Isnin, 13 Februari 2012

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai: Program : Pelancaran <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2012 08:41 AM PST

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jan 2012 12:00 AM PST

Xpdc ke Felda Chiku Gua Musang bahagian 1

Kali ini penceritaan agak panjang dan saya terpaksa bahagikan kepada 2 bahagian. Part 1 and part 2. Ini memandangkan banyak hari yang kami lalui dan pelbagai pengalaman yang telah ditempuhi.

Kami bergerak ke Gua Musang bermula dari Kajang, Semenyih dan seterusnya ke Ampang dan Keramat. Namun begitu dalam perjalanan ke Ampang kenderaan kami perlu singggah di Sungai Congkak Hulu Langat untuk mengambil salah seorang ahli kumpulan kami.

Sampai di Sungai Congkak untuk ambil Sani@black

Malam-malam begini takde lagi orang berkelah mandi air sungai di Sungai Congkak.

Kami selesai mengumpulkan ahli di Keramat. Tanpa membuang masa dan pada ketika itu jam menunjukkan pukul 1 pagi, kami meneruskan perjalanan menuju ke Gua Musang dengan bertukar ganti pemandu secara bergilir-gilir.

Perjalanan kami agak tidak berapa selesa kerana terlalu banyak barang dan alatan yang dibawa dan dimuatkan di dalam kenderaan. Kesemua barang dan alatan adalah penting setelah berpandukan kepada check list yang telah disediakan bagi mengelak kekurangan alatan dan membawa alatan yang salah dan tidak berguna.

Dalam xpdc ini kami telah diberikan setiap seorang ahli mempunyai tugas masing-masing. Oleh itu setiap ahli perlu bertanggungjawab kepada tugasan yang diberikan. Bro jimi adalah ketua xpdc, Shahril bertindak sebagai pemandu arah, penyelenggara alatan dan sebagai pegawai perhubungan, Sani @ black sebagai AJK kebajikan ahli dan medic, Shahrul pula urusan pengangkutan dan saya mengurus kewangan perbelanjaan sepanjang xpdc.

Berhenti berehat: Bro Jimi sedang mengeluarkan alat laser beliau untuk dipancarkan ke hutan di hadapannya. Akibatnya sesuatu yang mengerikan berlaku. Kedengaran bunyi yang menakutkan dari hutan tersebut. Bro Jimi dan saya lari bertempiaran menyelamatkan diri. (bunyi ngeri tersebut berjaya dirakam)

Sampai di Gua Musang pada subuh hari...

Sampai di Gua Musang tepat pada waktu Subuh. Kami berehat seketika sebelum memulakan aktiviti selanjutnya pada hari pertama ini. Memang mendebarkan dan menanti-nanti saat-saat apakah aktiviti yang kami akan lakukan nanti. Sementara itu Shahril sibuk berurusan dengan orang tempatan dan beberapa orang yang sudah dibuat temujanji sebelum kami berangkat ke lokasi.

Tengok la muatan barang yang kami bawa ini. Padat dan sesak. Kenderaan ini memang terbaik dan lasak. 

Menanti orang yang dijanjikan untuk berjumpa. Baru lepas sarapan pagi. Perut Kalau kosong nak buat kerja pun semua tak boleh.

Sani dan Jimi sedang berbincang mengenai strategi yang akan digunakan untuk aktitviti hari itu. Kepuasan jelas kelihatan setelah baru makan daging kambing.

Sudah sampai orang yang ditunggu-tunggu. Cuaca agak mendung dan suram. 

Hampir nak ke tengah hari barulah kami dapat pergi ke lokasi. Perjalanan agak mencabar dan berliku-liku. Hanya kenderaan yang lasak dan berani sahaja boleh melalui kawasan tersebut. Alhamdulillah kami selamat sampai di lokasi. Sampai di lokasi, keadaan air sungai agak deras sebab hujan. Tapi kami tetap harungi juga sebab sudah alang-alang sampai.

Ikuti gambar seterusnya ini. Kalau nak cerita panjang rasanya ramai yang malas nak baca. Jadi tengok gambar sambil penerangan sikit-sikit. Itu sudah memadai dan seronok.

Suasana di kawasan Felda Chiku. Ikut perancangan nak pergi ke lokasi gua. Tapi tak jadi disebabkan masa dan kos yang tidak dijangka. Insyaallah akan datang boleh pergi lagi.

Sampai di lokasi. Laluan agak becak. Keadaan selepas hujan turun.

Sani memulakan langkahnya dengan penuh bersemangat.

Keadaan air sungai yang naik dan agak deras. Tapi kami redah juga. Lepas ambil gambar ni saya terus 'gedebuk!' jatuh. Licin. Lepas tu berendam aje dalam sungai tu.

Jimi dan Shahril@Steven sedang memikirkan ape yang perlu dilakukan dengan keadaan sungai yang berarus deras.

Semua alatan penting dibawa turun dan diuji fungsinya. Maaf sebab tiada gambar dirakam semasa aktiviti dijalankan disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan dan alatan elektronik seperti kamera tidak kalis air. Dikuatiri rosak sebab terkena air. Perancangan akan datang saya akan usahakan untuk menggunakan kamera tahan lasak dan boleh masuk air.

Kami memperolehi hasil. Walaupun sedikit tapi kami menjumpainya. Kami banyak mengumpulkan pasir dan tanah untuk dibawa balik bagi kerja proses seterusnya menggunakan mesin ayak automatik atau mangkuk biru.

Selepas aktiviti, kami berehat dan makan tengah hari (dah masuk petang) sebelum check in lokasi terusnya. Di sini kami bertukar-tukar cerita dan pengalaman masing-masing.

Lama juga kami bersembang di sini sebab banyak cerita menarik. kami juga membincangkan aktiviti pada keesokan harinya nanti.

Felda Chiku: Perjalanan kami check in di kediaman Brader yang pakai kopiah gambar di atas tadi. Lupe pulak nama dia.

Kuda milik brader tu. Kuda ini pernah mengejar Sani. Mungkin tertarik dengan kemachoan Sani agaknya.

Petang itu kami menggunakan alat ini untuk mengasing emas dengan pasir. Lokasi anak sungai ini tak jauh dari kediaman kami. Hanya 50 meter.

Mengunakan kuasa bateri sahaja. Alat ini beroperasi dangan jayanya sambil diperhatikan secara beramai-ramai. Nampak tak?

Guna bateri kereta. Boleh guna bateri motor juga. Asalkan 12 volt. Jadi ianya selamat dan tiada risiko renjatan elektrik.

Brader tu sedang mandikan kudanya. Kami pun belum mandi lagi. 

Pada sebelah malam kami berpecah tidur di dua kediaman. Shahril, Sani dan Shahrul bermalam di kediaman Brader tu manakala Jimi dan saya bermalam di kediaman ayah Brader tu. Ayah Brader tu dikenali dengan nama Tok Ayah (ingat pulak name).

Berada di kediaman Tok Ayah banyak ilmu yang saya perolehi. Tok Ayah banyak bercerita dan memberikan banyak tips dan ilmu yang berguna yang boleh diamalkan.

Pada keesokan harinya, sebelum bergerak ke kolasi, Jimi dan saya mendengar sedikit taklimat daripada Tok Ayah. Dia banyak memberi petua yang boleh diamalkan dan menunjukkan banyak benda yang kami tidak ketahui.

Tok Ayah bercerita dan menunjukkan sesuatu kepada kami.

Inilah daun pokok limau hantu yang banyak khasiatnya. Tok Ayah berikat sedkit kepada kami untuk dibawa pulang. 

Sudah sarapan pagi tapi masih lagi berhenti minum-minum. Nampak tak air tuak tu? Sani melihat dengan penuh berminat. Tak minum pun. Minum air dalam botol je. Kami menunggu orang yang akan membawa kami ke lokasi lain pula.

Pada hari pertama kami banyak menggunakan alat seperti pam tangan dan mangkuk biru sahaja selain dari dulang plastik. Alat metal detector masih belum digunakan lagi. Pada hari kedua ini alat seperti metal detector dan pin pointer akan digunakan pada lokasi lain yang akan kami redah. 

Sila ikuti sambungan pengalaman kami ini pada post akan datang dengan banyak pengalaman yang lebih menarik lagi....

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Menunggu ayah, Jenazah yang tiba ~ Kemalangan Jalan Raya

Posted: 13 Feb 2012 08:18 AM PST

Inalillahi wainailaihi rojiun    

GUA MUSANG: "Pilu hati saya apabila ayah sepatutnya mengambil isteri dan anak di Hospital Gua Musang (HGM), tetapi jenazahnya pula yang tiba di hospital sama," kata Mohd Shukri Muhamad, 25, anak kepada Muhamad Zakaria, 53, yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya, di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, Muhamad yang juga peneroka Rancangan Tanah Felda Chiku Tiga, di sini, memandu kereta dengan ditemani seorang rakannya untuk mengambil menantu dan cucunya di HGM.

Ketika dalam perjalanan, Muhamad cuba memotong kenderaan lain di kawasan selekoh sebelum bertembung sebuah kereta dari arah Gua Musang ke Kuala Krai.

Muhamad meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan, manakala rakannya, Mohd Razali Said, 50, parah dan masih dirawat di HGM. Pemandu sebuah lagi kereta tidak cedera.

Mayat Muhamad dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rancangan Tanah Felda Chiku Tiga, petang kelmarin.

Mohd Shukri berkata, sebelum kejadian, dia menghubungi bapanya yang memandu kereta di sekitar Rancangan Tanah Felda Chiku Tiga, meminta mengambil isterinya, Zulina Ab Wahab, 26, dan anaknya, Mohd Shahmin, 2, di HGM.

"Anak saya baru keluar wad kelmarin akibat demam dan ditemani ibunya. Saya minta ayah mengambil mereka.

"Bagaimanapun, selepas setengah jam berhubung dengan ayah, saya terkejut apabila dimaklumkan rakan, ayah maut dalam kemalangan dan jenazahnya dihantar ke HGM. Saya hubungi isteri dan dia memaklumkan jenazah ayah sudah sampai di HGM, sebelum saya bergegas ke sana," katanya. Menurut Mohd Shukri, dia benar-benar tidak menyangka panggilan telefon setengah jam sebelum kejadian adalah perbualan terakhir dengan ayahnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Al-Fatihah

Sumber: hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautjemputmenantu_cucudihospital/Article/index_html

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Sayap CandidSyndrome akan dibuka <b>di Kota Bharu</b> » Wedding <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 06:59 AM PST

Salah satu kenangan manis saya semasa berkongsi pengalaman fotografi dengan peminat fotografi di Bandar Sandakan, Sabah. Kursus anjuran Photochronic ini telah mencatat sejarah kursus fotografi berbayar yang paling berjaya di Sandakan.

Maaf foto rendah kualiti memandangkan pada malam ketika foto ini di ambil, elektrik galeri ini tidak berfungsi. Ini bakal menjadi galeri fotografi CandidSyndrome Kota Bharu. Individu dalam foto ini ialah rakan kongsi tempatan di Kota Bharu yang juga seorang jurufoto antarabangsa didikan dari Saiful Nang Academy of Photography (SNAP)

Jika mahu semua yang mustahil pun boleh jadi. CandidSyndrome bermula dari modal RM90 pada tahun 2004 telah mula melebarkan sayap ke Brunei Darussalam sebagai cawangan luar negara yang menjadi pada tahun 2006. Itupun setelah kegagalan representasi yang diutus oleh CandidSyndrome untuk pelebaran dan penerokaan pasaran fotografi di United Kingdom pada tahun 2005. Lalu selepas itu, ia terus berkembang sehingga pada tahun 2010 kami sekali lagi menghantar utusan ke Stockholm melalui Mattias Ram dan Jakarta melalui Agah Permadi. Mereka ini adalah representasi jenama yang melakukan percubaan dan proses mengenali pasaran tempatan sebelum kami terjun ke sana. Juga satu lagi rancangan gagal untuk ekspansi ke Perth Australia disebabkan kegawatan ekonomi juga beberapa sebab lain. Semua yang ada kini bukan terjadi begitu sahaja, ia telahpun terjadi melalui siri kegagalan demi kegagalan. Apa yang paling penting ialah, kita belajar dari kegagalan itu untuk kita mengorak langkah lebih kemas pada masa mendatang.

Pada tahun 2011, Lembaga Pengarah syarikat, Colours of Asia Sdn Bhd yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan juga pengarah-pengarahnya bersepakat untuk mempelbagaikan produk CandidSYndrome melangkaui fotografi perkahwinan sahaja. Maka dengan itu, kami menjadi tumpuan pula untuk tugasan-tugasan fotografi korporat, industrial, komersil, produk, travel, lanskap dan sebagainya. Selain dari fotografi, kami juga melebarkan model perniagaan kepada Pendidikan melalui Akademi Saiful Nang dan juga CandidSyndrome Film (CSF) untuk cabang produksi visual yang juga semakin popular bagi pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan video korporat berprofil tinggi, dokumentari, Program TV, Filem Pendek dan banyak lagi. Selain dari itu kami juga sedang menjalankan beberapa perniagaan fotografi yang belum boleh kami umumkan kepada semua TETAPI masih dalam ruanglingkup yang sama iaitu SENI VISUAL.

Selaras dengan itu, kami membuat perancangan ekspansi ke dua tempat utama dahulu iaitu di Kota Bharu dan Pulau Pinang. Dengan adanya ekspansi ini, kami merasakan ia satu cabang yang sangat baik dalam penyampaian CandidSYndrome agar ia dikenali sebagai satu jenama besar dalam segala keperluan fotografi. Kota Bharu adalah anak pertama dalam perancangan ini. Doakan kami, insyaAllah jika tiada aral melintang, GALERI FOTOGRAFI CANDIDSYNDROME KOTA BHARU akan beraksi dalam 3-4 bulan dari sekarang. Terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong kerjaya saya selama ini dari mula tiada apa hinggalah kini masih terus merangkak tanpa letih.

Semoga Allah berkati anda semua.

ENjoice!

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPJA, B.Sc Media (MMU)
Principal Photographer of CandidSyndrome International.
saifulnang@candidsyndrome.com

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Pelajar MRSM Dikhuatiri Lemas <b>Di Machang</b>

Posted: 26 Nov 2011 06:41 PM PST

MACHANG – Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai dikhuatiri lemas di Sungai Kemuning di sini ketika bermain bersama-sama rakannya, Sabtu.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang Nordin Yahaya berkata Mohd Alif Razuan Azman, 15, dikatakan bermain di sungai itu kira-kira 4 petang semalam.

"Mangsa yang tidak pandai berenang, terus dihanyutkan arus deras dan gagal diselamatkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata gerakan mencarinya yang disertai 30 anggota Bomba dan Penyelamat Machang, Pasukan Pertahanan Awam (JPAM) dan dibantu unit skuba serta pasukan sukarelawan bomba dilancarkan sebaik kejadian itu dilaporkan.

Gerakan itu menggunakan enam buah bot penyelamat dengan menumpukan tidak jauh dari kawasan yang dilaporkan hilang. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


CITY BLOGGER .....ISLAM FOR ALL....ISLAM MEANS PEACE

Posted: 11 Feb 2012 11:35 PM PST

Edisi Hangittt!!!! Nik Aziz kena maki dengan bekas pemimpin PAS di Galas.. Posted: 31 October 2010 in N45 Galas 6 Ada jugak rupanya hamba Allah di bumi Kelantan ni yang tak suka "perkahwinan" diantara DAP dan PAS. Tambah-tambah pulak ianya adalah bekas pemimpin PAS Kelantan. Tahniah kepada Ustaz Nor Idris yang begitu berani menyatakan pendiriannya dihadapan Nik Aziz. Ternyata Nik Aziz hanya maksum dikalangan ahli PAS sahaja, tetapi tidak kepada mereka-mereka yang telah "bertaubat" dari menjadi pengikut PAS. Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini. Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang. Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik). Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya. Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar. Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP. "Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP," kata Nor dengan suara nyaring. Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat. Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya. Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan. "Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah," kata Menteri Besar. Ustaz Nor terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik. Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya. Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya. Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman. Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar. – Hrk. Advertisement Like Be the first to like this post.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


ILA RAMLIEY D&#39; Blogger: Cuci mata n cuci wallet <b>di Wakaf Che Yeh</b>

Posted: 06 Feb 2012 09:44 AM PST

Uhumm..uhumm..
Saya baru jer balik dari Wakaf Che Yeh tau..
Alaa, tempat yg glamer kt bumi kelantan ni kalangan pengunjung / pelawat ...

Actually, dah bape hari dah berniat nak datang wakaf che yeh balik kg kali ni..
tapi.. asyik kensel jer sbb ramai sangat manusia especially time weekend..parking penuh owh!!
dah bape kali pegi .. lalu jer.. n akhirnya pegi tempat lain..sbb malas nak buang masa carik parking

Apapun, akhirnya.. yesss, akhirnya.. malam ni ai berjaya masuk ke parking itu... hip hip horray!!!

Wah..bila dah lama tak pegi .., masuk jer dah rasa sonok sangat..
Sebabnya.. sangat happening owh..
Happening ngn orang.. n happening ngn barangan2 yg dijual tu..
Sonok sangat ngan kemeriahan peniaga2 melayu ni.. heee

Malam nih sajer borong produk2 Ombak Rindu katanya..
okehlah..oleh kerana saya dalam mode ombak rindu jugak, makanya saya n famili sakan laa membeli belah,...huh,..rambang mata dibuatnya,,heee. Sekali sekala beli barang2 camnih, sonok gak..hee

Nak tau ape lagi yg sonok datang wakaf che yeh ni??
Hehe..selain sonok cuci mata tengok barang2,,, mata pun sonok gak dapat cuci mata tengok tauke2 kedai yg comel2 n ensem2 itu..hihi  ;P

Ok...itu jer kali ni .. till next entry okeh.. daaa. Gudnite uols!

gambar tak sempat nak snap malam ni, makanya pinjam gambar dr pakcik google.. hee

ads