Ahad, 17 Julai 2011

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 09:02 AM PDT


j-QAF SK <b>CHIKU</b> 03: Asal Usul Sek. Keb. <b>Chiku</b> 03

Posted: 31 May 2011 11:59 PM PDT

Bermulanya pembukaan tanah baru di kawasan hulu negeri Kelantan, telah banyak memberi peluang-peluang pekerjaan dan penempatan baru. Ini termasuklah di kawasan Gugusan Felda Chiku. Dari situlah lahirnya kepentingan memberi pendidikan kepada anak-anak peneroka..

Sekolah ini mula dibuka pada 1.1.1987. Pada awalnya ia merupakan sekolah cawangan di bawah kelolaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chiku 02. Guru besar yang pertama ialah En. Jaafar B. Yussof. Sekolah ini bermula dengan 10 bilik darjah yang di tempatkan sementara di bangunan lama Pejabat Felda Chiku 03.

Sekolah ini dimerdekakan pada 1.4.1988. Masih berada di lokasi lama tetapi sudah mendapat bangunan tambahan untuk menampung bilangan murid yang bertambah dengan pesat. Tuan Haji Mat Hussain b. Awang Hamat telah dilantik menjadi Guru besar yang pertama selepas dimerdekakan. Beliau bersara secara pilihan pada 31.12.1993.

Satu lokasi baru telah dikenalpasti untuk membina bangunan baru. Sebidang tapak seluas 13.22 ekar di Bandar Baru Chiku dikenal pasti. Bermula dengan detik inilah sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Chiku 03 pada 1.12.1991. Nama ini diberi bertepatan sekali dengan lokasi sekolah ini yang terletak di kawasan Felda Chiku 03.Tambahan pula pada suatu waktu kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok ciku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


1kelas: Kolej Komuniti <b>Kok Lanas</b> peneraju komuniti berilmu

Posted: 03 Jun 2011 08:29 PM PDT


Sebahagian daripada peserta mengikuti kursus kemahiran jahitan di Kolej Komuniti Kok Lanas, Kota Bharu baru-baru ini.


KOTA BHARU 31 Mei - Sesuai dengan fungsinya sebagai peneraju komuniti berilmu dan berkemahiran, Kolej Komuniti Kok Lanas (KKKL) menawarkan Program Latihan 1Malaysia (PL1M) kepada kelompok masyarakat yang berminat untuk memperkasakan diri mereka dengan kemahiran baru.

Pengarahnya, Zairon Mustapha berkata, individu secara berkumpulan antara 10 sehingga 15 orang boleh memohon untuk menyertai kursus kemahiran seperti urutan tradisional, asas solekan, jahitan, masakan, baik pulih komputer dan pelbagai lagi yang dikendalikan tenaga pengajar di kolej itu serta profesional luar.

Katanya, selain berbentuk kemahiran, program itu juga meliputi kursus muzik tradisional seperti kompang, dikir barat, silat dan kertuk serta kursus bahasa Arab, Inggeris, Siam dan Mandarin.

"Kursus jangka pendek yang diadakan mengikut kesesuaian masa peserta dengan bayaran yuran RM1 sejam bagi kursus kemahiran dan muzik manakala bagi kursus bahasa RM10 bagi 32 jam pembelajaran.

"Kami membuka pintu kepada semua orang untuk menimba ilmu dan kemahiran demi kemajuan diri dan keluarga," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Zairon berkata, PL1M selaras dengan misi kolej untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada seluruh peringkat masyarakat tanpa mengira umur dan taraf hidup.

Beliau memberi contoh kursus jangka pendek fesyen yang dijalankan di kolej itu sejak beberapa tahun lalu dengan kerjasama Yayasan Kemiskinan Kelantan telah memberi manfaat kepada ramai penduduk yang kurang bernasib baik untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Katanya, orang awam yang berminat dengan peluang pendidikan dan latihan di KKKL boleh menghubungi pihaknya di talian 09-7880400 untuk keterangan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Interaktif <b>Bunut Payong</b>: Bekas pemain disaran tubuh persatuan

Posted: 17 Jul 2011 10:25 AM PDT

KOTA BHARU – Bekas pemain bola sepak negeri disarankan menubuhkan persatuan mereka sendiri bagi membolehkan segala aspek kebajikan dan juga kesusahan hidup yang mereka alami mendapat pembelaan sewajarnya.

Ahli Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, di peringkat FAM pun, pihaknya sentiasa berbincang mengenai kebajikan dan pembelaan terhadap nasib bekas pemain yang pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan sebelum ini.

"Puncanya kita dapat kenal pasti apabila pemain bola sepak sudah bersara mereka hilang begitu sahaja tanpa khabar berita. Tidak ada satu persatuan pun ditubuhkan dapat menyatukan mereka semua.

"Di peringkat kebangsaan sekalipun tidak ada organisasi yang tersusun dapat membantu mereka. Jadi saya mengalu-alukan sebarang penubuhan persatuan bekas pemain di peringkat negeri supaya mereka boleh menyusun pelbagai program dengan baik.

"Jasa bekas pemain yang pernah menabur bakti mengharum negeri dan negara dalam bidang sukan bola sepak tidak harus dilupakan begitu sahaja. Apabila persatuan ditubuhkan, mudah bagi pihak berwajib untuk menyampaikan bantuan kepada mereka," katanya kepada media pada majlis bertemu bekas pemain bola sepak negeri Kelantan era tahun 60 hingga 70-an, semalam.

Takiyuddin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMMK) turut memuji usaha yang dilakukan bekas-bekas pemain bola sepak di negeri ini untuk menubuhkan persatuan bekas pemain dalam masa terdekat.

"Sebenarnya, ramai bekas pemain negeri ini pernah berkhidmat dengan agensi Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MKPB-BRI). Macam MPKB-BRI dulu pernah menjadi johan Piala FAM, jadi mereka juga boleh menyumbang kepada persatuan.

"Alhamdulillah, malam ini mereka bersetuju menubuhkan jawatankuasa penaja dan saya sudah memberi jaminan untuk menyumbang sebanyak RM10,000 kepada mereka. Jadi dengan duit tersebut mereka boleh menguruskan aktiviti permulaan bagi persatuan mereka," katanya.

Mengenai cadangan pengurniaan anugerah kepada bekas pemain yang pernah mengharumkan nama negeri ini sebagai salah satu pengiktirafan terhadap jasa mereka selama ini, Takiyuddin turut menyokong penuh cadangan tersebut.

"Ini satu cadangan yang baik. Saya akan berbincang dengan Abdul Fattah Mahmood (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan NGO Negeri) untuk mengemukakan nama-nama yang difikirkan sesuai dipersembahkan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V," katanya.

SINAR HARIAN Ahad 17 Julai 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


ini cerita Atiqah: Kelas Continental Cake <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 21 Jun 2011 03:24 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kelas Continental Cake di Kota Bharu. Sekarang ni saya semangat betul nak belajar buat kek. sebab kalau kek-kek yang saya pandai cuma sikit..contoh kek yang saya dah selamat buat: kek coklat. kek peach. kek red velvet ...

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Maaf Sebut: Hotel <b>di</b> Kota <b>Bharu</b>

Posted: 17 Jul 2011 06:43 PM PDT

Anda plan untuk melawat Kota Bharu bersama keluarga anda tidak pun anda datang satu bas. Pasar Khatijah, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Istana Jahar, Pasar Budaya, periuk belanga, toto dan bla bla sudah berada dalam kepala otak anda. Emmm, anda dah tak sabar sabar lagi. Tapi jangan dilupa malam nanti nak bermalam di mana. Takut takut nanti tido jea atas bas atau dalam kereta kerana semua hotel fully booked dan anda tidak bersedia lebih awal. Apa yang teruk lagi, anda datang waktu cuti sekolah atau cuti umum negara. Takut nanti travel to Kelantan is a nightmare not an unforgiveable moment, takde tempat nak bermalam punye pasal.

Kerana takut jadi macam tersebut nun diatas, aku rasa terpanggil untuk nak kongsi sikit pasal penginapan yang ada di Kelantan terutamanya kat Kota Bharu nih. Aku nak fokus kat Kota Bharu sahaja kerana selalunya pelancong terutamanya pelancong tempatan akan menjadikan Kota Bharu tempat bermalam. Kalau dibandingkan dengan tahun tahun lampau, hotel di Kota Bharu nie tumbuh macam cendawan selepas hujan dewasa ini. Sebut saja hotel murah, hotel bajet, hotel mahal, hotel dalam bandar sebab senang nak go around dan bla bla, boleh kata semua ada. Tak dilupakan juga guest house dan guest room.

Hotel Perdana

Renaissance Hotel, the only 5 stars at KB

GRW dan New Pacific, antara penginapan selesa

Kalau dulunya Hotel Perdana satu satunya hotel yang dikira berclass di Kota Bharu, sekarang sudah ada Hotel Renaissance yang bertaraf 5 bintang (satu-satunya di KB) dan yang tertinggi di bandar Kota Bharu. Harga semalaman boleh mencecah rm 300 dan ianya bergantung kepada jenis bilik. Selain itu ada juga New Pacific dan GRW Hotel yang bertaraf 4 bintang. Dan pada masa akan datang, Hotel Perdana bertaraf 5 bintang. Setelah dibeli oleh PNB dari PKINK, saya lihat Hotel Perdana mengalami perubahan yang ketara, kalau dulu hanya 2 tingkat, sekarang dah naik 10 tingkat. Di Wakaf Che Yeh, terletaknya Holiday Villa dalam pembinaan dan juga The Legend Ibnu Batutha yang baru tengah piling work. Kalau tak kisah jauh sikit dari Kota Bharu, boleh juga menginap di Villa Daniela yang berkonsepkan English di Pantai Kandis. Berlainan dengan Pantai Bachok, Pantai Kandis lebih senyap bebas dari kesesakan manusia dan pantai yang lebih jernih, clear water gitu.

Villa Daniela Bachok, resort mewah di Kandis

Kalau rasa tak berbaloi untuk membayar penginapan 300 400 500 dengan alasan janji ada tempat nak lelap, mencari hotel rm 100 kebawah di sekitar bandar Kota Bharu enteng sajo. Sebut saja Suria Hotel, Hotel Azam, Sabrina Court, Crystal Louge, Dynasty Inn, Hotel Temenggung, Hotel Rebana. Semuanya sekitar rm 100 tapi pastikan kena book awal awal, bukan apa, semua hotel nie biliknya terhad tak macam yang bertaraf  4 dan 5 bintang. Tambahan pula kalau cuti umum, untuk mendapat bilik kosong kat hotel yang saya sebut tadi sukar sekali. Di sekitar pasar 24 jam Wakaf Che Yeh pun terdapat banyak inn yang berpatutan contohnya Ridel Hotel yang mempunyai satu lagi hotel di tepian sungai Kelantan.Tak dilupa Tune Hotel yang baru sahaja dibuka. Bagi saya lokasinya cukup strategik. Bersebelahan dengan KB Mall dan berada di tengah tengah antara bandar Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh. Ianya selesa dan anda bayar apa yang anda guna.

Suria Hotel

Ridel Hotel

Ada juga yang berpendapat lebih bagus menyewa guest house berbanding dengan membayar harga bilik hotel kerana dengan harga yang sama, dapat memuatkan lebih ramai orang berbanding dengan bilik hotel yang meksimum pun mampu muat 3 atau 4 orang saja. Selalunya yang memilih guest house datang dalam group yang ramai, kebanyakkannya mempunyai talian saudara. Tapi kena berhati-hati sikit memilih. Kadang-kadang mungkin harganya murah tapi apa yang kita dapat sebuah guest house yang tak seberapa atau mungkin lebih teruk lagi. Sedara abang ipar yang datang ke Kota Bharu baru-baru ini memilih guest house sebagai tempat bermalam.Harganya  rm 250/hari. Apa yang saya ingat, guest house terbabit mesti terbaik kerana dirokemen oleh rakan. Rupanya tidak begitu. Dah lah bau longkang didepan menusuk kalbu, ruangnya pun agak sempit dan barangan didalam pun kira dah berusia. Terpaksalah sedara abang ipar bersama keluarga berhimpit himpit didalam ruang yang sempit. Kalau saya, saya akan rekomenkan guest house di Taman Sari, ianya rumah semi d 2 tingkat dan mampu memuatkan mungkin dalam 10 orang. Harganya pun agak berpatutan iaitu rm 200 sehari. Atau Royal Guest House mungkin menjadi pilihan. Berada di tengah tengah antara muziam diraja, masjid Muhammadi, Istana Jahar, Kampung Kraftangan dan, ianya pilihan yang amat sesuai.

Saya rasa itu sajalah yang saya boleh share serba sedikit. Apa apa pun selamat melancong ke Kelantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Gemas gie <b>Dabong</b> : Thousand Step Forward

Posted: 29 Nov 2010 01:12 PM PST

Posted on November 29, 2010

Gemas gie dabong

22 november 2010. Pada tahun 2008, saya pernah menceritakan pengalaman dalam perjalanan daripada kuala lumpur ke bangkok tidak lama dulu dan pada tahun ini saya mengambil keputusan buat kali ke 2, merasai perjalanan penggunakan keretapi daripada gemas ke dabong.

Dengan perancangan awal dan jadual sepanjang perjalanan telah diatur lebih awal, info-info daripada sahabat dikuala lumpur jugak menjadi info sokongan saya untuk meneruskan hasrat untuk merasai pengalaman menaiki keretapi ke kelantan dan ini adalah kali pertama dalam hidup saya menggunakan perkhidmatan keretapi, iaitu wau express yang akan bertolak daripada kl sentral ke tumpat, kelantan.

Keputusan untuk membeli tiket boleh dikata last minit. Saya ke kl sentral untuk mendapatkan tiket ke kelantan pada hari yang sama dan mujur la tiket masih lagi boleh dibeli dikaunter. Apa yang boleh saya katakan tentang service daripada KTM, diharapkan pihak KTMB malaysia dapat memperbaiki mutu perkhidmatan dan service kepada pelanggan, untuk mendapatkan tiket, penumpang terpaksa menunggu lama dan services e-ticketing pada masa sekarang adalah kurang memuaskan dan tidak menyenangkan pengguna

Jadual keretapi wau express akan bertolak pads 8.30 malam dan dijangka sampai pada pukul 9.40 pagi di tumpat, tapi destinasi yang dirancang, kami akan turun ke dabong untuk menaik perkhidmatan local train "shuttle" yang digunakan oleh rakyat kelantan terutama sekali bagi mereka yang tinggal di dabong sehingga ke tumpat. Dengan info daripada rakan-rakan, dengan menggunakan perkhidmatan shuttle train, anda boleh melihat sendiri situasi yang jarang berlaku dalam kehidupan harian kita, contohnya, mak cik-mak cik terpaksa menggunakan shuttle train untuk ke pasar untuk berniaga

Perjalanan kali ini disertai oleh dua rakan saya iaitu nizam dan syazwan. Masing-masing berminat untuk menyertai saya dalam trip ke kelantan. Kebetulan pulak saya ade beberapa tugasan yang perlu dibuat semasa berada dikelantan nanti

Harga bagi tiket yang kami beli adalah rm43 sehala, tiket untuk second class, tiket sudah dibeli tetapi ada kesilapan dan salah paham yang berpunca daripada saya. Kami ingatkan untuk harga tu, kami dapat tempat duduk yang berkatil, tapi sebenarnya adalah, tempat duduk biasa.

Saya bertolak daripada rumah di bandar tasik permaisuri menggunakan lrt dan akan ke kl sentral menggunakan star daripada masjid jamek ks kl sentral. Bagi pengelakan daripada masalah parking kereta.

Masalah yang timbul pada malam tu, kami tertinggal keretapi  nak ke tumpat. Berpunca daripada kelewatan diri sendiri yang mengakibatkan kami tertinggal keretapi yang akan bergerak ke Kelantan. Dengan hanya 3 minit lewat, kami tertinggal keretapi, pada masa tu amat-amat kecewa, persediaan dah pon dibuat tapi sayangnya tertinggal keretapi. Untuk tidak berputus asa, kami terus tanya pada abang yang bertugas pada hari tu, boleh atau tak kalau kami kejar keretapi yang terlepas tu. Mengikut jadual atau time table yang ade pada kami waktu tu, apa yang kami tahu, keretapi akan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke stesen di seremban, apa yang kami dapat tau dari petugas KTM pada hari tu, jika drive ke seremban, kemungkinan kami dapat naik daripada seremban, agak mustahil jugak kalau kami dapat kejar keretapi tu ke seremban, memandangkan kami ke KL sentral dengan menggunakan public transport pada masa tu, sekali lagi kami check time table yang ada pada kami, time table menunjukkan, keretapi akan sampai ke seremban pada pukul 10 malam dan perhentian seterusnya adalah stesen di tampin, keretapi express akan sampai di pekan tampin pada pukul 10.45 malam. dengan pengiraan masa, kami yakin, kami dapat mengejar keretapi sampai sebelum sampai di tampin. Kami nekad pulang semula ke Bandar Tasik permaisuri untuk mengambil kereta dan terus memandu ke tampin. Dengan serta merta kami terus memandu ke tampin dengan menggunakan lebuhraya utara selatan, waktu tu, fikir sempat atau tak sempat jek, dengan kelajuan 140 km kami berharap akan sempat sampai di stesen tampin. Dalam perjalanan kami ke tampin, ade 1 benda yang menghalang kami untuk memecut laju, dalam kelajuan, suhu enjin naik dan membuatkan kami terpaksa memandu kereta secara pelahan bagi mengelakkan daripada enjin panas.

Pukul 10.30 malam, kami tiba di susur keluar alor gajah tampin, hati terase lega dengan harapan kami sempat sampai di stesen keretapi tampin. Dalam keadaan senang hati kami tiba-tiba bertukar menjadi cemas kembali, laluan jalan yang kami ikut itu akan melintasi landasan keretapi, diantara jalan alor gajah dan tampin, gate laluan keretapi ditutup bagi memberi laluan kepada keretapi yang akan melintas, rupa-rupanya keretapi yang kami kejar telah pon melintasi kami, dalam hati pada waktu tu, memang kami terlepas lagi keretapi yang kami akan naik. Dengan berfikiran positif, kami yakin sekali lagi dapat sampai ke stesen dan dapat menaiki keretapi express tu dan kali ke 2 kami dihalang oleh gate laluan keretapi, bebetul berdepan dengan stesen keretapi tampin, saya terus turun daripada kereta dan bertanyakan kepada pengawal laluan yang bertugas di pondok gate, "abang sempat tak kalau saya nak naik keretapi nie?", abang tu nampak mcm nak tolong, tapi dia cakap, dia tak dapat nak tolong disebabkan kereta kami berada dibelakang kereta yang lain, kalau kereta kami bebetul berhadapan dengan gate, mungkin dia dapat membantu kami untuk buka gate tu dan aku cuba tanya sekali lagi pada abang penjaga gate tu, "abang kalau saya kejar keretapi nie ke gemas, sempat ke tak ?, abang tu bgtau, kemungkinan dapat kalau kami bawak laju. Keretapi laju sebab dia memang ade khas jalan dia, kereta nie kena tempoh lori slow, kena tempuh trafik light. Dengan nekad sekali lagi, kami terus mengejar keretapi tu sampai ke gemas. terpaksa memandu laju melalui kawasan kampung, ade trafik light terpaksa kami redah jugak.

UDE_6017

UDE_6097

Kami sampai di pekan Gemas pada 11.30 malam dan mengikut time keretapi, keretapi akan  sampai di stesen Gemas pada pukul 11.45 malam. Alhamdulillah, kami bebetul sempat untuk menaiki keretapi daripada gemas, so kereta memang kena parking di gemas untuk sementara waktu. kami sampai 15 minit awal sebelum keretapi sampai di stesen Gemas, sempat la kami untuk menjamah apa yang patut di Stesen gemas. Setelah keretapi sampai, kami terus naik ke gerabak. Waktu lalu didepan stesen, ade kedengaran suara daripada pekerja KTM "iskk budak-budak nie daripada KL nie" mungkin dia terkejut tengok kami kejar keretapi daripada KL kot. Dengan masa yang kami ada, kami terus naik ke gerabak mengikut tiket yang kami beli. Satu lagi kesilapan yang aku buat, aku pulak tersalah beli tiket, aku terbeli tiket tempat duduk biasa dan aku ingatkan second class tu ade tempat tido, kira salah cakap, sepatutnya seond class tempat tido, apapun redha la dengan duduk kat tempat sempit.

UDE_6118

UDE_6165

Pukul 11.45 mengikut jadual yang ada pada kami, sepatutnya keretapi dh mula bergerak, tapi keretapi belum lagi bergerak-gerak, dengan cabin yang panas, mcm tak ade aircond, membuatkan perjalanan kami tersangkut dan terpaksa menunggu selama 1 jam dalam cabin, so terpaksa la tunggu KTM repair aircond.

UDE_6120

UDE_6208

UDE_6216

UDE_6707

Pukul 1.00 pagi, keretapi mula bergerak daripada landasan dan alhamdulilah aircond pon dah sejuk, so time kami untuk lelapkan mata seketika sebelum sampai di Mentakab. Dengan halangan dan kecuaian diri sendiri akan memberikan pengajaran dan diharapkan perkara tersebut tidak akan berulang lagi, rasa macam cerita movie plak, scene kejar keretapi, kami juga beruntung sebab kejadian ni berlaku dinegara sendiri, kalau terjadi benda nie kat luar, memang susah la kan. Apapun cerita ini belum habis sampai setakat ni, so lepas nie ken tunggu sambungan cerita kami, apapun cerita ini akan bersambung tidak lama lagi lagi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi <b>Negeri Kelantan</b> 1432H/2011 <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2011 07:58 PM PDT

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Kelantan untuk tahun 1432H/2011. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan.

Kelantan

Berikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Kelantan:

Zon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Daerah Chiku)

Zon 2 – Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas dan Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing

Sumber: Beliamuda.com & e-Solat Jakim

Tags: Jadual waktu berbuka Puasa dan imsak negeri kelantan 2011, waktu berbuka puasa negeri kelantan 2011, waktu imsak negeri kelantan 2011, waktu berbuka dan imsak kelantan 2011

Related Posts : Ramadhan 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


PAPISMA <b>Kelantan</b>: Teruskan Memberi Khidmat...

Posted: 17 Jul 2011 07:04 AM PDT

Pada 16hb Jun bersamaan hari Sabtu yang lepas, PAPISMA Kelantan telah dijemput mengadakan khidmat kesihatan di 3 lokasi sempena program Cakna Rakyat. 3 lokasi tersebut ialah berdekatan Pasar Kedai Buloh (Kijang), Padang Tar Kg. Mentuan (Demit) dan di Padang Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki (Tanjong Mas).
 

Sambutan dari pengunjung program amat memberangsangkan. Khidmat yang telah disediakan oleh PAPISMA adalah membuat pemeriksaan tahap tekanan darah (bp), gula dalam darah serta memberi khidmat nasihat gaya hidup sihat.


Ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi melapangkan masa turun ke program khidmat kesihatan yang berlangsung seawal jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.00 petang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


.:Kembara Memburu Syahid:.: KL Sentral - <b>Tanah Merah</b> - Pulau <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2011 05:08 PM PDT

perjalanan yang panjang... mula dengan musafir sabtu lalu hinggalah tiba di rumah malam tadi. boleh tak tak tahu nak tulis apa? 4 hari di bukit jelutong, biarlah rahsia. standard jalan-jalan saya biasanya 3 hari sahaja, itupun saya tidak statik di satu tempat.. nomad.

saya berada di sana kerana perancangan bulan lalu. namun rencana asal dibatalkan tetapi tiket tidak lagi dapat dianjakkan masanya. lalu akhirnya saya putuskan untuk berada jua di sana walau tak ada sebarang perancangan rapi. ya, saya kehilangan arah kerana sekolah sedang bercuti panjang hingga september. padahal, saya tak sedar ramai yang menghabiskan masa di sekolah!

jika tidak ada sebarang rencana, saya pasti tidak akan jejak kaki ke kuala lumpur. namun, dari 3 perancangan, satu sahaja batal. teringin mahu menyertai perhimpunan aman sebagai alternatif, tetapi tidak jumpa teman. saya senyum sahaja mengubat hati.

isnin, rencana pagi dan petang. hari itu juga beli tiket untuk pulang malam esoknya. sudah beli barulah ayahanda sampaikan dia mahu ke kuala lumpur juga tapi tunggu pengesahan. saya beritahu dia, saya sudah beli tiket berharga rm56.

isnin, rencana malam yang menarik! wacana tarbawi dengan naib mursyidul am ikhwanul muslimin. jika sudah biasa dengan tokoh-tokoh ikhwan, isinya adalah berkaitan. sudah dengar sekali, lepas tu nak dengar lagi. tersentuh, tertampar, tergerak, termove on (haha!).. semua ada. dan dewan malam itu dipenuhi penonton hingga ke luar pintu.


menaiki keretapi jam 8.30 malam hari selasa. sebelumnya, melepak di kl sentral. main-main dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 bulan tak silap saya. dia dibawa ayahnya bertemu maklongnya yang mahu pulang ke dabong. nama tak tahu... tapi mula-mula sampai, sibuk makan pau.

bila keretapi dah mula bergerak, saya menyedari bahawa tren yang dinaiki tetap penuh walau hari biasa. dan ramai budak-budak tahap bayi. saya beli tiket sehari sebelum pun dah dapat katil hujung... dan koc katil ada sampai 5! dan saya sedap tergelak bila penumpang-penumpang claim dia punya katil padahal dia salah koc! hehe

esok pagi, lama lepas solat subuh (dekat pukul 7) ayahanda telefon. dia bagi dua pilihan; turun di tanah merah atau wakaf bharu. saya tahu lah rencana dia hari rabu nak ke pulau pinang.. tapi turun di tanah merah? jalan lagi? bibir sudah mengukir senyum. awalnya memang kena turun di wakaf bharu sebab ayahanda dah malas tunggu. lepas tu ada penumpang cakap dah tak lama nak sampai tanah merah. tahu tak tak lama tu berapa minit? hampir satu jam!

saya terus hantar sms pada ayahanda kata tak lama. pukul 9 sampai, naik inno dan terus ke pulau pinang pula. father and daughters punya perjalanan. bonda dan 5 putera di rumah. haha. sampai penang, ambil sorang lagi. perempuan. lepas tu makan tengahari di kafe recsam. ingatkan sempat kacau kak luna tapi tak sempat... lepas tu hantar ayah dan solat di USM. lepas tu lepak di queens bay.

petang sebelum bertolak pulang, singgah rumah kawan ayah. ada baby lelaki. macam ku kenal. "nama ikram mursyidi.." sebut abahnya. macam ku kenal.. memang la! kan ikram ni anak teacher aliya. ikram takmau dengan orang. tapi masa nak balik, angkut letak dalam kereta tak menangis pula. jalan-jalan, ok saja dia.. tapi sebelum tu dah main-main dengan dia.. ikram.. ikram... tak jumpa maknya, jumpa anaknya saja..

kami bergerak balik ke kutan hilir lepas hantar nombor 4 ke sekolahnya. sekian perjalanan jauh saya dari KL Sentral nak balik rumah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Taman Tema Arab City Akan Dibuka <b>Di Melaka</b> | ! Oh New Beb !

Posted: 11 Jul 2011 05:30 PM PDT

, » Taman Tema Arab City Akan Dibuka Di Melaka
Best Blogger Tips

>Orang Sedang Membaca! OMG !

Konspirasi Lakonan Mangsa Meninggal Dunia Bersih Di Bongkar!

Arab City yang dikatakan pertama seumpamanya di dunia, merupakan satu usaha beraniyang akan melihat saluran tanah di pulau indahPulau Melaka berubah menjadi destinasipelancong-bertemakan Arab bertaraf dunia yang menawarkan kombinasi sempurna iklimyang harmoni, budaya, makanan,glamor, mewah, hiburan dan mesra rakyat.

Arab City adalah inisiatif  pertama seumpamanya, dan Malaysia telah dipilih sebagai negara dari mana visi untuk Arab City akan menjadi kenyataan. Konsep Bandar Raya Arab adalahuntuk berkhidmat sebagai jambatan antara dunia Arab dan negara tuan rumah, dan di peringkat yang lebih besar sebagai pautan untuk menubuhkan dan menggalakkan peluangpelancongan, hubungan perdagangan dan pertukaran kebudayaan pada skala global.

Fakta ringkas:

  • Ia di bangunkan di Pulau Melaka dan disebahagian tanah tebus guna di persisiran pantai Melaka. 
  • Projek ini dibangunkan hasil usaha sama antara syarikat pemaju, Golden Corporate Heritage Sdn Bhd (GCH) dan kerajaan Melaka. GCH yang berpangkalan di Kuala Lumpur merupakan usaha sama antara rakan kongsi Dubai, Arab Saudi dan Malaysia. Syarikat itu mempunyai pejabat cawangan di Dubai dan Arab Saudi dengan kepentingan dalam hartanah, perdagangan serta minyak dan gas.
  • Projek bernilai RM250 juta ini akan mempunyai tiga lokasi utama iaitu PulauMelaka, Klebang dan Sungai Melaka (Kampung Jawa).  
  • Ia diterapkan dengan unsur-unsur kebudayaan masyarakat Arab dengan menyediakan muzium Mesir Kuno, taman tema, teater, spa untuk golongan lelaki dan wanita serta 20 restoran makanan asli Arab, persisiran berpasir oasis, bazar dan gerai kraftangan.
  • Fasa pertama projek itu di Pulau Melaka dijangka siap Disember 2011 manakala keseluruhan projek dijangka siap pada 2013.

Gambar sekitar tapak pembinaan:

Buat Duit Percuma!
Pengalaman mencari harta karun yang menarik dari rumah anda sendiri! Klik!
Anda Wanita? Tengok sini! Klik!
Dapatkan Kereta Vios Terbaru Dengan Bayaran Muka Rendah! Klik!
Beli Seluar Jeans Untuk Raya! Murah! Klik!
Pakej Broadband Paling Laju Dan Termurah! Klik!

Noted : Segala artikel di dalam ini datangnya dari pelbagai sumber. Admin akan letak sumber di setiap akhir artikel. Jika artikel itu tiada sumber, itu bermakna artikel berkenaan merupakan hasil dan research daripada admin sendiri. Anda dibenarkan untuk mengambil/menyalin artikel di dalam blog ini dengan syarat jangan lupa creditnya. Happy Reading :)

About author

Anda ingin mencari peluang untuk manambah pendapatan kedua tanpa mengganggu kerja anda sekarang? Kalau anda inginkan perubahan, sahut cabaran kami! Kami akan tunjukkan kepada anda cara nak BUAT DUIT HARI-HARI!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads