Isnin, 18 Mac 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


20 penduduk <b>Pasir Puteh</b> dipindahkan akibat banjir | Free <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2013 08:40 PM PST

Sebanyak 20 penduduk Kampung Daram Buaya, Gaal di Pasir Puteh, terpaksa dipindahkan malam tadi selepas kediaman mereka ditenggelami banjir.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh berkata mangsa meliputi enam keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changgai di Pasir Puteh.

"Pihak kami menjangka lebih ramai lagi akan dipindah berikutan hujan lebat sejak semalam masih berterusan sehingga pagi ini," katanya ketika dihubungi di Pasir Puteh, hari ini.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan rendah di Pasir Puteh mendapati penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Semerak sedang bersedia untuk berpindah berikutan paras air di sungai itu semakin meningkat.

Sementara itu di Kota Bharu, penduduk terutama yang tinggal di tebing sungai utama di Kelantan diingatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berikutan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang telah melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat sejak tiga hari lalu.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, bacaan paras air sungai itu pada 9 pagi ini ialah 9.02 meter iaitu melepasi paras bahaya 9 meter.

Bacaan di sungai yang sama di Jenob, Tanah Merah kini pada paras 21.6 meter (paras berjaga-jaga 21.50 meter).

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai dan Sungai Lebir di Tualang juga dilaporkan meningkat yang kini berada di paras berjaga-jaga.

Keadaan cuaca di seluruh Kelantan pagi ini dilaporkan mendung dengan sesekali hujan lebat terutama di pedalaman.

- Bernama

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=67950

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Senarai Home Stay <b>di</b> Sekitar <b>Kok Lanas</b> - Persatuan Catur Negeri <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 02:17 PM PST


Untuk memastikan kemudahan peserta-peserta dari luar kawasan Kok Lanas yang menyertai Terbuka Kelantan 2012 ini, anda boleh cuba menghubungi Home Stay yang ada untuk penginapan
1. Adam guest house..rumah 3 bilik..2 aircond. .1 biasa.. RM150/night
Tel:    013 9411 451
         019 5414 053
2. City vision inn.. 4 bilik RM130/bilik
Tel: 013 2525 989
         013 9318 442
3. Homestay desa suria.. Rumah 2 tingkat..4 bilik.. 2 aircond 2 biasa.. RM250
Tel: 013 8580 028
         013 8589 012
4. Homestay di pinggiran..rumah 2 tingkat.. 4 bilik.. RM190/night..
Tel: 013 9354 634
         013 2496 751
5. Tatimmi guest house.. Rumah 3 bilik.. RM150/night
   Tel: 013 9140 020
         019 9888 503

Mengapa Sulu ceroboh <b>di</b> ambang PRU13? - laman kl-today.com

Posted: 06 Mar 2013 12:06 AM PST

KETEREH: Mungkinkah ada kaitan kemunculan penceroboh yang mendakwa pewaris kesultanan Sulu di Lahad Datu dengan tarikh pembubaran parlimen Malaysia? Dalam kehangatan isu berkenaan, penggal ke-12 Dewan Undangan Negeri Sembilan akan berakhir pada 22 Mac ini, manakala parlimen pula pada 28 April depan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, ketika suasana politik sekarang dianggap ramai tidak menyebelahi Umno dan BN, tiba-tiba pula muncul isu lain.

Mungkinkah katanya, dalam suasana itu Umno mencari kaedah lain pula bagi meneruskan kuasa yang ada.

"Sedangkan kita tahu keturunan Sulu ada susur galurnya daripada keturunan Nabi Muhammad saw. Mereka terkenal dengan amalan Islam.

"Bagaimanapun rakyat kecewa cara pengurusan isu Lahad Datu yang dilakukan kerajaan. Kerajaan BN seperti lumpuh. Timbul persoalan kalangan rakyat mengapa penceroboh datang ketika dekat tarikh tarikh PRU13," katanya pada program solat hajat keamanan di Kok Lanas malam tadi.

Pada program berkenaan diadakan solat hajat diketuai anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat. (Gambar atas)

Program yang bermula solat Maghrib diadakan di padang Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas disertai ribuan rakyat Kelantan.

Isu pencerobohan di Lahad Datu yang berlarutan hampir sebulan berakhir dengan tragedi berdarah apabila ramai penceroboh dan anggota keselamatan menjadi korban.

Bagaimanapun isu berkenaan menjadi begitu rumit apabila berita dari Manila mendakwa komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang pernah dilatih di Malaysia akan datang membantu pasukan Kesultanan Sulu di Sabah.

Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayam ketika memberitahu Buletin Manila, MNLF disebutnya mempunyai simpanan senjata yang banyak disembunyi di Sabah dibekal pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Bayam juga mendakwa ramai penduduk Filipina yang tinggal di Sabah telah menyertai perjuangan pasukan Sulu.

Sebelum ini isu kad pengenalan kepada warga asing dibongkar pada perbicaraan dikendalikan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah, di mana ada dakwaan ribuan penduduk Filipina diberi IC.

Husam berkata, projek IC ada kaitan dengan usaha bagi menumbangkan kerajaan PBS di Sabah pada 1995.

Oleh itu katanya, kebimbangan sekarang kerajaan boleh mengulangi sejarah yang pernah dilakukan dengan mengisytiharkan Mageran (darurat) di Kelantan pada 1977 bagi menumbangkan kerajaan PAS.

Beliau juga meluahkan rasa terkejut ketika isu keselamatan diperkatakan meluas, Majlis Keselamatan Negara pula dikatakan menganjur forum politik di Tanjung Chat dengan mengundang pemimpin Umno dan wakil dari selatan Thailand.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, projek IC membabitkan ramai warga asing kemungkinan besar akan menimbulkan krisis serupa pada masa datang.

"Sekarang rakyat Filipina yang membuat onar, mungkinkah pada masa hadapan rakyat  Indonesia, Bangladesh atau mana-mana negara yang diberi IC mengambil tindakan serupa.

"Inilah persoalannya sekarang. Di sebalik isu di Lahad Datu seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan kerajaan. Oleh itu kita menuntut Perdana Menteri menjelaskan keadaan sebenar," katanya.

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


2 Penjenayah Ditembak Mati <b>Di Kuala Krai</b> | MyNewsHub

Posted: 03 Feb 2013 05:14 PM PST


KOTA BHARU – Polis menembak mati dua anggota kumpulan samun bersenjata selepas mereka "menculik" seorang kerani syarikat kewangan yang membawa wang tunai RM50,000, di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam kejadian berbalas tembak itu, dua lagi rakan penjenayah tersebut berjaya meloloskan diri ke kawasan hutan berhampiran tempat kejadian.

Beliau berkata kejadian tersebut berlaku antara pukul 12 dan 1 tengah hari selepas kerani lelaki berusia 23 tahun itu baru mengeluarkan wang tunai RM50,000 dari sebuah bank di bandar Kuala Krai.

"Kumpulan penjenayah itu yang menaiki kereta Perodua Myvi mengekori kereta mangsa sebelum menahan dan melarikan mangsa bersama wang tunai berkenaan sejauh 50 kilometer," katanya kepada pemberita selepas merasmikan OPS Selamat II Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Kubang Kerian. – BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Beranikah Kerajaan PAS Kelantan Mencontohi Penyelaras DUN <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2012 02:01 AM PST


CTS ingin bertanya kepada kepada Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, EXCO dan ADUN-ADUN PAS Kelantan, beranikah mencontohi cara kerja yang dilakukan oleh Penyelaras DUN Mengkebang? Haji Azizzuddin Hj Hussein, bekas ADUN di DUN berkenaan sebelum tewas kepada calon PAS di dalam PRU12 bukan sahaja meletakkan alamat Facebooknya di kain rentang, malah beliau juga meletakkan nombor telefon peribadi sekiranya Rakyat ingin bertanyakan mengenai pembinaan madrasah baru di Kampung Mial. 
Ini bukan perletakan batu asas yang sering dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang hanya akan tinggal batu asas selepas itu. Ini adalah pembinaan betul-betul madrasah! Kata Kerajaan Kelantan hendak berkhdimat kepada rakyat hendak membuat negara berkebajikan? Kalau nombor telefon pun takut nak bagi kepada Rakyat nampak sangat tidak berani berdepan dengan Rakyat. Ke guano?

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Lembaran Sebuah Kehidupan: Kesabaran itu ada batasnya...

Posted: 12 Mar 2013 08:36 PM PDT


Kita sebagai manusia biasa, tak lari dari dugaan. Tak lari dari diuji. Samada kita dihina, dicaci, dipandang rendah, tidak dipedulikan, dipermainkan dan tidak mendapat izin kahwin (aik??). Ujian akan datang melanda samada kita bersedia atau tidak. Kebiasaannya, sahabat-sahabat prihatin di sekeliling, mahupun kaum keluarga hanya mampu memberikan kata-kata ~ sabar. sabar. sabar...
Manusia. Lama mana sekalipun dia cuba bersabar, pasti akan sampai di satu tahap batasnya, di mana sebagai manusia biasa yang tidak maksum, ditambah dengan hasutan syaitan kiri dan kanan telinga, yang bergayut di hujung-hujung hati, sabar itu pasti sampai jua di penghujungnya. Meletup, meletus dan mencetuskan api yang marak membara. 
Aku juga hanya manusia biasa. Yang diuji di kiri kanan jalan penghidupan. Yang telah lelah dengan ujian, yang masih cuba bersabar walau dugaan demi dugaan menyapa ruang jiwa. Namun adakalanya aku tewas.
Gambar dah pandai edit guna PhotoGrid ok...
Sejak kemunculan Note, hati ini dipagut rasa cinta pandang pertama. Tak tau kenapa tapi segala SII, SII, S beam, iphone segala tak berjaya mencurik hatiku ini. Entah mengapa perasaan cinta itu mendalam sekali. Sangat cinta. 
Tapi aku hanya pandang. Rasa macam tak perlu and tak mampu pun nak beli. Kemudian teman-teman mula membakar api dalam sekam. eyh?? Diorang beli dulu! Cis sungguh! Tiba-tiba Note II keluar. Kemudian seorang teman lagi rembat. Apalagi, makin rancak la kata-kata hinaan daku terima. Sehingga 1 hari yang dingin, daku tak mampu lagi menahan kesabaran ini. Alhamdulillah, kini dalam genggaman. Hasil titik peluh sendiri. 
The black one is mommy punya. Sibuk nak Note II jugak. hahahhaa... I took the white one. The pink cover, gua pow mak gua. Tq mommy.
Sony Ericsson Walkman W660i
the reason mengapa mereka menghina i
Masih guna. masih in good condition.

Lembaran Sebuah Kehidupan: Susu Anlene

Posted: 13 Mar 2013 09:34 PM PDT


Menghairankan bagaimana makanan pertama yang masuk ke dalam badan kita adalah susu tetapi apabila sudah dewasa kelak, sudah lupa macam mana nak minum susu. Macam geli dan loya pula tekaknya untuk meminum sebuah gelas yang mengandungi susu. 
Ya... aku adalah antara manusia itu. Entah mengapakah terjadinya fenomena itu. Siapa boleh terangkan, angkat tangan...
Seperti yang diwar-warkan dalam tv dan iklan yang kompem akan menyatakan produk mereka adalah terbagus dan terlaris dalam pasaran, Anlene adalah satu-satunya iklan yang menekankan tentang pengambilan susu untuk kalsium yang perlu dibekalkan kepada badan kita. Aidid Marcelo dan famili pun minum Anlene katanya.
Kerana telah berada dalam usia awal 30-an, maka dengan ini aku harus disiplinkan diri mengambil pemakanan sihat. Pemakanan sihat la sangat~~ susu je pun... Hahahaha... Sebenarnya sebelum ni pun dah ada war-warkan konon nak ambik Anlene dan jadi disiplin. Cita-cita terkulai layu di tasik madu. Anlene tersebut telah tamat tarikh dan bungkusannya tidak dibuka pun. Kahkahkah... 
Maka dengan ini, saya try beli Anlene bungkusan kecik dahulu. Beli di pasaraya bawah area rumah je. RM6.70. Trial pack ah ni. Pagi tadi, instead of minum nescafe macam biasa, aku minum Anlene pule. Istikamah ka? We wait and see la...
haruslah perasa coklat...

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


QUDWAH HASANAH: SKBTK & SK <b>BUNUT PAYONG</b>

Posted: 09 Oct 2012 08:50 AM PDT


Selepas ke SK Zainab (2), kami menyusul pula ke SK Bunut Payong. Nak melawat Pra Sekolah bertaraf 5 bintang.
Alaaa...siannya rombongan kami terpaksa berjalan kaki masuk ke SK Bunut Payong. Macam rombongan ke rumah pengantin. Tema pakaiannya hitam merah. Tapi tak nampak la pulak dulang-dulang hantaran. Ketua rombongan kami (bapa pengantin) yang depan sekali tu, En Mustaffa Kamal bin Haji Jamlus. Hik-hik-hik...

Tuan rumah pula pakaiannya bertema hitam putih. Yang berbaju batik hitam putih tu la tuan rumah yang sedia menyambut kedatangan rombongan kami.  Kami disambut dengan penuh mesra. Ramah tamah gitu. Tersenyum senang En Mustaffa Kamal selaku ketua bila rombongannya disambut baik. Ramah mesra orang Kelantan ni. Terima kasih warga SK Bunut Payong kerana sudi menerima dan menyambut baik kedatangan kami.


Selepas jauh berjalan, kami dipelawa masuk ke bilik jQAF. Alhamdulillah...tersenyum lebar cikgu-cikgi SKBTK bila ternampak gelas-gelas yang siap berisi air oren. Masuk-masuk je semua menuju ke meja air. Semua menarik nafas lega selepas dapat minum air. Mana taknya, kami didera pemandu bas berjalan di bawah terik panas matahari. Berapa kilometer agaknya ya? Habis juga air sebalang tu. Tuan rumah pun macam tau-tau kami kering tekak. Dihidangnya air kat situ. Terima kasih sekali lagi...


Guru Besar SK Bunut Payong, Puan Sharifah Rahayah bt Syed Ahmad memberi ucapan aluan dan taklimat tentang Pra Sekolah yang mencapai 5 bintang. Keramahan dann kemesraan yang ditunjukkan oleh kak Pah menjadi bualan dan disebut-sebut oleh warga SKBTK. 



Ucapan balas dari Guru Besar kami En Mustaffa Kamal. Tidak kurang hebatnya. Balik Kajang lepas ni mesti banyak perubahan yang bakal dibuat. Ya la, nak mencapai taraf 5 bintang bukan senang. Selepas ucapan taklimat tuan rumah dan ucapan balas ketua rombongan (tak ubah majlis meminang), kami dibawa melawat kedua-dua kelas Pra dan kelas pemulihan. Memang hebat kelasnya. Ceria, padat dengan bahan. Tak ada langsung ruang kosong. 


Ni la dia taiko-taiko pra. Yang sebelah kanan tu cikgu Azizah salah seorang guru Pra di Sk Bunut Payong. Yang sebelah kiri berbaju merah tu pula taiko Pra SK Bandar Teknologi Kajang cikgu Zainab. Selamat berkenalan la ya. Dan selamat bertukar-tukar idea. Jangan lupa ambil nombor telefon sekali ya!...


Selepas selesai sesi lawatan, kami dihidangkan dengan hidangan makan tengah hari yang cukup istimewa. Nasi yang tersohor di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Nasi kerabu dengan lauk pauknya sekali. Lengkap. Terima kasih sekali lagi warga SK Bunut Payong.

Memang sedap nasi kerabunya. Tengok tu...semua cikgu dan cikgi Bandar Teknologi Kajang tunduk khusyuk menikmati keenakan dan kelazatan nasi kerabu kuning. Kata orang mak mertua lalu ikut belakang pun tak nampak. Memang la dah namanya pun lalu ikut belakang. Kalau nak suruh nampak lalu sebelah depan la.  


Selesai menikmati hidangan makan tengah hari, kini tibalah acara kemuncak. Acara menyerahkan cenderamata (buah tangan) sebagai tanda perkenalan. GB menyampaikan cenderamata yang kami bawa jauh khas untuk SK Bunut Payong. Istimewa dari kami sebagai tanda ucapan terima kasih kerana sudi menerima lamaran kami beberapa bulan yang lepas. Dan kini tiba masanya menerima kunjungan kami. Takder apa sebenarnya, cuma frame gambar cikgu-cikgi SKBTK. Kalau rindu kami renung-renunglah gambar tu ya!...


Ni pula sesi penyampaian cenderamata dari pihak SKBTK kepada En Alim dan En Rostan wakil JPN Kelantan yang sudi mengiringi rombongan kami selama dua hari ke Kelantan. Terima kasih daun keladi kepada encik berdua.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Assassin Cyber: Kayu balak TG Nik Aziz bergelimpangan <b>di Rantau</b> <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 01:25 AM PST


RANTAU PANJANG – Penduduk yang sedang nyenyak tidur, awal pagi semalam di Kampung Kubang Rambutan, dikejutkan dengan dentuman kuat akibat treler balak terbalik di hadapan sebuah rumah, di sini.
Kebanyakan penduduk yang terjaga meninjau keadaan dan mendapati kayu balak bergelimpangan di halaman rumah itu, malah treler berkenaan turut menghempap sebuah lori diletakkan berdekatan, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu berlaku ketika pemandu treler berkenaan dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke kilang kayu di Lubok Jong.
Pemilik kediaman terlibat, Mohd Zain Yaacob, 40, berkata, dia yang tinggal di rumah itu sejak 19 tahun lalu terkejut kerana bunyi begitu kuat seolah-olah benda meletup.
Menurutnya, dia bergegas keluar rumah untuk melihat punca bunyi dan melihat banyak kayu balak di hadapan rumahnya.
"Selepas melihat keadaan di halaman rumah, saya mengejutkan keempat-empat anak serta isteri serta mengajak mereka tidur pada bahagian belakang rumah.
"Rumah tidak terjejas, cuma tangga mengalami sedikit kerosakan terkena kayu balak yang jatuh dari treler," katanya.
Sementara itu, pemandu lori yang dihempap, Wan Mohd Zuki Wan Mohd Nor, 40, berkata, dia dimaklumkan Wan Mohd Zuki berhubung kejadian tidak lama selepas kemalangan dan bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, lori berkenaan memang diletakkan di hadapan rumah itu sejak tiga tahun lalu, tetapi belum pernah berlaku kejadian tidak diingini dan kemalangan semalam merupakan kejadian pertama.
"Lori rosak pada bahagian belakang akibat kejadian itu, kerugian belum dapat dipastikan, saya menjangkakan melebihi RM10,000," katanya semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian sehingga berita ini ditulis. Sinar

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Gambar Seminar Perubatan Islam <b>di</b> Masjid <b>Wakaf Bharu</b> Tumpat <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 07:29 PM PST

Hari Raya Kedua 2011 <b>di Wakaf Bharu</b>, Kelantan | Eyriqazz.com

Posted: 02 Sep 2011 12:03 AM PDT

Hari raya kedua beraya di kampung Isteri, Wakaf Bharu, Kelantan. 
Alisya bersama Abah Tok, Abang Long dan Arman
Raya Kedua disambut gembira
Kejutan mungkin bakal menimpa
Apakah dia tunggu dan lihat saja
Bila dah pasti, InsyaAllah akan dikongsi-kongsi bersama

Banglo <b>di Wakaf Bharu</b> | Azmiral.com

Posted: 08 Dec 2012 03:13 AM PST

2 unit banglo di Wakaf Bharu,belakang SK Kubang Batang.

Lokasi
- Lokasi yg strategik hanya 200m ke jln besar Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubu
- 200m ke Tadika
- 300m ke SK Kubang Batang
- 800m ke masjid Kubang Batang
- 3.7km ke Balai Polis Wakaf Bharu
- 5 minit ke Wakaf Bharu

Harga mengikut keluasan rumah

  1. 1200kp – RM234,000
  2. 1400kp – RM251,000
  3. 1600kp – RM274,000
  4. 1800kp – RM288,000

Luas Tanah

-6318 kp

Design dan plan rumah mengikut citarasa dan pilihan pembeli. KLIK DI SINI untuk melihat contoh pelan dan rekabentuk.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


AR RISALAH الــرســالـة: Pengganti Saifuddin <b>di Machang</b> Sudah Ada?

Posted: 28 Feb 2013 04:51 AM PST

MSO

Teka-teka mengenai kedudukan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sudah terjawab malam tadi apabila Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengumumkan ahli parlimen Machang itu akan bertanding di kerusi  Kulim - Bandar Baru di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini bermakna Saifuddin sah meninggalkan Kelantan dan akan berpindah kerusi ke negeri asalnya Kedah.

Menjelaskan perpindahan itu di Machang malam tadi Anwar mengatakan ia atas permintaan rakyat bukannya kerana apa-apa masalah di sebaliknya. Pemilihan Saifuddin bertanding di Kulim - Baru Baru juga sebagai mengembalikan keyakinan rakyat kepada PKR. Saifuddiin adalah antara empat orang bukan anak Kelantan yang bertanding di Kelantan dalam pilihan raya umum lalu.

Tiga dari mereka ialah bekas timbalan presiden PAS alias "orang itu" di Bachok, Dr Mohad Hatta Ramli di Kuala Krai dan Salahudin Ayub di Kubang Kerian.

Pengumuman mengenai kedudukan Saifuddin itu juga menjawab siapakah yang bakal bertanding di kerusi parlimen Machang. Sebelum ini terdengar desas desus mengatakan kerusi Machang yang diperuntukan kepada PKR akan ditukar dengan kerusi Bachok yang diberikan kepada PAS. Alasan pertukaran ialah kerana PKR tidak ada calon berwibawa di Machang manakala PAS pula bermasalah untuk mencari calon yang boleh berdepan dengan Awang Adek Hussein, seorang timbalan menteri.

Bekas ketua pemuda Umno Kelantan, Zaiyadi Awang Noh disebut-sebut sebagai orang yang layak untuk berhadapan dengan Awang Adek memandangkan dia mempunyai keluarga besar. Bagaimana pun Zaiyadi dilihat masih sayangkan Umno untuk menyertai mana-mana parti Pakatan Rakyat dan dia juga tidak terdesak untuk menjadi calon.

Kalau Machang diserahkan kepada PAS, Adun Pulai Chondong Zulkefli Mamat dikatakan akan menerusi tugas dan tanggungjawab Saifuddin bagi mempertahankan kerusi Machang. Zulkefli disebut-sebut akan meninggalkan kerusi Pulai Chondong yang sudah dipegang selama dua penggal setengah.

Tampaknya 'projek pertukaran' itu tidak menjadi kenyataan. Walaupun Anwar tidak mengumumkan calon sesuai untuk diletak di Machang, tetapi saya difahamkan sudah ada seorang tokoh pendidik asal anak Labok Machang dikatakan sudah dikenal pasti akan diletak bertanding di situ menggantikan Saifuddin. Kerusi Bachok pula diserahkan kepada PAS bagi menentukan calon untuk mengganti "orang itu" yang sudah dijelaskan Mursyidul Am Pas sudah tidak ada dalam senarai calon PAS.

Kemungkinan ini bakal menjadi kenyataan apabila malam tadi Zaiyadi Awang Noh yang disebut-sebut akan mengumumkan diri keluar Umno semasa ceramah Anwar Ibrahim di Ketereh tidak menjadi kenyataan. Dalam perkembangan lain Zaiyadi dikatakan sudah mengisi borang keahlian PKR tetapi sengaja tidak diumumkan?

Calon yang akan diletakkan di Machang khabarnya sudah mendapat restu Anwar Ibrahim. Calon berkenaan juga mendapat 'lambaian' dan sokongan padu dari PAS Machang. Manakala calon PAS di Bachok pula nama Ariffin Mahmod terus disebut-sebut bagi berhadapan dengan Awang Adek Hussein. Nama Ariffin lebih popular dari nama Zaiyadi Awang Noh.

Nama Ariffin disebut bersama dua nama lain, bekas MP Bachok Wan Nik Wan Yusuf dan Adun Tawang Hasan Mahmod. Omar Mohamad walaupun dikatakan juga layak tetapi beliau tidak akan dicalonkan lagi kerana sudah terlalu usang.

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


AR RISALAH الــرســالـة: Bukan Husam Saja, PAS <b>Kelantan</b> Juga <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2013 11:00 PM PDT

MSO


Sehari dua lepas tersebar berita PAS Putrajaya mengundang Husam Musa agar bertanding di kerusi parlimen Wilayah Persekutuan Putrajaya. Berita itu menarik perhatian umum terutamanya pemerhati politik. Dalam laporan itu PAS Putrajaya meminta restu pimpinan tertinggi PAS agar melepaskan Husam ke kawasan elit itu. Tampak bersungguh dan ikhlas PAS Putrajaya membuat tawaran dan jemputan itu. Yang Dipertua PAS Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria yakin peluang PAS untuk menawan kerusi berkenaan cerah kalau Husam diletakkan bertanding di situ. Ini berdasarkan kepada keputusan pilihan raya lalu di mana PAS kalah tipis dengan Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor. Calon PAS masa itu ialah Mohamad Nor Muhammad yang mendapat 1,304 undi manakala Adnan mendapat 2,734 undi.

Ada benarnya dakwaan Mohamad Nazir itu. Kalau UBN masih meletakkan Adnan Yaacob di Putrajaya, UBN akan menghadapi masalah. Banyak janji-jani yang ditaburkan Adnan tidak ditunai. Salah satu ialah janji untuk membina masjid di Persint 8 tidak menjadi kenyataan sampai hari ini. Tanah yang diperuntukan untuk pembinaan masjid itu telah ditukar kepada projek komersial, membina kompleks membeli belah.
Banyak isu yang belum selesai di Putrajaya yang gagal diselesaikan oleh Adnan selaku wakil rakyat. Pegawai kerajaan sendiri dikatakan lebih 50 peratus kurang senang dan kemungkinan akan menolak Adnan dalam pilihan raya kali ini kalau beliau calonnya.

Husam dipilih pula setelah dilihat kepada kebolehan dan penampilan beliau sebagai pemimpin. Daya dan roma Husam sesuai untuk diadukan di kawasan terdiri dari orang-orang cerdik dan tahu menilai kemampuan berfikir untuk memilih seorang pemimpin berwibawa kerana keperibadian, kejuahan akal dan bukan kerana ia 'gemukkan' parti politik semata-mata. Adnan sudah menjadi menteri dan orang sudah tahu apa yang dilakukan dengan jawatan menteri itu, dan kenapa beliau tidak diberikan tanggungjawab itu seterusnya. Ada masalahlah itu.

Sehingga ini tuan tubuh (Husam) tidak memberi respon kepada permintaan itu. Husam tentu sedang menimbang sebaik mungkin tawaran berkenaan dan sudah pasti ia tidak mudah untuk ditolak. Tawaran itu satu pernghormatan tinggi untuk Husam dari mereka yang tahu menilai politik dan kebolehan seseorang tokoh.

Apabila kedudukan Husam menjadi kontroversi di Kelantan, menyebabkan nama Husam melayang-layang ke mana-mana sahaja. Banyak kerusi-kerusi (Parlimen) diluar Kelantan diadukan kepada Husam. Satu segi cara itu menunjukkan Husam sudah tidak diperlukan di Kelantan, tetapi dari sudut lain Husam dirindui oleh kawasan luar Kelantan. Ia juga menunjukkan sahamnya mahal.

Antara kerusi ditawarkan ialah Titiwangsa, manakala di Kelantan Jeli. Tawaran ini walaupun ia menunjukkan satu masalah buat Husam tetapi ia juga menggambarkan kelebihan kepadanya. Misalnya kenapa tidak dinamakan Mohd Amar Nik Abdullah, atau Takiyuddin Hassan atau Wan Ismail Wan Jusoh untuk berdepan dengan Mustapa Mohamed di Jeli. Kenapa? Tanya sendiri dan jawab sendirilah.

Saya tidak perlu mengulas mengenai kedudukan dan reputasi Husam di Kelantan serta tindakan-tindakan untuk 'mengnyahkan' beliau dari bumi kelahirannya sendiri. Kalau saya bercakap ada yang prejudis dan ada complex interest. Bagi saya tindakan ini boleh disifatkan sebagai orang Kelantan tidak tahu menilai mana intan dan mana kaca, dan membuang tuah, sedia mengambil celaka.

Ia bukan berlaku terhadap politician saja tetapi teknekorat dan korporat juga. Misalnya apa yang berlaku ke atas Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang terpaksa meninggalkan jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah contoh klasik bagaimana Kelantan membuang seorang yang cerdik menerusi percaturan 'politik budu'.

Mungkin kerana situasi itu dan menyedari Husam merupakan aset kepada PAS menyebabkan PAS Putrajaya menawarkan kerusi berkenaan kepada Exco Kelantan itu. Tidak dapat siapa nafikan Husam adalah pemimpin kreatif serta bijak menghidupkan hayat (isu) politik. Beliau juga tokoh yang ditakuti Umno sebab itulah dia menjadi sasaran fitnah dan adu domba musuh di Kelantan.

Beliau juga antara kesayangan dan kecintaan Tokguru Nik Aziz. Blue eyes Tokguru. Tetapi pelik, kenapa orang Kelantan tidak dapat merasai keistimewaan Husam yang ini serta membaca rasa hati Tokguru? Pelangi yang indah terpadam mata kerana ditabir tirai hitam berdebu... Kepentingan diri melebihi kepentingan negeri dan rakyat.

Sepatutnya soal-soal peribadi atau soal gengsi dan sebagainya tidak dijadikan asas untuk menolak Husam dan menafikan ketrampilannya. Pemain politik yang bijak tidak akan menunjukkan kemarahan di hadapan khayalak, dan kalau menegur biarlah berpadah. Marah pula jangan berpanjangan cukup hanya sekerat malam. Bak marah isteri, kalau murih sepanjang malam maka 'bersajalah' malam itu. Sekiranya seseorang itu sudah insaf dan menunjukkan tanda-tanda untuk berbaik, terimalah. Kata orang musuh jangan dicari orang hendak berkawan sambut dengan lapaz ahlawasalam.

Mengenai penolakkan Husam di Kelantan ini ada juga terlatas di telinga saya kononnya kerana Husam bermasalah dengan istana. Jadi alasan penolakannya dari bertanding di DUN demi untuk tidak menganiayakan dia. Tuduhan ini kabur sebenarnya. Kalau bermasalah apakah masalah itu? Jangan pula kerana perkara seinci dijadikan sedepa, dan hanya kesalahan mencuri ayam kurus terus dihukum untuk dihalau ke luar negeri.

Jikalaulah masalah itu dengan Sultan atau Istana, apakah jalan penyelesaian dan damai tidak ada? Kalau hendak dikira hitung, krisis di antara Tokguru Nik Aziz dengan Sultan Ismail Petra satu masa dulu lagi teruk sehingga menggetarkan bumi Kelantan. Namun apa jadi akhirnya, berkat sahabat, berkat doa dan sokongan rakyat kepada kedua pihak istana dan MB, akhir krisis berakhir dan kedua mereka damai dengan tugas dan amanah masing-masing, duduk bersela lendik semula. Jadi apakah kalau memang wujud masalah itu, ending seperti itu tak berulang lagi?

Perlu disebut antara watak yang memain peranan sebagai pembela dan hulubalang membela Tokguru adalah Husam. Jadi masakan Tokguru sanggup untuk membiarkan Husam akan diserang atau berjelapak dalam masalah tanpa berbuat sesuatu? Tidaklah sekejam itu rasanya Tokguru ini.

Firasat saya mengatakan masalah yang berlengkar disekeliling Husam itu bukan penyakit asal malainkan ia adalah rekaan dan persepsi sahaja. Sebabnya mudah dunia masih belum menyaksikan masalah itu sebenarnya. Maksudnya tidak penzahiran dari pihak istana yang murka ke atas Husam.

Sejarah lama yang menimpa di Temsik atau pun kisah-kisah trajis yang berlaku dalam kerajaan klasik Melaka jangan diulang lagi. Iktibar kepada kesilapan sultan arah agar bunuh Hang Nadin yang bijak kerana difitnah kononnya suatu hari dia akan mengambil alih pemerintahan Temasik patut dikenang sepanjang zaman. Sikap atau sifat Raja Mendalir atau si Kitol yang menjadi guting dalam lipatan hendaklah dipinggirkan dari kemurniaan minda politik kita. Bebal dan babillah kita kalau terus mengulangi sejarah jahiliah sesudah mengaku Islam.

Perlu diingat untuk melahirkan pemimpin seperti Husam, Takiyuddin Hassan, Mohd Amar Nik Abdullah, Wan Ismail Wan Jusoh, yang kemudian dibuntuti Wan Nik Wan Ngah, Hassan Mahamod, Zulkefli Mamat bukan senang. Hari ini walaupun Kelantan sudah ada pemimpin pelapis baru seperti Dr Mohd Fadzli Hassan, Abdul Fatah Mahmod, atau Mohd Zaki Ibrahim, Abdul Latif Abdul Rahman dan lain-lain namun tahap dan kualiti mereka masih terkebelakangan untuk dibandingkan dengan Husam dan mereka yang lain. Pemimpin bukan boleh dicambahkan persis kacang campak yang tumbuh dalam masa 12 hari.

Selain nama Husam

Mengenai kerusi Putrajaya selain Husam, ada nama lain yang dihantar oleh Ibu Pejabat Agung PAS untuk bertanding di situ. Nama bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Datuk Nik Mohd Zain Nik Yusuf juga diura-urakan. Tetapi nama Zain dibantah atas alasan walaupun beliau seorang teknokrat atau bekas pegawai tinggi kerajaan yang komited dan berjaya tetapi usianya menjadi penghalang.

Bantahan itu berterusan dan ini menyebabkan kerusi Putrajaya menjadi kosong sedang Mohamad Nazir sendiri dirasakan tidak berkemampuan untuk berhadapan dengan Teuku Adnan. Dalam mencari siapa layak itu timbul juga nama Mustapa Ali, atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung yang dirasanya pantas berdepan dengan Setiausaha Agung Umno. Cadangan Mustapa ke situ saya fikir tidak ikhlas dan sesuatu yang jauh munasabah melainkan untuk mengelakkan dia dari duduk mengacau di Terengganu saja.

Kalau orang memahami hati budi politik Mustapa beliau tidak perlu dibimbangi sangat. Mustapa sendiri sudah menyedari siapa dia di Terengganu. Nasib dan dirinya tidak ubah seperti ekor ikan bilis kering yang sudah patah 16. Menjadikan ikan tidak lagi, untuk dijadikan sampan jauh sekali. Mustapa hanya melukut di tepi gantang saja. Jawatan sahih beliau menjadi penasihat kepada Presiden PAS. Apa yang naluri dia inginkan ialah berkerja saja sebagai penyelang kegiatannya bermain dengan cucu dan cicit.

Jadi apabila namanya cuba disuakan kepada Putrajaya ia tidak logik dan awal-awal lagi sudah dibantah? Elok. Sekiranya PAS ingin menggunakan akal dan pengalamannya sekiranya PAS memerintah Malaya nanti lantiklah beliau memegang apa-apa jawatan sesusai. Dalam hal ini ada dua jawatan sesuai buatnya, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan juga pengerusi SPAD menggantikan tempat Syed Hamid Albar.

Berbalik kepada tawaran untuk Husam tadi ada eloknya kalau beliau menimbang sebaik mungkin. Cuma di sini ingin saya kata kalau dia berhajat untuk ke parlimen dan meninggalkan state kerana kecewa dengan sikap sesetengah rakan PASnya di Kelantan, kenapa dia harus bertanding di Putrajaya. Beliau tidak perlu menggadaikan nyawa politiknya di situ. Dalam politik jangan mencari sakit dan jangan mencekek leher sendiri.

Kalau benar beliau ingin berkhidmat di parlimen, molek kalau beliau kembali kepada kerusi asalnya di parlimen Kubang Kerian. Jaminan untuk menang lebih cerah di Kubang Kerian berbanding dengan Putrajaya. Lagipun Husam sudah menunjukkan kebolehannya, bahkan bakat dan ketrampilan dalam politik terbukti semasa beliau menjadi ahli parlimen Kubang Kerian.

Saya masih ingat kata-kata Abdullah Badawi kepada saya tentang Husam; kalaulah semua wakil rakyat seperti Husam, negara akan menjadi lebih maju dan politik kita menjadi lebih sihat. Abdullah tidak pernah terlepas untuk mengikuti perbahasan Husam di Parlimen, kalau pun beliau tidak hadir diikuti menerusi tv khas di biliknya di Putrajaya.

Kecualilah Husam juga memilih untuk kekal di DUN Salor, tidak menjadi satu kepelikan kalau dia juga bertanding di Putrajaya. Untuk bertanding dua kerusi di Kelantan Salor dan Kubang Kerian dirasakan kurang baik kerana ia akan disamakan taraf dengan Awang Adek Hussein atau Mustapa Mohamad, tergila hendak jadi MB.

Bagaimana pun ia tidak akan pelik kalau PAS Kelantan membuat konsesusnya awal bahawa selepas pilihan raya ini Husam adalah menteri besar. Bukan saja di Putrajaya, Husam juga boleh dihantar ke Jeli untuk berdepan dengan Mustapa, tetapi harus ada jaminan dan konsensus itu dulu. Husam mungkin tidak minta dan sebagai ahli parti beliau akur tetapi kondisi dan situasi politik di Kelantan merasakan begitu. Bolehkan PAS Kelantan berbuat begitu?

Tegasnya tawaran PAS Putaraya itu boleh ditilik dan dikaji oleh Husam. Sekiranya keputusan dibuatnya ke Putrajaya, beliau harus berfikir panjang melihat dan menghitung nasib PAS di Kelantan selepas ini. Kalau PAS tertakdir menjadi kerajaan, tenaga dan khidmat orang-orang sepertinya sangat diperlukan untuk mempertahankan kerajaan. Apa lagi kalau tiba-tiba Tokguru Nik Aziz benar-benar akan bersara?

PAS Kelantan jangan menganggap mudah untuk mengendalikan sebuah kerajaan. Tentangan kepada PAS bukan saja dari orang-orang Umno atau NGO penghambat nyamuk dan lalat, tetapi di kalangan pegawai kerajaan juga yang masih beruratsarafkan Umno. Mereka boleh menimbulkan seribu masalah dan mencari seribu daya untuk melemahkan kerajaan dari dalam.

Untuk berdepan dengan kemungkinan dan elemen ini orang-orang yang rajin, komited serta berpengetahuan seperti Husam sangat diperlukan. Apa lagi Takiyuddin Hassan yang juga merupakan Exco ikut sama hendak dipindahkan ke Pusat. Takiyuddin dikatakan bertanding di parlimen Kota Bharu. Saya tidak yakin dengan beberapa orang Exco yang ada kini mampu menghadapi segala tribulasi itu kerana mereka masih baru atau setengah yang usang pula tidak menunjukkan prestasi menyakinkan.

Secara peribadi bagi saya Husam patut fokuskan kepada satu kerusi saja, iaitu DUN Salor. Beliau perlu berada dan diadakan di dalam kerajaan, sama dengan kedudukan hari ini sebagai Exco Kanan ataupun dilonjakkan menjadi TMB atau terus menjadi Menteri Besar.  Banyak kerja beliau yang belum selesai di mana semua projek dan pembangunan dijanjikan adalah tanggungjawabnya.
Walaupun mengikut amalannya ia ia adalah tanggungjawab bersama (kolektif pinjaman istilah Haji Hadi) semua projek dan janji itu adalah menjadi tanggungjawab bersama. Ingat juga untuk jadi MB syaratnya utamanya bukan bijak berpidato dan menyanggah lawan, tetapi bijak menggerakkan kedua belah otak.

Sedihnya ada satu sikap atau tag line di kalangan wakil rakyat Kelantan, "mu buat mu pikul sendiri" dan "jangan sesekali gala (membajak) di tanah orang", walaupun tanahnya itu menjadi kering kontang dan menjadi tanah 'ran'. Apakah Tokguruku Nik Aziz tahu tag line atau slogan busuk kohong ini?

tanah <b>jeli kelantan</b>: tanah lot banglo kampung gemang <b>jeli kelantan</b>

Posted: 05 Nov 2012 07:59 PM PST


OPEN FOR SALE

PENEMPATAN BARU SEKARANG DI BUKA
Adakah anda sedang mencari Tanah di kawasaUniversiti /Politeknik serta kawasan yang sedang giat membangun???
Di buka Untuk Jualan Bermula November 2012 berhampiran Universiti Malaysia Kelantan JELI.
KEMUDAHAN TAPAK: KAWASAN LAPANG/ SURAU/ TAPAK PERMAINAN


PELAN LOKASI SKALA 1:100000 PELAN LOKASI TAPAK PELAN CADANGAN PEMAJUAN  BAGI PELAN SUSUNATUR KEBENARAN MERANCANG (KM) PECAH SEMPADAM DI ATAS LOT 2470, MUKIM JELI JAJAHAN JELI KELANTAN DARUL NAIM.
POLITEKNIK JELI
UMK KELANTAN
Sekolah kebangsaan Gemang,Jeli
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli
Sekolah Kebangsaan Jeli (2)
Kawasan Perumahan & Kampung berdekatan
PROJEK AKAN DATANG YANG BERHAMPIRAN : MEMBINA SEBUAH STESEN MINYAK DI JALAN MASUK KE TAPAK.
HUBUNGI CEPAT BERTINDAK SEKARANG!
E-mail : myadyamiza@yahoo.com
http://www.tanahjeli.blogspot.com
BERBALOI MEMILIKI ASET DI AWAL USIA
Miliki rumah impian anda SEKARANG sebelum harga kian meningkat...
Tanah yang terhad dalam arus pembangunan.


  • 4 LOT TELAH TERJUAL PADA 12.11.2012
  • 2 LOT TERJUAL PADA 18.11.2012
  • 3 LOT TERJUAL PADA 28.12.2012
  • 1 LOT TERJUAL PADA 3.12.2012
  • 2 LOT TERJUAL PADA 6.12.2012
HANYA 8 LOT SAHAJA LAGI TINGGAL !!!

DARI PANDANGAN TEPI JALAN BESAR 
KE JELI



Lot - lot Banglo Telah Di Jual
Lot Banglo Belum Di Jual :
Nombor 10,11,12,13,15,16,17 &19


Lokasi Tanah di sebelah kiri Pandangan dari arah jalan ke Jeli Jalan masuk ke lokasi lot-lot banglo Kg. Gemang Jalan masuk yang sama ke tapak Projek ACDA,LANCHANG KG.GEMANG JELI 



ads