Khamis, 3 Januari 2013

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Pelajar Tingkatan Empat Ditemui Mati Tergantung | My Berita

Posted: 03 Jan 2013 04:45 PM PST

GUA MUSANG : "Saya dakap seerat-eratnya sebaik melihat dia (arwah) tergantung, dengan harapan dia masih selamat, tetapi meninggal dunia beberapa minit selepas itu." kata Che Mat Daud, 65, bapa kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2, yang mati tergantung, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Tanah Rancangan Felda Chiku 2, ketika pelajar tersebut berada dalam bilik tidur seorang diri.

Che Mat berkata, dia menyedari kejadian berkenaan ketika terdengar jeritan kuat daripada abang mangsa, Mohamad, 22, yang terkejut melihat adiknya tergantung dalam bilik tidur.

Katanya, ketika itu dia baru pulang dari bekerja sebagai tukang rumah dan mangsa bersama abangnya sahaja yang berada di rumah.

"Saya pulang dari kerja, terus menunaikan solat Asar dan keluar semula dari rumah untuk membersihkan kereta sambil memeriksa bateri kerana ingin ke luar lagi.

"Ketika sedang melakukan kerja, saya terdengar suara kuat abang mangsa yang menjerit, lalu saya bergegas naik ke rumah menuju ke bilik," katanya.

Menurut Che Mat yang juga peneroka Felda, hanya beberapa minit selepas dia memotong tali yang menjerut leher anaknya, terus meninggal dunia dan gagal diselamatkan.

"Setahu saya, dia (arwah) tidak bercinta dengan mana-mana budak perempuan hingga sanggup bertindak demikian, tetapi yang saya tahu dia berkeadaan muram selepas kemalangan jalan raya sejak lima bulan lalu," katanya.

Che Ma berkata, arwah pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya apabila motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta dan kepalanya terhantuk di permukaan jalan.

"Bermula dari situ, dia anak bongsu daripada 13 beradik, tidak lagi ceria dan kerap berkurung dalam bilik, tetapi dia memang bersedia untuk bersekolah semula di tingkatan lima apabila persekolahan dibuka Januari ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan motifnya dalam siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Rancangan Felda Chiku 2, pagi semalam.

Sumber

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Manek Urai - Strategi jijik UBN <b>di manek urai</b> - kedai kopi tepi masjid

Posted: 08 Jul 2009 02:45 AM PDT

KUALA KRAI [4.47 pm] - Nampaknya, UMNO kini semakin terdesak dan gusar dengan kekuatan PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri N41 Manek Urai dalam pilihan raya kecil itu 14 Julai ini. Berbagai tipu helah dan strategi yang telah mereka lakukan untuk tujuan mempengaruhi pemikiran rakyat supaya menyokong BN. Difahamkan, antara langkah paling kritikal yang dilakukan oleh UMNO ialah dengan menempatkan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang dipercayai adalah anggota Cawangan Khas PDRM (SB). Sumber menyatakan lebih 500 SB yang menyamar sebagai Guru Sandaran telah ditempatkan dibeberapa buah sekolah yang terletak dalam kawasan peti undi panas UMNO. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menjalankan propaganda bagi pihak UMNO-BN bagi mempengaruhi pengundi-pengundi di kawasan tersebut supaya menyokong BN. Anggota-anggota SB yang mengambil peranan sebagai pengajar di beberapa sekolah di Dewan Undangan Negeri Manek Urai dipercayai sudahpun menjalankan kerja kotor mereka bagi pihak BN sejak sebulan lalu iaitu lama sebelum hari penamaaan calon. "Anggota SB yang berpura-pura bertugas sebagai guru sandaran ini antara lain akan cuba menyelitkan unsur-unsur propaganda Umno dan BN semasa lepak sambil minum di kedai-kedai kopi bersama masyarakat tempatan." Mereka ini ditempatkan di sekolah-sekolah di Manek Urai di mana BN dijangka akan menghadapi tentangan sengit daripada calon Pas dan kerana itu anggota-anggota SB ini dikerahkan untuk memastikan BN menang," kata sumber kepada PDO. Sumber juga menyatakan anggota SB bukan sahaja menyamar sebagai Guru Sandaran tetapi juga menyelinap masuk ke Manek Urai dalam pelbagai peranan dan fungsi. Antara yang dikenal pasti ialah sebagai penoreh getah, peniaga ikan, nelayan, petani, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai dan lain-lain agensi kerajaan. "Mereka ini menyamar dalam pelbagai bentuk pekerjaan bagi mendapat maklumat dan mempengaruhi pemikiran rakyat tempatan supaya membenci Pas. Mereka ini akan hilang dari Manek Urai sejurus selepas pilihan raya," kata salah seorang penduduk yang ditemui.

[Apakah ini satu strategi licik yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pelajaran dan Pengarah Pilihanraya BN di Manek Urai. Menggunakan guru untuk meracuni pemikiran rakyat adalah satu langkah "bijak" yang tidak sepatutnya berlaku sebenarnya. Tindakan menggunakan SB untuk menyamar sebagai Guru Sandaran adalah langkah yang cukup memalukan buat "parti kerajaan" seperti UMNO. Maka itulah, rakyat di Manek Urai perlu berhati-hati dengan pengaruh puak-puak ini. Janganlah menjadikan kuasa untuk melakukan apa sahaja. Kemenangan yang diharapkan oleh UMNO dan BN kini menyebabkan mereka terpaksa melakukan apa sahaja. Justeru itu, rakyat perlulah bijak menilai setiap apa yang dilakukan ini].

sumber :pahang daily
akira8047
kedaikopitepimasjid

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


SUMBER HARTANAH MALAYSIA -DIREKTORI JUAL BELI <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2012 10:04 PM PST

[unable to retrieve full-text content]7 Unit banglo di taman Mesira,Kedai Lalat Kota Bharu; 2 Unit Banglo di Pantai Sabak Berdekatan Sekolah Sabak; 4 Unit Banglo di Belakang Sekolah Bunut Payong Kota bharu; 34 Unit Teres Setingkat di Bandar Pasir Putih ...

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Zon Bebas Cukai <b>Rantau Panjang</b> - Hikayat Budak Pening

Posted: 10 Dec 2012 01:21 AM PST

kata orang, tak sah kalau datang kelantan kalau tak singgah shopping di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, di negeri kelantan ni. (okay, aku tipu. bukan orang yang kata, tapi aku pandai-pandai je kata sendiri). tapi aku rasa, memang betul pon statement tu. kalau di kawasan utara, tempat yang hampir sama dengan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ni selalunya di Padang Besar atau wang kelian di Perlis. kawasan yang kononnya murah dengan barangan-barangan siam. maklumlah, area sempadan.

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang terletak di area Rantau Panjang (of course la), bersempadan dengan thailand melalui sungai golok. (coordinate :   6° 1'4.55"N 101°58'24.92"E)

first time aku ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ni, aku pergi dengan 'geng lelaki'. so, kalau budak lelaki ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ni, selalunya, diorang cari jersi bola. (yup, "diorang" sebab aku tak termasuk - aku budak tak minat bola)

maka, berpeleseranlah kami sehari suntuk di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang tu untuk mencari jersi bola yang paling tinggi kualitinya dengan harga yang termurah. ada yang beli jersi Manchester United, Real Madrid, dan sebagainya. manakala aku cuma masuk tengok saja.

sampai lah dah nak balik, satu-satunya barang yang aku beli di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ni hanyalah satay ikan yang dibakar, macam yang orang siam selalu jual dengan bawak moto tu.

kali kedua aku ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, kebanyakan dari kami adalah budak perempuan. kalau budak lelaki cari jersi, budak perempuan sibuk belek tudung dan teddy bear. sampai masa nak balik, penuh kereta dengan tedy bear.
seperti biasa, aku cuma window shopping saja. tak ada benda pun yang berjaya menarik perhatian aku. sebenarnya, memang ada benda yang aku cari di situ. sebab ada orang kata, kat sini ada jual barang-barang spare part racing motosikal dari siam. kata orang, "barang" siam power2. tapi aku tak jumpa kedainya pun.

mungkin lain kali....  

maa'ssalamah,

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Janji PRU13: Umno <b>Pengkalan Chepa</b> Mahu Lakukan Perubahan <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2012 10:57 PM PST

datuk-dali-husin1KOTA BHARU – Umno Pengkalan Chepa berhasrat untuk menukar wajah kawasan perindustrian di sini jika diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Umnonya, Datuk Dali Husin berkata, kawasan tersebut sudah sinonim dengan gelaran kawasan perindustrian tetapi jika dilihat akhir-akhir ini ramai pelabur sudah meninggalkan Kelantan dan membiarkan ia sepi tanpa sebarang aktiviti ekonomi.

"Perdana Menteri, Datuk Swri Najib Tun Razak sudah memberi kebenaran kepada kami untuk menambah perancangan tersebut di dalam manifesto dan ia bukan sekadar untuk menambat hati rakyat semata-mata hendak menang pilihan raya.

"Tetapi kami akan melakukannya mengikut keupayaan dan yang paling utama adalah demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.

Sebelum itu, beliau menyampaikan Bantuan Wang Ehsan Kepada Pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi Kawasan Parlimen Pengkalan Chepa iaitu seramai 600 orang melibatkan jumlah bantuan bernilai RM368,900.

Menurutnya, jarang kedengaran orang datang ke negeri ini untuk mencari pekerjaan tetapi orang di sini berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki sudah menjadi kebiasaan.

Beliau berkata, melihat kepada masalah tersebut pihaknya berazam untuk membaik pulih ekonomi setempat dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan terutama kepada golongan muda dengan memperkasakan kembali kawasan perindustrian Pengkalan Chepa.

Dali berkata, pihaknya juga akan manaiktarafkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa.

"Selepas ini rakyat Kelantan tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur mahupun Terengganu untuk menunaikan fardu haji di Mekah tetapi boleh terus ke sana melalui negeri ini.

"Semua itu tidak mustahil jika rakyat memberi kepercayaan kepada kami sekali lagi untuk mencorakkan kembali negeri ini," katanya.

Beliau berkata, Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang terletak di kerusi Dewan Undangan Negeri Kijang juga turut tersenarai dalam pertimbangan mereka.

Katanya, kompleks tersebut sepatutnya mampu menampung hasil tangkapan nelayan tempatan dan meningkatkan ekonomi rakyat di sekitarnya.

Dali berkata, bagaimanapun akibat kegagalan pihak berkenaan kini hampir 500 nelayan yang masih aktif di sini tidak dapat menggunakan kemudahan yang ada, malahan mereka terpaksa bekerja mengikut musim.

"Jika muara cetek nelayan tidak dapat turun ke laut dan ia sudah lama berlarutan sehingga menjejaskan sumber pendapatan mereka. – Sinar Harian

ads