Jumaat, 28 Mac 2014

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di kok lanas</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Mar 2014 11:44 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

jmc kota bharu: Temuduga Terbuka <b>Di</b> Farmasi Ehsan <b>Kok Lanas</b>

Posted: 19 Feb 2014 12:45 AM PST

Temuduga Terbuka Di Farmasi Ehsan Kok Lanas
Temuduga Terbuka Akan Diadakan Pada :
25hb Februari 2014 (Selasa)
Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Jalan Kuala Krai,
Majikan :          Farmasi Ehsan Kok Lanas
Alamat :           PT 5049, Tingkat Bawah, Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Jalan Kuala Krai, 16450 Kok Lanas
Telefon :          09-7855772 (Puan Hamidah)
Jawatan :         Pembantu Farmasi
Kekosongan :    L = 0, P = 2, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
•      Berkelulusan Sekurang-Kurangnya SPM Atau Kelayakan Setaraf.
•      Keutamaan Kepada Calon Yang Mempunyai Pengalaman Kerja Dalam Bidang Berkaitan.
•      Boleh Berkomunikasi Dalam Pelbagai Peringkat.
•      Mempunyai Pengangkutan Sendiri.
•      Berpengetahuan Dalam Bidang Komputer.
#       Temuduga Terbuka pada 25hb Februari 2014 (Selasa), Masa : 10:30 Pagi
#       Sila Bawa Sijil Asal Dan Salinan Fotostat Serta Gambar Berukuran Passport Semasa Sesi Temuduga
#       Tarikh Tutup : 25 Februari 2014
.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2014 09:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2014 09:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2013 09:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Dec 2012 09:46 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sejarah Ringkas Pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang

Posted: 20 Nov 2012 05:19 PM PST

Masjid adalah lambang syiar Islam, ia merupakan pusat yang menghubungkan antara hamba dengan Penciptanya. Masjid bukan saja tempat solat berjemaah, tetapi juga sebagai pusat pendidikan, pengajian keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan yang secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah islamiyyah sesama manusia.
Pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  telah mendirikan Madrasah Ahmadiah di Bunut Payong. Pusat pengajian itu masyhur sebagai Pondok Bunut Payong.  Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  merupakan seorang ulama besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh.   Pelajar-pelajar pondok Bunut Payong bukan saja terdiri daripada anak tempatan, tetapi juga mereka yang datangnya dari Kedah, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Pahang serta pelajar-pelajar dari Thailand dan juga dari Indonesia.

Pak Su masih ingat beberapa  pelajar Pondok Bunut Payong  yang cemerlang . Mereka ialah Hj Abdul Shukor dari Bangkok, Hj Budin dari Sumatera, Ustaz Abdul Rahman dari Perlis, Hj Husin Rahimi dari Pasir Puteh, Hj Mat Besi Berani dari Bukit Marak, Hj Abdul Aziz dan Hj Mustapha dari Limbat, kedua-duanya menjadi pengasas Pondok Terusan Pasir Tumboh dan Ustaz Fadhil dari Johor yang  selepas itu menjadi menantu Tuan guru. Pelajar-pelajar pondok Bunut Payong bukan saja terdiri daripada anak tempatan, tetapi ramai juga yang datangnya dari Johor, Perlis, Melaka, Pulau Pinang, Pahang serta pelajar-pelajar dari Thailand dan Indonesia.

Beberapa orang anak mukim Padang Enggang  turut serta belajar ilmu agama di Pondok Bunut Payong  yang jaraknya 3 km dengan kampong Padang Enggang. Ilmu yang yang mereka perolehi, mereka ajarkan pula kepada penduduk dan begitulah seterusnya.  Pada ketika itu, penduduk mukim Padang Enggang menunaikan solat  hanya di sebuah surau kecil bersebelahan tanah perkuburan (kubur surau). Di surau ini jugalah kanak-kanak belajar mengaji Al-Quran.

Selain dari itu, kanak-kanak ini juga diajarkan asas Fardhu Ain secara teori dan praktikal.


Bermulanya pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang  apabila Haji Abdullah Wan Ahmad (Pak Lah Kedai Wakaf Che Yeh) telah mewakafkan tanah seluas 0.5 ekar untuk didirikan sebuah masjid pada  pertengahan tahun 1950an.  Hasrat beliau untuk melihat tertegaknya masjid di Mukim Padang Enggang tidak kesampaian, beliau  terlebih dahulu telah dijemput  mengadap illahi semasa mengerjakan fardhu haji di Mekah.

Pada tahun 1959 sebuah jawatankuasa pembinaan masjid telah di tubuhkan oleh Allahyarham Ahmad bin Ismail (Imam Tua) yang bertindak sebagai pengerusi, Allahyarham Cikgu Ahmad Ibrahim (Pakcik Che Gu)  sebagai bendahari yang pada masa itu adalah Guru Besar Sek. Keb. Mulong, Allahyarham Pauzi Ahmad (Pelajar di Pondok Bunut Payong) sebagai setiausaha dan beberapa orang penduduk yang mewakili setiap kampung dalam Mukim Padang Enggang. Kampung-kampung tersebut adalah Kampung Wakaf Che Yeh, Kampung Padang Enggang, Kampung Padang Darat, Kampung Telok Chat, Kampung Rupek, Kampung Baru, Kampung Ijok, Kampung Seterpa, Kampung Jelasin, Kampung Air Deras dan Kampung Tini.



Antara aktiviti dan perancangan yang dilakukan oleh AJK  untuk memulakan pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang:
1)      Membuat kutipan wang dari rumah kerumah. Tugas ini dilakukan oleh semua AJK yang mewakili kawasan masing-masing dalam Mukim Padang Enggang.
2)      Mengadakan jamuan teh sambil menderma dilakukan di tapak masjid tersebut.
3)      Mendapat sumbangan kewangan sebanyak RM1,000.00 dari  Dato Asri Muda yang merupakan wakil rakyat kawasan tersebut.
4)      Husin Musa sawmill telah dipersetujui oleh majoriti AJK sebagai pembekal barangan keperluan untuk pembinaan masjid dengan kaedah pembayaran yang fleksible.
Masjid Mukim Padang Enggang dengan keluasan lantai 2,100 kaki persegi (42' X 50') dapat menampung jemaah seramai 250 orang. Pada peringkat awal, solat jumaat juga disertai oleh jemaah wanita untuk memenuhi ruang masjid yang agak besar dibandingkan dengan bilangan makmun yang tidak ramai. Pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk menarik jemaah mengimarahkan masjid. Pada masa itu bilangan guru agama amat terhad tambahan pula aktiviti kebudayaan mendapat tempat dihati penduduk. Walaupun begitu usaha membesarkan masjid terus dilakukan dari masa kesemasa  dengan mengambil kira bilangan penduduk mukim yang semakin bertambah dan minat mencari ilmu agama dikalangan mereka juga semakin meningkat.

Pak Su dilantik sebagai AJK Pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang pada tahun 1959. Paksu diberi tanggungjawab menjaga  urusan  pembinaan masjid, kebetulan pula Pak Su bekerja di Jabatan Kerja Raya, Kota Bharu dan mempunyai sedikit kemahiran dalam kerja-kerja pertukangan kayu dan binaan bangunan. Pak Su aktif  sebagai AJK selama 53 tahun tanpa henti dan berada dibawah 5 orang imam bermula dari 1959 hingga sekarang. Imam -imam tersebut adalah seperti berikut:
1) Allahyarham Ahmad Bin Ismail (Tok Ayah)
2) Allahyarham Pauzi Bin Ahmad (Tok Imam Pauzi)
3) Ustaz Yassin (Tok Imam Yassin)
4) Ustaz Haji Hanafi Bin Mohamad (Tok Imam Napi)
5) Ustaz Haji Abdul Halim Bin Mat Isa (Imam Tua sekarang)

Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan usaha berterusan oleh AJK masjid, bilangan jemaah dewasa dan kanak-kanak  yang datang ke Masjid Mukim Padang Enggang semakin bertambah. Mereka mengimarahkan masjid setiap waktu  untuk melakukan solat berjemaah, iktikaf, berzikir, membaca Al-Quran, mengikuti majlis-majlis ilmu dan menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta apa jua program yang mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada penduduk mukim Padang Enggang dan kepada umat islam keseluruhannya.
Wallahu a'lam

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2014 09:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Mar 2014 09:29 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pertandingan bola baling peringkat QIT salor - SK <b>Bunut Payong</b>

Posted: 02 Mar 2014 06:56 PM PST

Ahli pasukan bola baling lelaki yang terlibat dalam pertandingan bersama guru pengiring.

Jurulatih wanita dan guru pengiring yang turut serta dalam pertandingan bola baling yang bertempat di
 SK Pengkalan Kubur ,Salor.

Jurulatih utama yang terlibat sepenuhnya dalam sesi latihan sebelum berlangsungnya pertandingan.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jan 2014 09:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 09:06 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Dec 2013 09:25 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2013 09:20 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2013 09:28 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2013 09:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jun 2013 09:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2013 09:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

haji abdullah tahir <b>bunut payong</b> - syafaah dan barokah

Posted: 15 Nov 2012 05:17 PM PST


SALAH SEORANG ULAMA BESAR NEGERI KELANTAN YANG MASYHUR ALIM DALAM ILMU FIQH. PENDIRI PONDOK BUNUT PAYONG YANG TERKENAL KE SELURUH SEMENANJUNG ITU. SEANGKATAN DENGAN HAJI ALI PULAU PISANG, HAJI YAAKUB LORONG GAJAH MATI, HAJI SAAD KANGKONG, HAJI AHMAD BATU TIGA REPEK, HAJI SALEH PEDADA DLL.
DILAHIRKAN DI KG. SIREH, KOTA BHARU PADA 20 MUHARRAM 1315 BER
SAMAAN 20 JUN 1897, BAPANYA, HAJI AHMAD BIN MOHD. ZAIN YANG BERASAL DARI KG. CHEPA, KEDAI LALAT PERNAH BERKHIDMAT SEBAGAI IMAM TUA DI MASJID LANGGAR, KOTA BHARU (BERKHIDMAT SEHINGGA 1920).
SESUDAH BERGURU SELAMA 15 TAHUN DENGAN TOK KENALI, BELIAU BELAYAR KE TANAH SUCI MAKKAH MENDALAMI PENGAJIANNYA. ANTARA LAIN MENGIKUTI KULIAH TUAN MUKHTAR BOGOR, SYEIKH SAID AL-YAMANI, SYEIKH MOHD. ALI AL-MALIKI DAN BEBERAPA TOKOH YANG LAIN LAGI.
SEKEMBALI KE KELANTAN, BELIAU DIMINTA MENYERTAI KUMPULAN TENAGA PENGAJAR HALAQAT KITAB DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU. BAGAIMANAPUN, KHIDMATNYA TIDAK LAMA KERANA PADA 1931, BELIAU MEMULAKAN KEGIATAN KEGURUANNYA SENDIRI DI BUNUT PAYONG YANG DIBERI NAMA MADRASAH AHMADIAH. MADRASAH INI KEMUDIAN TERKENAL KE SELURUH PELOSOK SEMENANJUNG MELAYU SEBAGAI PUSAT PENGAJIAN PONDOK YANG BERPRESTASI TINGGI DI KELANTAN.
DI PONDOK BUNUT PAYONG INILAH TUAN GURU HAJI ABDULLAH TAHIR MENGAJAR KITAB HINGGA KE AKHIR HAYATNYA. BELIAU TERKENAL SEBAGAI SEORANG TOK GURU YANG TEKUN MENGAJAR SERTA MENGAMALKAN DISIPLIN DIRI YANG KERAS LAGI TEGAS.
KERANA KEGIGIHANNYA YANG SEDEMIKIAN MAKA TIDAK PELIKLAH JIKA PONDOK BUNUT PAYONG BERJAYA MELAHIRKAN RAMAI MURID BERILMU TINGGI SEPERTI HJ. HUSAIN RAHIMI, HJ. NIK MAN SUNGAI BUDOR, HJ. ABDUL AZIZ PASIR TUMBOH, HJ. ISMAIL PADANG LEPAI, HJ. ABDULLAH KOK LANAS, HJ. OMAR KUBANG BEMBAN, HJ. ABDUL RAHMAN SLOW MACHANG, HJ. WOOK LUBOK CHEKOK, HJ. NOOR TELIAR, HJ. SAULAIMAN SIRAM, HJ. DAUD BUKIT BUNGA, HJ. YAAKUB KELONG, HJ. GHAZALI PULAI CHONDONG, HJ. ZAKARIA SELISING, HJ. OSMAN PERLIS, HJ. AHMAD KODIANG, HJ. YAHYA JONED GURUN, HJ. IBRAHIM BONGEK, HJ. ABDUL WAHID SUNGAI UDANG, HJ. HUSAIN UMBAI, HJ. AHMAD RELAI, HJ. HASANUDDIN BERHALA GANTANG, HJ. ISMAIL PHUKET, HJ. GHAZALI MUNDOK.
KERANA KETOKOHANNYA JUGA BELIAU DILANTIK MENGANGGOTAI JEMAAH ULAMA MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN BEBERAPA PENGGAL (SEAWAL 1932).
KEMATIAN FUQAHA' INI PADA PUKUL 7.20 PAGI SELASA 4 RABIULAWAL 1381 BERSAMAAN 15 OGOS 1961 MENYEBABKAN NEGERI KELANTAN KEHILANGAN SEORANG TOKOH ILMUAN YANG MENERANGI BUDAYA ILMU DAN DAKWAH ISLAMIAHNYA.

HTTP://RIJALMUHIBBIN.BLOGSPOT.COM/SEARCH/LABEL/ULAMAK%20KELANTAN
http://www.facebook.com/SYAFAAH.dan.BAROKAH
http://www.facebook.com/Para.Pecinta.Habaib.dan.Ulama

Sekolah Kebangsaan <b>Bunut Payong</b>, Kota Bharu,Kelantan: TERIMA <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 09:48 PM PDT

                              Pelajar UNIZA merealisasi mural bunga raya di blok bangunan baru.
Amalan budaya kerja'sense of belonging ' menjadi tunggak utama sekolah dalam merealisasikan program-program sekolah termasuk landskap dan mural sekolah.

                                                    Perbincangan dikalangan guru-guru.

                                    Syed ( pelajar UNIZA ) membantu & menyumbang idea.

                                                      'We are proud,we do it ourselves '

                                               Amalan Budaya Kerja 'Teamwork to Success'
                                      Tidak ketinggalan ,Puan Guru Besar , turut mengecat mural.
PK Pentadbiran dan PK Hem juga tidak ketinggalan membantu dalam menjayakan projek sekolah.

Panas...yang penting siap.Ketekunan dalam menyiapkan kerja-kerja walaupun dalam cuaca yang panas .

Pekerja-pekerja juga ' ringan tulang 'dalam membantu,apabila bantuan mereka diperlukan.

Rakaman Visual mural yang telah siap, diblok bangunan baru.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH DAN SYED ( PELAJAR UNIZA ) .

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Musa Hitam sertai Diskusi Politik <b>di Kota Bharu</b> - Harakah Daily

Posted: 26 Mar 2014 12:56 AM PDT

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan berpeluang mengikut dari dekat isu pilihan raya kecil Kajang dan nahas pesawat MH370 melalui ceramah perdana di sini dan Tumpat.

Isu Kajang dan hukuman penjara lima tahun ke Anwar Ibrahim akan dijelaskan sendiri anggota parlimen Permatang Pauh di Padang Perdana pada malam 28 Mac ini.

Manakala kupasan semasa mengenai MH370 akan disampaikan mantan Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, UPM, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada ceramah malam 27 Mac ini di padang Puteri Saadong Wakaf Bharu, Tumpat.

Ketua Penerangan PKR negeri, Ustaz Abdul Halim Haron berkata, siri ceramah Reformasi 2.0 turut mengundang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Program ceramah MH370 pula dianjurkan bersama Kelab Kebajikan dan Pembangunan Insan Tumpat (Kapit), Tabung Kebajikan dan Sosial Rakyat Wakaf Bharu (Taksir) dan Majlis Tindakan Dun Wakaf Bharu.

Pengerusi Kapit, Abd Rahman Ariffin berkata, pada program itu juga akan diadakan solat hajat diimamkan Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhammad.

Turut diundang ulamak dari Mesir, Syeik Hanii Abd Aziz, Tokoh Ulamak Muda Kelantan, Ustaz Asri Daud dan Mudir Madrasah Pondok An-Nur Kuala Penor Pahang Ustaz Mokhtar Senik.

Pada malam 27 Mac juga akan diadakan Diskusi politik Malaysia membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di Grand Ballroom, Hotel Renaissance.

Diskusi anjuran kerajaan negeri tersebut akan memperkatakan Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang dipengerusi Prof Madya Datuk Dr Muhamad Agus Yusof dari UKM. 

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di manek urai</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Mar 2014 09:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di manek urai</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Mar 2014 09:42 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Program DSAI <b>Di Manek Urai</b> « Demi Rakyat - Anwar Ibrahim

Posted: 05 Jul 2009 10:08 PM PDT

PROGRAM DSAI DI MANEK URAI

SELASA 7 JULAI 2009

CERAMAH PERDANA :

TEMPAT : KAMPONG CHUCHUH PUTERI

MASA : 9.00 â€" 12.00 MALAM

PENCERAMAH : 1. YAB TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

2. YB DATO̢۪ SERI ANWAR IBRAHIM

3. YB DATO̢۪ HUSAM MUSA

4. YB DATO̢۪ SERI NIZAR JAMALUDDIN

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


BAN Sadis - Motorsikal (Ducati) Mat Sweden Terbakar <b>Di Dabong</b> <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2014 10:52 PM PST

Modenas Jaguh winnn.. Tak pernah lagi dengar jaguh terbakar.. Sebab tak ramai pun orang pakai. So, modenas win dalam belantara tak pernah jalan jauh.. #LOL.. Kebakaran ni berlaku kat dabong di kelantan. Kat kawasan pedalaman di kelantan.. Tempat ni mmg susah tahap cipan nak cari tempat baiki motor. Spare part pun ko kena mintak monyet pergi tolong belikan.. #LOL.. Mengikut penyelia dabong, motor ducati milik orang sweden ni terbakar. Sebab maybe kepanasan..

Info Asal : Penyelia Dabong

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


TANAH <b>JELI KELANTAN</b>: TANAH UNTUK <b>DI</b> JUAL JAJAHAN <b>JELI</b>

Posted: 10 Mar 2014 01:06 PM PDT

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

Terutamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membeli tanah-tanah yang di jual di sini dan telah di siarkan di blogspot ini.

Sukacitanya, saya mengumunkan kepada anda semua. Ada lagi beberapa lagi tanah untuk di jual di kawasan yang berdekatan Universiti Malaysia Kelantan dan juga Polikteknik Jeli.
Kepada mereka yang terlepas dulu. sekarang saya ada penyelesaian untuk isu itu.

Kawasan permandangan yang cantik jauh dari kesibukkan kota tetapi mempunyai pekan yang sedang membangun dan berdekatan dengan hub pendidikan seperti UMK,MRSM,POLITEKNIK & SEKOLAH-SEKOLAH ASRAMA PENUH.

JELI adalah sebuah bandar kecil dalam jajahan Kelantan,Malaysia. Pada tahun 2000, jangkaan populasi di Jeli mempunyai lebih 42,882 orang yang membina penempatan  di situ.

Bermulanya pada tahun 2011, terdiri daripada beberapa buah institusi pendidikan telah di bina di Jeli bagi menyahut seruan kerajaan untuk memajukan negeri Kelantan sebagai hub' pendidikan di pantai timur.Kini bagaikan cendawan tumbuh taman-taman perumahan telah di bangunkan bagi menampung kerancakkan ekonomi di Jajahan Jeli Kelantan.

Bagi menampung permindahan anak-anak jati kembali ke negeri Kelantan dan orang luar kini berada negeri itu, untuk mengajar anak-anak bangsa kita.Kerajaan telah berusaha menaik taraf daerah Jeli ini menjadi satu bandar pada masa depan. Ini akan memberi satu impak besar di kawasan tersebut dengan adanya pembangunan beberapa institusi pendididkan tinggi di Jeli. Antaranya Politeknik Jeli dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ini akan  dapat menaikkan taraf ekonomi luar bandar kawasan tersebut. Kini, tanah-tanah orang kampung juga menjadi bernilai tinggi dengan adanya pembangunan yang sedang giat dijalankan dalam jangkaan 5 tahun lagi Jeli akan terkenal sebagai "Pintu Utama ke Utara dari Pantai Timur".

Baiklah berbalik kita kepada cerita kita pada tanah untuk di jual.

Saya siarkan di sini untuk tatapan dan pilihan ANDA semua. 

"Berminat jangan segan,jangan silu".Hubungi sahaja saya bila-bila masa dari jam 7 pg sehingga jam12 mlm.

Pilihan ANDA,keutamaan SAYA.

LOKASI LOT KEDAI BUKIT BUNGA PONDOK MODEN
PELAN CADANGAN LOT KEDAI BUKIT BUNGA PONDOK MODEN
TANAH GAHARU GUNUNG STONG UNTUK DI JUAL
SUDAH DI TERES. POKOK GAHARU BERUMUR 4 TAHUN. GAHARU GRED A.
TANAH GAHARU GUNUNG STONG DI BLOG 

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Mar 2014 11:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Mar 2014 11:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kehidupan Baru <b>di</b> Universiti Malaysia <b>Kelantan</b> Kampus <b>Jeli</b> <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 06:04 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Kehidupan Baru di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli. Tahun 2014 dah start hampir sebulan...dan sepanjang itu lah aku dah start new life here as postgraduate student kat UMK jugak...kenapa pilih UMK,ramai yg ...

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di perupok</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2014 09:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di perupok</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jan 2014 09:45 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di perupok</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Aug 2013 09:36 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ringgo Redz: Khutbah Jumaat <b>Di</b> Masjid Simpang Tiga <b>Perupok</b> <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2013 05:39 AM PDT

[ Gambar hanya sekadar hiasan ]

Muslimin yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: " SERUAN AL-BARZAKH ".
Muslimin Yang di Rahmati Allah, Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadith, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia. Dalam peringkat kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun tetapi puratanya mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun . Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah para Nabi, Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa' ayat 78: Yang bermaksud: " Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat ". Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya. Ia berasal dari tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia. Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia. Rohlah yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.

Muslimin Yang di Rahmati Allah, Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (مختار الصحاح) oleh Abu Bakr al-Razi, Barzakh bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan iktikad al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam Barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati sehingga dibangkitkan. Alam Barzakh juga tempat permulaan manusia di hukum segala amalannya di dunia. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzakh. Sebaik sahaja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengkebumikan dan dalam perjalanan pulang ke rumah maka dalam suasana yang gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah.

Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketakwaan yang unggul maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri yang dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras)." (Riwayat al-Tirmizi). Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi pernah berkata, " setiap mayat yang hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu di kubur memanggilnya, "Akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kepada Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Siapa memasukinya dengan taat, akan keluar dengan bahagia. Dan sesiapa masuk dengan derhaka, dia akan keluar dengan penuh penyesalan."

Muslimin Yang di Rahmati Allah, Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang akan berakhir di alam kubur. Seorang ulama al-Rifa'i pernah berkata: " Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali alam kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali buat selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan, dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya fasih bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam."

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula pernah berkata kepada beberapa orang rakannya di dalam satu majlis, " Wahai fulan, engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang alam kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu keadaan sebenarnya dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya ." Ketika khalifah Umar mengiringi jenazah sahabatnya lalu kubur memanggilnya dan bertanya, " Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan terhadap jenazah yang kau cintai ini? Ya jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Tentu jawab Umar. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya.aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya. Khalifah Umar menangis dan berkata." Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Yang muda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku dan bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang diturunkan oleh tuhanku.

Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian, alam berzakh dan Mahsyar, kerana manusia sedang sibuk dengan pembangunan kerjaya, kemewahan dan kelazatan kehidupan dunia serta hiburan. Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrael datang dengan mencabut nyawanya. Saididna Ali RA pernah berkata, " bahawa manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak". Kesibukan mencari keseronokan dan kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian. Sebagai contoh mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti penagihan dadah, arak, pengamal seks bebas sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat-ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan-bahan terlarang bagi menambah lagi nikmat keseronokan. Perbuatan ini seolah-olah mengali lubang kubur sendiri. Mereka ini akan menanggung siksaan hidup dengan penyakit-penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian.

Justeru mimbar menyeru kepada jemaah sekalian insaflah dan sedarlah tentang kehidupan yang sebenarnya dan jangan kita lalai dari mengingati kematian kerana ianya akan menambah lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: Bermaksud: " Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian" (Riwayat Muslim) Muslimin Yang di Rahmati Allah, Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru insaflah dan sedarlah bahawa kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi ke dunia yang fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian rakan dan sahabat kita yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan-rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang pasti itu. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita. Tidak kira di mana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita, cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini.

Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Jumu'ah ayat 8: Maksudnya : "Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). "

Teks Khutbah Jumaat dari : 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

ads