Ahad, 17 Februari 2013

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Ceramah Pakatan Rakyat <b>di</b> Pasar borong <b>Kuala Krai</b> <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 07:28 AM PST

Hujan rintik-rintik..Sehingga sekarang pun Nik Aziz tak sampai sampai ker lagi...Rakyat sudah hilang percaya....kepada Kerajaan PAS kelantan.Tak pernah dalam sejarah PAS berlaku seperti ini...Alhamdulilah kesedaran sudah dirasainya..

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


pru 13: pr menikus <b>di jeli</b> dan gua musang? - kembali mencari

Posted: 16 Dec 2012 05:06 AM PST

Kerusi BN yang dijamin selamat oleh PAS dan PR Kelantan ialah kerusi Parlimen Jeli dan Parlimen Gua Musang.Kedua dua kerusi ini tidak menjadi sasaran oleh PR walaupun BN mensasarkan 7 kerusi PR yang lain di Kelantan.Pelik juga bila memikirkan cita cita besar PR nak tawan Putrajaya ini ,PR tidak mensasarkan untuk memenangi kedua dua kerusi ini tetapi PR juga seolah olah membiarkan BN kuasai kerusi ini dan memberi ruang kepada BN untuk mensasarkan 7 kerusi Parlimen yang lain di Kelantan.
PR mensasarkan Putrajaya sebagai harapan mereka dalam PRU 13 kali ini untuk sekian kalinya.Bila sasaran takluk Putrajaya diletakkan maka tidak boleh tidak kerusi kerusi Parlimen yang ditandingi oleh PR perlu di menangi sebanyak mungkin.Kehilangan satu kerusi disetipa negeri bermakna 14 kerusi yang hilang oleh itu pihak PR sepatutnya mensasarkan tiada satu pun kerusi yang tidak dapat mereka tawani.

Mendasari kehendak berkobar kobar pihak PR ini kawe merasa sedikit sangsi dengan kesungguhan pihak PR di kelantan untuk menuju ke matlamat tersebut.Berpaksikan perkara tersebut kawe tidak dapat melihat kesungguhan yang nyata dari mereka dalam memastikan tiada kerusi Perlimen yang terlepas ke tangan BN di  Kelantan.Tiada minat yang ditunjukkan oleh PR Kelantan untuk menawan kerusi Jeli dan Gua Musang apatah lagi untuk berusaha untuk memastikan Ku Li dan Stopa berputih mata dalam PRU 13 nanti.

Pihak PAS awal awal lagi tanpa usaha telah menyerahkan kedua kedua kerusi tersebut kepada BN dengan alasan tidak mampu untuk menang.Mengaku kalah sebelum bertempur boleh merentap semangat rakyat untuk membantu PR tawan Putrajaya.Rakyat akan hilang keyakinan jika kesungguhan untuk berjuang dikalangan PR gagal diserlahkan.

Memberi kemenangan mudah kepada Ku Li merupakan satu kesilapan yang terancang dilakukan oleh PAS kelantan dalam PRU 13 nanti.Pihak PAS seharusnya peka bahawa terdapat kumpulan kumpulan tertentu dalam UMNO sendiri yang mahu melihat Ku Li kecundang di Gua Musang.Dalam erti kata lain rakyat Gua Musang telah mula menolak Ku Li.Jika kesempatan ini tidak diambil oleh PAS bahawa Gua Musang adalah kerusi yang boleh menyumbang utk takluk Putrajaya maka perkataan yang wajar kawe lafazkan untuk PR Kelantan adalah LEMAH daya fikir.

Dikala Najib berkira kira dalam ragu ragu untuk meletakkan Ku Li semula di Gua Musang kerana takut kerusi tersebut hilang dari penguasaan BN ,PAS pula melihat Ku Li sebagai gergasi yang tidak boleh ditewaskan selamanya oleh mereka.Masih ada sedikit ruang masa untuk PAS aturkan strategi mereka memastikan Parlimen Gua Musang milik PR.

Begitu juga dengan kerusi Jeli ,tiada usaha langsung dari PR untuk menghalau Stopa dari selesa di jeli. PAS hanya GAH melabelkan Stopa lemah ,Stopa hina rakyat Kelate , Stopa kejam kepada Rakyat kelate , Tapi hakikat sebenarnya PAS masih takut dengan kekuatan Stopa di Jeli .Hinggakan bayang Stopa di Jeli pun PAS tidak berani untuk memandangnya.

Jika kedua dua kerusi ini pihak PR tidak ada keyakinan untuk menawannya JANGAN bermimpilah untuk mengajak rakyat tawan Putrajaya.Stopa di Jeli dikhabarkan bukanlah kuat sangat TAPI pihak PAS tiada tokoh atau calon yang boleh di ketengahkan untuk menewaskan Stopa.

Pihak PAS sewajarnya menampilkan 2 orang calon yang bertaraf calon menteri PR jika tawan Putrajaya nanti. Husam Musa wajar dipertaruhkan untuk menentang Stopa di Jeli.Siapa di Gua Musang untuk nyahkan Ku Li??

Pihak UMNO tidak mensasarkan dalam PRU 13 ini untuk tawan Kerajaan Kelantan dari PAS kerana mereka lebih berminat untk pertahankan Putrajaya sahaja.Namun begitu mereka tetap sasarkan Parlimen Kota Bharu dan Rantau Panjang sebagai milik mereka sebagai pengagah semangat.

SELAMAT MEMULAKAN TUGAS <b>DI</b> TAHUN 2013 ~ Ucapan Dato <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2013 09:00 PM PST

Assalamualaikum,  Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 2013" kepada semua warga KPT.

Saya berdoa agar kehadiran tahun baru ini akan membawa kesejahteraan, kesihatan tubuh badan, kemurahan rezeki dan kegembiraan kepada kita semua. Pada masa yang sama saya ingin menyeru kepada semua warga KPT untuk kita bersama-sama membulatkan tekad serta iltizam bagi menambah nilai dan prestasi diri,  Bahagian, Jabatan serta KPT selaras dengan aspirasi dan visi bersama  iaitu menuju ke arah  GREAT MOHE, yang mana akhirnya akan menyumbang ke arah mencapai GREAT NATION.

2.  Bagi merealisasikan hasrat tersebut, saya amat berharap kita dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih gigih, passionate, penuh integriti, mempunyai nilai bersama untuk bermuafakat, saling menghormati serta bersedia untuk bekerja sebagai satu pasukan yang kental. Dalam konteks ini, kita perlu sama-sama merancang dan melaksana strategi dan program yang lebih berimpak tinggi. Pada masa yang sama kita juga perlu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dan menghasil "outcome" yang dihasratkan.

3.  Semoga dengan usaha ini kita akan dapat menjenamakan KPT sebagai agensi yang memacu kegemilangan ilmu, pembangunan modal insan yang boleh memartabadkan negara bangsa serta menyumbang ke arah kemakmuran dan kesejahteraan Negara, sejajar dengan amanat YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi yang telah disampaikan sebelum ini dan amanat tahun 2013 yang bakal disampaikan pada awal tahun ini.

Sama-sama kita gemilangkan KPT dan semua agensi-agensi di bawahnya.

Terima kasih.

Ikhlas dari saya,

DATUK AB RAHIM MD NOOR

Ketua Setiausaha

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)

ads