REVOLUSI
AKAN DATANG AMBO AKAN KUPASKAN..
1.) BUNUH-DISALAHKAN PEMBUNUH
2.) ROGOL-DISALAHKAN PEROGOL
3.) RAGUT-DISALAHKAN PERAGUT
4.) DADAH-DISALAHKAN PENAGIH/PENGEDAR
5.) MURTAD-DISALAHKAN KRISTIAN ATAU AGAMA YANG MENYEBARKAN DAN PEMBANGKANG
6.) KEMISKINAN-DISALAHKAN RAKYAT TIDAK PANDAI SURVIVE
7.) DEMONTRASI-DISALAHKAN PENGANJUR DAN PESERTA
8.) PENCERAIAN-DISALAHKAN PASANGAN
9.) MAKSIAT-DISALAHKAN PELAKU
10.) HAK KAUM-DISALAHKAN KEPADA PENUNTUT TUNTUTAN
11.)GEJALA SOSIAL- DISALAHKAN REMAJA
12.) KALAH PERLAWANAN SUKAN-SISALAHKAN PEMAIN
13.) BANGUNAN RUNTUH-DISALAHKAN KONTRAKTOR
14.) KEGANASAN PIHAK BERKUASA-DISALAHKAN KEPADA MANGSA
Ambo menulis pada kali ini sudah sampai kemuncak fahamnya.Otak normal sudah tidak dapat menerima permasalahan yang berlaku ini disalahkan pelaku.Kebodohan memuncakkan satu sikap yang membela kerajaan dan menyalahkan rakyat.
Sikap begini adalah satu sikap orang2 yang kufur.Inilah budaya yahudi yang disuntik pada pemikiran rakyat.Jika bercakap memanglah mantap dan meletup tanpa sandarkan sesuatu itu kepada agama.
CONTOH PEMBUKAAN MINDA
.1)Jika rumah anda ditenggelami air atau juga banjir.Adakah anda hendak salahkan pelaku yaitu AIR.Kerana airlah yang menyebabkan banjir.Kalau tiada air tidak terjadilah banjir.Atau kita nak salahkan Tuhan menurunkan hujan!Pasti keduanya tidak bukan?Kita akan menyalahkan sistem perparitan atau kita redha dengan keadaan yang diuji oleh Allah.Bagaimana elok pun sistem perparitan,dengan turunnya hujan yang amat berterusan lebatnya tentu kita akan redha dan kembali pada Allah.
2.) Jika anda demam denggi,adakah pelaku yang anda salahkan yaitu nyamuk?sedangkan anda juga yang menyebabkan nyamuk itu menggigit anda.kerana tin kosong atau sesuatu yang menyebabkan air bertakung itu puncanya.Kenapa dengan tin kosong atau penyebab air itu bertakung,mungkin sikap tidak bertangjawab anda atau mungkin tiada tempat khas untuk membuang tin dan sampah disediakan.
3.)Jika anak anda takutkan Hantu,adakah anda salahkan pelaku yaitu anak anda dan hantu..Tidak terfikirkah anda darimana datangnya perasaan takut anak anda kepada hantu,bagaimana anak anda mengenali hantu sedangkan anda sendiri tak pernah tengok hantu inikan pula anak anda.
4.) Sempena bulan Ramadhan kita ambil contoh orang yang tidak berpuasa.Adakah salah pelaku yaitu orang yang tidak berpuasa.Jika anda berkata YA.Lupakah anda kenapa dia tak puasa,jawapan pastinya kerana dia makan.Tanpa makanan dia tak boleh makan.Adakah pula orang yang menjual/membuat/menyedia makanan yang salah?Kenapa anda tidak katakan mulutnya yang salah,kerana tanpa mulut juga dia tak boleh makan.
5.)Anda menyanyi atau berkaraoke,tapi kedengarannya sumbang,adakah anda salahkan pelaku yaitu suara anda yang menyanyi,sudah semestinya,Tapi pernahkah anda mendengar suara penyanyi yang anda katakan tidak sumbang menyanyi secara live?Jika anda ambil kelas menyanyi dan tahu pergerakkan tempo yang sepatutnya dan anda menyanyi dengan menggunakan sound system yang paling canggih,adakah suara dan nyayian anda akan kekal juga sumbangya.Pasti tidak bukan?soal orang minat dan katakan penyanyi itu menyanyi dengan sedap sekali,tapi bukanlah semua yang katakan begitu ada juga yang menyampah bila mendengar penyanyi itu menyanyi.Apa mungkin pendengaran orang itu yang rosak?Atau penyanyi itu menyanyi tak sedap pada pendengaran yang sempurna.?banyak persoalannya.
HURAIAN
Mungkin dengan sekali sahaja anda membaca contoh diatas anda tidak sampai ketahap fahamnya apa yang ambo nak fahamkan.Tambah pula ambo tidak bagi jawapannya.
Banjir di hilir disebabkan air /hujan di hulu.Kalau contoh di Kelantan ialah banjir di Kota Bharu adalah disebabkan air yang turun dari Kuala Krai dan Gua Musang yang dipanggil Air Hulu bukannya disebabkan air di Kota Bharu itu sendiri semata-mata.Begitu juga keruntuhan moral yang berlaku pada negeri dibawah Kepimpinan Ulamak di Kelantan,Bukan salahnya Kepimpinan secara Islamik di Kelantan itu,tetapi masalahnya adalah keruntuhan moral di negeri lain seperti KL yang menyebabkan turunnya keruntuhan moral itu di Kelantan.
Jika pendapat itu yang ambo bagi,Pencaacai Umno mungkin akan kata."kalau macam tu Amerika pun nak kena Islamik jugaklah,nanti dikatakan yang dari Amerika pula turun ke Malaysia".Setakat tu jerlah hujah pencacai Umno.Walau belum lagi ambo dengar,tapi ambo sudah dapat agak,kerana,kalau pencacai tu,buat apapun mestilah dicacainya.
Ni jawapannya pula,Soal Amerika adalah bukan dibawah pentadbiran kita dan tiada kena mengena langsung,Jika sistem perlaksanaan hukum Islam di laksanakan di Malaysia dan apa yang terjadi di Malaysia adalah dibawah kuasa tadbir kita maka media seperti Tv dan majalah pun akan dihentikan penyiaran budaya songsang dari luar,Artis juga di perjalankan dengan cara islamik.Bagaimana lagi keruntuhan moral boleh masuk dalam negara kita.Disco atau pusat hiburan mesti di HARAMkan kepada orang Islam.dan banyak lagi ambo boleh bahaskan.Biar setakat itu sahaja dulu.
Tentang MURTAD,kita jangan sekali menentang penyebaran apa-apa agama sekalipun di negara,Kristian nak Kristiankan orang Islam biakan saja.Kenapa kita nak salahkan Kristian.Bukankah Islam mengajar kita menghormati agama lain.Kalau Islam nak dakwahkan Kristian boleh,Kalau kristian nak dakwahkan Islam tak boleh.Inikah dinamakan ISLAM ITU ADIL.Adil ke macam tu.?Emm pencacai dah mula dah "dia ni mesti dah murtad dikristiankan tu membela".Memang itulah yang akan dikatakan pencacai.Mereka tidak sedar yang otak mereka telah dijajah oleh Yahudi untuk menampakkan perkara tersebut dan sekalian manusia akan bencikan Islam lantas Agama Islam itu yang akan hancur.
Anak kita bergaduh dengan anak orang berebutkan mainan,adakah anak orang yang kita nak pukul,sedangkan anak kita yang nakkan mainan orang.Lebih-lebih lagi kita pergi cari anak kita di Majlis orang dan tidak menghormati tetamu majlis itu,Kita hanya mementingkan hak kita dan mengabaikan Hak Orang lain.Tidak kira salah anak kita atau anak orang,kalau kita pukulnya anak orang,pastilah ibu bapa budak itu akan marahkan kita.Tak cukup dengan ibu bapanya, masyarakat akan mengecam kita kerana memukul budak.Bukankah kita akan dipulau oleh masyarakat.Begitulah juga dengan Islam.Percayalah hakikat ini..Tak percaya anda boleh cubanya sekarang juga.....
Apa yang perlu kita buat ajarlah anak kita dan hukumlah anak kita.Anak orang biarlah ibubapanya yang membuat keputusan.Sepertilah isu MURTAD.Jangan kita nak salahkan agama lain.Kelak kita yang akan dibenci.Dibuatnya kita terlalu menyalahkan Kristian dengan lantangnya Pemimpin Islam yang benmgong mengeluarkan kenyataan yang agak sensitif dan keterlaluan sehingga mencapai status kurang ajar,Tetapi Paderi Kristian atau pihak Kristian memainkan peranan yang lebih bersifat insaniah yaitu sabar,rilaks,tenang dan menyuarakan keikhlasan serta niat baik mereka sahaja.
Ketika itu dapatlah dilihat akhlaknya Agama mana yang terbaik,sedangkan agama kita tidak mengajar kita berbuat demikian.Agama kita Islam lebih baik dari segalanya.Sangat sesuai kepada semua.Tapi kitalah yang merosakkan ISLAM.Sehingga masyarakat melabelkan Islam dengan TERRORIST / PENGGANAS dan sebagainya hanya kerana sikap segelintir umat Islam yang agak keterlaluan dalam memperjalankan AGAMA ISLAM.
Oleh yang demikian sedarlah wahai Umat Islam,Jangan kita rosakkan agama kita,jangan kita merasakan kuat dengan tidak bertimbangrasa kepada agama lain walau ISLAM sendiri tidak menyuruh perkara itu dilakukan.Cukuplah berpolitik,kerana Politik akan menghancurkan ISLAM jika tidak kena dengan caranya.Sebaliknya kita ISLAMkan politik dan jangan biarkan ianya terpisah bukannya kita politikkan ISLAM yang boleh memisahkan.
Untuk pengetahuan semua,sebenarnya Ambo nak huraikan pasal jenayah,tetapi ia lebih kepada isu Murtad,Mungkin isu ini lebih penting ,Sesungguhnya Allah maha mengetahui dari apa yang kita ketahui,Kita nak buat sesuatu kerja lain tapi otak kita lebih cenderung kepada perkara lain.
Di kampung Ambo sendiri ada juga yg menjatuhkan Islam dengan cara pemakaian,pakai Jubah dan serban tapi buat perkara yang Jahil seolah menampakkan Islam itu buruk,Jalan kampung yang becak dan bertakung air tidak diendahkannya dengan laju dia pandu kereta sehingga air tersimbah kena ambo,tapi ambo tidak marah,ambo ingat mungkin dia tak perasan,tapi orang lain lalu semuanya brek dan memperlahankan kereta masing2.Disebabkan ketika itu musim hujan,air selalu je bertakung,Setiap kali dia melalui jalan tersebut tak pernah sekalipun nak slow.Acap kali nampak tidak reti bahasa,Ambo ancam nak tetak atau ambo nak pancung kepala kalau masih buat perkara yang menjatuhkan ISLAM,bukannya ambo nak buat sungguh,saja je acah,hehe.Ambo tidak marah air yang terkena pada ambo,Tapi ambo marah dengan pemakaian yg di label oleh masyarakat sebagai alim dan lebai/warak tetapi buat benda yang tidak sepatutnya.Tapi Alhamdulillah dia sedar,walau dia tidak minta maaf tapi dia sudah tidak buat perkara tersebut.
Ambo rasa ambo dapat ILHAM untuk tidak membenarkan ZULKIFLI NORDIN MP Kulim Bandar Baru dari terus mengulas Isu MURTAD dan PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH,Kerana dengan sikap dan susun atur perkataannya tidak ia layak untuk membicarakan ISLAM.Sebaliknya ISLAM akan hancur dan lebih ramai lagi orang akan meninggalkan ISLAM.Ambo cukup anti dengan orang yang nak jatuhkan maruah Islam.Bukan ambo nak jatuhkan maruahnya atau tidak mengikut sistem cara ISLAM dalam menegur saudara seagama,Tapi ambo sudah menghantar komen di Blognya menyuruh ia menarik balik perkataan DILACURKAN KALIMAH ALLAH.Tetapi sebab ambo tidak ULAMAK dia tidak mengendahkannya.Malah tidak disiar pun komen tersebut.
Maka cara ini mungkin baik untuknya berfikir dan renung kembali sikap yang menunjukkan Ganasnya Islam.Jika beliau bukan seorang Pemimpin/yang dilabel pejuang Islam tidaklah menggugat sangat.Inikah seorang Pemimpin Pejuang Islam.Ambo bimbang perkara itu dimainkan dalam menKristiankan umat Islam.Tak nampak baik dengan Islam.Insyaallah ada masa Ambo sambung lagi.WallahualamPendapat Tokoh Islam Dr Asri Klik disini