ads

Ahad, 6 Januari 2013

03 di rantau panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di rantau panjang - Google Blog Search


MOUNTDWELLER: Gambar Situasi Banjir <b>Di Rantau Panjang</b> - 5.1.13

Posted: 06 Jan 2013 04:38 AM PST

Petang semalam saya bersama isteri pulang dari Lumut ke Kota Bharu melalui jalan Penglima Bayu - Rantau Panjang.
Saya ingatkan banjir dah kering, rupanya jalan itu masih lagi tenggelam tetapi tidaklah dalam. Pada anggaran saya lebih kurang sedalam 1.5kaki di beberapa tempat tetapi saya masih berjaya mengharunginya dengan kereta ke Rantau Panjang
Ini adalah gambar yang diambil oleh isteri saya dengan menggunakan h/p

di negeri kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kelantan - Google Blog Search


Jln-Jln Masuk Kg <b>di Negeri Kelantan</b> - Monier Mat Din - Blogspot

Posted: 15 Nov 2012 09:20 PM PST


Alhamdulillah, 11 hb Nov baru-baru ini, mengambil sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan, NGO Wargakilang telah diberi masa dan kelapangan untuk mengadakan projek amal masuk kampung bagi membantu keluarga miskin dan susah di Negeri Kelantan.

Sebut nama negeri Kelantan, sebenarnya saya sendiri rasa phobia nak pi join kawan-kawan buat kerja amal bantu org2 miskin di sana. Bukannya apa, dua tiga minggu lepas bila kami war-warkan aktiviti kami itu di beberapa buah website, blog dan mailing list, kami ada menerima email-email sinis yang mengambil kesempatan untuk mempolitikkan niat murni kami itu; dikatakan bahawa itu semua adalah salah rakyat Kelantan sendiri yang silap memilih pemimpin mereka.

Saya pun tak tau nak kata apa sebab kalau sungguh nak sembang bab politik, dua minggu lepas saya dan kwn-kwn ada masuk ke beberapa buah kg pedalaman di negeri Perak yang diperintah oleh parti politik yang berlawanan dgn parti yang memerintah Kelantan, saya tengok miskin di situ lebih kurang sama teruknya dgn kemiskinan di tempat lain di seluruh negara.Ini antara gambar yg sempat saya rakamkan waktu masuk kg di negeri Perak ini.


Bukan tujuan nak memburukkan sesiapa tetapi untuk menyatakan bahawa dlm isu kemiskinan ini kita semua seharusnya lebih terbuka, PAS ka dia UMNO ka dia, mereka semua adalah sanak saudara kita – yang WAJIB kita bantu tak kira siapa. Ok, stop kat sini bab politik.

Ini saya nak kongsi pengalaman kami Jln-Jln Masuk Kg bagi bantuan di negeri Kelantan baru-baru ini. Sekali lagi, bukan niat nak memburukkan sesiapa tapi sebab nak kongsi cerita agar boleh dijadikan iktibar bersama.

Sempena Maal Hijrah hari ini (1 Muharam 1434) saya nak petik kata-kata orang alim yg memetik hadith Nabi SAW yg antara lain menyatakan bahawa Tiada Lagi Hijrah selepas pembukaan kota Mekah, yang ada ialah Jihad dan Niat. Kami menyimpan harap mudah-mudahan usaha rakan-rakan kami di NGO Wargakilang membantu org2 miskin setakat kemampuan yg kami ada ini akan dpt dikategorikan sebagai Jihad untuk membantu mereka yang punya satu shahadah seperti kita (tak kira apa parti), dan mudah-mudahan NIAT ikhlas kami ini tidak disalah-erti dan dipolitikkan oleh mana-mana pihak selepas ini.

Saya yang pertama kali berpeluang masuk ke kg-kg di pedalaman Kelantan ini rasa amat teruja kerana kg-kg di sana agak jauh berbeza berbanding dgn kebanyakan kg di negeri Kedah, negeri kelahiran saya ini.

(Deretan hampir 20 buah kereta membelah keheningan kg di pedalaman Kelantan) (Antara rumah terpencil di pinggir desa) (Melawat 2 buah rumah keluarga miskin di sebuah kg pedalaman yang dikaitkan dengan Lagenda Putri Saadong) (Bagi menjimatkan masa, barang-barang dipunggah keluar dan diagih-agihkan kepada beberapa keluarga secara serentak di pusat agihan yang telah ditetapkan) (Kanak-kanak antara yang paling gembira dgn sumbangan ini, dapat biskut/goodies berbagai rasa)
(Antara penerima sumbangan ialah seorang insan OKU yang tidak mampu bekerja menyara keluarga, terpaksa bertongkat ke sana sini) (Dua orang adik beradik, Che Nab dan Che Jah, dua org insan OKU yang cacat penglihatan turut menerima sumbangan) (3 keluarga penerima sumbangan sedang bergambar dengan Activist Wargakilang berbaju oren.)

Di tengah berbaju hijau ialah En Ismail OKU Bisu dan ibunya Tok Esah yang tinggal berdua bersama Ismail dan seorang lagi anak beliau, Zakaria 28 tahun yang bekerja mengambil upah memanjat pokok kelapa – suatu profesyen pekerjaan yang hanya terdapat nun jauh di kg-kg pedalaman.

Antara insan istimewa yang saya temui dalam perjalanan kami masuk kg di negeri Kelantan ini ialah Tok Nab, seorang wargamas sebatang kara yang tinggal sendirian di sebuah bangsal kayu usang di belakang kilang serunding.

Saya katakan istimewa, kerana betul-betul sebelum kami singgah di rumah beliau, saya menerima SMS secara tiba-tiba dari adik bongsu saya dari Kedah. Beliau menulis:

" Slm, klau jumpa org tua2 yg miskin mintk sat tolong doakan adik dpt istri yg solehah dan cpt dpt jodoh"

Ha ha ha, ini dah personal dah ini. Bukannya apa, adik saya yg berusia 27 tahun kerja Technician kilang ni selalu bersama kami di WK cuma kali ini tidak dpt turut serta. Sudah jadi benda biasa bagi kami mendengar cerita-cerita mistik daripada rkn2 yg selalu ikut kami masuk kg ini, antaranya ialah kisah benar dua pasangan suami isteri yang dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama berkahwin, melalui doa org-org miskin yg mereka temui dlm perjalanan mereka bersama WK ini.

(Tok Nab ghoyat dia nak solat dulu. Kami masuk jumpa beliau ini selepas Tok Nab dah habis solat)

Hebat org tua ini, walaupun hidup miskin sebatang kara dan dirinya sendiri uzur dimamah usia, namun dalam apa-apa hal Tuhan didahului dan Solat diutamakan. Moga doa Tok Nab utk adik saya itu akan menjadi.

Turut menerima sumbangan ialah seorang insan Fakir Miskin Kedana yg dipanggil orang sebagai Mat Jali.

(Mat Jali dan Ibunya sewaktu team Wargakilang membuat riki sebelum ini) (Mat Jali sedang menikmati jamuan di tempat agihan sumbangan – t.kasih semua)

Kami juga turut menyampaikan sumbangan Kerusi Roda kepada seorang OKU lumpuh di sana.

(Adik Nurul bersama kerusi Roda sumbangan rakan kami di Wargakilang)

Semua sekali ada 35 keluarga yang menerima sumbanga kami itu. Dalam ramai-ramai penerima tersebut, hati saya paling tersentuh dengan keluarga Pn Rahana dalam gambar di bawah ini.

(Pn Rahana bersama 6 daripada 7 orang anak-anaknya dan ayah mereka, bekas pak guard yg jatuh nyanyuk dan tak mampu bekerja mencari nafkah untuk mereka sekeluarga)

Anaknya yang sulung (tiada dlm foto) adalah seorang pelajar pintar; dapat 9A dlm PMR yang lalu, namun dek kerana kemiskinan keluarga memilih untuk bersekolah di sekolah biasa. Tiap-tiap hari kayuh basikal sejauh 6 km ikut jln short cut ke sekolah.

Di kampung ini, saya ditakdirkan berpeluang bersembang panjang dengan Poksu Aziz, salah seorang jiran mereka yang agak prihatin. Menurut Poksu Aziz, sudah 2 kali beliau melihat dan mendengar sendiri Pn Rahana minta nak beli beras 2 kilogram (lebih kurang RM5) di kedai runcit berdekatan. Berapa banyaklah sangat beras 2kg untuk 7 orang anak. Poksu Aziz tak sampai hati, terus minta tauke kedai itu bagi beras hat satu kampit 10kg kpd Pn Rahana, dan beliau sendiri yang membayarnya.

Bagi meringankan perbelanjaan rumah agaknya, maka kami lihat di rumah beliau ada timbunan kayu api dan juga dapur kayu yang diguna untuk masak berselang-seli dengan dapur gas.


Menurut Poksu Aziz, anak-anak Pn Rahana semuanya ini hari-hari pergi sekolah tak bawa duit. Ada sekali itu Pn Rahana ada duit lebih sikit, dihulurkannya RM1 kpd si kakak sulung yg dpt PMR 9A itu. Kakak ini cakap:

"Mak, simpanlah duit ini, bagi kat adik-adik. Saya tak apa, jgn risau pasal saya, mak bagilah kat adik-adik buat belanja sekolah mereka!!"

Sedih, tak tau nak kata apa bila saya dengar Poksu Aziz cerita macam tu.

Bila saya renung semula gambar beras 4 lima kampit dalam gambar Pn Rahana dan keluarganya ini, saya dapat rasakan betapa LEGA nya hati beliau sebab selepas ini, sekurang-kurangnya untuk 2 tiga bulan mendatang, insyaallah beliau tak perlu lagi menebal muka nak gi beli beras timbang kilo. Terima kasih banyak-banyak di atas sumbangan kalian semua. Walaupun nampak sikit, tapi banyak sebenarnya buat Pn Rahana dan anak-anaknya ini.

Kepada anda yang membaca, khususnya anak-anak Kelantan, jika ada kelapangan bantulah keluarga yg ada potensi ini. Anak sulungnya pintar dan insyaallah adik-adiknya yang lain pun pintar juga. Sayang benar sekiranya BENIH yang baik yang sedang tenggelam timbul di pinggir sungai ini, yang masih mampu kita gapai dengan tangan, dibiarkan hanyut begitu saja dibawa deras arus kemiskinan. Bantulah mereka.

Moga Allah SWT akan permudahkan urusan tuan/puan yang tak putus-putus memberi sokongan dan kerjasama dalam agenda kita semua membantu anak-anak bangsa, setakat yang kita sama-sama terdaya ini.

(Group foto sebahagian drpd peserta expedisi JJMK Wargakilang Kelantan 2012)

Terima kasih semua.
moniermatdin@yahoo.com
16.11.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


23 cawangan demo bantah ketua bahagian <b>Pengkalan Chepa</b>

Posted: 04 Jan 2013 11:57 PM PST

PENGKALAN CHEPA: Seramai 50 orang ahli Umno yang terdiri dari 23 cawangan berhimpun di hadapan balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 8.00 pagi tadi sebagai membantah ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin.

Perhimpunan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

Bagaimanapun, memorandum itu hanya diserahkan kepada setiausaha politik Mustapha berikutan beliau dikatakan telah pulang ke Kelantan semalam.

Penyerahan itu dibuat di bilik vip, dalam keadaan setiausaha politik Datuk Mustapha yang baru dilantik itu enggan keluar.

Bantahan itu kata mereka dibuat bukan hanya tindakan Dali yang tidak menjaga kebajikan penyokong dan pimpinan semua peringkat cawangan, sebaliknya tidak amanah.

Mengikut memorandum yang dikenali sebagai Memorandum Rakyat, Dali mengamalkan pemerintahan kroni, pengalaman yang lemah, rasuah dan lain-lain lagi.

Bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zulkifli Mat Hassan, ketika memberitahu media berkata bantahan itu dibuat berikutan tiada kepercayaan dikalangan ahli lagi terhadap Dali.

"Dalam Umno masih segar demokrasi, tetapi jika tidak amalkan demokrasi ianya tiada guna.

"Surat telah dihantar kepada presiden dan timbalan presiden parti, tetapi tiada sebarang tindakan,"ujarnya yang juga Ketua Umno Cawangan Lapang Terbang.

Selepas berdemo di lapangan terbang, pemimpin-pemimpin cawangan ini berarak dalam Parlimen Pengkalan Chepa termasuk di hadapan rumah Dali untuk menyatakan bantahan pada pemimpin Umno bahagian itu.

Sepanduk seperti Kami Ketua-Ketua Umno Cawangan, mendesak Dali meletakkan jawatan', SPRM tolong siasat, 'Rakyat Dihimpit' dan lain-lain lagi seperti Asal Bukan Dali turut diarak.

Ahmad Seekers: Gerakan sabotaj parti <b>di Pengkalan Chepa</b>

Posted: 05 Jan 2013 05:41 PM PST

Wahai pemuda-pemudi Parti Lembu sekalian, dengar dan kenanglah akan nasihat orang tua-tua..
"Umno sama Umno jangan bergaduh, nanti Cina MCA akan bertepuk tangan"
Kenangkanlah akan nasihat orang-orang sebelum kamu ini..keh keh keh..pergi mampus, jahanam, KO laa Parti Lembu..
Ini adalah satu bentuk demo yang bagus walaupun seciput
Ini bukan sabotaj parti, tapi untuk menyelamatkan parti

Justeru, menyingkirkan Najib Razak pada PRU 13 nanti
bukanlah bentuk sabotaj, tapi untuk menyelamatkan parti

Ingat pemuda-pemudi Parti Lembu sekalian akan nasihat
"Umno sama Umno jangan bergaduh, nanti cina MCA bertepuk tangan"

INI BARU BETUL-BETUL DEMO

03 di tanah merah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di tanah merah - Google Blog Search


(video dan gambar) demonstrasi isu <b>tanah di tanah</b> <b>...</b> - Pakdoe Allan

Posted: 04 Jan 2013 03:46 AM PST

LEPAS sembahyang Jumaat, bertempat di perkarangan masjid besar Tanah Merah Kelantan demonstrasi jalanan oleh sebahagian besar penyokong bekas YB Saari telah berhimpun menentang pembangunan kerajaan negeri yang didakwa telah menebus guna padang merdeka milik awam untuk dikorbankan sebagai bangunan rumah kedai. Apatah lagi dakwaan itu juga merujuk kepada pemerolehan projek pembangunan berkenaan telah diberikan kerajaan negeri kepada bukan bumiputera. Padahal sebelum ini, heboh diperkatakan projek itu telah dilobi oleh abang YB Saari tapi tidak berjaya. Sudahnya usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri kerana dakwaan penyelewengan ialah dengan berdemo dan membuat laporan polis.

Demo yang diadakan ini betul-betul di hadapan Balai polis IPD Tanah Merah. Sepanduk dan kain rentang yang menentang pengambilan tanah di Kuala Krai dan pencerobohan padang bola sepak untuk dijadikan tapak pembangunan jelas dikibarkan.

Sebarang ulasan dan pandangan dari kerajaan negeri setakat ini masih tiada. YB PKR, mahupun dari PAS masih tidak kelihatan.

Apapun mengikut pandangan penulis difahamkan bahawa strategi pembangunan yang ingin dilaksanakan di tengah bandar Tanah Merah adalah tidak munasabah sama sekali. Keputusan yang tergesa-gesa yang diambil oleh pihak kerajaan negeri amat sensitif. Bukan soal sokongan tapi soal cerdik atau tidaknya keputusan mengorbankan padang yang menjadi sejarah kepada penduduk Tanah Merah sejak berzaman.

Mengapa tidak membangunkan kawasan lain yang masih luas terbentang di sini? Mengapa tanah yang sekangkang kera ini yang dijadikan modal untuk buat pembangunan?

Fikirlah sendiri....Wahai para pemimpin kerajaan negeri Kelantan.

PAKDOE ALLAN

03 di kelaboran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di kelaboran - Google Blog Search


SK <b>Kelaboran</b>: ISU PENDIDIKAN : KSSR KURANGKAN TEKANAN <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2012 08:47 AM PDT


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun ini adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global.  KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim, berkata KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.  Beliau yang juga Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkata kurikulum itu turut bersandarkan enam tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.  Pembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan.
Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.  Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.  Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.

Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.  Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran.  Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai.
Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid.  Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.  Guru Penyelaras PBS SK Taman Bukit Maluri, Cheong Oi Lai, berkata pendekatan baru ini membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur.  Katanya, portfolio memudahkan guru menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan mereka dan cara mengatasinya. "Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam.
"Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali," katanya. Beliau berkata, band satu peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya.  Ia memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam kebolehan murid mengikuti pembelajaran dalam kelas dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan mereka.
Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil, berkata walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas. "Guru perlu memahami etika perguruan, jujur dalam tugas dan tidak boleh melebihkan murid tertentu demi kepentingan peribadi," katanya mengulas mengenai kaedah penilaian murid.  Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Damansara, Datuk Mohd Nadzli Othman, berkata, oleh sebab sebahagian proses penilaian dilakukan oleh sekolah, murid akan berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Katanya, mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.
Kesimpulannya, pengenalan KSSR menggantikan KBSR bermula tahun ini membabitkan murid Tahun Satu adalah inisiatif memperkasa modal insan negara.
 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved