Ahad, 25 Mac 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


shameel iskandar: KHASIAT BELUT

Posted: 20 Mar 2012 06:09 AM PDT

Tak kenal maka tak cinta. Jom kita berkenalan dengan belut dan sekali gus menjadi pencinta belut. Mudah-mudahan dengan ini, perasaan geli terhadap belut akan segera terhakis dan terkikis. Mudah-mudahan juga, segala pandangan negatif terhadap belut akan segera lebur dan berkubur.

Sejujurnya, saya adalah antara pengemar belut. Setiap kali bercuti di kampung, saya pasti akan mengunjungi mana-mana warung atau restoran yang menyajikan masakan belut. Di sekitar Bachok Kelantan, pelbagai masakan belut dapat dinikmati di beberapa buah restoran dan warung-warung. Antara yang popular ialah sup belut, tom yam belut, belut paprik dan maggi belut. Jujur dan ikhlas, belut sangat enak dan mesra selera.

KHASIAT BELUT( fakta ini saya perolehi dari SINI)

  • Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.
  • Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.
  • Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.
  • Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.
  • Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.
"Jom Pakat Jadi Pencinta Belut."

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Berjalan Guna Jari Kaki | Detik Perubahan

Posted: 20 Mar 2012 08:10 PM PDT

KUALA KRAI – Masalah saraf tegang pada kaki menyebabkan seorang orang kurang upaya (OKU) dari Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Mengkebang, di sini, terpaksa berjalan menggunakan jari kaki sejak berusia dua tahun.

Bagi mengatasi masalah kaki kanannya itu, OKU terbabit, Muhammad Isyraff Ismail yang kini berumur 19 tahun menjalani pembedahan ketika berusia lima tahun bagi mengendurkan urat saraf pada bahagian tersebut.

Bapa Muhammad Isyraff, Ismail Abas, 49, berkata, pembedahan itu membolehkan tumit kaki anak sulungnya itu rapat ke tanah seperti insan normal lain tetapi pada masa sama, menyebabkan urat pada lututnya pula menjadi kendur.

"Sebelum pembedahan, anak saya terpaksa terus berjalan sebaik sahaja dia berdiri dan tidak boleh berhenti atau pun memperlahankan pergerakannya.

"Selepas pembedahan pula, dia masih boleh berjalan tetapi mudah lenguh dan tidak boleh berdiri lama menyebabkan dia terpaksa guna kerusi roda," katanya di sini, semalam.

Dia ditemui selepas menerima sumbangan kerusi roda ditempah khas untuk kegunaan Muhammad Isyraff daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman, di sini, semalam.

Hadir sama, Penghulu Mukim Mengkebang, Hussin Taib dan Penghulu Tanpa Mukim Dewan Undangan Negeri (Dun) Mengkebang, juga Ketua Dewan Pemuda Pas Dun itu, Abdul Hashim Jusoh.

Turut menerima sumbangan sama bekas Imam Mukim Jambu, Dun Cempaka, Kota Bharu dan kini menetap di tanah rancangan itu, Wan Chik Wan Omar, 37, yang lumpuh akibat jatuh pokok sejak lebih setahun lalu.

Ismail berkata, keperluan kepada kerusi roda bertambah apabila Muhammad Isyraff melanjutkan pelajaran di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), dekat Bangi, Selangor, Januari lalu.

"Buat masa ini, dia guna kerusi roda yang dipinjam daripada PLPP Bangi untuk teruskan pengajiannya dalam bidang komputer tetapi kami kena tanggung kos baiki kalau rosak.

"Sebab itu, kami sekeluarga amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Abdul Latiff atas sumbangan ini," katanya yang mempunyai seorang lagi anak berusia 16 tahun.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata, kerusi roda khas berharga kira-kira RM1,500 setiap satu itu disalurkan melalui Tabung OKU di bawah Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Untuk tahun ini sahaja tidak termasuk sumbangan hari ini, sudah empat kerusi roda kita beri kepada penduduk Dun Mengkebang yang memerlukan iaitu masing-masing satu di Kampung Bukit Sireh dan Mengkebang serta dua di Chenulang," katanya. – Sinar Harian

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Budak Perempuan Berjambang Dan Berbulu Lebat <b>Di Bachok</b>

Posted: 25 Mar 2012 05:30 PM PDT

BACHOK: Hampir keseluruhan tubuhnya dipenuhi bulu tebal sehingga wajahnya berjambang, malah suaranya juga garau. Itu keunikan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Nurul Afida Batrisya Razi dari Kampung Canggong, dekat sini.

Walaupun berbeza, kanak-kanak itu menjalani kehidupan seperti rakan seusianya, malah bersekolah di prasekolah Taski Al-Yakubiah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kampung Nipah, dekat sini.

Ibunya, Asliza Omar, 37, berkata walaupun keadaan anaknya luar biasa dan sering menarik perhatian sesiapa yang melihatnya, dia tidak malu, malah tidak menghalang anaknya itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain.

"Ketika dilahirkan, beratnya hanya dua kilogram dan hampir seluruh tubuhnya dipenuhi bulu yang lebat. Bagaimanapun, saya bersyukur dia sihat.

"Kekurangannya ketika ini lambat bercakap," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiga Sekolah Kekal Kelulusan 100 Peratus <b>Di Bachok</b> | Detik <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 03:13 AM PDT

Saupi (tiga kiri) selepas menyampaikan keputusan kepada salah seorang pelajar cemerlang, Luqman Amri di SMKA Tok Bachok tangah hari tadi.

Oleh IZZ MIQAEL

BACHOK – Tiga buah sekolah menengah dalam Pejabat Pelajaran Bachok berjaya mengekalkan kecemerlangan kelulusan 100 peratus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Saupi Majid berkata, tiga buah sekolah tersebut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tok Bachok, SMK Dato' Perdana dan SM Teknik Bachok dan  mencatatkan kelulusan am 100 peratus bagi SPM 2011.

Menurutnya, 14 calon pula mendapat keputusan 'straight A' yang didominasi oleh  SMKA Tok Bachok apabila tiga calonnya mencatat '11  A'.

"Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya mencatat keputusan cemerlang bagi SPM 2011terutamanya 14 calon 'straight A' daripada semua sekolah yang terlibat.

"Sekolah lain yang mendapat 'straight A' ialah tiga pelajar dari SMK Beris Panchor, empat pelajar dari SMK Long Yunus dan empat dari SMK Bachok," katanya.

Katanya, kelulusan am PPD Bachok tahun 2011 ialah 91.11 peratus dengan Gred Purata Sekolah 4.79.

Menurutnya, tahun ini juga mencatat sejarah tersendiri apabila dua pelajar dari SMKA Tok Bachok mendapat keputusan 11A+ buat julung kalinya dalam sejarah PPD Bachok.

Dua pelajar tersebut ialah Luqman Amri dan Mohd Syafiq Shazwan Saipul Bahari.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Mat Sabu pulih semangat penduduk <b>Manek Urai</b> - Dewan Pemuda <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 06:25 PM PST

KUALA KRAI, 21 Feb: Peristiwa cemas penduduk di Dun Manek Urai pada Julai 2009, diserang umpan kebendaan kini semakin dilupakan.

Sebaliknya hari ini mereka bangkit mengumpulkan semula kekuatan lama, ketika PAS hanya tinggal dua kerusi Dun pada pilihan raya umum 1978 di Kelantan.

Ketika itu PAS hanya bertahan di Dun Manek Urai dan Sering (Panchor).

Longgokan duit dikatakan diangkut menggunakan helikopter ditabur menjelang hari pengundian pada 14 Julai 2009, menambah semangat penduduk bagi mempertahankan PAS.

Semangat lama dibangkit kembali apabila ramai penduduk memenuhi program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di padang Majlis Daerah Dabong di Manek Urai Lama petang semalam.

Semangat berkobar-kobar turut dipamerkan anak muda apabila seramai 100 belia menyambut dan mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke program berkenaan.

Perarakan motosikal kapcai sejauh dua kilometer dengan mengibarkan bendera hijau seperti menenggelamkan aura kedatangan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Manek Urai Baru dua minggu lalu.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, berbeza jauh apabila rakyat datang beramai-ramai tanpa perlu diangkut pada program yang diadakan di Markas PAS Kampung Manek Urai Lama.

"Berbeza dengan kehadiran TPM apabila guru-guru dan kakitangan kerajaan pusat dikerah hadir sehingga pelajar dibenarkan pulang awal pada hari berkenaan.

"Kita boleh lihat sendiri dua situasi yang berbeza. Saya nampak rakyat di Dun Manek Urai bangkit semula selepas mereka dikejutkan pada pilihan raya kecil lebih dua tahun lalu," katanya ketika ditemui di program berkenaan.

Menurutnya kedatangan Timbalan Presiden PAS seperti memulihkan semula semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dun Manek Urai.

Program Pemimpin Bersama Rakyat dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri bermula jam 3 petang. Hadir pegawai penerangan urusetia terbabit, Norhashimah Deraman.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Panduan dan tip membeli-belah <b>di Rantau Panjang</b>

Posted: 25 Mar 2012 09:02 AM PDT

beli belah di rantau panjang

Pada artikel kali ini, Cuti-Cuti Kelantan ingin memberi review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini.

Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand.

Apa yang boleh didapati?

Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di Rantau Panjang terdapat lebih banyak pilihan dan sesetengah barang lebih murah dari Pengkalan Kubor. Di sini, anda boleh mendapat barangan negara jiran seperti toto, jersi bola, seluar jeans levis, kasut, beg tangan, periuk belanga, tikar, tudung bawal, pinggan mangkuk, kuali dan pelbagai lagi. Pendek kata "macam-macam ada".

Jersi bola dan sportwear

Jika anda pengemar jersi bola, inilah tempatnya. Walaupun barangan imitation ataupun tiruan, kualiti kainnya amat baik dan seakan-akan original. Malah jika diperhatikan, tumpuan muda mudi khususnya lelaki pastinya akan shopping jersi bola seperti jersi kelab Barcelona, Manchester United atau Chelsea umpamanya. Pastikan anda memilih jersi gred A dan maklumkan kepada pekedai. Harga jersi di Rantau Panjang adalah yang paling murah di Kelantan. Jika dibandingkan dengan baju original yang dijual di butik Al-Ikhsan contohnya, harga disini berkali ganda lebih murah. Sedangkan kualiti kain tidak jauh berbeza dan selesa memakainya. Harga jersi-jersi tersebut memang susah untuk ditawar di sini kerana harga yang diletakkan memang murah dari tempat lain. Namun ada sesetengah kedai mengenakan harga yang agak tinggi. Jadi jangan terus beli, sebaliknya survey harga terlebih dahulu. Anda akan dapat melihat perbezaan ketara antara kedai, ada sehingga RM10 bezanya!. Pastikan mendapat jersi yang dibeli di dalam plastik yang dilipat dengan kemas. Jangan tak percaya, kebanyakan peniaga online mengambil barangan di Rantau Panjang dan menjualnya dengan keuntungan sehingga 50%.

Kedai jersi murah Rantau Panjang

Antara lubuk jersi paling murah terletak di dalam paling hujung di lorong Bazar Mimi

Jersi bola di rantau panjang

Pelbagai jenis jersi dari kelab luar dan dalam negara

jersi bola di rantau panjang

Jersi bola Harimau Malaya

Pinggan Mangkuk

Pelbagai jenis pinggan mangkuk pelbagai jenama dan jenis yang diimport dari luar negara boleh anda dapati di sini. Dari jenama Vantage, Corelle, Tefal, Corningware, Visions, Pyrex dan pelbagai lagi. Pastikan barangan bukan tiruan dengan bertanya kepada penjual terlebih dahulu. Dari segi harga amat berpatutan dan ketika terdapat sale, harganya memang murah. Pada waktu cuti sekolah, biasanya pekedai akan menawarkan promosi dan diskaun untuk sesetengah barangan.

Kedai Pinggan Mangkuk di Rantau Panjang

Kedai pinggan mangkuk berjenama di Rantau Panjang

Corningware di Rantau Panjang

Set pinggan Corningware yang popular

Periuk Belanga

Pelbagai jenis periuk tempatan dan dari Thailand

 

Periuk dan kuali import berjenama Tefal

Disini juga anda boleh mendapatkan periuk dan kuali import terutamanya jenama Tefal. Anda boleh mendapatkan barangan ini dengan harga yang istimewa. Dijual dengan pelbagai saiz dan pilihan. Harga di sini tidak jauh beza di Pulau Langkawi, dan jika dibandingkan dengan yang dijual di pasaraya, disini lebih murah.

Kuali Tefal Rantau Panjang

Kuali Tefal original dari Perancis

Periuk,  kuali tempatan, toto dan bantal

Periuk belanga yang di jual di sini memang banyak. Bergantung kepada saiz, jenis dan kualiti. Jenama yang famous adalah periuk cap helang dan kuali cap buaya. Oleh kerana terdapat banyak kedai yang menjual barangan ini, seperti biasa survey terlebih dahulu.

Toto dan bantal adalah barang yang berbaloi dibeli bila ke Rantau Panjang. Jenama toto yang paling famous dan berkualiti adalah  Greentex. Selain itu anda juga boleh dapatkan jenama Sweeten dan Narita. Kualiti kain yang digunakan untuk toto jenama Sweeten kurang berkualiti berbanding Greentex. Jadi, sebab itu harganya lebih murah.

Kedai murah di Rantau Panjang

Deretan kedai yang dicadangkan. Kawasan ini agak lapang dan tidak berbumbung.

Periuk cap buaya di Rantau Panjang

Periuk cap buaya

Barangan kanak-kanak

Semestinya banyak. Bantal, baju, selimut, patung berwatak Upin Ipin, Ben10, Nemo, Doraemon, Ultraman dan sebagainya memang banyak disini. Belilah sebagai kenangan untuk anak anda. Barangan seperti ini mesti pilih yang masih baru kerana banyak yang warnanya sudah pudar kerana terdedah kepada panas akibat peniaga meletakannya diluar kedai.

Makan-makan di Rantau Panjang

Apabila membeli belah di Rantau panjang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan special dari Thailand yang tidak terdapat di tempat anda. Terdapat pelbagai jenis juadah mahupun resipi istimewa yang terdapat di sini dan ia berselerak di seluruh tempat  membeli belah di Rantau Panjang. Bila berkunjung ke Rantau Panjang, tidak perlulah memperuntukkan masa yang lama untuk makan. Cukup sekadar makan dan minum untuk menambah tenaga dan membasahkan tekak sahaja. Kerana anda datang ke Rantau Panjang untuk shopping sakan bukan?  Menu yang anda wajib cuba jika berkunjung kesini adalah seperti mee celup, pulut ayam, baba ais krim dan pelbagai jenis 'lokcing' / hotdog.

Makan di Rantau Panjang

Mee sup dan pulut durian menu pembuka selera sementara menunggu keluarga bershopping

Hot dog di Rantau Panjang

Pelbagai jenis hotdog dan satey ikan mesti dicuba dalam perjalanan pulang

Baba Ais Krim Rantau Panjang

Baba Ais Krim. Dijual diatas basikal. Mengandungi pulut, jagung, roti dan kacang. Wajib cuba

Barang yang anda dibeli kena cukai?

Sepanjang penduduk tempatan yang kerap membeli belah di Rantau Panjang, tidak pernah pula ditahan oleh pihak Kastam walaupun nombor plat kereta penulis bukan plat Kelantan. Kalau ditahan pun mereka tidak pernah membuka bonet, hanya bertanya apa yang dibeli. Barangan yang dikenakan cukai adalah barangan buatan Thailand seperti toto, beras,  pinggan mangkuk dan sebagainya (itupun jika dibeli dalam kuantiti yang sangat  banyak dan dibeli secara borong).  Jangan risau, kebarangkalian anda dikenakan cukai hanya sedikit sahaja. Sekadar beli untuk keperluan tidak mengapa. Tetapi jika nampak sangat beli barang penuh kereta penulis tidak jamin la pulak. Pandai-pandai la anda sorok-sorok sikit barang yang dibeli ye..

Cukai di Rantau Panjang

Papan tanda cukai 10% tidak termasuk beer dan rokok

 

Peniaga cekik darah

Ya, sekarang ni heboh dikatakan pelawat mula merundum kerana segelintir peniaga mengenakan harga yang melampau semasa cuti sekolah. Alasan mereka, masa inilah peluang untuk kaut keuntungan lebih memandangkan orang dari luar Kelantan akan berpusu-pusu ke sini. Antara ciri-ciri peniaga sebegitu adalah seperti mereka susah untuk tawar menawar dan kurang mesra dengan pelanggan. Anda dinasihatkan tidak membeli di kedai seperti itu. Peniaga cekik darah, wajib dipulaukan. Untuk itu, perlu banding-bandingkan antara kedai ke kedai sebelum membeli sesuatu barangan.

 

Tips membeli belah di Rantau Panjang

  • Bawa orang Kelantan supaya lebih mudah dan senang untuk tawar menawar, ataupun mereka yang boleh 'kecek kelate' (cakap loghat kelantan). Kalau tiada pun tidak mengapa, anda boleh praktikkan beberapa tip yang disediakan untuk mendapatkan harga yang istimewa dan mengelakkan dari dikenakan harga tidak masuk akal.
  • Tawar menawar terus dengan tauke kedai.
  • Pergi ke kedai tumpuan yang ramai pembeli dari kalangan penduduk tempatan. Jika tidak mahu membuang masa survey harga di Rantau Panjang, cari sahaja kedai yang mana ramai pembelinya dari kalangan warga tempatan. Peluang anda berjumpa kedai paling murah sangat cerah.
  • Elakkan datang ke sini pada hari Jumaat dan Sabtu terutamanya pada waktu petang kerana pada waktu inilah waktu yang paling sesak dan sukar untuk tawar menawar, membeli pun tidak tenang dengan orang ramai, ditambah pula terik panas.
  • Masa sesuai untuk membeli-belah adalah jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Pada waktu ini pengunjung belum ramai, jadi pekedai biasanya akan melayan anda jika anda ingin merunding harga sesuatu barang. Datang lebih awal lebih baik kerana lebih banyak masa dapat diperuntukkan untuk survey segenap kedai di Rantau Panjang bagi mendapatkan harga yang terbaik.
  • Perlu diingat, pekedai letih melayan karenah pembeli untuk tawar menawar, berkomunikasilah dengan pekedai dengan berhemah dan beramah mesra lah dengan mereka.
  • Anda penat dan lapar semasa membeli belah disini? Usah risau. Anda akan dapati kedai makan sangat banyak. Anda disarankan untuk singgah dimana-mana kedai makan disini. Masakan Kelantan + Siam banyak disediakan oleh kebanyakan kedai makan. Pasti anda berasa teruja untuk mencubanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


SAINS: Majlis Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Negeri <b>Kelantan</b>

Posted: 24 Mar 2012 05:36 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]17 Nov 2011 Surat pemilihan bahasa untuk P & P sains matematik tahun 2012 di bawah MBMMBI kesemua sekolah menengah dan rendah negeri Kelantan. &&&104. 3 Nov 2011 Surat Jemputan Solat hajat Perdana SPM dan STPM ..... Tahniah kepada PPD Pasir Puteh dan PPD Kota Bharu kerana sekolah di bawah kawalan iaitu SMK Gaal dan SK Zainab 2 telah mendapat tempat pertama. Posted by KPP Sains, JPN Kelantan at 5:36 AM · Email ThisBlogThis!

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Kerajaan <b>Kelantan</b> sudah sedia jumpa Umno <b>di</b> mahkamah

Posted: 24 Mar 2012 12:25 AM PDT

KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan sudah bersedia bertemu dengan pihak tertentu di mahkamah dalam isu 'Tanah Rizab Melayu Kelantan' yang didakwa tergadai.

Ini kerana dakwaan tersebut jelas satu pembohongan, kata ADUN Bunut Payung yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu Kelantan tergadai adalah bohong sama sekali.

"Bahkan mereka cuba memutar belitkan fakta kepada rakyat jelata," kata beliau yang merupakan seorang peguam.

Mengulas isu terkini pada ceramah isu-isu pilihan di Pintu Geng, Dun Bunut Payung malam tadi, beliau menegaskan, "Dan lihatlah, kita jumpa di mahkamah."

Turut berucap pada majlis itu Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Laporan media baru-baru ini memetik dakwaan Umno bahawa pemerintahan Kerajaan Kelantan selama 20 tahun telah menggadai tanah milik Melayu di negeri ini, yang terletak dalam Tanah Rizab Melayu, bahkan dijual kepada syarikat bukan Bumiputra atas nama pembangunan selain pajakan.

Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri  berkata dakwaan itu menunjukkan Umno 'seolah-olah tidak faham'  tentang Tanah Rizab Melayu di Kelantan.

"Tapi sebenarnya mereka buat-buat tidak faham,  bertujuan untuk mengelirukan rakyat Kelantan, bahawa seolah-olah Kerajaan Negeri telah menggadai Tanah Rizab Melayu," katanya.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha  Agung PAS Pusat berkata mengikut undang-undang negeri, Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930 tidak sama dengan Tanah Rizab Melayu di negeri lain termasuk Pahang, Perak, Perlis dan Johor.

Mengikut undang-undang , Tanah Rizab Melayu di negeri lain bahawa semua tanah dalam negeri berkenaan "tidak rizab Melayu", melainkan beberapa tempat saja.

"Tetapi di Kelantan, semua tanah di Kelantan adalah Tanah Rizab Melayu, kecuali beberapa tempat.

"Ini bermakna, di Kelantan lebih banyak Tanah Rizab Melayu," katanya.

Mengikut  Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930, Tanah Rizab Melayu di Kelantan adalah semua tanah di Kelantan, kecuali Daerah Batu Mengkebang, Kuala Krai (Daerah Penggawa).

Daerah Galas, Gua Musang, Daerah Temangan, Machang (kecuali Lot No. 183 sehingga Lot No. 193 dan juga 126 sehingga Lot No 223 Pekan Temangan).

Bahagian-bahagian di dalam Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 10 dan Seksyen 11 Bandar Kota Bharu.

"Itu saja. Ini bermakna, sedikit di Kuala Krai (Batu Mengkebang) dan sedikit di Gua Musang.

"Yang tidak menjadi Tanah Rizab Melayu ialah Daerah Galas saja dan di Temangan, Machang (kecuali beberapa lot di mana tidak semua Daerah Temangan itu bukan Tanah Rizab Melayu).

"Kesimpulannya, di Kelantan ini Tanah Rizab Melayu adalah kira-kira 75 peratus, manakala Tanah Tidak Rizab Melayu pula tidak lebih daripada 25 peratus," beritahu beliau.

Beliau mengulas dakwaan Umno Tanah Rizab Melayu telah dijual kepada bukan Melayu.

"Bahawa di Kelantan ini, Undang-Undang Tanah adalah  'unique', berlainan dengan di tempat lain," jelasnya.

Mengulas lanjut, Takiyuddin mendakwa sejak 1990 tidak pernah Kerajaan Pusat tidak 'menindas' Kerajaan Negeri khususnya dari segi pembangunan dan sumbangan kewangan yang 'sepatutnya' diberikan kepada Kerajaan Kelantan.

Namun dalam urusan tanah, Kerajaan Negeri menggubal dasar bahwa mana-mana syarikat yang hendak melabur di negeri ini tanpa mengira sama ada dari syarikat Bumiputra atau bukan Bumiputra atau syarikat 'setengah-setengah' Bumiputra dengan bukan Bumiputra yang mahu melabur di negeri ini adalah dialu-alukan.

Mengikut dasar negeri, syarikat yang melabur di Kelantan mesti bekerjasama dengan syarikat Kerajaan Negeri atau pun Badan-Badan Negeri termasuk Yayasan Islam Kelantan (YIK), Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Perbadanan Ladang Rakyat.

"Kita syaratkan bahawa pelabur berkenaan mesti bekerjasama dengan syarikat dan agensi Kerajaan Negeri selain memberi 30 peratus keuntungan kepada Kerajaan Negeri, manakala 70 peratus kepada pelabur berkenaan.

"Dan tanah berkenaan tidak pernah diberi oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat pelabur, dan itu cara kerajaan kita, ianya tidak bercanggah dengan undang-undang.

"Manakala taraf tanah pajakan berkenaan masih lagi 'taraf Tanah Rizab Melayu', tidak berubah,"terang beliau.

Sikap Kerajaan Negeri dalam isu tanah berbeza dengan Umno.

Beliau mendakwa Umno bukan saja tidak 'memberi tanah' kepada bukan Bumiputra, bahkan kepada Bumiputra pun Umno 'memilih bulu' sama ada berkaitan dengan Pengerusi Perhubungan Umno atau Ketua Bahagian walau pun itu berlaku sesama Umno.

Oleh itu, tegas Takiyyddin, dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu tergadai itu adalah bohong sama sekali, bahkan cuba memutar belit fakta.

Kelantan negeri paling banyak mempunyai Tanah Rizab Melayu di negara ini iaitu kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan 1,492,200 hektar keluasan negeri.

Media mendakwa status quo Tah Rizab Melayu di Kelantan yang selama ini dilindungi Enakmen Tanah Kelantan 1930 kini semakin banyak tanah berkenaan dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, dengan tempoh pajakan mencecah 99 tahun.

Dakwaan itu menyebut ianya dilakukan sejak 20 tahun lalu oleh kerajaan PAS Kelantan selepas mendapat kelulusan daripada Exco bertanggungjawab, atas alasan pembangunan.

Menurut dakwaan, antara kawasan terbabit ialah Tanah Rizab Melayu di tapak projek Pembangunan Lembah Sireh, Bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, pusat beli-belah KB Mall, Tune Hotel serta Ladang Rakyat.

Laporan itu menyebut semua Tanah Rizab Melayu yang dipajak itu membabitkan ratusan hingga ribuan hektar yang asalnya berstatus tanah pertanian dengan bayaran premium sangat rendah seperti tanah seluas 400 hektar diluluskan kepada pemaju bukan Bumiputera bagi membangunkan projek Lembah Sireh dengan bayaran premium hanya RM1 juta sahaja.

Sementara itu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) baru-baru ini didakwa membuat laporan polis terhadap 'Kerajaan Pas Kelantan' mengenai dakwaan banyak tanah Rizab Melayu didakwa terancam selepas dipajakkan kepada syarikat bukan Bumiputra.

Perkasa juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


pengajar.info: Program Bakti Siswa UiTM bantu calon UPSR

Posted: 07 Mar 2012 10:34 AM PST


Sebahagian murid yang menyertai senaman pagi sempena Program Khidmat Bakti Siswa D'Banquers 2012 di Sekolah Kebangsaan Demit, Kota Bharu, baru-baru ini.
KOTA BHARU 6 Mac - Persatuan Diploma Pengurusan Bank Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Kelantan menganjurkan Program Khidmat Bakti Siswa D'Banquers membabitkan seramai 104 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Demit di sini baru -baru ini.
Seramai 40 penuntut yang terlibat bagaimanapun perlu melalui proses temuduga terlebih dahulu bagi memastikan mereka benar-benar berminat serta komited menjayakan program berkenaan.
Pengerusi Persatuan D'Banquers, Wan Mohamad Khairi Wan Ibrahim berkata, mereka yang merupakan murid tahun enam diberi pendedahan awal mengenai pelbagai maklumat sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam persekolahan peringkat menengah.
"Sebilangan besar daripada mereka masih kurang mempunyai keyakinan diri termasuk untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)," katanya di sini baru-baru ini.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Guru Besar SK Demit, Asmah Jusoh.
Wan Mohamad Khairi berkata, melalui program tersebut, peserta akan membantu 'adik angkat' mereka bagi mencapai kecemerlangan akademik, selain membina keyakinan diri untuk menghadapi persaingan pada masa hadapan.
Jelasnya, sepanjang dua hari program tersebut, murid telah diterapkan dengan nilai-nilai kepentingan mengurus diri dan masa melalui aktiviti termasuk solat berjemaah, latihan berkumpulan serta ceramah.
"Mereka juga diberi kata-kata perangsang dan semangat supaya mengulang kaji pelajaran, seterusnya mencapai kecemerlangan akademik dan meningkatkan kualiti hidup pada masa hadapan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Rektor UiTM Kampus Kota Bharu, Zulkharnain Yusoff berkata, program khidmat bakti itu berkesan dalam melatih penuntut berurusan dengan masyarakat.
"Mereka bebas memilih program yang hendak diadakan dan kaedah digunakan supaya bersesuaian keperluan masyarakat. Dari situ, ia dapat membina kemampuan pelajar terbabit dalam mengurus program-program berbentuk komuniti," katanya.
Beliau berkata, pelaksanaan program tersebut diharap dapat membina keyakinan diri murid-murid terlibat sebelum mereka menduduki UPSR, seterus mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan itu.

Jengka 19: Utusan Online - Timur

Posted: 06 Mar 2012 11:07 AM PST


Unifest di USM Kubang Kerian

Posted:

Unifest di USM Kubang Kerian

Oleh YATIMIN ABDULLAH utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 6 Mac - Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian menjangkakan Fiesta Universiti (Unifest) 2012 yang bermula Khamis ini bakal menarik lebih 3,000 pengunjung.

Program selama tiga hari itu akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah, pameran, pemeriksaan kesihatan, derma darah dan pemeriksaan gigi.

Penolong Pendaftar Unit Perhubungan Awam kampus, Nor Heliza Mukram @ Sulaiman berkata, Unifest dianjurkan untuk membuka peluang kepada penuntut mendekati masyarakat melalui program di dewan, jualan produk di gerai-gerai dan permainan.

"Karnival ini juga membolehkan pengunjung luar masuk ke kampus untuk mendapatkan produk yang diinginkan termasuk peralatan komputer dan buku-buku melalui jualan gerai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Program Bakti Siswa UiTM bantu calon UPSR

Posted:

Program Bakti Siswa UiTM bantu calon UPSR


Sebahagian murid yang menyertai senaman pagi sempena Program Khidmat Bakti Siswa D'Banquers 2012 di Sekolah Kebangsaan Demit, Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 6 Mac - Persatuan Diploma Pengurusan Bank Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Kelantan menganjurkan Program Khidmat Bakti Siswa D'Banquers membabitkan seramai 104 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Demit di sini baru -baru ini.

Seramai 40 penuntut yang terlibat bagaimanapun perlu melalui proses temuduga terlebih dahulu bagi memastikan mereka benar-benar berminat serta komited menjayakan program berkenaan.

Pengerusi Persatuan D'Banquers, Wan Mohamad Khairi Wan Ibrahim berkata, mereka yang merupakan murid tahun enam diberi pendedahan awal mengenai pelbagai maklumat sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam persekolahan peringkat menengah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

90 pelajar agama sertai Matrikulasi Perubatan UniSZA - TATiUC

Posted:

90 pelajar agama sertai Matrikulasi Perubatan UniSZA - TATiUC

KUALA TERENGGANU 6 Mac - Seramai 90 pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah terpilih di negeri ini bakal merintis program Matrikulasi Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)-Kolej Universiti TATI (TATiUC) yang dijangka bermula Oktober ini.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri akan berusaha mendapatkan kuota 30 peratus bagi penempatan anak negeri menyambung pengajian dalam bidang itu setiap tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, kesemua pelajar perintis itu akan diambil dari sekolah-sekolah terpilih terutama sekolah aliran agama seperti Imtiaz.

Katanya, usaha itu dibuat bagi melahirkan lebih ramai profesional khususnya doktor perubatan yang arif dalam ilmu agama termasuk hafiz al-Quran.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


LKIM Baiki 200 Rumah Nelayan Miskin | Detik Perubahan

Posted: 25 Mar 2012 02:26 AM PDT

LKIM memberikan bantuan pemulihan kepada kira-kira 200 buah rumah nelayan di DUN Perupok khas untuk nelayan miskin.

BACHOK – Nasib kira-kira 1,000 ahli keluarga nelayan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok terbela apabila 200 buah rumah yang didiami mereka layak menerima bantuan pemulihan rumah yang dikhaskan bagi golongan nelayan miskin.

Penyelaras (Jabatan Pembangunan Persekutuan JPP) bagi kawasan terbabit, Datuk Mohammad Zaidi Sidek berkata, sebahagian mereka terpaksa tinggal di rumah-rumah usang yang hampir roboh hasil peninggalan orang tua masing-masing.

"Mereka tidak mampu membaikpulihnya berdasarkan pendapatan antara RM500 hingga RM600 sebulan," katanya selepas berucap merasmikan mesyuarat agung Persatuan Nelayan Bachok di Pangkalan Petah di sini, hari ini.

Lebih 300 nelayan kawasan berkenaan menyertai majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Mazlan Hamat.

Zaidi berkata, kerja-kerja mengenainya akan dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula 1 April depan dimana dibawah fasa pertama membabitkan 60 buah rumah.

Katanya satu pasukan khas yang dianggtotai "tukang-tukang rumah" akan ditubuhkan bagi menjalankan gerak kerja membaikpulihnya secara gotong-royong.

Sementara itu, Mazlan ketika berkata, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan sudah mengenalpasti kira-kira 1,000 buah rumah nelayan miskin di empat jajahan perlu dibaikpulih bermula awal bulan depan.

Katanya, ia membabitkan Jajahan Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu dan Tumpat yang memerlukan peruntukkan antara RM5 hingga RM10 juta.

"LKIM akan menilai keperluan sesebuah rumah mereka sebelum meluluskan peruntukkan minima RM5,000 dan maksima RM10,000," katanya.

Mazlan berkata kebanyakkan rumah-rumah mereka mengalami kerosakan teruk pada beberapa bahagian termasuk atap, ruang bumbung, dapur dan bilik tidur akibat angin kencang dari Laut Cina Selatan yang melanda sepanjang musim tengkujuh lepas.

Katanya, peruntukkan itu sebahagian daripada peruntukkan RM100 juta yang diluluskan oleh kerajaan pusat bagi tujuan membaikpulih rumah-rumah nelayan miskin di seluruh negara pada pembentangan bajet akhir tahun lepas.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Amy <b>di Tanah Merah</b>.......Miz U lah - Remyhazza - Yes

Posted: 01 Mar 2012 02:11 AM PST

Salam utk semua...... hai2..... moga ceria semuanyer......
pelik tak tajuk remy pada kali nie ???
Amy di tanah merah.....
he3.... nothing to worried about..... 
amy di tanah merah tu sebenarnya nama sebuah restaurant.....
remy translate kan.... sebenarnya... nama restaurant tersebut adalah Amy red land Chinese kelantan restaurant.....
best sangat lepaking kat sini dua hari lepas.....dah lama remy tak mkn2 kat sini... selalu lalu jer..... alang2 dah ada geng bas sekolah yg memang geng kaki mkn, remy bawaklah ke sini.....
sebenar restaurant nie ade dua cawangan... satu terletak berhampiran dgn stesen komuter nilai dan satu lagi yg remy lepak nie kat area persimpangan ke kota seri emas.
deco kat dlm restaurant nie pun cantik.....
tengok dari jauh pun dah menarik minat kita utk singgah selalu.....
kemas dan yg penting....nampak kebersihan diutamakan.....
presentation food pun not bad.....
sedap2 mknan kat sini......byk pilihan dan rega yg masih dibwh tahap  
mampu......aritu remy mkn tomyam yong tau fu.... diet ler tu konon....tapi kalau dah semangkuk... diet ker ???
manakala kenkawan yg lain ade yg mkn kueh tiaw tomyam, bihun sup dan juga hotplate noodle...... setiap satu nampak menarik sangat.... tak kedekut inti.....
tapi satu jer air feberet remy kat sini........ remy suka ice lemon tea sebab ade sentuhan buah pala dalam air tea tersebut...... so rasanya ade sedikit kelainan dari ice lemon tea ditempat lain....wangi buah pala....
so moh kita mkn2......sesekali kena tomyam semangkuk....panas jugak telinga kan.....? tapi biler dpt mkn free dessert puding hijau tu.... sejuk rasanyer hati.....
enjoy your meal....yummy2....

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Hidangan air kelapa aiskrim dan mee celup <b>di</b> Warung Moksu <b>Pasir</b> <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2012 08:36 AM PDT

warung kurnia ibu atau kedai moksu

Inginkan hidangan 'ringan' yang lazat di suasana yang mendamaikan? jom ke kedai Moksu di Pasir Mas. Warung Kurnia Ibu atau lebih mesra dipanggil 'kedai Moksu' sangat popular di Pasir Mas. Lokasinya ditepi landasan keretapi. Warung ini sudah lama beroperasi iaitu sejak tahun 1980an lagi. Menariknya, warung ini merupakan antara pelopor minuman berasaskan kelapa (coconut shake) di Kelantan. Dahulunya warung ini  kecil dan beratapkan daun nipah sahaja. Kini, ia  lebih selesa dan ruang makan lebih luas. 'Signature dish' di warung ini tentulah minuman coconut shake dan mee celup. Selain  itu, pelbagai jenis masakan panas dan western boleh didapati di sini.

coconut shake

Hilangkan penat berjalan dengan air kelapa susu ais krim

mee celup

Mee celup campur pasti menyelerakan

Apa yang sangat istimewa adalah minuman coconut shake dihidangkan dengan pelbagai jenis rasa aiskrim pilihan seperti vanilla, coklat, keladi, pandan dan pelbagai lagi. Suasana di sini sangat mendamaikan. Layanan juga sangat memuaskan dengan mempunyai pekerja yang sopan serta memakai pakaian rasmi dan siap berkepiah. Sangat disyorkan mencuba di warung ini jika singgah di bandar Pasir Mas.

suasana di warung kurnia ibu

Suasana di warung kurnia ibu

di tepi landasan keretapi

Di sebelah kiri gambar adalah jalan keretapi

warung kurnia ibu dalam NST

Disiarkan di dalam NST pada tahun 2010

Menu pilihan: Coconut shake + asirkim, mee dan kuetiaw celup

Tips:

  1. Tidak digalakkan untuk pergi selepas pukul 5 petang kerana kebiasaannya mee celup telah habis pada waktu ini.
  2. Ruang parking agak terhad, waktu puncak adalah tengahari, ramai budak sekolah akan ke warung ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ads