Isnin, 16 April 2012

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Pelajar SMK <b>Mengkebang</b> maut ~ Kemalangan Jalan Raya

Posted: 04 Feb 2012 01:00 AM PST


Inalillahi wainailaihi rojiun

KUALA KRAI - "Mek, kenapa Along jadi gini (Mak, kenapa Along jadi begini)." Itu luahan ibu pelajar Tingkatan Empat, Mohamad Amirfitri Nazri yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Gertak Kangkung, dekat sini, kelmarin.

Perkara itu diceritakan nenek mangsa, Rahmah Awang, 57, ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Krai (HKK), di sini, malam kelmarin.

Rahmah berkata, pertanyaan menyentuh hati itu dibuat ibu mangsa sebaik sahaja mengetahui kejadian menimpa anak sulungnya yang lebih mesra dengan panggilan Along.

"Saya hanya mampu jawab, nak buat macam mana, perkara dah nak jadi dan memintanya supaya banyak bersabar," katanya kepada Sinar Harian.

Pada kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, Mohamad Amirfitri maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas di jalan menghala ke Sungai Pas, dekat Kampung Gertak Kangkung, di sini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang dan anak sulung daripada lima beradik itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Turut hadir menziarahi jenazah di Bilik Mayat HKK, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan datuk mangsa, Mohammad Yunus, 68.

Ibu bapa Mohamad Amirfitri bagaimana pun hanya menunggu jenazah anak mereka di rumah di Kampung Peria dan tidak dapat datang ke hospital kerana terlalu sedih.

Rahmah berkata, dia mengetahui kejadian menimpa cucunya itu ketika sedang bersiap untuk menunaikan solat Maghrib kira-kira jam 7 malam selepas dimaklumkan bapa saudara mangsa.

Katanya, sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, dia yang baru siap menyimpan peralatan menjual goreng pisang yang diusahakannya terus bergegas ke tempat kejadian.

"Masa saya sampai di tempat kejadian, cucu saya sudah tidak ada (meninggal dunia) dan mayatnya sudah ditutup dengan kertas surat khabar.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan Along dua hari lepas ketika keluar menoreh kerana rumahnya terletak dalam kebun getah datuk dia," katanya yang menyifatkan Mohamad Amirfitri sebagai seorang cucu yang baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Rahman Ja'apar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, saksi kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam daerah, Cif Inspektor Wan Azizi Wan Ahmad atau tampil ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai bagi membantu siasatan.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pelajar-maut-kemalangan-1.21917


03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Malang dua kali tembung babi | Radio Malaysia KELANTANfm

Posted: 16 Apr 2012 06:10 PM PDT

ARA KUDA (Pulau Pinang) – Dua beranak nyaris maut apabila kenderaan dinaiki terbabas sebelum merempuh sebatang tiang elektrik semasa cuba mengelak seekor babi hutan melintas di Jalan Ara Kuda-Kampung Desa Puri, di sini pagi semalam.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Arumugam, 33, berkata, ketika kejadian dia dan ibunya Anggamah, 53, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Ara Kuda selepas melawat seorang saudara yang tinggal di Bagan Serai.

Menurut pekerja ladang kelapa sawit itu, apabila tiba di lokasi kejadian secara tiba-tiba seekor babi hutan sebesar anak lembu melintas jalan.

"Saya yang tergamam kemudiannya cuba membrek namun, kereta Proton Saga itu terbabas sebelum merempuh sebatang tiang elektrik di sebelah kanan jalan.

"Ibu yang duduk di bahagian penumpang hadapan mengalami kecederaan parah pada bahagian muka termasuk matanya dimasuki kaca cermin hadapan yang pecah, manakala saya mengalami kesakitan pada bahagian dada kerana terhentak pada stereng," katanya.

Arumugam berkata, ketika berusaha keluar dari kereta yang remuk teruk di bahagian hadapan itu, mereka dua beranak mendapat bantuan daripada pengguna jalan raya yang lalu lalang sebelum dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas sejurus selepas itu.

"Hari ini amat malang nasib kami dua beranak kerana setengah jam sebelum kejadian ini, seekor babi juga turut melintas ketika sedang melalui Jalan Padang Serai-Pinang Tunggal namun, saya sempat mengelak dari melanggarnya.

"Tak sangka babi melintas kali kedua ini mengundang malapetaka buat kami dua beranak kerana selain mengalami kecederaan parah kereta rosak teruk," katanya.

sumber berita..sinar harian

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN <b>PASIR PUTEH</b> KALI KE 53 <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 06:44 PM PDT

  • PAS KEDAH TUMBANG PRU 13 DEK PENANGAN PHAHROLRAZI? March 1, 2012

    Penulis sangat-sangat mengikuti krisis Exco di Kedah melalui media sejak beberapa minggu yang lalu berbanding isu-isu dalam negara yang lainnya. Walaupun krisis ini dilihat samar-samar dan cuba untuk ditenangkan oleh Pas Pusat, namun kenyataan dari pimpinan sendiri akhirnya menyerlahkan kepada kita apa yang telah terjadi di Kedah.Dalam isu ini, nama Phahrolr […]

    noreply@blogger.com (kamisokongpas | O |)
  • BERAT NANANG: KECURIAN KABEL SECARA BESAR-BESARAN DI STADIUM RUNTUH January 30, 2012 noreply@blogger.com (kamisokongpas | O |)
  • KEM TENTERA DI RHU RENDANG: USAHA JATUHKAN TUAN GURU BERMULA?! January 25, 2012

    Semalam, media arus perdana melaporkan pembinaan sebuah kem tentera di Marang, yang bakal menempatkan 5 RIBU ANGGOTA apabila siap nanti.Tapak kem tentera itu akan dibina di satu kawasan di Kampung Tebuang, Jenang, Marang, satu kawasan yang agak hulu. Perkara ini diumumkan oleh Exco Kebajikan Terengganu yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Umno Terengganu, […]

    noreply@blogger.com (kamisokongpas | O |)
  • SEPERTI PADANG ARAFAH - CERAMAH PR DI KEDAH BERJAYA KUMPUL 30 RIBU PENYOKONG January 16, 2012

    Ketika berucap dalam Rapat Umum sempena Konvonsyen Pakatan Rakyat kali ketiga di Stadium Suka Menanti, Alor Setar semalam, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberikan respons berikut kepada kehadiran lautan manusia dalam program tersebut, - ramai seperti di Padang Arafah.Penulis sendiri sempat hadir ke majlis rapat umum pada malam semalam, yang menyaksikan puluhan r […]

    noreply@blogger.com (kamisokongpas | O |)
  • YB MALIK KASIM EXCO PENANG TIDAK MEMILIKI SEBARANG HARTA WALAUPUN SEBUAH RUMAH! January 13, 2012 noreply@blogger.com (kamisokongpas | O |)
  • ISU HASAN ALI : PENYOKONG PAS TOLONG JANGAN MUNAFIK! January 10, 2012 noreply@blogger.com (kamisokongpas | O |)
  • RIBUAN PENDUDUK AMPANG TOLAK SUMPAH DATUK T,BERI SOKONGAN KEPADA ANWAR May 1, 2011

    Dua malam yang lalu,yakni hari Jumaat yang lepas,aku berkesempatan untuk menghadiri satu siri ceramah umum yang agak besar di kawasan Pekan Ampang,menampilkan beberapa orang pimpinan tertinggi PKR termasuk Ketua Umumnya,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Timbalan Presiden YB Azmin Ali,Naib Presiden YB Tian Chua, Ketua Wanita yang juga Ahli Parlimen Ampang YB Zuraida K […]

    noreply@blogger.com (kamisokongpas | O |)
  • UST.MOHD NOR HAMZAH,PENGGANTI TUAN GURU HAJI HADI DALAM PEMBIKINAN April 28, 2011

    Dua hari yang lalu,aku berkesempatan hadir mendengar ceramah tiga orang kuat Pemuda Pas,Ustaz Azman Shapawi,Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ketua Pemuda Pas Terengganu,Ustaz Mohd Nor bin Hamzah di Petaling Jaya Selatan.Apa yang menariknya,ceramah pada malam itu bukan sahaja didominasi oleh golongan ustaz,tetapi juga kesemua mereka adalah anak jati negeri Terengga […]

    noreply@blogger.com (kamisokongpas | O |)
  • PAKATAN RAKYAT PERLU AKUI BAHAWA MEREKA KEKURANGAN UNDI MELAYU April 27, 2011

    Ketika mengulas mengenai pergerakan undi mengikut kaum dalam Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, Ketua Biro Strategi PKR Rafizi Ramli menepis dakwaan bahawa hanya kaum Cina sahaja yang beralih sokongan terhadap Pakatan Rakyat tetapi juga kaum-kaum lain.Menurut Rafizi,berdasarkan statistik yang dibuat oleh PKR,mereka mendapati 26 kerusi yang ditandingi […]

    noreply@blogger.com (kamisokongpas | O |)
  • TIMB.MENTERI BERKIAS-KIAS,PETANDA RON95 MAHU NAIK HARGA LAGI! April 24, 2011

    Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang penuh berkias-kias,selain gemar menggunakan bahasa tinggi yang tidak tercapai dek akal orang kampung dan mak cik Felda.Malah,orang yang dapat pangkat satu dalam SPM pun belum tentu boleh memahami ayat-ayat yang digunakan oleh Pak-pak Menteri di Malaysia.Perkataan seperti tranformasi,rasionalisasi,transisi,glokal adalah […]

    noreply@blogger.com (kamisokongpas | O |)
  • GANGGUAN AIR <b>DI</b> MACHANG, <b>PASIR PUTIH</b> DAN KOTA <b>...</b>

    Posted: 29 Mar 2012 01:00 AM PDT

    GANGGUAN AIR DI MACHANG, PASIR PUTIH DAN KOTA BAHARU SABTU INI

    0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

    No of View :130
    Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

    Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

    Dapatkan info terkini dengan klik link ini

    KOTA BHARU: Jajahan Machang, Pasir Puteh dan beberapa kawasan di ibu negeri ini akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja penyelenggaraan dan pemasangan pam di muka sauk di Loji Rawatan Air Merbau Chondong dalam tempoh tiga hari mulai Sabtu ini.

    Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Berhad (AKSB) Hazwan Hassan, berkata antara kawasan terlibat di jajahan Machang ialah Bandar Machang; Pulai Chondong; Labok; Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang; Padang Selising; Bukit Tiu; Banggol Petai; Kweng Hitam; Pangkal Meleret; Wakaf Bata; Paloh Rawa dan Kemuning.

    Bagi jajahan Pasir Puteh kawasan terlibat ialah Bukit Bidang; Taman Sentosa; Alor Hijau; Selising Jeram; Dalam Rhu; Semerak; Tok Bali; Tualang Tinggi; Tasik Pauh; Kedai Menanti; Bukit Jawa; Bukit Tanah; Kampung Jerus; Bukit Abal; Sri Aman; Taman Kobena; Kampung Lepah; Kampung Berangan; Banggol; Telipot; Tualang Tinggi; Tasik Pauh; Kedai Menanti; Bukit Jawa; Bukit Tanah dan Kampung Jerus.

    Kawasan terlibat di jajahan Kota Baharu pula ialah Kok Lanas dan kampung-kampung sekitarnya.

    "AKSB akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan pam di muka sauk di Loji Rawatan Air Merbau Chondong untuk penambahbaikan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

    Katanya, kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan pam itu dijangka dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.

    Menurutnya, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh tiga hari selepas kerja-kerja siap dijalankan di loji itu.

    Katanya, untuk maklumat lanjut pengguna boleh menghubungi Pusat Talian Info (PINTAS) di talian 1300-88-2572 atau layari laman web AKSB di www.airkelantan.com.my.-BERNAMA

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Incoming search terms:

    03 di wakaf bharu - Google Blog Search

    03 di wakaf bharu - Google Blog Search


    rumah <b>di</b> kelantan: teres setingkat <b>di</b> MORAK <b>WAKAF BHARU</b> <b>...</b>

    Posted: 19 Mar 2012 07:28 AM PDT

    14 unit terse setingkat di masih dlm pembinaan

    lokasi
    *berhampiran sek agama morak
    *700mete dari jalan utama
    *berhampiran taman perumahan LPT

    spesifikasi bangunan
    *fully tiles
    *syiling kapur
    *mengunakan air aksb & jalan berturap

    tidak termasuk kos guaman
    deposit rm1000 tanda jadi

    maklumat lanjut boleh hubungi sya zaibudin mustafa 013-9395009

    terima kasih




    03 di dabong - Google Blog Search

    03 di dabong - Google Blog Search


    Mengembara <b>di</b> Landasan ini.: XPDC mEnDaKI GunUnG StONg <b>...</b>

    Posted: 18 Feb 2012 01:09 PM PST

    Assalamualaikum..

    Alhamdulillah selesai sudah cabaran mendaki Gunung Stong & Ayam, Dabong, Kelantan. Maaf atas kelewatan meng"update" yakni mengemaskini trip kami. Diri sering dibatasi dengan kepenatan bekerja dan menuntut ilmu yang kadangkala jatuh ke lembah kelalaian hingga hilang fokus pada penggunaan masa yang berfaedah sebaik mungkin..huhu.Maaf sebab saya juga manusia biasa.

    Meskipun sudah sebulan berlalu, namun kesan atau ibrah disebalik perjalanan menjaga hubungan dengan alam ini tetap di ingatan. Tapi tak mampu nak ingat pada semua perkara. Tahniah & terima kasih buat KLKM UUM yang bertungkus lumus merancang dan melaksanakan projek ini. Juga buat teman2, fossil & Legend di atas komitmen dan tunjuk ajar yang diberikan. Juga buat Onkle Adam & Angah selaku guide merangkap penyampai maklumat alam di Dabong & Stong Ayam ini.

    Dan juga sebagai rujukan saya dan sesiapa saja di masa akan datang terutama pendaki lain yang ingin menjadikan Stong Ayam sebagai lokasi pendakian seterusnya.InsyaAllah saya kongsikan di sini.

    Salam kelana…..

    Sebelum program :

    • Book tiket bas ke Kuala Kerai(perjalanan pergi) & KTM Dabong-KL(perjalanan balik).
    • Internet: Search Google map-cari destinasi Dabong, peta dan anggaran tempoh perjalanan.
    Juga buat panggilan telefon untuk mendapatkan maklumat lengkap perjalanan. Zura(ex housemate), Yahya & Zurina kelas Ekonomi dulu yang masing2 berasal dari Kelantan. Dapatkan maklumat sebab pertama kali pergi Dabong.

    20 januari 2012
    Jumaat; Hujan pagi dan petang. Jalan di sekitar KL jem teruk berbanding jem biasa. Petang dah siap traing, berjalan kaki dari Jalan Raja laut ke Pasar Seni dalam hujan lebat dan air nak naik lebih dari buku lali. Air longkang yang busuk disapu terus ke kain baju kurung kerja. Terpaksa redah. Tunggu bas pun dengan kesedihan bas 74 tak berhenti,Tak tau bas berhenti di mana sekarang ni selepas proses pengubahsuaian bus stand Klang bermula. Last2 bas 46D juga yang bermanfaat. Tapi jem teruk. Nak patah pinggang berdiri & galas beg kerja sejam dalam bas. Tambahan training 4 transit dari rumah nak ke Hentian Putra ditambah berlari nak kejar bas pukul 10 malam.

    Perjalanan jauh dan ditambah dengan perjalanan bas yang lambat gara-gara banyak kenderaan yang menggunakan laluan ke Kelantan ini semperna cuti tahun baru cina. Agus yang juga dari KL naik bas yang lain tapi sayangnya tersesat dan alami pelbagai kisah dukanya. Sedangkan saya "gamble" turun di Kuala Kerai, naik prebet pergi ke KTM dengan bayaran RM3(biasa katanya RM10). KTM ekspress Kuala Kerai- Dabong jam 8.45 pagi dengan kadar tiket RM11. Sejam perjalanan dengan melihat sungai-sungai, hutan dan dusun. 9.50 tiba di Dabong dengan kelibat peserta KLKM UUM sedia menunggu.


    Kembara Gua
    Kami terus menuju ke Gua Ikan dan Gua gelap. Onkle Adam dan anaknya yang kami panggil Angah selaku guide perjalanan kami. Mendengar taklimat dari Onkle Adam berkaitan gua sebelum kembara gua bermula. Sambil berjalan, Onkle Adam memberikan penerangan berkaitan pembentukan pada bahagian-bahagian gua  terutama proses pembentukan stalagtit dan stalagmit. Refresh semula maklumat yang hampir terkubur dalam ingatan selepas berhenti belajar geografi selesai PMR dahulu.huhu..itulah kesan belajar untuk exam..

    Laluan sempit yang menguji keyakinan diri boleh lepas atau tak. Yakin dan belajar mengawal diri untuk tidak panik. Bak kata Onkle Adam, biasanya perempuan mudah panik bila berada dalam sesuatu situasi cemas macam nak lemas atau bahaya. Tapi berjaya lepas juga termasuk geng 5B.

    Kalau ikut maklumat, tiada bas yang terus ke sini. Kalau nak menjelajah ke gua ini, kenalah naik teksi dari Kuala Kerai ke sini, tambang dalam RM60. Biasanya dah termasuk dalam pakej mendaki gunung Stong & Ayam.


    Misi pendakian bermula
    Sekitar 3 petang, kami menuju ke rentis Gunung Stong Ayam di kawasan air terjun Jelawang. Kami menaiki 2 van dan 1 kereta. Air terjun Jelawang dicelahan hutan gunung yang kelihatan dari jauh sedia menggamit keterujaan dan membakar diri untuk meneruskan misi ini.

    Taklimat ringkas dan perjalanan pun bermula untuk menuju ke Kem Baha. Kami sempat singah sebentar di kawasan air terjun. Ambil gambar sebelum perjalanan diteruskan hingga ke Kem Baha. Alhamdulillah hampir pukul 7 malam, kami tiba di kem Baha dengan kawasan yang dah pun dipenuhi dengan pendaki-pendaki yang lain. Kerjasama setiap ahli penting. Sama-sama memberi sumbangan tenaga memasang khemah, menyediakan makanan. bagi perempuan yang nak pergi ke kawasan air, kenalah berteman.

    Kem Baha menyediakan tapak perkhemahan yang luas di kawasan sebelum dan di seberang sungai. Ada juga gerai kecil menjual perlatan mendaki gunung dan khemah ala-ala restoran hutan. Surau papan yang kadangkala menjadi tempat tidur pendaki jua.

    Selesai makan malam, sesi suaikenal pun dilaksanakan. Masing-masing memperkenalkan diri. Tidak kurang senior-senior berkongsi pengalaman aktiviti-aktiviti lepas. Saya juga sempat berkongsi. Antara jalan untuk meningkatkan iman adalah jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia dan seterusnya jaga hubungan dengan alam. Pentingnya proram naik gunung ini adalah memberi peluang kepada diri untuk mendekati alam. Kenal Allah swt melalui alam ciptaanNya. Tanda kekuasaanNya dan kasih sayangNya pada manusia dan makhluk lain.

    Hari kedua

    8.30 pagi siap2 siap dan mula bergerak menuju ke puncak. Perjalanan dijangka mengambil masa 12 jam. Daun-daun dan pohon-pohon menemani perjalanan kami. Hutan ini agak bersih. Tiada cebisan sampah yang jelas mahupun plastik penanda arah. Kami hanya melalui jalan yang sedia ada. Berehat untuk menikmati makanan tengah hari serta solat jamak asar & zohor di tepian batu sambil ditemani deruan air terjun. Sejuk air mendamaikan jiwa yang kepenatan.


    Ahli-ahli senior yang menggelarkan diri mereka sbg 5B berada di belakang sementara adik-adik junior ramai yang berada di hadapan. Saya berjalan ditengah. Kami dapat lihat najis gajah di sepanjang laluan menghampiri puncak. Gajah-gajah menggunakan laluan ini dari hutan Belum untuk melalui banjaran titiwangsa menuju ke Kawasan Taman Negara Tahan.

    7 malam kami tiba di Gunung Baha dan seterusnya Gunung Ayam. Cuaca dah sedia gelap, kami terus menuju ke kawasan camp site. Kadar air terhad. Masing-masing menyerahkan air yang diambil untuk kegunaan masakan. Simpan sedikit buat wudhuk subuh nanti. Selesai makan malam, kami terus melelapkan mata.

    Hari ketiga

    Alhamdulillah selesai cabaran Gunung Ayam. Kami bergambar di kawasan puncak. Banner rasmi KLKM dibentang untuk sesi bergambar. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Gunung Stong. Kata Amer, anak jati Kelantan yang turut serta: Gunung Stong ini dinamakan hasil dari nama batu. Stone yang di"kelantan"kan menjadi Stong. Wallahualam. Saya pun tak pasti.


    Bak kata En Reimy, kem Baha ini dibuka oleh arwah En baharuddin dahulu. Banyak sumbangan dia berikan untuk kawasan gunung ini sehingga pihak kerajaan negeri memberi kebenaran kepadanya menguruskan kawasan gunung Stong Ayam ini. Maka, wujudlah Kem Baha dan juga Gunung Baha.

    5 petang kami tiba di kawasan air sungai yang ditutupi dengan batu besar umpama berada dalam gua. Kami berehat melepaskan lelah dan mengambil wudhuk. Selesai solat kami teruskan perjalanan hingga tiba di Kem Baha dalam kegelapan malam. Kami melalui sungai dalam kegelapan malam. Sempat juga menyuluh air untuk melihat ikan-ikan kecil yang melihat gelagat kami meredah sungai di malam hari.Pentingnya nilai kerjasama dalam program sebegini.


    Makanan malam kami agak meriah dengan sayur suhun campur, ikan masin, sambal tumis sardin, telur dadar. Semuanya gara-gara untuk menghabiskan ration dan meringankan beg.

    Hari keempat
    Seawal 6 pagi, kami sedia bangun. Selasai solat subuh, kami beramai-ramai merentasi air sungai untuk duduk di tebing batu sekitar air terjun untuk melihat matahari terbit, Pemandangan gunung-gunung dan bukit-bukau yang diliputi awan. Awan perlahan-lahan hilang disinar mentari. Kesan pencemaran, pemanasan global pun cukup jelas dibezakan oleh orang yang pernah datang kesini dahulu. Bak kata En Reimy, kabusnya sangat berbeza berbanding dia datang suatu ketika dahulu. Beberapa tahun yang lalu, kabus masih tebal berbanding sekarang yang semakin menipis.Moralnya, lindungi alam ini. Elakkan perkara yang boleh meningkatkan pencemaran alam.

    Jarak perjalanan kem Baha dengan kaki gunung tidaklah terlalu jauh. Aktivii kami hari terakhir adalah "main air". Sebahagian yang lain yang tak main air memilih untuk memasak dan mandi di berdekatan khemah.

    Kami dibawa ke kawasan air terjun yang dikatakan mempunyai 7 telaga. Telaga yang berbentuk lubang-lubang batu disekitar air terjun. Cantik sangat. Saya juga sempat merasa melawan deras untuk berada dibawah aliran air terjun. Bukan semua orang dapat merasa pengalaman begini. Anda berada di dalam /dibelakang batu dengan melihat air terjun mengalir deras turun dihadapan.


    Kami juga temui spesies ketam sungai yang begitu kuat mencubit jari dengan kepitannya bila dipegang. Juga ikan kecil yang saya pun tak tahu namanya, Puas main air, kami dibawa ke kawasan air terjun yang lain. Setiap orang perlu merasa pengalaman mengelungsur batu masuk ke air. Sokongan semangat dari ahli dan peserta USM cukup menguatkan keyakinan untuk mengelungsur.

    Setipa orang ada ketakutan. Takut dengan air. Takut lemas. Takut tak pandai berenang,…dan saya berusaha melawan takut dan panik itu. Saya berusaha agar mampu membina keyakinan diri bagi menghadapi cabaran dunia dengan pelbagai dugaan sifat makhluk yang pelbagai. Alhamdulillah saya dan Ida dapat mengelungsur 2 kali. Kira baiklah tu. Bukan selalunya merasa. Pengalaman mengelungur di batuan original. Bukan papan gelungsur plastik buatan seperti di Sunway Lagoon. Apa-apa pun, faktor keselamatan tetap dititik beratkan. Kami dipantau dan diajar cara mengelungsur dengan betul agar tak tercedera.

    Kaedahnya, duduk lubang kecil batu. Luruskan kaki. Pastikan badan tegak dan membongkok kehadapan, bukan kebelakang. Ini bagi mengelakkan kecederaan. Kalau kita tengok, mat rempit suka membongkok badan kehadapan bila bawa motor. Tujuannya agar lagi mudah dan laju ke hadapan. samalah macam ni. Sedar-sedar badan dah masuk ke air. Makin kurang air yang percik, maka semakin betullah kaedah yang kita gunakan.

    Siap-siap packing, runtuh khemah dan bersihkan kawasan camp site.Ambil gambar kenang-kenangan. Taklimat dan meneruskan perjalanan pulang. Alhamdulillah sekitar 3 petang kami sampai di kawasan air terjun di kaki gunung. Orang-orang yang berkelah di situ memandang pelik je pada kami. Pekena air 100 plus. Kami menuju ke Stesyen Keretapi Dabong. Di sini kami berpecah mengikut haluan pulang masing-masing.

    Disini saya kongsikan ilmu-ilmu yang saya dapat dan sangat berguna buat kali ini. Setiap XPDC mempunyai pengalaman dan ilmu yang baru dan berbeza. Tiada istilah gunung ini susah, gunung sana senang, gunung yang ini baik berbanding dengan gunung lain..Pemandangan/view memang tak sama. Tapi, hakikatnya semua gunung ada kelebihannya tersendiri. Tak semestinya gunung yang tinggi itu mencabar berbanding gunung yang rendah..Sedikit panduan ilmu:


    1. Kalau menyeberang sungai, pastikan tali beg di buka.
    Tak kira tali longgar atau tak, buka sahaja ikatan beg antara kiri dan kanan. Tak kira laluan sungai cetek mahupun deras. Kemalangan tak mengira keadaan. Kalau katakan kita terjatuh dalam air, kita mudah buka beg dan terus ke tepi tebing atau batu untuk selamatkan diri. Tapi kalau tak dibuka ikatan beg di badan, kita dah boleh hanyut dan lemas dalam proses nak buka tali beg sahaja.
    2. Nak mengelungsur
    Badan tegak dan kaki lurus walaupun automatik kita nak baring. Pakai baju lengan panjang untuk elakkan siku atau lengan kita luka bergeser.

    Bukan selalu kami dapat berkumpul dan mengenal ahli-ahli yang lebih senior. Nasihat dan jagaan mereka yang senior ni pada kami umpama jagaan seorang ayah kepada anaknya. Kami hantar Didi dan En Reimy di hentian Tanah Merah. Saya, Agus dan Abg Husin menaiki kereta menuju ke Kuala Lumpur dengan menggunakan jalan Grik. Risau lagi sesak di lebuhraya karak nanti gara-gara serentak dengan waktu orang balik KL sempena cuti. Kesian pada Abg Husin yang terlalu penat ditambah kena drive sorang-sorang. Terpaksa tidur sekejap-sekejap. Pukul 7 kami masih berada di higway.
    Hampir 9 pagi sampai di KL. Siap-siap dan terus bergegas pergi kerja. Bedal la naik teksi, mahal pun tak mengapalah. Asalkan dapat sampai ofis.huhu.

    Dan sedikit peristiwa sedih. Kami menerima berita kematian seorang pendaki OKU yang menuruni Gunung Stong Ayam. Dia hilang semasa perjalanan turun (hari pertama kami naik). Mayatnya ditemui dekat air. Tiada cedera di badan, Cuma sedikit calar di kaki. Berkemungkinan dia tergelincir dan lemas. Kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah buatnya...


    Apa2 pun, jangan berhenti untuk mendekati alam jika anda memang cintakannya.Kalau tak mapu nak naik gunung pun, bila rindu2 hutan tu, boleh lah naik kereta pergi naik Gunung Brinchang atau Gunung Jerai. Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi baca.

    03 di galas kelantan - Google Blog Search

    03 di galas kelantan - Google Blog Search


    Allah Taala Memang Nak Tunjuk Beza Antara Umno Dengan Pas <b>Di</b> <b>...</b>

    Posted: 26 Jan 2012 10:50 PM PST

    Oleh Zakrul Adam

    Sepanjang penggal PRU12, terdapat 16 buah pilihanraya kecil di seluruh Malaysia. Dua daripadanya di Kelantan iaitu Manek Urai dan Galas. Manek Urai dimenangi oleh PAS menerusi wakilnya, Mohd Fauzi Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Uji manakala Galas pula dimenangi oleh UMNO menerusi wakilnya, Abdul Aziz Yusoff.

    Seperti biasalah, bila dah pilihanraya, maka pelbagai janji ditabur demi memikat hati pengundi. Dan seperti biasa jugalah, PAS akan sentiasa mendabik dada bahawa mereka adalah 'tajalli Allah Taala' yang bukan sahaja memberi manfaat tetapi juga memberi syafaat dalam bentuk syurga.

    Nik Abdul Aziz mempertahankan Negara Berkebajikan yang menjadi slogan terbaru PAS. Namun apa yang berlaku di Manek Urai dan dibandingkan pula dengan di Galas, menjelaskan tentang kemudaratan golongan pencipta slogan yang bukan sahaja tidak mempunyai maruah dan harga diri, bahkan akan sanggup berbohong, menipu dan memperdayakan umat manusia asalkan mereka menang pilihanraya.

    Janji-janji syurga di Manek Urai nampaknya tidak menjadi realiti. Sebaliknya pengangkatan Abe Uji sebagai wakil rakyat Manek Urai, bukan sahaja menambahkan lagi masalah, sebaliknya membuktikan bahawa PAS sekadar mampu menjanjikan syurga, tetapi tidak mampu membuktikan amalan untuk ke syurga.

    Permukaan lantai Pasar Laloh

    Abe Uji nampaknya telah diserang oleh gerombolan di dalam PAS sendiri. Pelbagai masalah di Manek Urai mulai ditimpakan ke batang tengkuk Abe Uji. Dikatakan, Abe Uji tidak mampu menggalas tugas sebagai wakil rakyat, sungguhpun Abe Uji telah diberikan restu dan rahmat oleh Nik Abdul Aziz sendiri.

    Wakil Rakyat PAS itu dikatakan gagal menyelesaikan masalah jalan kampung yang rosak teruk di Manek Urai. Permukaan lantai Pasar Laloh yang sangat daif juga tidak dititikberatkan. Semak-samun di kiri kanan jalan Kampung Berangan, bukan sahaja mengundang ancaman daripada haiwan berbisa dan buas, sebaliknya menjadi tempat persembunyian peragut dan penjenayah seksual yang amat baik, tidak dipedulikan langsung oleh Abe Uji biarpun masalah tersebut telah berkali-kali dibawa ke pengetahuannya.

    Paling menyedihkan ialah apabila para pengundi dan penduduk Manek Urai terlalu sukar untuk melihat batang hidung dan batang tubuh Abe Uji. Semenjak bergelar Wakil Rakyat, Abe Uji bagaikan jijik untuk mencemarkan kakinya ke tanah Manek Urai.

     jalan Kampung Berangan

    jalan Kampung Berangan

    Berbeza pula dengan Abdul Aziz Yusoff, wakil rakyat UMNO-BN di Galas yang setiap masa ada di Galas dan Gua Musang. Wakil Rakyat UMNO itu amat mudah ditemui dan juga amat mudah untuk diminta bantuan.

    Pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Wakil Rakyat PAS dahulu, kini berjaya diselesaikan oleh Abdul Aziz Yusoff termasuklah isu perumahan PPRT yang diselesaikan oleh Abdul Aziz Yusoff dengan bantuan Kerajaan Pusat setelah Kerajaan Negeri enggan melayannya.

    Begitu juga dengan isu Tanah Adat Orang Asli yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan pembalakan dan projek Ladang Rakyat yang sebenarnya tidak memberikan keuntungan kepada mana-mana rakyat Kelantan sama ada yang terlibat apatah lagi yang langsung tidak terlibat dengan program tersebut.

    Bagi mereka yang terbuka fikiran dan bermata terang, pasti dapat melihat perbezaan yang sangat ketara antara kedua-dua Wakil Rakyat yang dipilih pada dua PRK pasca PRU12. Perbezaan yang paling ketara sudah tentulah, satu pihak berusaha keras menunaikan janji dan satu pihak lagi berusaha keras menabur janji. Satu pihak lagi bekerja untuk memenuhkan janji dan satu pihak lagi tak habis-habis dengan ceramah di sana sini, termasuklah Tuk Guru merangkap Menteri Besarnya sendiri.

    03 di gaal kelantan - Google Blog Search

    03 di gaal kelantan - Google Blog Search


    BLOG - BLOG WAKIL RAKYAT: Khalid Samad

    Posted: 16 Apr 2012 09:15 AM PDT

    Setelah selesai agenda PSC, hari hari di Parlimen dipenuhi pula dengan perbahasan berhubung Bajet Tambahan yang bernilai RM 12.95 Billion keseluruhannya. Perbahasan Bajet tambahan ini adalah untuk meluluskan perbelanjaan yang telahpun dibelanjakan untuk tahun 2011. Dalam soal ini, ianya merupakan amalan biasa BN di mana perbelanjaan tambahan dikeluarkan dahulu dan kelulusan dewan datangnya kemudian.

    PEMBANGUNAN Vs PENGURUSAN
    Dalam soal pecahan di antara Pembangunan dan Pengurusan, kelihatan jelas bahawa perbelanjaan Pengurusan jauh mengatasi Pembangunan di mana RM 10,951,230,600 adalah untuk Pengurusan dan RM 1,999,407,002 adalah untuk Pembangunan. Ini merupakan Bajet tambahan kedua bagi Pengurusan di mana sebelum ini RM 13,186,713,000 telahpun diluluskan. Ini bererti jumlah tambahan di bawah kategori Pengurusan telah meningkat sebanyak RM 24 Billion untuk tahun 2011, sejumlah yang hampir 15% dari keseluruhan Bajet asal.

    Ini bererti bahawa Bajet 2011 yang dari awal telah ditegur mengenai ratio atau nisbah Pengurusan berbanding Pembangunan yang terlalu besar, di mana Pengurusan meliputi lebih dari 60% dari seluruh perbelanjaan, menjadi lebih meruncing. Dalam keadaan sekarang kelihatan bahawa Bajet untuk Pengurusan menjadi hampir 75% dari keseluruhan Bajet. Ini secara umumnya merupakan sesuatu yang tidak sihat.

    Kedua, dalam keadaan di mana dari mulanya lagi Bajet 2011 adalah bajet bersifat defisit, adalah jelas bahawa setiap Bajet tambahan menjadikan defisit itu semakin besar. Ini adalah benar untuk semua perbelanjaan kecuali mungkin, subsidi minyak dan gas, di mana subsidi ditambah disebabkan kenaikan harga minyak dan gas. Dalam keadaan itu, pendapatan juga mungkin meningkat dan mengimbangi kembali jurang defisit yang pada mulanya melebar.

    Saya tidak mahu membahas soal Bajet Tambahan ini secara terperinci di sini. Memadai dengan menyatakan bahawa sebahagian dari perbelanjaan yang ingin didapatkan kelulusan adalah untuk program yang bersifat pilihan-raya seperti pemberian BR1M, kenaikan gaji, bonus dan sebagainya. Jelas perkara sebegini tidak dibajetkan dari awal dan hanya merupakan perbelanjaan tambahan dalam suasana menghadapi pilihan-raya walaupun ianya akan menambahkan lagi hutang dan defisit yang sudah semakin parah.

    Ini merupakan hasil dari pendekatan Bajet yang diamalkan BN di mana ianya tidak meletakkan prioriti atau keutamaan kepada perbelanjaan yang membantu rakyat dari awal lagi. Sikap sambil lewa dan tidak bertanggung-jawab terhadap hutang Negara, pembaziran dan pemborosan serta ketirisan dan kebocoran adalah punca utama mengapa kekayaan Negara tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk memacu ekonomi dan mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat.

    Malaysia amat tersangat memerlukan perubahan dari kaedah dan pendekatan lama ini dan PRU ke 13 memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati pentadbiran yang cekap sepertimana yang dibawa oleh kerajaan PR di 4 Negeri dibawah pemerintahannya, di peringkat Pusat.

    RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN
    Selepas perbahasan bajet tambahan yang telahpun diluluskan atas sebab majoriti yang dinikmati BN di dalam Parlimen, perbahasan rang undang-undang pula dimulakan. Rang undang-undang pertama yang dibawa untuk dibahas adalah rang undang-undang Laporan Kewangan. Ia bertujuan menjamin taraf laporan kewangan yang diamalkan mengikuti piawaian antarabangsa. Pada dasarnya rang undang-undang ini dianggap tidak bermasalah. Namun persoalan yang sering ditimbulkan ialah, apa jaminan ianya akan dikuatkuasakan oleh pihak-pihak berwajib dan sejauhmana amalan kronisma akan mengwarnai penguat-kuasaannya.

    Hari ini, Parlimen berbahas pula berhubung rang undang-undang kesalahan keselamatan iaitu undang-undang yang dibawa oleh kerajaan BN sebagai pengganti kepada ISA.

    WaLlahu 'Alam
    KHALID SAMAD

    di negeri kelantan - Google Blog Search

    di negeri kelantan - Google Blog Search


    <b>Kelantan Negeri</b> Termiskin <b>Di</b> Malaysia Tetapi ... | Berita Semasa.My

    Posted: 28 Feb 2012 09:22 AM PST

    Baru-baru ini hangat berita mengenai perkara ini dimana Kerajaan mengatakan bahawa Kelantan merupakan negeri paling miskin di Malaysia.Namun,beberapa kenyataan balas telah dikemukan bagi menyangkal perkara ini.Menurut sumber berkenaan,Sabah merupakan negara termiskin di Malaysia bukannya Kelantan seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

    Namun begitu,apa yang menarik perhatian kami adalah maklum yang dinyatakan didalam gambar diatas."Kelantan negeri miskin,tiket bola termahal di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh,keuntungan Tesco di Kelantan tertinggi di Malaysia…."

    Menarik kan??Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

    Incoming search terms:

    Bukti kejayaan PAS melaksanakan <b>negeri</b> BERKEBAJIKAN <b>di</b> <b>...</b>

    Posted: 11 Apr 2012 10:21 AM PDT


    22 tahun memerintah. Macamana masalah seperti ini masih wujud?!! Kata negeri berkebajikan?!!
    Kerajaan Negeri tiada hasil?!! Habis itu balak di Lojing yang sudah licin ditarah itu mana pergi hasilnya?!! Dan PAS buat apa selama 22 tahun memerintah Kelantan kalau tidak tahu caranya hendak memakmurkan ekonomi negeri?!!
    Jadi tang mana gayanya hendak hapus hutang PTPTN kalau bekalan elektrik pun boleh kantoi macam ini?!!

    03 di jeli kelantan - Google Blog Search

    03 di jeli kelantan - Google Blog Search


    MAJLIS PERJUMPAAN KSU BERSAMA ANGGOTA RELA NEGERI <b>...</b>

    Posted: 15 Apr 2012 07:22 AM PDT

    Jeli, 14 April 2012 – Satu majlis Perjumpaan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia bersama Y.Bhg Tan Sri Mahmood Bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah diatur bersempena dengan lawatan kerja Tan Sri KSU ke Kelantan.

    Dalam ucapannya, beliau berharap agar anggota RELA yang ada bersama-sama KDN membantu menjaga keselamatan dan kesejahteraan Negara. Dalam majlis yang sama Tan Sri KSU turut berkesempatan untuk memakaikan Pangkat Kehormat RELA kepada Y.Bhg Dato' Makhtar Bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan.

    Hadir sama Dato' Mustafa Bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah RELA Malaysia dan juga rombongan-rombongan dari setiap jabatan yang terlibat.

    ,

    03 di tanah merah - Google Blog Search

    03 di tanah merah - Google Blog Search


    Homestay <b>di Tanah Merah</b>...Cuti-cuti Malaysia

    Posted: 13 Apr 2012 06:14 AM PDT

    HOMESTAY TANAH MERAH

    Selamat datang ke Norah's Guest House (coordinates: 5o50'25''N 102o8'55''E)di Taman Teguh, Jln Wan Ahmad (ikut jalan tepi balai polis Tanah Merah). Penginapan selesa dengan harga yang berpatutan untuk percutian anda..

    1 unit rumah banglo dengan kemudahan rumah seperti Air-cond,TV, mesin basuh, peti ais, dapur untuk memasak, tuala dan selimut. Kawasan parking yang luas boleh memuatkan 4-5 buah kereta. Kawasan yang damai dan jauh dari kesibukan walaupun berhampiran dengan bandar Tanah Merah (3km sahaja ke bandar). Amat-amat sesuai jika ingin bercuti bersama keluarga, membawa rombongan perkahwinan atau apa sahaja urusan.

    Kadar sewa yang berpatutan dan boleh dirunding.
    - RM160.00 sehari untuk seluruh rumah.
    - RM100.00 sehari untuk bilik utama.
    - RM 80.00 sehari untuk bilik kedua.
    - RM 60.00 sehari untuk bilik ketiga.

    Hubungi kami di nombor berikut untuk tempahan:
    010-9313026 (Ahmad)
    016-8313664 (Norah)
    016-9805652 (Pakcik Haron)

    Atau layari laman web berikut untuk maklumat lanjut:

    http://norahguesthouse.webs.com

    03 di pasir mas - Google Blog Search

    03 di pasir mas - Google Blog Search


    SEORANG LELAKI DAN 12 EKOR LEMBU MAUT DIREMPUH <b>...</b>

    Posted: 03 Apr 2012 12:00 AM PDT

    SEORANG LELAKI DAN 12 EKOR LEMBU MAUT DIREMPUH LOKOMOTIF DI PASIR MAS

    0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

    No of View :164
    Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

    Maut dilanggar lokomotif

    KOTA BHARU – Seorang lelaki terbunuh manakala 12 lembu mati akibat dirempuh sebuah lokomotif tanpa gerabak dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas dan Kuala Krai, dekat sini, semalam.

    Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail berkata, kejadian pertama berlaku antara Stesen Kuala Krai dan Temangan apabila lokomotif itu melanggar sekumpulan lembu pada jam 3.06 pagi.

    Kira-kira sejam kemudian katanya, lokomotif sama yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat melanggar seorang lelaki di antara Stesen Tanah Merah dan Pasir Mas pada jam 4.07 pagi.

    "Mangsa yang cedera parah di kaki kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 5.05 pagi dan jenazah dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas kira-kira jam 8 pagi. Lokomotif terlibat dari jenis 'light engine' iaitu lokomotif sahaja tanpa gerabak dan ketika kejadian, kenderaan ini membawa pemandu dan pembantu pemandu," katanya.

    Mohd Fazil berkata, laporan kemalangan dibuat pemandu lokomotif kepada ketua stesen berdekatan dan siasatan lanjut punca kejadian akan dilakukan Bahagian Depoh dan Keselamatan KTMB.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, identiti mangsa berusia lewat 20-an terbabit belum dikenal pasti kerana tidak membawa sebarang pengenalan diri.

    Katanya, mangsa memakai baju lengan panjang berwarna hijau, kain pelikat berpetak merah putih, selipar Jepun dan juga kopiah yang dijumpai di tempat kejadian di sebuah kawasan terpencil di Kampung Lemal, Pasir Mas .

    Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

    Dapatkan info terkini dengan klik link ini

    "Berdasarkan keadaan kaki kanan putus dan kaki kiri pula hampir putus, mangsa dipercayai berbaring atas landasan sebelum kejadian dan akibat rempuhan, mayat mangsa tercampak lebih tujuh meter ke dalam semak," katanya.

    Tinjauan di lokasi kejadian melibatkan lembu di Kampung Bedal, dekat Kuala Krai pula mendapati, pelanggaran menyebabkan 12 lembu dewasa dan anak lembu mati dengan seekor daripadanya diseret sejauh lebih 500 meter. Haiwan ternakan dipercayai kepunyaan lebih seorang pemilik itu dikatakan sering dilepas berkeliaran di kawasan kelapa sawit berhampiran landasan berkenaan.

    Eksekutif Operasi KTMB Tumpat, Zaid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, laluan antara Kuala Krai-Tanah Merah dan Pasir Mas antara lokasi kerap berlaku kejadian lembu dilanggar kereta api dan terjadi tanpa mengira masa.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Incoming search terms:

    ads