Isnin, 5 September 2011

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Tuan Guru Hj Hasyim Pasir Tumboh dalam kenangan … | TukarTiub <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2011 07:57 AM PDT

Tuan Guru Hj Hasyim Pasir Tumboh dalam kenangan …

Biodata :

Nama : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar

Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.

Tahun lahir : 1923M

Pendidikan :

  1. Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
  2. Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
  3. Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
  4. Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
  5. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953

6-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.

( Gambar keanangan semasa ziarahi Allahyarham Tn Guru bulan 3 .2011)

Perkhidmatan :

1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir setelah kematian keduanya sehingga sekarang.

2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995

3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan

4. Menerima anugerah gelaran Dato' Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010

Meninggal dunia

Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang..al-Fatihah


Video Wajib Tengok


Sumber: www.youtube.com


Jenazah Tn Guru diusung masuk kedalam Masjid Pondok Pasir Tumboh

oleh ribuan pelajar

Janazah didalam rumah sebelum dibawa keluar jasad guru mulia ke Masjid

Orang ramai merebtkan peluang terakhir menziarahi аn memberi penghormatan terakhir buat guru mulia

DYMM SULTAN MUHAMMAD , Sultan Kelantan menghadiri solat jenazah Tn Guru

Raja Muda Kelantan turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Tn Guru

Ribuan orang solat jenazah

MB KELANTAN , TN GURU DATO HJ NIK AZIZ IMAM SOLAT JENAZAH TOK AYAH HASYIM

RAJA KELANTAN , RAJA MUDA KELANTAN SOLAT JENAZAH TN GURU HJ HASYIM

Jasad ulama telah dikembalikan kepada Allah SWT .

Allah tidak mencabut ilmu dari dada ulama kecuali mematikan ulama itu …

ALLAHUAKBAR telah ramai tokoh ulama yang berkat-berkat telah kembali bertemu Allah !

Sinar cahaya kian malap , lampu demi lampu telah terpadam hanya tingga saki baki . Rebutlah peluang menuntul ilmu dari tokoh-tokoh ulama tua yang masih lagi tinggal . Jangan buang masa kelak kita menyesal …

Pesan buat diri dan saudara yang dikasihi

AL FATIHAH buat TOK AYAH HASYIM

http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/08/tuan-guru-hj-hasyim-pasir-tumboh-dalam.html

Kredit tο: http://www.kedahlanie.info/2011/08/tuan-guru-hj-hasyim-pasir-tumboh-dalam.html

Artikel Berkaitan:

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Nik Aziz Juga Jadi Menteri Besar Secara Haram? « Terompah Besi ™

Posted: 24 Aug 2011 10:52 AM PDT

Mursyidul Am Pas,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ramai wakil rakyat seluruh negara yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dengan cara haram.

Ini, tegasnya adalah hasil daripada pendedahan yang dibuat oleh pihak Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) berhubung kesilapan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) seperti nama pengundi bertindih dan lain-lain.

Seorang penganalisa politik berkata justeru berdasarkan kata-kata Nik Abdul Aziz itu, bahawa dirinya selaku wakil rakyat yang dipilih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka adalah haram.

"Beliau dipilih untuk menjadi Menteri Besar juga adalah tidak sah kerana menang secara tidak sah sebab rakyat tahu Pas juga membuat kerja kotor memindah pengundinya seperti di Manek Urai.

"Jadi gaji Nik Aziz yang diterima selama ini adakah halal atau haram,?"

Sehubungan itu beliau meminta, Nik Aziz jangan mudah mengeluarkan fatwa dan menggunakan agama untuk kepentingan politik kerana akhirnya ia akan memberikan gamabaran negatif kepada Pas dan dirinya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Harakahdaily memetik kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa apa yang dibuktikan oleh Bersih itu adalah untuk menyedarkan SPR terhadap kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan.

Tegasnya, selagi kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh SPR itu tidak dibersihkan, bermakna pilihan raya yang dilaksanakan adalah kotor.

"Di dunia kena laknat, di akhirat pun kena laknat," tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan kepada wartawan selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pasukan keselamatan yang bertugas pada hari raya di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim, di sini pagi tadi.

Justeru, bagi beliau Bersih telah memberikan khidmat yang besar kepada negara bagi menuntut pilihan raya yang adil.

Advertisement

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Program CSR dan Majlis Berbuka Puasa MPC <b>Kelantan di Jeli</b>

Posted: 25 Aug 2011 10:04 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Dari 22 sehingga 23 Ogos 2011 bertempat di Parlimen Jeli, MPC Kelantan telah berjaya menganjurkan dua program majlis penyampaian sumbangan dan duit raya kepada golongan miskin, ibu tunggal dan anak yatim serta majlis ...

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


UMNO Online - 10000 hadir rumah terbuka UMNO <b>Tanah Merah</b>

Posted: 01 Sep 2011 05:03 PM PDT

Kategori Sana Sini

10,000 hadir rumah terbuka UMNO Tanah Merah

TANAH MERAH 1 Sept. – Kemeriahan Syawal terus dirai apabila UMNO Bahagian Tanah Merah mengadakan Majlis Hari Raya dan Rumah Terbuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 dekat sini, hari ini.

Majlis yang bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang itu dihadiri lebih 10,000 warga Tanah Merah termasuk perantau yang pulang ke kampung halaman.

Pada majlis itu juga, UMNO bahagian berkenaan menyampaikan sumbangan zakat kepada 5,000 ibu tunggal, fakir miskin dan warga emas yang berusia 70 tahun ke atas dari seluruh kawasan Parlimen tersebut.

Agihan sumbangan zakat diserahkan oleh Ketuanya, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Timbalan Ketua UMNO bahagian, Baharudin Yusof dan Naib Ketua UMNO bahagian, Mohd. Bakri Mustapha.

Turut hadir, Bendahari UMNO Bahagian, Rosli Kadir; Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan, Prof. Madya Dr. Mohd. Shukri Omar dan Presiden The Red Warriors Tanah Merah (TRW TM) Razali Kassim.

Ikmal Hisham ketika ditemui pemberita berkata, agihan zakat tersebut bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan sempena sambutan Aidilfitri.

"Sumbangan ini diharapkan dapat menggembirakan penerima dan pada masa yang sama merasai nikmat dan suasana sambutan Aidilfitri," katanya.

Ikmal Hisham memberitahu, pada majlis tersebut pihaknya turut menyampaikan sumbangan wang ihsan berjumlah RM241,000 kepada 600 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Bagi pelajar ijazah mereka akan menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM800, diploma RM500 dan matrikulasi berjumlah RM300.

"Selain majlis hari raya, pihak kami turut mengadakan program rumah terbuka bersama Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata).

"Pada majlis itu kita menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada 2,000 mahasiswa Tanah Merah yang sedang menuntut di IPTA," katanya.

Berita Bertarikh 2 September 2011 Pada 8:03 AM

ads