Ahad, 11 Mac 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan</b> terus ngaum | n9kini.net

Posted: 10 Mar 2012 11:26 PM PST

 PEMAIN Kelantan meraikan gol kedua Kelantan oleh Indra Putra pada aksi  pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

PEMAIN Kelantan meraikan gol kedua Kelantan oleh Indra Putra pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

KAPTEN Kelantan, Mohd Badri Radzi menyumbang satu gol dan membantu mencipta satu jaringan tatkala The Red Warriors memastikan kemaraan ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-2 pada saingan pusingan kedua di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu, malam tadi.

Johor FC mencipta kejutan besar menewaskan Selangor menerusi sepakan penalti 5-4 selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum seri 2-2 di Stadium Pasir Gudang.

Sekalipun dikhabarkan keletihan kerana mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh seminggu,Kelantan yang mengungguli carta Liga Super ketika ini nyata sukar ditandingi pada aksi di laman sendiri apabila mendahului pelawat 2-1 pada aksi babak pertama, sebelum menokok satu lagi gol pada babak kedua.

Gol pertama The Red Warriors hadir pada minit ke-30 menerusi Norfarhan Mohamad apabila menerima lorongan cantik daripada Mohd Badri Radzi sebelum menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Rozaimi Rohim.

Sembilan minit selepas gol pembukaan itu, anak buah Razip Ismail bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain gantian, Mohd Afiq Azmi yang dibawa masuk minit ke-32 menanduk masuk sepakan penjuru menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang tuan rumah.

Namun, empat minit kemudian, kira-kira 25,000 penyokong tuan rumah kembali bergemuruh apabila Kelantan sekali lagi mendahului menerusi rembatan Indra Putra Mahayuddin untuk menjadikan kedudukan 2-1 menuju waktu rehat.
Bersambung babak kedua, anak buah Bojan Hodak terus mengganas apabila Mohd Badri atau nama jolokannya Piya menambah satu lagi gol pada minit ke-65.

Pelawat merapatkan jurang pada masa kecederaan menerusi gol hasil sepakan percuma Fauzan Abdullah, namun ia sudah terlewat. Kelantan akan bertemu Kuala Lumpur SPA yang menewaskan Preah Khan Reach FC 1-0, malam tadi.

KITA <b>Kelantan</b> tak sokong Zaid tanding <b>di</b> Kota Baharu <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2012 03:28 AM PST

Pengerusi KITA Kelantan, Zakaria Salleh,berkata ahli dan pucuk pimpinan parti KITA Kelantan tidak akan memberi sokongan jika Datuk Zaid Ibrahim bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Zakaria berkata ini kerana KITA Kelantan tidak mengiktiraf Zaid sebagai Ketua parti tersebut dan menyifatkan segala pergerakannya atas sifat peribadi, bukan parti.Beliau mengulas mengenai kenyataan Zaid yang dilapor ingin bertanding di kawasan Parlimen Kota Baharu yang pernah dimenanginya atas tiket BN dalam Pilihan Raya Umum 2004.

KITA Kelantan juga memberi sokongan kepada pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan presiden parti daripada Zaid.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Homestay <b>di Pengkalan Chepa</b> : Semua Homestay

Posted: 30 Jan 2012 02:40 AM PST

Kasih Teratai Homestay

Lot 4363 , Taman Sri Setia , Pengkalan ChepaKelantan.

Lengkap dengan peralatan rumah dan perkasasmemasak,setarika dan seliumut serta bantaltambahan disediakan. muat untuk 2-3 keluarga

Terletak di kawa. perumumahan yang berkejirananbaik. Bermpiran dengan kedai makan , kedaiserbanika 7 E, stesen Minyak.

Jarak perjalanan :

5 minit ke UMK & bandar pengkalan Chepa
8 minit ke Airport
15 minit ke kota Bharu
30 minit ke pasar wakaf Che Yeh

kadar sewa :
1 hari 1 malam RM 160

sekiranya melebihi 3 hari penginapan , hargadiskaun akan diberikan.

Contact Mariana Muhammad

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


<b>Negeri Kelantan</b> Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi

Posted: 10 Mar 2012 06:24 AM PST

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/41391_100000284467391_5085_n.jpgArtis itu memulakan ucapan dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati nurani: Pertama kali aku datang ke Kelantan, lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa, zuhud dan sentiasa merendah diri.

Ribuan khalayak, majoritasnya anak muda yang memenuhi gedung Kelantan Trade Centre (KTC) malam itu diam seketika saat mendengar kata-kata yang dilontarkan artis cantik yang melakonkan peran Ustazah Ana dalam filem "Ketika Cinta Bertasbih" Oki Setiana Dewi.

Khalayak sepertinya terpukau bila sang artis pujaan mereka dengan suara penuh kelembutan memuji negeri Kelantan dan Menteri Besarnya, Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekali pandang mungkin orang tersalah tanggapan, apakah ia benar-benar seorang artis filem dan sinatron terkenal Indonesia, kerana penampilannya tidak seperti majoritas artis-artis lain yang sering mendedahkan aurat, sebaliknya Oki Setiana Dewi mengenakan jilbab labuh mentutupi sehingga paras dadanya. Bertambah cantik dan ayu bila dipadankan dengan baju warna unggu yang dipakai malam itu.

"Oki memakai jilbab bukan disebabkan mahu menghadiri acara "Bicara Selebriti" yang dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan, di Kota Bharu, tapi Oki memakai jilbab sejak usia 16 tahun dan sebelum berlakon filem" tutur Oki.

Ketika usianya 16 tahun ia bertekad mahu menjadi seorang solehah, meskipun ia menyedari ilmu agamanya sangat minimum ketika itu. Namun telah tertanam dalam hati nuraninya satu perasaan bahawa perjalanan hidupnya kini menuju Allah SWT. Memakai kerudung adalah satu perintah agama, untuk menjaga keselamatan wanita, justeru tiada alasan untuk muslimah mengingkarinya.

Sehingga jika datang keinginan untuk melakukan hal-hal yang ditegah agama, ia teringat kerudung yang dipakainya, lantas tak jadi melakukannya. Kata Oki yang ketika itu tinggal di Batam, Riau bersama orang tuanya.

Namun memakai jilbab atau kerudung dalam usia muda pastinya banyak cabaran. Pernah orang bertanya, kenapa sih kamu pakai kerudung, bukankah itu pakaian Arab? Oki lantas menjelaskan, ini bukan pakaian Arab tapi pakaian Islam bagi muslimah. Beritahu Oki di acara bicara Selebriti malam itu.

Oki sejak dari kecil bercita-cita mahu jadi artis, namun setelah berubah ke jalan Allah dengan memakali kerudung dalam usia 16 tahun, ia merasakan peluangnya untuk menjadi artis tertutup rapat. Cita-citanya harus dikuburkan kerana mana ada direktor filem mahu mengambil wanita yang memakali kerudung sebagai artis. Lantas Oki bercita-cita pula mahu menjadi guru.

Selanjutnya, kata Oki "Suatu hari, tanpa diduga, terima telefon dari direktor filem. Kamu ditawarkan berlakon filem. Belum usai percakapan, Oki beritahu, aku sekarang memakai jilbab. Mana bisa…Jawab direktor. Bisa!"

Mendengar tawaran itu, cita-citanya mahu jadi artis filem seperti hidup kembali. Ia berlari ke musolla lantas mengadu kepada Allah SWT. "Ya Allah, aku sekarang sedang berlari menuju-Mu. Manakala rezeki juga di tangan-Mu. Jangan persulitkan rezekiku lantaran jilbab ku ini. Namun paling penting, apakah dengan pekerjaan ku (rezeki) sebagai pelakon filem kelak akan berpaling dari-Mu?

Oki diterima berlakon untuk filem "Ketika Cinta Bertasbih" yang diangkat dari novel Islami terkenal hasih karya Habiburrahman El-Shirazy dan diberi peranan sebagai ustazah Ana. Filem itu bukan saja diminati di Indonesia, bahkan Malaysia.

Menurut Oki, maklum balas yang diterimanya selepas publik menonton filem KCB, ramai remaja perempuan mula memakai kerudung. Ini adalah kesan positif yang diterima mereka lewat filem itu. Dan ini merupakan salah satu dari uslub dakwah.

Mengakhiri "Bicara Selebriti" Oki mendeklamasi sebuah puisi terkait dengan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan dan kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10.

Negeri Kelantan Seindah Namamu

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Negeri Tadahan Wahyu

Cik Siti Wan Kembang

Cukup indah namamu

Seindah negerimu

Duhai

Wajahmu nan indah

Persis Jeddah

Yang pernah ku lewati

Taat menjunjug al-Quran

Teguh menggalas syariat

Yang tidak pernah goyah

Tersentuh hati kudus ku

Lantaran aku di sini

Biar tidak pernah ku duga

Bertemu seorang ulama'

Yang dicintai rakyatnya

Lalu…

Kuntum rindu yang lama tersimpan

Terubat jua akhirnya

Biar sekelumit Cuma

Beruntung rakyatnya

Menumpang teduh seorang ulama'

Yang lembut… tapi tegas beribadat

Yang pengasih…namun tidak goyah

Pada percikkan kealpaan dunia

Pasti aku merindui mu lagi

Entah kapan bisa diubati

Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu

Moga sejahtera selamanya

Memacu

Membangun Bersama Islam

Moga kita bertemu kembali

Selama berada di Kelantan, Oki juga meluncurkan buku novel terbaru beliau selepas novel pertama Melukis Pelangi di Perpustakaan Negeri Kelantan. Manakala pada pagi Jumaat Oki menghadiri kuliah mingguan Tok Guru di Medan Ilmu, Kota Bharu.

Seperti kata moderator pada malam itu, pengacara undangan dari TV Hijrah, Amim Idris, Negeri Kelantan sejak dulu menjadi tempat artis-artis yang berhijrah kepada kehidupan lebih Islami meluahkan perasaan dan isi hati mereka untuk dikongsi bersama bagi menghidupkan dakwah Islamiyyah dan memantapkan iman.

Tahniah penganjur khususnya YB Ustaz Ahmad Bhaiki Atiqullah.

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


UMNO <b>Ketereh</b> Bantu RM10,000 | Detik Perubahan

Posted: 11 Mar 2012 03:41 AM PDT

Mohd. Izzat menerima bantuan wang tunai sebanyak RM5,000 disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad di sini hari ini.

Oleh AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU – Dua mangsa kebakaran berhampiran pekan Ketereh, di sini Jumaat lepas menerima bantuan sebanyak RM10,000 dari UMNO Bahagian berkenaan.

Mangsa terbabit Rosidah Mohd. Zinon, 33, dan Mohd. Izzat Mohd. Wardi, 24, menerima bantuan tersebut secara tunai yang disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian berkenaan, Datuk Md Alwi Che Ahmad, pada satu majlis ringkas di sini, hari ini.

"Masing-masing mangsa terbabit menerima sebanyak RM5,000. Kita harap bantuan ini sedikit-sebanyak dapat meringankan beban selepas dilanda musibah kebakaran tersebut.

"Walaupun hanya selaku pembangkang di negeri  ini namun kita amat perihatin dengan nasib semua rakyat sebab itu kita sentiasa berusaha sedaya upaya membantu rakyat mengikut kemampuan yang ada," katanya ditemui selepas majlis tersebut.

Dalam kejadian Jumaat lepas rumah kedai yang disewa mangsa untuk menjalankan akiviti perniagaan alat pengantin dan repair pakaian berjenis jeans hangus terbakar menyebabkan mereka mengalami kerugian hampir RM200,000.

Bagi Rosidah, bantuan tersebut menjadi bukti keperihatina pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap nasib rakyat atau golongan yang memerlukan.

"Saya terharu dengan bantuan ini. Sekurang-kurangnya sebagai rakyat saya dapat merasai keperihatinan seorang pemimpin," katanya.

Sementara itu Mohd. Izzat menyifatkan sumbangan sebagai penawar keresahan selepas dilanda musibah.

Dia memberitahu, akan menggunakan bantuan tersebut secara berhemah sebagai modal bagi memulakan kembali perniagaan dalam bidang jahitan yang telah menjadi kerjaya hidupnya sebelum ini.

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


SUKAN OLAHRAGA ZON <b>KELABORAN</b> - BERSAMA MEMBINA <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2012 06:31 PM PST

Hari ini 7.03.2012..sekali lagi sekolah SK Sri Tumpat 2 menjadi tuan rumah bagi acara kejohanan olahraga peringkat ZON KELABORAN. Sebelum ini sekolah menjadi tuan rumah kejohanan Badminton dan sepaktakraw juga bagi zon yang sama pada Febuari lalu.

Kejohanan olahraga merupakan kali pertama diadakan di padang sekolah. Kejohanan disertai oleh 7 sekolah yang termasuk Zon Kelaboran iaitu  Sk Tumpat, SK Sri Tumpat1, SK Sri Tumpat2, SK Berangan1 , SK Berangan2, SK Kelaboran, dan SRJK Yuk Tze.

Acara kejohanan melibatkan acara100m ,80m, 200m,4x100,Lompat tinggi, Lompat jauh dan Lontar Peluru yang merangkumi  murid lelaki dan perempuan.Acara yang diadakan dengan secara sederhana tetapi meriah. Kejohanan dijangka tamat jam  4.00 petang.







ads