ads

Jumaat, 10 Februari 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Last week Kenduri <b>di Jelawat</b>, Esok kat Taman Ria. | Tasya Amir

Posted: 18 Mar 2011 06:45 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kakak Kak Laila dan Kak Nadia. Minggu lepas punya kenduri di Jelawat Kelantan, tak sempat nak ambik photo banyak-banyak. Jadual berarak dari Pasir Tumbuh ke Jelawat sepatutnya pukul 12 tgh hari. Tapi tertangguh tiga ...

Previu Seminar Tiga Dekad Pas <b>Kelantan</b>

Posted: 10 Feb 2012 08:45 PM PST

Pas Jangan Terus Keasyikan Dengan Kuasa
Nostalgia Yang Perlu Diinsafi

Semalam telah sempurnalah satu seminar untuk mengenang suka duka perjuangan Pas Kelantan; kalah dan menang dalam tempoh tiga dekad. Seminar itu dinamakan Seminar Tiga Dekad – Jatuh Bangun Pas Kelantan. Ia diadakan di kompleks Pondok Telosan Pasir Tumbuh Kelantan.

Relevansi seminar itu diadakan di pondok secara santai bagi mengembalikan nostalgia sejarah kewujudan Pas di pondok. Seperti mana kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Zulkifli Mamat fitrah kewujudan Pas dan pendokong tegarnya ialah dari kalangan guru-guru pondok. Jadi wajarlah kalau Pas sesekali membawa generasi pasca 60-an ke pondok bagi mengingati memori itu. Ingatan ini seharusnya bukan saat menjelang pilihan raya tetapi sepanjang masa.

Bertolak dari aspirasi dan harapan itu maka ia diadakan di pondok. Satu sisi bagus kalau Pas senantiasa mengenali dirinya sendiri. Sebaliknya, apakah bila diadakan di pondok Pas kini menghadapi masalah sokongan orang pondok? Apakah tujuan itu mengemaskan dokongan pondok atau untuk menggambarkan Pas masih tidak melupai pondok?

Hakikatnya kini Pas sudah kehilangan besar dokongan pondok apabila banyak pondok telah disalinkan dengan pendidikan semi sekular atau pewarisnya sendiri berkiblat ke Barat suka pakai kot dari jubah serta tidak meneruskan jihad orang tuanya bagi menhidupkan pondok mengikut kesesuaian zaman?

Zaman berubah dan berbeza. Sistem pondok yang satu masa dulu menjadi institiusi pendidikan dan medan jihad semakin dilupai. Keadaan ini wujud kerana kealpaan manusia juga. Sudah banyak pondok yang dulu berperanan memainkan atau menjadi markaz Pas kini sudah tiada. Satu demi satu pupus atau menjadi seperti rumput di jalanan hidup segan mati tidak mahu?

Usaha mengembalikan pondok tidak dilakukan. Semua obses kepada pendidikan moden. Pondok yang menjadi tri-fungsi, rumah kebajikan, tempat pembelajaran dan markaz melatih kader jihad sudah dibiark

an. Ia tidak dimajukan dan Pas sendiri seakan mengabaikan tanggungjawab itu. Sebuah pondok moden di Kandis Bachok juga dikatakan telah ditukar fungsi. Kenapa? Alasan kerajaan ketiadaan wang adalah alasan yang dangkal.

Mudah-mudahan dengan membawa peserta seminar ke pondok Telosan itu – satu-satu pondok yang ampuh masa kini ia dapat mengembalikan nostalgia itu dan selepas ini semangat kepondokan dalam jiwa Pas akan menyemarak semula.

Kertas kerja

Empat kertas kerja dibentang pada seminar tersebut. Para pembentangnya semua kalangan veteran Pas atau mereka yang berada dalam tiga dekad itu yang mengikuti segala peristiwa pahit dan manis tribulasi Pas. Kecuali Mohd Amar Abdullah yang saya kira termuda atau pembentang yang tidak berada dalam ketiga-tiga dekad itu secara aktifnya.

Mereka ialah bekas TMB Kelantan yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Halim Abdul Rahman, kertasnya disorot dan diulas oleh bekas Adun Jelawat Tok Imam Shaari Awang.

Bekas Exco Kelantan Mohamad Daud Iraqi manakala pengulasnya oleh Adun Demik Mohamad Mustafa, kertas ketiga oleh Adun Perupok, Omar Mohamad yang diulas oleh bekas Adun Pasir Mas Bandar, Hashim Hj Omar.

Kertas ketiga oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Wan Abdul Rahim Abdullah yang diulas berkombinasi ceramah oleh Exco Kelantan Husam Musa dan kertas keempat oleh Mohd Amar Nik Abdullah yang diulas oleh penulis dan kolomnis Harakah Subky Abdul Latif.

Hampir 90 peratus isi pembentangan di dalam kesemua kertas kerja itu menceritakan pengalaman pahit suka duka Pas dalam tempoh tiga dekad dari tahun 1970 - 2000, di mana dalam tempoh itu Pas mengalami pasang surut dan peristiwa memedihkan kalah pada tahun 1978.

Semua pembentang memberi sorotan jelas dengan penuh kesayuan dengan peristiwa kekalahan Pas pada tahun 1978 itu di mana menyebabkan kerajaan Pas yang bertakhta selama 18 tahun jatuh. Semuanya bernada insaf agar peristiwa pahit yang menghitam sampai ke tulang itu tidak akan berlaku lagi.

Saya sendiri merasakan antara tujuan seminar tersebut ialah bagi menggerakan semangat para pendokong Pas untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang pada zahirnya agak mudah untuk dimenangi Pas tetapi hakikatnya ia sungguh menjadam.

Para pembentang dan juga pengulas bersetuju peristiwa hitam yang menimpa Pas 1978 sehingga menyebabkan Pas kehilangan kerajaan disebabkan berlakunya perpecahan di dalam Pas. Perpecahan itu terjadi apabila pemimpin sudah tidak sekata dan ada yang sedia menjadi 'keldai perut labuh' kepada Umno.

Ia ditambah pula dengan kelicitan dan kebejatan Umno mengkhianati Pas menerusi satu persepakatan kononnya untuk kebaikan Melayu dan Islam walhal untuk memperdayakan Pas secara penuh tektikal setelah gagal menerusi pilihan raya.

Mohamad Nasir yang didokong sebagai tokoh jujur dan bersih telah diperalatkan oleh Umno yang bertujuan untuk menjatuhkan Pas. Kerana keralikan dan dodoian lunak dari para penggesek rebab Umno menyebabkan Mohamad Nasir 'kemamaian' dan tertidur dalam pangkuan Umno bermimpi bercekerama dengan puteri kemudian setelah tersedar terus membenci Pas.

Dalam hal ini tidak ada pihak yang cuba merungkaikan apakah sebab Mohamad Nasir ketika itu menjadi gila kepada Umno atau menjadi seperti ikan yang masuk ke dalam tual? Perlu ada kajian penyiasatan kenapa Mohamad Nasir yang dikenali sebagai seorang yang jujur, warak boleh terlarut begitu sekali dalam Umno. Apakah tidak mungkin beliau sudah termasuk dalam jerat dan pemainan jahat Umno yang memualkan?

Di sini suka saya menarik perhatian kepada satu cerita yang disampaikan oleh bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas, Ustaz Sallahuddin Abdullah mengenai hal ini. Dalam satu pertemuan dengannya beliau memberi tahu ada maklumat beliau mendengar kenapa Mohamad Nasir jadi begitu kerana beliau sudah diperangkap oleh Umno. Menurutnya beberapa bulan sebelum itu Mohamad Nasir dibawa ke Bangkok bersama satu rombongan diketuai Hussein Ahmad – Hussein Serama. "Di sinilah saya mendapat tahu beliau telah diperangkap dengan satu skandal melibatkan perempuan," kata Sallahddun. Pun begitu beliau tidak berani mengesahkan kerana itu adalah desas desus saja.

Versi ini tidak pernah diungkit oleh sesiapa. Namun yang jelas perubahan ketara sikap Mohamad Nasir yang berubah kesetiaan dan berwala' kepada bekas timbalannya (Hussein Ahmad) meletakkan kemungkinan ini hampir 90 peratus benar.

Bagaimana pun dalam konteks jemaah, pengalaman pahit dilalui Pas itu bukan saja disebabkan perubahan sikap dan wala' Mohamad Nasir kepada Umno. Tetapi ada juga kesalahan di sebelah Pas sendiri terutama kumpulan 20 yang beriya untuk memecat Mohamad Nassir. Tindakan tergesa-gesa itu telah diambil kesempatan oleh Umno dengan menyokong dan mempertahankan 'perkakasnya' itu.

Isu Mohamad Nasir kemudian membawa kepada kemusnahan Pas ini adalah perancangan Umno awal-awal lagi. Umno sengaja mencipta situasi tidak menyenangkan Pas, mencampuri urusan Pas dengan harapan berlaku perbalahan itu. Dan, ternyata usaha Umno itu berjaya. Di sini dapat disimpulkan bahawa Umno memang licik, jahat dan syaitan yang tidak perlu dikawani dan didekati.

Barang kali benarlah kata-kata bekas Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Ahmad Fakaruddin (allahyarham) seperti mana dituturkan Hashim Hj Omar, dua syarat kalau hendak menjadi ahli Umno, pertama kena jahat dan kedua kena menjadi bodoh. Peristiwa Umno menyodok Pas dalam selimut itulah juga menyebabkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat serik dengan Umno.

Di seminar semalam peserta membangkitkan tentang pembentukan kerajaan campuran di antara Perikatan dengan Pas pada tahun 1971 – 1972 yang kemudiannya membawa kepada penyertaan Pas ke dalam BN (1978) di mana dengan penyertaan itu Pas dipersundalkan menyebabkan Pas kehilangan maruah dan kerajaan.

Abdul Halim menjelaskan pembentukan kerajaan campuran dan BN itu dibuat menerusi muktamar Pas yang kemudian keputusan itu disemak oleh Dewan Ulamak. Katanya tidak timbul kalau penyertaan Pas itu dibuat secara sewenang kerana ia terlebih dahulu dirujuk kepada Pas. Lagipun kata "tahlul syiasahi" yang dibuat pada masa itu baik ketika itu.

Perkara yang menyebakkan hati yang diceritakan pada seminar itu ialah bagaimana Pas menghadapi saat kritikal pada tahun 1982 apabila ramai pemimpin Pas termasuk presidennya sendiri meninggalkan Pas. Asri bersama rakan-rakannya yang terdiri dari pemimpin kanan telah menubuhkan Hamim sebagai lawan Pas. Niat Asri menubuhkan Hamim itu adalah untuk menghancurkan Pas.

Saat inilah Pas dianggap sudah kehabisan nyawa dan akan berkubur. Ramai meramalkan Pas akan jadi gemulah. Apa lagi pada pilihan raya 1978 Pas hanya menang dua kerusi sahaja satu di Sering menerusi Abdullah Arshad dan satu lagi di Manik Urai menerusi Abdullah bin Su. Umno mengejek Pas ketika itu sudah tinggal batu nesan saja.

Ekoran penghijrahan dan peninggalan beberapa pemimpin Pas termasuk Mohd Asri Muda, Wan Ismail Wan Ibrahim, Wan Sulaiman Wan Ibrahim, Sallahuddin Abdullah, Nik Abdul Rahman (Nik Man) dan lain-lain menyebabkan Pas Kelantan tidak ada pemimpin sehingga Pas Kelantan ditadbirkan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pas Pusat. Keadaan ini memeritkan.

Waktu inilah Pas benar-benar dalam keadaan sulit dan mencabar serta menguji sejauh mana tahap dan daya perjuangan ahli dan penyokong bawahan. Keadaan ini menyebabkan Pas Kelantan mencari-cari orang atau tokoh untuk dilantik menjadi ketua Pas Kelantan. Di sinilah Pas Kelantan melihat kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulamak Pas Malaysia untuk dijadikan ketua.

Beberapa pemimpin Pas Kelantan terutamanya kalangan Pemuda yang ketika itu diketuai oleh Abdul Halim Abdul Rahman mencadangkan Nik Aziz. Nik Aziz pada mulanya tidak setuju dan selepas kali kedua beliau bersetuju bersyarat beliau hendaklah dibantu.

Kesediaan Nik Aziz untuk menjadi obor baru kepada Pas Kelantan inilah telah memulihkan semangat ahli dan penyokong Pas yang hampir lumpuh. Alhamdulilah Nik Aziz yang dianggap lemah tidak tahu berpolitik sebaliknya muncul menjadi khalifah baru memimpin Pas Kelantan dan mencatat kejayaan lebih besar dan bersejarah.

Dalam pada itu cerita Wan Abdul Rahim Pas kawasan Kota Bharu adalah antara yang teruk menerima pukulan itu. Daripada 24 orang ahli jawatankuasanya 16 telah meninggalkan parti dan yang tinggal hanya lapan orang saja. Pas Kota Bharu lumpuh.

Untuk memulih dan membangunkan sisa-sisa semangat yang masih ada cerita Wan Rahim, Pas melantik seorang cikgu menjadi pemangku Yang Dipertua dan Ustaz Mawardi sebagai timbalannya manakala dia sendiri bertindak sebagai setiausaha kawasaan. Bermula dari situlah Pas perlahan-lahan bangkit kembali.

Manakala detik pemulihan Pas selepas kalah teruk 1978 bermula dengan satu tamrim khas yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak Pas Kelantan bertempat di pejabat Pas Jalan Dato' Pati. Tamrim itu diadakan selama tujuh hari tujuh malam, untuk memulih semangat dan menyuntik bara perjuangan. Ia dikepalai oleh Ketua Dewan Ulamak Pas waktu itu Tuan Guru Hj Zakaria Ismail (allahyarham).

Bermula dari situlah Pas mulai bangkitkan untuk menebus kekalahan dengan Nik Abdul Aziz menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Pas yang dibantu oleh Mohamad Amin Yaacob (allahyarham), Ustaz Yahya Othamn dan lain-lain.

Tidak boleh dilupakan peranan dimainkan Pemuda itu waktu adalah cukup penting sekali memandangkan segala kerenah dan tribulasi politik dihadapi oleh Pemuda dan plan pembangunan politik Pas Kelantan juga dianyam oleh Pemuda dibawah pimpinan Abdul Halim dan Wan Mohamad Jamil Mohamad (allahyarham).

Omar Mohamad menyimpulkan kebangkitan semula Pas itu disebabkan beberapa prinsip dan jati diri unggul yang ada kepada ahli dan pendokong Pas. Dalam penilaiannya ciri-ciri yang ada dan memungkinkan pemulihan Pas itu ialah;

i) Perpaduan,

ii) Pengorbanan,

iii) Keikhlasan,

iv) Mencari keredhaan Allah.

Jelasnya waktu itu perpaduan dalam Pas cukup kuat sekali ia terbentuk dengan berbagai aktiviti dilakukan seperti tamrim, khemah kerja dan sebagainya. Ahli-ahli juga banyak berkorban masa, tenaga malahan wang. Walaupun Pas tidak mempunyai wang tetapi dengan adanya sikap berkorban dari ahli masalah wang dapat diatasi.

Suka saya menyebut pengalaman sendiri di sini, bagaimana seorang penceramah Pas Cikgu Musa Salleh (allahyarham) akan melilau di kaki lima kedai Jaafar Rawas mendapatkan seringgit dua dari kawan-kawan untuk beli minyak petrol untuk pergi berceramah. Saya rasa paling banyak membantunya ialah Jaafar Rawas (allahyarham). Setiap kali beliau dipanggil berceramah beliau akan melilau di situ untuk mendapatkan wang minyak. Saya sendiri pernah membeli minyak RM5 apabila kereta kehabisan minyak semasa perjalanan pulang dari mengikutinya ceramah di Kuala Krai.

Ahli Pas ikhlas dalam menggerakan perjuangan. Mereka tidak berfikir untuk mengayakan diri apa yang difikirkan untuk mengembalikan kerajaan Pas dan menghancur kerajaan BN yang dianggap sebagai "taghut".

Justeru Omar merasa sedikit bimbang dengan perkembangan dalam Pas hari ini. Ciri-ciri yang disebut tadi sudah agak mengecil. Misalnya kehadiran pada seminar itu yang tidak begitu menggalakkan menyebabkan beliau bimbang akan masa depan Pas atau merasakan bahawa ahli dan petugas Pas hari ini tidak seperti dulu lagi. Hal ini tekannya hendaklah diberi perhatian dan semua ahli perlu kembali kepada semangat sejati Pas.

Semua pembentang bagaimana pun berlunak dan terus-terusan memuji Nik Aziz sebagai pemimpin. Tidak terkecuali, setiap pembentang akan membawa cerita indah mengenai Nik Aziz. Dalam seminar sedemikian elok juga kalau aspek negatif mengenai Tok Guru ditimbulkan untuk dibincang dan diambil iktibar.

Dalam hal ini saya bersetuju dengan cara Mohd Amal yang berterus terang melemparkan beberapa subjek negatif terhadap kerajaan Pas hari ini untuk direnungi. Katanya ada beberapa perkara yang masih belum dilaksanakan oleh kerajaan hari ini dan itu merupakan cabaran kepada Pas.

Salah satu ialah pengimplimentasian Islam dalam aspek tertentu masih kabur dan Pas masih tercari-cari pendekatan dan kaedahnya. Justeru katanya kalau cabaran ini tidak diatasi ia akan menjadi masalah kepada Pas. Dalam hal itu beliau mengingati sejarah selalu berulang, jadi tidak mustahil Pas boleh kalah.

Sebagai penutup kepada ulasan kecil ini saya hendak menarik perhatian mengenai perpaduan di kalangan ahli Pas terutamanya diperingkat pimpinan tertinggi Pas. Apa yang saya klasifikasikan sebagai wujudnya 'tanah-tanah rancangan' masih wujud di Kelantan. Masih ada pemisahan sempadan privat e dalam tanah dalam satu lot itu. Sempadan peribadi ini hendaklah dimansuhkan segera dan semua pihak perlu menggunakan sempadan lot besar.

Saya sebut ini kerana saya nampak dalam pemilihan calon masih lagi terikat kerpada sempadan-sempadan peribadi. Begitu juga dengan seminar itu sendiri nampaknya semua fraksi Pas tidak terlibat dan ianya ada semacam pemonopolian satu pihak sahaja. Walahualam. [wm.kl.1:00 t/hari 11/02/12]

03 di mengkebang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di mengkebang - Google Blog Search


Dari Minda Mohd Nasron Hashim: Jajahan Kuala Krai Dan Machang

Posted: 10 Feb 2012 01:35 AM PST

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
KUALA KRAI merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,287.10 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan ini iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Jumlah mukim di Kuala Krai ialah 35.
Kebanyakan penduduk di jajahan Kuala Krai mengusahakan tanaman getah. Jajahan ini bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara.
Sebelum tahun 1977, Kuala Krai dikenali sebagai Ulu Kelantan dan merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di selatan Jeli. Bandar Kuala Krai ketika itu bertindak sebagai ibu jajahan Ulu Kelantan. Kuala Krai ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir jajahan ini iaitu Majlis Daerah Kuala Krai (bagi kawasan utara jajahan) dan Majlis Daerah Dabong (bagi kawasan selatan jajahan).
Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Dua sungai utama iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir bertemu di Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.
MACHANG merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan Darul Naim yang terletak di tengah negeri Cik Siti Wan Kembang. Machang mempunyai lebih kurang 82,653 orang penduduk (tahun 2005). Machang juga merupakan nama sejenis pokok buah.
Terdapat 6 daerah di Machang iaitu Labok, Pulai Chondong, Panyit, Pangkal Meleret, Ulu Sat, dan Temangan. Jumlah mukim di Machang ialah 30.
Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan Negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai.
Antara tarikan sejarah di sini ialah Menara Masjid Pulai Condong. Salah satu kampus cawangan Universiti Teknologi MARA juga bertempat di Machang. 
Antara tempat menarik di Daerah Machang yang sering dikunjungi oleh orang ramai ialah kolam air panas yang terletak di Kampung Rengas Tok Bok, Jeram Linang dan Taman Rekreasi Bukit Bakar.

03 di bachok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di bachok - Google Blog Search


Gambar Sultan Kelantan Melawat Mangsa Lemas <b>Di Bachok</b>

Posted: 07 Feb 2012 06:05 AM PST






03 di gaal kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Ajijoi: Jangan beri peluang kepada BN

Posted: 04 Feb 2012 04:19 PM PST

PASIR PUTEH: Rakyat digesa jangan berkeinginan untuk memberi peluang untuk BN terus memerintah negara.
Demikian tegas Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Nuri Al-Amin ketika menyampaikan Ceramah Konvoi Penerangan PAS Pusat di Masjid Kg Bukit Belah Gaal, Pasir Puteh, Kelantan 14 Februari lalu.
Menurutnya, pentadbiran BN terbukti tidak berintegriti  dan amanah walaupun diberi peluang memerintah lebih separuh abad.
Katanya, masalah rasuah, korupsi, kroni, kezaliman dan sebagainya masih menular di Malaysia malah semakin hari semakin meningkat. 
"Mati hidup balik pun BN tidak akan berubah kerana mereka 'konsisten' dengan perangai mereka," tegas beliau.
Tambahnya, BN masih tidak 'insaf' walaupun rakyat memberi masa dan peluang kepada mereka.
"Sudah lebih 50 tahun BN memerintah, satu jangka masa yang panjang untuk membuktikan kemampuan mereka mentadbir negara dengan baik namun masih tidak berjaya.
"Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat mentadbir negara dan saya yakin manifesto dalam buku Jingga dapat direalisasikan," ujar beliau.
Turut menyampaikan ceramah malam tersebut ialah Adun Titi Serong YB Drs Khalil Idham Lim, Adun Batu Caves YB Amirudin Shari, Adun Gaal YB Dr Nik Mazlan Nik Mohamed dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Misbahul Munir Masduki.
Dalam Program Jelajah PAS Pusat yang diketuai oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ini, pelbagai program bersama rakyat diatur bermula dengan Kuliah Subuh sehingga kemuncak  ceramah di sebelah malam.

03 di tumpat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di tumpat - Google Blog Search


Patung buddha <b>di Tumpat</b> - blog*spot

Posted: 21 Jan 2012 03:24 PM PST





di kelantan terdapat sesuatu yang kita jarang dapat lhat di mana-mana negeri di malaysia iaitu patung buddha. salah satu patung buddha tersebut merupakan patung beddha terbesar di asia tenggara iaitu patung ""the sitting buddha'".

salah faham konsep agama di kelantan?
banyak patung buddha di kelantan tidak semestinya menunjukkan pihak kerajaan lemah atau salah konsep agama . ia menunjukkan di kelantan mempunyai nilai hak kebebasan beragama yang kuat dan bersih yang perlu ada di setiap hati masyarakat di malaysia.
 kita perlu menghormati agama lain di mana jua. ia mudah ditonjolkan oleh nabi muhammad S.A.W sendiri menerima apa jua agama di bawah tempat pemerintahan beliau termasuk sektor perniagaan dan lain-lain.

03 di pasir mas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di pasir mas - Google Blog Search


KHIANATI RAKYAT!!! Brahim Ali bakal berkubur <b>di Pasir Mas</b>

Posted: 23 Jan 2012 10:01 PM PST

Oleh M FAQIH
http://www.malaysiandigest.com/images/zahar/ibrahim%20ali%20299.jpg
"KAMI pengundi di Pasir Mas tidak sabar lagi hendak balas dendam terhadap Dato' Ibrahim Ali. Dia khianat amanah yang kami berikan.
"Selepas ini barulah dia tahu hujung jatuh kerjaya politiknya. Jangan dok angkuh sangat dengan kemenangan hasil bantuan orang lain," kata penghulu mukim Kasar, Pasir Mas, Rahim Wan Samad.

Hujahnya turut disokong Siti Nor Md Midin, 65 dari Kampung Landar, yang meluah perasaan sangat meluat terhadap anggota parlimen Pasir Mas sekarang. Kata beliau rakyat Pasir Mas begitu kecewa terhadap bekas Ketua Bahagian Umno itu kerana menggadaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi pengundi.

"Kami beri undi kepadanya dengan harapan dapat memperkukuhkan parti dan menjaga kebajikan penduduk di sini.
"Namun malang tidak berapa lama selepas diberi peluang, pemimpin itu tiba-tiba khianati pengundi. Kami yakin orang yang khianat terhadap perjuangan tidak akan kekal lama," katanya.
Menurutnya semasa berkempen pada pilihan raya umum lalu begitu sukar untuk meyakinkan pengundi terhadap Ibrahim kerana mereka tahu rekod lama pemimpin terbabit.
Kata beliau pelbagai alasan diberi kepada penyokong PAS supaya menerima Ibrahim. "Tebal muka saya dan rakan-rakan ketika berkempen bagi meyakinkan pengundi tegar PAS. Mereka awal-awal lagi tidak yakin dengan Ibrahim.
"Namun saya terpaksa memberi pelbagai alasan kerana kemungkinan ada hikmahnya apabila dia diberi peluang bertanding menggunakan lambang PAS.
"Kita sebagai anggota parti berpegang kepada keputusan pemimpin di atas. Molek di atas moleklah kami di bawah. Siapa sangka amanah kami tiba-tiba dikhianati," kata Rahim.
Bekas pegawai bank, Rashidah Mahmud, 58 menanyakan mana janji-janji Ibrahim sebelum ini mahu membawa apa yang ada di Kuala Lumpur ke Pasir Mas.
Pesara guru, Mohd Zain Che Mat, 63 yang tinggal berdekatan pusat khidmat Ibrahim di Kampung Kasar memberitahu hanya sekitar 500 penyokong tegar bekas pemimpin Semangat 46 itu yang dilihat sering datang program dianjurkan di situ.
Beliau melihat wajahwajah yang sama sejak dahulu sehingga sekarang berada di sekeliling anggota parlimen Bebas terbabit.
"Orang kampung yang tinggal berdekatan tidak datang. Saya difahamkan penyokongnya datang dari tempat lain kerana ada upah.
"Lelaki yang datang ramai pakai seluar pendek dan memakai gelang di tangan. Biarpun masjid terletak berhampiran, namun mereka seperti tidak endahkan," ujarnya.
Rashidah yang juga Ketua Muslimat PAS Cawangan Kasar berkata, pihaknya sering mengadakan majlis bacaan Yaasin di masjid dan rumahrumah penduduk tempatan.
Kata beliau program tersebut mendapat sambutan menggalakkan, ada juga di kalangan penyokong Umno yang datang.
Katanya, program berkenaan diketuai Ustazah Aishah dari Pondok Lubuk Tapah dan Wan Munah Wan Salleh diadakan sekali seminggu.
Menurutnya program itu dimulakan sejak 10 tahun lalu diadakan setiap hari Jumaat dihadiri tidak kurang 50 muslimat tempatan.
"Kami juga menerima jemputan membaca Yaasin di rumah-rumah penduduk yang ada hajat termasuk sakit atau tahlil arwah keluarga mereka.
"Selain itu kami juga pernah menerima jemputan membaca al-Quran bagi tahlil arwah di kampung lain termasuk Kubang Bemban dan Bechah Durian," ujarnya.
Kata beliau program tersebut mendapat sambutan sehingga penyokong Umno pun mengikuti sama.
Bagaimanapun beliau meluah rasa bimbang kerana ada uraura setiap perjumpaan yang diadakan perlukan mendapat permit polis selepas rang undang-undang perhimpunan aman dilulus di parlimen barubaru ini.
Umno dilanda dilema Khabar angin pula menyebut Ibrahim akan bertanding menggunakan lambang dacing pada pilihan raya umum ke-13.
Berita itu membuat Umno Pasir Mas dilanda dilema.
Ibrahim dikatakan akan diberi ruang bertanding di kerusi parlimen, manakala Ketua Bahagian Pasir Mas, Dato' Hanafi Mamat mensasarkan Dun Tendong.
Timbalan Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa pula mengintai kerusi Dun Chetok. Manakala Naib Ketua Bahagian, Abdul Aziz Mohammad disebut-sebut calon di Dun Pengkalan Pasir. Bagaimanapun kehadiran Che Johan ke Chetok menimbul ribut dalam rumah tangga Umno Pasir Mas.
Kerusi tersebut lebih awal menjadi taruhan kepada Ketua Pemuda Umno Pasir Mas, Najib Rashdan Abdul Rahman.
"Isu pertelingkahan di antara Najib dan Che Johan bukan lagi menjadi rahsia di Pasir Mas. Semua orang sudah tahu pergolakan antara mereka sekarang," kata Adun Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.
Di Rantau Panjang isu retak menanti belah tidak dapat dinafikan. Dendam politik antara ketua bahagian sekarang, Dato' Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Dato' Mohd Zain Ismail masih belum reda.
Biarpun ada usahausaha mendamaikan dua kumpulan tersebut, namun ia tidak lebih sebagai hangathangat tahi ayam. Mohd Zain dan penyokongnya masih mengimpikan jawatan lama.
Kegawatan pada Oktober 2008 ketika pemilihan di peringkat bahagian tidak dapat dilupkan.
Pasukan FRU terpaksa dikejar mententeramkan keadaan gawat mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian.
Suasana kecoh tercetus apabila pengerusi tetap mesyuarat berkenaan Nordin Ibrahim mengumumkan seramai 461 perwakilan daripada 144 cawangan layak mengundi. Mesyuarat tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang di Rantau Panjang. Hari ini Ketua Pemuda Rantau Panjang, Ustaz Effendi Yusof pula dikatakan mempunyai haluan sendiri.
Setahun lepas 36 Penyelia Pembangunan Mukim (sekarang JKKKP) dan tiga Ketua PPM yang dipecat Abdullah pernah mengugut mahu meninggalkan parti.
Kira-kira 500 penyokong Umno di Cawangan Baroh Pial di Dun Bukit Tuku dan 35 cawangan lagi di seluruh bahagian tekad mahu keluar Umno.
Bekas ketua cawangan Baroh Pial, Wan Yaakob Wan Ismail memberitahu antara sebab mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan kepada Abdullah.
Situasi serupa juga berlaku di Tumpat apabila tidak ada nama besar bagi mengisi calon parlimen. Dr Ashraf Wajdi Dasuki yang dibawa pulang pada pilihan raya umum lalu tidak lagi menjadi sebutan.
"Saya mendengar ada ura-ura calon wanita yang akan diletak di kerusi parlimen Tumpat," kata bekas guru, Che Awang Lah dari Dun Pasir Pekan.
Manakala Dato' Noor Zahidi Omar dikatakan lebih selesa mempertahankan Dun Pengkalan Kubur, dan timbalannya Dato' Rusdi Abdul Aziz pula enggan berganjak daripada Dun Wakaf Bharu. Isu dalaman membelit Umno Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat tentunya menyukar misi Dato' Seri Mustapa Mohamed menawan Kelantan.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di pulau melaka - Google Blog Search


BLOG.BUDAK.BAIK: Masjid Selat Melaka <b>di Pulau Melaka</b>

Posted: 09 Feb 2012 06:16 AM PST

Sampai Pulau Melaka dah pukul 4 lebih. Nak pergi tengok show Wildlife Theatre Melaka yang session pukul 3 petang pun dah tak sempat. Pusing-pusing sampai hujung jalan. Dari jauh dah nampak kubah masjid. Masjid Selat Melaka terletak di penghujung jalan dan strukturnya dibina atas laut mengadap Selat Melaka.
Ini kali pertama aku sampai ke Pulau Melaka dengan bantuan GPS. Pulau Melaka bukanlah pulau semulajadi, sebaliknya ia dibina secara reclaimation works. Aku rasa Pulau Melaka ni dibina sebagai daya tarikan pelancong, tetapi bila sampai ke sini, aku tengok ada bangunan lot kedai yang siap tetapi belum dihuni, ada yang dalam pembinaan dan ada jugak projek terbengkalai, tak taulah apa sebabnya. Macam mana nak tarik pelancong? Nasib baiklah ada Wildlife Theatre Melaka dan Masjid Pulau Melaka.
Selat Melaka, dikenali sebagai selat terpanjang dan tersibuk di dunia.
Tersangatlah cantiknya dekor kat cermin pintu masuk masjid ni.
Berlatarbelakang Selat Melaka. Cantiknya pemandangan kat sini. Kalau ada kesempatan bolehlah singgah sembahyang di sini dan nikmati panorama yang sungguh mengasyikkan.
 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved