Selasa, 19 Februari 2013

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


siapa punya kawasan balak 10526 ekar <b>di</b> relai - Labun Cikgu Lin

Posted: 18 Dec 2012 12:03 AM PST

Aku nak cakap lebih-lebih nanti kena saman pulak .... habis pencen aku.
Oleh itu, BACA, SELIDIK, TELITI dan FIKIRLAH SENDIRI.
PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


RUMAH PENGINAPAN <b>DI MACHANG</b> : homestay <b>di machang</b>

Posted: 12 Feb 2013 02:43 AM PST

kami di RUMAH TAMU NUR SYUWARI menyediakan penginapan yang selesa dan memuaskan untuk sesiapa yang berkunjung ke jajahan machang.Amat sesuai untuk majlis rombongan pertunangan,perkahwinan  yang memerlukan penginapan yang luas dan selesa.

Rumah tamu nur syuwari merupakan rumah semi-D(2 bilik tidur,2bilik air) setingkat yang terletak di taman sri sentosa,kg padang selising,machang ,kelantan.

*1.5 km dari bandar machnag
*1 km dari hospital machang
*5 km dari uitm machang
*10 km dari tanah merah
*2 km dari sekolah menengah agama wataniah
*9 km dari sekolah menegah sains machang
*12 km dari maahad tahfiz pulai chondong.
*20km dari politeknik kok lanas

antara kemnudahan yang ada

*katil quenn dan almari di setiap bilik
*meja makan
*tv,peti ais,tempat pemanas air,seterika
*nescafe segera,sabun mandi,tuala mandi
*bantal dan cadar tambahan disediakan
*WIFI

tempahlah sekarang hanya RM150 per day.untuk tempahan,sila call,sms  012-9538690 or 013-2469.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Bakat Baru Orang Kurang Upaya | Detik Perubahan

Posted: 19 Feb 2013 12:47 AM PST

wt_01.1PASIR MAS – Sebaik melangkah masuk ke dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Hamid 2 di sini, keletah yang ditunjukkan oleh orang kurang upaya (OKU) ketika membuat persembahan ternyata menghiburkan penonton yang hadir menyaksikan pertandingan Bakat Istimewa Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Piala Perdana Menteri 2013 peringkat negeri baru-baru ini.

Meskipun OKU, namun bakat yang dimiliki oleh mereka cukup istimewa, malah setanding dengan manusia norma yang lain ketika membuat persembahan di atas pentas.

Situasi tersebut bukan sahaja mengundang rasa kagum dalam kalangan pengadil pertandingan, tetapi hadirin turut terpegun dengan bakat yang dimiliki oleh insan istimewa berkenaan.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Md. Noor Chik berkata, program yang diinspirasikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan OKU di PDK.

Menurutnya, melalui program ini juga pihaknya dapat memupuk kesedaran orang ramai bahawa golongan OKU mempunyai hak sama rata untuk terlibat dalam kesenian dan kebudayaan.

"Pertandingan ini merupakan medium terbaik untuk menunjukkan bakat yang apa pada diri mereka. Secara tidak langsung mampu memberikan gambaran positif kepada masyarakat bahawa OKU boleh berjaya sekiranya diberikan peluang.

"Pertandingan ini juga secara tidak langsung mampu memberikan keyakinan kepada mereka untuk berhadapan dengan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam pertandingan Bakat Istimewa Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Piala Perdana Menteri 2013 peringkat negeri, di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi Persatuan Penawar Kelantan, Datin Tuan Aminah Tuan Yusof yang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Md. Noor memberitahu, pertandingan itu juga merupakan salah satu bentuk terapi yang digunakan pihaknya bagi merawat golongan berkenaan menerusi muzik.

"Muzik merupakan salah satu elemen yang digunakan sebagai terapi untuk golongan OKU. Seni ini boleh memberi mereka semangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

"Antara kategori yang dipertandingkan ialah nyanyian solo, duet, tarian berkumpulan, kraf tangan dan produk jualan," katanya.

Tambahnya, semua peserta yang muncul juara akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung pada Mac ini di Putrajaya.

Pada pertandingan tersebut, pasangan adik-beradik OKU, Mohd. Faizal Abdullah, 22, dan adiknya, Siti Nabila Abdullah, 19, dari Kampung Saring, Pasir Puteh dinobatkan selaku johan bagi pertandingan duet, manakala Mohd. Rozi Abdul Rahman merangkul kategori solo.

Selain itu, kumpulan Tunas Warisan Pasir Puteh muncul juara kategori tarian berkumpulan.

Sementara itu, Mohd. Faizal ketika ditemui berkata, pertandingan itu memberikan peluang kepadanya untuk mempamerkan bakat terpendam yang dimilikinya.

"Selain itu, ini memberi keyakinan kepada saya untuk terus berjaya dalam setiap bidang yang diceburi walaupun keadaan fizikal membataskan pergerakan diri ini," katanya.

Mengulas kejayaannya, Mohd. Faizal berkata, dia sama sekali tidak menyangka dinobatkan sebagai juara memandangkan saingan dalam kalangan peserta cukup sengit.

Menurutnya, dia dan adiknya hanya sempat menjalani latihan lima hari di bawah kendalian guru yang bertugas di PDK Gaal, Jeram, Pasir Puteh.

"Kejayaan ini bukan milik kami berdua semata-mata, kami tujukan kemenangan ini kepada keluarga dan guru yang banyak membantu memberikan tunjuk ajar.

"Kemenangan ini menguatkan lagi semangat saya dan adik untuk terus berusaha dengan lebih kuat. Saya akui pertandingan peringkat kebangsaan pasti sengit, persiapan untuk menghadapinya perlu dilakukan sebaik mungkin.

"Saya akan memberikan yang terbaik dalam pertandingan tersebut bagi mengharumkan nama negeri dan PDK di peringkat kebangsaan nanti," katanya. – UTUSAN

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


10 Keluarga Nikmati &#39;Cahaya&#39; | Detik Perubahan

Posted: 13 Feb 2013 03:49 AM PST

datuk-dr-awang-adek-hussinBACHOK  - UMNO Bahagian Bachok dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pusat GiatMara (PGM) daerah, bergabung tenaga serta kepakaran bagi membantu keluarga miskin di daerah ini menikmati bekalan elektrik.

Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, menerusi kerjasama ini seramai 10 keluarga miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok telah dipilih sebagai kumpulan perintis yang dibantu bagi menikmati kemudahan tersebut.

Beliau berkata, seramai 20 lagi penduduk miskin yang dikenal pasti masih belum menikmati kemudahan bekalan elektrik dari DUN Tawang dan Jelawat untuk turut dibantu dalam waktu terdekat.

Katanya, bantuan penyambungan elektrik ke rumah penduduk terlibat dilaksanakan oleh PGM Bachok yang memiliki tenaga mahir dalam bidang berkenaan manakala pembiayaan caj pemasangan meter elektrik ditanggung sepenuhnya oleh UMNO bahagian.

"Ini adalah perkhidmatan mesra rakyat menggabungkan tenaga korporat, institusi kemahiran dan kepimpinan setempat.

"Ia sebahagian agenda membela nasib dan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi terutama mereka yang masih tersisih daripada arus pemodenan," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia ketika melakukan kunjungan ke rumah penduduk yang menerima bantuan bekalan elektrik di DUN Perupok semalam.

Turut hadir Pengurus Besar TNB Kelantan, Datuk Zulkifli Ab. Rahaman.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, jumlah bantuan untuk menyediakan bekalan tenaga elektrik bagi setiap rumah terpilih bergantung kepada keperluan dan had maksimum ialah sebanyak RM6,000.

Beliau berkata, bantuan itu dapat memberi keselesaan kepada keluarga miskin yang sebelum ini masih menggunakan lilin, pelita minyak tanah atau menumpang bekalan elektrik dari rumah jiran atau ahli keluarga terdekat.

Sementara itu, seorang ibu tunggal di Pantai Kemasin, Halimah Muhamad, 65, melahirkan rasa syukur dan merakamkan penghargaan ke atas bantuan yang diberikan tersebut.

"Sebelum ini makcik hanya menggunakan pelita minyak tanah pada waktu malam. Apabila sukar mendapatkan bekalan minyak tanah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, makcik terpaksa menggunakan lilin sedangkan rumah jiran terang benderang dengan lampu elektrik," katanya terharu.

Bagi seorang buruh, Long Adnan Long Soh, 35, turut melahirkan rasa syukur apabila rumahnya sudah dibekalkan dengan bekalan elektrik selepas tujuh tahun terpaksa menumpang sambutan pendawaian elektrik daripada rumah ibu mertuanya.

"Terima kasih kepada yang sudi membantu dan saya bersyukur kerana pemimpin setempat sentiasa prihatin dan cakna kepada rakyat," katanya.

ads