Ahad, 14 Ogos 2011

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


mape side: CETAK BAJU <b>DI CHIKU</b> 3

Posted: 03 Mar 2011 12:32 AM PST


menyediakan pelbagai-bagai jenis perkhidmatan seperti fotostat 5 sen, nametag, busines kad,cetak baju, tempah mug, bill board, medal plaque,rubber stamp segera, buat stiker, kad kahwin, taip surat atau minit mesyuarat, buku bil, alat-alat tulis, sulam tuala atau baju...semuanya boleh di dapati di vce chiku 03, jalan pintas chiku 06 @ belakang sekolah chiku 03. kami sentiasa menunggu kedatangan anda.jangan segan,jangan malu marilah datang beramai-ramai ke kedai kami. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

GEGEGURL: Hari mggu <b>di chiku</b>...

Posted: 11 Feb 2011 11:54 PM PST

          Hujung minggu ni aku xblk umh family aku...biasa nya klu datang je ari kamis msti aku nk blk...tp mggu ni xde pl rase nk blk...hehehe..
oppss...lupa nk bgtau aku ni kerja kt Felda Chiku 1, Gua Musang...emm..kira jauh la jg ngn umh family aku...klu naik bas henti-henti (bas mini) kne tukar 4 kali bas tau...adui...penat n leceh tukar2 bas ni...yang paling aku tension bila bas xikut masa...haru jd nye..pasti aku smp mlm kt kg aku....
         Aku cuti jumaat n sabtu...smlm aku ngan housemate bgn pagi2 lagi...kitorng plan nk pegi joging...hehehe..pas smyg subuh terus kitorng kuar umh...yg xtahan nye joging pakai selipar jepun...ahahaha..dh lame xjoging ni..bila dh joging huiii...pnt nye yg amat..abis skt 1 badan...tp xpe la kami enjoy....joging kn baik utk kesihatan so kawan2 yg lain ptt amalkan joging ni...blk dr joging kami mkn nasi abis sebungkus..mcm xpecaya plk...mcmne nk kurus ni....:))
         Tghari pl kami masak2...member aku beria nk buat gulai ayam..so kami pn buat la..aku tulun sediakan bahan utk msak je...yg lain tu member aku la yg buat...aku plk goreng ikan je...bkn aku xpndai tp al mklum la xbiasa buat...kihkihkih....
        ni aku share kt sni gmbr gulai ayam ni....sedap beb..xcaye cuba rase.....:)

                                                  




kira menjadi jg la gulai ayam ni....hehehe
      Petang pl kami lepak2 je kt umh smbil tgk tv smp la ke mlm...byk nye aku taip kt sni...xsangka pl aku yg menulis..hehehe Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


KedahLanie.info: Kelantan bina Jalan Kota Bharu-<b>Kuala Krai</b>

Posted: 11 Aug 2011 03:42 AM PDT

Kerajaan Negeri Kelantan akan membina Jalan Kota Bharu-Kuala Krai menerusi penswastaan selepas Kerajaan Pusat tidak menyediakan peruntukan untuk projek tersebut menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan RMK-10.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, jalan itu akan dibina sebagai Jalan Negeri selepas cadangan pembinaan kepada Kerajaan Persekutuan tidak mendapat maklum balas memberangsangkan.

Katanya, kos pembinaan asalnya berjumlah RM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah akan dikurangkan seperti membatalkan pembinaan Fly Over Wakaf Che Yeh-Kota Bharu yang menjimatkan kira-kira RM500 juta.

"Kita buka tawaran kepada pihak-pihak berkenaan untuk melaksanakan projek ini dan jalan empat lorong sepanjang 63 kilometer itu sudah tentu membantu mengurangkan kesesakan khususnya di musim perayaan.

"Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim," katanya selepas mesyuarat exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini semalam.

Husam berkata, perjalanan dari Kota Bharu- Kuala Krai menerusi 'Jalan Tulang Belakang' itu dijangka hanya mengambil masa antara 30 hingga 40 minit.

Dalam perkembangan lain, Husam memberitahu langkah Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan dinar dan dirham empat tahun lalu terbukti membantu menangani krisis ekonomi pada hari ini.

"Harga emas hari ini melonjak kepada 1,723 USD satu aun, catatan harga tertinggi dalam sejarah, jadi terbukti perlaksanaan dinar dan dirham ini memberi keuntungan.

"Dulu ada pihak memperlekehkan usaha kerajaan ini yang saya fikir kerana sentimen politik semata-mata, mereka tidak sedar bahawa emas lebih stabil sebagai alat simpanan nilai," katanya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150276609394938&

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Menulis <b>di</b> pasir: Pembinaan Jambatan <b>Manek Urai</b>

Posted: 26 Apr 2011 03:11 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pembinaan Jambatan Manek Urai · Share |. Di bubuh oleh : irs-Hursaini at 3:11 AM · Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz. Labels: Kelantan, Tok Pa ...

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Pinky Momma: * <b>Rantau Panjang</b> Kelantan..phewww last stop <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2011 09:52 PM PDT

destinasi percutian utk bershopping kami adalah lastnya di Rantau Panjang..
sebab dah dekat sangat ngan Munduk tadi..
dari Munduk just jalan terusssssss dalam 10KM dah sampei..

mood masa ni dah rasa penat nak shopping huhu..
almaklum dah beriya di Munduk kan..
tapi dah alang alang sampai di Kelantan..
kena la singgah Rantau Panjang..owh ya Pengkalan Kubor ku tak pergi..
sebab org sana cakap Pengkalan Kubor harga barang mahal juga..
lebih baik ke Rantau Panjang je..

ni kali kedua ku ke sini..kali pertama masa zaman study dulu..
dapat room mate org kelate..folo dia skali balik kg ari tu..
kali ni bersama keluarga kecik pulak hehehe..

jom kita ronda ronda jom..
bantal kekabu kat sini still tak leh lawan Munduk..
kalau Munduk 3 biji bantal = RM10
di sini 2 biji je = RM10..so korang nak yang maner? hehehe..


kalau di sini..harganya mahal skit..
lebih dalam RM5 camtu la utk barang barang ni..
barang sama jer..cuma harga yang lain..
sebab tu ku cakap..kalau nak shopping barang dengan harga yg murah..
baik la ke Munduk..berpeluh peluh pun berbaloi kan..
cuma kat Rantau Panjang..teduh dan berbumbung..panas tetap panas lalala~




adik ipar dan encit papa tak melepaskan peluang utk membeli makanan kat sini..
dodol..asam..biskut yg manis manis tu..tak ingat nak nyebutnya..hahaha
ada tu 3 barang = RM10
ada tu 5 barang = RM10
tapi yang pasti..harga gajus smua tempat pun sama..mahaiii wei..
satu bag tu dalam RM18..kalau gajus yg bakar mahal lagi..
nak tak nak beli juga 2 peket..sebab abg long suka!



encit papa tersawan tengok selipar selipar ni..
mula mula nak beli utk dia jer..tiba tiba wifey nak juga huhu..
baru la pakai serasi bersama kan kak bedah..hahaha


dan sebelum pulang..abg long sempat menggayakan spec baru pada ari itu..
sebenarnya anak anak yg best skali..
banyak belikan barang diaorg je..papa dan mama cuma selit selit ;p
control macho abg long..walaupun dia dah letih berpeluh peluh!


antara barang yg sempat dibeli sebagai kenangan..
harusla slipar ni..encit papa warna ijo tak hengatttt...nak tapak tebal katanya..
untuk diriku..korang pun leh agak kaler apa kan..pink la uols ;D
tiba tiba terfeeling comel ku memakai sliper pink hakhakhak
statement sangat tak menahan kan..pedulikkk...

dia letak RM25 sepasang..mana mana kedai pun harga ni..
tapi sebab beli 3 pasang..untuk ayah mertua skali..
dia bagi RM50 jer..ok la kan..


dan kudap kudapan yg harus dibeli..
buah gajus dan segala snek tu..2 ari je bertahan..pastu dah habis kat umah ni..
feveret abg long lar katakan..kacang mahai memang sedap la abg long huhu..


yang lain mestila baju dan baju lagi..erkkk ni adik iparku je yg shopping..
diriku serius dah tak bernafsu..cuma pandang dan jeling jer di sini ngehhh~
for me secara peribadinya..wahh macam nak bagi ucapan kan..
untuk tempat shopping yg best..

1. Munduk
2. Rantau Panjang
3. Wakaf Che Yeh

utk entry Cuti Cuti Kelantan yg lepas..leh klik bawah ya..

Part 1: Jalan Jalan Kampung Kraftangan

Part 2: Makan di Nasi Ulam Cikgu

Part 3: Shopping di KB Mall

Part 4: Hotel di Wakaf Che Yeh

Part 5: Shopping di Wakaf Che Yeh

Part 6: Makan Chim Chum di Food Village

Part 7: Shopping di Munduk

pasni last entry utk cuti cuti kelantan..aihh penatt~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

**kisah keluarga kecik kami dr bandar ke kampung**


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Diari motivasi 607( AK168/H46/HPA127/MB1(102)/ME1(85)/USA(61 <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

Memburu impian perlu keyakinan. Keyakinan itu datang bisanya dengan:

1) Ilmu (pernah membaca,membuat  kajian dan mendengar kisah benar)

2) Melihat(penah melihatnya)

3) Merasai( pernah mengalami)

Ada sepohon kurma yang tumbuh di Masjid Mukim Gaal, Pasir Putih Kelantan. Buahnya sudah semakin membesar. Aku berpeluang melihatnya, memegang putiknya yang gugur ketanah. Juga pernah membaca bahawa kurma boleh hidup dan berbuah di Malaysia.

Memburu impian perlukan keyakinan. Justeru, apa orang kata tidaklah penting bila hati sudah yakin. Biarpun cabarannya banyak, keyakinan begitu tidak  akan membuat hati berpaling dari terus memburunya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Jawatan kosong <b>di</b> KIST Group Holdings Sdn.Bhd. Terkini 2011

Posted: 10 Aug 2011 11:02 PM PDT

Jawatan   1 : Server Administrator
Penempatan: KIST, Bachok, Kelantan
Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Muda In Networking & Server Administration

atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

  • Pengkhususan: Networking & Server Administration
  • Kemahiran : Server configuration, remote server, backup data.
  • Pengalaman bekerja sekurang – kurangnya 2 tahun.
  • Kekosongan 2 orang.

Jawatan  2 : Eksekutif Akaun
Penempatan: (Wisma KIST, Demit Kota Bharu)

Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan boleh mengendalikan computer system UBS.

Jawatan 3 : Pensyarah
Penempatan: (Kolej Islam Sains dan Teknologi, Cawangan Kuala Berang,Hulu Terengganu)

Kelayakan :

  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kanak – Kanak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Ijazah Sarjana Muda Maritim atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 4:  Eksekutif  IT
Penempatan: (Kolej Islam Sains & Teknologi  Cawangan Kuala Berang, Hulu Terengganu)

Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 5:  Eksekutif Akaun
Penempatan : Pejabat KGH Kubang Kerian, Kelantan &

KISTAA, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan boleh mengendalikan computer system UBS.
  • Diploma Perakaunan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan boleh mengendalikan computer system UBS.

Jawatan 6:  Pembantu Stor
Penempatan : KIST Bachok, Kelantan

Kelayakan:

  • Boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik
  • Darjah 6
  • Sihat tubuh badan dan sanggup berkerja luar dan di luar waktu pejabat

Jawatan 7 : Eksekutif MEE Training Centre Sdn Bhd (MTC)
Penempatan: (Wisma KIST, Demit Kota Bharu)

Kelayakan:

    • Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Perhatian kepada pemohon :

Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan perjawatan di ;-
- Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok, Kelantan
- Kolej Islam Sains dan Teknologi cawangan Terengganu
- Pejabat KIST Graduate Intake di setiap negeri

b) Bagi pemohon yang tinggal berjauhan dan berminat mengisi kekosongan jawatan tersebut,
pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dengan menghantar sampul surat beralamat sendiri,
bersaiz A4 bersetem RM1.00 dan wang pos atas nama KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI berjumlah
RM5.00 untuk bayaran wang proses.

c) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

d) Tarikh tutup permohonan adalah 31 OGOS 2011

e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta
sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat :-

Bahagian Sumber Manusia
KIST Group Holdings Sdn.Bhd.
Wisma KIST, Lot 500, Taman Permai Demit, Kubang Kerian,

16150 Kota Bharu, Kelantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


UMNO Online - Kerajaan BN Tingkatkan Nilai Ekonomi <b>Di Gua</b> <b>...</b>

Posted: 25 May 2011 01:01 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Kerajaan BN Tingkatkan Nilai Ekonomi Di Gua Musang 10 Kali Ganda

GUA MUSANG, 25 Mei – Pembangunan infrastruktur kerajaan pusat seperti jalan raya telah meningkatkan pelaburan dan nilai tanah di kawasan pedalaman Hulu Kelantan iaitu Gua Musang dengan kenaikan hartanah sebanyak 10 kali ganda.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata nilai tanah sekitar bandar ini melambung lebih 10 kali ganda daripada nilai tahun 80-an dulu berikutan menjadi rebutan pelbagai pihak untuk dijadikan pusat pelaburan jangka panjang.

"Sebagai contoh harga satu unit kedai yang dahulunya hanya RM50,000, tetapi sekarang meningkat kepada lebih RM300,000 seunit," katanya pada Majlis Perjumpaan Dengan Peserta Program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera di Chin Teck, dekat sini, hari ini.

Berikutan itu, beliau menasihati penduduk agar tidak menjual hartanah mereka walaupun ada menerima tawaran kerana mereka akan rugi jika berbuat demikian kerana beliau menjangkakan nilai tanah di kawasan berkenaan akan meningkat.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang berkata sejak kebelakangan ini juga semakin banyak permintaan orang luar untuk membeli tanah-tanah di sekitar Gua Musang sama ada untuk gudang perniagaan atau pembukaan ladang.

Sejajar dengan Dasar Keberhasilan Negara (NKRA) dalam meningkatkan taraf  hidup rakyat dan memajukan kawasan pedalaman, Kerajaan Barisan Nasional (BN )telah melaksanakan pembinaan jalan raya menghubungkan Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Kota Baharu bawah pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah PantaiTimur (ECER).

Kerajaan pusat juga melaksanakan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak 1,500 unit membabitkan kos pembinaan hampir RM200 juta di Gua Musang yang dijangka siap sepenuhnya dalam masa tiga tahun lagi.

Beliau mengakui dahulu tidak ada siapa yang berminat untuk membuka pelaburan di daerah ini, tetapi selepas kerajaan membina rangkaian jalan dengan kedudukan bandar Gua Musang yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia menjadikan ia lokasi strategik.

"Perkara itu ditambah pula dengan pembukaan jalan baru menghubungkan GuaMusang-Jeli, Gua Musang-Cameron Highland, Perak dan Gua Musang-Kuala Berang di Terengganu menambahkan minat orang ramai datang ke Gua Musang," katanya.

Katanya rumah untuk penempatan penduduk miskin itu juga mempunyai nilai tinggi walaupun kerajaan memberi secara percuma kepada mereka.

"Kita harap penduduk terbabit jangan mengambil kesempatan menjual rumah terbabit dan hargailah sumbangan kerajaan itu untuk terus dimanfaatkan sehinggake anak cucu," katanya.

Berita Bertarikh 25 May 2011 Pada 4:01 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads