Sabtu, 15 Disember 2012

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Video Kejadian Tembak Menembak <b>DI Kota Bharu</b> | REALITI INSAN

Posted: 15 Oct 2012 10:32 PM PDT

Pelanggan sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan di sini gempar apabila dikejutkan dengan tiga das tembakan kira-kira jam 8 malam tadi.
Difahamkan ada pelanggan yang tercedera dalam kejadian itu tetapi  tidak pasti jumlah mangsa. Ketika kejadian, beberapa pelanggan yang sedang mengisi minyak, dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan
Kejadia berlaku begitu pantas,mereka dikejutkan dengan tiga das tembakan sekitar jam 9.30 malam di tempat kejadian
beberapa buah kereta yang diletakkan dibahu jalan rosak akibat berlaku perlanggaran dengan kereta penjenayah semasa adengan kejar mengejar dengan anggota polis Kelantan.
Difahamkan polis dapat memberkas penjenayah tersebut dan mengikut sumber ada kaitan dengan kejadian tembak di stesen minyak di Jalan Kebun Sultan.
Apapun tahniah kepada anggota polis Kelantan kerana dapat bertindak dalam menangani jenayah yang semakin meningkat.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


N45 Dr Halimah Ali: UST NASHA BERKEMPEN <b>DI MANEK URAI</b>

Posted: 11 Jul 2009 02:22 AM PDT

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengakui terdapat halangan daripada badan perhubungan PAS Kelantan terhadapnya daripada berkempen di Manek Urai sebelum ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bachok itu berkata, andaian yang dibuat terhadapnya tidak tepat dan beliau diminta pimpinan tertinggi PAS supaya turun padang.

"Memang ada keputusan daripada perhubungan negeri demikian. Dan saya akur kepada keputusan tersebut.

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 nasha pc"Tetapi selepas kita melihat kepada keadaan dan suasana, sebagaimana disebut Tok Guru (Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan juga presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri - setelah berada di lapangan - mengatakan bahawa andaian itu banyak yang tidak tepat.

"Jadi, saya diminta presiden dan Tok Guru supaya turun ke Manek Urai," katanya ketika ditemui pemberita selepas solat Dhuha bersama Nik Aziz di Kampung Perial pagi tadi.

Hadir sama dalam program itu, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah atau Abe Uji.

Ia merupakan program pertama Nasharuddin setelah ketidakhadirannya di Manek Urai, termasuk pada hari penamaan calon Ahad minggu lalu.

"Kehilangannya" itu telah menimbulkan pelbagai andaiaan, terutama sekali apabila beliau sebelum ini ditegur Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan.

Mengulas lanjut, Nasharuddin mengesahkan bahawa beliau sakit dan mendapatkan rawatan di hospital sebelum ini, seperti dilaporkan media.

Ditanya sama ada beliau merupakan "mangsa persepsi", Nasharudin berkata beliau akan menjelaskan perkara itu, bersama isu-isu lain selepas pilihanraya kecil Manek Urai 14 Julai ini.

Katanya, beliau mengambil sikap tidak memberikan respons kepada media sebelum ini kerana mendakwa "media Malaysia tidak bebas untuk melaporkan".

Ditanya tentang jangkaan isu yang akan dimainkan BN, beliau berkata: "Saya lihat mereka (BN) tidak ada isu."

Beliau juga enggan menjawab soalan mengenai pendiriannya sekarang berhubung isu kerajaan perpaduan.

Jimadie/malaysiakini

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


UMNO Online - Kejatuhan Pas Dan Pakatan Pembangkang <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2012 04:50 AM PST

Kategori Email Pembaca

Kejatuhan Pas Dan Pakatan Pembangkang Bermula Dari Selatan

Lebih tiga tahun lalu yakni pada 14 Julai 2009 seluruh negara tertumpu pada satu pertarungan sengit membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara BN dan Pas dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan.

Persaingan sengit yang berpusat di Selatan Kelantan itu walaupun berpihak kepada Pas namun kemenangan yang diperolehinya terlampau tipis hanya dengan kelebihan 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi majoriti yang Pas perolehi pada PRU 12 2008.

Bermula dari situ gema kebangkitan Gelombang Merah semakin dirasai sementara di masa yang sama riak resah kerisauan semakin mencengkam kepimpinan Pas di Kelantan.

Kira-kira empat bulan kemudiannya atau lebih tepat lagi pada 4 November 2009, sekali lagi Selatan Kelantan menjadi pentas tumpuan ramai apabila berlaku pertembungan kali kedua membabitkan BN dan Pas, kali ini berlangsung di DUN Galas, Gua Musang.

Semasa PRK Manek Urai Pas hanya sekadar menang nyawa-nyawa ikan, di PRK DUN Galas pula berikutan semarak Gelombang Merah yang dipelopori UMNO semakin mendapat tempat di hati rakyat, akhirnya menyebabkan Pas tewas terduduk dengan majoriti 1,190 undi.

Kebetulannya baik di PRK Manek Urai mahupun Galas yang lokasinya terletak di Selatan Kelantan ini, kedua-duanya menyaksikan undi sokongan untuk Pas semakin merosot sekalipun jentera pilihanrayanya didokong kuat oleh jentera PR dari PKR dan DAP.

Manakala di pihak BN pula jelas menunjukkan peningkatan undi sokongan yang amat ketara berikutan kembalinya sebahagian penyokong UMNO yang sebelumnya berpaling tadah pada PRU 2008 disamping meningkatnya kesedaran rakyat terhadap kelemahan urus tadbir Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Satu perkara yang agak menarik, kejatuhan Pas di Kelantan pada akhir dekad 70-an dulu juga bermula dari Selatan Kelantan berikutan kebangkitan rakyat negeri ini membantah pelbagai penyelewengan konsesi kayu balak yang telah dilakukan oleh pemimpin Pas dan kroni mereka.

Antaranya termasuklah melibatkan tanah seluas 350,000 ekar tanah di yang digadaikan kepada syarikat Timber & Mine dari Singapura untuk tujuan pembalakan.

Selain itu, faktor protes oleh penyokong bekas MB Pas Kelantan, Muhammad Nasir yang di pecat dari Pas kerana sikap mesranya dengan pemimpin UMNO pula kemudiannya menambah parah yang akhirnya menyumbang kepada kembalinya BN menguasai Kerajaan Negeri.

Jika dilihat pada senario di atas, kelihatan coraknya hampir sama. Tidak mustahil kejatuhan Pas di Kelantan akan bermula dari Selatan dengan mengambil semangat kebangkitan rakyat sebagaimana diterjemahkan dalam PRK Manek Urai dan Galas.

Sementelah lagi, sebahagian besar rakyat Kelantan semakin sedar kewujudan utama Ladang Rakyat di Gua Musang dan Kuala Krai yang membabitkan keluasan tanah lebih 80,000 ekar sebenarnya berkait rapat dengan konsesi pembalakan yang hanya menguntungkan syarikat Cina DAP dan Cina Singapura yang mempunya hubungan rapat dengan kepimpinan Pas Kelantan.

Sementara itu, dalam konteks politik nasional pula, tika ini PR kelihatan begitu memfokuskan tumpuan mereka ke arah selatan tanahair yakni Johor dengan andaian mereka berpeluang memperalatkan masyarakat Cina untuk menyokong PR dalam PRU 13.

Namun melihatkan kesepaduan sokongan yang diterjemahkan oleh rakyat Johor semasa PRK DUN Tenang di mana menyaksikan undi sokongan untuk BN dari majoriti orang Melayu Islam, Cina dan India semakin meningkat naik, jelas sekali PR bakal menghadapi kesukaran untuk mengekalkan 7 kerusi yang mereka miliki apatah lagi menawan kerusi lain.

Di antara Kelantan dan Johor pula, kedua-dua negeri ini menampilkan satu percanggahan pendirian PR yang ketara di mana, mereka sepakat menyokong pembinaan kilang Petrokimia yang disarankan dibina di Bachok Kelantan, sedangkan di Johor pula pakatan pembangkang begitu lantang menentang pembinaan kilang Petrokimia di Pengerang atas nama penjagaan alam sekitar dan tanah rakyat

Kontradiks sebegini menampakkan agenda perjuangan PR lebih banyak menambah keraguan besar dalam fikiran rakyat apatah apabila ia dilakukan oleh kepimpinan PR dan NGO proksinya hasil dari pembiayaan dan hasutan kiasu Singapura.

Johor adalah nadi kekuatan UMNO dan jantung hati BN malah budaya rakyatnya agak berbeza walau berlainan agama dan bangsa, lagi kuat ia diasak lagi rapat kesepaduan rakyat menentang anasir adu domba pembangkang, sebagaimana dibuktikan melalui PRK DUN Tenang.

Baik senario Selatan Kelantan mahupun Selatan tanahair yang membabitkan negeri Johor, kedua-duanya juga berkongsi satu rumusan, kejatuhan Pas di Kelantan dan kemusnahan PR pada PRU 13 tidak syak lagi akan bermula dari Selatan.

Pendeta Kamil

Berita Bertarikh Pada 29 November 2012 8:50 PM

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Unit AMAL & Nisa DUN <b>Demit</b> Turut Serta Membantu Mangsa Banjir <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2007 05:49 PM PST

Kenangan ketika menghantar Misi Kemanusian Unit Amal DUN Demit ketika banjir besar di Johor pada tahun 2006

KOTA BHARU, 18 Dis. Biar pun langit kelihatan cerah, namun kampung-kampung yang terletak tidak jauh dari Sungai Golok semakin banyak ditenggelami air bah.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri jumlah mangsa banjir di Pasir Mas setakat jam 10 pagi tadi meningkat kepada 7,906 orang, manakala di Tanah Merah berkurangan kepada 738 orang dan Kuala Krai (72 orang).

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan pagi tadi seramai 10,756 orang. Paras air di Tangga Krai, Kuala Krai 24.9 meter, Jambatan Guillemard di Tanah Merah 16.61 meter dan Tambatan Diraja 5.10 meter iaitu melepasi paras bahaya, katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya jumlah mangsa banjir semakin meningkat di Rantau Panjang disebabkan limpahan daripada air Sungai Golok ekoran pelepasan air di sebuah empangan di Selatan Thailand.

Manakala jalan-jalan yang masih ditutup kepada lalu lintas iaitu di Km 55 jalan Kuala Krai Gua Musang akibat tanah runtuh.

Oleh itu kata jurucakap tersebut laluan alternatif bagi pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu boleh melalui jalan raya Gua Musang – Jeli melalui Jelawang.

Bagaimanapun di Km 30 jalan raya Gua Musang Jeli berlaku runtuhan tanah berhampiran Sekolah Kebangsaan Jelawang petang semalam. Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan sekarang, katanya.

Namun menurut sumber jalan itu masih boleh dilalui kepada semua jenis kenderaan.

Jalan ke Pantai Cahaya Bulan yang ditutup sebelum ini sudah boleh dilalui sepenuhnya.

ImageDi RANTAU PANJANG, kawasang yang paling terjejas teruk akibat dilanda banjir. Pasukan Unit Amal Kelantan dan Nisa kini bekerja keras membantu mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi sejak Sabtu lalu. Unit Amal & Nisa DUN Demit juga turut menghantar wakil bagi membantu mangsa-mangsa disana.

Di kawasan itu terdapat 1,800 penduduk yang dipindahkan dari beberapa kampung yang terjejas teruk akibat paras air Sungai Golok melimpah.

Bendahari Unit Amal Kelantan, Rosli Abdul Samad berkata, terdapat sembilan keluarga yang tinggal di pusat pemindahan tersebut sejak seminggu lalu.

Anggota Nisa seramai 40 orang juga membantu mangsa-mangsa banjir di Gual Periuk dan Kubang Kual, Rantau Panjang sejak beberapa hari lalu. Unit Amal mulai turun padang membantu mangsa banjir di Tanah Merah sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun kawasan itu kini air sudah surut dan anggota Nisa juga membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah-rumah mereka, katanya.

Baru-baru ini, seramai 90 keluarga berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Suria, Tanah Merah. Mereka dibantu 10 anggota Unit Amal dan Nisa terutamanya aspek penyediaan makanan.

Rosli juga berkata, Unit Amal dari kawasan-kawasan yang tidak dilanda banjir turut tampil membantu mangsa-mangsa banjir di Tumpat dan Rantau Panjang.

Kita juga akan mengerahkan semut merah (Unit Amal) bagi membantu mangsa-mangsa banjir seperti dilakukan di Johor tahun lepas untuk membersihkan rumah-rumah mereka, ujarnya.

Unit Amal Kelantan & Demit mempunyai pengalaman luas dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Johor tahun lepas, termasuk kawasan yang terjejas teruk. Boleh rujuk kepada artikel lepas di link ini: Misi Kemanusian Unit Amal DUN Demit ketika banjir besar di Johor pada tahun 2006

Selain itu, Dewan Muslimat PAS dan Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) turut turun padang bagi membantu mangsa-mangsa banjir. –SyGz

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


JALAN PULANG: ADUN <b>Kelaboran</b> Nafi Bernikah Dengan Abby Abadi

Posted: 02 Aug 2012 06:59 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi (ganbar) yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.

Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.

"Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.

"Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

"Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil  langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya," kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium laman sosial twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.

Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, "hai abby... betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran" dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata.

Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat 'jodoh' hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik.

ads