit digunakan bagi mengangkut pengundi Orang Asal yang dipercayai tinggal di luar Kelantan untuk datang mengundi di Galas.

Ini kerana katanya, penduduk Orang Asal yang tinggal di pendalaman Kelantan tidak boleh diangkut menggunakan bas memandangkan ia hanya boleh dihubungi kenderaan pacuan empat roda.

Kehadiran begitu banyak bas di pusat pengundian menimbulkan banyak tanda tanya. Lagi pun kesemua penempatan Orang Asal dikawal Jabatan Hal Ehwal Orang Asal sejak bekas Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sakit tenat.

Mengulas perkembangan tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, peratusan keluar mengundi sehingga 83 peratus merupakan suatu pencapaian yang luar biasa memandangkan kedudukan Galas di kawasan pedalaman.

"Ini jarang berlaku di kawasan orang kurang celik mengenai politik. Kawasan hulu Kelantan di mana kesedaran politik masih lagi rendah.

"Mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan apabila pengundi di kalangan Orang Asal hampir kesemua keluar mengundi.

"Sedangkan di tempat orang yang celik politik pun tidak sampai sehingga 83 peratus keluar mengundi. Ini tentunya meragukan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada pilihan raya kecil tersebut jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus, sedangkan di Batu Sapi yang juga terletak di pedalaman Sandakan hanya 61 peratus.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, lebih menghairankan lagi apabila ada menteri awal-awal lagi sudah memberitahu akan menang banyak.

"Kalau sekadar kata menang sahaja tak apa. Ini seolah-olah menggambarkan mereka sudah tahu apa yang akan berlaku berdasar gerak kerja awal yang dilakukan," katanya.

Harakahdaily/-


03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Muslimeen United: Janji Bandar Baru <b>Dabong</b> jadi kenyataan

Posted: 09 Oct 2012 06:56 AM PDT



KUALA KRAI: Bukan sekadar mengingatkan rakyat terhadap tuntutan agama, sebaliknya ulama juga berjaya membawa Kelantan ke era baru dengan kemunculan bandar-bandar baru yang semakin bertambah.

Hampir semua jajahan di Kelantan memiliki kawasan pertumbuhan baru dengan pembangunan yang lebih terancangan dan tersusun.

Bermula dari Tumpat sehingga ke Gua Musang bandar-bandar baru boleh dilihat di merata tempat.

Tidak ketinggalan juga Dabong yang suatu ketika dahulu tempat buangan bagi guru-guru yang menyokong pembangkang, sekarang sudah jauh berubah.

Tidak lama lagi lanskap Dabong juga bakal berubah dengan pembangunan bandar baru yang terletak di Kampung Stong.

Kawasan seluas 45.6 hektar bakal dibangunkan taman perumahan yang lengkap dengan bangunan pejabat, rumah kedai, masjid, tadika, dewan orang ramai, taman permainan, pasar raya dan stesen minyak.

Kedudukannya di hadapan kilang papan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), di tengah-tengah perjalanan Jeli-Gua Musang. Berlatarbelakangkan banjaran Gunung Stong yang menempatkan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Suasana persekitarannya begitu nyaman, awam yang kedudukan agak rendah seumpama berada di Tanah Tinggi Lojing.

Bandar Baru Dabong bakal menjadi kenyataan apabila majlis perletakan batu asas disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Bandar baru itu akan menempatkan 48 unit rumah teres kos sederhana rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106 (banglow) dan 20 unit (rumah kedai).

Fasa pertama melibatkan pembinaan 12 unit rumah teres kos sederhana rendah, 29 unit (kos sederhana) dan seunit rumah banglow akan dibangunkan tidak lama lagi.

Projek tersebut dilaksanakan KPK dengan kerjasama DPS Group of Companies dibangunkan tiga fasa. Projek berkenaan membabitkan pelaburan lebih RM40 juta.

DPS sebuah syarikat yang berpangkalan di Melaka juga akan membina sebuah kilang perabot dengan pelaburan sebanyak RM15 juta, bakal menyediakan 100 peluang pekerjaan.

Pengerusi KPK, Zulkifli Mamat berkata, Bandar Baru Dabong dibangunkan mengambil masa kira-kira lima tahun.

"Bandar Baru Dabong di Stong akan menjadi bandar berkembar dengan pekan Dabong yang sedia ada. Dabong lama yang menempat stesen kereta api tidak lagi dapat menampung pembangunan baru memandangkan kawasannya agak terhad.

"Pekan lama mempunyai keistimewaan tersendiri dengan stesen kereta api yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengunjungi Taman Negeri Stong," katanya selepas majlis perletakan batu asas dan perasmian pejabat baru KPK.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, janji kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah Bandar baru di Dabong akhirnya menjadi kenyataan.

Kata beliau perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PAS Kelantan 2008.

"Saya antara orang yang paling gembira kerana janji-janji kita kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu kini semakin menjadi kenyataan.

"Inilah yang dinamakan sebagai janji yang ditetapi. Kita juga mampu menepati janji-janji yang dibuat bagi manfaat rakyat," katanya. -Hrkh

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Afiq KLtown: PEMIMPIN PEMBANGKANG TIADA MORAL !! VIDEO <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2012 03:17 AM PDT

Afiq KLtown: PEMIMPIN PEMBANGKANG TIADA MORAL !! VIDEO DISINI

ads