Khamis, 26 April 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


SK <b>JELAWAT</b>: .::LAWATAN KERJA Y.A.B TIMBALAN PERDANA <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2012 06:38 AM PDT

Warga Sekolah Kebangsaan Jelawat dengan gelombang merah menyambut ketibaan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri ke Pekan Jelawat. Tepat jam 8.30, guru-guru berarak; berjalan kaki beramai-ramai bersama Guru Besar SK Jelawat; Tn. Hj. Mat Ludin bin Hassan ke Pekan Jelawat. Foto-foto boleh dilihat di link Album Sekolah. Alhamdulillah.

*: Wang RM500 Ribu Untuk Baiki Pasar <b>Jelawat</b> Tanda Kerajaan <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2012 04:19 AM PDT

Blog Pinger Free
Apa yang Barisan Nasional beri kepada rakyat Kelantan, mereka tidak menolaknya.  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa kunjungannya sehari  ke Kelantan sempat singgah selama 30 minit di Bachok. Beliau telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih bangunan Pasar Jelawat untuk keselesaan kepada lebih 100 peniaga kecil berniaga. 
Mengiringi sama dalam lawatan tersebut ialah  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Awang Adek yang juga  Ketua UMNO Bahagian Bachok dalam kenyataanya menyebut peruntukan segera RM500,000 menunjukkan keperihatinan kerajaan pusat terhadap nasib peniaga kecil di sini.
Awang Adek lupa, janganlah nak kelentong rakyat Kelantan.  Wang yang dijanjikan untuk membaiki pasar Jelawat tersebut sememangnya wang rakyat Kelantan iaitu wang royalti minyak yang sepatutnya Kerajaan Kelantan terima.  Tetapi telah di re-branded oleh Kerajaan Persekutuan dengan menamakan wang ehsan. Lembu punya susu, sapi punya nama.
Inilah dikatakan munafik.  Duit rakyat Kelantan dikatakan duit dia.  Duit kita dikatakan duit dia. Awang Adek sepatutnya merasa malu dengan  YM Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) yang sanggup mencemar duli menyokong dan memperjuangkan hak rakyat Kelantan menuntut wang royalti minyak dari Petronas.  Beliaulah orang yang mengetahui duduk perkara berhubung dengan  wang royalti minyak dalam perjanjian Petroliam Sharing Contract (PSC).
Awang Adek kerana hendak kekal dalam senarai calon boleh menang atau winnable candidates terpaksalah  lari dari isu royalti minyak ini.  Kalau nama ada dalam senarai calon pilihan raya sekali lagi dalam Kawasan Bachok,  fikirlah dari sekarang isu apa yang hendak dikempen nanti, kerana isu royalti  minyak sudah cukup bagi melumpuhkan jumlah undi meyeberang menyebelahi beliau.
Siapakah agaknya  yang dapat kontrak membaiki pasar Jelawat tersebut.  Tanyalah Awang Adek sebab beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Bachok.

ads