Sabtu, 4 Jun 2011

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Pahit Manis - 1st Love: Kenduri <b>Di Kota Bharu</b>

Posted: 02 Jun 2011 06:24 PM PDT

As salam. Live from Kota Bharu ni ye. Semlm kt kg my hubby kenduri umah pakciknya a.k.a pernikahan sepupu dia la tu. Hr ni plak kenduri umah sedara yg lain, blk kg 4 hari ni mmg hari2 layan kenduri sedara mara je. huhu.

Dari hari pertama smp Klate Rabu tu, dh start dgn majlis akad nikah mlmnya. Mmg meriah kenduri yg ni coz 1st anak perempuan dlm family tu.

Tgk cik hanim posing baik punya atas pelamin pengantin tu, phewiitt. Sori x sempat tepek byk picca, nti kita continue lain n3 plak ye. Kaum kerabat masih ramai berkumpul ni, kenalah jaga status menantu kesayangan kan. hehe. Kot nmpk pelik je duk layan blog masa org tgh bz cmtu.

Ok lah, ada masa akan update lagi. Got to go, acara kenduri start awal hr ni coz Jumaat kan. Slmt bercuti uols, happy weekend in advance.

- (Video) Prema Yin: Uols Tgk Sndri Video Ni Unsur Lucah Ke Tak?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Kami Sokong Tokguru: Ceramah Saifuddin <b>Di machang</b>(Polis kacau)

Posted: 05 May 2011 06:00 PM PDT

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar,dan beriman kepada Allah."

(surah Ali Imran ayat 110)

Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.";- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"
Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi
DrMAZA.com
‎..usaha-usaha islamisasi di Kelantan tidak boleh dinafikan..sebagai pemimpin kerajaan negeri, tidak dapat kita nafikan TN Nik Aziz Nik Mat berjaya membuktikan ketelusannya dan kesederhanaan hidup..mungkin ada perkara yang kita berbeza dengan beliau, tetapi beliau unggul dalam tugasannya..
-Link Mister Linky's Magical Widgets Terpaksa saya hilangkan untuk sementara waktu kerana masaalah teknikal.walau bagaimanapun link anda tidak hilang dan saya akan letakkan semula setelah masaalah selesai -
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Video kekecohan <b>di</b> Pilihanraya Kecil <b>Galas</b> – Ketua Polis <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2010 06:49 AM PDT

sumber- www.youtube.com/user/BHonline1

Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hari ini dicemari dengan pergaduhan, dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di sini.

Dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.
Seorang saksi, Mahmud Ismail, 56, berkata keengganan penyokong PAS untuk berpindah ke kawasan khemah parti mereka mencetuskan insiden maki-hamun antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan penyokong PAS mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong BN.
"Reaksi daripada kata-kata kesat itu mendorong penyokong BN hilang sabar dan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak namun tiada kecederaan serius berlaku berikutan kepantasan polis bertindak," katanya.

Dalam tempoh beberapa minit, polis tiba bersama empat trak kecil dan beberapa anggota Pasukan Penggempur Ringan untuk meleraikan pergaduhan itu.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontijen Sarawak Datuk Ahmad Soffian Md Yassin yang juga Timbalan Pengarah Operasi Markas Taktikal Polis (Martek) DUN Galas, berkata pihaknya telah mengarahkan kedua-dua penyokong parti supaya bersurai dan berada di khemah parti masing-masing.

"Kita juga telah menggantung garisan kuning polis untuk membuat sempadan bagi membahagikan kawasan kedua-dua penyokong parti itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya. – BERNAMA

petikan-berita harian

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Dewan Muslimat PAS <b>Pengkalan Chepa</b>, Kelantan: Perwakilan DMP <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2011 02:10 AM PDT

Alhamdulillah, tahun ini kita bermuktamar di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, Selangor dan DMP Pengkalan Chepa turut menghantar wakil ke sana. Penyertaan aktif para perwakilan kita, amatlah dibanggakan. Tahniah! Semoga kita sama-sama mendapat manfaat berkali ganda dari penyertaan ini.

Selamat Bermuktamar!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


<b>Jeli</b> jadi pangkalan Gelombang Merah tawan <b>Kelantan</b> | Berita Harian

Posted: 03 Jun 2011 08:51 AM PDT

Jeli jadi pangkalan Gelombang Merah tawan Kelantan

03/06/2011 8:39pm

JELI 3 Jun – UMNO bahagian Jeli akan dijadikan kubu dan pangkalan gerakan Gelombang Merah dalam usaha menawan Kelantan daripada tangan Pas pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bagi memenuhi hasrat itu, UMNO bahagian itu bukan sahaja berazam untuk merampas semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas di kawasan Parlimen Jeli, malah di seluruh negeri.

"Kita (UMNO Jeli) berazam untuk dijadikan pangkalan hadapan atau kubu dalam mengepalai gerakan Gelombang Merah bagi merampas negeri ini dari tangan Pas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung perwakilan UMNO bahagian itu di Kompleks UMNO Bukit Nangka, di sini hari ini. – Bernama

Here is the original post:

Jeli jadi pangkalan Gelombang Merah tawan Kelantan

Artikel Berkaitan:

  1. Shafie: Umno, BN mampu tawan negeri Pakatan
  2. Manifesto lebih realistik untuk Kelantan
  3. Serangan pangkalan tentera, memalukan Pakistan
  4. Komponen BN perlu tubuhkan jawatankuasa pilihan raya
  5. Liga Super: Kelantan pintas Selangor jadi peneraju liga
  6. PRU: Kenyataan DAP perlihat pembangkang tidak yakin
  7. Persediaan PRU13 tumpuan mesyuarat BN Jumaat ini
  8. P'raya umum agenda utama BN Jumaat ini
  9. Kelantan kekal pendahulu
  10. Royalti: T'ganu dapat, kenapa nafi hak Kelantan
Posted by admin on Jun 3rd, 2011 and filed under Utusan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response by filling following comment form or trackback to this entry from your site
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMNO Online - UMNO <b>Jeli</b> Dijadikan Kubu Gerakan Gelombang Merah <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 05:47 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

UMNO Jeli Dijadikan Kubu Gerakan Gelombang Merah Tawan Kelantan

JELI, 3 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata UMNO bahagian Jeli akan dijadikan kubu dan pangkalan gerakan Gelombang Merah dalam usaha menawan Kelantan daripada tangan Pas pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bagi memenuhi hasrat itu, UMNO bahagian itu bukan sahaja berazam untuk merampas semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas di kawasan Parlimen Jeli, malah di seluruh negeri.

"Kita  berazam untuk dijadikan pangkalan hadapan atau kubu dalam mengepalai gerakan Gelombang Merah bagi merampas negeri ini dari tangan Pas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung perwakilan UMNO bahagian itu di Kompleks UMNO  BukitNangka, di sini hari ini.

Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Mohd Shafie sebelum itu turut dibawa melawat Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Sempadan Kelantan-Thailand di Buketa diiringi kira-kira 200 penunggang motosikal terdiri Pemuda UMNO.

Mustapa berkata hasrat beliau itu akan menjadi kenyataan jika anggota UMNO di semua peringkat bekerja habis-habisan bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

"Ini perlu untuk membela rakyat yang telah menampakkan tanda-tanda untuk berubah melalui perjuangan yang dibawa oleh Kerajaan BN atau UMNO," katanya.

Berita Bertarikh 3 June 2011 Pada 8:47 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


PERHATIAN : Update Tentang Hari Pernikahan Nuyu <b>Di Tanah Merah</b> <b>...</b>

Posted: 26 May 2011 12:41 AM PDT

Kad Undangan



Perhatian kepada semua ahli Membunga, INI ADALAH UPDATE TERKINI tentang AJK dan perjalanan majlis Perkahwinan Nuyu. Harap maklum.

Atur acara :-

Jumaat, 3 Jun 2011
Majlis Tahlil (selepas solat Jumaat)

Malam - Akad nikah
Tempat : Masjid

Sabtu, 4 Jun 2011
Kenduri

AJK :-

Ketua Penyelaras : Ayah Teh
Pengapit Pengantin - Fifi
Ketua AJK Bilik Pengantin : Sue Dah
Ketua Meja Makan Pengantin : Mama Long
Ketua "Siso" : Cik Nah Baba Chik
Jurufoto : Aju *kepada yang ada kamera sendiri, dialu-alukan untuk membawa ya!
Hantaran : Cik Wae
Khemah : Ayah Sae
Tempahan Makanan: Cik Nah Ayah Kie
Ketua "Jong Kako" : Pakcik Yie
Audio : Tokkdy
Video : Zafir
Ketua Sambut "Pa" : Kak Long Norhikmah
Ketua Pengemasan : Emae
Kebersihan : Iwan
Penyambut Tetamu - Cu Ba/Ayah Kie
Baju staff/AJK - Shah
Parking : Uncle Jan (Mahzan)
Ketua Kanak-Kanak : Adlan & Irin
Bendahari : Tok Ayoh Su (sesiapa yang guna duit sendiri dulu untuk beli apa-apa barang, boleh 'claim' dengan Tok Ayoh Su)
Teh & Cik Uly : Serba-serbi :-)

*untuk AJK kecil diminta ketua cari sendiri.

Untuk makluman, tak kira la ada nama ke takde, semua datang la tolong apa-apa yang boleh. Diharapkan semua berjalan lancar. Segala pertolongan hanya Allah yang bisa membalasnya. Terima kasih semua - ikhas dari Teh & keluarga

Posted in:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


UMNO TSJ

Posted: 03 Jun 2011 05:22 PM PDT

Konvoi 2,000 belia desak kerajaan Pas tunai janji

MUSTAPA Mohamed (dua dari kanan) melepaskan konvoi belia bermotosikal menyertai Program Kembara Gelombang Merah di tapak Jambatan Palekbang, Tumpat, Kelantan, semalam.



TUMPAT 3 Jun - Hampir 2,000 belia berbaju merah bermotosikal menjelajah seluruh Tumpat hari ini sebagai simbolik mendesak Kerajaan Pas Kelantan menunaikan kesemua janji sejak mula memerintah negeri ini pada 1990.
Konvoi bermula di depan Balai Polis Palekbang di sini iaitu lokasi terletaknya satu batu 'nisan' yang dipasang Kerajaan Pas Kelantan kira-kira 18 tahun lalu kononnya untuk membina jambatan merentasi Sungai Kelantan menghubungkan antara Kampung Cina di Kota Bharu dan Tumpat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang melepaskan konvoi tersebut berkata, batu asas itu kini umpama batu nisan malah tarikh yang tertulis pada batu asas itu juga sudah tidak kelihatan.
"Pemuda di negeri ini mahu mengingatkan Kerajaan Pas Kelantan mengenai janji-janji mereka yang tidak pernah ditunaikan sejak 1990 malah di sini yang tinggal hanyalah batu nisan.
"Ini merupakan antara janji terawal Pas Kelantan untuk menghubungkan Kota Bharu dan Tumpat, jadi kita sudah banyak kali diberi janji kosong," katanya pada sidang akhbar selepas Program Kembara Gelombang Merah di tapak Jambatan Palekbang, Tumpat di sini petang ini.
Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, terdapat banyak lagi janji yang ditaburkan tetapi sehingga ke hari ini tidak tertunai.
"Di Rantau Panjang pada 2003 juga diadakan majlis untuk membina beberapa ribu buah rumah, mahu buat pusat komersial, pusat industri kecil dan macam-macam lagi.
"Dibuat juga majlis di Kelaboran untuk membangunkan bandar baru begitu juga dengan rancangan pelabuhan darat di Kuala Krai. Semua ini janji kosong," tegas beliau.
Mengulas mengenai konvoi tersebut katanya, ia digerakkan sendiri oleh anak-anak muda kerana mereka menuntut hidup yang lebih baik di Kelantan.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan Pas Kelantan Kian Memuncak <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 09:24 AM PDT

Hari ini, hampir 2,000 anak muda dari seluruh negeri ini yang lengkap berbaju merah dan bermotosikal 'menziarahi' tugu peringatan pembinaan Jambatn Palekbang – Kampung Cina yang dijanjikan oleh Kerajaan Pas Kelantan hampir 20 tahun lalu.

Tugu peringatan yang dicacah oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu kini tidak ubah seperti batu nisan yang tidak pernah dipedulikan oleh waris-warisnya. Tujuan anak-anak muda ini menziarahi batu nisan itu tidak lain hanya mahu mengingatkan waris mereka tentang janji yang dibuat selama ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang melepaskan konvoi tersebut berkata, batu asas itu kini umpama batu nisan yang sudah lama ditinggalkan malah tarikh yang tertulis pada batu asas itu juga sudah tidak kelihatan.

"Pemuda di negeri ini mahu mengingatkan Kerajaan Pas Kelantan mengenai janji-janji mereka yang tidak pernah ditunaikan sejak 1990 malah di sini umpanya yang tinggal hanyalah batu nisan.

"Ini merupakan antara janji terawal Pas Kelantan untuk menghubungkan Kota Bharu dan Tumpat jadi kita sudah banyak kali diberi janji kosong," katanya.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, banyak janji yang ditaburkan itu adalah untuk membawa kemajuan kepada rakyat negeri ini bagaimanapun sehingga hari ini tidak tertunai.

"Di Rantau Panjang pada tahun 2003 juga diadakan majlis untuk membina beberapa ribu buah rumah, mahu buat pusat komersil, pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan macam-macam lagi.

"Dibuat juga majlis di Kelaboran untuk membangunkan bandar baru begitu juga dengan rancangan pelabuhan darat di Kuala Krai. Semua ini janji kosong," tegas beliau.

Mengulas mengenai konvoi tersebut katanya, ia digerakkan oleh anak-anak muda kerana mereka adalah golongan yang akan menentukan masa depan negara ini.

"Mereka adalah orang yang menuntut hidup yang lebih baik di Kelantan.

Mereka mahukan peluang pekerjaan dan pembangunan di tempat mereka," tambahnya.

5.958700 102.146872

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


"World is Temporary": <b>Wakaf Che Yeh</b>, Kota Bharu Kelantan

Posted: 29 Apr 2011 12:57 AM PDT

Last wednesday night, we all {me, my hubby, my cute little son} went to wakaf che yeh. Dah x tahu dah nak gi mana malam2 hari ni. So, pergilah ke wakaf che yeh. Meriah all the time!! 


Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Saksikanlah situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sambil berbual mesra sesama sendiri. Tak sah la kalau ke kelantan, tak datang jenguk wakaf che yeh ni.


Ape yang menariknya di sini: 


Jom kite enjoy pictures kat bawah ni!!! x yah la i cerita panjang-panjang kn.. hehe :D ENJOY!!

Pintu gerbang wakaf che yeh..

Gerai jualan kain pasang bersama modelnya.. :P


Jeans pun banyak di sini..

Jersi pasukan bola tempatan pun banyak.. 

Jam tangan berjenama (tiruan).. hehe :)

Kasut-kasut bundle & baru pun banyak..

Banyak pilihan brooch yang murah2..

Longgokkan kain pasang..

Baju-baju pengantin yang dah siap dijahit..

Sayur2 pun banyak dan dijual dengan harga borong..

Buah-buah pun banyak..

Macam-macam jenis dan jenama tudung ada!!

Selipar yang colorful..



wahh!! macam2 ade tau.. JOM ke wakaf che yeh... 



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


ZAKRI ALI RANGKUTI: Ada cawangan Umno <b>di Ketereh</b> bakal dibubar <b>...</b>

Posted: 19 May 2011 05:15 AM PDT

Kemuncaknya apabila bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Soberi Shafii (gambar) mengambil langkah sama menyerah borang menyertai PAS baru-baru ini.

Sejak pilihan raya umum 2008 sehingga sekarang tiga bekas anggota jawatankuasa Umno Ketereh menyertai PAS termasuk Hussin Mat dan Abdul Manaf Abdullah.

Soberi pernah berjuang selama 38 tahun bersama Umno berkeyakinan lebih ramai lagi pengikutnya di Ketereh terutamanya anak muda menunggu masa sesuai untuk meninggalkan Umno.

"Hanya menunggu masa yang sesuai dan InsyaAllah kita akan lihat ada cawangan Umno di Ketereh akan dibubarkan nanti," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil keahlian PAS kepada 100 bekas ahli Umno di sini, baru-baru ini.

Mereka yang diketuai Mohamad Abdul Rahman menerima sijil daripada Adun Kadok, Azami Mohd Nor. Majlis itu diadakan di Kampung Padang Lepar, Kadok.

Soberi juga bekas calon BN pada pilihan raya umum 1995 di Dun Kadok menjelaskan gelombang merah dilancarkan Datuk Seri Mustapa Mohamed hanya retorik semata-mata.

"Umno sebenarnya tidak ada pendekatan kukuh untuk meyakinkan rakyat Kelantan.

"Bagi saya gelombang merah tidak memberi kesan langsung kepada rakyat negeri ini," ujarnya.

Azami pula berkata, hasil kesedaran rakan-rakan bekas pemimpin Umno di Kerereh membolehkan rakyat menilai perjuangan sebenar dibawa Umno sekarang.

 

Kerengga

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads