Selasa, 24 April 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


TPM lulus RM500,000 baik pulih bangunan Pasar <b>Jelawat</b> | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 10:11 PM PDT

BACHOK: 24 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih bangunan Pasar Jelawat di sini, bagi memberi keselesaan kepada lebih 100 peniaga kecil yang berniaga di pasar itu.

Muhyiddin meluluskan peruntukan itu ketika melakukan tinjauan mesra hampir 30 minit di pasar terbabit, sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan hari ini.

Sebaik tiba jam 9.30 pagi di pasar itu, Timbalan Perdana Menteri yang turut diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai.

Muhyiddin turut bersarapan pagi di sebuah warung dalam pasar itu, bersama orang ramai yang begitu gembira dapat bersua dan bersalaman dengan beliau yang juga Menteri Pelajaran.

"Peruntukan segera RM500,000 ini menunjukkan keprihatinan kerajaan pusat terhadap nasib peniaga kecil di sini," kata Awang Adek, yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok ketika mengumumkan peruntukan itu, di hadapan peniaga dan orang ramai di pasar itu.

Peniaga dan orang ramai terus bertepuk tangan gembira sebaik mendengar pengumuman itu.

Sementara itu, pemilik warung makanan Che Bidah Mamat, 70, melahirkan rasa bertuah atas kesudian Muhyiddin sarapan pagi di warungnya.
"Mak cik rasa terharu dan sedikit terkejut dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Seorang peniaga keropok, Zaiton Donek, 50, berkata, beliau tidak menyangka Muhyiddin sempat membeli tiga kilo keropok ikan di gerainya.

Beliau yang berasal dari Kampung Pantai Melawi dekat sini berkata, ini pertama kali beliau melihat seorang pemimpin nombor dua negara melakukan lawatan di pekan Jelawat.

Seorang lagi peniaga, Tan Bee Te, 37, pula berharap dengan kehadiran Muhyiddin akan memberi nafas baru ke arah pembangunan di Bachok.

Beliau yang menjalankan perniagaan jam dan telefon bimbit berkata jika Bachok dibangunkan seiring dengan negeri lain, beliau percaya perniagaannya yang kini hanya mencatatkan RM500 hingga RM600 jualan sehari akan meningkat.

SK <b>JELAWAT</b>: .::LAGU SEKOLAH::.

Posted: 11 Apr 2012 08:55 PM PDT

Di tengah Jelawat Megah berdiri
Memayungi putera dan puteri
Tempat menadah ilmu diberi
SK Jelawat nama terpateri
SK Jelawat Sekolah terulung
Amanah bangsa sama dijunjung
Visi pendidik sama disanjung
Wawasan Negara sama didukung
Menyemai nilai- nilai murni
Mendidik diri bersahsiah tinggi
SK Jelawat kebanggaan kami
Indah di mata tenang di hati
Tangga kejayaan terus diungguli
Menjana modal insan cemerlang
Mengisi minda bangsa gemilang
SK Jelawat masyhur terbilang
Megah berdiri terus dijulang...
Cemerlang....Gemilang...dan Terbilang

Muhyiddin Lancar Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah | Detik <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2012 04:23 AM PDT

BACHOK – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Selasa melancarkan Skim Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berlandaskan Syariah, yang menyediakan dana berjumlah RM2 bilion, bagi membantu pengusaha PKS seluruh negara.

Muhyiddin berkata skim pembiayaan itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 lepas itu akan memberikan pembiayaan berlandaskan Syariah yang dapat membantu pengusaha PKS meningkatkan perniagaan ekonomi mereka.

"Saya ucapkan syabas atas usaha mewujudkan skim pembiayaan ini yang mencerminkan pihak swasta juga bersungguh-sungguh menyokong usaha kerajaan Pusat untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

"Sukacita saya umumkan bahawa skim pembiayaan ini akan dikendalikan sebanyak 13 institusi perbankan Islam yang mengambil bahagian dengan kerajaan Persekutuan akan membiayai dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan bank itu," katanya ketika Merasmikan Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana Serta Pelancaran Skim Pembiayaan PKS Berlandaskan Syariah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Perdana, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi SME Corporation Datuk Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM).

Lebih 15,000 pengunjung hadir pada program tersebut.

Muhyiddin berkata Malaysia mempunyai sistem kewangan Islam yang lengkap merangkumi takaful dan perniagaan saham dalam Bursa Kuala Lumpur dan juga mempunyai pasaran kewangan antarabangsa di Labuan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan pasaran wang antarabangsa.

"Semua ini dapat kita capai di bawah teraju kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya memperkenal dasar dan sistem yang lengkap untuk menggalakkan dan mengawal selia perkembangan perbankan Islam hingga banyak negara ingin menjadikan Malaysia sebagai contoh," katanya.

Beliau juga berkata usahawa di Kelantan tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan Pusat bagi meningkatkan daya saing produk dan perkhidmatan mereka melalui pengurangan kos untuk menjalankan perniagaan.

"Dari segi pelaburan, sehingga kini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sudah meluluskan insentif untuk tiga projek PKS di negeri Kelantan dengan modal pelaburan domestik keseluruhan bernilai RM6.2 juta. Ketiga-tiga projek itu menyediakan 116 peluang pekerjaan dalam bidang tekstil di kelantan," katanya.

Menurutnya SME Corporation pula di bawah kendalian Malaysian Industrial Development Finance Berhad dimanfaatkan 71 permohonan di Kelantan dengan kelulusan bernilai RM42.97 juta.

Beliau berkata rakyat Kelantan perlu memikirkan masa depan mereka terutama untuk merancakkan lagi ekonomi negeri itu dengan memilih BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Formulanya mudah. Sokong BN dan kita akan buat apa yang Kelantan gagal buat dan ini semua untuk rakyat," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin melawat Pasar Siti Aishah di Jelawat di sini serta beramah mesra dengan 350 peniaga kecil di situ.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih pasar yang dibina pada zaman kerajaan BN dahulu. – Bernama

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH: Lencana Sekolah / School <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 05:29 AM PST

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki dan 131 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 239 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2)
Felda Chiku 2
18300, Gua Musang
Kelantan, Malaysia


Telefon = 6099284230
Fax = 6099284231

# Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 2, Gua Musang , Kelantan.

# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 20 Feb 2012.

# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 

# Sumbangan lencana ini adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Di Himpunan Usahawan peringkat Negeri Kelantan <b>di Bachok</b>

Posted: 24 Apr 2012 10:45 PM PDT

 Pimpinan Perdasama Pusat dan Kelantan dengan Pimpinan SME Corp
 Y Bhg Dato Izat Emir dan Datuk Naim Mohamad di Himpunan Usahawan Kelantan
Dato Izat Emir bersama ahli Perdasama Kelantan yang berniaga makanan jenama UMI

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Tuan Guru Haji Abdullah Tahir <b>Bunut Payong</b> - Dari Minda Mohd <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 08:33 PM PDT

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAH seorang ulama' besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh. Pendiri Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh semenanjung itu. Seangkatan dengan Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Saad Kangkong, Hj. Ahmad Batu Tiga Repek, Hj. Salleh Pedada dan lain-lain.

Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897. Bapanya, Hj. Ahmad bin Mohd Zain yang berasal dari Kg. Chepa, Kedai Lalat pernah berkhidmat sebagai imam tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920)

Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah untuk mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mokhtar Bogor, Sheikh Said al-Yamani, Sheikh Mohd Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.

Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan kegiatan keguruannya sendiri di Bunut Payong yang di beri nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok semenanjung Melayu sebagai pusat pengajian pondok yang berprestasi tinggi di Kelantan.

Di Pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Hj. Abdul Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang tegas.

Kerana kegigihannya yang sedemikian, maka tidak peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid berilmu tinggi seperti Hj. Hussain Rahimi, Hj. Nik Man Sg. Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumbuh, Hj. Ismail Padang Lepai, Hj. Abdullah Kok Lanas, Hj. Omar Kubang Bemban, Hj. Abdul Rahman Slow Machang, Hj. Wook Lubok Chekok, Hj. Noor Teliar, Hj. Sulaiman Siram, Hj. Daud Bukit Bunga, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Ghazali Pulau Chondong, Hj. Zakaria Selising, Hj. Osman Perlis, Hj. Ahmad Kodiang, Hj. Yahya joned Gurun, Hj. Ibrahim Bongek, Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Hj. Hussain Umbai, Hj. Ahmad Relai, Hj. Hasanuddin Berhala Gantang, Hj. Ismail Phuket, Hj. Ghazali Mundok.

Kerana ketokohannya juga beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan beberapa penggal (seawal 1932). Kematian fuqaha' ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan 15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang tokoh ilmuan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


KedahLanie.info: Vedran Gerc senjata Kedah <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 19 Apr 2012 06:00 PM PDT

ALOR SETAR – Kehilangan khidmat tiga tonggak tidak melunturkan semangat Kedah untuk mencipta peluang dengan sasaran sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV esok.

Selesa dengan status bukan pilihan, skuad Kenari bakal mempertaruhkan beberapa pemain berpengalaman seperti Baddrol Bakhtiar, Mohd. Khyril Muhymeen Zamri, Mohd. Fauzi Nan, Amar Rohidan, Mohd. Faizal Abu Bakar dan Sabree Abu untuk mengimbangi kekuatan Kelantan yang dilabelkan sebagai pasukan pilihan.

Kehadiran penyerang import dari Crotia, Vedran Gerc yang meledak dua gol pada penampilan sulungnya Selasa lalu, turut memberi keyakinan kepada pasukan Hijau Kuning apabila digandingkan bersama Mohd. Khyril Muhymeen untuk mencari jaringan sebagai bekalan untuk perlawanan separuh akhir kedua di gelanggang sendiri kelak.

Skuad Hijau Kuning bagaimanapun mungkin terpaksa menerima hakikat kehilangan khidmat perancang import, Safi Elfatah dan V. Thirumurugan yang belum pulih daripada kecederaan serta Khairul Helmi Johari yang digantung satu perlawanan.

Jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan berkata, dalam saingan peringkat tersebut, amat penting untuk memastikan gawang Kedah tidak dibolosi dan pada masa sama perlu mencari jaringan sebagai bekalan sebelum perlawanan timbal balik di Stadium Darul Aman pada 1 Mei ini.

Katanya, kesebelasan Sang Kenari tidak perlu gentar dengan prestasi memberangsangkan Kelantan dalam saingan Liga Super kerana Piala FA merupakan pertandingan yang berbeza.

"Para pemain diingatkan agar bertahan dengan kental dan mempamerkan corak serangan yang berkesan kerana jaringan gol dapat menaikkan semangat pasukan menjelang perlawanan timbal balik nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Justeru kata Wan Jamak, para pemain Kedah tidak boleh hilang fokus dan perlu memberi komitmen seratus peratus pada pertemuan itu untuk mencerahkan peluang mara ke perlawanan akhir.

Katanya, sedikit kealpaan boleh mengundang dengan kesebelasan Hijau Kuning mesti berjuang sehingga tiupan wisel terakhir perlawanan jika tidak mahu berputih mata

sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm (20/04/2012)

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


the nature.......jom follow - Remyhazza

Posted: 20 Apr 2012 01:40 AM PDT

salam ptg jumaat........moga kecerian bertambah2 utk semua.......
motif entry kali nie lain sikit.......
remy akan back to the nature..........
remy akan menghilang di alam blogging nie dlm beberapa hari........
motif???? kat pic kat atas tu ler......
mlm nie remy akan bertolak ke kelantan dgn kenkawan utk sesi our xtvt group this year event..... explorer club......!
kali nie remy ngan kenkawan akan mendaki ke gunung stong di Dabong , Kelantan.....
remy ngan kenkawan nak tgk air terjun yg tertinggi di asia tenggara tu.......
kite org namakan... exspedisi gunong stong dan gunung ayam KLIA - Dabong 2012.
huh!!!! larat ke remy nak mendaki nie???? dh lama tak berextreme nie....
kalau semput nanti..... matilah remy....last rasanya tahun 2010. we all pi buat water raffling ngan explorasi gua tempurung kat kampar perak.......lama tu....
time tu pun remy masih slim lagi......
apa apa pun , doakan remy selamat pergi dan selamat kembali ye kenkawan.......
nanti remy on9 balik pada 24 atau 25 april.......
remy akan bertolak dgn keretapi yg dah lama remy tak naik........takat komuter , erl ngan seumpamanya tu selalu ler.....
feel naik keretapi KTM nie lain sikit.......
so selamat berhujung minggu semua.........
nanti remy update apa yg best kat sana..........
 p/s:- cantik tak baju t-shirt kita org kat atas tu.....? he3

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


BLOG - BLOG WAKIL RAKYAT: Hannah Yeoh

Posted: 23 Apr 2012 11:29 PM PDT

SUBANG JAYA - Licik apabila segelintir individu dikesan membuat kutipan derma dengan menyalahgunakan nama Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Kurang Upaya Subang Jaya (P3KU) di beberapa pusat beli-belah sekitar Subang Jaya dan Kuala Lumpur sejak awal April lalu.

Difahamkan, persatuan berkenaan melancarkan projek 'Running The Sahara' untuk kanak-kanak istimewa bagi mengumpul dana sebanyak RM100,000 bagi membuka sebuah pusat latihan untuk golongan kurang upaya berkenaan.

Risalah kutipan derma yang diedarkan di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya di sini bagaimanapun didakwa dipergunakan segelintir individu untuk mengutip derma secara tunai.

Timbalan Pengerusi persatuan itu, Lee Seok Khin berkata, beliau dimaklumkan mengenai perbuatan itu, 11 April lalu oleh seorang ahli jawatankuasa persatuan.

Katanya, dia dimaklumkan ada pihak menyamar sebagai ahli persatuan mengutip derma di sebuah pusat beli-belah di Seri Petaling.

"Saya terkejut kerana kutipan derma dilancarkan pada 3 Mac lalu hanya boleh dibuat penderma melalui bayaran cek atas nama persatuan bukan secara tunai.

"Malah kita sudah berhenti meraih dana kerana kutipan yang diperoleh untuk mewujudkan pusat latihan kepada pelajar kurang upaya sudah mencukupi," katanya yang membuat laporan di Balai Polis UJS 8, 12 April lalu.

Seorang lagi ahli persatuan, Foong Chui Khuen berkata, individu terbabit dipercayai menggunakan risalah yang hampir sama seperti dilancarkan persatuan.

"Saya mendapat tahu individu terbabit turut mengutip derma di sekitar kedai makan di SS 15 dan SS19. Mereka seolah-olah seperti pelajar kolej berusia lingkungan 20-an.

"Memang pihak kami tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mengutip derma bagi pihak persatuan malah individu yang melakukan kutipan dana itu bukan ahli kami," katanya yang percaya individu terbabit menyalahgunakan nama persatuan untuk kepentingan sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan ketika menerima aduan daripada ahli jawatankuasa persatuan itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika memberi sumbangan kepada orang tidak dikenali.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


PAPISMA Cawangan <b>Kelantan</b>: PAPISMA <b>Kelantan Di</b> Kok Lanas <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 12:14 AM PDT

13-14 April 2012 - Semangat kesukarelawanan dan gotong royong didalam mengadakan sesuatu majlis kian pudar di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Masing-masing sibuk menjalankan aktiviti harian sehinggakan mengabaikkan hak-hak kejirananan.

Pada hari Jumaat (13hb) yang lepas, PAPISMA Kelantan dijemput mengadakan sesi khidmat kesihatan secara percuma sempena Program Kemasyarakatan " Bekwoh@Dataran Ilmu" yang telah dianjurkan oleh penduduk Kg. Baloh, Kok Lanas. Kehadiran penduduk kampung ke program ini adalah menggalakkan.

Bagi melincinkan atucara pemeriksaan kesihatan, sebanyak dua kaunter saringan dan dua kaunter rujukan doktor telah diadakan sempena program tersebut. Dianggarkan seramai 200 orang penduduk telah melakukan ujian pemeriksaan kesihatan percuma ini.

Pada 14 April 2012 PAPISMA Kelantan telah dijemput mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma bersempena dengan program Cakna D' Kok Lanas. Program ini diadakan bertempat di Perkarangan Surau Taman Pinggiran Atira, Kok Lanas.

Kehadiran pengunjung ke khemah pemeriksaan kesihatan adalah menggalakkan. Para pengungjung tidak kisah beratur panjang bagi mendapatkan khidmat kesihatan serta nasihat daripada rombongan PAPISMA Kelantan.

Laman Bestari SK Kubang Kerian 2: Jasamu Disanjung Cikgu Pn <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 08:44 PM PDT

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 22 Mac 2012,Satu majlis persaraan telah diadakan di Dewan Harmoni.Puan Hjh Midah dilahirkan di sebuah pondok yang terletak bersebelahan dengan Pasar Segar, Kubang Kerian. Beliau merupakan anak ke dua dalam sebuah keluarga sederhana, tetapi kaya dengan budi bahasa. Beliau telah mendapat didikan awal si SKKK 1, kemudian meneruskan pengajian sehingga tingkatan 6. menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bharu.Beliau mula mengajar di SMK Chukai, Kemaman, Terengganu pada tahun 1978, memegang jawatan sebagai warden Asrama perempuan di samping menjadi AJK PIBG, jurulatih tarian sekolah dan jurulatih Bola Tampar. 
        Beliau bertemu jodoh dengan seorang jejaka pilihan yang bergelar guru iaitu AB.Wahab b. Salleh, yang juga sama sama bertugas di sekolah itu.Setelah sembilan tahun bertugas di perantauan, barulah kembali bertugas di negeri tumpah darah tercinta iaitu di SK. Demit ,1987.
Tahun 2000, beliau berhijrah ke SK Kubang Kerian 2.

Beliau mengajar tahun 5 (PDL) dan tahun 6 (UPSR) selama 30 tahun. Sanggup berhempas pulas dan berpenat lelah dengan dengan kelas tambahan siang dan malam, demi kecermelangan murid dan menjulang gahnya nama sekolah.Beliau pernah ditawarkan sebagai Penyelia Petang di SK. Belimbing, Tanah Merah, tapi demi cintakan murid tahun 6, Tawaran itu ditolak.
Antara Sumbangan Cikgu Puan Midah adalah :
*Pemeriksa kertas BM Penulisan UPSR (LPN)dari tahun 2000-2007, kemudian menarik diri atas alasan kesihatan.Ketua Panitia BM selama beberapa tahun disekolah ini, juga pernah menjadi setia usaha BM.
*Beliau pernah menjadi Bendahari PIBG dari tahun 2000 – 2004,yang mana PIBG sekolah pada masa itu pernah di nobatkan sebagai JUARA di negeri kelantan.
*Beliau menjadi jurulatih syair selama 2 tahun berturut turut yang berjaya menjadi johan di negeri Kelantan


*Beliau juga pernah menjadi jurulatih bercerita yang berjaya ke peringkat kebangsaan pada tahun lepas.
           Sekarang beliau telah bergelar nenek kepada dua orang cucu, daripada anak sulung perempuan yang juga seorang guru.
 


03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Anwar Mahu PAS Buang Nasharuddin Md Isa. Jangan Jadikan <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2012 07:02 AM PDT

Anwar cukup berang bila diberitahu bahawa Ustaz Nasha terlibat secara aktif dengan agenda anti-LGBT. Anwar tahu, Ustaz Nasha juga antara yang bergerak di belakang tabir agenda JATI, Dr Hasan Ali – tapi bila Ustaz Nasha sibuk dengan agenda anti LGBT; Anwar naik berang dan cukup marah. Anwar tidak mahu langsung PAS terlibat dengan agenda anti LGBT dan kehadiran Ustaz Nasha, jelas Anwar, menjejaskan Pakatan Rakyat.
Azmin sudah Anwar arahkan untuk memastikan nama Ustaz Nasha tenggelam terus daripada disenaraikan dalam PRU akan datang. Namun, Azmin telah memberitahu Anwar bahawa ada dua kemungkinan yang mungkin berlaku:-
  • Ustaz Nasha bertanding atas tiket BN;
  • PAS juga belum tentu bersetuju untuk membuang Nasha daripada list begitu sahaja. Mursyidul Am perlu membuat signal yang jelas kepada Presiden dan Majlis Syura bahawa Ustaz Nasha sudah khianat daripada parti.
Soalnya sekarang, mengapa Anwar terlalu takut dengan anti-LGBT ini? Ada kalangan rakan-rakan dalam PR yang memaklumkan, bahawa Anwar tidak mahu 'imej' LGBT ini dikaitkan dengan dirinya dan mana-mana pimpinan PR yang lain. Mana ada pimpinan lain yang terlibat dengan LGBT. Anwar seorang! Nampaknya, Anwar semakin pening dan gelabah.
Anwar mahu Azmin yakinkan PAS bahawa Ustaz Nasha bukan faktor penting. Anwar berjanji untuk turun berkempen di mana sahaja nama Ustaz Nasha diangkat sebagai calon BN. Ramai yang kata, kemungkinan di dalam Wilayah Persekutuan. Itupun jika PAS ambil keputusan untuk menurut sahaja cadangan Anwar.
Anti-LGBT ini Anwar sifatkan sebagai kumpulan kacau daun dan lebih berpengaruh daripada TIBAI. Kepada Anwar, TIBAI adalah kelompok manusia tamak yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau kita jadi Kerajaan, Anwar kata, TIBAI inilah antara orang pertama yang akan sembah kaki aku. Anwar cukup yakin sekali.
Nasharudin Mat Isa hari ini berkata Dato' Ambiga Sreenevasan tidak layak pimpin BERSIH 3.0 sebaliknya Pemimpin PAS lah yang sepatutnya menjadi barisan hadapan BERSIH 3.0.
Nasha turut berkata LGBT merupakan ancaman kepada masyarakat…
Demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa.
"Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat," kata Nasharudin.
Kenyataan Ustaz Nasha ini memang buat Anwar naik angin.
Anwar sendiri hairan dengan BN yang masih lagi percaya dan menggunakan 'turncoats' sebagai penggerak kempen yang bodoh-bodoh begini.
Yang nyata, Anwar lebih takut kepada anti-LGBT berbanding TIBAI.
Apakah PAS akan menurut sahaja cadangan dan arahan Anwar? Kita sama-sama tunggu.

Credit: Gelagat Anwar


Artikel Berkaitan,

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Gerakan pinggir Ku Li <b>di Gua Musang</b>

Posted: 14 Mar 2012 04:06 AM PDT

GUA MUSANG, 14 Mac: Legasi Umno Gua Musang di bawah Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) yang kini melewati 43 tahun mungkin tidak mampu bertahan lagi ekoran muncul suara-suara sumbang di bahagian berkenaan kebelakangan ini.

Malah sekarang muncul pihak yang menggelarkan mereka sebagai Kumpulan 16 secara terang-terangan mengharapkan anggota parlimen terbabit berundur.

Anggota Jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Wahab Yunus tampil mendedahkan perkara itu berkata, sudah sampai masanya Ku Li berundur dan tidak lagi mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

"Pembangunan Gua Musang bukan lagi hasil usaha Ku Li, tetapi sejak PAS mentadbir Kelantan sehingga kini melewati tahun ke-22 pembangunannya saya lihat lebih pesat.

"Saya tidak nampak lagi apa peranan ahli Parlimen Gua Musang sekarang. Bantuan kerajaan pun lebih banyak disalur agensi-agensi kerajaan pusat seperti Kesedar," katanya ketika ditemui sini.

Baru-baru ini media tempatan melaporkan Tengku Razaleigh tetap mahu mempertahan kerusi parlimen Gua Musang biar pun tidak dicalonkan Umno.

Hasrat Ku Li itu turut mendapat sokongan Adun Galas, Abdul Aziz Yusof yang juga Setiausaha Umno Gua Musang.

Abdul Wahab yang mendakwa mengetuai ketua-ketua cawangan Umno Gua Musang berkata, Ku Li akan berdepan kesukaran lagi mempertahan parlimen tersebut kerana popularitinya semakin menurun.

Sebelum ini Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin pernah dilapor mahu mencabar kedudukan Ku Li pada pemilihan Umno akan datang.

Difahamkan Bazlan juga mendapat sokongan Ketua Wanita Umno Bahagian, Senator Hazani Mohd Noor dan dikatakan bergabung pula dengan bekas Adun Galas, Saupi Deraman.

(ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

ads