Selasa, 21 Jun 2011

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


UMNO Online - Kira-kira 20000 Ahli UMNO Sambut PM <b>Di Pasir Puteh</b> 2 <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2011 10:52 PM PDT

Kategori Berita Lain

Kira-kira 20,000 Ahli UMNO Sambut PM Di Pasir Puteh 2 Julai Ini

PASIR PUTEH, 22 Jun – Kira-kira 20,000 ahli  UMNO  BahagianPasir Puteh dijangka menyertai program lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke jajahan ini dalam rangka lawatan kerja beliau di Kelantan sehari pada 2 Julai ini.

Ketua UMNO  Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata selain itu badan-badan bukan kerajaan (NGO) terutama golongan belia, peniaga, petani dan nelayan akan turut serta pada majlis berkenaan.

"Lawatan ini julung kali diadakan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menyandang jawatan Perdana Menteri," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri akan menemui peniaga di Pasar Pasir Puteh dan pemandu kereta sewa yang dilantik sebagai "duta kecil" untuk membantu kerajaan dalam usaha menyampaikan konsep 1Malaysia kepada masyarakat umum.

Katanya selepas majlis berkenaan, Najib akan ke Sekolah Kebangsaan Seri Aman untuk menemui anggota parti termasuk pegawai-pegawai kerajaan persekutuan terutama kaum pendidik dan akan menyampaikan amanat penting kepada mereka.

Zawawi berkata pada kesempatan itu beliau akan menyampaikan hasrat penduduk Pasir Puteh yang mahukan kerajaan pusat menyegerakan pembinaan sebuah institusi pengajian yang berasas kejuruteraan laut yang dicadangkan dibina di Tok Bali.

Perdana Menteri kemudiannya akan menemui Veteran UMNO  di Masjid Pulai Lima dan menunaikan solat yang kemudiannya ke Machang dan sebelah malamnya pula di Kota Baharu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.


Berita Bertarikh 22 June 2011 Pada 1:52 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

20000 ahli UMNO sertai rakyat sambut Najib <b>di Pasir Puteh</b> : N9 Kini

Posted: 21 Jun 2011 10:35 PM PDT

PASIR PUTEH: Kira-kira 20,000 ahli UMNO Bahagian Pasir Puteh dijangka menyertai program lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke jajahan ini dalam rangka lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan pada 2 Julai ini.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, berkata selain itu badan bukan kerajaan (NGO) terutama golongan belia, peniaga, petani dan nelayan akan turut serta pada majlis berkenaan.

"Lawatan ini julung kali diadakan selepas Datuk Seri Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri akan menemui peniaga di Pasar Pasir Puteh dan pemandu kereta sewa yang dilantik sebagai "duta kecil" untuk membantu kerajaan dalam usaha menyampaikan konsep 1Malaysia kepada masyarakat umum.

Katanya, selepas majlis berkenaan, Najib akan ke Sekolah Kebangsaan Seri Aman untuk menemui ahli parti termasuk pegawai Kerajaan Persekutuan terutama kaum pendidik dan akan menyampaikan amanat penting kepada mereka.

Zawawi berkata, pada kesempatan itu beliau akan menyampaikan hasrat penduduk Pasir Puteh yang mahukan kerajaan pusat menyegerakan pembinaan sebuah institusi pengajian yang berasas kejuruteraan laut yang dicadangkan dibina di Tok Bali.

Perdana Menteri kemudian akan menemui veteran UMNO di Masjid Pulai Lima dan menunaikan solat sebelum ke Machang. Pada sebelah malam, Najib akan ke Kota Bharu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Jengka 19: Utusan Online - Rencana

Posted: 18 Jun 2011 03:19 PM PDT

Gamat jadi sumber inspirasi

Gamat jadi sumber inspirasi

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
Foto IZHAM JAAFAR & Ihsan PROF. DATUK DR. HASSAN YAAKOB


HEALIN, hasil penyelidikan Dr. Hassan yang tidak dapat ditandingi.


DUA kali hampir mati lemas, dua minggu terlantar di hospital akibat dipatuk ular, terpaksa diselamatkan bomba gara-gara tidak boleh turun dari pokok dan seminggu sesat di hutan sudah cukup untuk menggambarkan betapa 'nakalnya' personaliti hebat ini.

Bukan setakat itu, namakan apa saja permainan yang popular di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 60-an, kesemuanya 'dalam tangan' Prof. Datuk Dr. Hassan Yaacob yang lebih dikenali sebagai Hassan Gamat.

Semuanya mahu dicuba. Laga ayam, laga biji getah, menangkap ikan, masuk hutan mencari buluh untuk dibuat wau, bermain gitar dan pelbagai aktiviti lagi mewarnai zaman kecilnya. Dia juga pandai menganyam jala, tinju siam menjadi kegemaran sehingga mencapai peringkat berlimau.

Justeru tidak hairanlah jika dia menyifatkan adakalanya dirinya seperti mati hidup semula lantaran peristiwa-peristiwa yang dialami semasa zaman kanak-kanak dan di alam persekolahan.

Mengimbau kisah diselamatkan bomba, Dr. Hassan tersenyum. Keinginannya melihat sarang burung helang di atas pokok besar mencabar keterujaannya untuk memanjat pokok tersebut. Selepas hasrat tercapai, tatkala mahu turun baru terasa gayat apabila angin membuai dahan yang dipijak. Maka terpaksalah dia menunggu diselamatkan pasukan bomba.

Di sebalik pengalaman yang pelbagai Dr. Hassan tidak boleh lupa kejadian dia dan rakan-rakannya tersesat di dalam hutan. 'Ekspedisi' ke kawasan air terjun di Manek Urai berlangsung tanpa pengetahuan keluarga. Dari Kuala Krai, mereka menaiki van ke Manek Urai. Dari situ, kumpulan tersebut berjalan kaki selama sejam sebelum sampai ke destinasi.

Ekspedisi ke air terjun berakhir dengan tragedi sesat di dalam hutan selama seminggu menyebabkan keluarga masing-masing membuat laporan polis.

Dr. Hassan mengakui pencapaiannya semasa sekolah rendah 'below average'. Malah, sekolah bukan keutamaannya. Dia sering ponteng. Biar dipaksa mahu pun dirotan - kalau katanya tidak mahu bersekolah, maka buatlah macam mana sekali pun jangan harap dia akan ke sekolah.

Jika pun ke sekolah, perjalanan balik sering melencong ke tempat lain. Beca yang sepatutnya membawanya pulang ke rumah kebiasaannya dibiarkan menunggu lantaran ada 'dunia' lain yang menunggu untuk diteroka Dr. Hassan.

''Selalu saya balik jalan kaki sejauh lima kilometer sebab banyak benda yang diteroka. Masuk hutanlah dan main macam-macam.

''Perasaan ingin tahu sangat tinggi ketika itu lebih-lebih lagi persekitaran saya memang diwarnai dengan corak kehidupan yang aktif dengan pelbagai kegiatan,'' katanya ketika ditemui di House of Healin di Temasya Industrial Park, Shah Alam Rabu lalu.

Sains

Biar pun tidak cemerlang di sekolah dan sering duduk di kelas terakhir, namun bakatnya dalam bidang sains amat menyerlah. Markah bagi mata pelajaran sains sering menyamai malah adakalanya lebih baik berbanding pelajar kelas A.

Auranya sebagai saintis bermula apabila dia curi-curi membawa pulang asid hidroklorik dari makmal dan menggunakannya untuk menyuntik tikus-tikus yang ditangkap setiap Khamis malam Jumaat.

''Semasa sekolah menengah lagi saya dah biasa guna jarum untuk suntik tikus. Perasaan ingin tahu dan berani mencuba telah ada dalam diri saya sejak kecil lagi,'' kata pengasas Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd itu.

Kecenderungan Dr. Hassan untuk berjaya dalam pelajaran terdetik apabila melihat abangnya melanjutkan pelajaran ke Scotland.

Memasuki tingkatan tiga, penuntut Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu itu mula terasa berdebar mengingati peperiksaan LCE yang bakal didudukinya. Ketika itu dia mula 'kehilangan' rakan-rakan sepermainan yang kebanyakannya menghabiskan masa mentelaah pelajaran.

Dr. Hassan turut berbuat demikian sehingga lulus peperiksaan dan satu-satunya pelajar yang terpilih memasuki aliran sains di Maktab Sultan Ismail. Selepas itu beliau terus cemerlang dalam bidang sains sehingga ke tingkatan enam walaupun terpaksa mengulangi peperiksaan MCE kerana gagal mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Kisah budak nakal itu bertukar menjadi siri penjelajahan saintis terkenal apabila beliau atas tiket biasiswa JPA dan UM melanjutkan pelajaran ke Royal College of Surgeons (terkenal sebagai universiti pemenang Nobel Prize). Di situ segala-galanya bermula.

Dr. Hassan yang merupakan satu-satunya anak Melayu di universiti tersebut bijak menyesuaikan diri dengan masyarakat di sana tanpa ada rasa kekok jauh sekali gentar untuk bersaing. Peluang bergaul dengan 'orang putih' mengajar Dr. Hassan tentang cara hidup serta corak pemikiran masyarakat barat.

''Tidak ada budaya mengumpat, daya saing di kalangan mereka sangat tinggi selain terbuka dan bersedia menerima orang lain yang berbeza keturunan dan warna kulit,'' katanya.

Tamat pengajian dengan membawa pulang ijazah kedoktoran, Dr. Hassan meneruskan khidmat di di Jabatan Farmakologi, Universiti Malaya. Dunia penyelidikannya cuba diperluaskan namun terlalu banyak kekangan selain budaya 'yang terpakai hanya dalam jurnal dan buku'.

Keadaan itu menyebabkan kegilaan Dr. Hassan untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan menjadi agak terbatas. Dia cenderung mengkaji tentang gamat yang bukanlah asing bagi dirinya dan orang kampung.

''Saya masih ingat ketika itu baru pulang ke tanah air pada tahun 1989. Satu malam saya terdengar nenek yang baru menjalani pembedahan di bahagian perut mengerang kesakitan. Keesokan harinya saya suruh nenek ke hospital, tapi dia enggan.

''Hari-hari kemudiannya saya tidak lagi dengar nenek mengerang. Apabila ditanya nenek memberitahu dia menggunakan air gamat, lukanya juga sembuh,'' katanya yang memulakan projek perintis penyelidikan gamat pada 1989 iaitu selepas sembilan tahun berada di luar negara.

Biarpun penyelidikan tersebut gagal namun Dr. Hassan tidak berputus asa mahu mencari jawapan bagaimana air gamat yang berbau hanyir itu mampu merawat luka dan mempunyai kuasa penyembuh.

Dia yang teruja turun ke Pulau Pangkor, namun projeknya gagal apabila mentimun laut yang diperolehinya bukan gamat yang sebenar. Dr. Hassan memberitahu terdapat 29 jenis mentimun laut di Malaysia dan lebih 180 di seluruh dunia tetapi bukan semuanya gamat.

''Hanya satu spesies iaitu Stichopus horrens atau mentimun laut keemasan adalah gamat. Dan saya pergi ke Pulau Pangkor sekali lagi untuk melihat bagaimana ekstrak gamat diperbuat,'' katanya.

Beliau berjaya memperoleh geran penyelidikan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menerusi program Penyelidikan Intensif dalam Bidang Keutamaan (IRPA) yang akhirnya membawa kepada kejayaan membuktikan ekstrak gamat yang ditulenkan mengandungi sebatian aktif.

Sebatian tersebut bukan sahaja mampu merawat luka tetapi kesan penyembuhan yang sangat tinggi.

Hasil penyelidikannya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Ditanya prinsip hidupnya, Dr. Hassan mengakui dia bukan seorang yang sensitif, justeru apa saja tohmahan atau cakap-cakap orang langsung tidak menjadi masalah baginya.

''Saya juga amat terbuka, bersedia menerima kritikan dan belajar daripada kritikan tersebut,'' katanya yang sinonim dengan jenama Healin serta berjaya melahirkan usahawan Melayu yang ada di antaranya berpendapatan RM1 juta.

Selepas 15 tahun berkecimpung dalam bidang keusahawan, Dr. Hassan kini masih giat menjalankan penyelidikan. Malah setiap Sabtu beliau sendiri turun padang merawat pesakitnya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Healing membina rangkaian usahawannya sendiri sehingga diiktiraf Perbadanan Nasional Berhad (NPNS) sebagai syarikat francais terbesar dan paling berdaya maju.

Tokoh Maulidur Rasul 2008 yang juga bapa kepada tiga cahaya mata itu tekun dalam setiap apa yang dilakukannya. Membaca, berkebun dan beriadah adalah kemestian rutin hariannya. Hasratnya mahu melihat usahawan Melayu berjaya dan dia percaya peranan yang dimainkan mampu menyumbang ke arah itu.

Namun segala-galanya bermula daripada sikap serta keinginan usahawan Melayu untuk membina kejayaan, malangnya kebanyakan usahawan hanya berjaya sekerat jalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


UMNO ARAH GURU KAFA TUKAR ALAMAT IC

Posted: 14 Jun 2011 04:51 PM PDT

KOTA BHARU, 13 Jun: Impian Umno mahu merampas Kelantan rupa-rupanya berselindung di sebalik agenda sulit dengan memperalat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Difahamkan PPD diminta menyenaraikan nama-nama guru Kelas al Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang mengajar di sekitar Kota Bharu untuk ditukar alamat kad pengenalan (IC) ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bunut Payong.

Setiausaha Majlis Tindakan Dun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman (gambar) berkata, seramai hampir 50 guru Kafa dilihat berada di sebuah wakaf dalam kawasan Wisma Persekutuan antara jam 9 hingga 11 pagi 28 Mei lalu.

Katanya, seorang lelaki mengaku bertanggungjawab membekalkan borang pertukaran alamat kepada setiap guru Kafa yang datang.

"Kemudian seorang demi seorang guru Kafa diminta lelaki terbabit naik ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyerahkan borang yang telah diisi di wakaf.

"Lelaki itu memberitahu alamat-alamat baru yang diisi guru Kafa terbabit menggunakan alamat milik anggota jawatankuasa Umno Kota Bharu yang tinggal di Dun Bunut Payong," katanya di sini.

Menurutnya guru Kafa yang selesai urusan di pejabat JPN kemudian dilihat turun semula ke wakaf  menemui lelaki terbabit.

Difahamkan juga guru Kafa yang sedia menukar alamat diberi sedikit habuan.

Sementara itu tinjauan Harakahdaily di perkarangan Wisma Persekutuan dan pejabat JPN pagi tadi tidak lagi kelihatan kelibat agen berkenaan.

Difahamkan juga Umno cuba mempengaruhi pegawai di JPN bagi membolehkan pertukaran alamat dilakukan secara berkumpulan bagi mempercepatkan urusan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon.

Satu sumber memberitahu pemimpin Umno terbabit datang merayu kepada pegawai kanan di JPN bagi membolehkan proses pertukaran alamat dipercepatkan.

Bagaimanapun rancangan itu gagal memandangkan JPN Kelantan tidak melayan kerana menyalahi peraturan.

Difahamkan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon hanya boleh dibuat di pejabat JPN bukan melalui agen tertentu.

(ikuti pembongkaran sendikit tersebut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

 Dari Harakahdaily.net

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Lelaki, anak sumbang mahram lahir 3 anak

Posted: 19 Jun 2011 08:29 PM PDT

KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak.

"Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira 'taubat terpaksa' dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha). "Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu," kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

MALU...pasangan ayah dan anak dibawa masuk ke mahkamah, semalam.

Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2,000 itu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak. Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3,000.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguat kuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur. Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram).

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam. Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

"Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar. Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu," kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka. Zaini berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji.

Petikan : BHarian 20/06/2011 dan HMetro 20/06/2011.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


mazni rahim || me.myself.and.i: Lawatan II : <b>Rantau Panjang</b> dan <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2011 06:11 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kami bertolak dari Taman Tamadun Islam ke Rantau Panjang pada pukul 11.30 pagi. Kami tiba di Rantau Panjang pada pukul 3.30 petang Aku rasa semua orang tahu apa yang bestnya kat Rantau Panjang ni. ...

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » FA: <b>Kelantan</b> PAS atau <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2011 02:32 AM PDT

Haris Zalkapli

Pasukan bola sepak Kelantan akan bertemu Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Kuala Lumpur malam ini. Dalam suasana politik yang menyentuh dan menyelinap ke seluruh pelusuk kehidupan pada masa kini, perlawanan ini menjadi satu isu sentral dalam wacana politik popular negara ini.

Seperti juga perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2009 dan 2010, simbol politik akan dapat diperhatikan secara meluas menjelang, semasa dan selepas perlawanan Kelantan dan Terengganu malam ini.

Penyokong PAS umumnya mengaitkan Kelantan dengan parti itu, disebabkan penguasaan PAS lebih 20 tahun di negeri itu.

Tetapi, seperti yang disaksikan pada tahun lalu, perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan Kelantan dengan Negeri Sembilan berjaya dimanfaatkan oleh Umno untuk menumpang imej positif.

Perlawanan yang diadakan selepas pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Galas di Kelantan menyaksikan usaha kedua-dua pihak menggunakan perlawanan itu untuk mendapat manfaat politik.

Secara sedar, kedua-dua PAS dan Umno menggunakan sentimen menuju perlawanan itu untuk menyumbang kepada imej positif masing-masing.

Umno, walaupun kurang dikaitkan dengan Kelantan, berjaya memanfaatkan sentimen sekitar perlawanan itu dan kemenangan pasukan Kelantan melalui beberapa tindakan yang dilakukan, termasuk menyediakan pengangkutan untuk penonton.

Selepas perlawanan, Tan Sri Annuar Musa dilapor meraikan kejayaan dengan memakai baju korporat Persatuan Bola Sepak Kelantan dalam majlis politik, dan sambutan Piala Malaysia yang dibawa ke Kelantan disesuaikan untuk memberi manfaat kepada Umno.

Annuar kekal sebagai orang kuat Umno Kelantan walaupun ada usaha memasukkan tokoh lain ke negeri itu, seperti pada pilihan raya umum 2008.

PAS, untuk tidak ketinggalan membalas dengan memberikan anugerah kepada pemain-pemain Kelantan, mengikat kejayaan pasukan bola sepak itu dengan kerajaan PAS negeri Kelantan.

Hal yang sama dapat diperhatikan ekoran kejayaan pasukan negara menjuarai Piala Suzuki akhir tahun lalu, apabila kedua-dua kumpulan pembangkang dan pemerintah bersaing mendekatkan diri dengan kejayaan itu.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kelihatan cuba mengatasi satu sama lain memberikan ucapan tahniah dan anugerah kepada pasukan negara.

Kelantan, yang seorang pemainnya menjadi salah seorang pemain kebangsaan yang cemerlang, mendapat manfaat imej positif hasil kemenangan itu.

Menteri besar Kelantan muncul di media dalam upacara memberikan anugerah kepada pemain cemerlang itu, Khairul Fahmi Che Mat.

Dalam perlawanan hari ini, Kelantan akan menemui Terengganu, negeri yang juga mudah dikaitkan dengan Umno kerana dikuasai parti itu sejak memenanginya semula pada 2004.

Terengganu pernah diangkat sebagai pasukan PAS dan simbol kejayaan parti itu apabila memenangi Piala Malaysia pada 2001, semasa masih di bawah pemerintahan PAS.

Sentimen politik kepartian membentuk wacana popular penyokong-penyokong PAS pada masa itu, tidak lama selepas sentimen reformasi 1998 menghasilkan perubahan kerajaan di Terengganu pada pilihan raya umum 1999.

Dalam perlawanan di Bukit Jalil malam ini, Terengganu ialah "negeri Umno" bagi penyokong PAS, seperti juga Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Malaysia dengan Kelantan selama dua tahun lalu.

Sentimen ramai penyokong PAS yang mengikuti sukan bola sepak ialah sokongan untuk Kelantan, simbol paling jelas parti itu dalam sukan negara ini.

Semasa, dan paling utama selepas perlawanan malam ini, simbol-simbol politik akan dapat diperhatikan lagi, digunakan semua pihak berkepentingan untuk membina imej positif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


AWAS PAS..Kamu Akan Tercicir <b>Kelantan</b> Dalam PRU 13

Posted: 08 May 2011 12:18 PM PDT

Kickdefella (7 Mei 2011)

Muktamar PAS pertengahan tahun ini akan menyaksikan ke arah manakah para perwakilan PAS ingin membawa komitmen Parti Islam Se Malaysia bagi berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang.

Tiga keputusan yang bakal menyusur. Pertama, mengekalkan tekad PAS memperjuangkan Islam sepenuhnya dan mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu. Kedua, melebarkan arus tsunami 2008 dengan meneruskan usaha meraih sokongan pemilih-pemilih bukan Melayu dan bertapak di kerusi-kerusi campuran di bandar. Atau ketiga, mengekalkan momentum 2008 disamping mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu.

Pilihan yang pertama dan ke tiga boleh mencalari komitmennya terhadap Pakatan Rakyat. Pilihan yang kedua pula boleh mengakibatkan keciciran sokongan terhadap PAS di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu.

Perwakilan PAS harus sedar, walaupun hari ini mereka menikmati jentera Pakatan Rakyat tetapi di dalam berhadapan dengan PRU13 kelak, mereka tidak lagi menikmati kekuatan maya seperti PRU12.

Hari ini kekuatan media dan media maya PAS kembali kendur seperti asalnya sewaktu PRU1999 dan PRU2004. Kekuatan media dan media maya PAS hanya tertumpu kepada pejuang-pejuang dan aktivis-aktivis parti yang dalam kata ringkas hanya mampu berhujah dengan cara totok, penuh kekerasan dan caci-maki menjurus kepada meraih sokongan dari pembaca yang sudah menyokong mereka.

Di Kelantan arus perubahan sudah mula menjadi gelombang. Penduduk di kawasan bandar dan pesisir bandar sudah mula jemu dengan kemelut yang mereka hadapi akibat kegagalan Kerajaan Negeri Pimpinan PAS menyelesaikan isu-isu asas seperti kemudahan air bersih dan sistem saliran yang baik dan kebersihan persekitaran. UMNO pula kembali menikmati sokongan yang meningkat di kerusi-kerusi tradisi mereka termasuk di kawasan-kawasan tanah rancangan yang terlepas dalam 2008.

Keputusan kajian peti-peti undi oleh PAS Kelantan sendiri menyaksikan satu pattern yang membimbangkan. PAS Kelantan sedar mereka berhadapan dengan kekalahan di Kelantan.

Nik Aziz yang putih bersih sudah tercemar dan menjadi orang biasa. Pengganti pilihan Nik Aziz, YB. Dato' Husam Musa pula tidak mungkin dapat diletakkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kerana tidak digemari oleh pihak Istana Kelantan yang baru.

Calon popular untuk mengganti MB Kelantan itu pula, seperti YB. Dato' Ahmad Yacob dan YB. Dato' Mohammad Amar dirasai oleh Nik Aziz sebagai tidak memiliki kemampuan yang sewajarnya. Maka, di dalam keadaan begini, Nik Aziz tiada pilihan tetapi memilih untuk terus kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan.

UMNO Kelantan mahu dua dari tiga pilihan yang ada pada PAS iaitu, sama ada Nik Aziz kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan atau, sama ada Ahmad Yakob atau Nik Amar dipilih sebagai penyambung tradisi kepimpinan ulama' di Kelantan. Salah satu daripada 2 pilihan ini, UMNO akan senyum lega.

Tetapi, jika Husam Musa yang dipilih sebagai pengganti Nik Aziz, UMNO akan merasa kelatnya. Apa tidaknya, kebanyakan pimpinan UMNO Kelantan sendiri mengakui kelebihan Husam. Penyokong-penyokong UMNO sendiri akan menyokong Husam.

Husam sendiri berusaha keras untuk memperbaiki hubungannya dengan Istana Kelantan bagaimanapun, pihaknya mendakwa penasihat kepada Al-Sultan Kelantan sebagai penghalangnya.

Kedudukan semasa di Kelantan menyaksikan UMNO berada di dalam kedudukan selesa untuk memenangi 16 buah kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan. Ia di tambah dengan 5 kerusi yang dimenanginya pada 2004 tetapi tewas pada 2008 serta 3 kerusi yang mereka tewas kurang daripada 5% undi dalam tsunami 2008. Keseluruhannya, UMNO dilihat berpotensi memenangi minimum 24 daripada 45 kerusi DUN Kelantan. Kerusi-kerusi tersebut adalah seperti berikut:

A) Kumpulan pertama
1. N01 Pengkalan Kubor
2. N04 Wakaf Bharu
3. N15 Gual Periok
4. N16 Bukit Tuku
5. N22 Jelawat
6. N25 Kok Lanas
7. N29 Selising
8. N31 Semerak
9. N36 Bukit Bunga
10. N37 Air Lanas
11. N38 Kuala Balah
12. N40 Guchil
13. N42 Dabong
14. N43 Nenggiri
15. N44 Paloh
16. N 45 Galas

B) Kumpunan kedua
1. N11 Tendong
2. N23 Melor
3. N27 Gual Ipoh
4. N39 Mengkebang
5. N41 Manek Urai

C) Kumpulan ketiga
1. N21 Perupok
2. N34 Temangan
3. N35 Kemuning

Sementara itu, jika arus pemilih Melayu yang dilihat mula kembali kepada UMNO di dalam beberapa siri pilihanraya kecil semenjak YAB Dato' Seri Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia, PAS turut berkemungkinan besar akan tercicir kerusi-kerusi berikut.

D) Kumpulan keempat
1. N11 Chetok
2. N12 Pengkalan Pasir
3. N20 Tawang
4. N24 Kadok
5. N30 Limbongan
6. N32 Gaal
7. N33 Pulai Chondong

Kewibaan UMNO Kelantan di bawah pimpinan Dato' Sri Mustapa Mohamed juga dapat diukur dengan kemampuan ia mengembeling jenteranya menyakinkan pemilih bahawa Kelantan dibawahnya akan mampu memperbaiki kualiti hidup masyarakat. Jika pemilih yakin dengannya, kerusi-kerusi berikut juga boleh terus tercicir dari genggaman rapi PAS di Kelantan.

E) Kumpulan kelima
1. N02 Kelaboran
2. N05 Kijang
3. N08 Tanjong Mas
4. N09 Kota Lama
5. N10 Bunut Payong
6. N17 Salor
7. N19 Demit

Ada eloknya, perwakilan ke Muktamar PAS sempat bertenang seketika dan menghayati kedudukan semasa dari perspektif yang lebih terbuka sebelum mereka membuang undi untuk menentukan arah tuju parti. Namun begitu, saya suka memetik kata-kata seorang sahabat baik dan bekas ADUN PAS Kelantan, kepada saya di dalam pertemuan baru-baru ini.

"Alo Pok Sheih, tak dok nak rusingnya kalau PAS kalah di Kelantan. Bukan kita tak biasa kalah. Bahkan ana masih yakin, PAS dan pimpinan kita lebih kuat dan lebih banyak benda yang kita buat semasa zaman kita kalah banding dengan zaman kita ada kuasa. PAS ni parti Islam, matlamat kita untuk perjuangkan Islam. Biar kalah asal kita jangan ubah matlamat kita…."

Saya hanya mampu tersenyum kagum dengan semangat tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Sidang DUN <b>Kelantan</b> Hangat Isu Haram Utusan Malaysia « Terompah Besi ™

Posted: 20 Jun 2011 11:16 AM PDT

Tindakan Kerajaan Negeri mengharamkan wartawan Utusan Malaysia membuat liputan semua program dan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran karikatur yang menghina Islam menjadikan sidang pada Isnin hangat memperdebatkan isu berkenaan.

Mat Yusoff Abd Ghani (BN-Nengiri) semasa membangkitkannya pada sesi perbahasan tentang rang undang-undang perbekalan tambahan dengan bertanya adakah adil kerajaan negeri mengecam Utusan Malaysia.

Beliau manambah isu yang diketengahkan akhbar itu telah dilaporkan oleh pelbagai pihak secara umum dan ia adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbar itu sahaja kerana ia milik syarikat yang berorientasikan keuntungan.

Muhamad Mustafa (PAS-Demit) yang mencelah berkata, akhbar tersebut tidak seharusnya menjadi hamba kepada duit dengan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melanggar hukum Allah.

Beliau berkata kerajaan negeri telah berlaku adil dengan tidak mengharamkan penjualan akhbar itu di Kelantan namun hanya menggunakan hak untuk memboikot Utusan Malaysia pada majlis-majlis rasmi.

Sementara itu, Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) mengatakan, adalah tidak wajar bagi Utusan Malaysia untuk memperkecilkan Islam dan hukum hudud terutamanya apabila yang berada di sebalik akhbar itu adalah beragama Islam.

"Saya masih ingat bahawa Kerajaan Kelantan juga melakukan protes terhadap akhbar Denmark kerana menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

"Tetapi dalam kes ini, terdapat satu akhbar Melayu yang melakukan perkara yang memberi kesan yang sama malah ia dilakukan oleh orang yang beragama Islam dan selagi mereka tidak meminta maaf, mereka haruslah menerima akibat daripada perbuatan yang dilakukan,"

Setiasusaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhil Shaari memberitahu pemberita di sini pada Khamis bahawa Utusan Malaysia telah diharamkan daripada membuat liputan terhadap acara-acara yang di hadiri menteri besar dan persidangan dewan undangan negeri berkuatkuasa serta merta.

Beliau menambah bahawa pengharaman itu akan dilaksanakan sehingga akhbar itu meminta maaf di atas perbuatannya menyiarkan karikatur tersebut.

5.958700 102.146872

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


68 pelajar <b>Tanah Merah</b> ditawar ke UiTM « Arkib Akhbar Pusat Sumber BTP

Posted: 08 Jun 2011 05:43 PM PDT

06/06/2011

TANAH MERAH: Seramai 68 pelajar di Parlimen Tanah Merah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian peringkat diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang disampaikan sendiri oleh Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
Ketua UMNO Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, berkata lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menerima tawaran ke UiTM itu perlu menggunakan peluang sebaiknya demi masa depan mereka yang menjadi generasi pelapis mewarisi kepimpinan negara.

"Oleh itu, bersyukur dan berterima kasih kerana kita mendapat peluang belajar di IPT, jangan dipersia-siakan peluang yang ada, jadilah manusia yang tidak menghampakan ibu bapa dan negara.

"Pelajar ditawarkan belajar di IPT disifatkan sebagai bertuah jika dibandingkan dengan rakan kita yang bilangannya masih ramai tidak mendapat peluang itu," katanya pada majlis anjuran Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (PERMATA), di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1, di sini.

Penubuhan PERMATA bertujuan mengumpulkan anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di dalam dan luar Malaysia, dalam sebuah persatuan.

Sementara itu, seorang pelajar, Norfatihah Mohd Hashim, 18, bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang melanjutkan pelajaran program diploma di UiTM Kampus Machang, Kelantan.

Beliau yang sememangnya mengharapkan tawaran belajar di kampus berkenaan, berazam meningkatkan potensi menjadi pelajar cemerlang sekali gus tidak menghampakan harapan keluarga dan negara.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/68pelajarTanahMerahditawarkeUiTM/Article/index_html

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Lawatan II : Rantau Panjang dan <b>Wakaf Che Yeh</b> - Blogger

Posted: 19 Jun 2011 06:11 PM PDT

     Kami bertolak dari Taman Tamadun Islam ke Rantau Panjang pada pukul 11.30 pagi. Kami tiba di Rantau Panjang pada pukul 3.30 petang Aku rasa semua orang tahu apa yang bestnya kat Rantau Panjang ni. Banyak jugak barang yang aku beli. Selain baju, beg dan aksesori untuk diri sendiri, aku belikan untuk mak aku barang-barang dapur. 2 jam meround macam tak cukup je kan...apa taknya aku shopping dengan Cikgu Rahimah (kaunselor SMKBT2) dan kamilah orang terakhir yang naik bas.



     Pukul 5.30 petang kami bertolak ke Kota Bharu dan kami makan malam di rumah Cikgu Fadli (guru sains sukan SMKBT2). Selesai makan malam, kami bertolak ke homestay untuk mandi dan solat. Di awal perancangan, kami ke wakaf che yeh pada pukul 9.00 malam. Tetapi disebabkan bilik air cuma ada dua (satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan), kami hanya dapat bergerak pada pukul 11 malam.

    Wakaf Che Yeh juga terkenal dengan syurga membeli-belah. Disebabkan petang tadi aku dah berhabis kat Rantau Panjang, jadi di sini aku hanya membeli 2 helai baju jersi, kasut sukan serta makan-makan. Apa yang boleh diperhatikan, harga barang di Rantau Panjang dan Wakaf Che Yeh agak ketara juga bezanya. Contohnya, toto dijual pada harga RM32 di Rantau Panjang dan di Wakaf Che Yeh toto yang sama harganya RM60. Yelah, peniaga-peniaga di Wakaf Che Yeh sendiri memborong barang-barang yang mereka jual di Rantau Panjang.

     Akhirnya setelah penat pusing sampai kaki aku melecet, aku bersama Cikgu Rahimah dan Cikgu Fadli bergerak ke tempat parking bas. Boleh Cikgu Fadli sesat nak cari jalan keluar...orang Kota Bharu tu. Sampai di bas, macam biasa aku dan Cikgu Rahimah orang terakhir yang naik bas. Pukul 1.45 pagi, bas bertolak balik ke homestay.  

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads