Jumaat, 19 Oktober 2012

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


7 lot Banglo <b>di Kok Lanas</b> | Azmiral.com

Posted: 23 Sep 2012 03:38 AM PDT

Harga mengikut keluasan rumah

  1. 1000kp – RM181,000
  2. 1200kp – RM203,000
  3. 1400kp – RM225,000
  4. 1600kp – RM247,000

Luas Tanah : 5400kp+++

lokasi

-Lebih krg 700m ke jln besar
-3 km ke pasar Kok lanas
-Lebih kurang 5km ke Polikteknik Kota Bharu
-lebih krg 3km ke Kolej Komuniti
-lebih krg 4km ke Kem Desa Pahlawan

Design dan plan rumah mengikut citarasa dan pilihan pembeli. KLIK DI SINI untuk melihat contoh pelan dan rekabentuk.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Rugi tidak berdakwah <b>di</b> pentas PAS – Aishah « Dupahang&#39;s Weblog

Posted: 13 Oct 2012 09:31 PM PDT

HarakahDaily

KOTA BHARU: Personaliti yang berhijrah, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) meluahkan rasa rugi sekiranya tidak menggunakan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama.

"Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah.

"Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan  dengan lebih berkesan.

"Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah," katanya pada ceramah di Dataran Safa Marwah di sini malam tadi.

Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi, Ketua Muslimat Kota Bharu, Rohani Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Azariza Mohd Alawi.

Sebahagian besar yang memenuhi dataran yang menjadi tempar parkir bas pelancong adalah kalangan muslimat. Esok Aishah dijangka hadir pada program tertutup hanya untuk muslimat di Dewan Jubli Perak MPKB BRI.

Sekali sekala kedengaran sorakan anak muda yang asyik menonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia antara ATM dan Lions di kedai berdekatan.

Wan Aishah yang susur galur sebelah nenek lelaki yang berasal dari Bunut Payong Kota Bharu memberitahu sejak terbabit dengan PAS, beliau terus dihalang mencari rezeki seperti dilakukan sebelum ini biar pun ada kelayakan.

"Seolah-olah mereka bertanya sekarang awak sokong pihak mana dan bukannya memberi pertimbangan kepada kelayakan yang ada pada seseorang.

"Saya percaya orang Melayu kekal tidak berubah biar pun negara sudah 55 tahun merdeka selagi masih diberi peluang Umno menerajui negara. Jadi sekarang kita perlu lakukan perubahan segera," katanya.

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang melahirkan rasa bimbang apabila kerajaan Malaysia membenarkan kapal pengangkut ketenteraan Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Klang.

Katanya, kemungkinan boleh berlaku sesuatu yang menjadi rahsia cuba disembunyikan kerajaan Malaysia ketika melihat gelombang kebangkitan rakyat sekarang.

Sumber: HarakahDaily

Saya seorang hamba Allah S.W.T

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


PEMENTASAN DRAMA OLEH PELAKON JALALUDIN HASAN <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2009 07:14 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MANEK URAI kini menjadi tumpuan bukan sahaja oleh ahli-ahli politik, tetapi turut mendapat tempat di hati artis tanahair. Diberitakan seorang pelakon sudah agak veteren anak kepada tokoh agama Dato' Haji Hassan Azahari (seorang hakim Tilawah Al-Quran, Guru Al-Quran dan popular dengan siri Muqaddam di TV sewaktu ketika dahulu) dan beradik pula dengan Ketua Polis Negara, dan bekas YB Umno Datuk Fuad Hassan, beliau adalah Jalaluddin Hassan.

Aktor yang sering berlakon membawa watak lelaki romantis dan kadangkala berwatak miang ini di dalam kesibukannya sebagai pelakon sempat hadir ke Manek Urai. Paling menarik, beliau pernah memegang watak `pondan' atau `bapok' dalam sebuah filem. Jangan tanya apakah hukumnya berlagak seperti pondan kerana beliau pasti tahu jawapannya, maklumlah anak seorang guru agama terkenal.

Jalaluddin Hassan dilihat berada di satu majlis ceramah oleh Ibrahim Katak Pasir Mas bertempat di Kg Laloh. Sebagai satu keluarga dengan Datuk Fuad Hassan yang juga penceramah import dari Selangor, Jalaluddin Hassan sudah tentu akan menggunakan `glamour'nya sebagai pelakon untuk menarik undi masyarakat di Manek Urai untuk menyokong Umno. Sayang sekali, beliau salah tempat dan Kelantan bukan tempat untuk artis menonjolkan `glamour'. Kelantan hanya terbuka untuk artis yang sanggup berhijrah dan berlapang dada dengan Islam. Kelantan bukan untuk artis mengampu pemimpin kerajaan. Kehadiran beberapa artis yang lebih terkenal dari aktor veteren tersebut ke bumi Kelantan kesemuanya akur dengan Islam yang dibawa oleh Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz. Penyanyi seperti Amy Search dan juga Siti Nurhaliza jauh popular dari Jalaluddin Hassan dan mereka akur serta hormati kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz.

Di Manek Urai rakyat berkesempatan untuk mengenali atau `berkenalan' dengan ahli keluarga Dato' Hassan Azahari. Kehadiran Datuk Fuad Hassan ahli politik veteren dari Umno Selangor, Jalaluddin Hassan juga pelakon veteren turut hadir. Tidak mustahil nanti rakyat di Manek Urai akan berpeluang melihat Dato' Musa Hassan Ketua Polis Negara berkunjung ke Manek Urai. Ini adalah kerana anak-anak buah Musa Hassan telah pun berkampong di Manek Urai sejak beberapa minggu yang lalu. Betapa hebat persediaan mereka di Manek Urai.

Saya sarankan untuk menarik lebih ramai lagi rakyat di Manek Urai hadir dalam ceramah Umno, apa kata jika diadakan satu pementasan drama di Manek Urai dan dilakonkan oleh Jalaluddin Hassan sebagai pelakon utamanya. Tajuk drama terpulang kepada Umno untuk memikirkannya, jika tajuk drama tersebut adalah `tragedi pembunuhan Al-Tantuya', saya rasa mungkin akan dapat sambutan hebat. Jika tidak mahu tajuk berkenaan, Umno mungkin boleh memberi tajuk lain seperti `Hikayat Sang Katak'. Tentu Pak Berahim dari Pasir Mas bersetuju dengan tajuk tersebut. Asal jangan bawa watak `pondan' sudah lah. /wfauzdin.blogspot.com


03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Royalti <b>Kelantan</b> » Blog Archive » Adun cadang sidang khas batal <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2012 11:21 PM PDT

KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini menimbulkan persoalan baru apakah kewajaran tindakan Menteri Besar, Datuk Muhamad Nasir pada 1975 menandatangai perjanjian dengan Petronas tanpa mendapat mandat Dun.

"Adakah perlu mendapatkan izin daripada Dun terlebih dahulu sebelum Menteri Besar menandatangani perjanjian dengan Petronas ketika itu kerana ia merupakan isu besar.

"Ini kerana kuasa Menteri Besar untuk pindahkan hak carigali kepada Petronas untuk selama-lamanya merupakan perkara besar di sisi undang-undang," kata anggota Exco, Datuk Husam Musa (gambar atas) ketika menjawab soalan Ustaz Mohamad Mustafa (PAS-Demit).

Kata Husam surat kuasa yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 menyebut memberi kuasa kepada Petronas untuk carigali minyak.

Menurutnya berdasar kepada rentetan tersebut secara jelas menggambarkan Kelantan ada hak ke atas sumber minyak yang terdapat di kawasan perairannya sehingga Petronas perlu mendapat izin untuk dipindahkan kuasa terlebih dahulu pada 1975.

Bagaimanapun kata beliau peguam kerajaan negeri berpendapat dokumen yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 bukan sebuah perjanjian dan ia hanya sekadar surat serah kuasa (kontrak).

Surat kontrak itu menyebut tugas Petronas hanya untuk usaha carigali sahaja.

"Persoalannya sekarang apakah tuan rumah (Kelantan) wajar tidak dimaklumkan terhadap segala hasil carigali tersebut.

"Ini pecah kontrak yang pertama berlaku apabila Petronas hanya menyimpan segala dokumen carigali tanpa memberi maklum balas kepada kerajaan negeri.

"Sedangkan apa yang berlaku di Terengganu pada 13 Mei 1978 Petronas menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memaklumkan segala butiran mengenai pengeluaran minyak dan gas serta harga semasa.

"Begitu juga pada 14 Jun 1978 Ketua Pegawai Eksekutif Petronas menulis surat kepada Pegawai Kewangan Negeri Terengganu untuk memaklumkan bayaran royalti yang dibuat," katanya.

Boleh batal kontrak

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan berkata, jadi terpulang kepada Dun atau Exco untuk bertindak membatal surat kontrak (perjanjian) dengan Petronas.

Menjawab soalan tambahan Adun sama katanya sekiranya Petronas masih enggan membayar royalti, Dun boleh mengubal satu enakmen bagi mengenakan fee (cukai) kepada Petronas mengikut kadar royalti yang sepatutnya dibayar.

Husam juga bersetuju dengan pandangan Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) bagi menulis surat kepada Petronas bagi memaklumkan operasinya di perairan Kelantan dibuat tanpa kelulusan lesen kerajaan negeri.

Mencelah isu sama Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir) mencadangkan supaya diadakan persidangan khas Dun sebelum akhir tahun ini membincangkan bagi membatalkan surat kontrak kepada Petronas atau sebaliknya.

Hujahnya Petronas begitu samseng kerana tidak memaklumkan perkembangan carigali di perairan Kelantan kepada pihak tuan rumah.

Namun Husam memilih untuk memberi masa kepada Petronas bagi membolehkan mengambil tindakan segera sebelum persidangan khas Dun benar-benar menjadi kenyataan.

"Kita sebenarnya mengambil kira kalau dibatalkan kontrak (perjanjian) dengan Petronas tentunya ia akan memberi kesan besar kepada negara dan dunia.

"Jadi sekarang kita beri notis terlebih dahulu supaya nampak lebih sopan. Namun kena ingat persidangan khas boleh menjadi kenyataan selepas ini," ujarnya.

Iktibar isu Pergau

Ustaz Hassan Mohamood (PAS-Tawang) pula mencadangkan supaya kerajaan negeri mengenakan tindakan serupa seperti dilakukan terhadap Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika isu Pergau pada awal tahun 1990-an.

Husam menjelaskan kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli hanya memasangkan kayu halangan di tempat keluar masuk ke projek Hidroelektrik Pergau bagi merundingkan isu yang dituntut kerajaan negeri.

Kata beliau akhirnya Pengerusi TNB ketika itu Tan Sri Ani Arope datang berunding dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga Kelantan berjaya mendapatkan pampasan sebanyak RM110 juta.

"Begitu juga dalam isu minyak sekarang kita boleh pasang reben merah di lautan di sekitar kawasan pelantar kalau kaedah sama mahu diambil," ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Ismiey Iz =): Destinasi: Pantai Bachok/<b>Perupok</b>

Posted: 19 Oct 2012 04:16 AM PDT

Assalamualaikum,
Hujan renyai-renyai tidak berhenti-henti dari semalam. Tiba-tiba teringin update tentang cuti-cuti ismieyiz. Seperti tajuk kali ni nak citer tentang Pantai Bachok terletak di Kelantan. Pantai ini cantek dan sangat nyaman. Terletak berhampiran dengan rumah BFF. Memang seriusly cantik giler. Kalau nak buat photoshot kawen pun boleyy. Biasa kalau tak balik umah mesti p umah bff wani ni. Sebab saya suka tengok pantai, rasa hilang terus tekanan or stress. Keistimewaan utama pantai ni adalah tak ramai orang. Maka boleh berehat or joging dengan gembiranya. Tak ramai yang tahu lokasi ni coz ia bukan tempat pelancongan biasa. Namun, memang best ngat tau. Terbaik !! 5 bintang.
Pemandangan sepanjang perjalanan. Setiap gambar punya cerita tersendiri. 
Setiap cerita ada memorinya. Luas bumi Allah ni, syukur sangat diberi ruang masa serta kenikmatan untuk melihat dan memerhati keindahan ini. 

oh, apakah ini? obor2 kah?? cantek... :p  First time tgk depan mata. Biasa tgk dalam buku n tv jew. Tu lar orang kata jauh berjalan luas pandangan. Alhamdulillah.

Berehat seketika sambil membaca.  Sebenarnya agak panas. Namun disebabkan bahang mentari pagi ia tidak mengapa. Indah sungguh pemandangan.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Sembilan Kedai <b>di Wakaf Che Yeh</b> Terbakar | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 01 Mar 2012 07:30 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BAHARU: Sembilan buah rumah kedai sederet, hangus dalam satu kebakaran di Wakaf Che Yeh, di sini pada Khamis. Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 5.45 petang itu, disedari oleh orang ramai yang melihat api menjulang dari sebuah kedai yang dipercayai menjual barangan runcit.

Kedai lain yang musnah antaranya kedai tayar dan kedai kopi.

Pemilik kedai tayar, Tan Choong Siang, 40, berkata dia hanya menyedari mengenai kejadian tersebut selepas mendengar jeritan orang ramai selepas api semakin marak.

"Saya sedang berada di dalam kedai bersama seorang anak, Tan Lee Lian, 5, dan ayah, Tan Cheng Li, 80, serta empat orang pekerja yang ketika itu sedang menutup kedai.

"Sejurus mendengar jeritan tersebut, saya keluar dan melihat api di kedai sebelah dan terus mencapai alat pemadam api bagi memadam kebakaran tersebut, namun gagal berikutan api yang marak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Choong Siang berkata, dia kerugian kira-kira RM300,000 apabila 500 biji tayar dalam kedainya hangus.

Katanya, 300 biji dari tayar itu baru dihantar ke kedainya tengah hari tadi, namun bersyukur kerana semua anggota keluarga serta pekerjanya terselamat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Bomba Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, operasi memadam kebakaran itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Azmi Osman.

"Kita menerima panggilan 6.05 petang dan berjaya mengawal api kira-kira 35 minit kemudian.

"Seramai 30 anggota dari Balai Bomba Kota Darulnaim, Balai Bomba Kota Baharu, Balai Bomba Pengkalan Chepa dan Bomba Sukarela Pengkalan Chepa dengan enam jentera, datang untuk memadam kebakaran itu," katanya.

Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian belum dapat dipastikan. - BERNAMA


ads